Jumaat, 20 Disember 2013

BILA KITA JADI PEGUAM BELA DAN HAKIM SEKALI....APA YANG KITA BUAT KITA RASA BETUL BELAKA...KITA MENOLAK TEGURAN....IA MUNGKIN MEMPERINGATKAN....MUNGKIN JUGA DARI ALLAH TAPI DATANG NASIHAT/TEGURAN ITU KELUAR MULUT MANUSIA....KITA NI SEMUA BUKAN SEMPURNA....LEBIH2 HUJAH KITA BUAT TIADA DAPAT DIPERKUKUH DENGAN QURAN DAN HADIS...PAYAH JUGA SYOK SENDIRI NI...TAK MENGAKU KITA JUGA KADANG2 SILAP JUGA....IMAM GHAZALI PUN TERANGKAP...HINGGA IA MENGHASILKAN IHYA ULUMUDDIN...INGAT...YANG MEMAHAMI SEGALA ILMU IALAH ALLAH....BUKAN DATANG DARI KEHEBATAN DIRI KITA


Orang politik boleh, 'The Heat' dilarang?

ULASAN Dari dulu-dulu lagi, saya memang tidak pernah faham perkara ini: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?

Orang politik dibenarkan tubuh cawangan parti sampai ke ceruk-ceruk pedalaman, dibiarkan memaki kerajaan sepuas-puas hati dan diraikan di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.

Kenapa wartawan tidak diberikan layanan seumpama itu? Kenapa mereka tidak boleh menubuhkan syarikat media dan mengedarkan akhbar mereka di merata-rata tempat?

Apa istimewanya ahli politik pembangkang berbanding wartawan kritis sehingga satu duduk di kelas atas, sementara satu lagi harus terjerembab jadi warga kelas bawah?

Apakah kerana orang politik kerjanya hanya bercakap, sementara wartawan sepanjang masa hanya menulis, maka harus didiskriminasikan?

Apakah kerana ahli politik asyik berdiri di pentas ceramah, manakala wartawan sepanjang waktu di meja tulis, maka kami harus dianaktirikan?

Penggantungan The Heat, yang baru setahun jagung, menjadi contoh paling klasik.

Akhbar mingguan itu hanya memuatkan kupasan-kupasan isu perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor yang telah dibahaskan di Parlimen.

Isu-isu ini pula telah dilaporkan dengan meluas oleh beberapa portal terkenal, seperti Malaysiakini, dan ia juga tersebar merata-rata di segenap ceruk media sosial.

Ahli-ahli Dewan Rakyat memperkatakannya dengan meluas, sama ada yang mengkritik atau yang membela Najib Abdul Razak dan perdana menterinya (maaf, isterinya, maksud saya).

Saya fikir, pada waktu itu, setidak-tidaknya beratus-ratus ribu pembaca dan penyokong parti politik sudah mengikuti perkembangan tersebut.

Namun, apabila semua ini dikumpul dan diolah semula oleh The Heat, isu-isu itu dijadikan masalah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kementerian tiba-tiba mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan tersebut. Belum apa-apa, seminggu kemudian, tersebar berita The Heat digantung permitnya tidak bertali, suspended indefinitely.

Sedangkan kita tahu akhbar mingguan, berbahasa Inggeris pula, selalunya tidak meluas edarannya, seperti Off The Edge (yang tidak lagi beroperasi). Apatah lagi ia baru muncul beberapa bulan lalu.

Jika ada pembacanya, tentulah terkhusus di bandar dan di kalangan kelas terpelajar -- mereka yang sudah mengetahui isu-isu ini melalui portal-portal berita dan sindiran-sindiran kecil di media sosial.

Berbanding Harian Metro atau Harakah, jumlah edaran serta pengaruh The Heat buat masa ini seumpama terlekat di celah-celah gigi dua akhbar Melayu berpengaruh itu.

Jika The Heat mempunyai dampak seumpama Harakah, saya boleh faham (walau tidak mungkin bersetuju) kenapa ia digantung permit penerbitannya. Tetapi kenapa The Heat?

Pembacanya hanya di kota besar, di kalangan kelas menengah berbahasa Inggeris dan juga, mungkin, mereka yang sudah menyokong pembangkang dalam pilihan raya Mei lalu.

Justeru, untuk apa lagi KDN mahu menyekat akhbar mentah, setahun jagung ini, sedangkan tiada untung politik yang besar diperolehinya?

Malah, tindakannya itu akan menunjukkan kerajaan bawah pimpinan Najib sangat gasar sifatnya, tidak bertamadun sama sekali.

Perdana menteri perlu diingatkan semula keganasan pada peserta-peserta BERSIH dan bagaimana tindakan KDN yang bebal itu memadamkan beberapa baris laporan majalah mingguan tersohor, The Economist.

Atas tindakan tersebut, imej negara tercalar; sedang pembaca masih senang-senang akses edisi lengkap laporan mingguan niaga itu di Internet (yang cuba dipadamkan oleh KDN).

Perdana menteri akhirnya mengakui bahawa tindakan kementerian tidak berjaya memadamkan maklumat The Economist.

Malah, tindakan memadamkannya mendorong laporan itu tersebar lebih meluas dan menarik perhatian lebih ramai pembaca.

Susulan kegagalan KDN yang memalukan itu, sebagai damage control, Najib mengumumkan transformasinya dalam bidang media.

Kerajaan meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dengan melupuskan syarat wajib memperbaharui permit penerbitan setahun sekali.

Hari ini, akhbar dan majalah tidak perlu bersusah payah melayan karenah pegawai-pegawai KDN setiap tahun. Selepas mendapat permit, editor terus menerbit dan mengedarkan media masing-masing.

Atas transformasinya itu, penyokong Najib menyifatkan beliau seorang tokoh yang serius ingin mereformasikan negara dengan membuang saki-baki kawalan media yang diperketatkan sewaktu era Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi rupa-rupanya tidak. Najib tidak serius dengan transformasinya. Beliau hanya ingin memancing undi.

Sebelum pilihan raya umum, perdana menteri inginkan citra sebagai reformis bangsa yang susah payah cuba memenuhi hasrat kita semua.

Selepas pilihan raya, citra reformisnya boleh ditanggalkan seperti mengganti baju. Beliau tidak tekal dengan transformasinya.

Selepas pilihan raya umum, citra reformisnya sudah tidak penting lagi. Lagipun, Najib sudah menang, Umno mendapat lebih banyak kerusi.

Transformasinya kini bertukar 'transforosmah'! Akibat transforosmah itu, maka tergantunglah The Heat dalam sejarah persuratkhabaran kita.

Saya kini sangat-sangat faham apa ertinya transformasi. Yang saya masih belum faham: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?


FATHI ARIS OMAR pernah terlibat mendirikan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) sewaktu KDN mengharamkan mingguan Eksklusif dan majalah Detik selepas pilihan raya umum 1999. Beliau kini seorang editor di Malaysiakini.com
K'jaan: Potong subsidi baik untuk rakyat
2:18PM Dis 19 2013
Langkah kerajaan menaikkan pelbagai kadar, sekali gus mengurangkan subsidi, mungkin tidak popular, tetapi ia baik untuk ekonomi dan "baik untuk rakyat", kata jurucakap kerajaan.

"Untuk mempertahankan ekonomi kukuh Malaysia, kita perlu menjadikan perbelanjaan kita terkawal. Ini bermaksud menaikkan beberapa kadar dan memotong beberapa subsidi...

NONE"Sesetengah langkahnya mungkin tidak popular tetapi dalam tempoh sederhana ia baik untuk untuk ekonomi dan juga baik untuk rakyat," kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan hari ini.

Langkah itu juga perlu bagi mengekalkan kedatangan pelabur dan membantu Malaysia pertumbuhan kukuh dalam bidang pekerjaan dan pendapatan sejak empat tahun lepas.

Penggal kedua pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan kenaikan petrol dua kali tahun ini, diikuti dengan harga gula.

Tarif elektrik, kadar kos pengangkutan awam dan tol di 15 lebuh raya pula dilaporkan meningkat tahun depan.

Cukai barangan dan perkhidmatan pula akan diperkenalkan pada 2015.
BNBBC: Turun harga tol, jangan naikkan
3:56PM Dis 19 2013
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Shahrir Samad berkata kerajaan perlu memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 untuk menurunkan harga tol sekitar Lembah Kelang secara berperingkat-peringkat.

Shahrir yang dipetik dalam laporan The Star menyebut, kerajaan perlu memenuhi janji tersebut dan tidak membiarkan pemegang konsesi menaikkan kadar tol berkenaan.

“Perkara utama di sini, manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan sebab ini BNBCC berharap tidak akan berlaku apa-apa peningkatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Manifesto itu antara lainnya menggariskan akujanji secara khusus untuk mengurangkan kadar tol dalam kawasan tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun akan datang, kata MP Johor Bahru itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata BNBBC masih belum menyatakan sikap mereka ke atas kenaikan berkenaan kerana kerajaan masih belum mengesahkan perkara itu, lapor The Star lagi.

“Isu ini masih sedang dibincangkan oleh kerajaan dan melihat pada keadaan sekarang, anggota kita yang terdiri dari MP dari pelbagai kawasan tidak kesemuanya memegang pendirian sama dalam perkara ini kerana bukan kesemuanya ada jalan bertol di kawasan masing-masing,” katanya.

Tambahnya, MP yang mewakili kawasan sekitar Lembah Kelang dan kawasan bandar utama lebih terjejas dengan kenaikan harga tol.

MP yang menentang kenaikan harga tol itu berpendapat demikian kerana isu pengurangan harga tol menjadi modal untuk menarik sokongan pengundi dalam pilihan raya, jelasnya lagi.

“Bagaimanapun, kita tahu bahawa langkah untuk tidak menaikkan harga tol bermaksud bahawa terdapat kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan,” katanya lagi.

Laporan sebelum ini menyebut, kerajaan dijangka akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Ezam selar jalan mudah naikkan tarif elektrik
1:34PM Dis 19 2013
Senator Ezam Mohd Noor hari ini menyelar penggubal dasar dalam kerajaan yang menurutnya mengambil langkah mudah menaikkan tarif elektrik untuk menyelesaikan "masalah mereka" tetapi membebankan rakyat.

Katanya, sebuah kerajaan transformasi - seperti diperkenalkan perdana menteri - seharusnya lebih tangkas menangani masalah di samping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan.

NONE"Kerajaan transformasi yang bercirikan negara maju mesti lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah, bukan dengan jalan mudah menaikkan tarif dan minta rakyat tanggung beban," kata Ezam (kanan).

Menteri tenaga Datuk Seri Maximus Ongkili pada 2 Disember lalu mengumumkan, tarif elektrik di semenanjung dinaikkan 14.89 peratus (4.99sen) setiap kilowatt, menjadikan harga baru 38.53sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus (5 sen) daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj berkuat kuasa 1 Januari 2014,

Langkah itu mengundang kemarahan awam kerana ia selari dengan pelbagai peningkatan lain seperti gula dan tol.

Dalam kenyataannya hari ini, Ezam berkata, kerajaan  sepatutnya menumpukan usaha membanteras ketirisan, rasuah dan rundingan perjanjian berat sebelah yang terlalu menguntungkan golongan korporat.

Ezam juga berkata, sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau juga pembasmian gejala itu menjadi tumpuan utama.

"Ia rumit berbanding keputusan naikkan harga tarif. Tetapi itulah tanggungjawab kerajaan yang menggelar dirinya kerajaan transformasi," katanya.

Amaran MCA: Hati-hati berucap, Umno
12:26PM Dis 19 2013
Pemuda MCA hari ini mengingatkan pemimpin Umno, rakan mereka dalam komponen BN, supaya lebih berhati-hari mengeluarkan ucapan atau idea supaya tidak terarah kepada sikap ekstremisme.

Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata, jika Umno mengetepikan perjuangan untuk semua kaum ekoran kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya, ia hanya akan memburukkan keadaan.

"Saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN dan undi-undi kaum bukan Melayu juga akan turut hilang," katanya.

Berucap dalam kongres Pemuda MCA di ibu negara hari ini, Wee berkata, keadaan itu juga jika berlaku akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.
Akaun FB gambar gadis ghairah
  • Akaun FB gambar gadis ghairah  Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
1 / 1
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.
Mahfuz: Manifesto BN terbukti cakap kosong
  • Mahfuz Omar Mahfuz Omar
1 / 1
SHAH ALAM – Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran  supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.

“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka.” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, isu siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.

“Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat.” katanya

Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.

CONTOH SIFAT YANG WAJAR DI IKUTI OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN!!! ..BERTANGGUNG JAWAB DAN AKUI KESILAPAN!!!!


Ini baru dinamakan pemimpin atau ketua yang berjiwa besar dan bertanggung jawab ... akui akan kesilapan sendiri dan mohon supaya beliau dipertanggung jawabkan .Jurulatih pasukan bolasepak negara ke Sukan Sea 27 Myanmar Dato' Ong Kim Swee secara terbuka beliau dipersalahkan dan harus dipertanggung jawabkan akibat pasukan negara tumpas di tangan pasukan Indonesi malam tadi di perlawanan separuh akhir.

Tidak mahu persalahkan anak-anak buahnya, pengadil perlawanan, keadaan padang, suasana stadium dan sebagainya demi menutup kesilapan sendiri.

Sepatutnya gelagat dan sifat sebegini wajib ada pada setiap pemimpin UMNO/BN yang asyik menyalahkan pihak lain sambil menunding jari dan enggan mengakui kesilapan diri sendiri.

Kepada Dato' Ong Kim Swee ... Anda adalah ketua yang hebat berjiwa besar bukannya bangsat berkepala besar macam pemimpin-pemimpin UMNO/BN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan