Sabtu, 21 Disember 2013

TAK HABIS2 NAK MENIPU....LEPAS TANGAN...LEMPAR BATU SEMBUNYI...SPIN DLL...KAT AKHIRAT NAK BUAT BENDA SAMA KE....JANGAN2 DALAM KUBUR DAH KENA TIBAI...ORANG BENAR2 MENGENAL ALLAH YANG TAKUT KEPADA ALLAH....ZIKIRNYA SELURUH ANGGOTANYA...MEMBUAT SEGALA YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANG

EDISI MACAI UMNO KANTOI TERLONDEH MENIPU!!!! .. TUDUH KEWUJUDAN DAN KENAIKKAN TOL ADALAH DI DALANGI OLEH DSAI SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI KEWANGAN!!!!


Kini mendapat khabar poster bertajuk FAKTA LEBUHRAYA DI MALAYSIA yang mengisahkan siapakah yang meluluskan perjanjian konsesi tol sedang rancak ditaburkan merata tempat serta bergerak cergas di alam maya.

Digambar berpuluh tol diluluskan oleh DSAI semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1991 hingga 1998. .. kononnya tol di luluskan atas kuasa dan kehendak Menteri Kewangan Malaysia.

Untuk melondehkan penipuan dan fitnah para macai UMNO ini suatu artikel di MStar bertarikh 8hb Oktober 2009 dimana Najib Razak memberikan respon atas ura-ura sebuah entiti swasta Asas Serba Sdn Bhd dilaporkan mengemukakan cadangan  kepada Kementerian Kerja Raya pada Mei 2009 untuk memperolehi kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya dengan harga RM50 billion.

Syarikat berkenaan itu dikatakan disokong oleh empat ahli perniagaan termasuk bekas pegawai tinggi PLUS.

Najib berkata ..BELIAU MENUNGGU CADANGAN AKHIR DARIPADA UNIT PERANCANG EKONOMI ( EPU) MENGENAI STRUKTUR TOL. .. EPU DIBERIKAN TUGAS MENGADAKAN KAJIAN MENGENAI KONSESI LEBUH RAYA YANG MELIBATKAN SEMAK SEMULA KADAR TOL BAGI MERINGANKAN BEBAN PENGGUNA.

Jadi dengan penjelasan Najib Razak itu amat jelas kepada kita bahawa segala perjalanan tol termasuk turun naik bayaran tol adalah tanggung jawab khusus EPU ... EPU bertanggung jawab terus kepada Perdana Menteri bukannya kepada Menteri Kewangan .. Jadi segala keputusan mengenai tol adalah arahan khas Perdana Menteri setelah mendapat kata nasihat dan bisikan dari EPU.

Sebab itu kenaikan bayaran tol yang menjadi kontroversi baru-baru ini diumumkan oleh Dato' Seri Wahid Omar Menteri DiJabatan Perdana Menteri bertanggung jawab atas EPU.

Lain kali kalau macai UMNO nak menipu kena pastikan ianya berfakta dan bukan auta.






APABILA WARGA BANGLA MENGUASAI TANDAS AWAM DI NEGARA KITA!!!


Habis rosak jahanam punah ranah bahasa Melayu apabila dibiarkan bulat-bulat kepada warga bangla mengawal dan menguasai tandas awam di negara kita.

TENDAS YEWAM

1.  BERA DUDOK KALU RM1

2.  BERA CANGKUN KALU 50 SEN

3.  MENDI ADA SABUN RM1

4.  MENDI TADA SABUN 50 SEN

5.  BURUS GEYGEY 20 SEN

6.  KINCIN 30 SEN

7.  CUCEY MOKA 20 SEN

8.  TUKAR ROTI 20 SEN.

SILA YIKUT ERAHAN ...

Tukar roti pun ada ... pun kena caj ...Mampuslah macam ini.
'A' meningkat, tapi laporan antarabangsa merosot
6:19PM Dis 21 2013
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan perbezaan persepsi dalam sistem pendidikan Malaysia dalam pengamatan kerajaan dan badan antarabangsa.


Beliau memberi contoh laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang mencerminkan keadaan yang membimbangkan dalam sistem pendidikan Malaysia.


"Pada tahun 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22(1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).


"Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).


"Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?" kata beliau dalam ucapan aluan di kongres pendidikan NGO 'Teach For The Needs' (TFTN) hari ini.


Izzah menambah laporan PISA tahun lalu turut menyebut kegagalan sistem pendidikan Malaysia yang menurutnya perlu 'diterbalikkan' bagi memastikan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.


"Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012.

“Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, pelajar tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!"

'Pendidikan bukan tetap kerjaya'

Beliau mengkritik bahawa landskap pendidikan negara pada hari ini tidak menjuruskan kepada penjanaan idea dan pemikiran kritis hingga menyebabkan generasi hadapan tidak gemar berfikir melangkaui sempadan akademik.


Izzah yang juga naib presiden PKR berkata tujuan pendidikan seharusnya mencungkil bakat dan potensi pelajar semaksima mungkin dan bukannya menetapkan ke arah kerjaya tertentu semata-mata.


"Dahulu selepas merdeka, anak-anak muda berebut untuk menjadi askar, polis ataupun cikgu. Ini merupakan pekerjaan tersohor di waktu itu. Tidak lama selepas itu, apabila negara menyambut arus pembangunan,anak-anak pula digalakkan untuk mengambil bidang kejuruteraan atau perubatan. Sama ada anak-anak itu mampu atau tidak itu soal kedua.


"Melihat masa hadapan, satu pembangunan holistik adalah dituntut. Pendidikan perlu di terbalikkan. Pendidikan dahulu telah menetapkan penghujung jalannya. Anak-anak di tetapkan untuk menjadi jurutera atau doktor dari kecil. Pendidikan sepatutnya merungkai potensi anak-anak semaksima mungkin," kata beliau.


Justeru beliau memuji TFTN yang telah bersikap jujur dan berani dalam percubaan menyelesaikan masalah pendidikan tanah air.


Beliau menceritakan betapa beliau pada mulanya sinis namun berubah apabila melihat sendiri 40 orang pelajar darjah 6 yang buta huruf di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.


"Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan-sukarelawan TFTN masuk; mereka yang apolitikal, mereka yang tidak partisan, dan mereka yang bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang-lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak-anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan," kata beliau.


TFTN merupakan gerakan yang mengumpulkan guru, sukarelawan dan aktivis untuk turun mengadakan kelas-kelas percuma kepada pelajar yang ketinggalan dari segi pendidikan.
Wartawan lancar kempen bantah KDN


  • 2:24PM Dis 21 2013
Sekumpulan kumpulan wartawan yang menggelar diri sebagai Gerakan Media Marah (GERAMM) melancarkan kempen bantahan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung mingguan The Heat.


Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu mahu melakukan kempen di laman media sosial Twitter selama satu jam sehari bermula Isnin dengan menggunakan hashtag #theheat dari jam 9.30 malam.


Mereka juga menyeru agar pengamal media memakai pakaian merah setiap hari Jumaat sebagai simbol solidariti.


"GERAMM menyeru semua pengamal media – termasuk penulis sambilan dan penulis kolum serta kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat media – menyertai kempen kami mulai hari ini bagi membangkitkan isu pencabulan serius kebebasan media di negara ini.


"Teman-teman wartawan dan editor juga diseru agar memulakan kempen atas inisiatif sendiri mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.


"Kini, tiada hak untuk kita berdiam dan sudah tiba masanya kita semua bertegas membantah pencabulan seumpama ini," kata sekretariat GERAMM.

'Batal tindakan, mohon maaf terbuka'


GERAMM turut menuntut agar KDN membatalkan tindakan tindakan terhadap The Heat dan membenarkan akhbar mingguan itu beroperasi seperti biasa.


KDN turut didesak untuk memohon maaf secara terbuka kepada The Heat dan semua pengamal media serta pengguna media atas pencabulannya terhadap ruang kebebasan media selama ini.

GERAMM turut mengajak warga media dan orang ramai menyertai perjuangan mereka di media sosial dengan mengikuti akaun @MediaGeramm dan di laman Facebook di www.facebook.com/GerakanMediaMarah.


The Heat mendapat surat tunjuk sebab bertarikh 2 Disember lalu setelah akhbar itu menerbitkan edisi akhir November mereka dengan muka depan bertajuk "All Eyes On big-spending PM Najib" (Semua mata tertumpu pada PM Najib yang berbelanja besar).


Menurut sumber, arahan penggantungan serta merta tanpa jangka masa dari KDN itu diterima pada 19 Disember lalu setelah ketua editor David Lee Boon Siew dipanggil ke KDN.


Bagaimanapun tiada arahan spesifik mengenai artikel atau syarat penerbitan yang dilanggar.


Penggantungan The Heat telah menyebabkan pentadbiran Najib dikritik teruk oleh pengamal media dan seteru politik beliau.
Bekas ADUN Kuala Perlis meninggal dunia


  • 4:22PM Dis 21 2013
Bekas anggota dewan undangan negeri kawasan Kuala Perlis Ahmad Osman, 70, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar malam tadi kerana komplikasi pernafasan.


Menurut anaknya, Mohammad Anwar, 37, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pukul 10.20 malam setelah dirawat di hospital berkenaan sejak lima hari lepas.


Allahyarham menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar ringan dua tahun lepas.


Beliau menjadi Adun kawasan Kuala Perlis dua penggal dari 1982 hingga 1990.


Sebelum menjadi wakil rakyat, Allahyarham berkhidmat sebagai guru agama, wartawan dan penyunting akhbar Berita Harian.


Beliau meninggalkan seorang isteri, Puteh Ahmad, 61, dan tujuh anak.


Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Oran dekat Kangar hari ini.

- Bernama

 
 

MCA ingatkan k'jaan tak belanja besar hingga jolok mata
  • Published on 21 December 2013 13:42
Read Less
Pada ucapan terakhirnya sebagai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak berbelanja besar sehingga menyebabkan rakyat mempersoalkan tindakan mereka. Katanya, Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan
yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan.




 


MCA: Semua wanita menentang Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diminta memohon maaf kerana kenyataannya yang membandingkan wanita dengan harta tanah, kata bekas ketua Wanita MCA Yu Chok Tow.

Ditemui dalam perhimpunan agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari in, Yu berkata, kenyataan Tengku Adnan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita.

NONE"Pandangan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita. Nilai wanita terletak pada hatinya, adab sopan dan kebolehan, bukan pada solekannya.

"Kami mahu beliau betulkan kenyataannya. Kami percaya semua wanita menentangnya.

"Kami, wanita, bukan produk atau harta tanah. Perbandingan itu tidak kena," kata Yu kepada pemberita.

Tengku Adnan, atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur.
'Kehendak MCA tak boleh abaikan Umno'
5:40PM Dis 21 2013
Apa pun gesaan Pemuda MCA dan masyarakat Cina tidak harus mengabaikan permintaan Umno, antaranya untuk terus menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Bumiputera, kata Pemuda Umno Perlis.

Ketuanya Syed Atif Syed Abu Bakar (kiri), merujuk ucapan bekas Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Wee Ka Siong semalam, berkata, BN sebagai perikatan politik berasaskan kaum seharusnya memahami sentimen kaum dan agama.

“Sekiranya parti-parti pembangkang menyerang dan cuba mencipta perpecahan di dalam perikatan politik kita yang penuh bersefahaman sejak sekian lama, kita seharusnya mempertahankan kerjasama unggul ini; dan bukan mencipta kerosakan dari dalam,” katanya.

Wee semalam mengingatkan pemimpin Umno, rakan mereka dalam komponen BN, supaya lebih berhati-hari mengeluarkan ucapan atau idea supaya tidak terarah kepada sikap ekstremisme.
Katanya, jika Umno mengetepikan perjuangan untuk semua kaum ekoran kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya, undi masyarakat itu tidak akan kembali kepada mereka dan undi Melayu juga akan hilang.

Dalam kenyataannya, Syed Atif berkata, bagi Pemuda Umno sendiri, mereka sebenarnya mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tentang MCA sekiranya ingin turut mencari populariti dengan “kaedah menghentam dan adu domba”.

Katanya, di Perlis, Umno berjaya merampas kembali satu kerusi pembangkang tetapi MCA pula tidak berjaya mempertahankan kerusi tradisional BN di Indera Kayangan “walaupun jutaan ringgit peruntukan yang dipohon melalui MCA telah pun dipenuhi”.

“Kami mengharapkan tuduhan semberono beliau hanya bersifat populis untuk meraih sokongan kepada kempen beliau,” katanya.

Dalam pemilihan hari ini, Wee bertanding jawatan timbalan presiden MCA. Beliau secara rasmi melepaskan jawatan ketua Pemuda MCA dalam perhimpunan agung pergerakan itu semalam.
K'jan kaji langkah pastikan gaji selari kos hidup


  • 3:13PM Dis 21 2013
Kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah dalam usaha memastikan kadar gaji rakyat selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


"Kajian mengenainya sedang berjalan dan Insya-Allah pada Januari (2014), keputusan akan diperoleh dan dari situ kita akan putuskan langkah mana yang akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai rungutan daripada rakyat tentang kenaikan kos sara hidup yang dilihat tidak seiring dengan pendapatan mereka.


Ahmad Husni berkata kerajaan juga dalam masa yang sama sedang menjalankan kajian berkenaan rasionalisasi subsidi, bertujuan untuk memaksimumkan bantuan kepada golongan sasaran melalui penyemakan semula subsidi.


"Pada tahun hadapan, kita akan beri BR1M seperti biasa, namun kita akan tambahkan jumlah tersebut.


"Kita sedang melihat secara menyeluruh rasionalisasi subsidi sebagai satu model baharu, dan bagaimana kita mahu kaitkan BR1M dengan rasionalisasi ini untuk memberi manfaat yang lebih tinggi kepada rakyat berbanding sekarang.

"Kita sedang membuat kajian yang dijangka akan selesai tidak lama lagi dan kita percaya akan dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya di mana akan lebih tertumpu kepada golongan-golongan yang lebih memerlukan," katanya.


Ahmad Husni berkata model yang ada sebelum ini menguntungkan rakyat secara keseluruhannya namun bersifat kurang adil di mana beliau mengambil contoh subsidi bagi minyak petrol.


Katanya berdasarkan model subsidi kerajaan yang lama, keluarga yang hanya mempunyai motosikal mendapat subsidi minyak yang sedikit berbanding keluarga yang mempunyai empat buah kereta.


"Yang kaya ini sebenarnya tidak memerlukan subsidi tetapi disebabkan sistem subsidi (yang lama) itu, kita inputkan ke dalam harga kita, jadi mereka juga menikmati subsidi tersebut.


"Jadi, kita sedang melihat kepada model sedia ada supaya kita dapat membuat satu pengukuran kepada golongan disasarkan dalam konteks memberi bantuan yang lebih tinggi," katanya.


Beliau, bagaimanapun, mengingatkan bahawa kenaikan harga barang bukan hanya disebabkan oleh pengurangan subsidi sahaja, namun turut disumbang oleh desakan pasaran.


"Tiada tempat di dunia yang kopinya berharga 10 sen pada tahun 60-an dan harga tersebut kekal hingga ke hari ini, sudah tentu ia akan naik.


"Jadi untuk jangka masa panjang, fokusnya harus kepada kenaikan gaji rakyat, yang telah menjadi objektif utama dalam program transformasi kerajaan," katanya.

- Bernama
'Kalah jangan dendam, menang jangan bolot semua'


  • 2:55PM Dis 21 2013
Masa depan dan kekuatan MCA bergantung sepenuhnya kepada komitmen, perpaduan serta pengorbanan daripada setiap anggota parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


Beliau berkata para pemimpin dan anggota parti itu perlu lebih matang dan agresif untuk parti kekal relevan dalam kalangan masyarakat, khususnya kaum Cina.


"Masih banyak yang perlu kita lakukan demi masa depan parti ini, demi perpaduan dan penyatuan kita semua.


"Kita juga perlu menyusun semula organisasi kita selari dengan proses transformasi sebagai persediaan ke arah pilihan raya umum akan datang," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.


Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut dihadiri pemimpin parti komponen BN termasuk Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sehubungan itu, Dr Chua menyarankan kepimpinan tertinggi baharu yang akan dipilih agar belajar untuk memberi ruang kepada suara dan kumpulan yang berlainan di dalam parti bagi membolehkan MCA terus maju ke hadapan.


Dalam amanat terakhirnya, beliau berkata para anggota menaruh harapan tinggi bahawa kepimpinan pusat yang baharu bersatu, selepas pemilihan selesai.


Pada Disember lepas, Dr Chua mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan hari ini berikutan kekalahan teruk MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-13.


"Kepada pemimpin dan anggota parti yang kalah, janganlah menyimpan perasaan dendam, kerana jika tidak, segala proses transformasi yang kita inginkan sekadar menjadi mainan di bibir semata-mata.


"Kita tidak mahu melihat situasi yang menang membolot semua manakala yang tewas kehilangan semua selepas pemilihan ini nanti," katanya.

Dr Chua berkata menjadi tanggungjawab sepenuhnya kepimpinan baharu untuk memimpin dan merangka masa depan dan hala tuju parti.


Dalam perkembangan lain, beliau berharap perdana menteri dapat memperuntukkan satu peruntukan khas sekurang-kurangnya RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan pada tahun hadapan.


Katanya MCA juga menyatakan sokongan padu ke atas pelaksanaan polisi Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang akan membantu memperluaskan dasar percukaian negara.


Dalam nada rendah diri, Dr Chua juga mengambil peluang merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota parti yang selama ini memberikan sokongan kepadanya selama 28 tahun di dalam MCA.


"Lepas pemilihan parti, saya masih seorang perwakilan pusat dan saya akan memainkan peranan yang sewajarnya sebagai perwakilan pusat," katanya.


Seramai 2,385 perwakilan akan memilih kepimpinan tinggi MCA iaitu jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat tengah hari ini.

- Bernama
Perwakilan MCA pilih kombinasi Liow-Wee


  • 6:44PM Dis 21 2013
Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong masing-masing telah dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden MCA.

Liow mendapat 1,186 undi dalam pertembungan tiga penjuru menentang Gan Peng Siu (1,000 undi) dan Ong Tee Kiat (160 undi).

Sementara Wee Ka Siong mengalahkan Donald Lim dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MCA.

Wee mendapat 1,408 undi manakala Donald mendapat 927.

Untuk pertembungan naib presiden pula, Lee Chee Leong (1,642), Hou Kok Chung (1,475), Chua Tee Yong (1,343) dan Chew Mei Fun (1,230) telah dipilih.

Keputusan itu dilihat sebagai kembalinya Chew ke arena politik. Beliau sebelum ini pernah menjadi ketua Wanita MCA, selepas terkeluar dengan bekas presiden Dr Chua Soi Lek sebelum ini.

Anggota jawatankuasa Pusat yang baru:

1. Mah Hang Soon (2,023 undi)
2. Koh Nai Kwong (1,743)
3. Toh Chin Yaw (1,711)
4. Lua Choon Hann (1,601)
5. Ong Ka Chuan (1,525)
6. Teoh Sew Hock (1,455)
7. Gan Tian Loo (1,330)
8. Chin Tung Leong (1,319)
9. Lee Hong Tee (1,283)
10. Kong Sing Chu (1,279)
11. Chai Kim Sen (1,262)
12. Boey Chin Gan (1,255)
13. Ooi Siew Kim (1,250)
14. Lim Chin Fui (1,245)
15. Tan Cher Puk (1,219)
16. Ooi Eyan Hian (1,205)
17. Hoh Khai Mun (1,204)
18. Yoo Wei How (1,204)
19. Ei Kim Hock (1,185)
20. Tan Teik Cheng (1,175)
21. Ng Chok Sin (1,172)
22. Chuah Poh Khiang (1,152)
23. Tan Chin Meng (1,139)
24. Ti Lian Ker (1,138)
25. Por Choo Chor (1,123)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan