Jumaat, 13 Disember 2013

KESAN KEMUDIAN TAK TAHU LAH.....BAIK ATAU TAK BAGI MAT SABU....YANG JELAS NAMANYA TOP SEKARANG...IKLAN SERTA TERMASHYUR SECARA PERCUMA

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pendedahan Kementerian Dalam Negeri kononnya 'bukti' bagi mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah sebagai terlalu dangkal.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.

"Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.

"Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?

"Bagaimana pula dengan Umno yang menjalin hubungan kerjasama dengan  Parti Komunis China (CPC), adakah Umno juga Komunis," soal Mustafa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan 'bukti' Mohamad Sabu terlibat ajaran Syiah oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

"Puji khomeini perkara biasa. Saya pun kagum dengan Khomeini sebab pada waktu itu dia selaku ketua negara Islam yang berani berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat.

"Mengkagumi seseorang adakah kita dianggap berakidah sama dengan orang itu?

"Adakah salah untuk kita mengkagumi Nelson Mandela atas ketegasannya menentang apartheid," soal Mustafa lagi.

Menurut Mustafa, beliau melihat pendedahan oleh KDN hari ini tidak lebih dari usaha terdesak pemimpin Umno untuk memburukkan PAS.

"Saya lihat ini langkah terdesak ( Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) untuk mengelak diri dari tuduhan yang dia lemparkan sebelum ini.

"Kita ingatkan bukti yang mahu didedakan ini sesuatu yang kukuh. Tapi kalau macam ini, memang sangat dangkal," katanya lagi.

Tambah Mustafa, Ahmad Zahid seharusnya berhati-hati delam mengeluarkan kenyataan apatah lagi menuduh tanpa bukti yang kukuh.

"Jangan sampai keceluparan beliau itu memakan diri sendiri," katanya.
Dalam video itu Ibrahim Ali asyik membelek bukunya yang berkulit wajah Khomeini. Pada minit ke 3.20 dia berkata: "Honestly... That the Muslim outside Iran really look upon Iran, hope for Iran...Iran is the last hope for the Muslim"
"Secara jujur ... Bahawa Muslim di luar Iran benar-benar memandang ke arah Iran, berharap untuk Iran ... Iran adalah harapan terakhir untuk Islam."
Apakah Kerajaan tidak bimbang bentuk pengaruh yang akan menular kepada staff UiTM dan pelajarnya jika Ibrahim Ali dibiarkan kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti itu?
Lihat di sini


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi.

Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.
Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan lajnah serta jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:

Pengerusi tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha: Mohd Nasaie Ismail
Bendahari: Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan: Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM yang dipilih dalam Muktamar DPPM:

1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis: Ustaz Yussaine Yahya
Kedah: Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang: Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak: Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan: Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka: Jauhar Mohd Dawi
Johor: Mohd Faizul Saleh
Pahang: Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu: Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan: Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Mohd Arifiriazul Paijo 
Pertama-tama ternyata Zahid Hamidi penipu besar. Beliau menyatakan sebelum ini beliau tak sebut nama Mat Sabu, hanya sebut pemimpin no.2 PAS. Hari ini KSU KDN menyatakan: "Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini". Bukankah itu PENIPU namanya?

Kedua, GB tertunggu-tunggu apa yang disebutkan "bukti" (evidences) dari KDN terhadap tuduhan Mat Sabu seorang Syiah.

Ternyata tiada lansung bukti kukuh yang disediakan. Yang aada cuma hasil wawancara dengan beberapa orang yang memang tidak sebulu dengan Mat Sabu.

Selawat Syiah? Bagaimana bunyinya? Bila Mat Sabu melafazkannya? Ada atau tidak rakamannya? Dituduhnya juga Mat Sabu pernah dilihat menunaikan solat menggunakan sebiji batu leper. Berapa biji batu leper yang digunakan? Mana batu leper itu sebagai bahan bukti?

Pergi membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011. KDN sendiri yang men yatakan itu program "majlis ramah mesra". Bukan program Mat Sabu sertai Syiah.

Dituduhnya Mat Sabu menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah. Kenapa tak tangkap guru-guru berkenaan jika benar mereka mengajar ajaran Syiah?

Kalau memuji Ayotollah Khomeini & Hassan Nasrullah, apakah sudah menjadi Syiah lantarannya?

Sungguh mengarut. Menjatuhkan imej dan integritinya sebagai sebuah kementerian. Tidak memenuhi syarat paling asas pun untuk membuat sebarang pertuduhan di mahkamah. Lakukan pelbagai fitnah TANPA sebarang bukti.

Ayuh Mat Sabu, heret segera Zahid Hamidi dan KDN ke mahkamah!

Baca lagi

Ismail (dua, kiri) berkata sesuatu kepada Zailah, sementara Sharif (membelakangkan kamera) memerhatikannya.
MARAN: Seorang petugas Unit Amal kesal dengan sikap Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib yang mempersoal Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof daripada bertemu mangsa banjir di sini semalam.

Mohd Sharif Abdullah yang bertugas mengiringi Siti Zailah bersama kira-kira 20 orang ahli rombongannya melawat mangsa banjir berkata, insiden tersebut berlaku di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor di sini.

Katanya, ketika rombongan mereka sampai di situ sudah ada Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjerkah kepadanya.

“Datuk Mail kata jangan ganggu program kita orang. Lalu saya jawab kami bawa YB Zailah ini untuk melawat mangsa banjir sambil bagi bantuan,” katanya.

Menurut Sharif, Ismail selepas itu terus menghampiri rombongan tersebut lalu menyoal Zailah kenapa tidak telefon dahulu sebelum datang.

“Zailah jawab, tidak apalah saya datang nak lawat mangsa banjir rakyat Datuk, nanti Datuk boleh lawat rakyat kami pula.

"Kalau tak silap pendengaran saya Datuk Mail menjawab: tak pelah kitorang banyak bekalan," katanya.

Sharif berkata, Zailah hanya sempat berjabat tangan dengan beberapa orang mangsa di dewan itu sebelum berlalu pergi bagi menghormati tuan rumah yang seolah-olah tidak menerima kedatangan rombongan itu.

“Bagi saya insiden ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana membantu manusia yang dalam kesulitan ditimpa malapetaka tidak wajar melihatnya dengan kaca mata politik.

“Dulu ketika mangsa banjir bertarung nyawa kumpulan inilah yang tampil menyelamatkan mangsa sedangkan sesetengah pemimpin Umno masih berada dalam perhimpunan di Kuala Lumpur,” jelasnya sedih.

Zailah semalam turun bersama Dewan Muslimat PAS menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Temerloh dan Maran.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia.
      
Beliau berkata pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
      
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".

 Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

"Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali," katanya.

 Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.

"Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran," kata beliau.

Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.

 "Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

 "Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah," katanya.

Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.

"Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.

 "Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah," kata Abdul Rahim.
            
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.

 Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.
Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah. - Bernama

 
KUALA LUMPUR: Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah, lapor Malaysiakini.
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.
"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.
Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.
"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.
KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan