Isnin, 27 Januari 2014

ALLAH(الله) MEMANG MAHA AGONG.....MAHA BESAR CUMA MAKHLUK TAK KENAL....TAK BERIMAN KERANA JAHIL...KERANA DEGIL ATAU TERTIPU DAN TIPU....MAKA JADILAH AGAMA MANUSIA YANG CIPTA SENDIRI

KUALA LUMPUR: Penafian oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) penglibatan mereka dengan lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika sebagaimana dilaporkan oleh media sangat menarik perhatian rakyat jelata negeri itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri brkata, dua perkara memerlukan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Terenganu khususnya Menteri Besar yang melibatkan persoalan etika amanah dan etika bercakap benar yang sepatutnya menghiasi diri setiap pentadbir dan pemerintah.

“Pertamanya penggunaan dana milik rakyat untuk suatu aktiviti yang dipertikaikan keperluan dan kemunasabahannya mengundang persoalan amanah kerajaan negeri dalam menguruskan harta milik awam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat Terengganu berhak mempertikaikan sikap amanah kerajaan negeri di saat rakyat berhadapan dengan permasalahan dilema kehidupan melibatkan kewangan dan dan berjuang untuk melengkapkan keperluan sara hidup seharian.

Menurutnya, mengaitkan aktiviti dengan satu agensi yang mempunyai kaitan dengan institusi Diraja Negeri Terenganu menimbulkan pertikaian apabila ia dinafikan oleh pihak terbabit.

Tambahnya, ia menimbulkan persoalan pembohongan yang sepatutnya tidak menjadi akhlak buruk pemerintah.

Katanya lagi, sangat tidak wajar institusi yang mempunyai kaitan dengan istana dikambinghitamkan untuk merasionalkan sesuatu tindakan kurang wajar pentadbir negeri.

“Saya meminta Menteri Besar Terengganu segera memberikan penjelasan yang wajar kepada rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Yayasan Diraja Sultan Mizan nafi anjur lawatan MB ke Antartika


Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media.

Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau - antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia - mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno).  Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula.

Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti.  Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya!

Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas,

Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah.

Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB).

"Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum  membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman.

"Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh!

"Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin.

Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu.

Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang.

Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri.

"Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik.

Memang mengejutkan. Bangunan sekolah yang menelan kos RM40 juta itu boleh dikatakan siap sepenuhnya tetapi kini terbiar sepi. Lalang hampir separas pinggang.

Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah.

Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?)

Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah - untuk kesekian kali - rasuah atau elemen seumpamanya. Sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan?

Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tanda tanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salah guna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau.

Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu.

Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran.

Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain.

Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar.

Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan. Melihat sendiri bongkah batu sebesar rumah, yang meranapkan 12 kediaman, cukup menggerunkan.

Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.

Bukankah aktiviti pengkuarian terpaksa melalui prosedur yang cukup ketat, khususnya daripada Jabatan Alam Sekitar, yang memerlukan laporan EIA dan persiapan kawalan risiko kecemasan yang diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis?

Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang.

Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbunhan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemaran atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar.

Dan sebagai rakyat biasa, saya rasa terhina dengan sikap rakus dan memandang rendah keselamatan orang awam, konspirasi ahli perniagaan tamak bersama elit pemerintah takbur.

Sama sekali anda tidak boleh mempercayainya apabila letupan kuari sedahsyat itu, yang memuntahkan bongkah batu pejal yang masih tersergam, namun ia masih belum berjaya menghentikan operasinya.

"Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk.

"Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita korek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah.

Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan.

Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari.

Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu?

Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA.

Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat.

Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam  dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati.

Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti.

"Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang.

"Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas.

Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana.

"Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini.

Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang. 11:41AM Jan 26, 2014

Apa maksud 12 dokumen PKNS?


Pemutihan dokumen sulit kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai usaha menunjukkan ketelusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kemelut berkaitan Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bagaimanapun jika diteliti, tidak semestinya jawapan ditemui tetapi beberapa persoalan lain juga muncul.

Khalid ketika ditemui semalam sekali lagi mengesahkan yang exco tidak pernah membincangkan untuk menamatkan kontrak Azmin yang juga timbalan presiden PKR Selangor dalam syarikat milik negeri itu.

Bagaimanapun, ulasan pejabat menteri besar dalam minit mesyuarat exco 13 November 2013 (MMK:58/35/2013) menyebut bahawa Azmin "...telah mengembalikan kemudahan-kemudahan yang diterima maka sesuai untuk dikaji semula kedudukan beliau."

Bekas exco Teresa Kok turut dikaji kedudukannya kerana bukan lagi ADUN negeri Selangor.

Apakah ia boleh menjadi satu interpertasi kepada PKNS bahawa kedudukan Azmin kini boleh diputuskan?

Dokumen tersebut turut mendedahkan pengurus besar PKNS Datuk Othman Omar (kini ditukar ke pejabat setiausaha kerajaan negeri) pada 15 Mei 2013 (PKNS/SUK/2.2/97) memohon panduan dan petunjuk daripada MB berkenaan isu sambungan khidmat dan pengguguran ahli lembaga PKNS.

Versi pejabat MB

Permohonan dalam surat bertajuk "Pengesahan Pelantikan Ahli-ahli Profesional dalam ahli-ahli perbadanan” itu dibuat bagi memudahkan urusan pemanggilan mesyuarat lembaga yang telah dijadualkan pada 28 Mei 2013.

Menariknya, surat yang diterima pejabat menteri besar pada 17 Mei 2013 itu turut menyatakan dengan jelas meminta nasihat untuk keputusan berkaitan status Azmin, Teresa dan lain-lain ahli lantikan untuk lembaga PKNS.

Jawapan mesyuarat exco 4 Disember lalu pula dengan jelas mengatakan exco Selangor Iskandar Ab Samad akan dikekalkan dan Datuk Teng Chang Kim dilantik menggantikan Teresa Kok – yang turut mendapat penilaian "sesuai untuk dikaji semula kedudukan beliau" pada mesyuarat exco 13 November.

Persoalan paling besar timbul apabila surat Othman bertarikh 8 Januari mengatakan kedudukan Azmin ditamatkan pada 4 Disember dengan hanya merujuk pada mesyuarat 13 November dan bukan 4 Disember.

Sumber pejabat menteri besar dengan tegas menafikan surat Othman diluluskan Exco atau MB sendiri.

"Mungkin Azmin minta OO (Othman) tulis sendiri surat tersebut, kita tak tahu," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Apabila Khalid mengumumkan bahawa pemecatan Azmin merupakan keputusan Othman pada 15 Januari, Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim berkata isu itu akan dijawab melalui kenyataan media selepas mesyuaratnya pada 20 Januari.

Bila SPRM masuk

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, media seluruh Malaysia telah menerima kenyataan dari setiausaha eksekutif PKNS ketika itu Norita Mohd Sidek, terus menafikan kenyataan Khalid.

Menurutnya, PKNS mengutus surat penamatan kepada Azmin pada 8 Januari berdasar “keputusan” mesyuarat exco pada 13 November 2013 dan disahkan pada 4 Disember 2013.

Lebih menimbulkan tanda tanya, dikatakan satu lagi surat dari Othman bertarikh 16 Januari yang membatalkan surat 8 Januari itu tidak dirujuk langsung dalam pendedahan dokumen ini.

Umum mengetahui terdapat 'pergeseran' antara beberapa kumpulan dalam PKR Selangor.

Media seluruh negara banyak mendokumentasikan berita dan rencana kumpulan-kumpulan yang dikatakan mahu 'menggulingkan' pemerintahan Khalid sejak tahun 2010 lagi.

Antara dikaitkan termasuk Azmin sendiri. Bagaimanapun kedua-dua Khalid dan Azmin terus menafikan kepada umum mereka mempunyai sebarang masalah atau pergeseran bersama.

Sementara itu, pengumuman Khalid untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International (TI-M) turut menarik minat banyak pihak kerana dilihat bakal membuka pelbagai lagi persoalan dan cerita baru.

Apakah agaknya perkara yang tidak diketahui umum itu?
 Apakah Cukai GST Adalah Untuk Persiapan Bagi Jabatan Kastam Di Swastakan?
Posted on Monday, January 27 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Nampak nya Tembelang Datuk Seri Najib Wassatiyah Bagi Melaksanakan Cukai GST Sudah Dapat Dibaca beb...

Terkini itu yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib perihal rancangan PENGKOPORATAN Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM), dalam kata lain yang lebih mudah ialah KDRM DISWASTAKAN. Sudah pasti yang memperolehi Tender tersebut adalah KRONI beb, dan yang pasti juga tiada satu pun Syarikat yang memohon Tender akan memohon kalau tahu ianya membawa kepada kerugian.

Lebih-lebih lagi kalau ianya berurusan Tender dibawah Kerajaan Umno/Bn yang pasti Untung nya GILA BABI sampai TUJUH KETURUNAN TAK HABIS MAKAN.

Persoalan nya ialah apakah SISTEM PERCUKAIAN yang akan TERBEBAN kepada Rakyat Malaysia pada tahun 2015 iaitu GST atau ada yang kata GOOD SERVICE TAX dan ada yang kata juga GOVERMENT SERVICE TAX ini bersangkut paut dengan rancangan untuk Penswastaan KDRM. Kenapa perlu diswastakan KDRM kalau bukan untuk memberi Tender kepada KRONI, dan agak-agak lu orang berapa banyak KEUNTUNGN yang akan diperolehi oleh KRONI tersebut kalau KDRM diswastakan. Tak kan setakat cukup-cukup makan saja beb.

Setahu gua cara makan Kroni ni pulak boleh lah dikatakan seperti HANTU RAYA MAKAN lu orang tahu tak, kalau dah Hantu Raya yang makan sendiri mahu ingat lah beb mana ada baca BISMILLAH dan di sudahi dengan ALHAMDULILLAH, jadi kepada Rakyat Malaysia terutama nya disebelah umno/Bn lu orang fikir-fikirkan lah beb wajar ke atau tidak lu orang untuk memilih dia orang lagi. Jangan lu orang TERPERANGKAP dengan SENTIMEN KEMELAYUAN dan KETUANAN MELAYU beb, lu orang memang tak rasa sekarang tapi jangan sampai ANAK CUCU CICIT lu orang Kencingkan Kubur lu orang ok... kah kah kah!

http://inderasipejuang.blogspot.com/

hemmmmm..... yang pelik bin ajaib nya ialah macam dia orang ni tak faham tentang kemarahan rakyat yang sedang memuncak dengan peningkatan kos sara hidup sekarang ini, apa ke dia orang ni jenis tak ada perasaan ke beb, kalau ikut kan hanya penjajah aje yang punya perasaan begitu dan kemudian nya mengaku diri baik kepada orang yang dijajah... kah kah kah... ABU"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, January 27 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Kabinet mahu tindakan tegas terhadap lawak kangkung
Posted on Monday, January 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




BBC melaporkan kontroversi kangkung dan komen Datuk Seri Najib Razak yang berkata orang ramai harus bersyukur apabila harga sayur turun.

Di kemuncak kontroversi kangkung minggu lepas beberapa menteri menggesa agar tindakan tegas diambil untuk menghentikan komen negatif di alam siber terhadap perdana menteri, akan tetapi Rang Jaminan Malaysia untuk internet menghentikan mereka.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa menteri berhujah, Putrajaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak di internet terhadap komen Datuk Seri Najib Razak kerana mengatakan orang ramai seharusnya bersyukur apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.

"Sesetengah menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan," tambah beliau.

"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata sumber itu lagi.

Difahamkan, menteri-menteri berkenaan berhenti berhujah apabila dicabar menandatangani keputusan Kabinet secara kolektif untuk menggantung jaminan dibuat perdana menteri pada 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.

Terdapat spekulasi elemen dalam kerajaan mencuba untuk menyekat laporan BBC dalam isu kangkung apabila sesetengah pengguna internet Malaysia mengadu gagal untuk mengakses laporan BBC tersebut, sehingga timbulnya pertuduhan berlakunya sekatan internet.

Pengguna internet jalur lebar Telekom Malaysia mengatakan mereka mengalami kesukaran membaca laporan “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach” dan video YouTube ucapan Najib yang diremix.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyelia industri komunikasi di negara ini menafikan menyekat akses laporan itu walaupun mempunyai kuasa melakukannya terhadap kandungan dibantah seperti pornografi mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hanya membenarkan sekatan terhadap laman sesawang sekiranya benar-benar perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Pada 2009, The Malaysian Insider melaporkan Putrajaya mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman sesawang, sebagaimana dilakukan China dengan menghasilkan perisian khas “Green Dam”.

Alasan untuk melakukan sekatan adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara. Akan tetapi, penapis internet itu tidak pernah dipasang.

Akan tetapi Dr Mahathir mengakui Jun lalu melakukan kesilapan semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang menang lebih banyak kerusi.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai MSC pada 1996.

“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

“Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali,” katanya.

Najib pernah berikrar sebelum ini beliau tidak akan melakukan sekatan internet dan juga meminda undang-undang penerbitan yang sebelum ini memerlukan pembaharuan permit setiap tahun. – 27 Januari, 2014.-tmi


 Arab Academy - The Fastest Way To Learn Arabic - Learn Arabic English translation of 99 names of Allah
 Kain rentang berbaur provokasi kalimah Allah digantung di gereja, dakwa Umno..
Posted on Monday, January 27 @ 07:09:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
 Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.


Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.
Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan “Allah Is Great” (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah” (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.
Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.
Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.
"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.
Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media.
"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya
sumber
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, January 27 @ 07:09:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 Utusan gesa Anwar belajar daripada pelakon porno Jepun Maria Ozawa
Posted on Sunday, January 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Bintang porno, Maria Ozawa bersikap lebih terbuka apabila dihalang daripada memasuki Indonesia suatu ketika dahulu.

Utusan Malaysia hari ini membandingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bintang porno Jepun Maria Ozawa yang pernah dihalang masuk ke Indonesia suatu ketika dahulu kerana bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Menurut kolumnis Awang Selamat, Ozawa lebih berjiwa besar apabila tidak menyalahkan pemerintah Indonesia kerana dihalang masuk ke negara tersebut berbanding Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra.

Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.

"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.

"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Anwar mendakwa ada pihak yang menjadi dalang bagi kegagalannya memasuki Jepun bulan lepas. Anwar mendakwa ada pihak yang menjadi dalang bagi kegagalannya memasuki Jepun bulan lepas.Dalam pada itu, Awang Selamat juga mengecam Anwar kerana mengambil sikap menunding jari kepada kerajaan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

"Penyakit beliau yang suka menyalahkan pihak lain atas kesalahan dan masalah diri sendiri, nampaknya belum pulih.

"Anwar perlu menjadi warga global yang bertanggungjawab. Mahu masuk ke negara lain, patuhilah peraturan termasuk untuk bekas banduan seperti dikuatkuasakan di Jepun," katanya lagi.

Pada 19 Januari baru-baru ini, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarah pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiaan mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

Putrajaya menafikan sebarang penglibatan dalam halangan tersebut dan menyifatkan dakwaan oleh Anwar sebagai tidak berasas.

Dalam pada itu juga, Kedutaan Jepun juga mengesahkan Ketua Umum PKR itu memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, January 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Masjid Dhirar, masjid orang Munafik yang dihancurkan di zaman Nabi
Posted on Sunday, January 26 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




Foto: Tapak Masjid Dhirar yang dimusnahkan

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)

Sebab turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan niat menghancurkan Islam.

Ibnu Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah) berkata,

"Telah datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.

"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah, syamilah

Kaum munafik membina dengan niat yang buruk

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar dibina dengan niat yang buruk.  Mereka adalah orang munafik dan tujuan mereka adalah:

1. Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).

2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik

3. Memecah belah kaum muslimin

4. Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu 'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau (mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua, pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227

Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya

Allah Ta'ala berfirman, "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata, "Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."

Maka keduanya pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api (pelepah kurma) dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkannya.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

restinpeaceroo.blogspot.com
 





36 sekolah di N.Sembilan bertahun-tahun beroperasi tanpa CF
Posted on Sunday, January 26 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"26 Januari 2014 REMBAU - Kesal dan bimbang. Itulah perasaan diluahkan seorang bapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Haji Adnan (Duha), Kota, di sini berikutan sekolah berkenaan didakwanya beroperasi tanpa sijil layak menduduki (CF).

Mohd Rafique Mohd Ali, 50, berkata, dia kecewa apabila bangunan sekolah yang menempatkan ratusan pelajar itu masih lagi belum memiliki CF sehingga ke hari ini.

Menurutnya, perkara berkenaan terbongkar pada 2005 apabila kejadian serpihan cermin tingkap laluan udara menimpa anaknya, Mohd Afiq Nazirul, 25, sehingga menerima 10 jahitan. Ketika itu anaknya berada di tingkatan tiga.

"Kejadian berlaku 10 tahun lalu. Saya pernah bertanya kepada pengetua adakah sekolah itu selamat. Sekiranya selamat, mengapa perkara seperti itu boleh berlaku.

"Setelah diasak, pengetua memberitahu sekolah itu dibuka untuk sesi pembelajaran walaupun masih belum mendapat CF," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Duha, Abdul Ghani Zainudin berkata, sejak awal penubuhan sekolah itu, masalah ketiadaan CF memang sering dibangkitkan dalam mesyuarat PIBG.

“Malah, nasib 609 pelajar tingkatan satu hingga lima dan 50 orang guru yang berada di bangunan ini sentiasa tidak selamat sehingga isu CF ini diselesaikan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bangunan berusia 10 tahun itu perlu dilakukan pendawaian semula, namun disebabkan tidak memiliki CF, kerja-kerja naik taraf itu tidak dapat dilakukan di sekolah berkenaan.

Difahamkan, di Negeri Sembilan, sebilangan bangunan di 36 sekolah masih tidak memiliki CF susulan projek pembinaan berkenaan dijalankan di bawah konsep kolsultansi pengurusan konsultan pengurusan projek (PMC).

sinarharian"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Sunday, January 26 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan