Rabu, 25 Disember 2013

APA YANG NAK JADI...JADI APA YANG ADA SEKARANG LAH

KUALA LUMPUR: Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang.

"Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.

"Sebab itu ada di kalangan (ahli) BN pun yang minta supaya kerajaan jangan naikkan tol kerana mereka tahu pertama itu janji dan kedua itu memang antara yang dibicarakan di mana-mana di kalangan rakyat biasa," kata beliau ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Beliau juga berkata, kenaikan kos sara hidup menjadi faktor penting yang menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.

"Dapatan ini membuktikan bahawa kenaikan harga tiga perkara iaitu harga barang, minyak dan tarif elektrik memang perkara yang menjadi keutamaan di kalangan rakyat.

"Kajian semasa sebelum dan semasa PRU dahulu, isu kos sara hidup dan jenayah hampir sama tapi nampaknya dapatan kali ini menunjukkan kos sara hidup mengatasi kes jenayah, maknanya kos sara hidup akan menentukan sokongan. Ini sangat jelas," katanya yang juga Felo Penyelidik Jemputan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Pengarah UMcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sewaktu membentangkan kajian hasil Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU Ke-13 sebelum itu berkata, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik menjadi tiga isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.

Saifuddin juga berkata, beliau memahami hasrat rakyat yang ingin mengadakan himpunan aman pada 31 Disember ini sebagai tanda protes terhadap kenaikan kos sara hidup.

"Kita harus memberi penegasan sesiapa sahaja boleh berhimpun asal dibuat secara aman.

"Saya dapat memahami kenapa ada cadangan mereka, namun demikian saya juga menaruh harapan yang kerajaan akan menjelaskan isu kenaikan harga barang ini dengan secepat mungkin," katanya.

Telatah dan sikap segelintir pemimpin tanah air kita amat menarik dan mencuit hati saya. Mungkin anda dan kebanyakan rakyat turut merasa sama seperti saya. Tidak kurang juga ada yang keluh kesah dan merintih tidak senang dengan sikap mereka ini. Lebih teruk lagi ada yang mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya saya tulis di sini.

Semua reaksi ini disebabkan perangai dan sikap Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri (PM) dan menteri-menterinya dalam menangani masalah kos sara hidup meningkat dengan mendadak.

Kebanyakan rakyat dah mual tahap kritikal dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Sewaktu Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, pelbagai janji manis ditabur sehinggakan mempersona mata melihat, enak pula telinga mendengarnya dan bertuahlah rakyat kalau-kalau dapat merasakan apa yang dijanjikan mereka. Realitinya janji hanyalah janji, sekadar pemanis mulut bila berkata-kata.

Kita menyaksikan begitu mudah najib dan menteri-menterinya mengumumkan projek sana-sini, meluluskan peruntukan segera berjuta-juta ringgit dan melakar hebat manifesto yang mereka namakan Akujanji BN. Selepas PRU13, projek entah ke mana, manifesto pun entah ke mana.

Teras pertama dalam manifesto BN ialah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat. Dengan siri pengumuman ’rasionalisasi subsidi’ yang dibuat oleh Najib dan menteri-menterinya, maka rakyat mula bertanya kemana perginya janji ini? Apa yang melucukan, Najib dan pak menteri hanya memberi jawapan spontan yang tak terfikir oleh akal waras kita.

Bila Najib mahu memujuk rakyat supaya menerima Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang akan dilaksanakan April 2015, beliau berkata : “Usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak dikenakan kepada garam, kacang dhal, ikan masin, cencalok, budu dan belacan”.

Sebenarnya pemikiran Najib terbalik kerana kita sekali-kali tak akan risau jika benda-benda yang disebutkan olehnya ini dikenakan GST. Apa yang kita risau ialah bila barang-barang keperluan dikenakan GST.

Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan berkaitan rungutan harga tol akan dinaikkan pada tahun hadapan, beliau berkata: "Pengguna boleh guna jalan biasa jika mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi”.

Saya hairan Abdul Wahid boleh memberi cadangan yang begitu tidak masuk akal. Apakah beliau fikir tol-tol yang perlu dibayar oleh rakyat setiap hari letaknya di dalam hutan? 

Manakala Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula memberi formula kepada rakyat bagi mengatasi kenaikan harga ayam dengan berkata: “Kalau tengok harga (ayam) naik, jangan beli ayam tapi beli daging”.

Banyak lagi kenyataan-kenyataan semberono menteri-menteri BN yang lawak dan tidak patut keluar dari mulut seorang menteri. “Bila harga gula naik, rakyat tidak berisiko tinggi terkena penyakit kencing manis”. “Rakyat dinasihatkan jangan makan gula untuk hidup lebih lama”.

Terbaru, Najib selaku Perdana Menteri mengumumkan : “Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat tahun depan”. Idea ini dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin. Sepertinya makmal ini akan menyelesaikan masalah bebanan rakyat yang mereka timbulkan. Tidakkah PM mengkaji semasak mungkin terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa tindakan? Kalaulah ini tahap mentaliti menteri-menteri kita, sesiapa pun layak menjadi menteri.

Bagi saya Najib dan menteri-menteri ini boleh diberikan anugerah khas diatas kecekapan mereka menjawab dan menepis isu-isu yang timbul. Agaknya apakah cadangan nama anugerah dan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka sebagai tanda betapa bertuahnya kita mempunyai menteri-menteri yang agak cerdik ini? Pohon cadangan untuk diketengahkan kepada Najib.


GOMBAK: Berikutan siri pengumuman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan oleh Kerajaan BN, Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif mengajak warga Malaysia khususnya di daerah ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati melalui beberapa siri kempen 'Kita Bantah'.
Siri pertama kempen 'Kita Bantah'  berlangsung dengan flash mob di simpang lampu isyarat Greenwood, 22 Disember jam 5.00 petang.
Flash mob yang berlangsung selama 45 minit itu berlangsung secara aman.
Para pengguna jalanraya memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan sepanjang program itu berlangsung.
Kempen 'Kita Bantah' siri kedua diadakan pada malam 23 Disember.
XPDC Kita Bantah itu diisi dengan pengedaran risalah penerangan kepada para pengunjung kedai makan sekitar Gombak dan Uptown Sri Gombak.
Ia disertai 50 pemuda dan dilancarkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor.
Penyelaras kempen 'Kita Bantah',  Mohamad Azizul Abu Bakar berkata, siri-siri kempen penerangan akan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai medium termasuk facebook dan blog.
"Dengan medium facebook PemudaGombak.Com, ia akan merancakkan lagi usaha untuk bantah kenaikan harga barang sekaligus menolak BN dalam PRU-14 akan datang.
"Untuk maklumat lanjut mengenai gerakan 'Kita Bantah' boleh mengikuti perkembangan di facebook, PemudaGombak.Com," ujar beliau.
KUALA LUMPUR: Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia membantah kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang berbau seksis dan menghina wanita.

Beliau menyatakan “hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek. jika tidak memakai alat solek harganya menurun”.

Ketua Wanita IKRAM Pusat, Ustazah Maznah Daud (gambar) berkata, tindakan menteri itu mengumpamakan kenaikan kadar penilaian hartanah dengan wanita adalah amat dikesali dan bertentangan dengan tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; “Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera”.

“Walaupun menteri ini telah menyatakan permohonan maafnya, namun kenyataan seperti ini tidak wajar dan tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia tampil bersuara membantah kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang berbau seksis dan menghina wanita.

Beliau menyatakan “hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek. jika tidak memakai alat solek harganya menurun”.

Tindakan beliau mengumpamakan kenaikan kadar penilaian hartanah dengan wanita adalah amat dikesali dan bertentangan dengan tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, yang dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak; “Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera”.

Walaupun menteri ini telah menyatakan permohonan maafnya, namun kenyataan seperti ini tidak wajar dan tidak patut keluar dari mulut seorang pemimpin kerajaan.

Tanpa perubahan mental dan sikap, ia hanya akan tinggal retorik semata-mata dan wanita akan terus menjadi bahan lelucon dan penghinaan seperti ini dari masa ke semasa.

Wanita IKRAM Malaysia sangat memandang berat tentang isu ini, kerana ini bukanlah kali pertama wakil-wakil rakyat membuat kenyataan menghina wanita seperti ini.

Pada 9 Mei 2007, dua ahli parlimen Datuk Mohd Said Yusof dan Datuk Bung Mokhtar Radin telah membuat kenyataan yang didakwa menghina wanita di Dewan Rakyat dan ianya telah  mendapat bantahan kumpulan wanita seluruh negara.

Apakah yang boleh diharapkan jika pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi negara tidak peka dengan teguran ini, dan tidak dapat menunjukkan contoh yang baik untuk rakyat jelata?

Seharusnya, kita semua merasa insaf dan menghentikan budaya ketinggalan zaman ini, budaya merendah-rendah dan menghina-hina khususnya wanita kerana ini adalah budaya tidak bertamaddun.

Kita juga perlu sedari bahawa lelaki yang menghina wanita adalah menghina diri sendiri, kerana wanita adalah ibu yg melahirkannya, isteri yang mendampinginya, saudara perempuan dan anak perempuan permata hatinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:  “Wanita itu syaqaiq –iaitu saudara perempuan se ibu sebapa – bagi kaum lelaki”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Musnad: 5869, dan juga Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang benar sepanjang zaman sudahpun mengingatkan kita sejak 1,435 tahun lalu dalam khutbah wada’ yang terkenal itu.  “ Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.”

Nasihat ini diamalkan oleh generasi seterusnya sehingga Khalifah Islam kedua, Sayyidina Umar r.a. menyebutkan ”Pada zaman jahiliyah, kami tidak mengambil berat sedikitpun tentang wanita. Namun ketika Islam datang dan Allah s.w.t. menjelaskan perihal mereka, maka kami tahu mereka mempunyai hak ke atas kami”, Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Wanita IKRAM berharap peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran untuk semua pihak, khususnya golongan pemimpin dan tunjuklah contoh kepimpinan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat khususnya wanita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga ini adalah kali terakhir wanita dihina dan dijadikan bahan lelucon di khalayak ramai seperti ini. Kami yakin dan pasti ramai lagi golongan masyarakat yang menghormati wanita di luar sana.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) hari ini menggesa kerajaan menyelesaikan segera isu kekurangan diesel di stesen minyak di seluruh negara yang kerap berlaku terutama hujung bulan.
  
Presiden PDAM Datuk Hisham Othman berkata masalah itu telah berlarutan selama lebih setahun dan perlu diselesaikan segera supaya bekalan tidak terjejas dan penjualannya kepada pengguna berjalan lancar.
  
"Masalah kekurangan bahan bakar itu pada setiap hujung bulan telah merumitkan dan membebankan pengguna.
  
"Kehabisan diesel di stesen-stesen berlaku pada hujung bulan selama tiga hingga lima hari dan biasanya pengusaha akan dipersalahkan," katanya dalam kenyataan di sini.
  
Beliau berkata penghantaran diesel ke stesen minyak dibuat oleh syarikat dan ini di luar kawalan pengusaha.
  
Katanya bekalan diesel yang mencukupi adalah kritikal terutama dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung ketika ini termasuk sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu 2014. - Bernama
APA NAK JADI NEGERIKU...
Apa nak jadi negeri ku
Dahulu kala negeriku tersohor
Negeri rebutan
Dicemburui  merata semesta
Lalu ditaklukinya
Oleh pelbagai bangsa dunia
Dek kerana rempahnya yang subur
Dek kerana madunya yang manis
Dek kerana ia membawa rahmat sekelian alam
Maka bertukar tanganlah
Puak-puak penjajah
Meluaskan wilayah
Akhirnya kembali juga negeriku
Ketangan anak bangsaku sendiri
Yang ilmunya sama ilmu penjajah
Yang citarasanya sama citarasa penjajah
Yang anutannya sekadar anutan darah
Bukan anutan syumul
Maka memerintahlah seluruh negeri
Memunggah hasil bumi
Memajukan ekonomi,
Memimpin demokrasi
Menuju  modenisasi
Tranformasi tanpa isi
Isi hati hakiki
Isi duniawi semata tanpa ukhrawi
Hidup untuk  hidup sementara
Tanpa kira dosa pahala
Persetan hukum bikinan Ilahi
Minda  manusia menjadi penentu
Apa sudah jadi negeriku
Sekali lagi minda negeriku dijajah
Oleh orang kita
Sama warna,
Sama bahasa
Sama agama
Tapi asing citarasa
Asing hukum nilai
Asing akal budi
Rakyat jadi abdi
Dicukai sesuka hati
Direalisasi segala subsidi
Harga keperluan mendaki
Penguasa tiada peduli
Rakyat dituduh pengkhianat
Hanya kerana enggan berjimat
Sedang penguasa cukup cermat
Memfaraid mahsul negeri
Sesama sendiri
Semuanya berjustifikasi
Dilulus menteri
Dewan jadi saksi
Pahlawan Pandir beraksi
Menjawab kemas  bernas berisi
Kasihan rakyat bersekolah, ke Universiti
Seperti tidak mengerti….
Dimanakah hujungnya kepelikan ini
Pasrah bukanlah sifat pejuang hakiki
Tegakkan semula Daulah dihati
Mata rantai Daulah Nabawi

Hjarib
Kubang Kerian
26 Nov 2013
Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya. Produk ini dijual dengan harga yang tinggi dan lebih mahal dari biasa. Dari air mineral, zam zam ia berkembang kepada minyak wangi, makanan, dan seterusnya mungkin kepada ayam, petrol, pen, kasut, komputer, rumah dan lain-lain. Adakah amalan ini diterima Islam ?

Secara ringkasnya, saya BERSETUJU dengan pandangan Ustaz Ikmal Zaidi (pengamal perubatan Darul Syifa’ & pensyarah KUIS) dalam mengupas topik jualan produk dibaca Al-Quran bagi tujuan komersial.

Berikut adalah pandangannya:

1.Ia bertentangan dengan konsep pengubatan Islam sebenar sebab ia memerlukan pertemuan antara pesakit dan perawat. Doa yang dibaca didengar dan diaminkan bersama pesakit diberi nasihat dan amalan oleh perawat, bukan setakat beli air yang ruqyah ready made di kedai!
2.Pesakit akan lebih bergantung kepada bahan-bajan atau ubat-ubat atau air-air yang diruqyah tanpa berusaha memperbaiki akidahnya bahawa Allah yang menyembuhkan bukan bahan dan ruqyah itu.
3.Pengkomersialan yang melampau dan ada unsur mempergunakan al-Quran sebagai pelaris barangan dalam iklan, seolah-olah menjamin kesembuhan, keselamatan dalam perjalanan dan sebagainya.
4.Terdedah kepada penipuan. Contohnya: Bacaan 30 juzuk Al Quran - dibaca 'live' ke (sepatutnya) atau on dvd player. Begitu juga bacaan doa-doa.

Kesembuhan yang dicari tidak menghalalkan ikhtiar yg dibuat sesuka hati tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada umat Islam yang kurang faham tahap keimanannya. Yang terbaik ialah didik mereka kenal dan yakin Allah yg menurunkan penyakit. Ajar mereka berdoa dan meminta kepada Allah. Ajar mereka konsep Qada Qadar. Hakikat kesembuhan dan sebagainya.

 *******

Selain dari hujah yang dikemukan di atas, saya ingin menambah lagi dengan beberapa point berikut:-

1.Memang benar, menjual minuman dengan jampi hukum asalnya adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, contoh air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

2.Ubat doktor harganya pada fizikal ubat dengan bahan kimia adunan khas itu, semuanya bersifat adunan fizikal istimewa dan tested secara sunnatullah (hukum alam). Seperti jika beli nasi kerabu special, harganya beza dengan nasi kerabu biasa kerana bahan campurannya jelas dan perisanya berbeza. Air mineral @ bahan berjampi pun beli fizikal tapi fizikal bercampur 'jampi' yang tiada dapat diukur dan TIDAK JUGA dapat dinilai dengan harga mata wang, justeru harga barangan sebegini tak boleh membezakan harganya dengan air yang tak dijampi.

3.Tindakan ini telah membuka pintu fitnah terhadap al-Quran, khususnya apabila al-Quran bukan dibacakan sahaja pada air minuman, malah minyak wangi, ayam ternakan, makanan supplement dan KELAK mungkin pada minyak mungkin pada petrol, daging ayam, lembu, ikan, sudu, garfu, pinggan, baju, komputer jampi dan entah apa lagi. Dengan alasan ada 'value added' lalu ingin dinaikkan harganya. Semua ini akan menimbulkan fitnah baru kepada Islam dan al-Quran sedang memperdagangkan bacaan al-Quran dalam bentuk sedemikian adaah bukan fungsi sebenar al-Quran.

4.Ulama menegah bacaan al-Quran dibuat di pasar-pasar jualan, kerana ia menghilangkan fungsi sebenar al-Quran. Mendedahkan kepada penghinaan dari pesaing dan juga mendedahkan al-Quran dikritik oleh pengguna akibat tidak sembuh atau tidak capai manfaat hebat yang dijanjikan penjual.

5.Bacaan al-Quran untuk pengubatan juga memerlukan bacaan terus dari pembaca berbanding dunia bisnes yang menjadikan kaset sebagai pembacanya.

6.Kesembuhan bacaan al-Quran mesti terus dari mulut perawat secara live agar pemulihan dari Allah datang dari medium keberkatan bacaan langsung dan kesolehan perawat serta doa khusus perawat. Jika boleh sekadar dari kaset, saya kira kelak, tauke BUKAN ISLAM lagi mampu membuat produk sebegini dengan volume lebih besar.

Sekian

http://www.zaharuddin.net/ 







bior betul???.. busuk tuuuu!!!!
DAP dakwa syarikat Umno punca longgokan sampah di MRR2 DAP mendakwa syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd yang dimiliki bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan adalah punca longgokan sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) hujung minggu lalu. Syarikat tersebut merupakan kontraktor yang diberikan projek untuk mengendalikan Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin, Kepong. "Saya berharap projek tersebut diberikan bukan kerana Umpan Jaya Sdn Bhd dimiliki oleh Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim dan keluarganya. "Mohd Noordin adalah bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan dan meninggal dunia pada Februari 2013 lalu," kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam satu kenyataan media hari ini.



Teuku Zacharyah Iskandar added a new photo.



MISTERI 26 HARIBULAN Jika diimbas kembali peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah. Tidak percaya? sekarang mari lihat buktinya seperti yang dicatatkan... 26 Januari 1531 - Gempa bumi di Lisbon, Portugal 26 Januari 1700 - Gempa di Laut Pasifik 26 Julai 1805 - Gempa bumi di Naples, Calabria, Itali 26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus 26 Disember 1861 - Gempa bumi di Egion, Greece 26 Mac 1872 - Gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat 26 November 1902 - Gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech 26 November 1930 - Gempa bumi di Izu Island, Jepun 26 September 1932 - Gempa bumi di Ierissos, Greece 26 Disember 1932 - Gempa bumi di Kansu, China 26 Oktober 1935 - Gempa bumi di Colombia 26 Disember 1939 - Gempa bumi di Erzinchan, Turki 26 November 1943 - Gempa bumi di di Tosya Ladik, Turki 26 Disember 1949 - Gempa bumi di Imaichi, Jepun 26 Mei 1957 - Gempa bumi di Bolu Abant, Turki 26 Mac 1963 - Gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun 26 Julai 1963 - Gempa bumi di Skopje, Yugoslavia 26 Mei 1964 - Gempa bumi di South Sandwich Island, Lautan Atlantik 26 Julai 1967 - Gempa bumi di Pulumur, Turki 26 September 1970 - Gempa bumi di Bahia Solano, Colombia 26 Julai 1971 - Gempa bumi di Solomon Island26 April 1972 - Gempa bumi di Ezine, Turki 26 Mei 1975 - Gempa bumi di North Atlantik 26 Mac 1977 - Gempa bumi di Palu, Turki 26 Disember 1979 - Gempa bumi di Carlisle, England 26 April 1981 - Gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat 26 April 1983 - Gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun 26 Januari 1985 - Gempa bumi di Mendoza, Argentina 26 Januari 1986 - Gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat 26 April 1992 - Gempa bumi di Cape Mendocino, California 26 Oktober 1997 - Gempa bumi di Itali 26 Disember 2004 - Tsunami di Acheh, Indonesia 26 Mei 2006 - Gempa bumi di Jogja, Indonesia 26 Jun 2010 - Gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia 26 Oktober 2010 - Tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia 26 Oktober 2010 - Letusan Gunung Berapi, Pulau Jawa, Indonesia Persoalannya, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 haribulan? Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan, bumi menjadi tidak 'tenteram' hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini? Atau dengan kata lain, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka? Menurut penyelidik Astronomi Profesional dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zambri Zainuddin, komuniti sains telah melakukan banyak kajian untuk mengetahui bilakah tarikh tepat berlakunya bencana alam di muka bumi seperti gempa bumi. Tambahan pula, pada hari ini sudah ada teknologi canggih yang boleh mengesan gegaran walaupun disebabkan oleh sehelai rambut. Profesor Dr. Zambri Zainuddin, Penyelidik Astronomi Professional,dari Jabatan Fizik Universiti Malaya.

 
DAHSYATNYA MEREKA NYATAKAN 25/12 TARIKH KELAHIRAN NABI ISA A.S ....IKUT SUKA JE

 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan