Khamis, 26 Disember 2013

SEMUA NAK JADI KETUA....NAK JADI KETUA UJUDKAN SATU NGO ATAU PERTUBUHAN2 MASYARAKAT DLL.... MAKA JADILAH KITA KETUA SEBAB KITA PENGASASNYA...INGAT KETUA NI TAK DIPERSOALKAN OLEH ALLAH SWT KE

Pencipta AK-47 Meninggal Dunia
Posted on Wednesday, December 25 @ 17:51:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




KALASHNIKOV bersama raifal AK-47 ciptaannya.

Moscow: Pencipta raifal AK-47 Mikhail Kalashnikov meninggal dunia pada usia 94 tahun di kampung asalnya, Izhevsk berhampiran kawasan pergunungan Ural, semalam. Dia berusia 94 tahun.

Jurucakap presiden wilayah Udmurtia ketika mengumumkan demikian menerusi televisyen tidak menjelaskan punca kematian.

Bagaimanapun, pereka senjata yang meragut paling banyak nyawa berbanding raifal lain itu dipasang dengan pacemaker di sebuah hospital di Moscow Jun lalu dan menjalani rawatan di hospital di Izhevsk sejak 17 November.

Presiden Vladimir Putin turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kematian Kalashnikov.

Walaupun anak petani Siberia itu tidak pernah menamatkan persekolahan, dia berjaya mencipta satu daripada senjata terkenal Soviet Unìon yang turut menjadi produk paling banyak ditiru.

Kalashnikov mencipta AK-47 sejurus selepas Perang Dunia Kedua. Angka ‘47’ itu merujuk kepada tahun 1947 sementara ‘A’ pula bermaksud ‘avtomat’ atau raifal automatik dan ‘K’ bermakna Kalashnikov.

Versi terbaru AK-47 masih menjadi senjata utama tentera dan polis Russia selepas lebih 60 tahun raifal asal itu digunakan dalam perkhidmatan tentera pada 1949.

Pada majlis meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90, presiden ketika itu, Dmitry Medvedev menganugerahkannya dengan bintang kehormat tertinggi - Pingat Emas Wira Russia serta memujinya kerana menghasilkan jenama kebangsaan yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Russia.

Bagaimanapun, Kalashnikov berkata, kebanggaannya terhadap rekaannya itu bercampur dengan kesedihan kerana melihat ia turut digunakan oleh penjenayah dan tentera kanak-kanak.-mymetro


 57 Foto Ops Banjir PAS Kemaman 4-9 Disember 2013
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Ops banjir selamatkan org

Sekeping gambar membawa seribu erti. Musibah banjir mengingatkan betapa besar nikmat senang dan selesa yang Allah beri.  57 keping gambar di sini hasil rakaman sendiri dan beberapa sumber lain hanyalah sebahagian dari ribuan gambar yang diambil oleh ramai orang sempena peristiwa banjir di Kemaman dari 4-9 Disember 2013 baru-baru ini. Saya kongsikannya untuk tatapan pelayar portal saya di bawah ini:

(gambar sisi: Salah satu Ops banjir di Kg Mak Cili, Kemaman. Kami bawa keluar 2 keluarga dari rumah ke tempat lebih selamat dan bekalkan air serta makanan untuk satu keluarga yang enggan berpindah, tinggal di tingkat atas rumahnya)

01 hadapan pejabat PAS Kemaman
02 konti radio amatur

03 vest petugas

04 mangsa banjir dpindahkan

05 jalan air putih hadapan pejabat peladang

06 jln cukai-air putih

07 rombongan DSTG Presiden solat

08 dengar taklimat ops banjir

09 rombongan Tok Guru turunkan bot

10 turunkan bot

11 iring rombongan

13 tok guru tunggu bot

14 jalan runtuh tepi Sg Limbong

17 staf celcom minta bantuan bot

15 jalan Sg Limbong ke pasar Cukai runtuh16 jln ke pasar Cukai18 depan JPJ Kg Mak Cili

19 Ust Nushi dari Sgor

20 misi bantuan ke Kg Mak Cili depan Msjd

23 misi bantuan ke paya berenjut


24 air banjir di anak tangga ke2 ketika banjir di Msjd Paya Berenjut

24 kwsn jadi lubang laluan air

25 air hakis tanah tepi dapur

25 NGO bantu di PPRT Paya Berenjut

26 rombongan dari Kedah

26 SRIDT jadi pusat pengumpulan barang

27 sedia utk diedar

27 Ketua DMPP di konti

28 Ameerah santuni mangsa banjir

28 Muslimat Pusat, Neg, Kwsn

29 Halim bantu agih

29 bantuan dari DUPP, YB Dr Khairudin atTakiri, YBC, Ust Norazli

30 bantu di Gong Pauh

31 petugas dari Kelantan dan DPPM di SRIDT

33 YB Ust Nik Abduh ahli Parlimen Pasir Mas dan YB ahli Parlmn Bachok Ust Marzok

34 Cikgu Shukrimun dari BPPNT dgn sumbangannya

38 Ust Ridhuan Md Nor berkunjung

39 Naib Pres dan AJK PAS Pusat dlm ops banjir

42 pakaian PASTI yg dibasuh

44 antara brgn di rumah Tmn Fikri

46 bangkai rusa dari kandang tercampak jauh

45 BN yg tidak boleh jadi payung rakyat

47 berjamu ringkas di Markas Bukit Mentok

48 petugas unit Amal berehat di Markas Bukit Mentok

49 YBC, TYDP dan Amal atas plastik pakaian yg sedang diasing dan dibungkus

50 rombongan NGO Yakin, DUPP dan DUPNT

51 Ketua Urusan Ulama Kemaman, Ust Ali Muhammad yg menjadi mangsa banjir turut menerima sumbangan dari ketua DUPNT

52 Ketua DUPNT, Dato Husin Awang, SU Ust Ismail Osman dan AJK DUPNT Ust Nik santuni mangsa banjir

56 tetamu dari HALUAN Kelantan

63 Hj Tal terima bantuan

67 Ketua DPPM lancar aktiviti ops bersih di pekarangan Pjbt PAS Kmn

68 Muslim Care bantu di Taman Fikri

70 PJ Johor Hj Aminulhuda

71 Sauji, Jabatan Amal

74 rombongan dari Perak, sahabat lama Shamsul ex Jordan

73 Kepimpinan PAS bersama ERT PAS Kmn
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Kelantan tetap segar Membangun Bersama Islam
Posted on Wednesday, December 25 @ 21:30:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"MINGGU lepas (21 Disember) berlangsung Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan. Penganjur utamanya adalah Persatuan IGrad yang diketuai Zamakhshari Muhammad. Pejabat Menteri Besar Kelantan turut memberi kerjasama menjayakan konvensyen yang julung kali diadakan itu.

Ia membincangkan secara serius persoalan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu Membangun Bersama Islam.  Sifatnya julung kali kerana persoalan dasar kerajaan itu sebenarnya telah meninta sejarah unik politik pentadbiran negeri Serambi Mekah dan dibicarakan secara terbuka sejak berlalunya musim pilihan raya umum ke-13.

Meskipun sebelum ini (21 Oktober), Kerajaan Negeri Kelantan telah menyambut genapnya 23 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam, tetapi di situ tidak berlakunya konteks penilaian yang boleh dirincikan untuk menjadi titik muhasabah.

Forum memenuhi harapan

Walaupun begitu, pihak Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) sebelumnya telah mengadakan satu forum sulung seawal penubuhannya (ditubuhkan pada Jun 2013). Forum tersebut membincangkan "Kelantan Pasca Tok Guru: Harapan dan Halatuju".

Forum yang telah menghasilkan perkongsian antara moderatornya Ketua Eksekutif KTD, Dr. Abdullah Sudin dengan tiga figur cendiakawan, iaitu pertama mewakili Kerajaan Negeri Kelantan ialah Datuk Dr Mohamad Fadzli Datuk Hassan, keduanya pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zanal Abidin dan ketiga pensyarah media UMK, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah.

Hasilnya banyak maklumat dihidangkan kepada audiens yang terdiri daripada ketua jabatan, para pentadbir dan kakitangan kerajaan negeri. Justeru, pihak Pengarah IPTG, Dr. Che Samsudin Mohamed Nor bertanggungjawab mengangkat semua maklumat yang berguna itu kepada pihak Menteri Besar untuk diteliti demi memenuhi harapan dan halatuju yang lebih baik dalam pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.

Sokongan Menteri Besar

Sementara Konvensyen Intelek dan Graduan pula menyasarkan audiensnya adalah terbuka kepada wakil NGO. Ia menampilkan pengisian bermakna menerusi ucapan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan yang dibacakan oleh Ahli Exco merangkap Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Ucapan yang sarat dengan penghebahan maklumat baru dan nada sokongan tinggi Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha IGrad tersebut.  Tahniah untuk semua aktivis IGrad.

