Selasa, 17 Disember 2013

SELAMATKAH SEGALA HAKIM2...PEGUAM2...SEGALA PEMUTAR BELIT....SEGALA LIDAH BERCABANG DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA....SELAMATKAH MEREKA DIAKHIRAT....SELAMATKAN MEREKA DIHADAPAN ALLAH SWT...ADAKAH MEREKA BERDALIH2 DAN BERCAKAP MACAM LIDAH BIAWAK...JANGAN KITA JAHIL DAN TAK MEMIKIRKAN LANGSUNG ALAM AKHIRAT DAN JUDA MATI...SEBENARNYA KITA DIPESONGKAN@DITIPU OLEH IBLIS SERTA SYAITAN2.

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee, dakwa peguam itu berbohong

OLEH MD IZWAN
December 15, 2013
Latest Update: December 16, 2013 06:24 am

Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini.
Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.
Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.
"Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7 Rpt:10437/13 bth.15.12.2013.
"Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No: W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau.
Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat II.
Turut menjadi bahan bukti dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Mat Zain telah menyertakan sekali salinan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada Oktober 7, 2013 serta salinan Afidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff.
Shafee pada 11 Disember lalu mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan pertuduhan kes Liwat II.
Mat Zain bagaimanapun menyifatkan afidavit tersebut sebagai "sebakul sampah" dan turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar.
Kontroversi tercetus selepas Mat Zain dalam pengakuan "statutory declaration" muka surat 31, mendakwa beliau bersama Ramli telah dibawa Shafee untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu bagi membincangkan tentang salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Bagaimanapun, menurut Shafee, ia hanya satu kunjungan ziarah sempena Hari Raya dan tidak ada sebarang agenda yang dibincangkan.
Mat Zain juga mendakwa ketika pertemuan tersebutlah Shafee memintanya menyerahkan sebakul dokumen "pemalsuan bukti" kes mata lebam Anwar.
Shafee juga menafikan terlibat dalam perjumpaan membincangkan salah laku Abdul Gani ataupun dalam isu Pulau Batu Puteh.
Beliau juga menafikan tentang sejumlah dana yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong. – 15 Disember, 2013.

Polis panggil Mat Zain berhubung dakwaan terhadap Shafee

December 16, 2013
Datuk Mat Zain Ibrahim akan dipanggil berhubung laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail.Datuk Mat Zain Ibrahim akan dipanggil berhubung laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan merekodkan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim atas laporan polisnya semalam yang menuduh Peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan afidavit palsu.
Ketua Polis Negara itu berkata, Mat Zain mungkin akan dipanggil hari ini berhubung laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Setapak semalam.
“Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan ini,” katanya pada sidang media di Cheras petang ini dipetik daripada laporan Malaysiakini.
Mat Zain semalam membuat laporan polis sepanjang empat halaman ke atas Shafee, yang didakwanya melibatkan kesalahan berhubung rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
Kerajaan melantik Shafee untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan tersebut menyebabkan peguam Anwar membantah kerana bimbang tidak mendapat perbicaraan adil. – 16 Disember, 2013.

Imam Masjidil Haram: Salju Turun di Jazirah Arab, Tandakan Kiamat Sudah Dekat

Rubrik: Asia | Kontributor: Moh Sofwan Abbas - 16/12/13 | 14:50 | 12 Safar 1435 H
Badai Alexa (lensaindonesia.com)
Badai Alexa (lensaindonesia.com)
dakwatuna.com – Makkah. Beberapa hari ini salju berturunan di Jazirah Arab setelah badai Alexa menerjang kawasan tersebut. Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahwa hal tersebut telah membuktikan bahwa Muhammad saw. benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt.
Beliau mengatakan bahwa salju adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”
Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita jadi teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz saat perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.” (msa/dakwatuna/islammemo)
Redaktur: Moh Sofwan Abbas Topik:
Keyword: , , ,

Ankara, Erdogan Kutuk Hukuman Keatas Abdul Quader Mollah



Perdana Menteri Turki telah mengutuk pelaksanaan hukuman gantung seorang pemimpin pembangkang di Bangladesh, dan menganggapnya satu kesilapan yang tidak dimaafkan sejarah.
Recep Tayyip Erdogan berkata beliau menelefon rakan sejawatannya dari Bangladesh, Sheikh Hasina, beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman itu, tetapi pihak berkuasa Bangladesh tetap melaksanakan hukuman kepada Abdul Quader Mollah.
Abdul Quader Mollah, disabitkan melakukan jenayah perang pada 1971 ketika Bangladesh menunutut kemerdekaan daripada Pakistan dan negara Bangladesh pun masih belum wujud ketika itu.
Hukuman gantung telah dilaksanakan pada hari Khamis hanya beberapa jam selepas Mahkamah Agung negara itu menolak rayuan minit terakhir.
Bimbang dengan peningkatan keganasan dan kemunculan ketidakstabilan di negara ini , Turki telah melaksanakan usaha-usaha diplomatik untuk mencegah pelaksanaan hukuman keatas Mollah.
Erdogan menggesa rakan sejawatannya dari Bangladesh untuk menghentikan atau menangguhkan pelaksanaan hukuman pada hari Khamis.
Beliau melahirkan rasa kesalnya di atas kematian Mollah ketika bercakap kepada orang ramai di wilayah Aegean İzmir pada hari Jumaat .
Beliau berkata terdapat hampir 300 kes sama dengan Mollah berpunca daripada perang kemerdekaan dan bercakap mengenai keperluan untuk meletakkan supaya kes politik tersebut berakhir.
“Saya ingin menegaskan khususnya bahawa jenis-jenis penyiasatan, berdasarkan emosi, perlu berakhir dan semua orang menjangkakan merealisasikan keadilan, ” kata Erdogan .
Beliau juga menyeru rakyat Bangladesh tidak ” meninggalkan perjuangan politik. ”
” Oleh kerana menarik diri bermakna meninggalkan dataran [ pertempuran ] untuk kuasa lain dan seseorang tidak perlu tayar (ganti) perjuangan untuk demokrasi, ” tambah Erdogan .
Sementara itu , Ankara mengutuk pelaksanaan hukuman gantung terhadap Mollah.
Selain Turkey beberapa negara Eropah termaduk German turut mengutuk hukuman tersebut.

Isnin, 16 Disember 2013


Syiah: Tindakan KDN dan Jakim dipersoal

SHAH ALAM - Jika kerajaan serius mengambil tindakan terhadap pengikut Syiah,  sewajarnya individu yang mengaku menganut ajaran itu yang perlu ditahan bukannya orang yang tidak mengaku ahli Syiah.

Demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memaksa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya mengemukakan bukti bukan pengikut Syiah merupakan perkara yang tidak munasabah.

“Sebelum ini kerajaan sendiri pernah umumkan jumlah pengikut Syiah, dan ada individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran Syiah, jadi kenapa mereka pula tidak ditahan?

“Tapi yang disibukkan sekarang adalah orang yang tidak mengaku Syiah, ini yang jadi bahan ketawa orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, tindakan KDN yang ‘memburu’ Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu hanya untuk memberikan imej buruk kepada Pas.

“Ini semua ‘nasi tambah’ kepada isu lain untuk jatuhkan Pas. Sebelum ini isu agama, Melayu, raja dan sebagainya.

“Kalau betul KDN ada bukti, tolong dedahkan kerana kita juga mahu tahu bukti yang bagaimana untuk kaitkan Mat Sabu dengan Syiah, tidak perlu untuk beritahu bukti gred A, B atau pun C,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sehubungan itu katanya, KDN perlu bertindak bukan hanya  bercakap memandangkan maklumat sudah pun ada untuk menahan pengikut Syiah.

“Kalau bukti sudah ada, buat apa suruh orang yang dituduh bertindak untuk menunjukkan bukti beliau tidak terlibat.

“Sekarang ini siapa yang mendakwa dan siapa pula yang didakwa. Jadi rasanya tidak perlu orang yang dituduh menampilkan bukti. Dakwa sahaja pihak yang mengikut  ajaran Syiah,” kata beliau.

Kelmarin, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam  KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mat Sabu perlu kemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat fahaman Syiah.

Kata Zamihan, Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

Pada 12 Disember lalu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya pernah ‘berselawat’ sebagaimana penganut Syiah pada satu sesi ceramah Pas, di Arau, Perlis.











PULAK DAH!!! HARITU KATA NAK DEDAH PEMIMPIN PAS TERLIBAT DENGAN SYIAH. LANIE KATA TAK AKAN DEDAH BUKTI PADA UMUM PULA.. PENIPU BETUL LAH KAU NI AHMAD ZAHID HAMIDI SETAN!!! Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah tidak akan didedahkan kepada umum. Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah. "Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim)," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah Khamis lalu.KDN juga dilaporkan memiliki bukti lebih bermutu - dikategorikan sebagai "gred A" - yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad sebagai pengikut Syiah. Penolong setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN Zamihan Mat Zain mendakwa, bukti berkenaan termasuk kenyataan dari individu didakwa "anak buah" Mohamad. Zamihan yang dipetik dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, mendakwa individu terdekat dan rapat dengan Mohamad itu menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi mahkamah jika diperlukan. "Ada yang 'sekapal' dari sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, yang jadi 'anak buah' dia."Mereka menyaksikan apa yang dia cakap, buat dan libatkan aktiviti-aktiviti berkaitan Syiah."Mereka juga pernah bersama-sama dia ke Iran dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat kumpulan Syiah.Jadi, kalau orang yang dekat dengannya boleh mengemukakan bukti, nak nafi macam mana?," kata beliau dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini. Zamihan menambah, KDN juga memiliki bukti yang mendakwa Mohamad pernah menghadiri seminar-seminar berkaitan Syiah di Iran selain pertemuan kerap dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara sejak era 90-an lagi."Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana, sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen. Semua ada rekod dan bukti."Ada (bukti) gambar, tetapi tidak banyak termasuk video," kata Zamohan seperti dipetik dalam laporan itu.Zamihan turut menyelar beberapa pihak termasuk pemimpin Pas yang menganggap 10 maklumat berhubung penglibatan Mat Sabu dengan Syiah sebelum ini sebagai bahan lawak."Kementerian mengemukakan 10 maklumat secara fakta. Kalau fakta-fakta ini ditarafkan sebagai lemah, lawak atau tak masuk akal, sila bawa fakta yang boleh nyahkan (menghapuskan) bukti-bukti kementerian itu."(Tetapi) sampai kini, tak mampu nyahkan bukti itu. Kita tak akan dakwa kalau tiada fakta. Kita bukan bercirikan politik atau nak aibkan individu berkenaan. Kita bercakap atas platform kebenaran," tegasnya. [15/12/2013-MK] ------------------- ulasan admin : Platform kebenaran? Kah...kah...kah Bagaimana rakyat hendak menilai jika bukti yang dikatakan gred A tidak akan didedah pada umum ? Terus terang saja lah bukti gred A tu adalah strategy konspirasi untuk mengaitkan mat sabu dengan syiah. Sekarang ini tiada seorang pemimpin umno pun memberi kenyataan menyokong propaganda ahmad zahid hamidi. ahmad zaid dalam keseorangan disebabkan giler ingin mencari publicity murahan setelah menang besar pada pemilihan umno October lalu. Bermula dengan kenyataan kontroversi nya "TEMBAK DULU BARU SIASAT" . Nampaknya ahmad zahid terus ingin mencari gelaran sebagai "HARIMAU MELAYU ATAU HARIMAU UMNO" kah..kah..kah -admin power-

Maksiat Akan Melahirkan Maksiat Yang Lain

Written By canang on Selasa, 17 Disember 2013 | 12/17/2013 12:14:00 PG




Maksiat itu akan melahirkan maksiat yang lain. Jika maksiat sering dikerjakan, maka akan terjadi pengumpulan maksiat.

Pelaku maksiat melihat tubuhnya segar bugar, hartanya banyak dan tidak ada masalah dengan keluarganya. Dia berfikir dirinya tidak dihukum Allah, padahal mereka tidak memahami kalau dia sedang dihukum adalah merupakan hukuman.


Ya, sesuatu yang manis baginya berubah menjadi pahit, lalu yang ada adalah pahitnya penyesalan, kesedihan pada akhirnya .
Ibnu Al Qayyim Rahimahullah merumuskan kesan maksiat dalam kitabnya Faraid, diantara kesan maksiat ialah :

pelakunya tidak banyak mendapatkan petunjuk, fikirannya kacau, dia tidak melihat kebenaran dengan jelas, hatinya rosak, daya ingatnya lemah, waktunya hilang dengan sia-sia, dibenci manusia, hubungan dengan Allah renggang, doanya tidak dikabulkan, hatinya keras, keberkatan di rezeki dan umurnya musnah, diharamkan mendapatkan ilmu, hina, dihinakan musuh, dadanya sesak, diuji dengan teman-teman yang jahat yang merosakkan hati dan mensia-siakan masa, cemas berpanjangan, sumber rezekinya sempit dan hatinya tergoncang. 

Maksiat dan lalai membuatnya tidak boleh berzikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran berlaku kerana api.

Saudaraku, jauhi dosa dan jangan dipandang ringan kerana dosa boleh membakar satu negara. Orang yang tidak serik melakukan dosa, cubalah fikirkan apa yang membuat anda berdosa? Istighfarlah... - Dr Najih Ibrahim.sumber

*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Kes Rasuah AG tiada tindakan SPRM, PKR buat laporan ke Hong Kong

Oleh :Norhayati Umor,
PETALING JAYA 16 DIS : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan ke pihak berkuasa Hong Kong bersabit isu rasuah Pulau Batu Putih yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.
rafizi pc white stripes 02
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif badan pemantau rasuah National Oversight dan Whistleblowers Centre (NOW Centre) perkara terbabit perlu dibawa ke pihak berkuasa Hong Kong bagi siasat lanjut.
Katanya, tindakan itu diambil ekoran tiada tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diambil walaupun akaun bersumpah oleh Bekas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dibuat dan diedarkan hampir sebulan lalu.
“Saya memandang serius dakwaan bahawa ada unsur sogokan dalam pengendalian kes Pulau Batu Putih yang membabitkan Peguam Negara seperti yang didakwa oleh Tan Sri Shafee Abdullah.
“Memandangkan dakwaan itu dibuat di dalam akaun bersumpah oleh seorang tokoh bekas pegawai kanan polis yang bersedia mempertahankannya di dalam dan luar mahkamah, saya percaya dakwaan bahawa ada unsur sogokan perlu disiasat sepenuhnya,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Rafizi berkata pihaknya akan menghantar laporan dan permohonan rasmi kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Rimsky Yuen, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, Keith Yeung dan Ahli Parlimen Hong Kong, James To selepas beberapa butiran lanjut dikeluarkan.
“NOW Centre menjalin hubungan baik dengan mereka semasa siasatan terhadap salah laku rasuah Tan Sri Musa Aman dibuat tahun lalu.
“Jadi kita akan bekerjasama menyiasat dakwaan wang sogokan dimasukkan ke akaun Peguam Negara di Hong Kong.
“Setakat ini, pihak berkuasa Hong Kong berupaya dan berkuasa untuk menyiasat urusniaga pemindahan wang ke akaun di negara itu jika disyaki membabitkan wang rasuah dan penggubahan wang haram,” katanya.
Beliau percaya sekiranya siasatan dapat dimulakan di negara itu, Kerajaan Malaysia tidak mempunyai pilihan lain kecuali memberi maklumbalas akan perkara itu.
“Kita juga mendesak pihak kerajaan mengambil langkah-langkah wajar untuk mengantung sementara perkhidmatan Gani Patail sehingga siasatan di Hong Kong selesai,” katanya.
Sebelum ini, Mat Zain membuat satu akaun bersumpah mengenai perbincangannya dengan seorang peguam Umno, Shafee.
Akaun bersumpah itu berkisar tentang dakwaan penyelewengan membabitkan Gani dan dakwaan terbesar rasuah kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Dalam akaun berumpahnya, Mat Zain membuat kenyataan ‘sehubungan perkara ini, Shafee menambah secara serius, mengatakan kepada saya “you will not believe your eyes if you were to see the amount of cash that was transferred into Ganis’s account in Hong Kong…”.

EDISI KANTOI MENIPU OLEH KERAJAAN UMNO/BN ISU TOL NAIK TAHUN HADAPAN ... BULAN FEBRUARI 2013 KATA KERAJAAN UNTUNG TANPA PERLU NAIKKAN TOL .. BULAN DISEMBER CAKAP JIKA TIDAK DINAIKKAN TOL KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN RM400 JUTA!!!!


21 Feb 2013 - Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata "Penstrukturan semula tol lebuh raya menguntungkan pengguna dan kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya...

Ulang sekali lagi TOL TIDAK DINAIKKAN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU BAYAR PAMPASAN... TETAPI

14 Dis 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula berkata Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun atau paling tepatnya 10 bulan boleh flip flop dan berbelit lidah nak menipu rakyat.

Biawak pun tidak bercabang berlit macam lidah para pemimpin UMNO.

Lidah biawak sudah kira tidak sesuai dan obselete kini untuk diguna pakai bagi mengambarkan seorang yang suka cakap berbelit-belit menipu .. Ayat yang sesuai kini dan selamanya ialah ' LIDAH UMNO.

Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar

OLEH DIYANA IBRAHIM
December 15, 2013
Latest Update: December 15, 2013 08:25 pm
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.

PKR : Kerajaan Pusat patut turun kadar tol

Oleh : Norhayati Umor
PETALING JAYA 16 DIS : Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk tidak membuat keputusan menaikkan kadar tol ekoran pemegang konsesi lebuh raya adalah anak-anak syarikat milik kerajaan.
rafizi pc white stripes 01Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata dakwaan kenaikan tol tidak dapat dielakkan adalah tidak benar kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal kadar kenaikan itu.
Katanya, beliau menyanggah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang memberi gambaran salah bahawa kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi dimeterai dengan syarikat swasta.
“Sebahagian besar pemegang konsesi tol di negara ini mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan lebuh raya. Kerajaan Pusat memberikan bantuan-bantuan seperti subsidi kewangan untuk pengambilan tanah, pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan atau pun geran kewangan kepada pemegang konsesi.
turun3“Contohnya Maju Expressway (MEX) diberikan dana penuh berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuhraya itu,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Rafizi berkata Kerajaan Pusat menganggap rakyat di negara ini bodoh dan mudah tertipu, oleh itu membuat kenyataan menyalahkan pemegang konsesi menaikkan kadar tol.
“Oleh kerana pemegang konsesi adalah milik anak syarikat kerajaan, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dan pengaruh untuk merunding semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol,” katanya.
Beliau berkata Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dikuasai sepenuhnya oleh agensi kerajaan iaitu Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Manakala Prolintas adalah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah saham milik kerajaan.
“Hanya Gamuda yang merupakan syarikat swasta tetapi agensi kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen, unit-unit Amanah Saham dan lain-lain mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus di dalam Gamuda yang menjadikan Kerajaan Pusat sebagai salah satu pemegang saham terbesar Gamuda melalui pelbagai agensi.
“Ini bermakna, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh atas bantuan kewangan yang diberikan kepada syarikat konsesi.
“Alasan bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dimeterai dengan swasta tidak dapat diterima kerana sebahagian besar konsesi tol dikuasai oleh kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
tol naikMinggu lalu, Abdul Wahid memberitahu kenaikan harga tol akan bermula pada 2014 dan kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.
Tiga kumpulan terbesar pemegang konsesi lebuh raya ialah PLUS, Prolintas dan Gamuda.
PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedia, Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
Manakala Prolintas mengendalikan Lebuharaya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Guthrie, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Sungai Besi-Ulu Kelang dan Damansara- Shah Alam.
Selain itu, Gamuda melalui anak syarikat usahasamanya mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong, KESAS dan SPRINT.
- EZY

Malaysia ke-4 paling teruk di dunia pengaliran keluar wang haram berjumlah RM1.2 trilion (2002-2012)








lge2
KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Malaysia adalah juara dalam korupsi iaitu keempat paling teruk di dunia pengaliran keluar wang haram hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai di antara 2002 dan 2011 yang berjumlah US$370.38 bilion (RM1.2 trilion).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata prestasi cemerlang bagi tahun berkenaan menjadikan kedudukan Malaysia di belakang Rusia dengan US$191.14 bilion, China (US$151.35 bilion) dan India (US$84.94 bilion).
Beliau berkata, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia.
“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai dikenalpasti sebagai penyumbang utama membabitkan kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau US$370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara 2002-2011.
“Jelas sekali jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia tahun ini atau tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setiap negara yang menduduki 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan bahawa secara per kapita, Malaysia muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam masa setahun lalu.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan negara dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kewangan seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion, di mana orang Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham ini yang barangkali ghaib ke tangan pemimpin BN.
“Skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara mengenai kegagalan mengurus kewangan (membabitkan dana berjumlah RM6.5 bilion pada 2012). Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima hukuman,” katanya.
Menurut beliau, jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan cekap, malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram.
Katanya, walaupun mewujudkan jawatankuasa bertindak pada 2010 untuk melaksanakan langkah bagi menghentikan pengaliran keluar wang haram.
“Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan pengaliran wang haram,” ujarnya.-Roketkini.com

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.
azrul_bimbPenganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.
Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.
“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.
Gst biasaBeliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.
Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).
“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.
-EZY
 




 

PLANET LAIN PUN ALLAH PUNYA....TAK MALU BETUL ....TAK SEDAR DIRI....TAK KAN JAHIL SANGAT...PEKAK SANGAT...
Orang yg menolak hukum - hukum Allah.....bolehlah berhijrah ke planet lain......



[admin] Cakaplah apa yang anda suka, esok nak naik apa lagi?



UMNO PENJAJAH BUMI MALAYA......SELEPAS BRITISH......HIDUP MELAYU...( DASAR PENJAJAH MENYUSAHKAN RAKYATNYA )
JERMAN SUSAH KERANA BUKAN UMNO BN YANG PERINTAH Macai : Tak suka Rosmoh sila pindah ke Jerman.. kih kih kih kih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan