Khamis, 21 November 2013

KERETA 12 TAHUN....KENYATAAN TAK DE DATA....TIADA KAJIAN....MAIN SEBUT JE....REALITI KERETA BARU BOLEH PANDU LAJU....SIKAP MENUNJUK2

JOM KITA TENGOK RAKAMAN GAMBAR KERETA- KERETA BERUSIA 12 TAHUN KEATAS MEMANG SAH TIDAK SELAMAT DI PANDU DI JALANRAYA????


Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, 2 hari lalu.

Nape ??? Tidak Percaya?????? ..

Lihat rakam gambar-gambar diatas .... semuanya kereta buruk lebih 12 tahun tuuuu..

Inilah dinamakan kerja mengampu bodek melulu tanpa ada rasa sedikit pun rasa malu  ... Malang sungguh negara kita memiliki pegawai kanan sebegini rupa dan perangai.

Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina


on Wednesday, November 20, 2013
Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.



Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).





Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Sumber


Padah buat pusingan U
  • Padah buat pusingan U Kereta yang dinaiki mangsa memasuki longkang selepas dirempuh sebuah treler.
1 / 1
TERACHI – Niat sebuah keluarga untuk berpatah balik menghala ke Kuala Pilah semula mengundang padah apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di 24.5 kilometer, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, sepasang suami isteri, Hussain Abu, 76, dan Hasnah Ahmad, 68, yang duduk di tempat duduk belakang kereta jenis Kenari itu maut, manakala anak perempuannya, Sofia, 48, cedera ringan dan cucunya yang juga pemandu kereta itu, Nurshahera Zainurin, 21, tidak cedera.

Pasangan suami isteri itu disahkan maut pada jam 5.10 petang, kelmarin selepas mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Difahamkan, mereka sekeluarga dari arah Kuala Pilah ke Seremban untuk pulang ke Taman Bukit Muda, Kuala Lumpur selepas menziarahi saudaranya yang meninggal dunia pada Selasa lalu di Kampung Kuala Kepis.

Selepas membuat pusingan U, Nurshahera memberi isyarat lampu kanan untuk memasuki jalan ke arah Kuala Pilah, namun pada masa sama, sebuah treler muatan kimia merempuh bahagian pintu belakang sebelah kanan kereta terbabit.

Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki empat sekeluarga terbabit hilang kawalan lalu terbabas memasuki longkang.

Pemandu treler, S Namasivayam, 47, berkata, dia dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Kerteh, Terengganu untuk menghantar bekalan kimia di sebuah kilang.

Menurutnya, ketika tiba di kawasan itu, dia mendapati sebuah kereta Kenari memberi lampu isyarat ke arah kanan dan cuba membuat pusingan U.
“Jarak antara kenderaan saya dengan kereta itu hanya 50 meter sahaja. Saya fikir pemandu itu tidak akan memasuki jalan berkenaan, namun sangkaan saya meleset.

"Saya sempat tekan brek tetapi treler dipandu saya menggelongsor ke hadapan lalu merempuh bahagian belakang kereta tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Terusan Seberang, Juasseh dan menetap di Kuala Lumpur mengalami pendarahan teruk dalam anggota badan.

"Bedah siasat ke atas mangsa dilakukan keesokan hari (semalam) dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kepis, semalam.

Juruteknik maut bertembung lori
  • Juruteknik maut bertembung lori Mangsa cedera parah di bahagian badan selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori pemungut sampah.
1 / 1
ARAU - Seorang juruteknik bahagian Kejuruteraan Elektrik Majlis Perbandaran Kangar (MPK) maut dalam kemalangan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori pemungut sampah di Jalan Padang Nyu, Arau kelmarin.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, Mohamad Azihan Ismail, 22, dipercayai datang dari arah Kampung Gial menghala ke Batas Seliku.

“Namun apabila sampai di tempat kejadian, Mohamad Azihan gagal mengelak lori terbabit yang keluar dari simpang Taman Ria, mahu membelok kanan ke arah Kampung Gial.

“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan," katanya.

Sementara itu, katanya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Manakala, menurut Setiausaha MPK, Suhaimi A Majid, kematian Mohamad Azihan merupakan satu kehilangan besar kepada MPK.

Katanya, arwah yang sudah setahun bekerja dengan MPK sentiasa menunjukkan prestasi yang baik selain seorang kakitangan berdisiplin.

Tambah Suhaimi, Mohamad Azihan yang berasal dari Ladang Tebu, Chuping merupakan pekerja yang sentiasa mesra dengan rakan-rakan, malah mudah didekati kerana sikapnya yang peramah.

“Sebaik sahaja dihubungi mengenai kemalangan, pihak MPK terus ke tempat kejadian dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pengurusan jenazah.

“Saya bersama kakitangan MPK turut ke majlis pengebumian jenazah sehingga selesai pada pukul 1 pagi semalam di Tanah Perkuburan Felda Chuping,” katanya.

Suami isteri maut Proton Exora langgar tembok
TANGKAK - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok di Km9.5 Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Parit Fajar, Kesang di sini hari ini.
 
Kemalangan pada pukul 4 petang itu menyebabkan Dharil Yusof, 42, mati di tempat kejadian manakala isterinya Roslina Mahmod, 40, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superitendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
  
Ketika kejadian, Roslina dan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Kesang di sini, tidak jauh dari tempat kejadian.
 
Kereta Proton Exora yang dipandu Roslina dikatakan hilang kawalan dan merempuh tembok tepi jalan menyebabkan kereta itu remuk dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk mereka.
 
Pasangan itu meninggalkan empat orang anak berusia antara empat hingga 15 tahun.  - Bernama

PEMBANGKANG PONTENG HADIR PERSIDANGAN DUN SELANGOR!!!!!


Pagi ini apabila Omak Kau membuat liputan persidangan DUN Selangor terkejut besar apabila mendapati sejumlah besar ADUN pembangkang yang di kepalai sendiri oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor ADUN Sungai Burung Datuk Mohd Shamsuddin Lias tidak menghadirkan diri ketika perbahasan berjalan lancar dan rancak.

Sebab itu ketika pihak pembangkang bangkit untuk mendapat jawapan dan penjelasan dari barisan Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mulalah merapu meraban.

Bila pihak kerajaan memberikan penjelasan ponteng ... Ini dinamakan makan gaji buta.
PRU13 lalu  menyaksikan UMNO/BN memperoleh 12 kerusi DUN Selangor, dan jumlah ini berkurangan berbanding 20 kerusi yang diperoleh BN semasa PRU12.

Mereka yang tinggal adalah Adun Kuang Abdul Shukur Idrus, Sulaiman Abdul Razak (Permatang), Jakiran Jacomah (Bukit Melawati), Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara), Shahrum Mohd Sharif (Dengkil), Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali), Kamarol Zaki Abdul Malik (Sungai Air Tawar) Datuk Rosni Sohar (Hulu Bernam), selain Budiman, Amiruddin dan Mohd Shamsudin.

Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam

 by


Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya.
Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.





Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.
Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
“Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)
Source: Bimbingan Mukmin

 


KISAH INI UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK SIARKAN ... KERAJAAN PR SELANGOR MELALUI YB RODZIAH ISMAIL BERI SUMBANGAN RM100,000 KEPADA MANGSA TAUFAN HAIYAN.



Taufan Haiyan : Selangor sumbang RM100 ribu

Kunjungan delegasi dari Kedutaan Filipina ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor YB Rodziah Ismail membincangkan keadaan rakyat Filipina yang dilanda musibah yang hebat sehingga lebih dua juta rakyat terkesan oleh singgahan Taufan Haiyan pada 6 – 9 November lalu.

Kemusnahan teruk infrastruktur dan tempat tinggal dapat disaksikan, dengan ribuan manusia yang belum dijumpai.

Ia suatu bencana yang amat tarumatik dan akan memerlukan segala kemampuan, kesabaran serta disiplin rakyat dan pemimpin di Filipina untuk kembali sediakala.

Ia tentunya akan menjadi proses ujian kehidupan yang boleh merubah lanskap kehidupan rakyat Filipina – semuga menjadi lebih berdaya.

Selangor menyumbang RM100 ribu untuk mangsa Taufan Haiyan dan akan bersama beberapa NGO untuk memberi bantuan pelbagai khususnya berkaitan rehabilitasi rakyat Filipina yang terkesan oleh Taufan Haiyan.

Hadir bagi pihak kerajaan Filipina ialah Consul-General Medardo Mecaraig. Menurut beliau, 3976 telah maut, 18175 cedera, kira-kira 1500 rakyat Filipina masih belum dijumpai.


Mengapa Kita Lambat Lertemu Jodoh?



Gambar ihsan dari http://blog.syazwanwi.com
Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:





1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Source: fazilzurakil
Malaysia Airlines (MAS) Rugi Kali Ke-3 Berturut-turut (RM375 Juta). Punca? Ringgit Malaysia Lemah, Harga Minyak Naik! Malaysia Airlines syarikat penerbangan milik negara, milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh pengurusan atasan terus menghadiah berita kerugian sejumlah RM375 juta (US$118 juta) kepada rakyat Malaysia buat kali ketiga berturut-turut bagi setiap suku tahun. Puncanya? Punca Malaysia Airlines (MAS) Rugi? * Kenaikan harga minyak yang melonjak tinggi * Ringgit Malaysia yang lemah sehingga menyebabkan perbelanjaan pengurusan MAS terus meningkat * Persaingan yang semakin meningkat * Caj meningkat di lapangan terbang luar negara * Caj “Overflying” yang tinggi * Program pengiklanan * Kos pembiayaan meningkat Ini bermakna sehingga September 2013, jumlah kerugian bersih, Malaysia Airlines (MAS) telah mencecah RM830 juta. Siapa yang akan menanggung dan menampung kerugian tersebut? Sebenarnya Berita Semasa masih tidak faham mengapa dan kenapa perlu meletakkan faktor peningkatan harga minyak, kenaikan caj lapangan terbang di atas kerugian yang dibuat oleh Malaysia Airlines (MAS). Ini kerana semua caj tersebut telah pun dialihkan kepada pelanggan seperti kami di sini, bukan? Setiap harga tiket telah pun ditambahnilai melibatkan pelbagai caj seperti “fule surcharge”, “airport tax”, “admin fees” dan sebagainya ketika pelanggan mendapatkan tiket penerbangan, * Rating MAS adalah 5 stars tetapi malangnya kerapkali rugi, ranking pun sudah jatuh * Emirates yang hanya mempunyai 4 stars pun boleh menduduki ranking nombor 1 ketika ini Telah ramai pakar-pakar ekonomi merasa pelik, mengapa di Malaysia selagi suatu syarikat menjadi syarikat “bumi” kroni, ia selalunya akan mencatatkan kerugian yang besar yang mana beban tersebut akan akhirnya dialihkan semula kepada anda, anda disini. Dan yang lebih pelik lagi ialah, dalam dunia ini, selagi suatu perniagaan terus mencatatkan kerugian amat-amat disyorkan jual perniagaan tersebut. Tetapi…. Tetapi kejadian di Malaysia bertentangan pula, apabila kerajaan (CEO syarikat) telah berkali-kali menggunakan dana negara aka duit pemegang saham syarikat (rakyat Malaysia) semata-mata mahu membantu syarikat-syarikat seperti ini daripada terus mengalami kerugian besar. Setiap tahun, tetap mengulangi perkara yang sama. Walaupun ada yang tampil menawarkan diri untuk mengalami syarikat yang rugi besar ini. Tetap berdegil menggunakan dana negara. Bayangkan dengan dana negara yang digunakan selama ini yang telah melepasi angka berbilion ringgit atas nama mahu menyelamatkan syarikat-syarikat seperti ini, berapa banyak sebenarnya peluang pekerja dapat dihasilkan untuk rakyat Malaysia? Persoalannya sekarang, sudah ramai pakar ekonomi yang sudah mula ragu-ragu, ke mana sebenarnya wang yang telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat bumi selama ini? “Adakah ini salah satu helah untuk bermain magis dengan dana negara?”Malaysia Airlines (MAS) VS Singapore Airlines? Sebenarnya Malaysia Airlines jangan hanya kerap lepas tangan tanpa mengakui kesilapan sendiri di atas pengurusan dan pemasaran yang lemah. Sila bandingkan antara Singapore Airline VS Malaysia Airlines : Singapore Airlines Malaysia Airlines * Singapore Airline dari Singapore ke kota London dengan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke London pada hari yang sama * Malaysia Airlines jauh lebih murah * Tetapi, kenapa Singapore Airline boleh berjaya membuat 4 penerbangan setiap hari ke kota London? * Sedangkan, tempat duduk Singapore Airlines bilangannya snagat kurang berbanding dengan MAS. * Malaysia Airlines? P/S : Atas kertas, acapkali Malaysia mencatatkan kerugian, tetapi masih tetap mampu berjuang meneruskan operasi? Hakikatnya, Malaysia Airlines (MAS) boleh berjaya tanpa kelibat orang politik campur tangan. Apa kata anda pula?

Jangan kutuk Rosmah, nanti pelabur lari kata Menteri?


Bermati-matian Shahidan mempertahankan Rosmah Mansor yang telah menggunakan Jet Eksekutif Hak Kerajaan Malaysia untuk urusan peribadinya ke Qatar baru-baru ini..

Berbagai alasan digunakan, malah habis segala yang dilakukan oleh Rosmah kononnya untuk kebaikkan negara ini diungkitnya..

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah ‘tidak adil’ kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim (gambar) hari ini.
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.
“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.
“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma." Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.
“Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.
“Beliau telah membina negara ini,” katanya.
Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang ‘banyak perkara’.
“Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri.
“Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab,” katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen.
Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.
Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.
Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet ~ The Malaysian Insider




Tiada ulasan:

Catat Ulasan