Selanjutnya konvensyen sehari itu disusuli dengan pembentangan pengalaman mantan Speaker (juga mantan Ahli Exco Negeri Kelantan) Datuk Omar Mohamed berhubung pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.

Diikuti pula, pembentangan kertas kerja tentang prestasi 23 tahun dasar itu dan ulasan menuju masa depan oleh Ahli Exco selaku Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Pengisian terakhir adalah sesi wacana yang meneliti persoalan realiti, isu dan cabaran dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan. Wacana itu dijayakan bersama-sama moderatornya, Ketua Kerusi Tok Kenali KIAS, Dr. Yaacob Yusof dan tiga panelis yang terdiri daripada pensyarah sains politik UKM Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Agus Yusoff, ahli korporat Haji Ahmad Zakie Ahmad Shariff, dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof. 

Kesemua pengisian dalam konvensyen kali ini dianggapkan amat bermanfaat, lebih-lebih lagi idea (baca: cadangan) dan teguran serta kritikan daripada dua figur ‘luar’ iaitu Datuk Dr. Mohamad Agus dan Haji Ahmad Zakie.

Realiti berjaya

Sepintas lalu, persoalan pokok yang dihasil daripada konvensyen dasar Membangun Bersama Islam ini sememangnya sesuatu realiti yang berjaya. Di sebaliknya banyak isu kejayaan telah diutarakan dan tidak boleh tidak sentiasa berdepan dengan cabaran. Misalnya Dr Mohamad Agus banyak mengulas dan mencadang peri pentingnya Kelantan menguruskan pendidikan rakyat secara cekap dan cemerlang serta berkebajikan. YIK antara paling diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan.

Sementara Ahmad Zakie amat mengharapkan ketelusan dan kemurnian sistem nilai Islam dapat dihayati dan diamalkan secara terbaik demi mencipta budaya kerja (ahli pentadbir) dan pembangunan negeri (ahli korporat) yang benar-benar Islamik.

Tinggal lagi, hasil perjalanan forum itu perlu dibutirkan dalam bentuk butiran untuk muhasabah, dijadikan maklumat perancangan dan jalan penyelesaian ke arah memastikan dasar Membangun Bersama Islam sedia diurus secara tuntas oleh Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga Zamakhshari dan rakan sepasukan IGrad dapat menyediakan butiran konvensyen sebaiknya. Tahniah untuk kalian.

Bagi Kerajaan Negeri Kelantan, sesungguhnya sentiasa mengalu-alukan penyertaan dan perkongsian sumbangan mana-mana NGO bagi memesra masing-masing kelompok berkepentingan  (interest gorup) kepada memahami dasar negeri. Justeru strategi ini dibina sekian lama sejak 1990.

Sebagaimana tercatat di dalam Program PAS Kelantan 2013 ketika mengemukakan sembilan tawaran pilihan raya untuk rakyat kekal memilih PAS dan PKR, iaitu tawaran ketujuh - "Meningkatkan mutu taraf hidup ke arah Masyarakat Madani" - merupakan pendekatan masyarakat sivil yang sedia memberi ruang kepada semua pihak NGO mengemukakan apa-apa sumbangan demi kebaikan masyarakat dan negeri.

Atas komitmen inilah, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah bersetuju menubuhkan portfolio Hubungan Seranta bagi menggandingkan peranan portfolio NGO yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz yang sudah terserlah bukti kejayaannya. Semoga Kelantan dan rakyatnya terus Membangun Bersama Islam.

Sumbangan: Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
wanibrah
Posted on Wednesday, December 25 @ 21:30:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Pas tiada hasrat guling kerajaan
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"ALOR SETAR – Pas menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Pas terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam Pas pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, malam semalam.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Murahnya naik bot di Terengganu, RM1 je
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Rugi siapa yang melawat Kuala Terengganu tak naik bot penambang. Tambangnya teramatlah murah rasanya di Malaysia, RM1 je. Dahlah tambangnya murah, botnya pula mengembalikan nostalgia tahun 80an dan 70an dengan bot kayu dan bunyi enjin bot macam motosikal Harley Davidson. Bot beginilah yang dicari-cari oleh pelancong asing.

Mereka yang nak naik bot penambang ini boleh cari jeti berhampiran dengan Pasar Payang. Lagi menarik tiada kaunter jualan tiket dan tiada tempat menunggu khas. Cuma duduk sahaja atas bangku di jeti beratapkan langit atau pokok kelapa. Memang menarik.

Kemudian dengan bayaran RM1 boleh merentasi Sungai Terengganu menuju ke jeti Seberang Takir. Bayar di jeti Seberang Takir.

Apa yang menariknya mereka dari Gong Badak atau Kota Bharu tak perlu susah-susah cari tempat letak kereta di Pasar Payang. Letak saja kereta di jeti Seberang Takir dan naik bot penambang ke Pasar Payang.

Mereka yang melancong ke Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang naik bot penambang yang susah nak dapat di Melaka, N.Sembilan, Johor, Perak dengan bayaran terlalu murah RM1 je.

Hairan kenapa kerajaan negeri Terengganu, TV3, TV1, Utusan Malaysia tak promosi betul-betul pelancongan bot penambang yang murah dan penuh nostalgia ini ????

http://rozmal.blogspot.com

http://waghih.blogspot.com
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, December 25 @ 23:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Bolehkah Putrajaya bercakap mengenai perpaduan tetapi menaja perpecahan?
Posted on Wednesday, December 25 @ 21:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Kumpulan pendesak Melayu Perkasa mengakui agensi-agensi kerajaan membantu menaja beberapa program yang dianjurkan mereka dan mempertahankan tajaan tersebut sama seperti yang diberikan kepada kumpulan kaum lain.

Persoalannya, mengapa Putrajaya menaja kumpulan yang memperjuangkan perkauman tetapi pada masa sama mempromosikan perpaduan negara dengan inisiatif 1Malaysia.

Adakah masuk akal Putrajaya cakap lain tetapi perbuatannya lain pula?

Bolehkah mana-mana kerajaan atau agensinya menaja kumpulan yang memperjuangkan hak eksklusif kaum, meminta bahagian berdasarkan bangsa dan mahu bangsanya kekal dominan dalam sebuah negara berbilang kaum?

Bagaimana matlamat Perkasa berjalan selari dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan pentadbiran Najib ataupun cita-cita  Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang dicadangkannya pada tahun 1991? Atau adakah ia sekadar cakap kosong sahaja?

Penduduk Malaysia terdiri daripada 29 juta di mana kaum Melayu atau Bumiputera membentuk 60% daripada keseluruhan populasi, sementara bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.

Bagaimanakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pelbagai bangsa ini boleh memenuhi kehendak hanya satu bangsa?

Bolehkah Malaysia mempunyai kerajaan yang melindungi dan mengambil berat semua rakyatnya dan bukan hanya satu kaum sahaja, melangkau retorik 1Malaysia dan menjalankan tanggungjawab tanpa berasaskan kaum?

Lagipun, jika Barisan Nasional (BN) serius dalam perpaduan negara, mereka seharusnya menjauhkan diri daripada kumpulan berasaskan kaum yang menyebarkan hak eksklusif dan membantu berdasarkan warna kulit.

Mungkin Putrajaya harus mendengar gesaan ahli politik veteran Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semasa berucap di mesyuarat agung tahunan Perkasa hujung minggu lalu.

Putera Kelantan tersebut atau dikenali sebagai Ku Li berkata, Perkasa perlu mencerminkan diri mereka dan bertanya mengapa dipersenda serta tidak diendah masyarakat Melayu walaupun perjuangan mereka adalah demi masyarakat Melayu.

Beliau berkata Perkasa dilihat banyak pihak sebagai punca perpecahan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Beliau berkata ini adalah pandangan yang merosakkan parti itu kerana perpaduan negara adalah sesuatu yang berharga di Malaysia.

Perpaduan negara adalah satu-satunya perkara yang diperjuangkan Putrajaya tetapi kumpulan seperti  Perkasa dilihat sebagai menjadi batu penghalang, sambil menekankan keutamaan adalah untuk kaum Melayu. Bagaimana orang ramai boleh menerima hakikat Putrajaya menaja Perkasa?

Bolehkah Putrajaya menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak dapat menerima hakikat ini? Perkasa sendiri telah mengakui menerima tajaan daripada Putrajaya.

Putrajaya perlu menilai diri mereka sendiri dan  semua polisinya sebelum bercakap mengenai perpaduan negara.

Menaja program untuk kumpulan yang memperjuangkan hak sesuatu kaum hanya menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dan bukan keterbukaannya. – 25 Disember, 2013.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Wednesday, December 25 @ 21:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan