Selasa, 28 Januari 2014

AWEK JENIS MANGKUK HAYUN....WAJIB DIROTAN 100X SEBATAN....NI LAH NATIJAH MENOLAK HUKUM ALLAH...APA MUFTI2 DAN PIHAK BERKUASA TAK TAHU KE....AKHIRAT KORANG JAWAB LAH



Tuesday, 28 January 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... JOM TENGOK WAJAH MACAI UMNO/BN GUNA AKUAN TWITTER ATAS NAMA MB SELANGOR HEBAHKAN 8 AHLI PARLIMEN PKR AKAN LETAK JAWATAN SEBELUM KHAMIS INI!!!



Punyalah terdesak tahap kangkung macai UMNO/BN dalam mengambil kesempatan perletakkan jawatan ADUN Kajang semalam.

Suatu akaun twitter didaftar atas nama MB Selangor tweet kononnya di jangka 8 lagi MP PKR akan letak jawatan sebelum hari Khamis tanda protes terhadap Anwar Ibarahim.

Laaaa .... yang tukang buka akaun MB Selangor adalah seorang macai UMNO/BN yang bernama Ramesh Rao Khrisnan Naidu.

Macha ni kerja dia siang malam pagi petang tukang laporan polis ... Patutlah Mahathir cakap yang menyokong UMNO ni jenis baka baghal bodoh tahap gaban.

Macha inilah yang buat bising kata BN jadi barua Pakatan Rakyat.

Monday, 27 January 2014

KENYATAAN MEDIA PERLETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN KAJANG.



Untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor”.

Ini merupakan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat.

Kenyataan Lee, yang juga dikenali sebagai CC Lee, dimuat naik dalam Facebook rasmi parti politiknya PKR.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang,” kata Lee dalam kenyataan tersebut.

“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.”
KUALA LUMPUR: Keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah member peluang kepadanya menjadi wakil rakyat Dun N25 Kajang.

“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR, malam ini.

Petang tadi, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi Dun Kajang kosong ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh.

 



Tuesday, January 28, 2014

KHALID SAMAD BIKIN PANAS NOH OMAR

Khalid Samad melalui twitternya membuat kenyataan yang pasti membuatkan darah Noh Omar membuak-buak. Dalam kenyataannya Khalid Samad lebih rela berdebat denganindividu bernama Azib. Tidak diketahui pula siap gerangan si Azib ni.

Namun dalam banyak-banyak ayat yang beliau tulis, ayat terakhir pasti sekali membuatkan Noh Omar mendidih...

Ada siapa-siapa tahu tahap pendidikan Noh Omar? sila komen

Monday, 27 January 2014

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA ... KM PULAU PINANG LGE LAWAT DAN HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM DI KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM PETANG TADI.


Masih nak tuduh kerajaan DAP/PR pimpinan YAB Lim Guan Eng anti Islam dan benci Melayu? .. Lihat akan gambar-gambar diatas sebagai pencerahan minda dan santapan jiwa.

Yang mendabik dada pertahankan ketuanan Melayu dan Kalimah Allah belum lagi nampak muka.

Kegembiraan seorang ibu dijangka melahirkan bayinya hari ini terbantut selepas rumah didiami bersama suami, madu dan 13 anak di Kampung Kubang Semang di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran jam 8.25 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku hanya selepas lima minit ibu berkenaan menjejakkan kaki ke rumah sewanya itu untuk mengambil pakaian dan barang keperluan sebelum bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan bayinya.

Kebakaran itu turut menyebabkan tiga lagi keluarga menyewa rumah berkenaan tinggal sehelai sepinggan selepas hangus dijilat api marak dengan pantas menyebabkan penghuninya gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Ketika kejadian Syarifah Mohd Taib, 41, baru pulang dari klinik kesihatan berhampiran selepas selesai memeriksa kandungannya kini sudah berusia lebih sembilan bulan dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.

Katanya, ketika itu dia dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu bergegas ke hospital untuk persediaan melahirkan anak.

‘Diratah’ anak saudara

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di ibu negara, kelmarin.
Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.
Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang pekerja am berkata, dia tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.
Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.
“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.
“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah, dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya,” katanya.
Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas beberapa jam selepas itu mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan lebih mengejutkan, dia turut tidur bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.
“Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

 

Awek Twitter Keluh Rasa Puas Sex Terima Cacian


Awek Twitter Keluh Rasa Puas Sex Terima Cacian - ungkapan syahdu seorang wanita ini yang melabelkan seorang lelakinya itu sebagai my hubby"puass teramat, thanks dear" membuatkan followers twitternya retweet kembali posting itu tersebar secara viral.

apapun admin berasap nak pesan kalau dah kahwin tuh cukuplah sekadar berkongsi bersama pasangan kamu janganlah kamu menyebarnya luas dilaman sosial hal ini kerana maruah kamu bakal tercemar dan dicemuh, ada ker seorang manusia hendak mereka dicemuh,dicaci dan sebagainya?.

agaknya mereka dua nie pun nak jadi top macam bobo agaknya, lepas itu dapat kontrak dengan syarikat filem porno agaknya.
haishh itu malaysia yang dikatakan aman tetapi sebaliknya tidak aman dari segi sosial kenapa admin merungkai kenyataan tidak aman dari segi sosial kerana kesan positif dan negatif itu ada pada gejala sosial tetapi jikalau si mamat dan minah ini buat macam nie secara automatiknya ia bakal menimbulkan kesan negatif kepada budak-budak sekolah,orang yang belum berkahwin.
itu dari pendapat admin la kalau korang ada pendapat korang sendiri boleh la lontarkan komen anda di bawah ok

Friday, March 30, 2012

IBU DI KLANG TERPAKSA BIAR DIRI DIROGOL DEMI ANAK-ANAK...

Astaghfirullahil'azimmmm. Saya beberapa kali beristighfar kepada Allah SWT apabila membaca berita ini. Alangkah kejinya perompak ini yang bukan saja merompak, malah mengambil kesempatan merogol seorang ibu yang dia aniaya....

Pada saya, perompak itu bukan lagi boleh dianggap sebagai manusia. Tapi dia selayaknya dianggap sebagai makhluk yang lebih keji dari binatang! Harap PDRM dapat menangkap iblis ini secepat mungkin dan semoga keadilan yang setimpal diberikan Allah kepada mangsa..

Semoga tidak ada lagi iblis seperti ini di kalangan warganegara Malaysia. Biarlah Anwar saja yang menelanjangkan diri sebagai "iblis tunggal" di negara ini. Itu pun bukan main lagi nak jadi PM...!

Demi Keselamatan Anak, Seorang Ibu Di Klang Terpaksa Relakan Dirinya Dirogol…

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. -Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan