Selasa, 21 Januari 2014

BERMADU

Isteri ADUN Tahan bersuami dua

Nampaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd. Razak telah menjadi 'madu' kepada 'isterinya' yang mempunyai dua suami.

Beliau membuat kejutan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap ‘isterinya’ yang telah berkahwin dengan individu lain pada Disember tahun lalu, lapor Kosmo Online.

Selepas membuat permohonan  menceraikan isterinya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Pahang itu turut membuat satu lagi permohonan bagi membubarkan perkahwinan wanita itu Azma Azifazilla Azan, 28, dan suaminya, Rizal Md. Radzi, 40.

Wan Amizan, 42, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Wan Amizan yang diwakili peguam syarie, Anita Arifin dan Mohamed Isa Abd. Ralip memfailkan permohonan membubarkan perkahwina nmengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 bagi. 5:28PM Jan 20, 2014

'Kangkung cetus 13 Mei bila telunjuk cucuk mata'


Pertelingkahan berhubung isu 'kangkung' boleh mengundang peristiwa seperti 13 Mei sekiranya terus digembar-gemburkan, demikian menurut kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini.

Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip (gambar bawah, berbaju biru) berkata, isu tersebut kini sudah menjadi isu perkauman dan pertentangan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku.

"Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang 'telunjuk mencucuk mata'. Ia tidak mustahil boleh berlaku," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Zahid berkata, peristiwa ala 13 Mei boleh berlaku akibat daripada pertelingkahan keterlaluan yang memecahbelahkan perpaduan kaum.

Beliau diminta mengulas penggunaan sepanduk dalam perhimpunan membantah 'flash mob kangkung' wakil rakyat PKR Lee Khai Loon di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Januari lalu.

Sepanduk kontroversi itu berbunyi: “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi ka?”. 


DAP, apa salah RoS?

January 16
Lim Guan Eng ROSKecaman demi kecaman dilemparkan pada RoS, malah yang terbaru, RoS diugut akan berdepan dengan tindakan mahkamah sekiranya RoS masih tidak mahu mengikhtiraf Jawatankuasa Eksekutif (CEC) yang dipilih pada September 2013.
Lucu apabila DAP terus menyalahkan RoS sedangkan permasalahan ini berlanjutan atas kedegilan pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Adakah terlalu sukar bagi Lim Guan Eng dan nama-nama besar dalam DAP untuk memperbetulkan ‘kesilapan’ mereka?
Sekiranya aduan yang diterima RoS datang dari pihak luar, mungkin DAP boleh terus main wayang, tetapi semua adalah dari dalam parti sendiri. Tindakan ini menjadi bukti bahawa ahli-ahli parti mahukan parti kembali mengikut perlembagaan yang betul dan bukan perlembagaan ciptaan Lim Guan Eng.
Mengakui bahawa DAP yang kini sudah berubah dan jauh menyimpang, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik merasakan memang tempatnya RoS campurtangan bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada DAP Kedah berulang di tempat lain.
The DAP Kedah Saga: Bahagian 2 memperlihatkan bagaimana pemimpin Kedah ini cuba menyampaikan suara akar umbi menuntut perubahan parti. Mungkin ada yang bakal menemplak Lee Guan Aik dan menuduhnya sebagai seorang pemimpin yang kecewa, namun hakikatnya, beliau adalah suara yang berani memecah tembok Dinasti Lim di dalam DAP demi menyelamatkan parti dari terus menjadi alat kepada Lim Guan Eng.

 


Perbuatan terkutuk ibu, anak terbongkar

khalwatNUSAJAYA – Seorang ibu dikatakan membenar dan menyediakan bilik untuk anak gadisnya melakukan kegiatan maksiat dengan membawa balik teman lelakinya.
Ibu berkenaan didakwa berbuat demikian bagi mengelakkan anaknya dicekup buat kali kedua oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Bagaimanapun perbuatan terkutuk ibu dan anaknya itu terbongkar selepas intipan MAIJ dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.
Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusajaya, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.


“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.
“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.
Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakanya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.
“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurya.
“Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat JAIP manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya, menurut sumber Antarapos.





Pasangan dipenjara: PAS akan jumpa kedutaan Sweden


KUALA LUMPUR: PAS memberi perhatian serius berhubung masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri Malaysia di Sweden termasuklah berusaha agar empat orang anak mereka ditempatkan di dalam jagaan keluarga muslim.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS melalui Islamic Community Of Sweden yang diwakili oleh Dr Abdel Rizk dan Dr Yusuf akan cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga ini melalui hujah dan perbezaan budaya.

"Kita telah berhubung dengan sahabat-sahabat di Sweden termasuk ahli parlimen dan badan bukan kerajaan di sana," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, PAS akan berjumpa dengan pihak kedutaan Sweden dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Jelas Syed Azman, terdapat empat kes seperti ini berlaku di Sweden termasuklah kes yang melibatkan pasangan rakyat negara ini yang mana kesemua mereka dipenjarakan.

"Dalam kes seperti ini undang-undang mereka sangat ketat sehinggakan ahli keluarga pasangan berkenaan pun tidak dibenarkan melawat pasangan suami isteri itu," katanya.

Pasangan suami isteri rakyat Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang bekerja di Sweden dipenjara kerana memukul anak berumur 12 tahun kerana tidak solat, namun keempat-empat anak mereka diarahkan oleh Mahkamah Sweden diserahkan kepada keluarga angkat yang beragama Kristian.

Anak-anak ini mengadu tidak selesa kerana ada anjing di rumah keluarga angkat walaupun dihidang dengan makanan halal tetapi pinggan mangkuk bercampur.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, setiap negara mempunyai undang-undang masing-masing dan tidak kira siapa wajar mengikuti undang-undang di negara mereka duduki.

Tetapi katanya, sesebuah negara itu janganlah pula hak seseorang termasuk pasangan suami isteri di Sweden dinafikan termasuklah tidak boleh akses kepada peguam mereka.

"Kerana ini akan menafikan pula hak asasi suami isteri itu, memandangkan mereka tidak dibenarkan membela diri," katanya.

Jelasnya, adalah menjadi tidak adil pula apabila anak pasangan ini dihantar kepada keluarga angkat yang bukan Islam.

"Akan menimbulkan lagi masalah apabila suasana dalam rumah yang tidak sesuai dan juga soal makanan halal dan haram. Sepatutnya mereka ini ditempatkan di rumah orang Muslim," tegas Mujahid.

Tegasnya, dalam masa yang undang-undang negara Sweden juga tidak menghormati hak asasi manusia apabila kedua ibu bapa berkenaan tidak dibenarkan berhubung dengan anak mereka sejak sebulan yang lalu.

Monday, January 20, 2014

Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif


Kaedah yang akan saya kongsikan ini sebenarnya telah mendapat respon positif daripada mereka yang telah mencubanya. Antara komen mereka ialah: 
"Alhamdulillah saya dah cuba cara ini dan berkesan. Saya guna apple yang segar dan mesin sendiri. Untuk dapat 1 liter memerlukan lebih kurang 15biji. Saya dah buat dua kali treatment ini. Lepas kali pertama memang ada keluar batu-batu tu. Selepas kali kedua batu keluar lagi banyak dari yang pertama kali. Nanti cadang nak buat lagi untuk kali ke-3. Cubalah… Sekurang kurangnya kita cuba sesuatu sebelum operation membuang hempedu. Pada saya cara ini tidak teruk mana pun. Apple pun sedap. Think positive."   – Rehan Hussain -
 
"3 hari selepas saya jumpa kawan yang kena batu karang dikilang hempedu dan ikut rawatan ini dia kata memang berkesan tanpa perlu bedah."   – Dr Hamid Arshat -
 
"Saya dah cuba memang menjadi. Sebenarnya, epal tu yang melembutkan batu-batu karang yang ada dalam kilang hempedu kita. Apabila buang air besar (maaf ye) akan keluar ketul-ketul bewarna hijau ianya batu karang yang sudah lembut. Percayalah, batu karang adalah punca sakit cancer. Kalo tak mahu minum juice epal, makan buah epal kurang-kurang 5 biji sehari. Selamat mencuba."   – Ruzianti Omar -
 
6-Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif 1 
Bagaimanakah cara rawatan alternatif itu?

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gallbladder Stones):
  1. Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
  2. Hari ke-6 jangan makan malam (dinner).
  3. Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli di kedai farmasi.
  4. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
  5. Pukul 10 malam, Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
  6. Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.
Cara ini saya ambil daripada perkongsian Dr Hamid Arshat di Facebook beliau. 
Jika masih tidak jelas saya kongsikan pula perkongsian pengalaman oleh mereka yang telah mencuba sendiri kaedah ini: 
Bulan lepas aku kena gastrik, tak pernah pernah kena gastrik tiba-tiba kena pulak. Pergi klinik makan ubat, selepas itu ok.
 
Ubat habis jadi balik. Mungkin sebab tak jaga makan.
 
Selepas kali ketiga pergi klinik. makan ubat dan jaga pemakanan, Alhamdulillah gastrik dah ok.
 
Walaupun gastrik dah ok tapi my soulmate nak bawa juga jumpa doktor pakar. Thank you so much sebab dengan jumpa doktor pakar aku dapat tahu sesuatu yang aku tak tahu.
 
Ada empat biji batu dalam hempedu. Doktor syorkan operate. Aku seboleh bolehnya tak nak operate. Nak cuba cara lain dulu.
 
Terima kasih banyak banyak kepada seorang kawan kerana dia memberikan petua mengeluarkan batu secara semulajadi. Terima kasih Chan diatas petua tersebut. Dengan petua yang diberikan oleh kawan tu jugak lah membuatkan wujudnya blog ini yang mana aku nak share dengan orang lain.
 
Cara caranya:
1) Hari 1 – 5  
Minum apple juice 1 liter sehari. Aku bahagikan 1 liter tu kepada 4 bermakna 250ml bersamaan dengan 1 cawan sekali minum.
 
2) Hari ke 6
Pagi minum 1 liter apple juice.
Tengah hari lepas pukul 1.30 dah tak boleh makan apa-apa dah. Bermakna puasalah.
Pukul 6 petang – minum 5gm Epsom salt + air suam 250ml.
Pukul 8 malam – ulang langkah yang sama macam pukul 6 tadi
Pukul 9.45 malam – 125ml olive oil  + 125ml jus lemon, kacau dan minum.
Pukul 10 malam – habiskan minum olive oil dengan lemon juice tadi dan terus tidur. Ambil beg air panas letak kat bahagian hempedu. Tidur mereng sebelah kanan. Bersedialah untuk ke toilet esoknya sebab insyaallah batu tu akan keluar….
 
3) Hari ke 7
Insyaallah batu tu akan keluar….
Untuk diriku Alhamdulillah its work dan insyallah Ahad ni aku nak buat lagi untuk kali ke dua.
 
 
Untuk pengetahuan pembaca, boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal. Untuk lagi bagus epal hijau. Satu lagi gunalah berapa biji epal pun sebab tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas atau 1 liter jus. 
Selamat mencuba!
Apa Kaitan ‘Kangkung’ Dengan 13 Mei?#‪#‎KUALA‬ TERENGGANU– PAS
menyifatkan tindakan Umno
mengaitkan isu ‘kangkung’
dengan peristiwa 13 Mei 1969 adalah sangat melampau&berbaur perkauman.Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata,pihak terlibat khususnya Umno Pulau Pinang perlu menerima kritikan rakyat terhadap Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak, dengan
terbuka. Menurutnya, ia tidak sesekali
melibatkan perkara sensitif
sebaliknya simbolik
‘kangkung’ itu adalah
berkaitan kenaikan harga
barangan sebagaimana ucapan Perdana Menteri sendiri. “Apa yang rakyat dukacita
adalah kenaikan harga
barangan di bawah kawalan
kerajaan contohnya minyak,
tarif elektrik, gula dan
sebagainya tetapi ‘kangkung’ bukan di bawah kawalan
kerajaan. “Kerajaan perlu lebih prihatin
menggunakan contoh kerana
rakyat sensitif dan kangkung
bukanlah isu, jadi, kerajaan
kena terima kerana rakyat
menerima tekanan yang banyak,” katanya pada sidang
media yang diadakan di Pusat
Khidmatnya, di sini pada Ahad
19 Januari.. Katanya, sekalipun Adun
Machang Bubuk dari PKR, Lee
Khai Loon seolah-olah
mempersenda dengan
memberi makan kangkung
kepada ‘replika’ mirip Datuk Seri Najib, ia tidak seharusnya
ditafsirkan sebagai
perkauman. Oleh itu, beliau berkata, tidak
sayugia kepada mana-mana
pemimpin Umno
mengaitkannya dengan
tragedi 13 Mei yang telah
berlalu sekian lama. Dalam perkembangan lain,
pemimpin Pakatan Rakyat
Terengganu khususnya di
Parlimen Kuala Terengganu
akan turun beramai-ramai
meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Raja Bahrin yang juga
Pengerusi Lujnah Perpaduan
Nasional PAS Kawasan Kuala
Terengganu berkata, 600
kotak limau dan kalendar
percuma akan diagihkan kepada kira-kira 2,000 kaum
Tionghua, di sini. Beliau berkata, program
hadiah tahun baru itu akan
dibuat di Pasar Tani Kampung
Tiong pada 24 Januari ini, di
samping jamuan makan
malam pada 15 Februari depan yang akan dihadiri Presiden
PAS, Datuk Seri tuan Guru
Abdul Hadi Awang. Katanya, acara tersebut
merupakan salah satu usaha
untuk meneruskan hubungan
baik antara pimpinan PR
dengan masyarakat setempat. “Kita harap masyarakat Cina
yang berada di kawasan-
kawasan lain seperti di Losong
dan sebagainya supaya dapat
turun ke kawasan terlibat dan
pengagihan akan dibuat pada waktu pagi yang akan
dihadiri Ahli Parilmen dan juga
Adun-Adun di Parlimen Kuala
Terengganu. “Untuk lokasi jamuan makan
malam pada 15 Februari depan
yang dibuat sehari selepas
Chap Goh Meh, kita akan
tentukan kemudian,”
katanya
Like · · · 6 hours ago ·
David copperfield is back..............wayang cheap matinee sedang di tayang kan untuk di tonton kepada rakyat, konon nya najib cukup generous orang nya. Potongan dari elaun PM sebanyak RM 1698 tentunya adalah suatu jumlah yang sangat banyak bagi seorang penyokong tegar BN yang berpendapatan RM 1500, malah pasti dianggap pengorbanan besar.
Jika sokong, sila share. - DTF Kredit:

"staff ayamas d my din mall
d hukum krn mencuri wang
majikan"
Like · · · 11 hours ago · 
 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat malam sahabatku, kepada yg muda belum nikah sambil2 anda berehat cuba baca ayat dibawah ni, mana tau mungkin bermanfaat untuk anda semua selamat beramal...dan kepada sesiapa yg nak tambah lagi "cawangan baru" sila dapatkan surat kebenaran dari ibu pejabat lama ... hhee jangan marah naa DOA DIMUDAHKAN MENDAPATKAN JODOH 1.Doa mendapatkan jodoh “Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaamaa.” Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa.” (QS 25:74) 2.Do’a agar dimudahkan dalam mendapatkan jodoh : “ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”. Ertinya: “Ya Allah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik2nya dzat yang mewarisi”. 3. Doa bagi laki2 yang berharap jodoh : “ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”. Ertinya: “Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”. 4. Doa bagi wanita yang berharap jodoh : “ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”. Ertinya: “Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”. 5. ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIIN”. Ertinya: “Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”. 6. “ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR”. Ertinya: Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Q.S. 28 : 24) 7. “HASBUNALLOOH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR”. Ertinya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. (Q.S. 3 : 173 & 8 : 40). 8. “ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”. Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa”. (Q.S. 25 : 74) wallahu alam bissowab~ .



sedih aku tngok bangsa sendiri jadi barua pendtg karala.. yg pndai pakai baju melayu .. Oh UMNO ...
NAJIB PM YANG KE-4 BAKAL TUMBANG DI TANGAN TUN MAHATHIR..? TATKALA Singapura bersiap sedia menyambut zaman pasca Lee Kuan Yew, berdepan dengan senario di mana susuk tubuh Harry Lee semakin uzur, secara ironinya Malaysia pula berkemungkinan menyambut kedatangan satu zaman yang didominasi Tun Dr Mahathir Mohamad. Secara peribadi saya meramalkan bahawa seandainya PM Najib Razak tidak menyerang balas, menjana pembaharuan yang menyeluruh, maka beliau mungkin menjadi Perdana Menteri keempat yang dijatuhkan Dr Mahathir, menyusul langkah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Biar kita imbas bagaimana Abdullah ditumbangkan Mahathir. Abdullah mengambil alih tampuk kuasa dengan menonjolkan imej “Saya bukan Mahathir”, didukung dengan suara rakyat. “Bukan- Mahathir” bermaksud, lebih demokratik, lebih bebas, dan lebih lemah-lembut dari segi politik, malah kurang kronisme dari segi ekonomi. Namun demikian, dengan cepat Abdullah terjerumus ke dalam kancah, sehingga gagal membebaskan diri daripada lumpur. Abdullah terjebak dengan “Sindrom Gorbachev” selepas PRU11 pada tahun 2004, diselubungi kekhuatiran bahawa kuasa boleh terlucut daripada tangannya seandainya menggerakkan pembaharuan yang mendadak. Akhirnya terlalu ramai muka-muka dari puak konservatif dirangkum ke dalam Kabinetnya, sehingga gagal memenuhi harapan reformasi daripada kalangan rakyat. Lebih-lebih lagi, pemikir dan penasihat yang seharusnya menjana pembaharuan di sisinya pula dengan cepat terjebak ke dalam pertikaian amalan rasuah, lantas hilang keabsahan dari segi politik. Mahathir menyerang kerajaan Abdullah buat kali pertama pada Jun 2005, dan menyerang Abdullah secara peribadi pada Jun 2006. Yang selebihnya tercatat sebagai sejarah. Saya perlu menambah mengapa Mahathir dikatakan memainkan peranan untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, secara ringkas dalam ruang yang sekecil ini. Kita sedia maklum Mahathir dipecat daripada Umno selepas tragedi 13 Mei 1969, lantaran suratnya untuk mendesak agar Tunku berundur. Meskipun Mahathir mendakwa surat itu adalah sulit, salinannya tersebar luas diedarkan di sekitar Kuala Lumpur, dalam universiti dan kampung Melayu. Mahathir mempersalahkan Tunku kerana tunduk kepada orang Cina. Tafsiran Mahathir terhadap isu tragedi 13 Mei akhirnya diterjemahkan dalam hujah dan dasar rasmi kerajaan. Tunku berundur pada tahun 1970. Dalam kes Hussein Onn pula, Mahathir adalah dalang yang menyokong Sulaiman Ahmad (atau “Sulaiman Palestin”) untuk mencabar Hussein Onn dalam pemilihan Umno pada tahun 1978, sungguhpun ramai yang menganggap bahawa Harun Idris memainkan peranan di sebalik percaturan tersebut ketika itu. Buat kali pertama sejak penubuhannya Umno menyaksikan pertandingan jawatan Presiden, dan calon ini berjaya meraih kira-kira 20% undi. Tujuannya bukan untuk menewaskan Hussein Onn tetapi untuk menghakis kredibilitinya. Jelas, Mahathir adalah pihak yang menerima manfaat selepas Hussein Onn berundur. Mahathir diasak dari kiri dan kanan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie, sejak menjadi timbalan Hussein Onn. Malah Mahathir dituduh sebagai “ejen komunis”. Tiga hari sebelum Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, setiausaha politiknya Siddiq Mohamed Ghouse ditahan di bawah ISA atas tuduhan “ejen KGB”! Sememangnya Mahathir tidak sabar-sabar untuk menamatkan zaman Hussein Onn. Sejarah berulang. Padahal kita tahu bahawa Mahathir tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Najib sebelum PRU13 pada tahun 2013. Namun, Mahathir tetap berkempen untuk Umno kerana ingin memakbulkan impiannya agar anaknya Mukhriz Mahathir dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah. Kini, Mahathir tidak terikat dengan apa-apa selepas kekalahan Mukhriz dalam pemilihan Umno pada November 2013. Dari apa yang diamati sepanjang tempoh dua minggu pertama pada tahun 2014, nampaknya Mahathir telah bersedia untuk “menukarkan” Perdana Menteri. Kemungkinan Najib gagal mengubah nasib dirinya. Masalah dengan Najib adalah beliau kurang ikhlas dalam pembaharuan, malah langkahnya tidak setanding Abdullah. Jikalau kita imbas kembali, ramai yang menganggap bahawa Abdullah adalah golongan demokrat yang mempunyai keikhlasan untuk membawa pembaharuan, tetapi tidak berkeupayaan dari segi pelaksanaan. Dari segi hubungan etnik, walaupun menyaksikan kebangkitan golongan sayap kanan pada zaman Abdullah, tetapi beliau masih dilihat berhasrat untuk memupuk integrasi kaum, cuma momentumnya terlalu lemah. Dari segi rasuah, ramai yang menuduh kerajaan korup ketika zaman Abdullah. Namun, kita rasa “Abdullah tidaklah sampai ke tahap sebegitu” apabila melihat kemewahan dan keborosan pasangan suami isteri Najib dan Rosmah Mansor. Najib perlu memenangi undi di pertengahan dalam politik seandainya mahu menyelamatkan dirinya. Najib perlu menangkis puak konservatif, memandang berat keperitan rakyat jelata, mengasingkan dirinya daripada Mahathirisme. Jika tidak, Najib bakal menjadi PM keempat yang dijatuhkan Mahathir, dan Malaysia akan menyaksikan kembalinya Mahathirisme.
Rekod Dunia
Pilot seorang muslimah
World First Veiled Pilot
Captain Pilot ( Shahnaz Laghan )
Like · · · 18 minutes ago ·

Bekas Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah kerana Mahkamah Syariah terikat dengan fatwa

OLEH YISWAREE PALANSAMY
January 20, 2014
Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.
Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.
Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.
Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.
"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.
Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam.
Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.
"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.
"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.
Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.
"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?
"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.
Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.
Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.
Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.
Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.
Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.
Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.
Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.
Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu. – 20 Januari, 2014.

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan