Isnin, 18 November 2013

ORANG TAK BERIMAN PADA ALLAH@NON MUSLIM BIASALAH MENOLAK HUDUD KERANA TAK PERCAYA@TAK BERIMAN PADA QURAN....YANG PELIK MENGAKU ISLAM TAPI MENOLAK HUDUD...TAK TAHU BAB HUKUM2 DALAM QURAN KE...ATAU TAK BELAJAR BAB AKIDAH SERTA BATALNYA ISLAM KE....ORANG MACAM NI CARI NAHAS....

Setem Besi and Mahadi Hj Isa shared Syed Ayie's photo.
AllahuAkbar!!!
Hudud: Persatuan Peranakan Cina Kelantan bantah
  • Law Awang Law Awang
1 / 1
KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.

Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak sepatutnya dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.

“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan agama lain. Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja, kita tidak membantah.

“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu (hudud) kerana apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan Islam secara automatiknya kerana kita berada di Kelantan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan
hudud di Kelantan.

Dengan mengambil beberapa contoh syarat yang dikenakan di negeri ini termasuk pembinaan rumah kedai yang diwajibkan berbumbung bentuk kubah masjid, Law Awang berkata, kebiasaannya semua syarat yang diluluskan wajib dipatuhi semua kaum di negeri ini.

“Kita perlu timbang masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa perkara tidak boleh diimplementasikan di negara ini,” katanya.
Kelantan sedia RM1j laksanakan hudud
  • Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar Nik Abdullah
1 / 1
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menunggu maklum balas beberapa pihak, termasuk pakar perlembagaan, sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu, termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014, bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Beliau mengakui atas sebab-sebab tertentu, termasuk kekangan Pusat, pihaknya sebelum ini menangguhkan sementara usaha tersebut, namun kini kembali mengerakkan kerja untuk melaksanakannya.

“Sebelum ini kita berhenti kerana lampu merah (sekatan). Kita ‘free gear’ tetapi tidak matikan (enjin) kereta, oleh kerana lama sangat, jadi kita intai kalau-kalau polis tiada. Sekarang kita akan teruskan dengan harapan polis tidak sekat.

“Sebenarnya sebelum pilihan raya umum (lalu), kita telah beberapa kali bincang tetapi tidak dedahkan, untuk tahun depan Menteri Besar telah masuk RM1 juta dalam bajet untuk persiapan prasarana bagi melaksanakan hudud.

"Kita tengok keperluan untuk laksana hudud tetapi nak buat, kena dapatkan pandangan pakar dahulu, termasuk pensyarah universiti dan pengamal undang-undang. Insya-ALLAH mereka akan bagi pendapat dan selepas itu kita akan laksanakan,” katanya pada kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad, yang menyatakan kesediaan pihaknya kuat kuasa hudud selepas bangunan kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung beroperasi.

Semalam, seorang pendakwah dan pensyarah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman menyarankan kerajaan Kelantan menetapkan masa bagi merealisasikan hukuman itu dengan menjadikan Brunei sebagai contoh.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu melaksanakan hukuman itu tergesa-gesa, sebaliknya mengikut kaedah dan tertib bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Berhubung saranan Kelantan mengikuti langkah Brunei, beliau berkata, orang ramai tidak boleh membuat persamaan kerana Kelantan hanya sebuah negeri, sebaliknya Brunei adalah sebuah negara diperintah Sultan yang mempunyai kuasa penuh.

“Kelantan adalah sebahagian Malaysia. Kita terikat dengan undang-udang dan perlembagaan. Brunei adalah negara dan sultan berkuasa mutlak. Kita di Kelantan tidak begitu. Raja ada batas, cuma kita akui tindakan Brunei bagi semangat dan iltizam kepada kita,” katanya.
 Mohd Amar berkata, Kanun Jenayah Kelantan (II) Kelantan yang diluluskan Dun bukan sahaja diambil daripada mazhab Syafie, tetapi diadunkan daripada mazhab lain mengikut kesesuaian.
Hudud: DAP tutup mulut, biar Kelantan laksana
  • Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa
1 / 1
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.

“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya.
Negeri pentabiran PR akan didesak laksana hudud
  • Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
1 / 1
SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.
Kelantan serius laksana hudud
  • Kelantan serius laksana hudud Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sehingga kini tetap serius dan yakin untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan, bahkan hasrat merealisasikannya juga dianggap sebagai mainan politik pihak tertentu.

Bukti Kelantan tidak lemah semangat biarpun ada kekangan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menurutnya, apabila disebut pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang itu yang sudah lama diusahakan tetapi dengan pelbagai halangan masih lagi belum berjaya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Ahmad berharap program itu dapat menyedarkan minda dan fikiran umat Islam terhadap hudud supaya membuka jalan bagi dilaksanakan walaupun dianggap terlalu sukar, tetapi suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

“Sambutan program ini juga diadakan bagi mengadakan tekanan kepada pihak tertentu supaya melihat kepada ajaran dan undang-undang Islam secara positif, bukan negatif.

“Bahkan hukum ALLAH SWT lebih mengatasi daripada undang-undang ciptaan manusia,” katanya.

Tambahnya, sambutan hari hudud itu juga dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

“Hudud ini bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata.

“Malangnya wajah hudud ini telah diberikan imej cukup buruk oleh media barat, dengan sokongan media sekular dalam negara kita yang menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hudud. Hakikat hudud bermakna batasan,” katanya.

Katanya, pelbagai kes jenayah berlaku sekarang ini sangat menakutkan dan beliau mempersoalkan undang-undang sedia ada tidak mampu mencegahnya dengan berpandangan undang-undang dicadangkan oleh ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

“Apa yang mampu kita (kerajaan negeri) lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan.

"Dengan itu saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan, sama ada negeri atau Persekutuan, sama-sama bertanggungjawab meningkatkan kualiti iman dalam kalangan rakyat dengan bekerjasama menyeru kebaikan cegah kemungkaran menerusi pendekatan masing-masing,” katanya.

Susulan itu, ahli  Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak  Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi  pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.
Tun M: Pas tak mungkin dapat laksana hudud tanpa majoriti
  • Tun Mahathir Tun Mahathir
1 / 1
KUALA NERANG - Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum Hudud kerana parti itu tidak akan mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata bagi meminda perlembagaan, Pas perlu memperoleh sokongan dua pertiga kerusi Parlimen dan ia pasti tidak akan tercapai kerana parti itu hanya bertanding 70 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi.
  
"DAP dan PKR tidak aakn sokong, mereka (Pas) tidak akan mendapat dua pertiga majoriti tetapi rakyat tidak memahaminya.
  
"Untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud, ini semua temberang, cakap bohong. Orang yang menipu, suka berbohong tak boleh jadi kerajaan," katanya kepada pemberita pada Program Himpunan Rakyat Padang Terap Bersama Calon Barisan Nasional di Padang Awam Padang Terap, di sini hari ini.
  
Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah pendapat.
 
"Kalau kita tengok Datuk Seri Najib (Tun Razak) cakap semua sokong, Cina, Melayu, India, Iban dan Kadazan. Tapi bila satu pihak mereka (pembangkang) kata sesuatu benda, yang lain semua bantah.
  
"Mereka bertanding, PKR lawan PAS, mana boleh ada kerjasama, kalau tak dak kerjasama macam mana nak bentuk kerajaan bersekutu?," kata Mahathir.
  
Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan insiden letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal Selasa lalu sebagai bukan budaya orang Malaysia.
  
Mahathir berkata budaya itu mungkin ditiru dari negara yang kerajaannya bersifat kuku besi dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku di sini kerana Malaysia ada pilihan raya umum setiap lima tahun.
  
"Dia tak tau nak jawab apa yang kita kata, dia guna kekerasan, cuba nak bunuh orang, orang Malaysia tak bunuh orang, ini budaya orang luar," katanya merujuk kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara itu.
  
Dalam kejadian pada 10.15 malam itu seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan yang diletakkan pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan. - Bernama
Remaja bawah umur jadi hamba seks kekasih
BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya,  lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

"Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.
Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.
Dituduh rogol gadis 15 tahun
  • Dituduh rogol gadis 15 tahun Mohd Azuan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol gadis bawah umur.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam, atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, dalam dua kejadian berasingan pertengahan Jun dan September lalu.

Bagaimanapun, Mohd Azuan Mohd Nordin, 19, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azuan didakwa telah merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun, pertengahan Jun lalu, kira-kira jam 12 tengah malam.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengulangi perbuatan sama di lokasi sama dan waktu yang sama pada pertengahan September lalu.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol iaitu penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Fadhilah Nor membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam serta serahan dokumen.
Rogol, rompak pembantu rumah
  • Rogol, rompak pembantu rumah Muhammad Faiz didakwa di mahkamah sesyen, semalam atas tuduhan merogol dan merompak seorang pembantu rumah warga Indonesia.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, Oktober lalu.
Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Ammin Mohd Noor, 27, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan kerana merogol yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun, kira-kira jam 5 pagi, pada 12 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan Muhammad Faiz Azumar Ammin diikat jamin RM14,000 dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan merompak mangsa dengan melarikan seutas rantai dan gelang tangan emas serta dua telefon bimbit jenama Nokia dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3,000.
Dia didakwa merompak mangsa menggunakan senjata iaitu sebilah parang di alamat, waktu dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Hakim Azlam Zainuddin menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap dirinya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@ Mamat.
Sebelum ini, akhbar keluaran 19 Oktober lalu ada melaporkan seorang pembantu rumah berdepan detik hitam apabila bukan saja disamun tetapi turut dirogol dalam keadaan tangan dan mulut disumbat dengan kain, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang bersendirian di rumah berkenaan sedang tidur di dalam biliknya sebelum didatangi suspek yang juga menantu kepada majikannya. Difahamkan, suspek ketika itu turut membawa sebilah parang.
Pemotong rumput dituduh merogol
AYER KEROH - Seorang pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Fauzi Mohamad Ghani, 37, dari Kampung Tambak Paya, Ayer Molek, di sini, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas mengangguk faham pertuduhan didakwa ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Sekolah Tambak Paya, dari jam 1 pagi hingga 4 pagi, 30 September 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung
  • Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung Bapa kepada lima anak ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen semalam, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.
Remaja 14 tahun hamil, mangsa rogol
HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Cabul budak sebaya cucu
  • Cabul budak sebaya cucu Sabtu (kanan) bersama pegawai penyiasat kes ketika sidang media dijalankan, semalam.
1 / 1
KANGAR - Ibarat seperti cucu jika dibandingkan usianya, seorang warga emas tergamak mencabul anak saudaranya sendiri yang berusia 11 tahun.

Perbuatan yang tidak perikemanusiaan warga emas berusia 74 tahun itu membuatkan dia ditahan polis.

Kejadian itu terbongkar setelah kakak mangsa yang bekerja di Pulau Pinang balik bercuti di rumah datuk mereka di Simpang Empat, dekat sini kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika datuk mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kesempatan itu digunakan bapa saudaranya untuk mencabul mangsa yang tinggal di situ.

“Mangsa dicabul tiga hari berturut-turut pada awal bulan ini iaitu pada sebelah petang ketika nenek mangsa ke hospital untuk menjaga datuknya.

“Setelah kakaknya pulang mangsa terus mengadu dan mereka membuat laporan di IPD Kangar kelmarin. Mangsa kemudiannya dihantar untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan HTF dan doktor mengesahkan wujudnya kejadian tersebut apabila terdapat kesan gigitan di bahagian dada mangsa,” katanya kepada pemberita di IPD Kangar di sini, semalam.

Menurut Sabtu, lelaki yang bekerja sebagai penjual ikan itu ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran dengan rumah datuk mangsa.

“Polis telah merampas sarung kusyen di rumah berkenaan dan  dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Berdasarkan rekod polis, suspek mempunyai dua rekod lampau kesalahan sama dan dijatuhkan hukuman. 
 Samseng Kampung Dan Kaki Gedebe Di Kelantan Kini Dalam Ketakutan
Posted on Sunday, November 17 @ 14:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Angka kematian akibat bunuh-tembak di Kelantan makin bertambah. Mengikut kenyataan polis, selain ada kaitan dengan masalah hutang dan dadah, sebahagian besar kes tembak di Kelantan ada hubungan dengan dendam dan perbalahan masa lalu.

Penulis sempat berbual dengan beberapa rakyat Kelantan. Menurut mereka, sebahagian besar yang mati ditembak memang diketahui ada kaitan dengan samseng kampung dan kaki gedebe.

Samseng kampung dan kaki gedebe adalah merujuk kepada kaki pukul dan kaki tetak yang hanya berani berbalah sesama bangsa dan agama.

Kata mereka, penembak tidak membunuh “orang baik”.

Sesetengah mangsa bunuh-tembak, menurut penduduk, sudah tidak lagi terbabit dengan aktiviti samseng, kaki pukul, kaki tetak dan kaki gedebe. Malah, sesetengahnnya sudah menjadi ‘kaki masjid’.

Namun, menurut rakyat negeri ini yang penulis temui, dendam lama merewang mencari nyawa samseng kampung serta kaki gedebe dan menamatkannya dengan peluru dari muncung pistol.

Kesakitan, malah ada sesetengah mangsa samseng kampung dan kaki gedebe ini dikatakan mengalami kecacatan kekal seperti kudung jari dan sebagainya akibat ditetak atau dipukul pada masa lalu, dipercayai mendorong mereka melepaskan dendam dengan mengupah pembunuh upahan.

Tambahan pula, upah menembak untuk membunuh dengan senjata api kini dikatakan amat murah. Malah, ada mendakwa serendah RM350 untuk satu nyawa. Amat murah untuk satu nyawa manusia. Kadar upah ini hanya cakap-cakap kedai kopi tetapi tidak dapat disahkan.

Keadaan inilah yang menyebabkan samseng kampung dan kaki gedebe di Kelantan yang pernah menetak atau memukul sesiapa, kini dikatakan berada dalam ketakutan dan sentiasa seram sejuk. Individu ini berasa seolah-olah ada sahaja mata sedang mengintai untuk menembak dan membunuh mereka pada bila-bila masa.

Tidak siapa tahu samseng kampung dan kaki gedebe mana yang akan menjadi mangsa bunuh-tembak di Kelantan seterusnya, tetapi kemungkinan trend ini berterusan sentiasa ada.

Polis memang sentiasa berwaspada, tetapi pembunuh upahan biasanya amat licik dan culas juga.

Ketakutan itu bukan sahaja di kalangan samseng kampung dan kaki gedebe, malah ada cakap-cakap mengatakan dalam sesetengah kes, anak mereka, terutama anak lelaki, kini sudah menghilangkan diri sejak si ayah ditembak mati kerana bimbang dendam akan disasarkan kepada anak-anak pula.

Seperti yang pernah diungkap sahabat penulis yang juga rakyat Kelantan:

“Mereka ini (samseng kampung dan kaki gedebe), kalau suruh pergi berperang membela Palestin atau mana-mana orang Islam yang tertindas, mereka akan terkencing dan terberak dalam seluar. Mereka hanya berani tetak dan pukul sesama bangsa dan sesama agama”.

Dan kini, samseng kampung serta kaki gedebe di Kelantan terjebak dalam masalah yang mereka cari sendiri! Muncung pistol mungkin akan dihalakan ke jasad mereka pada bila-bila masa sahaja.

Jika bidiknya tepat sebagaimana kes-kes terdahulu, anak bini samseng kampung dan kaki gedebe ini akan menjadi anak tanpa ayah dan janda.

Walaupun seperti kata sahabat penulis, iaitu “molek juga ditembak sebab demo ni (samseng kampung dan kaki gedebe) suka buat onar dalam masyarakat”, undang-undang tidak patut diletakkan di dalam tangan sendiri.

Biar polis dan undang-undang menanganinya. Mengambil nyawa tidak secara hak adalah ditegah dalam Islam. – inimajalah.com

Bacaan lanjut di inimajalah.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inimajalah
Posted on Sunday, November 17 @ 14:07:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Wajah selamba dan terkini pembunuh pegawai Ambank
Posted on Sunday, November 17 @ 23:52:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Pembunuh_Ambank2Wajah selamba dan terkini pembunuh pegawai Ambank Norazita Abu Talib Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Dengan memakai baju lokap berwarna jingga, Laode Ardin dibawa ke mahkamah untuk disambung reman.

Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Pembunuh_Ambank1

Ketika dirakan jurugambar suspek hanya melontar pandangan kosong dan tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.

Polis mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Baca juga: Babak ranjang, kalau salah hangpa kolot - Marsha
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Sunday, November 17 @ 23:52:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Rogol anak saudara
  • Rogol anak saudara Tertuduh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya yang ketika itu baru berusia 8 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, 45, yang bekerja sebagai tukang rumah, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Jerong Tuan, Marang, antara jam 4 hingga 5 petang, 8 April 2012.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat dan waktu sama, masing-masing pada 9 April dan 11 April 2012.Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa sama, sebanyak tiga kali di alamat dan waktu sama masing-masing pada 15 April; 16 April dan 18 April 2012.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Aslam menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta
  • Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta Anggota polis membuat pemeriksaan di Pantai Batu 6, awal pagi semalam.
1 / 2
PORT DICKSON - Sekumpulan individu dikesan menjadikan kawasan pantai di sini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan parti pantai atau Beach Party, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dapat dihidu pihak berkuasa apabila polis diketuai Inspektor Nursaiful Asrar Ahmad Najih membuat serbuan di Pantai Batu 6 itu, kira-kira 3.30 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 48 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang leka bersukaria diperiksa anggota polis narkotik sebelum mendapati 27 daripada mereka positif dadah.

Turut ditahan kerana didapati positif dadah, tiga pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dibuat berikutan aduan orang ramai, selain risikan pihaknya.

“Siasatan mendapati parti itu dianjurkan atas persetujuan bersama antara mereka. Kesemua mereka datang dari Lembah Klang termasuk Selangor," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar yang ditahan adalah pekerja bahagian penyelenggaraan di sebuah hotel di Genting Highlands, promoter dan jurujual di kompleks membeli-belah serta
penganggur.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati 27 suspek termasuk tiga pelajar terbabit positif methamphetamine. Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port
Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, polis turut merampas beberapa peralatan parti termasuk alat pembesar suara dan alat pemain muzik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan di kawasan pantai bagi memastikan kegiatan tidak bermoral seperti itu tidak berulang.
Kes perogol bersiri 9 Disember
  • Kes perogol bersiri 9 Disember Laporan Sinar Harian 9 Oktober lalu.
1 / 1
IPOH – Mahkamah sesyen, di sini menetapkan 9 Disember depan memutuskan sama ada membenarkan secara bersama empat pertuduhan yang dihadapi seorang lelaki di sini, semalam.

Pertuduhan itu membabitkan tuduhan merogol dan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii seorang pelajar tingkatan lima, September lalu.

Hakim Roshan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Isa disebut.

Nadiah juga memohon supaya dua kes yang didakwa terhadap tertuduh, Malek Ridzuan Asroll, 27, di Mahkamah Majistret Batu Gajah iaitu menyamar sebagai anggota polis dan mencuri telefon dipindahkan ke mahkamah sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

“Saya memohon agar keempat-empat kes membabitkan rogol, cubaan melakukan seks luar tabii, menyamar anggota polis dan mencuri telefon bimbit dibicarakan bersama kerana membabitkan mangsa yang sama.

“Saya juga memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa kerana sehingga kini pihak kami masih belum diperoleh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol dan cuba melakukan seks luar tabii terhadap seorang perempuan berusia 17 tahun di kawasan Tanah Adat Mandailing, Batu Gajah kira-kira jam 9.25 malam hingga 10.15 malam pada 25 September lalu.

Dia juga didakwa pada tarikh dan masa sama telah menyamar dan mencuri telefon bimbit milik mangsa tersebut.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376, Seksyen 377(c), Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Selain pertuduhan itu, tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan lain termasuk tiga pertuduhan seksual membabitkan cubaan rogol pekerja kedai kasut berusia 15 tahun dan wanita berusia 30 tahun serta cubaan melakukan seks luar tabii terhadap pelajar berusia 13 tahun.

Bagi pertuduhan itu, dua mahkamah sesyen di sini menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes.
Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari
  • Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari Wan Mohd Samsudin (dua, kanan) ketika memperkenalkan anggota polis yang terlibat dalam penangkapan suspek.
1 / 1
RAUB – Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain.

Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain.

“Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu  turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut.

“Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar.

Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan,” katanya.

Benci Hukum Allah Rosak Akidah

SETIAP Muslim perlu berwaspada dengan segala tindakan, sikap dan pemikiran, supaya tidak bertentangan dengan prinsip agama.

Pengerusi Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GPIS), Mohd Zain Abdul Rahman, berkata Muslim yang membenci hukum Allah akan rosak akidahnya.


Begitu juga jika membenci atau memandang serong terhadap saudara Islam yang memakai serban, mereka turut batal syahadahnya.

"Saya hairan ada segelintir orang Islam tak suka mendengar azan konon mengganggu mereka tidur.

"Ini berdosa besar kerana mempermainkan hukum Tuhan," katanya ketika berceramah di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Zain berkata, masyarakat Islam juga harus berwaspada terhadap media seperti televisyen yang memberikan pengaruh kuat dalam kehidupan seharian.

"Terdapat sesetengah program merosakkan akhlak generasi muda kita.

"Begitu juga dengan pengaruh internet, perlu digunakan untuk kebaikan dan mengerat tali persaudaraan," katanya.

Menurutnya, sesetengah pihak lebih cenderung menggunakan televisyen bagi tujuan hiburan mengasyikkan semata-mata.

Beliau juga mengingatkan orang Islam mengelak diri daripada perbuatan fasik, iaitu mereka yang ingkar atau memandang rendah perintah dan tegahan Allah.

"Orang fasik percaya kepada ajaran Islam, tapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum Allah mengikut kefahaman sempit atau selera sendiri.

"Orang fasik boleh membawa kepada kufur jika membabitkan soal akidah, seperti mengutamakan pandangan manusia atau meneliti sesuatu secara empirikal semata-mata, sedangkan ia bertentangan hukum Allah.

"Muslim sejati mesti menimbang sesuatu pokok persoalan itu berdasarkan pertimbangan hukum aqli dan naqli secara seimbang," katanya.

AQIDAH : 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN. (Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz Ibn Baz rahimahullah)


الحمد لله، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهداه. أما بعد:
Ketahuilah wahai umat Islam, bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan ke atas seluruh hambanya masuk ke dalam agama Islam, berpegang teguh dengannya dan memperingatkan dari apa-apa yang menyelisihinya, dan mengutus NabiNya iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk berdakwah kepada agama Islam. Allah Azza wa Jalla mengkhabarkan sesiapa yang mengikutinya maka dia telah mendapat hidayah (petunjuk), dan sesiapa yang menjauhinya maka dia telah sesat. Allah memperingatkan melalui ayat-ayatNya yang banyak berkenaan sebab-sebab berlakunya riddah (kemurtadan) dan seluruh jenis-jenis kesyirikan dan kekufuran.
Para ulama -semoga Allah merahmati mereka- telah menyebutkan perkara ini di dalam bab hukum murtad bahawa umat Islam telah murtad dari agamanya dengan sebab-sebab yang banyak dari pembatal-pembatal (keislaman) yang menyebabkan halal darahnya, hartanya, serta menjadikannya keluar dari agama Islam.
Dari pembatal-pembatal keislaman yang paling banyak berlaku ada sepuluh bahagian sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Imam Muhammad bin Abdul Wahhab dan selainnya dari kalangan ahli ilmu -semoga Allah merahmati mereka semua- dan kami akan sebutkan untukmu berikut ini secara ringkas supaya engkau dan selain engkau dapat mengambil peringatan darinya. Dengan itu, diharapkan keselamatan dan kesejahteraan dapat diambil darinya serta sedikit sebanyak menjadi jelas berkenaan apa yang akan kami sebutkan selepas ini.
Pertama: Di antara sepuluh pembatal-pembatal keislaman adalah Syirik di dalam ibadah. Firman Allah Ta’ala:
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).” (An-Nisa`: 48)
Firman Allah Ta’ala:
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.” (Al-Maaidah: 72)
Di antara perbuatan syirik di dalam ibadah itu adalah berdoa kepada orang-orang yang telah mati dan beristighatsah (memohon pertolongan) kepada mereka, bernazar serta menyembelih untuk mereka.

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh  membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya. 
[Sila Lihat Penjelasan di: http://www.youtube.com/watch?v=9P7BvNxgGtg ]


Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
] إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ [ (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
  Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang  yang telah mati, bernazar dan  menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’)  ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian,  ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk  yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
·      atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
        ·        atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
        ·        atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah r sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
] ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ  [
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
 Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah r atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah  swt:
] قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ [ (التوبة: 65-66)
 “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ [ (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ[  (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ  [(آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
] وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ [ (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
] وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ  [(الأحقاف: 3)
 “Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
Kedua: Sesiapa yang menjadikan di antara dirinya dengan Allah itu perantara (tawassul) yang mereka berdoa dan memohon syafa’at kepada mereka serta bertawakkal kepadanya (yakni kepada perkara yang dijadikan sebagai perantara tersebut - pent), maka dia menjadi kafir secara ijmak (kesepakatan ulama).
Ketiga: Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu-ragu akan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab mereka maka dia telah kafir.
Keempat: Sesiapa yang percaya atau yakin bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih sempurna petunjuknya atau hukum selain hukumnya lebih baik dari hukumnya, seperti orang-orang yang mengutamakan hukum thoghut dari hukumnya maka dia telah kafir.
Kelima: Sesiapa yang membenci sesuatu dari apa yang datang kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi wasalam (berupa syari’at - pent) walaupun dia mengamalkannya maka dia telah kafir. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:



ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ 



Maksudnya: “Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.” (Muhammad: 9)
Keenam: Sesiapa yang mengolok-olok atau mengejek-ejek sesuatu dari agama Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan pahala atau dosa maka dia telah kafir. Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:
قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Maksudnya: “Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" (At-Taubah: 65)
لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
Maksudnya: “Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman...” (At-Taubah: 66)
Ketujuh: Sihir yang berupa As-Sharf dan Al-‘Athaf.(*) Barangsiapa yang melakukannya atau redha terhadapnya maka dia telah kafir. Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:
وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ
Maksudnya: “Sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).” (Al-Baqarah: 102)
(*) As-Sharf ialah bentuk sihir yang bertujuan mengubah hasrat dan keinginan manusia, seperti memalingkan kecintaan seorang suami kepada isterinya, dan sebaliknya. Al-‘Atahf ialah bentuk sihir yang dapat membuat orang menjadi cenderung mencintai sesuatu dengan cara-cara syaitan. (Pent)
Kelapan: Menolong kaum musyrikin dan membantu dalam memerangi kaum muslimin. Dan dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Al-Maaidah: 51)
Kesembilan: Sesiapa yang meyakini bahawa sebahagian manusia diberi keluasan untuk keluar dari syariat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam maka dia telah kafir. Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-‘Imran: 85)
Kesepuluh: Berpaling dari agama Allah, tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengannya. Dan dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:



وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ




Maksudnya: “Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.” (As-Sajadah: 22)
Tiada perbezaan pada keseluruhan pembatal-pembatal keislaman ini di antara bergurau-senda, bersungguh-sungguh dan takut kecuali dia membencinya. Semuanya termasuk dari sebesar-besar perkara yang berbahaya sedangkan ia merupakan perkara yang paling banyak berlaku, maka hendaklah bagi setiap muslim memberi peringatan serta takut ianya menimpa ke atas dirinya. Kami berlindung dari Allah dari mendorong kemarahanNya sedang azabnya amat pedih. Semoga selawat Allah dan salam dicurahkan ke atas sebaik-baik makhluknya Muhammad dan ahli keluarganya serta sahabatnya. (Selesai ucapan Syeikh rahimahullah)
Termasuk di dalam jenis yang keempat (dari pembatal keislaman) ini adalah: Sesiapa yang berkeyakinan bahawa sistem dan undang-undang yang dijalankan oleh manusia lebih utama dari syariat Islam atau sama kedudukannya atau bahawasanya (dia meyakini) tidak mengapa berhukum dengan undang-undang manusia, walaupun dia yakin bahawa hukum Islam lebih utama atau sistem Islam tidak dapat memperbaiki cara hidup manusia di kurun kedua puluh ini, atau (dia meyakini) bahawa hukum Islam menyebabkan kaum muslimin berpecah-belah, atau (dia meyakini) hukum Islam akan membataskan hubungan seseorang dengan Tuhannya tanpa memasukkannya seperti keperluan hidup yang lain.
Termasuk juga di dalam jenis yang keempat ini adalah:  Sesiapa yang berpandangan bahawa perlaksanaan hukum Allah pada memotong tangan pencuri, merejam pelaku zina yang telah berkahwin tidak lagi sesuai pada zaman sekarang.
Termasuk juga yang demikian itu setiap orang yang meyakini bahawa tidak mengapa berhukum dengan hukum selain syariat Allah di dalam muamalat atau hudud atau selain keduanya, walaupun dia tidak meyakini hukum buatan manusia itu lebih utama dari hukum syariat. Ini kerana dengan perbuatan begitu (hakikatnya) dia telah mengharuskan apa yang telah diharamkan oleh Allah secara ijma’. Sedangkan setiap orang yang mengharuskan apa yang diharamkan oleh Allah dari apa yang telah maklum diketahui di dalam agama secara darurat seperti zina, arak, riba’ dan hukum selain syariat Allah maka dia telah kafir dengan kesepakatan kaum muslimin.
Kami memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada kami semua dari apa yang diredhaiNya dan memberi hidayah kepada seluruh kaum muslimin kepada jalanNya yang lurus sedangkan Dialah Maha mendengar lagi Maha Dekat.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد وآله وصحبه.
(Diterbitkan dengan tajuk ini dalam Majalah Al-Buhuts Al-Islamiyah, Bil ke-7, pada bulan Rajab, Sya’ban, Ramadhan dan Syawal, tahun 1403; Sila lihat Majmu’ Fatawa Ibnu Baz yang dihimpunkan oleh Muhammad bin Sa’ad Asy-Syuai’ar dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/130-133


Sumber : http://al-muwahhidun.blogspot.com/search/label/fatwa
Terjemahan : Mohd safwan Bin Mohd Rusydi


Wallahua'lam


Setem Besi and Mahadi Hj Isa shared Syed Ayie's photo.
AllahuAkbar!!!
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan