Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah
Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu
malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya,
tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal.
Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak
kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba
baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk
menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap
ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya:
"Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang
ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang
digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara
yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara
keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik
dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu
yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun
kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang
anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat
amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang
berjiwa besar.
Ketokohanmu, Umar Abdul Aziz
Sudah lama rasanya tidak mencoret di kanvas hijau ini. Alhamdulillah
sudah masuk minggu kedua pengajian semester musim bunga 2013. Officially sudah bergelar pelajar tahun akhir. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Okey. Kembali kepada topik asal. Pernah dengar nama Umar Abdul Aziz?
Saya percaya pasti anda pernah mendengar nama ini. Paling tidak pun
pernah mendengarnya sewaktu belajar subjek Sejarah di sekolah menengah.
Siapakah Umar Abdul Aziz ini? Nama beliau ialah Umar Bin Abdul Aziz.
Ayahnya bernama Abdul Aziz Bin Marwan manakala ibunya ialah Laila Binti
'Asim. Beliau merupakan khalifah pada zaman Umayyah.
Aha. Pernah tak dengar kisah gadis bersama ibunya yang enggan
mencampurkan susu dengan air? Pada ketika itu Saidina Umar al-Khattab
sedang membuat penyamaran dan terdengar perbualan ibu dan anak ini.
Kisah ini amat popular saya kira.
Gadis ini telah dinikahkan oleh Umar Al-Khattab dengan anak lelakinya
yang bernama 'Asim. Daripada perkahwinan inilah lahirnya ibu kepada Umar
Bin Abdul Aziz ini iaitu Laila Bin 'Asim.
Harapan Umar Al-Khattab sewaktu mengahwinkan anaknya dengan gadis yang
jujur itu amatlah besar. Katanya, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini
bakal pemimpin yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan
Ajam."
Penyatuan Abdul Aziz Bin Marwan dan Laila Binti 'Asim ini melahirkan
seorang Umar Bin Abdul Aziz. Beliau merupakan cicit kepada Umar
al-Khattab.
Walaupun ayahnya orang Mesir, khalifah Umar Bin Abdul Aziz ini membesar
di Kota Madinah. Beliau diasuh oleh Abdullah Bin Umar Al-Khattab; abang
kepada 'Asim. Beliau juga diasuh oleh para sahabat Rasulullah seperti
Anas Bin Malik, Abdullah Bin Mas'ud dan Abdullah Bin Jaafar Bin Abu
Talib.
Ketika kecil, Umar Abdul Aziz sudah menghafal Al-Quran. Beliau juga
menguasai banyak ilmu syariah. Diperkatakan bahawa solatnya persis solat
Rasulullah SAW.
Ketokohan yang dimiliki oleh Umar Abdul Aziz membuatkannya dilantik
menjadi gabenor pada usia 25 tahun. Kemudiannya beliau dilantik menjadi
khalifah ketika berumur 37 tahun. Hebat bukan sosok seorang Umar Abdul
Aziz ini? Beliau telah pun diberi kepercayan memimpin umat Islam ketika
usia yang muda.
Ada satu keistimewaan yang menarik minat saya mengenai Umar Abdul Aziz
ini. Beliau merupakan seorang yang paling banyak menangis kerana
takutkan balasan api neraka ALLAH.
Umar Abdul Aziz menangis saat membaca ayat ke-12 hingga 14 surah Al-Furqan yang bermaksud, "Apabila
ia (neraka) melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar
suaranya yang gemuruh kerana marahnya. Dan apabila mereka dilemparkan ke
tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu, mereka di sana
berteriak mengharapkan kebinasaan. (Akan dikatakan kepada mereka),
"Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan, melainkan
harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang."
Sewaktu di rumah pun beliau menangis kerana takutkan api neraka.
Sehinggakan anaknya, Abdul Malik datang bertanyakan kenapakah beliau
menangis. Beliau menjawab, "Duhai anakku, ayah takutkan balasan ALLAH seandainya ayah menjadi pemimpin yang tidak adil."
Padahal, jika kita menelusuri rekod sepanjang 7 tahun pemerintahan Umar
Abdul Aziz di Madinah, tidak ada langsung rungutan mahupun aduan
daripada penduduk Madinah. Sehinggakan pada akhir Umar Abdul Aziz
menjadi khalifah, tidak ada seorang pun yang berhak menerima zakat.
Beliau juga mengembalikan harta-harta yang dirampas oleh khalifah
terdahulu kepada pemiliknya. Bahkan, beliau meminta isterinya
menyerahkan barang-barang perhiasan kepada baitul mal untuk diagihkan
kepada penduduk yang lebih memerlukan. Betapa mulianya insan yang
bergelar Umar Abdul Aziz ini.
Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar mengenai ketokohan Umar Abdul
Aziz ini. Antaranya ialah berkenaan ketaatan beliau kepada Yang Khaliq.
Ketaatan itu membuatkan beliau merasa setiap perbuatannya dilihat oleh
ALLAH. Jadi, bagaimana mungkin beliau mampu melakukan sesuatu yang tidak
diredhai ALLAH? Kerana setiap gerak gerinya sentiasa di bawah
pengawasan Yang Maha Melihat.
Okey. Setakat itu dahulu. Bersama kita mencontohi keperibadian khalifah
Umar Abdul Aziz ini. Seorang hamba yang taat. Seorang pemimpin yang
adil. Seorang anak didik yang gigih menuntut ilmu. Seorang anak yang
soleh dan musleh.
Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana
Khalifah Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana
Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz
berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau
sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini,
selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut
menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan
bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di
sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan
tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat
berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahsianya.
Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum
kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga.
karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato
agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor.
Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan
melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian
Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur
Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang
dipakai itu", jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke
Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar
Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai
menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir
itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah
lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah
kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan ketika
mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri
Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri
raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan
kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa
suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada
lelaki tukang keruk pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang
keruk pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum.
Sekali lagi tamu itu terkejut dan
beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang
anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah
memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan.
"Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut.
"Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan
isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah
dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat
seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah
diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal
dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak
kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati
engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid,
bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.
Sementara suami isteri itu
memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah
berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda.
"Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang
anaknya, maka terkejutlah kedua ibu bapa itu sambil segera memeluknya.
Mereka gembira luar biasa bercampur heran. "Ayah, ibu tetap saja di
situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi,
demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan
untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud
anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa
kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk
mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam
keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah
wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam
pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya
termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya,
menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu
dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk
kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah
wafat.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin
Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin
Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M).
Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan
telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan.
Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada
Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah
cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab.
Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar,
iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis.
Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul
dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk
menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh
terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair,
Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul
Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan
puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya).
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang
diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat
berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua
lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk
kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu
diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah
dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat
biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan
kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep
jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini
terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang
boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan
harta kerajaan.
Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M)
setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas
wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan
itu.
Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat
berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan
bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan,
“Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa
diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin.
Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada
diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!”
Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah
memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan
kebahagiaan dan keberkatan!”
Setelah itu dia
lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia
dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa
mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh
ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya
mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak
ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar.
Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat
kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia
tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh
Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata
Saidina Abu Bakar seperti berikut;
".....Patuhilah
aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak
mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian
terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan
sanadnya adalah sahih).
Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita
sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan
diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan.
Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”
Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata.
Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah”
Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata.
Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz
telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal.
Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) Menghapuskan
cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut
dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan
ayat suci al-Quran
2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) Memecat
pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai
yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) Menghapuskan
pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah
terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata
tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal
peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat
sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan
rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga
ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan
rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan
masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana
yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.
Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar
mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam
supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari
bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang
dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10
orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk
mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah
menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua
rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya
keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan
adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab,
yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh
pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.
Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz
Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".
Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”
Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa."
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"
"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah."
Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)
Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz.
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya.
Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".
Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”
Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa."
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"
"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah."
Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)
Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz.
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya.
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah
pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan
sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat
layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.
Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari
sendiri.
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur,
adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman
moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan
ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang
zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang
yang benar-benar ikhlas!
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang
berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN ,
ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di
kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali
sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada
Allah s.w.t.
Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya,
mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa
lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang
menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang.
Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin
Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian
juga?
Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad
dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta
dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada
golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu
mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang
sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini?
Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? Sedarlah dan jelirlah
kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak
pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada.
Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan?
Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena
culik, dikhianat dan sebagainya.
Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka
orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan
makin terkepit. Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya
semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak
suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh
kerajaan beri subsidi selalu lah ni". Orang yang cakap begitu biasanya
hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami
kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah
di luar sana.
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati
sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh
mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi
kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia
tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi
kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah
mengkayakan dia.
Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah
s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan
ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia
merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak
sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan
dipersoalkan di Hari Kiamat kelak.
“Ketahuilah
oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan
sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian
serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan
yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani,
kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan
ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20)
Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini
dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu
oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah
dan ikut telunjuk penjajah.
Rujukan:
1 - tayibah.com
2 - Abdurrahman, Jamal (dalam bahasa Indonesia). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah.
3 - Jalaluddin Suyuthi - Tarikh al-Khulafa (Sejarah Para Khalifah).
Kisah Umar Abdul Aziz: Adakah Masih Relevan?
Sememangnya apa yang perlu kita fahami ialah bahawa Allah bukan sahaja menurunkan kepada kita wahyu berhubung cara hidup yang wajib kita ikuti supaya selamat di dunia dan di akhirat, tetapi telah juga menunjukkan kepada kita cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan sehingga masyarakat yang jahilliyah bertukar menjadi masyarakat yang berdiri tegak atas dasar Islam. Cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan telah dizahirkan secara praktiknya oleh Rasulullah (SAW) selama 23 tahun bermula dari turunnya wahyu yang pertama sehingga wahyu yang terakhir. Oleh itu, sirah Rasulullah (SAW) akan sentiasa menjadi panduan dan pedoman setiap pejuang Islam.
Penurunan ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat, mengikut keperluan dan perkembangan masyarakat Islam, merupakan hujjah yang kukuh bahawa masyarakat perlu dididik dan pemikirannya dibentuk supaya bersedia untuk menerima perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam. Perubahan tidak mungkin diterima sekiranya didatangkan secara mendadak tanpa terlebih dahulu menyediakan masyarakat melalui hujjah dan penjelasan ataupun contoh praktikal. Kefahaman yang sebegini berhubung psikologi manusia dan ilmu kemasyarakatan tidak mungkin wujud pada zaman Rasulullah (SAW) dan oleh itu ianya merupakan satu lagi bukti bahawa Islam adalah dari Allah.
Ketinggian ilmu kemasyarakatan dan kefahaman psikologi manusia yang dimaksudkan jelas juga terbukti dalam peristiwa pengharaman minuman keras. Kaedah dan prinsipnya dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin Islam seperti Umar Abdul Aziz. Ayat-ayat berhubung minuman keras diturunkan selepas Hijrah dan mengambil bentuk nasihat dalam dua ayat yang pertama dan pengharaman pada ayat yang ketiganya. Pengharaman secara berperingkat ini dilakukan bukan terhadap golongan manusia yang masih ragu-ragu terhadap Islam tetapi sebaliknya terhadap yang telah mengorbankan segala-galanya (Muhajirin) dan yang telah berjanji untuk mengorbankan bukan sekadar harta-benda tetapi juga jiwa raga untuk Islam (Ansar melalui Baiah Al-Aqabah ke-2). Walaupun keikhlasan dan komitmen terhadap mereka yang ayat-ayat ini ditujukan pada ketika itu adalah terbukti kepada Islam, namun kaedah beransur-ansur tetap digunakan. Ini adalah kerana disedari bahawa minuman keras merupakan kebiasaan dan kebanggaan masyarakat ketika itu dan perubahan sebegini perlu dilaksanakan secara hikmah.
Berhubung kisah yang melibatkan Umar Abdul Aziz (RA) pula, perlu difahami bahawa beliau mengambil alih pemerintahan Bani Umayyah yang khalifah-khalifah sebelumnya membenarkan berkembangnya fasad dan maksiat dikalangan ahli istana dan masyarakat Islam. Ini adalah di antara sebab mengapa mereka tidak dikategorikan segolongan dengan golongan ‘Khulafa Ar-Raashidiin’. Walaupun beliau ingin mengubah keadaan ini, beliau bertindak secara berhati-hati, bukan kerana takut tindak-balas golongan penentangnya tetapi penolakan oleh masyarakat umum. Bukan penolakan terhadap peribadinya, tetapi terhadap Islam. Sepertimana disebut oleh beliau;
“Sesungguhnya aku bimbang, aku melaksanakan kepada manusia kebenaran secara keseluruhannya, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah”Perlu difahami dari kisah ini bahawa perubahan yang ingin dibawa bukan terhad kepada persoalan minuman arak tetapi apa jua aspek yang telah dirosakkan pemimpin sebelum beliau.
Kita perlu iktiraf bahawa masyarakat yang beliau ingin tangani merupakan satu masyarakat yang begitu dekat dengan zaman RasuluLlah (SAW) sekiranya berbanding dengan zaman kita. Dengan adanya peninggalan-peninggalan para Sahabat, Tabi’in dan Taba Tabi’in yang jelas hebat dan mengagumkan dan keadaan ummat Islam yang ketika itu merupakan tamadun yang sedang berkembang maju disetiap bidang dan kejayaan tercapai disetiap sempadan, semestinya tugas beliau untuk mengembalikan asas pemerintahan dan pentadbiran kepada Islam adalah mudah. Namun, beliau faham bahawa ianya tidak semudah itu. Kekuasaan pemerintahan bukan segala-galanya.
Ada seorang pengunjung blog ini dalam membahas soal perlaksanaan hukum Hudud memberi komen bahawa pada zaman British memerintah dan melaksanakan sistem undang-undang mereka, adakah mereka ambil peduli kehendak rakyat. Tidak, namun tetap berjaya dilaksanakan kerana British mempunyai wang dan meriam (lebih kurang begitulah hujjahnya). Saya cuma nak jawab, pertama British bukan guru kita dan cara mereka mendapatkan ketaatan adalah sesuai dengan niat mereka untuk menguasai dan menzalimi. Kedua, kita nak menyelamatkan manusia dan penerimaan yang kita inginkan adalah penerimaan yang bersifat rela. Ketiga, kita sedar dengan penuh keinsafan bahawa penolakan seruan kita boleh membawa kepada penolakan Islam dan ini merupakan tekanan yang mewajibkan kita bertindak dengan penuh hemah dan kebijaksanaan supaya masyarakat memahami dengan jelas betapa mulianya usaha dan risalah kita.
Secara mudah boleh kita katakan bahawa Umar Abdul Aziz (RA) mengamalkan pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ yang risau akan mad’unya dan bukan pendekatan ‘penghukum’ yang hanya berfikir akan ketepatan hukuman itu dengan kehendak undang-undang. Dalam usaha kita sebagai sebuah gerakan yang ingin membawa perubahan, pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ ini perlu diutamakan walaupun soal hukum tidak boleh dan tidak perlu diabaikan begitu sahaja.
Dalam keadaan kita yang begitu jauh dari zaman RasuluLlah (SAW) dan zaman kegemilangan Islam di mana kehebatan pemerintahannya tinggal hanya di dalam lembaran sejarah, semestinya tugas untuk membawa masyarakat kembali pada Islam adalah jauh lebih sukar. Kita bukan mewarisi satu masyarakat di mana kebenaran dan kehebatan Islam tidak dipertikaikan, seperti pada zaman Umar Abdul Aziz. Kita tidak juga datang kepada tampuk kekuasaan dengan ahli masyarakat berbaiah taat setia dan sanggup berkorban apa jua demi Islam seperti Rasulullah (SAW) melalui hijrah Baginda. Kuasa pemerintahan yang ada pada kita hanya mampu kita perolehi melalui dasar ‘kongsi-kuasa’ dan seruan ‘perubahan ke arah keadilan’. Kebencian masyarakat terhadap pemerintahan lama merupakan antara faktor utama kemenangan kita, bukan sayangnya mereka terhadap kita! Hakikat bahawa kita hanya mampu mendapat pemerintahan atas dasar sebegini dengan sendirinya merupakan bukti bahawa masyarakat belum bersedia untuk menerima ‘perlaksanaan kebenaran secara keseluruhannya’ seperti yang disebutkan Umar Abdul Aziz. Namun, dengan adanya keterlibatan kita dalam pemerintahan ini, perlulah kita manfaatkannya ke arah usaha dakwah dan mendidik yang lebih berkesan.
Apabila saya mula-mula meletakkan petikan ini, ada yang bertanya “adakah PAS Selangor mempunyai perancangan dakwah dan penerangan yang menyeluruh dan berkesan untuk membimbing masyarakat ke arah perubahan yang diperlukan?” Saya ingin tanya balik, “adakah kita sedar akan keperluannya ataupun menganggap sekarang dengan adanya kuasa kita laksana sahaja pengharaman itu dan ini?” Ya, malangnya, ramai yang bersifat ‘musta’jiluun’ iaitu yang ingin melihat pengharaman ini dan itu tanpa adanya apa-apa usaha untuk menjelaskan keburukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu atau memahamkan masyarakat akan kebijaksanaan pengharamannya. Mereka tidak khuatir akan penolakan oleh masyarakat kerana ikut mereka, itu bukan masalah mereka, hukum tetap hukum. Amat sangat bezanya orang yang menjiwai dakwah Islam, seperti Umar Abd Aziz dan orang yang berdakwah atas dasar semangat semata-mata.
Sememangnya perancangan menyeluruh sebegitu perlu diadakan dan inilah peranan yang perlu dimainkan oleh Ketua Penerangan di bawah pemantauan PJ. Peranan penjawat jawatan dalam organisasi PAS semasa PAS pembangkang dan semasa PAS pemerintah semestinya berbeza. Tanggung-jawab semakin bertambah dan implikasi ketidak-upayaan untuk memenuhi tanggung-jawab ini semakin serius. Gagalnya kita bererti kita telah menggagalkan perjuangan Islam setelah Allah memberi kita sedikit peluang. Gagal kerana kita mengambil mudah tanggung-jawab kita ini, tidak menyedari betapa hebatnya implikasi tindakan-tindakan kita ke atas dakwah kita yang telah kita usahakan selama berpuluh tahun!
Dalam usaha ke arah perubahan ini, yang terpenting, lebih penting dari persoalan pengharaman itu dan ini, ialah mengembalikan keyakinan ummat Islam terhadap kehebatan kepimpinan dan pemerintahan Islam. Persoalan-persoalan ‘Aqeedah’, bukan sifat dua puluh secara terpisah, tetapi bagaimana Islam itu Rahmat kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Islam itu Adil kerana Allah itu Adil dan sebagainya perlu dizahirkan. Masyarakat Muslim perlu difahamkan bahawa kepimpinan yang prihatin, berkebajikan, telus, amanah, berjiwa rakyat adalah sifat-sifat kepimpinan dan pemerintahan yang dituntut Islam. Maka dengan itu masyarakat Muslim akan merasa bangga dengan Islamnya dan melihat relevensinya. Dengan itu akan dipulihkan Aqeedah mereka dan mereka akan kembali sibuk menatap kitab-kitab berhubung kaedah pemerintahan Islam.
Masyarakat bukan Islam pula akan melihat bukti kebenaran Islam, satu-satunya agama yang mengaitkan ketaqwaan kepada keadilan dan menyedari bahawa sesuatu agama yang datangnya dari Allah semestinya tidak akan mengabaikan persoalan pemerintahan, keadilan dan kebenaran. Ini dia usaha dakwah, bukan hanya soal bersama orang asli atau kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Berhubung usaha-usaha pengharaman, saya lebih cenderung untuk mencadangkan, sambil usaha pendidikan terus dijalankan, perubahan dilakukan atas desakan orang ramai secara berperingkat-peringkat. Biar ianya dilihat ‘bottom-up’ dan tidak ‘top-down’. Ke arah itu organisasi PAS di peringkat cawangan-cawangan mesti aktif berkempen ke akar umbi masyarakat berhubung sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan mendesak kemudiannya, setelah mendapat persetujuan, supaya tindakan tertentu diambil. Sebagai contoh, ini boleh melibatkan persoalan kekotoran, kewujudan kedai arak, kedai judi, kelab malam, kawasan gelap yang menjadi tempat peleseran muda-mudi dan sebagainya yang menimbulkan masalah kesihatan dan sosial kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Ianya boleh juga berhubung dengan masa yang diperuntukkan untuk kelas agama di sekolah jenis kebangsaan dan cadangan-cadangan bagaimana ianya boleh dipertingkatkan atau apa-apa jua masalah lain yang difikirkan perlu diubah. Atas desakan ini, kerajaan bertindak. Melalui kaedah ini, sedikit demi sedikit, satu per satu dapat ditangani dan pada masa yang sama ditimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat.
Sekiranya kita dilihat terlalu ghairah dalam mengusahakan agenda yang belum lagi diterima masyarakat, tidak mengambil kira pendapat rakyat, kita akan ditolak. Kita tidak tahu bila pula kita akan mendapat peluang seperti ini sekali lagi. Adakah kita sanggup menjadi punca keadaan seperti ini?
WalLahu 'Alam
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya.Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahawa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu masuk untuk memberitahu Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”
Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana perilaku gabenor, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Apakah ada yang mengadukan?
Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya.
Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.
“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu?
Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak boleh menerangi ruangan kerana cahayanya yang amat kecil.
Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan.” Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, istri, dan keluarganya.
Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar bertanya, “Apa itu?”
“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”
Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu memulakan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”
Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin, sangat berbeza dengan realiti pemimpin masa kini.
“Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah.”
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz-
Inspiratif....
BalasPadam