Ahad, 22 Disember 2013

JANGAN KITA SUKA AUTA....DENGAN ALLAH KITA TAK BOLEH AUTA....RAKYAT YANG BODOH DAN KAKI BODEK MEMANG SENANG KITA AUTA

Kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah Nabi




Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
  






 




 Petugas Media Perlu Bangkit Pertahan Hak, Boikot Pemimpin Berat Sebelah
Posted on Saturday, December 21 @ 13:52:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM 20 DIS: Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Hata Wahari menyeru petugas media seluruh agensi bangkit mempertahankan hak dan memboikot liputan pemimpin kerajaan yang terus bertindak berat sebelah berkenaan laporan media.

Dalam satu kenyataan kepada media Hata memaklumkan, tekanan terhadap wartawan dan agensi media oleh kerajaan perlu dihentikan kerana teguran dalam bentuk tulisan adalah satu bentuk tugas utama akhbar dan wartawan.

hata wahari protes utusan 01“Saya ingin menyoal semua wartawan di Malaysia, sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya melihat serta melaporkan sahaja apa yang berlaku.

“Sehubungan itu, saya menyeru wartawan, editor, pemilik media dan mereka yang berkenaan untuk melakukan tindakan sewajarnya iaitu dengan memboikot daripada membuat liputan terhadap kerajaan dan pemimpinnya kerana rekod kebebasan media mereka yang teruk.

“Mari kita bersama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran dan memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai media lain,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, penggantungan permit akhbar mingguan The Heat adalah satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia

The Heat digantung permit disebabkan penerbitan laporan yang menegur perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada muka depan akhbar berkenaan.

Hata yang juga bekas wartawan kanan di Utusan Malaysia yang dipecat menegaskan, wartawan perlu berhimpun secara aman di hadapan pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya boleh memberi lagi tindakan ekstrem tetapi percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukkannya kerana sebilangan besar wartawan di Malayia adalah wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai kewartawanan dan kebebasan media,”katanya.-selangorku




 Rafizi ke Hong Kong Awal Januari Siasat Akaun Gani Patail
Posted on Saturday, December 21 @ 10:10:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PETALING JAYA 20 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari 2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah di dalam tuntutan tersebut.

“Saya akan ke sana pada awal tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan Krismas.

“Masa yang sesuai dalam minggu pertama atau kedua Januari,” kata Rafizi kepada Keadilandaily ketika ditemui di ibu pejabat KEADILAN.

Katanya, beliau akan tetap ke sana walaupun tidak mendapat surat kuasa daripada Gani.

“Saya sudah hantar surat rasmi kepada beliau pada 19 Disember lalu dan hanya menunggu jawapan daripada pihak beliau berhubung syarat-syarat yang saya tetapkan.

“Jika tidak mendapat surat kebenaran daripada beliau, saya akan bekerjasama dengan pihak di Hong Kong bagi memastikan urusan siasatan ini berjalan lancar,” ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau sedang mencari masa yang sesuai dengan jabatan dan individu yang terbabit di sana.

“Siasatan melibatkan beberapa pihak dan salah satunya ialah ‘Security of Justice’,” katanya.-keadilandaily




 PMR: Tahniah SMI Darul Bayan, Paka, Dungun, Terengganu
Posted on Saturday, December 21 @ 09:18:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Asrama lelaki baru dalam pembinaan memerlukan sumbangan anda!!

SMI Darul Bayan kali kedua menduduki PMR dengan calon 60 orang telah mendapat GPS 2.27 adalah kedudukan ke-6 daripada 23 sekolah di daerah Dungun. Kerjayaan ini adalah suatu yang cukup baik kerana pengambilan SMI Darul Bayan hanya 3A UPSR sahaja.

Malah ada yang lebih rendah daripada 3A kerana keperluan pendidikan Islam. Dengan keupayaan guru tak terlatih, pasarana yang kurang,  pelajar pula mengambil 23 subjek tidak temasuk hafal Al Quran sudah tentu memberi kesan kepada PMR, tapi alhamdulillah komitmen pengurusan, guru serta ibubapa dan mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung membantu SMIDB setanding dengan sekolah-sekolah kerajaan.

Seorang mendapat 8A, seorang 7A dan 6 orang 6A dengan pencapaian 95.3% kelulusan dimana semua subjek 100% kecuali Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Geografi.


Carta di atas tidak ada SMIDB kerana sekolah swasta tidak termasuk dalam kedudukan daerah. Dengan GPS SMIDB 2.27 mengatasi SMK Paka pada tangga ke-6.



...........................

SUMBANGAN DERMA DAN INFAQ

Nama: MADRASAH DARUL BAYAN 

BIMB : 1304 4010 0087 76
CIMB : 1308 0000 0861 01
MAYBANK : 5630 8200 4089

Maklumkan Kepada:
Ust Jamaludin Bin Jusoh
[ PENGETUA ]
H/P: 0199156365 
 Negara Malaysia menuju ke arah negara kuku besi
Posted on Saturday, December 21 @ 08:52:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Selepas PRU 13, kita sedang menyaksikan suatu pesta kenaikkan kos kehidupan di Malaysia. Ini menunjukkan apa yang PR laungkan undi BN, Barang Naik adalah kenyataan dan bukan lagi satu penipuan. Apa yang lebih parah dalam negara kita ini adalah Malaysia bukan menuju ke arah negara maju, malah menuju kea rah negara kuku besi.

Mengapa saya katakan negara ini sedang menuju kea rah negara kuku besi? Ini kerana kerajaan masa kini tidak lagi mendengar keluhan rakyat. Rakyat mengeluh dengan harga barang mahal sebelum PRU 13 lagi. Kerajaan cakap akan mengkaji, apabila kajian dibuat maka penyelesaiannya naikkan harga minyak selepas PRU 14. Apabila rakyat marah dan bising, maka mereka cakap akan dibuat kajian lagi. Apa yang lebih malang sebagai rakyat Malaysia, harga elektrik di naikkan, GST, harga tambang bas, perkhidmatan awam. Apa yang merunsingkan adalah gaji yang kita perolehi masih ditakok lama. Adakah ini boleh dikatakan sebuah negara demokrasi?
Sebuah negara demokrasi adalah kerajaan yang mengambil berat tentang masalah rakyatnya serta membincangkannya terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Ia tidak hanya buat pilihanraya setiap 5 tahun kali sehari sahaja, malah ia lebih dari itu. Kerajaan perlu mendengar apa yang dikatakan oleh pihak PR. Setiap kalai usul yang dikeluarkan oleh PR, parlimen menolak mentah-mentah. Apabila PR mengusulkan untuk membincangkan kehilangan wang negara, speker menolak mentah mentah..Hendak membincangkan pasal banjir yang dialami oleh rakyat Malaysia pun ditolak mentah. Adakah ini demokrasi?
Sebuah negara demokrasi perlulah mempunyai media yang bersih dan telus. Apa yang kerajaan lakukan mengawal media adalah satu bentuk penindasan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dinafikan haknya. Rakyat berhak tahu apa yang berlaku perkara sebenarnya di negara sendiri. Apabila media melaporkan sesuatu perkara yang menyentuh soal kredibiliti kerajaan, kerajaan menggantung media tersebut. Ini sudah cukup bukti Malaysia menuju sebuah negara kuku besi!!


"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mikidookie
Posted on Saturday, December 21 @ 08:52:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 Awas, jangan kritik isteri PM lagi!
Posted on Saturday, December 21 @ 02:04:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya.

Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya.

Walaupun tiada penjelasan mengenai punca penggantungannya oleh KDN, tetapi penyiaran berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah adalah dipercayai menjadi puncanya.

Najib yang sebelum ini pernah menjanjikan mahu memansuhkan Akta Mesin Cetak dan memberi lebih kebebasan kepada media, ternyata sekali lagi memungkiri janjinya sendiri. Ia tidak jauh bezanya dengan janji mahu mengurangkan kadar tol, meskipun ianya termaktub dalam akujanjinya kepada rakyat semasa pilihanraya lalu.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam laporan mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah yang disiarkan dalam akhbar mingguan itu. Tidak ada unsur fitnah atau tokoh tambah didalamnya.

Ia hanyalah berita ulangan yang sudah banyak kali disiarkan dalam portal berita internet, blog dan laman sosial. Isu ini juga sudah menjadi bualan rakyat, tidak kira di mana. Apa yang luar biasanya ialah The Heat menjadi akhbar atau media cetak bebas yang pertama bertindak berani menyiarkan laporan mengenainya.

Selama ini hanya akhbar milik beberapa parti pembangkang saja yang kerap memainkan isu mengenai perbelanjaan mewah Rosmah ini.

Sebelum ini, walaupun sudah banyak kali isu perbelanjaan keluarga Perdana Menteri dibangkitkan di Parlimen, ia sebenarnya hanyalah menjadi fokus kepada portal-portal berita bebas sahaja, manakala akhbar arus perdana dan media cetaknya lainnya tidak langsung memainkan isu itu atau sekadar menjadikannya berita kaki sahaja.

Tetapi di dunia internet, berita mengenai perbelanjaan mewah dan boros Perdana Menteri, isteri serta keluarganya tidak pernah surut. Satu demi satu berita mengenainya terdedah kepada umum. Dari penggunaan jet eksekutif, pembelian cincin RM24 juta, perbelanjaan majlis pertunangan anaknya, pemilikan pelbagai jenis barang kemas dan beg tangan sehinggalah kepada kekerapannya membeli-belah dan berapa banyak kereta yang digunakan untuk mengangkut barang beliannya di luar negara, semuanya telah terdedah kepada umum.

Dalam hal ini, internet benar-benar telah menjadikan langit terbuka luas dan dunia menjadi tanpa sempadan.

Baru-baru ini lawatan Rosmah ke Qatar dan beberapa negara lainnya dengan menggunakan jet eksekutif kerajaan kembali menjadi isu, di ketika rakyat semakin dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta diminta mengubah gaya hidup.

Tidak cukup dengan Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama tampil mempertahankan isterinya secara terbuka dalam Perhimpunan Agung Umno, Rosmah juga kemudian tampil sendiri mempertahankan dirinya. Beliau tidak saja bercakap mengenainya dalam interbiu dengan sebuah portal berita, Malaysian Gazette yang memang diwujudkan khas untuk menjaga kepentingan Najib dan isterinya, malah Rosmah juga kemudian menuls surat penjelasan panjang lebar untuk menjawab tuduhan-tuduhan terhadapnya.

Kebanyakan portal berita dan blog pro Umno serta kerajaan, didapati telah menyiarkan surat tersebut.

Tindakan Rosmah menulis surat itu bukan saja menunjukkan perubahan sikapnya yang sebelum ini tidak mahu menjawab semua tuduhan terhadapnya, bahkan juga dilihat bermulanya pendekatan agresifnya kepada semua pengkritik dan penentangnya selama ini.

Ramai yang melihat bahawa berikutan kesediaannya menulis surat penjelasan yang panjang lebar itu, jika timbul lagi isu-isu mengenai dirinya, Rosmah akan menjawab sendiri mengenainya dan tidak lagi mengharapkan orang lain membela dirinya.

Namun, dengan apa yang berlaku kepada akhbar The Heat juga menunjukkan bahawa kuasa dalam kerajaan juga mulai digunakan untuk melindunginya. Zahid Hamidi dan KDN kini seperti sedang memberi amaran bahawa jangan ada sesiapa yang berani mengkritik Rosmah lagi.

Dalam masa yang sama, keadaan ini juga memperlihatkan kritikan terhadap Rosmah lebih merupakan kesalahan berbanding kritikan terhadap Najib sendiri. Banyak kritikan yang lebih keras, sama ada melalui melalui media cetak, portal berita, buku, blog dan laman sosial terhadap Najib sebelum ini tetapi tidak pernah KDN mengambil sebarang tindakan.

KDN seolah-olah bersikap toleransi terhadap semua kritikan kepada Perdana Menteri tetapi mulai tidak memberi ruang kepada sesiapa untuk mengkritik Rosmah. Mengkritik Rosmah seolah-olah ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, merosakkan perpaduan kaum dan menyebabkan ekonomi negara merudum. Selepas nasib yang menimpa The Heat ini, mungkin tindakan dalam bentuk yang lain bakal dikenakan pula kepada portal berita, blog, pengendali laman sosial dan penulis buku yang selama ini agak bebas menulis, mengkritik dan mendedahkan apa saja mengenai isteri Perdana Menteri itu.

Walaupun tindakan menggantung permit akhbar ini tidak boleh diterima dan menunjukkan kerajaan sedang mundur ke belakang dalam memberi kebebasan kepada media, tetapi Zahid Hamidi dan KDN sebenarnya sedang memberitahu rakyat Malaysia siapa sebenarnya yang paling berkuasa dan tidak boleh disentuh kedudukannya di negara ini.

Jangan cuba-cuba berani mengusik orang paling berpengaruh itu atau bakal berhadapan tindakan keras daripada kerajaan.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 02:04:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Saya dengar keluhan rakyat, kata Najib
Posted on Saturday, December 21 @ 01:16:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.

"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.

Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 01:16:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Pegawai Agama KDN guna gelaran DR yang tak diluluskan UKM - Dr Asri
Posted on Saturday, December 21 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Dr_Zamihan_Dr_Asri

Apakah maksud tweet terkini yang dibuat Dr Asri Zainal Abidin di atas.

“Bagaimana KDN membiarkan ustaznya itu memakai gelaran DR sedang UKM tidak pernah meluluskannya?”

Umum sedia maklum ustaz yang berada dalam KDN atau Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.

Zamihan yang sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu mengemukakan bukti beliau bukan berfahaman Syiah.

Zamihan yang sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Adakah Dr Zamihan yang Dr Asri maksudkan?

Baca juga : Melihat faraj isteri, penjelasan Dr Asri"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Saturday, December 21 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
 Zamihan cabar shahidan berdebat soal Wahabi. Shahidan Tolak.
Posted on Saturday, December 21 @ 08:34:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menolak cabaran berdebat dengan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari mengenai isu Wahabi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen, membuang masa melayan kerenah pegawai rendah kerajaan seperti  itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hari ini Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing," katanya.
Antara lain Zamihan berkata,  Shahidan tidak layak membincangkan isu Wahabi atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri itu.
Katanya, tindakan bekas menteri besar Perlis itu membela Wahabi membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran itu.
"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di negara ini," katanya.
Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian itu.
sumber
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 08:34:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan