Rabu, 25 Disember 2013

SELAMA KETENTUAN ALLAH SWT YANG TELAH DITETAPKAN OLEHNYA ....JANGAN KITA PULA MENDAHULU I TAKDIR ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Kritikan demi kritikan yang diterima Datuk Seri Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat, tulis blogger Shahbudin Husin.

Menurutnya, jika sebelum ini kegagalan Najib menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam Umno sendiri semakin lantang mengenainya.

Katanya, selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

Tulisan penuh Shahbudin di dalam blognya sebagaimana di bawah.

Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya.

Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.

NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu.

Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama.

Puncanya tentulah tidak lain kerana mereka juga sudah dapat mengesan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup ini. Selepas ini, mungkin ada lagi yang turut bertindak sama.

Jika dulu Pak Lah mula menerima kesan penolakan rakyat akibat tindakannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen yang kemudian dihubung-kaitkan dengan pelbagai kelemahannya yang lain, Najib pula dilihat mula menerima kesan yang sama akibat tindakannya menaikkan beberapa jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini.

Najib bukan saja sedang menuruti jejak Pak Lah, bahkan langsung tidak mengambil teladan daripadanya.

Satu demi satu kenaikan yang gagal dikawalnya telah menyebabkan populariti Najib kini hanya tinggal 52 mata berbandinpg 62 mata sebelumnya berdasarkan kajian Merdeka Center manakala Umcedel pula dalam kajian terbarunya turut mendapati kenaikan harga barang akan menjadi beban yang akan terus menurunkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Selain mendapati 42 peratus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan harga minyak, 34 peratus kerana kenaikan harga barang dan 24 peratus disebabkan kenaikan tarif letrik, kajian Umcedel juga mendapati bantuan BR1M tidak lagi berkesan dalam meringankan beban kehidupan rakyat.

Yang lebih buruk ialah, di sebalik kemarahan rakyat kian meningkat, pembangkang makin agresif meningkatkan prestasinya dan lebih banyak pula dari dalam UMNO dan kerajaan sendiri yang mengkritik kepimpinan Najib, tindakan mempertahankan Najib pula hampir tidak kedengaran.

Lebih ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan suara mempertahankan Najib. Najib seolah-olah mula keseorangan dalam menpertahankan diri dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. Dalam isu melibatkan isterinya yang diserang baru-baru ini, Rosmah Mansor akhirnya terpaksa tampil sendiri mempertahankan diri dengan menulis surat yang panjang mengenainya.

Suara-suara dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga hampir-hampir tidak kedengaran membela dan menpertahankan Najib dan kerajaan sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru, masing-masing mengaku merekalah tulang belakang dan tulang depan kepada parti dan kerajaan.

Apakah tulang-tulang ini sudah bengkok dan hampir patah sekarang ini? Mana jentera siber Pemuda UMNO dalam hal ini?

Jentera media sosial yang diakui sebagai medium paling utama dalam menghadapi pilihanraya akan datang pula, dilihat sudah terkulai sebelum masuk medan perjuangan. Selain terdapat blog dan media sosial pro UMNO yang berdiam diri daripada mempertahankan Najib dan kerajaan, selebihnya turut juga lantang mengkritik. Yang mengaku sudah menjadi bebas dan tidak lagi mahu dikaitkan dengan pro mana-mana parti juga sudah ada.

Semua ini memperlihatkan kedudukan Najib sekarang ini sebenarnya lebih parah berbanding ketika Pak Lah diserang dan mahu dijatuhkan dulu. Ketika itu Mahathir terpaksa bekerja keras ke seluruh negara dan menghadiri pelbagai program di merata tempat untuk menjustikasikan perlunya Pak Lah diturunkan sebagai Perdana Menteri, namun menteri kabinet dan pemimpin UMNO ramai yang masih lantang mempertahankannya.

Namun sekarang ini, sementara tekanan kian meningkat, suara yang mempertahankannya juga hampir tidak ada. Kalau ada pun yang bersuara hanyalah daripada pemimpin yang semakin terhakis wibawanya seperti Isa Samad dan Ahmad Maslan, manakala yang lain-lain lebih selesa memilih berdiam diri dan menjaga hal masing-masing.

Ini menjadikan persoalan yang bermain di fikiran ramai orang ialah sampai bilakah Najib mampu bertahan menghadapi semua tekanan ini? Tetapi dengan sokongan yang semakin merosot hari demi hari ini, semakin ramai yang percaya bahawa Najib tidak akan dibenarkan terus mengetuai UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti kerana kemungkinan BN hilang kuasa lebih besar jika beliau terus kekal

Yang paling tidak mahu melihat UMNO dan BN kalah pastinya Mahathir. Yang lain-lain ada yang merasakan hanya kekalahan dan hilang kuasa merupakan pengajaran bermakna bagi UMNO dan para pemimpinnya. Selebihnya pula merasakan apa salahnya PR diberi peluang pula.

Dan ramai juga yang percaya kerja Mahathir jauh lebih mudah kali ini. Berbanding ura-ura dan tohmahan bahawa kerajaan mahu digulingkan melalui demonstrasi, Najib sebenarnya lebih mudah tergolek jika Mahathir mulai bersuara. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
SEPANG: Seorang warga asing yang mengetuai kumpulan samun dan pecah rumah 'Matruji' maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis, di Taman Mas di sini malam semalam.

Geng yang diketuai suspek berusia 43 tahun itu aktif sejak 2005 dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 27 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta merupakan antara geng penjenayah warga asing paling dikehendaki.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 9 malam itu, suspek dikenali sebagai Mat Ting War @ Matruji dikesan oleh polis peronda yang melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa polis hendak membuat pemeriksaan, suspek terus melarikan diri ke arah belukar berhampiran. Suspek kemudian melepaskan beberapa tembakan ke arah polis menyebabkan anggota terbabit membalas tembakan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya suspek maut di tempat kejadian dan pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol automatik jenis Vzor 70 cal 7.65 serta tiga butir peluru.      
  
Abdul Rahim berkata pemeriksaan dalam but kereta suspek menemukan satu pemotong besi besar dan kuku kambing, dipercayai untuk kegiatan jenayah.

Kereta itu juga dilapor hilang di Sikamat, Negeri Sembilan pada Mei lepas, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mengenai suspek mendapati lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin serta pernah dipenjarakan dari 2009 hingga 2011 atas kesalahan samun.

Polis kini sedang mengesan anggota geng itu yang dipercayai antara empat dan enam orang, disyaki bersembunyi di Selangor, katanya. - Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.
KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk fahami mesej rakyat dan segera mengambil tindakan wajar untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh University of Malaya Centre of Democracy and Elections (UMcedel) yang dibentgangkan semalam.

Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya seramai 1,676 responden telah menggeneralisasikan keresahan rakyat terhadap perkembangan kenaikan kos sara hidup yang tinggi setelah 6 bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlalu.

Tiga isu utama melatari kebimbangan mereka iaitu mengenai kenaikan harga minyak, peningkatan harga barang dan kenaikan tarif elektrik. 

“Kita menolak keputusan kabinet untuk menubuhkan makmal kajian kerana ia hanya sekadar tindakan populis dan taktik membeli masa sehingga rakyat melupakan kezaliman yang dilakukan oleh mereka,” ujar Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lagi membimbangkan tindakan kerajaan terkini yang membenarkan kenaikan tarif elektrik dan tol yang melibatkan keperluan dan kemudahan seharian rakyat serta cukai GST yang bakal diperkenalkan dan subsidi petrol yang ditarik balik pasti meletakkan rakyat dalam kesempitan kewangan.

Sebanyak 55% responden sama ada kaum Melayu atau Cina tidak terkesan dengan bajet melaksana janji kerajaan sebaliknya lebih merasai pengucupan nilai ringgit dalam kocek mereka.

Ini, kata beliau satu signal yang jelas bahawa fokus rakyat adalah hidangan sepinggan nasi untuk dijamah bukannya projek mega berskala besar yang tidak mengikut prioriti kepentingan dan pembaziran.

Menariknya, ujar beliau lagi walaupun responden menggunakan kaedah penyumberan maklumat politik daripada media konvensional kerajaan dan diseimbangkan dengan penggunaan media sosial seperti facebook dan twitter, namun sebanyak 79% daripadanya mengakui bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah semakin meningkat di Malaysia.

“Ia bukan hanya persepsi tetapi realiti yang sedang membarah. Ketempangan ekonomi ini dilihat menatijahkan kepada bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” katanya.

Justeru, kata beliau PAS harus lebih agresif menuntun kecelikan politik pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kalangan golongan belia yang berada di kelas menengah.

Tambahnya, apa yang lebih penting ialah mengekalkan momentum kesedaran di samping meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar bagi memaknakan kehidupan mereka.
KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia di Mansoura, Mesir, berada dalam keadaan selamat, susulan kejadian letupan bom yang dilapor menggegarkan bandar raya itu pada Selasa.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, berdasarkan rekod Kedutaan Malaysia di Kaherah, terdapat kira-kira 1,000 pelajar Malaysia di bandar raya itu.

"Mereka sudah dinasihatkan agar mengikuti langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah dan pihak berkuasa tempatan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Malaysia sangat bimbang dengan insiden letupan tersebut dan kesal kerana kejadian meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.

"Malaysia menggesa semua pihak terlibat agar tidak meneruskan keganasan," kata kenyataan itu.

Wisma Putra sedang memantau situasi di wilayah berkenaan.

Media melaporkan seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan dalam pekarangan balai polis di Mansoura yang mengakibatkan 15 terbunuh dan 140 lagi cedera. - Bernama


KEYAKINAN RAKYAT. Sebak melihat gambar ini....

Written By canang on Rabu, 25 Disember 2013 | 12/25/2013 07:09:00 PTG

KEYAKINAN RAKYAT. Sebak melihat gambar ini. Seorang Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja meninggal dunia. Keluarga meminta kerandanya ditutup dengan panji2 PAS hijau putih sebagai lambang perjuangan dan keyakinan mereka terhadap keadilan Islam. Doa saya moga Hidayah Allah itu milik mereka yg masih tinggal . In shaa Allah. Aamiin, Sayangnya mereka kepada parti yang memperjuangkan islam... Orang islam menentang pulak..pelik bin ajaib..Doakn terbuka hidayah utk mereka. N brtmbh ksedrn ahli jemaah..yg lena


Isu bendera..

Sakai pon ceredik sikit..
 
UMNO Bodoh dalam sejarah islam... UMNO hanya tahu sejarah tahyol Hang Tuah jer... Para tentera pada zaman Khilafah Islamiyah Othmaniah dahulu ada yang bukan beragama islam.. dan mereka juga turun berjuang bagi memertahankan tanah air mereka.. Bila mereka gugur2 jenazah mereka diusung oleh angkatan bersenjata Othmaniah yg bukan beragama islam dan ditutup dengan bendera Empayar Islam Othmaniah sebagai tanda penghormatan.. Bendera Empayar islam Othmaniah tiada mengandungi sebarang Kalimah Suci.. so apa masalahnya jika penyokong PAS meletakkan bendera PAS.. jangan bodoh sejarah Islam bro.. UMNO ni Jumud mengalahkan Sakai pulak dah... kikiki...!!!.. Teuku Zacharyah Iskandar. Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.
KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menempelak tindakan pihak polis yang membuat tangkapan terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman pada 31 Disember ini bersempena protes kenaikan harga barang.

Terbaru, pihak polis telah menangkap Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Azan Safar pada 23 Disember di mana siasatan adalah berdasarkan kepada Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

“Juham melalui barisan peguamnya telah turun untuk membantah permohonan lanjutan reman oleh pihak polis,” kata Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria dalam satu kenyataan.

Majistret kemudiannya, kata beliau telah menolak permohonan lanjutan reman oleh pihak polis dan Azan Safar telah dibebaskan lewat petang semalam.

Menurutnya, Juham amat terkejut dengan dakwaan pihak polis yang memberikan alasan bahawa tangkapan Azan Safar adalah kerana beliau disyaki terlibat di dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan?” tanya beliau.

Katanya, Juham percaya Umno dan Barisan Nasional sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini.

Beliau berkata, Juham turut telah mendapat maklumat bahawa akan terdapat beberapa lagi siri tangkapan bersempena perhimpunan 31 Disember ini.

Justeru, tegasnya Juham mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ini yang jelas menafikan hak rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi, kata beliau perhimpunan aman ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan serta tangisan rakyat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga menjelang tahun baru 2014.

 Justeru, ujarnya Juham menggesa agar pihak polis menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno dan Barisan Nasional yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.

Selanjutnya,kata beliau Juham menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak khuatir dan gusar dalam bersoladiriti menyuarakan bantahan anda terhadap kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini.

Beliau memberitahu, Juham sedia untuk memberikan khidmat guaman secara percuma sekiranya terdapat sebarang tangkapan serta dakwaan yang dibuat.

Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa Umno dan Barisan Nasional akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat sepertimana pemansuhan Akta Keselamatan Negeri hasil daripada pengorbanan dan penat lelah yang tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman.

“Oleh itu, tunjukkan soladiriti, tekadkan hati. Infiru!” tegasnya.


Kejadian yang perlu diinsafi oleh makhluk kepada sang pencipta, bukan diraikan dengan pesta sepertimana yang terjadi kepada golongan kafir dan fasiq.
Assalaamu`alaikum w.bt. LAUT TERBELAH DI KOREA SELATAN BUKAN TANDA KIAMAT Semalam 24.Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004. Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH. Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH. Fenomena hebat yang menakjubkan yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan. Kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April. Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu. Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain. “Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini. Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya. Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan. Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.” Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong. Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996. Kisah Nabi Musa belah samudera Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir. Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati. Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut. Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat. Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing. Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa. Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku. Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan