Van jenazah perlu bayar tol rupanya
Posted on Monday, December 09 @ 08:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Antara
yang diperjuangkan oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani
Al Hafiz) ialah agar van-van jenazah tidak perlu membayar tol apabila
dalam perjalanan pergi atau balik menghantar jenazah. Ustaz Amir sebelum
ini telah menulis surat kepada 3 orang menteri yang berkaitan meminta
agar kerajaan mempertimbangkan agar van-van jenazah tidak dikenakan tol.
Antara
jawapan menteri yang diterima ialah mantan menteri beragama Islam dari
Negeri Sembilan yang mengatakan jika diberi pelepasan tol kepada van-van
jenazah ini, dibimbangi van-van jenazah ini disalahgunakan.
Ustaz
Amir amat kecewa dengan jawapan menteri tersebut kerana kenderaan dan
kapalterbang kerajaan mungkin disalahgunakan, tapi siapa yang sanggup
untuk salah gunakan van jenazah untuk bersiar-siar dengan keluarga atau
keperluan lain?
Adalah diharapkan pemimpin Islam dan pemimpin
Melayu pada ketika ini mempertimbangkan untuk memberi pelepasan tol
kepada van-van jenazah termasuk van-van jenazah bukan Islam."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Monday, December 09 @ 08:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kawasan Perumahan Bebas Banjir
Posted on Monday, December 09 @ 11:41:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omakkau!!!
Terengganu
di bawah pemerintahan Umno Amat hebat sekali dalam dunia... Boleh
tawarkan kawasan perumahan bebas banjir tetapi akhirnya ditenggelami air
juga!!!
Berdegar-degar
sungguh pemjau perumahan Alam Perdana Pasir Semut Kemaman, Terengganu
sampaikan boleh beri jaminan gerenti 110% kawasan perumahan berkenaan
tidak akan di landa banjir.
Akhirnya banjir yang melanda Kemaman kini kawasan tersebut turut terlibat.
Bangsat punya pemaju perumahan ... lagi bangsat kerajaan negeri yang turut membiarkan rakyat tertipu.
Betul-betul bangsat .. Betul tak Mak Cik Ijat.-Omakkau!!!
BONGKAR!!! 6 Gambar Rusuhan Di Singapura [SAKSIKAN...]
Posted on Monday, December 09 @ 11:30:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Media
Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja
Bangladesh dilanggar bas. Ini mendorong rakan-rakannya membakar bas
tersebut. Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan
oleh perusuh.
Pertama kali Singapura dilanda rusuhan selepas
lebih 40 tahun, kali terakhir adalah pada Mei 1969, malam Ahad lalu
tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di
simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali
ramai sebagai Little India.
Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.
Memang
kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing
khususnya warga India dan Bangladesh melepak. Jika ikut kenyataan polis
Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.
Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.
Apa
yang berlaku kemudian terbakar sana sini. Ambulan dan harta awam
dibakar perusuh. Kereta polis pulak diterbalikkan. Menurut laporan
agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50
malam Ahad.
Menurut
saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan
Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai
mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.
[Baca seterusnya...]"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Monday, December 09 @ 11:30:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kenyataan Najib Meroyan UMNO Bina Semua Masjid Di Malaysia
Posted on Monday, December 09 @ 07:10:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ya Tuhan..
Betul
kah ini perdana menteri of Malaysia? Kenapa sebegini dangkal dan teruk
pemikiran yang dia ada? Adakah dia sedang dirasuk ketika keluarkan
kenyataan ini? Ataupun adakah dia kekurangan gula sehingga menyebabkan
akal fikiran dia tergangu yang akhirnya menyebabkan dia keluarkan
statement merapu?
Lihat kenyataan Najib kat bawah neh hah ;
Semua
orang tahu. UMNO mana ada duit. UMNO pun dapatkan dana dari luar untuk
pergerakkan parti mereka. Untuk buat aktiviti kepartian, mereka
cenderung mengambil dana dari err.. Allah tahu walaupun kami tak sebut
secara tepat disini..
Hehe..
Jadi UMNO tak mungkin ada
duit untuk bina masjid. Bukan semata2 keluarkan duit untuk bina masjid,
surau pun belum tentu. Kalau betul UMNO yang keluarkan duit untuk bina
masjid, dah lama dah UMNO namakan surau dan masjid tersebut sebagai
MASJID UMNO
SURAU UMNO
Tapi
UMNO tahu mereka tak boleh nak namakan masjid dan surau seperti itu
kerana akhirnya RAKYAT akan minta laporan dan bukti yang jelas tang mana
UMNO gunakan duit mereka untuk bina masjid? HARAM ADA.
Hehe.
Namun dalam sedar tak sedar, Najib juga terkantoi bodoh. Dia cakap ;
"Siapa
control masjid dan surau sekarang? Secara percuma saja, kita buat
susah2..dia amek alih tempat itu, sebab apa? Sebab kita tidak ambil
berat perkara ini.. mengimarahkan masjid, surau"
Sedar
juga Najib yang orang2 UMNO memang PEMALAS NAK MAMPOS melayan masjid
dan surau. Malas nak mengimarahkan MASJID dan SURAU. BTW, aku nak buat
pembetulan sikit.
Orang2 pembangkang, aku yakin statement di
atas, Najib tujukan pada PAS.. bukan amek alih secara percuma ke apa. Ia
just, sudah tersedia kemudahan, mereka meraikan kemudahan tersebut.
Mereka mengimarahkan kewujudan masjid dan surau.
Lepas tue, UMNO
tak bina masjid dengan susah2. Sebaliknya semua pihak pun ada sama2
menyumbang kepada pembinaan semua masjid2 di negara ini.
Jika
UMNO begitu berdegil nak mengambil kredit pembinaan2 masjid2 di negara
ini, jangan lupa amek juga kredit runtuhan demi runtuhan masjid di sana
sini, di dalam negara ini.
Boleh?
Walaupun tak boleh,
hakikatnya memang UMNO punca keruntuhan masjid2 tertentu sebab mereka
melantik kontraktor yang tah hapa2 untuk buat kerja2 pembinaan..
Hahaha..
sozcyili.blogspot.com
Keluar Simpanan Persaraan Swasta Pun Kena Cukai?
Posted on Monday, December 09 @ 06:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Bantah cukai keatas pengeluaran skim persaraan swasta
KUALA LUMPUR:
KEADILAN membantah cadangan kerajaan meminda Akta Cukai 1967 yang
mengenakan cukai keatas pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta
sebelum umur 55 tahun.
“Ini bermakna (kerajaan) mencukai manfaat
simpanan persaraan,” kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang
media di lobi parlimen semalam.
Beliau yang juga Pengarah
Strategi KEADILAN menyatakan, pindaan Akta Cukai 1967 menetapkan
pengeluaran Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun kecuali atas
sebab kemalangan dan kehilangan upaya akan dikenakan cukai penuh.Rafizi
“Konsepnya
sahaja sudah salah. Dengan kata lain, kerajaan mencukai pencen (orang
ramai). Simpanan tidak boleh dicukai,” kata Rafizi.
Menurut Rafizi, Skim Persaraan Swasta adalah mana-mana tabungan persaraan selain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
“Paling
tidak bermoral apabila ia bertentangan dengan janji Perdana Menteri
semasa melancarkan inisiatif menggalakkan pekerja menabung di dalam skim
pekerjaan swasta pda Julai 2012,” kata Rafizi.
Pengumuman Perdana Menteri Najib Razai ketika itu adalah pendapatan dari skim tersebut dikecualikan daripada cukai.
Jawapan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmd Maslan 4 Disember lalu menyatakan,
bahawa kerajaan berhak mengenakan cukai atas alasan penabung mendapat
pelepasan cukai tidak tepat.
“Hakikatnya, penbayar hanya mendapat pelepasan cukai sehingga maksima RM3,000 setahun ,” kata Rafizi.
Sumber: keadilandaily.com
Gaza Kini | Banjir di Gaza
Posted on Sunday, December 08 @ 20:00:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Warga
Gaza yang baru menghadapi musim sejuk ditimpa banjir pula. Selepas
terperangkap dalam hujan, penduduk di utara Gaza memindahkan para
pelajar sekolah ke rumah mereka menggunakan lori.
Hasbunallah wani'mal wakil! Pray for Palestine!
Lensa: Muhannad Al-Musar'iey
sumber: gazanow [AN]
#aqsasyarif
Facebook Aqsa Syarif
DAP: Prinsip Umno bertentangan dengan Mandela
Posted on Sunday, December 08 @ 19:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
DAP mencemuh tindakan Datuk Seri Najib Razak yang mengumpamakan usaha Umno itu seperti perjuangan Nelson Mandela.
Setiausaha
agung parti itu Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata
prinsip yang dipegang oleh Mandela itu bertentangan dengan apa yang
disebarkan parti Umno.
Katanya, Mandela menumpukan seluruh
hidupnya untuk menentang “kekuasaan kulit putih”, sedangkan Umno
mendukung perjuangan “kekuasaan Melayu”.
“(Kenyataan) Ini sangat
mengejutkan, walhal Umno hanya berusaha mengekalkan dominasi kaum dan
diskriminasi untuk menjustifikasi rasuah, nepotisme dan ketidakcekapan,”
katanya.
Katanya, Mandela dipenjara selama 27 tahun atas perjuangannya menentang nilai yang didukung oleh Umno.
Najib
dalam ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno semalam berkata
usaha yang dilakukan oleh parti itu sama seperti perjuangan Mandela.
sumber
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, December 08 @ 19:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan