Rabu, 22 Januari 2014

BUKAN SENANG NAK SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

by admin



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber: http://www.rakanmasjid.com/

 

 

Kenyataan Dr Yusof Al-Qardhawi berhubung isu kalimah Allah


Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.
Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.
Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.
Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.
Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.
الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.
وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.
وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.
Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..
Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.
Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010.
snndiri mahu ingat

Selasa, 21 Januari 2014


WAHAI MAHATHIR..SAYANGNYA SEMUA SUDAH TERLAMBAT !

SUKA atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menyertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.  Jika diwujudkan juga kategori Perdana Menteri paling tidak memberikan apa-apa sumbangan, maka senarai tersebut juga turut mengandungi mereka sebagai dua entri tunggal.

    
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.
Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.
Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.
Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.
Rasanya lima pun susah.  Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.
Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.  
Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.
Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini,  Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi  penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.
Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua?  Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat  dan negara Malaysia.
Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku.  Dalam lain perkataan sudah terlambat.
Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan.  Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.
Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol  George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”.   
Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?  
Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?


  • 'Kerana tudung, penyanyi diarah turun pentas'
  • Radzi Razak | 6:46PM Jan 21 2014
  • Setelah 12 tahun bergelumang sebagai anak seni, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar bersuara lantaran dikriminasi yang dihadapi.

    Siapa yang tidak berasa malu apabila diarahkan turun dari pentas di hadapan ratusan penonton hanya kerana kepercayaan dan pakaian mencerminkan peribadi dan agama.

    "Saya rasa terhina dan malu, perkara sedemikian tak patut berlaku," kata beliau dalam dada sebak di sidang media di Shah Alam hari ini.

    Ini merupakan kes ketiga tahun ini setelah graduan Mira Kamil tidak diterima bekerja di Suria KLCC kerana bertudung dan guru mualaf Choi Yi Shan diarah membuka tudung beliau.

    Marinatasha yang sepatutnya melakukan persembahan di majlis makan malam tahunan sebuah syarikat di Kuala Lumpur pada 18 Januari baru-baru ini diarah menghentikan persembahan.

    Beliau malah mendakwa diminta turun dari pentas oleh seorang pegawai kanan syarikat itu kerana memakai hijab.

    Buat laporan polis

    Beliau digantikan oleh penyanyi lain dan hanya dibenarkan menjadi penyanyi latar sahaja selepas itu.

    "Dia (pegawai itu) mengatakan saya tidak sepatutnya memakai tudung.

    "Semasa mengadakan raptai dengan pemuzik pada 16 Januari lalu, wakil syarikat yang hadir tidak pernah mengisukan hal tudung," kata beliau.

    Marinatasha mendakwa beliau turut dimarahi selepas persembahan itu tetapi mendapat bayaran seperti yang dijanjikan.

    Satu laporan polis juga telah dibuat beliau pada jam 2:40 pagi Ahad di balai polis Sentul berikutan insiden itu.

    Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi syarikat berkenaan berhubung dakwaan itu.

    KARYAWAN tuntut maaf

    Sementara itu, Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez menuntut syarikat itu memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang kerana mendisriminasi anak seni.

    "KARYAWAN rasa untuk selesaikan masalah ini kami ingin jemput syarikat itu memohon maaf dan sedia tawarkan jalan penyelesaian.

    "Bagi kami ia pengajaran kepada pihak lain agar tak diskriminasi artis bertudung," kata beliau.


ADUN Tahan nak ceraikan isteri, isteri nafi mereka pernah berkahwin


ADUN_Tahan_Datuk Wan AmizanSeorang wanita Azma Azifazilla Azan, 28, membuat kejutan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dengan menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya, lapor Sinar Harian.
Azma Azifazilla menafikan pernah bernikah dengan Datuk Wan Amizan ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.
Datuk Wan Amizan  telah memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.
Wan Amizan selaku plaintif  menamakan  Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.
Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ADUN tersebut berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.
Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.
Ini kes kahwin di Siam le ni?
TANDA-TANDA GANGGUAN..

[admin] TANDA-TANDA GANGGUAN a) Tanda-Tanda Ketika Tidur: Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut. Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya. Mimpi buruk yang menakutkan. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur. Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur. Mimpi jatuh dari tempat tinggi. Berdiri dan berjalan ketika tidur. Bermimpi berada di tempat yang sunyi. Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan. Mimpi melihat makhluk halus. Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya. Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau). b) Tanda-tanda Ketiga Jaga: Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t. Hilang ingatan (Gila). Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja. Lesu dan malas. Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang. Lenguh sendi-sendi. Melihat sesuatu yang pelik. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser). Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah. Jiwa lemah dan mudah mengalah. Selalu mengantuk. Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut Mudah marah dan panas baran. Hilang darah. Agresif dan bertindak liar.

Kanak-kanak 2 tahun dibunuh kejam di Paka, Terengganu [Gambar]

Gambar - Twitter Mycrime Watch
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan