Sabtu, 14 Disember 2013

BERANG DIDUNIA JE....AKHIRAT TAK TAHU LAH....YANG INGKAR...PUCAT LESI....MENGIGIL2...MENGELETAR DAN MACAM2 LAGI....NAK BERANG APA DIHADAPAN ALLAH...BAB RASUAH ORANG KAMPUNG PUN DAH TAHU...DAH MASAK...HINGGA KATANYA KALAU TUKAR KERAJAAN PUN SAMA...KITA CUBA TUKAR...KITA TENGOK CAMNE...TENGOK NEGERI KELANTAN OK TAK....ATAU KARAOKE

Kenyataan Media Bersama
14 Disember 2013

PEMBUNUHAN ABDUL QADER OLEH REGIM HASINA DIKUTUK

Kami mengutuk dengan keras pembunuhan Penolong Setiausaha Agong Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Qader Mulla oleh kerajaan Awami League Bangladesh.

Kami berdiri teguh dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh yang dilaksanakan dua hari yang lalu adalah suatu pembunuhan kejam, zalim dan suatu keputusan oleh sebuah sistem kehakiman Bangladesh yang bersifat kriminal.

Kematian Abdul Qader tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam diseluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah dibawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Mahkamah yang membicara beliau dan beberapa pemimpin Jamaat Islami lagi telah pun dipersoal oleh organisasi hak manusia antarabangsa, kerajaan dunia dan juga PBB.

Abdul Qader telah dihukum dan menjalani hukuman mati oleh hakim yang paling korup dibawah telunjuk dan arahan pemimpin parti Awami League.

Kami menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Abdul Qader dan syahidnya beliau akan mencetuskan kebangkitan dikalangan golongan muda untuk menentang kerajaan tirani Awami League.

Kami mengutuk kerajaan dibawah Awami League yang dipimpin oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina yang telah mengwujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bertujuan untuk menghapuskan musuh politik Hasina, iaitu Jamaat Islami.

Tribunal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa. Inilah yang menyebabkan kumpulan hak manusia, PBB dan para ahli perundangan antarabangsa mempersoalkan pembicaraan ke atas pemimpin Jamaat Islami.

Tujuan utama Tribunal tersebut adalah untuk kerajaan yang sedia ada mempertahankan kuasa dan menghapuskan musuh politik terutama Jamaat Islami dengan cara mengembleng golongan sekular, hakim dan pemimpin-pemimpin Awami League agar menangkap dan membicara pemimpin Jamaat Islami.

Keputusan menjatuhkan hukum bunuh ke atas Abdul Qader jelas adalah keputusan yang diarah oleh Syekh Hasina.

Jamaat Islami dilabel sebagai parti anti liberal dan sebuah organisasi penjenayah.

Ia adalah sebuah keputusan yang samasekali tidak masuk akal kerana ia menafikan hakikat sejarah. Jamaat Islami yang telah melibatkan diri dalam pilihanraya sejak 1986 dalam pilihanraya Bangladesh secara sah telah diterima oleh sistem negara itu dan ada pemimpinnya yang telah menang dan menjadi Ahli Parlimen Bangladesh. Jadi bagaimana ia boleh dituduh organisasi penjenayah ?

Hujah hakim jelas adalah direka-reka, manakala keputusan sudah pun ditetapkan untuk menghapuskan Jamaat.

Kami yakin pembicaraan tersebut hanyalah sebuah konspirasi politik antara kerajaan, hakim dan kelompok elit sekular untuk melaksanakan hukum bunuh tersebut. Malah konspirasi itu didedahkan dalam majalah The Economist yang merakam perbualan antara hakim dan seorang musuh Jamaat Islam Dr Ahmad Ziauddin yang menetap di Belgium.

Arahan Perdana Menteri Sheikh Hasina “…no one will be able to stop the trial of war criminals. They will be executed on this soil” (The Daily Star, 3 March 2013). Abdul Qader adalah mangsa pertama dari arahan Hasina.

Kami melihat kerajaan Bangladesh yang ada sekarang bukan lagi sebuah kerajaan yang kredibel untuk memerintah kerana dengan ujudnya sebuah sistem kehakiman yang korup, negara itu tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti di mata dunia dan ia jelas sedang menuju ke arah sebuah negara yang gagal.

Tindakan kerajaan Bangladesh ini akan mengakibatkan rantau ini bakal menghadapi ketegangan yang akan mempunyai implikasi yang serius terhadap kestabilan dan sekuriti kawasan ini.

Kami menuntut PBB campurtangan sebelum terlambat dan menghentikan tindakan mahkamah Bangladesh yang akan meneruskan keputusan menjatuhkan hukuman mati keatas beberapa pemimpin Jamaat dan juga pemimpin BNP . Kerajaan Bangladesh tidak boleh dibiarkan meneruskan hukuman bunuh keatas musuh politik Hasinadengan mengguna Tribunal yang penuh kepalsuan itu.

Kami mengesa semua pemimpin dunia untuk menuntut regim Hasina menghentikan pembicaraan ini dan tidak meneruskan melaksanakan hukuman bunuh yang dijatuhkan keatas pemimpin-pemimpin Jamaat Islami.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Abdul Ghani Samsuddin
Pengerusi SHURA

Zulkifli Ibrahim
Timbalan Pengerusi JAMA'IY Perak

Wan Tarmizi Abdul Aziz
Timbalan Presiden TERAS

Datin Aminah Zakaria
YDP SALIMAH

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

“Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN,” ujarnya.

Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh.

“Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya,” katanya.

Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu.

“Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' Umno BN terhadap kantung rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.

“Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan Umno BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!” katanya.

Justeru, katanya sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan digembleng bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat Umno BN akan terus mendapat tekanan.

“Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.

“Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini,” katanya.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini, Jumaat malam.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. - Bernama

KENYATAAN KETUA SYIAH KEDAH YANG AMAT MENGECEWAKAN UMNO .... MENGESAHKAN BAHAWA MAT SABU BUKAN PENGANUT SYIAH !!!!


Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN.
Baca lagi
GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bermula 9 Dis lepas, hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dengan meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan dua pindaan enakmen.
       
Rang undang-undang Perbekalan 2014 itu memperuntukkan RM962.20 juta merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Jumlah itu turut mengambil kira RM120 juta untuk caruman kepada Kumpulan Pembangunan Negeri.
       
Turut diluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) (Saraan), 1980, bertujuan menambah jumlah faedah kena bayar bagi kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri kepada RM300,000, Ketua Menteri (RM1.875 juta) manakala speaker DUN dan ahli majlis mesyuarat negeri (RM1.25 juta).
       
Pindaan Enakmen Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pulau Pinang bertujuan membantu kerajaan negeri menyelenggara jalan-jalan negeri. - Bernama
GEORGE TOWN:  Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sekali lagi menyaksikan pertikaman lidah antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (gambar).
       
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
       
Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita.
       
"Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim.
       
Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

"Dari segi per kapita macam mana kita boleh tandingi China, India, dan Mexico sebab penduduk (Malaysia) tak ramai, tapi top ten (10 teratas). Malaysia apapun tak ada jaguh, tapi jaguh rasuah," kata Lim lagi.
       
(Laporan GFI itu menyenaraikan China di kedudukan pertama, diikuti Rusia, Mexico, Malaysia dan India).
       
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendorong Jahara bangun mencelah dan mempertikaikan tindakan Lim mengaitkan perkara tersebut dengan BN.
       
Ini kerana katanya GFI menyenaraikan tiga faktor utama sebagai penyumbang aliran keluar wang haram iaitu aktiviti jenayah, lari dari cukai dan rasuah.
       
"Mengapa nak bebankan perkara seperti ini ke atas bahu BN, walhal kebanyakannya  berlaku mungkin berkaitan dengan jenayah komersial, berlaku adil lah ketika menuduh," kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Tawar itu.- Bernama
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu secara umumnya hampir pulih sepenuhnya setakat 5 petang ini, manakala jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit berbanding pagi tadi.
       
Di KUALA TERENGGANU, hanya 40 orang daripada 12 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan banjir yang masih dibuka petang ini, berbanding 784 orang (190 keluarga) melibatkan 10 pusat pemindahan pada sebelah pagi.
 
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), keadaan di daerah Kemaman yang dilanda banjir telah pulih seperti sedia kala dengan baki 349 mangsa (80 keluarga) di lima pusat pemindahan pagi tadi, telahpun dibenarkan pulang.
       
Serentak itu, semua pusat pemindahan di daerah Kemaman telah ditutup hari ini.
       
Dua daerah yang masih terjejas ialah Dungun dan Marang, dengan hanya 18 mangsa (empat keluarga) di dua pusat pemindahan di Dungun dan 22 mangsa (lapan keluarga) di Marang.

Cuaca di Terengganu hari ini cerah, sementara paras air di sungai-sungai utama di negeri itu dilaporkan berada dalam keadaan biasa petang ini.
       
Di KUANTAN, walaupun kesemua pusat pemindahan di daerah Rompin dan Temerloh yang terjejas banjir telah ditutup, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 5,515 berbanding 5,498 yang direkodkan pagi tadi.
       
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,391 keluarga itu ditempatkan di 57 pusat pemindahan.
         
Daerah Pekan menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 3,992 berbanding 3,879 orang pagi tadi di 39 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (736 orang di empat pusat pemindahan), Maran (724 di 12 pusat) dan Bera (63 di dua pusat). - Bernama
PUTRAJAYA:  Selepas 38 tahun menunggu, seorang bapa berusia 83 tahun mampu tersenyum kerana dapat melihat dua anaknya menerima taraf kewarganegaraan Malaysia selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka hari ini.
       
Panel tiga hakim diketuai Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengeluarkan perintah mandamus bagi memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi sijil kelahiran, taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Mykad kepada R.Thirupathi, 38, dan R.Meena, 36.
       
Dalam penghakimannya, beliau berkata JPN mempunyai kewajipan mengeluarkan ketiga-tiga dokumen kepada Thirupathi dan Meena kerana mereka sudah mengambil semua langkah yang wajar untuk memohon taraf kewarganegaraan.
       
Alizatul berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila hanya membatalkan perintah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak meluluskan permohonan mereka namun tidak mengeluarkan perintah mandamus bagi memaksa JPN memberi dokumen berkaitan kepada kedua-dua beradik.
       
"Ini merupakan satu kes yang wajar diberi perintah mandamus," katanya ketika membenarkan rayuan M.Ramanoojum dan dua anaknya.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, memerintahkan responden membayar RM10,000 sebagai kos kepada Ramanoojum dan anak-anaknya.
       
Ramanoojum, seorang warganegara Malaysia, berkahwin dengan N.Pushpam, seorang warganegara India, di negara berkenaan pada 13 Sept 1960.
       
Anak pasangan itu, Thirupathi dan Meena, lahir di India dan menetap di negara berkenaan. Pushpam kemudian memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia pada 1972 dan meninggal dunia pada 28 Mac 2005.
       
Di luar mahkamah, Ramanoojum yang menetap di Melaka Street, Pulau Pinang berkata beliau ingin melihat kedua-dua anaknya di Malaysia sebelum menutup mata.
       
Ramanoojum memfailkan semakan kehakiman pada 1 Nov 2011 memohon kedua-dua anaknya diberi taraf kewarganegaraan kerana mahu mereka menjaganya selepas beliau bersara daripada pasukan polis.
Beliau menamakan Ketua Setiausaha KDN, Ketua Pengarah JPN dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
       
KDN menolak permohonan itu atas alasan Thirupathi dan Meena adalah warganegara India serta tidak tinggal di Malaysia.
       
Pada 5 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan perintah KDN dan menolak permohonan Ramanoojum bagi mendapatkan perintah mandamus untuk memaksa JPN mendaftarkan anak-anaknya.
       
Terdahulu, peguam M.Manoharan berhujah kerajaan tidak boleh menafikan pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada Thirupathi dan Meena kerana mereka sudah memenuhi syarat di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa jika bapa adalah seorang warganegara Malaysia, anak-anaknya yang dilahirkan di luar Malaysia juga dianggap sebagai warganegara.
       
Di luar mahkamah, Manoharan berkata meskipun Thirupathi dan Meena adalah warganegara India, mereka ingin ke Malaysia untuk bersama-sama bapa mereka. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan