Khamis, 26 Disember 2013

DIDUNIA KITA CARI ORANG...DIDUNIA JUGA BILA TIBA MASANYA....MALAIKATMAUT/IZRAIL CARI KITA....AKHIRAT MUNGKIN MALAIKAT AZAB CARI KITA....

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS  serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok.

Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.

Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami.

"Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya.

Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anggota polis dilapor datang ke kediaman Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che'GuBard (gambar) termasuk kediaman ibu bapanya di Bukit Chedang, Seremban pada tengah malam tadi, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarga che'GuBard, seramai sembilan anggota polis beruniform dan berpakaian preman diketuai Inspektor Zaafar, hadir menaiki dua kereta dan satu van polis.

"Gagal mendapatkan che'GuBard yang ketika ini mempunyai urusan di luar negara, Inspektor Zaafar hanya meninggalkan nota untuk dihubungi.

"Apabila ditanya apakah tujuan kedatangan pihak polis, dan adakah ia berkenaan himpunan protes rakyat 31 Disember di Dataran Merdeka, Inspektor Zaafar tidak pasti tetapi menegaskan ia adalah arahan Bukit Aman untuk 'bertemu' che'GuBard," ujarnya.

Menurut Edy, walaupun pihak polis telah beredar, namun keluarga che'GuBard memaklumkan terdapat kenderaan dengan dua individu tidak dikenali berada tidak jauh dari kawasan rumah beliau.

Edy tidak menolak kemungkinan individu tersebut ialah anggota polis yang dalam usaha mencari che'GuBard.

"che'GuBard yang hanya pulang pada awal pagi esok memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Inspektor Zaafar berdasarkan nota yang ditinggalkan sebaik sahaja tiba di dalam negara.

"Sebagai warga yang baik, che'GuBard akan hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan," katanya.


RASA SAKIT KETIKA SAKARATUL MAUT MENJEMPUT
 

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir, seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: 'Rasakanlah olehm u siksa neraka yang membakar.' (Niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): 'Keluarkanlah nyawamu!'


Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengata kan terhadap Alloh (perkataan) yang tidak benar dan karena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al-An'am : 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Alloh, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
(H.R. Ibnu Abu Dunya).



Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.

Maka bermohonlah ia kepada Alloh Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Alloh Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Alloh".
Salam Malaikat Izrail,
 
"Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nab i Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama,  namun di tolak oleh Malaikat Izrail.

Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. "Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanalloh, (Maha Suci Alloh)"
kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa?"
Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita"
. Ungkap Nabi Idris a.s.

Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram ".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan pikir Nabi Idris a.s.
"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.

"Aku Malaikat Izrail".
Jawab Malaikat Izrail.< /FONT>

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?"
selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak"
Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Alloh, aku sekedar berziarah kepadamu".
Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.

"Aku punya keinginan kepadamu".
Tutur Nabi Idris a.s


"Apa itu? Katakanlah!"
. Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Alloh SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku"
. Pinta Nabi Idris a.s.

"Tanpa seizin Alloh, aku tak dapat melakukannya" , tolak Malaikat Izrail. Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s.

Dengan izin Alloh Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Alloh SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Alloh mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
 
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti".
Jawab Nabi Idris a.s.

" Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAlloh, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita?
Siapkah kita untuk menghadapinya?

:Malaikat Maut menjenguk kita sebanyak 70 kali sehari?::.

☆  بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ  ☆ “

Ramai yang tak menduga saat kematiannya, dan ramai juga yang masih leka dan tidak membuat persediaan di saat kematian. Namun sedarkah kita bahawa Malaikat Maut menjenguk kita sebanyak 70 kali sehari? Seandainya manusia tahu bila waktu dan saatnya malaikat itu datang pasti manusia tidak akan leka dengan kehidupan di dunia.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Namun begitu, masih lagi ramai yang hanyut dengan hiburan di dunia, kemewahan, percintaan dan sebagainya sehingga tidak ada masa untuk mengenang dosa-dosa yang dilakukan. Hal ini demikian kerana kita tidak dapat melihat dan merasakan kehadiran malaikat maut ini secara kasar, dan jika kita dapat merasakannya pasti kita akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan perkara yang lagha (melalaikan) kerana kita bimbang akan kematian yang secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari Allah swt.

Kematian yang baik atau khusnul khatimah ini menjadi impian setiap insan. Segala kesilapan dalam amalan akan diperbaiki bagi menambah bekalan untuk menghadapi alam terakhir setelah diuji di dunia kerana kita terlalu takut akan kematian, takut akan malaikat maut yang menjenguk kita sebanyak 70 kali sehari.

Namun demikian, hal ini tidak mungkin berlaku kepada semua orang kerana tidak ramai yang sedar akan hal ini kerana kita tidak dapat melihat dan merasakan malaikat maut ini secara kasar, mungkin ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui akan hal ini. Namun dek kerana sibuk dengan kehidupan di dunia sehingga terlupa yang malaikat maut ini menjenguk kita sebanyak 70 kali sehari.

Ayuh! sematkan di dalam hati, akal serta fikiran kita bahawa malaikat maut sentiasa memerhatikan gerak langkah kita untuk menarik nyawa kita, bukan sekali sahabat... tetapi sebanyak 70 KALI SEHARI.. Masya'Allah.. =) 

Alangkah ruginya jika kita mati di dalam keadaan yang melalaikan, dan tidak sempat untuk membetulkan kesilapan serta tanpa semoat bertaubat kepada Allah swt. Sesungguhnya mati kita tidak mengenal usia, pangkat dan harta.




Allah berfirman dalam surah Al-A'raf: 34 yang bermaksud: Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat(pula) mencepatkannya. 

Jika IMAN KUKUH di DADA,, Di mana jua pun kita berADA,, Tetap INDAH dipandang MATA..【ツ】 Moga kita sentiasa di dalam RAHMAT & REDHA-NYA..【ツ】



KOTA BHARU: Jalan Dato’ Pati dekat sini yang diisytiharkan sebagai Medan Ilmu oleh kerajaan negeri semakin hidup dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah mingguan agama pada setiap hari Jumaat yang disampaikan bekas Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada masa yang sama ianya juga ‘hidup’ dengan aktiviti perniagaan yang menjadi antara tempat rakyat Kelantan mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

Pelbagai hasil perniagaan diniagakan di situ seperti keperluan dapur, kuih muih, peralatan ibadat, sayur sayuran, pakaian, selipar dan lain-lain lagi.

Salah seorang daripada peniaga yang ditemui Rahimah Dolah, 60, (gambar, kiri) mempunyai pengalaman berniaga dari tahun 2011.

Beliau menjalankan perniagaan di situ pada setiap pagi Jumaat.

“  Majlis Ilmu  yang dianjurkan  kerajaan negeri  ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada saya dan peniaga lain untuk mencari rezeki.

“ Selain berniaga, kami juga dapat mendengar kuliah agama yang di sampaikan tenaga pengajar, terutama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, “ kata Rahimah.

Beliau memperolehi pendapatan bersih RM50  hasil jualan telur itik dan sayur- sayuran.

Beliau menggunakan wang hasil jualan itu untuk membiayai kos perubatan jantung yang berjumlah RM50 setiap kali rawatan saringan sebulan.

“ Dengan wang itu juga  mak cik gunakan untuk kos pengangkutan dari Tumpat ke Kota Bharu,” ulasnya lagi.

Rahimah bagaimanapun mengakui mendapat  sumbangan  daripada kerajaan negeri melalui Skim Bantuan Armalah (ibu tunggal).

Jawahir Abdullah, 75, (gambar, kanan) pula mengakui berniaga di situ dapat memberi pulangan yang agak memberangsangkan walaupun sekali dalam seminggu.

Katanya, kehadiran orang ramai untuk mendengar kuliah memberi harapan yang tinggi untuk peniaga mencari rezeki yang lebih pada hari tersebut.

Beliau yang berniaga ulam-ulaman  sejak berbelas tahun  mengakui berniaga di Dataran Ilmu berbeza dengan berniaga di tempat lain.

Menurutnya, di Dataran Ilmu beliau boleh mendengar kuliah agama selama hampir sejam untuk dua sesi.

“Ketika kuliah agama disampaikan, urusan perniagaan dihentikan seketika dan selepas itu kami sambung semula sehingga jam 11.00 pagi,”ujarnya.

Menurutnya, jika kerajaan Kelantan tidak mengadakan majlis ilmu seperti ini dan ruang niaga tidak disediakan, sudah tentu para peniaga tidak akan berpeluang untuk berniaga di tempat tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di atas ruang yang diberikan.

Peniaga pakaian bayi, Nazirul Raseli, 22, (gambar, kiri) gembira dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah agama.

Selain Medan Ilmu, anak muda ini juga berniaga di Pasar Uptown, Bandar Kota Bharu.

“Saya juga amat menyokong jika kerajaan negeri meneruskan majlis ilmu seperti ini di tempat lain dengan menyediakan ruang niaga yang sama.

“Kelantan memang terkehadapan dalam memberikan contoh yang baik untuk diteladani oleh pihak lain,”ujar Nazirul.

Bagi Mohd Hasif Izuddin Mansor, 18, (gambar, kanan)  berniaga di situ memberi ruang kepada orang ramai mendekatkan diri  dengan ulama di samping mengetahui perkembangan isu semasa.

Menurutnya, dengan kesibukan urusan dunia masyarakat kurang mendapat pendedahan ilmu.

“Tetapi bila hadir pada majlis ilmu ini dapat mengetahui sedikit sebanyak berhubung perkara itu,” ujarnya yang membantu perniagaan bapa.

Mereka memperolehi pendapatan bersih sekitar RM300 dengan menjual pakaian dan peralatan ibadat.

“Selain dapat bergaul dengan orang ramai, pembeli termasuk peniaga lain dapat juga mencari rezeki sekali seminggu sambil mendengar kuliah agama,”ujarnya yang mengakui seronok dengan kemeriahan di situ.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof menyeru Muslimat seluruh negara turun ke himpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Bangladesh, Jumaat, 27 Disember ini.

Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut.

Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan.

Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan.

"Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya.

Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan.

Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.

Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami.
GEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup memuji hubungan diplomatik Malaysia dengan Vatican serta langkah kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM15 juta kepada sekolah mubaligh Kristian di seluruh negara dalam Bajet 2014.
  
Beliau berkata langkah kerajaaan Persekutuan itu akan memanfaatkan banyak rakyat terutama dalam kalangan komuniti Kristian.
  
"Kita perlu bersyukur kita mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang percaya dengan kepelbagaian dan menjunjung prinsip kebebasan beragama," katanya pada Rumah Terbuka Krismas Malaysia di sini semalam.
  
Majlis itu dirasmikan Najib dan turut hadir ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Joseph, yang mewakili komuniti Kristian, berkata perayaan Krismas mempunyai makna mendalam, bukan sekadar kewujudan Santa Claus dan memberi hadiah.
  
Beliau berkata Krismas adalah tentang semangat cintakan Tuhan dan sesama manusia, kegembiraan, keamanan, perasaan muhibah, persefahaman, saling menghormati, perpaduan dalam kepelbagaian dan memperingati mereka yang berkhidmat dan berkorban untuk negara.
  
Sementara itu, Lim berkata Rumah Terbuka Krismas juga membuktikan Perlembagaan Persekutuan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara namun agama lain bebas diamalkan tanpa sekatan dan halangan.
  
"Kita berharap semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, dapat memupuk semangat permuafakatan dan persahabatan, hidup aman dan damai serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya.
  
Beliau turut memuji langkah menganjurkan Rumah Terbuka Krismas di Pulau Pinang kerana ini menunjukkan perhubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan boleh diletak dalam keadaan yang matang, sihat serta membina.

"Kami berasa bangga kerana negeri kami telah dipilih sebagai lokasi untuk sambutan rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan," katanya. - Bernama
BANGKOK: Perdana Menteri Sementara Thailand Yingluck Shinawatra (gambar) mengumumkan satu inisiatif bagi menubuhkan Majlis Reformasi Nasional (NRC) sebelum akhir tahun ini, seperti yang dituntut kumpulan pembangkang.
  
Bagaimanapun, tindakan itu mungkin tidak memuaskan hati kumpulan berkenaan terutama Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) dan pemimpinnya, Suthep Thaugsuban, yang mahukan perubahan dibuat sebelum pilihan raya umum pada 2 Feb 2014.
  
Menurut satu kenyataan, Yingluck berkata NRC bukan satu forum kerajaan dan pembentukannya adalah berdasarkan maklum balas pelbagai forum yang diadakan sejak dua minggu lepas.
  
Beliau berkata jika semua pihak bersetuju, kerajaan hanya akan menubuhkan NRC melalui satu perintah daripada Pejabat Perdana Menteri dan akan disahkan oleh Kabinet bagi memastikan proses itu boleh bermula dengan segera.
  
Yingluck turut menggariskan satu format bagi pembentukan NRC, yang bertujuan menyediakan peruntukan bagi pertukaran perbincangan dan dialog dari setiap sektor.
  
Kerajaan akan menyusun komen dan cadangan untuk penambahbaikan dan pengeluaran arahan (bagi tujuan pembentukan) sebelum akhir tahun ini, katanya.

Beliau berkata pemilihan anggota NRC akan bermula dengan pengambilan 2,000 wakil dari pelbagai profesion yang akan memilih 499 anggota majlis itu.
  
Kelayakan, kriteria, kaedah aplikasi, pengambilan dan pelantikan wakil kumpulan profesional selain pemilihan anggota NRC akan ditentukan panel 11 anggota sebuah suruhanjaya, katanya.
  
Yingluck juga berkata antara tanggungjawab NRC ialah mengkaji dan menyediakan cadangan untuk meminda Perlembagaan, yang mungkin melibatkan penyediaan draf pindaan; mengkaji dan menyediakan cadangan untuk penstrukturan semula ekonomi dan sosial negara serta mengkaji dan menyediakan cadangan berhubung penglibatan rakyat dalam pentadbiran awam.
  
Anggota NRC juga bertanggungjawab mengkaji dan menyediakan cadangan untuk pindaan atau pembatalan undang-undang, kaedah, peraturan atau perintah bagi memastikan keadilan dan ketelusan pilihan raya di setiap peringkat, pemilihan dan pelantikan seseorang untuk mengisi pelbagai jawatan, penggunaan kuasa kerajaan serta pemeriksaan terhadap penggunaan kuasa berkenaan.

Satu lagi tugas ialah mengkaji dan menyediakan cadangan bagi menyekat dan membanteras rasuah dan salah laku dalam agensi awam, sama ada oleh pegawai politik atau pegawai tetap. - Bernama


PANTAI MERDEKA: Hari ini, genap sembilan tahun bencana tsunami melanda rantau ini dan tragedi itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung di sekitar Kota Kuala Muda di sini, malah kesannya juga masih jelas kelihatan sehingga sekarang.
  
Tinjauan Bernama di sini mendapati bencana itu membawa banyak perubahan terhadap penempatan dan corak kehidupan penduduk setempat. Penduduk mangsa tsunami mendirikan rumah lebih jauh dari pesisir pantai.
  
Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami dikelilingi pagar dibina khas pihak berkuasa tempatan (PBT).
  
Seorang penduduk Kampung Tepi Sungai, Mansor Morad, 66, berkata rumahnya yang terletak berhampiran pantai juga tidak terlepas daripada dibadai ombak tsunami, namun dia bersyukur kerana rumahnya tidak musnah sepenuhnya.
  
Mengimbas kembali tragedi itu, Mansor berkata dia bersama keluarganya serta jiran berkumpul di atas tembok batu untuk melihat fenomena aneh di pantai itu selepas mereka mendengar bunyi kuat seperti angin kapal terbang datang dari arah laut.

"Laut bukanlah asing bagi nelayan seperti saya namun kejadian itu membuatkan bulu roma saya 'terpacak'. Ombak pertama datang terlalu cepat menyebabkan kami lari lintang-pukang, datang pula ombak kedua yang lebih tinggi memusnahkan banyak rumah dan menyebabkan lebih 10 orang penduduk di kampung ini maut.
  
"Ketika itu kami hanya fikir untuk menyelamatkan diri, mujurlah sebelum itu saya tergerak hati untuk menyimpan dokumen penting di dalam poket baju Melayu yang disangkut di tingkat atas rumah. Barang dan peralatan di tingkat bawah memang musnah semua," katanya.
  
Sementara itu, peniaga kedai makan, Akmal Marzuki, 28, berkata sewaktu tsunami 2004 melanda, dia yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Langkawi, pulang ke kampung untuk cuti semester.
  
"Kebetulan hari itu, kedua ibu bapa pergi ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tinggal saya dan adik, Mohd Noor Azmeer (21 tahun) di rumah.
  
Semasa kejadian itu, pukul 1 tengah hari saya berada di rumah kenduri dan selepas ombak pertama membadai, saya bergegas pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan adik saya.
  
"Rupanya dia berada di pekan dan sejurus selepas saya meninggalkan rumah, ombak kedua datang dan rumah kedai kami musnah dihanyutkan air berlumpur. Tidak ada apa yang sempat diselamatkan.
  
Hanya peti ais sahaja yang ditemui semula dan masih digunakan sehingga kini," katanya yang mendirikan semula kedai di lokasi sama tidak lama selepas kejadian itu.

Bagi Yusoff Yahya, 72, dari Kampung Masjid pula, dia trauma setelah hampir dihanyutkan ombak tsunami namun bersyukur kerana usianya masih panjang dan terselamat daripada musibah kerana sempat berpaut pada pohon mempelam berhampiran rumahnya.
  
"Dua lagi saudara turut berpaut pada saya ketika itu, saya peluk pokok itu dengan kuat agar tidak terlepas. Rumah saya tidak terjejas teruk namun peristiwa itu akan saya kenang sampai bila-bila. Seminggu kami tidak dapat tidur lena.
  
"Namun kini saya gembira kerana banyak perubahan dilakukan dari segi keselamatan termasuk sistem penggera yang dipasang untuk memberi amaran tsunami kepada penduduk," katanya.
  
Yusoff berkata pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan cuaca malah banjir teruk juga tidak pernah terjadi, namun peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya dan berharap ia tidak berulang.  - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan