Ahad, 19 Januari 2014

TAHAP KECERDIKAN BOLEH DIBACA.....TAHAP KEBODOHAN JUGA BOLEH DIBACA



Sunday, 19 January 2014


GAMBAR KUMPULAN PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH TERSEBAR LUAS DI ALAM SIBER!!!!


Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Macahng Bubuk.

Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...
Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya,

Mereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bertulis: "Guru yang ajar DAP biadab Melayu".

Kira-kira 100 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma . Sebelum ini terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Mereka juga mempermain-mainkan nama Khai Loon sebagai “Kai Lan”, sempena nama sayur popular di Malaysia selain kangkung.

Sunday, 19 January 2014


EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!!! ... MACAI UMNO GUNA GAMBAR PROTES "RED SHIRT" THAILAND KONONNYA SEBAGAI PESERTA HIMPUNAN BANTAH HINA NAJIB!!!!

Lebih 25ribu di KL tghari tadi memberi sokongan kpd himpunan mnentang penghinaan terhadap pm & isteri dan sikap dap yg kurangajar! Lihatlah smua,inilah kuasa org melayu yg sbenar! Yg slama ini didiamkan,. Jgn sesekali mmpermainkan org melayu. Buruk padahnya! Hidup melayu!hidup najib!hidup bn!

Punyalah terdesak macai UMNO nak gambarkan kepada penyonkong Pro Kangkung betapa Perhimpunan Bantah Hina Najib mendapat sambutan diluar dugaan sama sekali sampai sanggup tempelkan foto protes Red Shirt di Thailand sebagai kononnya peserta pembela Najib Razak..

Masalahnya macai UMNO ni memang pun taraf kangkung .. demo di adakan di Pulau Pinang dan bukannya di Kuala Lumpur... Fakta demo pun macai ini failed.

Apalah punya sengkek haprak bangsat kangkung punya macai UMNO.

Wajah Pemuda Yang Dibelasah Dalam Flash Mob Sokong PM Tersebar.

Punca pergaduhan dikatakan bermula dari perang mulut. Pro PR VS pro UMNO. Selepas itu merebak kepada pergaduhan fizikal. Pemuda tersebut dikasari sehingga jatuh terbaring sebelum di selamatkan oleh orang2 UMNO juga.

Laporan oleh TMI.

Rujuk gambar ;


Sikap sebahagian yang berdemo flashmob neh memang buruk. Aku boleh faham bab ludah. Boleh faham bab bakar. Boleh faham bab menjerit2 terpekik terlolong mengutuk menghina mencaci maki mengejek dan sebagainya. Tapi aku tak faham kenapa korang perlu bertumbuk bagai? Tak sedar ke belah sana pun rakyat tertindas, belah sini pun rakyat tertindas, pendek kata semua pun tertindas. Yang bangang2 pergi bergaduh sesama rakyat tue buat apa?

BODOHHHHH!!!!!!!

Flash mob bermula pagi. Di hadapan pejabat wakil rakyat PKR. Yang mana beberapa hari sebelumnya Lee Kai Loon buat flash mob suap kangkung ke patung replika wajah Najib. Maka flasmob anjuran oleh beberapa NGOs pro BN dan UMNO neh bertujuan membalas semula tindakan tersebut yang mereka sifatkan sebagai biadap dan menghina PM.

Yelah tue.

Aku rasa di banding dengan beri makan kangkung dengan meludah + memijak + membakar lebih sopan lagi yang beri makan kangkung tue.




OooOoOoOoo..



Marah orang biadap dengan bersikap biadap rupanyaaa..

Apa pun dengan terbelasahnya pemuda tadi maka aku percaya mission PERKASA PEKIDA DAN UMNO dalam mempertahankan ISLAM sudah lengkap. Sempurna. Terlaksana. Kerja selesai. Tahniah ek!
Ini filem anak tiri najib penuh dgn lucah.. ini link kalau cai umno nak bukti : http://putlocker.bz/watch-the-wolf-of-wall-street-online-free-putlocker.html

Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas



OLEH: FAIZAL RIDUAN
KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.

Sunday, 19 January 2014


ALAT CURI WI-FI KINI BOLEH DIDAPATI SECARA MUDAH.



Ini baru betul orang tengah ambil untung atas kepayahan orang lain.!!!! ... Pihak lain susah payah bayar RM150 sebulan orang tengah senang lenang curi line tenet.

Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.

Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

Saturday, January 18, 2014


Apa yang terjadi disebalik mereka berhimpun pertahan NAJIB petang tadi..!!

Disebalik mereka berhimpun tadi... OK first bacalah dulu artikal SINAR di bawah nie....
Perarakan bantah tindakan hina PM
Perarakan bantah tindakan hina PM  
Ahli NGO dan parti politik berarak mengeliling Bandar Sunway bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai isu kangkung hari ini.

BUTTERWORTH - Beberapa NGO dan parti politik menggerakkan ahlinya untuk berarak dan berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sunway Carnival hari ini bagi membantah tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina perdana menteri.
Perhimpunan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bermula di Jalan Todak sebelum berarak hampir satu kilometer sambil membawa pelbagai sepanduk ke pusat beli-belah terbabit.
Turut menyertai perarakan ialah Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said dan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Reezal Merican berkata, perhimpunan yang diadakan adalah untuk menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin PKR yang menyumbat kangkung ke dalam karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pemimpin diangkat oleh rakyat dan dipilih berteraskan demokrasi bagi mewakili suara kita semua.
"Tindakan dia (Khai Loon) bukan hanya mempersenda malah menyakitkan hati kami semua kerana tidak menghormati pemimpin negara.
"Justeru, satu lagi perhimpunan akan diadakan esok di Alma bagi memastikan suara umat Islam di negeri ini didengari semua pihak," katanya.
Rabu lalu, Khai Loon memuat naik gambar terbabit melalui akaun Twitternya menerusi program flash mob "I Love Kangkung" bagi membantah kenaikan harga barang di tapak pasar malam Alma.
OK Sudah... sekarang tengok status FB sahabat kita nie pulak...
 

dan yang nak best tengok yang nie pulak...


AMACAM..?? Dah pahamlah kot no..apa cerita tadi... ini berdasarkan luahan di fb...

Senyum....
Himpunan aman bertukar kecoh
BUKIT MERTAJAM - Perhimpunan aman mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri bertukar kecoh apabila seorang penunggang motosikal menjerit kata-kata kesat ke arah kumpulan itu.

Perhimpunan anjuran Umno bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk di Alma, di sini bermula pukul 10.30 pagi ini.

Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memberhentikan motosikal ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan kesat itu beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan mengejar lelaki terbabit sebelum cuba memukulnya.

Bagaimanapun tindakan pantas polis yang berada di tempat kejadian berjaya menyelamatkan keadaan.

Jurucakap polis berkata lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga akan mengambil keterangan beberapa saksi yang mendengar serta melihat kejadian.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit kerana menimbulkan perasaan marah di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan aman itu.

Mengulas tentang perhimpunan aman itu, Musa yang juga Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam berkata perhimpunan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan dan Kumpulan Kebajikan Melayu itu juga bertujuan membantah tindakan Khai Loon yang menghina Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata orang Melayu di Pulau Pinang terutama penduduk di Machang Bubuk mahu wakil rakyat berkenaan tampil memohon maaf atas tindakannya itu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak yang turut menyertai perhimpunan itu berkata Khai Loon sepatutnya membantu peniaga kecil terutama yang berniaga di tepi jalan yang ketika ini dilanda masalah kerana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mahu meroboh gerai mereka.

"Bantu rakyat di kawasan ini dan cuba selesaikan masalah mereka terutama peniaga di tepi jalan yang sekarang ini terhimpit akibat tindakan MPSP dan janganlah bertindak biadab seperti itu," katanya. - Bernama

Sunday, January 19, 2014


PANAS!! Kumpulan Pembela Najib Serang Dan Belasah Orang Awam Depan Pusat Khidmat Lee Khai Loon.. (Gambar dan Video)


Satu lagi pusingan protest terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon diadakan di Alma, Pulau Pinang, di depan pusat khidmatnya, pagi ini.

Kejadian hari ini tidak sebersih protes semalam apabila seorang lelaki dikasari peserta protes itu.

Difahamkan lelaki terbabit berkata sesuatu yang menimbulkan kemarahan peserta protes ketika beliau berjalan ke arah motosikalnya di seberang Jalan Alma.


Dalam sekelip mata, beliau dikelilingi kira-kira 50 peserta. Kelihatan ada yang memegang, menolak dan memukulnya dengan helmet yang dipakainya.


Jeritan kata-kata kesat kedengaran dilemparkan kepada lelaki itu ketika kumpulan protes semakin marah.

Anggota polis yang bersedia berkawal memerhatikan protes itu dengan cepat masuk campur dan menarik keluar lelaki terbabit daripada khalayak yang sedang berkerumun itu.

Kumpulan yang marah itu tetap mengekori lelaki itu ketika beliau ditemani polis ke kereta peronda.


Keadaan masih tegang walaupun selepas kereta peronda meninggalkan lokasi.


Beberapa peserta protes memaki hakum lelaki itu kerana dituduh berkata “Melayu bodoh”.

Ketika situasi kelihatan hampir hilang kawalan, khalayak itu diarahkan bersurai dan pulang oleh beberapa pemimpin Melayu di tempat kejadian.
 
 


Terdahulu, protes itu diadakan di tempat yang sama di mana Lee menganjurkan flash mob kangkung Rabu lalu, dan pada hari ini, patung dengan gambar Lee yang bersaiz A4 dibakar, dipijak dan diludah.


Seorang lelaki kelihatan mendedahkan punggungnya ke arah gambar itu.

Kumpulan protes membabitkan kira-kira 300 orang itu juga membakar beberapa kad manila dan sepanduk menghentam Lee dan partinya di depan pusat khidmat Adun PKR itu.


Beberapa sepanduk ditampal di tingkap lot kedai kosong di bawah pusatnya yang berada di tingkat satu. Protes sejam itu bermula kira-kira jam 12.30 pagi dengan pemimpin daripada Umno Pulau Pinang, organisasi bukan kerajaan.

Kongres Melayu Pulau Pinang dan Pekida Pulau Pinang yang membuat ucapan berapi-api membela Najib, di mana analogi kangkungnya baru-baru ini menjadi tumpuan jenaka alam siber.

Lee sebelum ini mengetuai flash mob dan menyumbat kangkung ke dalam patung berupa Najib.


Setiausaha Umno Pulau Pinang dan Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi amaran kepada Lee supaya tidak menghina orang Melayu kerana ia akan menimbulkan kemarahan dan menyebabkan perkara itu menjadi isu perkauman.


“Protes ini dianjurkan oleh komuniti Melayu tempatan, bukan oleh Umno. Ia menunjukkan betapa marahnya rakyat terhadap isu ini.

“Kami orang Melayu sudah lama menyimpan rasa marah, berapa lama lagi kami boleh bertahan? Apabila kami senyap, ia tidak bermakna kami takut atau menyerah. Kami juga mahu keamanan dan harmoni.

“Jangan salahkan kerajaan persekutuan semata-mata. Jika Lee mahu lakukan sesuatu mengenai kenaikan harga, beliau patut turun padang, lawat pasar untuk jika jika harga naik,” katanya dan menambah Lee sepatutnya membuat kerjanya dengan menyelesaikan isu tempatan seperti banjir di kawasannya.

Musa berkata, mereka yang tidak suka berada di Malaysia patut berpindah ke tempat lain.


Katanya, orang Melayu akan mempertahankan bangsa dan agama mereka hingga ke titisan darah terakhir.


Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak, berkata kenyataan kangkung itu tidak sepatutnya menjadi isu langsung.

“Nampaknya Pakatan Rakyat kini kekurangan isu hingga terpaksa memperbesarkan perkara kecil seperti ini,” katanya. Seorang lelaki, dikenali sebagai Abdul Jamir, yang mendakwa sebagai bekas tentera berkata, Lee tidak bersyukur.

“Kerajaan dah beri kamu Mykad, kemudahan. Tetapi kamu (Lee) mahu jadi biadap. Saya cabar Lee untuk datang ke sini dan buat satu lagi flash mob.

“Datang sini dan tunjuk kamu berani. Saya ada di sini, tidak sembunyi. Muka ini bukan salinan.

“Saya sudah sunat. Saya tidak takut. Kami mahu jumpa dan bercakap dengan kamu,” katanya.

Lelaki itu, yang menjadi salah seorang speaker yang vokal di protes itu berkata, orang Melayu tidak takut mati syahid.

Protes itu juga menggunakan terma yang kasar terhadap Lee, yang kini dipanggil ‘kailan’, iaitu satu lagi jenis sayuran.

Orang ramai melepaskan kemarahan terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Salah seorang peserta protes itu menyimbah air ke arah kain rentang yang memaparkan wajah dua pemimpin itu dan tertera mesej “Guru yang mengajar MP DAP biadap pada Melayu”.

Sepanjang protes itu berlangsung, peserta melaungkan “Allahu Akbar”, “Hidup Melayu, hidup Najib”.

Protes itu diadakan sehari selepas ahli Umno Pulau Pinang mengadakan bantahan di Seberang Jaya,
 
 semalam (gambar-gambar sila lihat di SINI)dengan slogan mengugut akan berlaku sekali lagi rusuhan ala 13 Mei dan berarak kira-k ira 1 kilometer ke arah pusat beli-belah Sunway Carnival dengan kain rentang.

Lee sebelum ini mengetuai flash mob dan menyumbat kangkung ke dalam patung berupa Najib.


Laporan dari The Malaysian Insider , Gambar-gambar dari Media dan juga orang-orang UMNO..

Untuk makluman bukan seorang yang dikasari tetapi dua orang.. harap maklum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan