Khamis, 21 November 2013

KENAPA KITA DEGIL NAK MENGIKUT SURUHAN ALLAH....ADAKAH KITA JAHIL ATAU DIRI KITA DAH DIKUASAI OLEH IBLIS....DAH ALLAH BAGI HIDUP KIRA DAH UNTUNG

Cerita Panas Harian Brunei baca kerana ini penting Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 taun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit. Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. ‪#‎sila‬ share. LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1) mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali. KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna (a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau (b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat, TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194. Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya. TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195. (1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan. HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun. (2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan - (a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau (b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang- kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2). HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan- (a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun. *rasa macam nk g pindah kat brunei 

 

 

 

 

 SUBHANALLAH!! Kenali Pemuda Bernama Ahmad Ammar [MESTI BACA...]
Posted on Wednesday, November 20 @ 21:19:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Al-fatihah. - IniKalilah"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, November 20 @ 21:19:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Published on Wednesday, November 20, 2013 Wednesday, November 20, 2013 //
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.




Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.





Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam



Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam


Sumber

Ugut keluar Pakatan: PAS Pulau Pinang tidak bijak, kata Mujahid

November 20, 2013
Langkah PAS Pulau Pinang meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika tuntutan mendapatkan jawatan mereka tidak diendahkan, ditempelak pelbagai pihak.
Selain pihak yang memerhati, pemimpin PAS juga tidak senang dengan langkah itu.
"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.
"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).
Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR.
Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.
Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.
Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.
Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.
PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.
Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.
Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.
"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.
Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan  orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP.
Selain Mujahid, para pengguna Facebook mempermainkan pemimpin PAS Pulau Pinang  ekoran 'ugutan' yang dibuat mereka semalam.
"Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting," tulis Abdul Wahad Jusoh dalam Facebooknya.
Bagi beliau, perkara ini boleh dirunding.
"Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar. '
"Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja," tulisnya.
"Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR," tulis Danny Jay pula. – 20 November, 2013.

 

 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan