Jumaat, 15 November 2013

ORANG RAMAI DAN RAKYAT DAH MULA NAK ISLAM....ORANG NON MUSLIM MULA MENERIMA ISLAM....SELAMA NI GAMBARANYA TAK BETUL...DENGAN MENAKUT2KAN....NI KERJA ORANG2 TAK FAHAM ISLAM....HARAM ORANG ISLAM MENGAMBAR ISLAM ITU BURUK....ROSAK IMAN

UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau

Harakahdaily, 15 Nov 2013



KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.

Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

“Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno.” ujar Dr Shaharuddin.

Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.

Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.

"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.

Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.

Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.

Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.

Kaherah kembali 'bernyawa' di malam hari

http://greenboc.blogspot.com, 15 Nov 2013

Darurat Ditamatkan, Kaherah Kembali "Bernyawa" Di Malam Hari



Kaherah - Suasana jalan-jalan kota Kaherah yang sebelumnya sangat sepi seperti kawasan kubur di waktu malam, kini mulai kembali ramai, setelah Pemerintah Mesir menamatkan perintah keadaan darurat bermula malam tadi Khamis (14/11).

Keadaan darurat dan jam malam atau larangan keluar rumah di waktu malam itu dikuatkuasakan sejak 14 Ogos, atau bersamaan dengan pembubaran paksa aksi duduk pendukung presiden terguling Muhammad Mursi di Bundaran Rabiah Adawiyah dan Bundaran Al Nahdah di Kaherah.

Bundaran Rabiah Adawiyah yang sebelumnya ditutup sejak pembubaran paksa tersebut, kini dibuka kembali untuk lalu lintas umum.

Penguatkuasaan keadaan darurat itu menimbulkan pro dan kontra di Negeri Piramid tersebut.

"Penamatan keadaan darurat ini penting untuk menggerakkan kembali roda ekonomi," kata pemilik kiosk di kawasan Attaba, pusat kota Kaherah, Mohsen Reyad.

Sebaliknya Ahmed Serageddin yang mengaku sebagai pendukung kudeta, khuatir pencabutan keadaan darurat itu.

"Saya khawatir Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi menggunakan momentum ini untuk mengganggu keamanan yang mulai kondusif," katanya. Serageddin merujuk pada unjuk rasa pendukung Mursi yang terus dilancarkan di beberapa tempat di Kaherah dan berbagai provinsi meskipun jumlahnya pengunjuk rasa semakin berkurangan.

Kalangan antarabangsa terutama Amerika Syarikat juga telah berulang kali mendesak Mesir untuk mencabut keadaan darurat yang ditetapkan Presiden Adly Mansour tersebut.

Sebelumnya, pada Selasa kemarin pengadilan Mesir memerintahkan pengakiran keadaan darurat atas desakan beberapa kalangan masyarakat tempatan.

Namun, pasukan keselamatan kelihatan di beberapa tempat di kota Kaherah pasca pencabutan keadaan darurat tersebut.

"Keamaan harus terus diperketatkan untuk menjamin keamanan dan keselamatan masyarakat," kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim yang bertanggangungjawab keatas pasukan polis.

Tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS - Zamri

Salmiyah Harun, 15 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing.

"Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya.

Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang  membelenggu rakyat.

Katanya,  Pemuda PAS perlu sentiasa cakna dan ke depan untuk membela rakyat dan merasai denyut nadi rakyat di pelbagai peringkat dan golongan.

"Tidak harus ada sikap eksklusif tetapi  perlu sentiasa bersikap responsif dengan persekitaran semasa," katanya kepada Harakahdaily.

Zamri juga bercita-cita mahu menjadikan Pemuda PAS sentiasa relevan dengan persekitaran anak muda yakni mereka harus bersikap terbuka dan meraikan kepelbagaian sikap dan perbezaan pendapat dengan hujah dan pendekatan yang matang serta bersifat kontemporari.

"Pengundi berusia 21 hingga 30 tahun inilah yang perlu ditarik oleh kita untuk bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat. Sedangkan kita tawarkan banyak termasuk isu PTPTN dan harga kereta tetapi undi mereka kepada PAS hanya sedikit.

"Inilah yang perlu kita kaji mendalam. Pemuda PAS kena bekerjasama dan cakna bukannya membuat program 'ad-hoc' semata-mata," tegasnya.

Zamri juga mengakui bahawa jati diri anak muda harus diperkukuhkan dengan tarbiyyah dan menanam rasa cintakan negara serta semangat  patriotisme yang tinggi kerana merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara ini kelak.

"Tidak boleh hanya tarik golongan profesional semata-mata tetapi kesemua ini perlu diadun jalin. Pengukuhan jati diri dengan ajaran Islam dan tarbiyyah mendalam adalah senjata yang paling utuh untuk sebuah perjuangan Islam," katanya.

Justeru katanya, agenda-agenda tersebut perlu dilaksanakan oleh Pemuda PAS dan percaya ianya akan menjadi pilihan pertama khususnya untuk anak-anak muda Melayu.
Pada pemilihan PAS kali ini, Zamri buat pertama kalinya bertanding di peringkat tinggi Pemuda PAS Malaysia bagi jawatan Naib Ketua.

Dalam pemilihan kali ini, selain Zamri, Ir. Mohd Khairul Nizam Khairuddin turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.

Hala tuju PAS Selangor depani politik negara

Saidah Hairan, 15 Nov 2013
SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.

Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.

Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.

"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.

"Kita tidak boleh halang kempen di facebook walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh pimpinan. Ada yang kempen menyerang secara terang-terangan dan ada juga secara lembut tetapi mempunyai agenda tersembunyi," tegasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan mentup ijtimak sehari dii Dewan Sivik Petaling Jaya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Manakala forum melibatkan ahli panel Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad dan Ustaz Ahmad Awang.

Keputusan UPSR bukan penamat segala-gala

Normala Sudirman, 15 Nov 2013
NGO Pendidik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon UPSR yang menerima keputusan peperiksaan UPSR semalam. Kepada ibu bapa dan warga pendidik ,juga diucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dengan penuh kegigihan dan ketabahan selama ini. Sudah pasti jasa dan pengorbanan ini akan ‘membekas di hati’ dan dikenang oleh anak–anak yang melalui detik pertama menempuh ujian selama 6 tahun berada di alam sekolah rendah.

Walau apa pun keputusan UPSR yang diterima, syabas dan tahniah diucapkan atas kegigihan menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu di samping ingin memenuhi cita-cita beroleh kejayaan yang cemerlang.Pastinya,ibu bapa,guru dan warga pendidik akan gembira sekiranya keputusan 5A yang diterima. Jika sasaran untuk memperolehi keputusan tidak menepati sasaran, terimalah ia dengan hati terbuka dan redha atas qada’ qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya, keputusan UPSR adalah akronim untuk klausa ‘Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ‘ yang merupakan permulaan dan bukanlah penamat bagi segala- galanya dalam meraih bagi kejayaan dalam kehidupan. Apa yang penting ,jangan mudah berputus asa dan kecewa jika tidak berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Juga jangan berasa terlalu gembira jika matlamat untuk memperolehi keputusan 5A telah tercapai kerana ia hanya permulaan bagi sebuah laluan dalam meniti sebuah kejayaan yang masih panjang dan jauh di hadapan. Bukanlah ia bermakna ,kecemerlangan akan terus dicapai jika akhirnya pelajar leka dengan kejayaaan yang diterima.Ini adalah kerana peperiksaan SPM ,STPM dan laluan ke IPT menanti usaha yang gigih dan berterusan untuk menggapai sebuah kejayaan.

Kebimbangan saya adalah hilangnya keyakinan pelajar dalam hidup jika apa yang diimpikan tidak tercapai. Contohnya, tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR hinggakan mengambil keputusan nekad untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Ini pernah terjadi kepada segelintir pelajar akibat rasa kecewa dengan keputusan yang diterima hingga mengambil keputusan nekad seperti itu. Lebih-lebih lagi, mereka beranggapan hidup di dunia dunia seolah olah tiada erti kerana gagal memenuhi impian keluarga dan pihak sekolah. Sedangkan masih banyak lagi langkah kejayaan yang akan dilalui jika kita sabar dan bangkit untuk menggapai cita-cita dan kejayaan menuju ke gerbang jaya. Semoga tiada kes seperti ini berlaku pada tahun ini dan pada masa akan datang.

Akhir kata, “Selamat Maju Jaya”. Teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu ke gerbang jaya!

Mutiara kata : Kejayaan tidak pernah berakhir.Kegagalan tidak pernah termusnah. Yang penting adalah sebuah KEYAKINAN !Teruskan usaha sepanjang masa..

*Penulis adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)

PELIK TAPI BENAR!!!! ... RTM MAKNA PAS PUN TIDAK TAHU!!!!


Punyalah sengkek Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia makna PAS pun tidak tahu .. bikin malu kompeni betul!!!!

PAS dah wujud sekian lama lebih 50 tahun begitu juga RTM.

Surat Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa Jabatan Penerangan Malaysia, Abdul Muis Shefii kepada Ketua Penerangan PAS bertarikh 11hb November 2013 mengenai liputan media pihak RTM Muktamar Tahunan PAS pada22 - 24 November 2013 di Shah Alam dengan menyatakan Ketua Penerangan Parti Islam Semenanjung (PAS) Lajnah Dawah PAS Pusat ... dahlah perkataan dakwah silap tulis dawah saja ... tapi paling menyedihkan dan menggelikan sekali ialah PAS di tulis sebagai Parti Islam Semenanjung dan bukannya Parti Islam SeMalaysia.

Inilah akibatnya apabila RTM kerja asyik menjadi media suruhan membuta tuli kepda UMNO/BN sekian lama.

Kalau dah makna PAS pun tidak tahu .. lebih baik berhenti saja sebagai pegawai RTM berjawatan Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan