Selasa, 24 Disember 2013

SAHUT CABARAN ITU....MEREKA BUKAN SEMUA TAHU...ASYIK KENA MOMOK/TIPU AJE

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TELAH MENGESAHKAN SYARIKAT UMPAN JAYA BERTANGGUNG JAWAB LONGGOKAN TIMBUNAN SAMPAH DI MRR2 ... SYARIKAT KEPUNYAAN BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN, PULAU PINANG!!!!!



Syarikat Umpan Jaya yang bertanggungjawab longgokan timbunan sampah di MRR2

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kontraktor yang bertanggungjawab melonggokkan kira-kira 250 tan sampah di bahu jalan MRR2 di Taman Beringin Kepong pada Sabtu adalah Syarikat Umpan Jaya.

Susulan insiden itu, operasi kontraktor berkenaan telah dihentikan dan Alam Flora Sdn Bhd ditugaskan menguruskan pelupusan sampah sehingga kontraktor baru dilantik 1 April depan.

Menurut Ahmad Phesal pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan kerajaan Tempatan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kontraktor yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, langkah sementara diambil Alam Flora untuk menghantar terus sisa-sisa pepejal dari Kuala Lumpur ke Pusat Pelupusan Sisa pepejal sanitari di bukit tagar.

Stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin dijangka akan mula beroperasi semula menjelang 30 Disember selepas kerja-kerja membaik pulih kerosakan mesin pemampat dilakukan.

Operasi stesen pemindahan sisa pepejal taman beringin 'lumpuh' pada Sabtu apabila mengalami kerosakan mesin pemampat menyebabkan lori-lori sampah bertindak melonggok sampah di bahu jalan sejak malam Jumaat dan mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk di jalan utama berkenaan.

Semakan telah Omak Kau lakukan dan dapati syarikat Umpan Jaya ini adalah kepunyaan mantan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Allahyarham Dato' Mohd Noordin b Mohd Kassim dengan beberapa anak-anaknya jadi Ahli Lembaga Pengarah.

HEBOH KECOH DI ALAM MAYA GURU-GURU KAFA DI TERENGGANU TIDAK DI SAMBUNG KONTRAK KERANA MEREKA DIKATAKAN ANAK KEPADA PENYOKONG PAS!!!



Omak Kau mendapat kiriman gambar surat dari Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16hb Disember 2013 yang dialamatkan kepada 21 penama Guru Kontrak Kelas Alquran dan Fardu Ain (KAFA) menyatakan bahawa kontrak mereka tidak disambung dan perkhidmatan mereka ditamatkan mulai 31hb Disember 2013.

Tiada alasan khusus di berikan namun Yayasan Islam Terengganu memetik Perkara 9 Garis Panduan Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAKIM 2011 yang berbunyi  " Agensi boleh dengan sebab-sebab tertentu dengan bila-bila masa memberhentikan perkhidmatan guru dengan memberi notis 30 hari atau dengan membayar sebulan elaun sebagai ganti notis itu"

Alasan sebenar yang diberitahu kepada Omak Kau ialah mereka kesmuanya diberhentikan kerana meraka adalah anak kepada penyokong dan ahli PAS.

Kalau benarlah alasan ini mengapa mereka diberhentikan dan kontrak tidak disambung maka amat zalim dan kejam kerajaan UMNO/BN Terengganu.

Alasan tersebut kini sedang kuat dan rancak kencang menjadi perbualan rakyat Terengganu kini.

Namun perlu tunggu penjelasan khusus dari kerajaan Terengganu atas alasan apa sebenarnya kontrak mereka tidak disambung dengan memberi notis secara terkejut dan pendek ini.  

PANAS ! MPSP Hampir Bankrap Semenjak Pakatan Perintah P. Pinang?
Posted on Sunday, December 22 @ 14:23:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Langkah Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM10 juta itu antara lain untuk menyelamatkan MPSP sendiri yang dikatakan hampir bankrap, iaitu semasa Kerajaan Negeri baru berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2008.

"Sebelum (tahun) 2008, MPSP tidak pernah melaksanakan kerja-kerja naik taraf kerana MPSP sendiri semasa itu hampir bankrap.

"(Bagaimanapun,) bagi prestasi kewangan tahun 2013 ini, saya difahamkan, MPSP telah memperoleh pendapatan sebanyak RM177.9 juta, manakala, perbelanjaan MPSP pula adalah sebanyak RM172.3 juta.

"Ini bermakna, MPSP terus mengekalkan rekod surplas sepanjang lima tahun ini dengan lebihan pendapatan sebanyak RM5.6 juta," ujar Guan Eng.

Ohh...masa Gerakan dan BN perintah dulu MPSP Dah nak bankrap rupanya.....



MPSP naik taraf 11 lagi pasar awam menjelang 2014

KETUA Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menjangkakan 11 buah lagi pasar awam di sekitar Seberang Perai akan siap dibaik pulih serta dinaik taraf menjelang tahun 2014.

"Pasar Awam Sri Bandar ini telah dibina pada awal tahun 80-an, tetapi, tidak pernah dinaik taraf sehinggalah MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) mendapat peruntukan RM5 juta daripada Kerajaan Negeri untuk membaik pulih (memperbaharui) Pasar Awam Sri Bandar dan juga dua pasar awam lain.

"Sebanyak 23 pasar awam juga telah menjalani pembaikan kecil dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta.

"Dijangka, ada 11 buah pasar awam lagi akan dibaik pulih dan dinaik taraf menjelang tahun 2014," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada majlis pembukaan semula Pasar Awam Sri Bandar dekat Butterworth, pagi tadi.

Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis rasmi itu.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang & Alam Sekitar) dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa & Kesihatan, Michael Tan Cheong Heng (Ahli Majlis bagi MPSP) dan Arshad Md. Salleh (Pegawai Penyelaras Pas Kawasan DUN Pinang Tunggal).

Guan Eng menjelaskan, Kerajaan Negeri pada tahun 2011 memperuntukkan RM10 juta untuk menaik taraf pasar-pasar awam meliputi ketiga-tiga daerah di Seberang Perai.

Dari jumlah itu, beliau berkata, RM5 juta untuk menaik taraf 21 pasar awam, manakala, baki RM5 juta lagi diperuntukkan untuk memperbaharui tiga buah pasar lain.

Tiga buah pasar yang diperbaharui itu adalah Pasar Awam Sri Bandar dekat Seberang Perai Udara (SPU), Pasar Awam Samagagah dekat Seberang Perai Tengah (SPT) dan Pasar Awam Taman Berjaya dekat Seberang Perai Selatan (SPS).

Projek pembaharuan Pasar Awam Sri Bandar menelan peruntukan sebanyak hampir RM1.9 juta (RM1,894,674.55) peruntukan Kerajaan Negeri.

Kerja-kerja pembaharuan pasar itu bermula pada 1 Jun 2012 dan siap sepenuhnya pada 19 Disember lepas.

Pasar awam itu menyediakan 131 unit gerai, dilengkapkan dengan sistem 'greasetap', iaitu sistem perangkap sampah berpusat demi melestari kebersihan di situ.

Itu, tidak termasuk kemudahan tiga tandas lelaki, tiga tandas perempuan serta satu tandas khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Bumbung setinggi lebih 20 kaki untuk tujuan pengudaraan selesa serta bangunan mesra orang kurang upaya (OKU) merupakan antara elemen istimewa pada projek pembaharuan Pasar Awam Sri Bandar tersebut.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata, langkah Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM10 juta itu antara lain untuk menyelamatkan MPSP sendiri yang dikatakan hampir bankrap, iaitu semasa Kerajaan Negeri baru berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2008.

"Sebelum (tahun) 2008, MPSP tidak pernah melaksanakan kerja-kerja naik taraf kerana MPSP sendiri semasa itu hampir bankrap.

"(Bagaimanapun,) bagi prestasi kewangan tahun 2013 ini, saya difahamkan, MPSP telah memperoleh pendapatan sebanyak RM177.9 juta, manakala, perbelanjaan MPSP pula adalah sebanyak RM172.3 juta.

"Ini bermakna, MPSP terus mengekalkan rekod surplas sepanjang lima tahun ini dengan lebihan pendapatan sebanyak RM5.6 juta," ujar Guan Eng sambil merakamkan penghargaan kepada 'pasukan' Maimunah.

Sebelum itu, Maimunah menjelaskan, MPSP pada tahun 2012 memperuntukkan hampir RM500,000 (RM494,759) untuk menaik taraf satu pasar awam serta dua kompleks makanan.

Kerajaan Negeri pula, katanya, memperuntukkan hampir RM5 juta (RM4.73 juta) kepada MPSP pada tahun yang sama untuk menaik taraf tiga pasar awam lain.

Pada tahun 2013 pula, katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.569 juta untuk mendirikan sebuah pasar awam serta menaik taraf sebuah pusat penjaja.

MPSP, katanya lagi, pada tahun sama turut menaik taraf lima kompleks makanan yang menelan belanja RM345,438.

Tambah Maimunah, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.119 juta untuk menaik taraf dua buah lagi pasar awam, dijangka pada tahun 2014.

Itu, katanya, tidak termasuk peruntukan MPSP sebanyak RM1 juta menaik taraf sembilan buah kompleks makanan dan pasar awam, juga dijangka pada tahun hadapan. ~ Faqar








kedahkini


 Tahfiz Atau SBP – Maklumat Penting Untuk Ibubapa
Posted on Tuesday, December 24 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Sebelum ini saya ada menulis dalam Blog tentang perkara di bawah ini. Bagi sesiapa mahu mengetahui lebih lanjut, rujuklah dalam Blog saya. Disini saya Ringkaskan tentang apa yang saya tulis:-

1. Kejayaan anak kedua saya dalam UPSR dan UPKK.

2. Pilihan untuk memilih Tingkatan Satu di sekolah menengah yang mempunyai pengajian Tahfiz dan akademik.

3. Bagaimanapun sebelum keluar keputusan UPSR, ibubapa dikehendaki mengisi permohonan sekolah SBP (Sekolah Berasrama Penuh), dan kami juga melakukan perkara yang sama.

4. Saya memutuskan untuk mengutamakan pilihan sekolah yang ada tahfiz dan akademik. Anak saya bersetuju.

5. Sekolah2 yang menjadi pilihan utama ialah MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan, IMTIAZ Ulul Albab Masjid Tanah, Melaka dan Chenderah, Jasin, Melaka... dan beberapa yang lain.

6. Selepas itu barulah sekolah SBP.... jika sekolah tahfiz tidak mahu menerima.

7. Semasa memohon MRSM, saya dapati bahawa terdapat peraturan pelik dan membingungkan iaitu pelajar yang ditawarkan ke mana-mana SBP oleh kementerian, secara automatik akan dikeluarkan dari senarai (tidak diterima) oleh MRSM. Ini bermakna kalau sekalipun dia layak untuk MRSM dan MRSM pilihan utama dia, dia tidak dapat memasuki MRSM, apabila dia ditawarkan ke SBP walaupun dia mahu menolak tawaran ke sekolah SBP itu.

8. Lalu saya membuat keputusan yang payah tapi terpaksa, iaitu menulis surat ke kementerian membatalkan permohonan ke sekolah SBP untuk membatalkan permohonan ke SBP.

9. Risikonya ialah jika tidak dapat MRSM atau lain-lain sekolah Tahfiz yang dihajati, bermakna SBP pun tidak dapat juga. Maksudnya, terpaksalah ke sekolah menengah biasa berdekatan kampung halaman.

10. Pada masa ini, anak saya telah melalui 3 urusan temuduga iaitu di Sekolah Tahfiz Cenderah, Imtiaz dan MRSM Gemencheh. Kaedah temuduga ada persamaan iaitu perlu menghafal untuk ditasmik beberapa ayat Quran atau satu mukasurat ayat al-Quran pada surah yang dijangka masih belum dihafal oleh pelajar-pelajar pada umur itu. Jangan haraplah surah-surah seperti Sajadah, Mulk, Juz Amma, Insan, Waqiah, Yasin.

11. Di Imtiaz, sekitar hampir 300 pada senarai untuk ditemuduga, tetapi yang hendak diambil sekitar 70 orang.

12. Di MRSM Gemencheh, seramai seribu lebih yang diperlukan seratus lebih, kadar 10% daripada jumlah yang hendak ditemuduga. Di Chenderah saya dah lupa, kerana tidak dapat datang menemai anak atas urusan kerja.

13. Antara kelainan dalam proses temuduga yang lazim ialah di Sekolah Imtiaz di mana ibu atau bapa juga ditemuduga. Manaka di MRSM pula, proses temuduga menghampiri 3 jam kerana ada beberapa jenis ujian.

14. Kini semua temuduga telah selesai.

15. Kini, saya diberitahu isteri bahawa status permohonan SBP anak saya disebut tidak berjaya.

16. Kini, Dua daripada 3 sekolah tahfiz tersebut telah menawarkan tempat kepada anak saya.

17. 1 lagi masih belum mengeluarkan keputusan temuduga hingga awal Januari.

Saya maklumkan perkara ini ialah agar menjadi pertimbangan dan panduan kepada ibubapa diluar sana khususnya bagi mereka yang anak-anak mereka akan menjalani UPSR 2014, dan terlebih khususnya bagi ibubapa yang mempunyai cara fikir yang sama dan matlamat yang serupa. Namun, dapatkanlah maklumat dan pandangan lain dan ingatlah bahawa fakta mungkin berubah mengikut perkembangan semasa. Apapun, apa jua kelemahan dan kesilapan yang berlaku, diri sendiri yang harus tabah menerima.

Saya juga telah menulis sebelum ini dalam blog dengan mengeluarkan satu soalan cepumas iaitu :- bilakah masa terbaik untuk kita mula memikir pendidikan anak? Jika tidak tahu carilah.

Ingatlah, kejayaan itu adalah anugerah dari Allah, tetapi sunnatullahnya ialah kejayaan itu sebenarnya mempunyai peraturannya sendiri. Maka penuhilah peraturan kejayaan, khususnya untuk anak kita sendiri.

Apakah dia peraturan kejayaan?

Inilah dia.... antaranya.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.”

Ayat ini umpama ‘master key’ bagi kejayaan suatu projek atau perancangan. Bacaan makna secara literal ayat ini sendiri menunjukkan kepentingan untuk melakukan persediaan dan menyediakan bekalan bagi kebaikan di masa hadapan. Jika dibaca secara lebih bijaksana, ayat ini sebenarnya mengajarkan kita agar membayangkan jenis masa hadapan (kejayaan) yang kita inginkan dan harapkan dan dengan itu kita kemudiannya merancang dan menyediakan keperluan dan bekalan yang sesuai dan perlu bagi mencapai kejayaan yang dikehendaki itu.

Inilah pendekatan visualisasi dalam membayangkan keindahan kejayaan di masa hadapan yang disebut ‘futuristic thinking’. Pemikiran masa depan inilah cara berfikir orang berjaya. Sesungguh kejayaan itu mempunyai peraturan dan ini adalah sebahagian peraturan penting dalam kejayaan.

Sekarang bayangkan apa yang anda kehendaki daripada anak anda yang berumur 12 tahun ketika dia berumur 15 tahun ....

Seorang hafiz muda (30 juzuk) dan top scorer - PMR

Ok, mari kita lebih futuristik, pergi tengok dan renung baby anda, anak kecil anda yang masih tadika atau sekolah rendah, dan kemudian anda rehatkan diri dan visualkan/bayangkan dia ... 10 tahun, 20, 30 tahun akan datang :-

1. Seorang ulama hebat seumpama Dr Yusuf Qaradawi

2. Seorang pendakwah antarabangsa seumpama Dr Zakir Naik

3. seorang pakar mata dengan jiwa motivasi seanggun Prof Muhaya

* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)

Wallahu taala.

Hisham-ahmad.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
hishamahmad
Posted on Tuesday, December 24 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Najib malukan MCA, kata Guan Eng
Posted on Monday, December 23 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"SHAH ALAM – DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.

“Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?

“Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN,” katanya.

Tambahnya, “bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?.

Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.

Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Nasib PERKASA pun Umno yang bela' - Isa Samad
Posted on Monday, December 23 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Abdul Samad tidak yakin dengan kemampuan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, yang berhasrat untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Katanya, tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas Umno selama ini bukan tugas yang mudah, malahan PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan parti Melayu itu.

kiniTV


Marilah Kita Bantu Maahad Tahfiz di N.Sembilan
Posted on Monday, December 23 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di Nilai, Negeri Sembilan memberi peluang kepada kita semua untuk menambah amal jariah kita sebagai pelaburan yang berlipat kali ganda untungnya di akhirat insyaAllah dengan menyumbang atau sebagai wakaf untuk pembinaan 2 unit Kelas Hafazan Al Quran yang dianggarkan berjumlah RM 25,000 sahaja.

Kepada mereka yang ingin menyumbang keseluruhan, sebahagian atau sekadar kemampuan masing-masing sila hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun :

Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
No akauan : Maybank 555108301296.
Maklumat lanjut di Facebook - Maahad-Tahfiz-Al-Quran-An-Najihah

Kepada mereka yang tidak mampu untuk menyumbang dalam bentuk kewangan, mohon doakan Maahad Tahfiz ini akan mendapat sumbangan yang diharapkan serta bantulah kongsi “share” atau sebarkan maklumat ini.

Kalau bukan kita yang bantu siapa lagi?

Siapa yang dapat pahala kalau kita yang bantu?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, December 23 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Hasan cabar Rafizi tunjuk bukti.
Posted on Monday, December 23 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

KUALA PILAH - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicabar mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa kerajaan bertindak menjual aset negara demi menutup kegagalan mencapai sasaran defisit membabitkan hutang negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, Rafizi tidak sepatutnya melemparkan tuduhan tidak berasas begitu.

“Kalau betul kata beliau, maka tunjukkan buktinya pada kita dan bukannya sekadar bersandarkan pada petikan laporan luar. Dalam hal ini, nampaknya beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat dengan fakta diperoleh.

“Bagi kita, tohmahan itu sama sekali tidak benar memandangkan pertumbuhan ekonomi negara cukup baik pada masa kini. Kalau tidak, masakan negara kita boleh melonjak ke tangga keenam berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu bagi negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, negara ini terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Kuala Lumpur dinobatkan sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia menerusi hasil kaji selidik dilakukan CNN, baru-baru ini.

“Semua ini jelas menunjukkan negara kita mempunyai kedudukan kewangan dan ekonomi yang kukuh sehingga turut diyakini dunia, sekali gus menyangkal tuduhan dilontarkan Rafizi,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis penutup Rainforest Outdoor Festival 2013 (Rofest’13) di Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, semalam.

Terdahulu, Rafizi melalui portal berita PKR mendakwa, kerajaan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset berkenaan semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi mereka mencapai sasaran defisit empat peratus ditetapkan.

Menurutnya, pendedahan itu dibuat berdasarkan laporan terkini Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor: December 2013’ seperti tertera pada halaman 10.

Katanya, beliau mengesyaki rancangan menjual aset negara itu berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit empat peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ia bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya diperoleh dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Negara Terlalu Kaya Dengan Jawatankuasa
Posted on Monday, December 23 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



SHAH ALAM: Negara sudah terlalu kaya dengan penubuhan pelbagai jawatankuasa kononnya bagi mengkaji setiap keputusan yang akan diambil membabitkan kepentingan rakyat, kata penganalisis politik, Dr Ahmad Tarmizi Talib.

Tambahnya, fenomena itu ditambah buruk dengan sikap kerajaan yang 'acuh tak acuh' kepada hasil kajian yang dibentang pelbagai jawatankuasa yang ditubuhnya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan menubuh jawatankuasa untuk menilai kesan kenaikkan harga barang kepada rakyat.

"Dan mungkin jawatankuasa itu bagus untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk menangani masalah ini.

"Bagaimana nak mengatasinya (kenaikan harga barang dan perkhidmatan)? Jawatankuasa dah ditubuhkan.. sama ada kerajaan mahu dengar atau tak mahu dengar komen atau cadangan daripada jawatankuasa itu. 

"Sebab kita ni memang kaya dengan jawatankuasa, tapi bila dilihat secara umumnya seolah-olah ia sekadar untuk perhiasan saja, bukan untuk dilaksanakan," katanya kepada Antarapos.



Ahmad yang juga Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagaimanapun berkata secara asasnya kerajaan perlu membuat kajian sebelum semberono menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan awal tahun hadapan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, makmal tersebut berperanan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan serta cara penyelesaian di mana ia akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan.

Manakala  Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pula memberitahu pihaknya masih mengkaji cadangan kenaikan tambang bas sekolah.

Dalam pada itu, Ahmad berpandangan kerajaan persekutuan tidak perlu menaikkan harga barang keperluan asas kerana kos sara hidup rakyat Malaysia tidak seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan.

"Kita bayar cukai banyak, tapi faedah yang kita dapat sikit. Lagi pula orang yang tidak membayar cukai. Orang yang tidak membayar cukai maknanya tidak sampai tahap untuk membayar cukai. Maknanya, pendapatan mereka lagi rendah.

"Bagi saya kalau ada orang yang mengatakan kenaikan harga barang itu tidak memberi masalah kepada mereka, mereka mungkin termasuk dalam kategori Brahmin la,"seloroh beliau.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), rakyat negara ini dikejutkan dengan pengumuman demi pengumuman kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ).

Terbaru, pengumuman semakan semula kadar gas, tambang LRT dan monorel serta kadar tol membabitkan 13 lebuh raya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan penstrukturan semula subsidi baru-baru ini merupakan pendekatan terbaik dalam usaha memastikan rakyat mendapat manfaat apa yang sepatutnya.-antarapos


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan