Jumaat, 29 November 2013

HE...TAKUT.....BUKAN TAK BOLEH TAPI TINGGI SANGAT....RASULLULLAH SAW PUN ANJURKAN BIAR SEDERHANA

Hentikan keganasan terhadap wanita Mesir dan Syria!
Posted on Friday, November 29 @ 09:42:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"SERI KEMBANGAN - Tragedi kemanusiaan yang terjadi di Syria dan Mesir telah mengakibatkan kesengsaraan kepada seluruh rakyatnya terutama kaum wanita dan kanak-kanak.

Di Mesir,  sebanyak 173 kes keganasan seksual beramai-ramai dilaporkan untuk tempoh antara 30 Jun 2013 hingga 9 Julai 2013, namun hanya satu tangkapan dilakukan. Di Jordan pula, pelarian Syria memaksa anak-anak berusia 13 tahun untuk berkahwin kerana bimbang mereka akan dirogol.

Wanita dan kanak-kanak yang merangkumi 75% pelarian Syria di kem pelarian Lebanon  juga mengalami nasib yang serupa - hidup dalam ketakutan,  bimbang dirogol dan tiada peluang untuk mencari sumber pendapatan hingga ada yang terpaksa melacur untuk meneruskan kehidupan.
Sempena Hari Anti Keganasan terhadap wanita sedunia, yang disambut pada 25 November, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan tegas membantah keganasan yang dilakukan terhadap wanita di Mesir dan Syria.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dikeluarkan bulan Jun 2013 menunjukkan sebanyak 35% wanita seluruh dunia diganasi secara fizikal dan seksual.  Malah menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dalam kalangan wanita berumur 15-44 tahun, kematian dan kesengsaraan akibat keganasan didapati lebih banyak daripada yang disebabkan oleh kanser, malaria, kemalangan jalan raya dan peperangan.
“Sewajarnyalah  kita turut merasakan keperitan dan kesedihan yang mendalam apabila mereka tidak diperlakukan dengan selayaknya sebagaimana fitrah seorang manusia,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin lalu.
“Kami melahirkan kebersamaan dan solidariti terhadap wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan di Mesir dan Syria. Semoga timbul kesedaran dan keprihatinan dalam kalangan wanita Malaysia agar peduli terhadap isu keganasan wanita di dua negara itu.”
Wanita IKRAM turut menyeru kerajaan Malaysia agar menyatakan sikap tegas membantah keganasan terhadap wanita di Mesir dan Syria serta melaksanakan peranan yang rasional dan proaktif di peringkat antarabangsa seperti dalam gabungan negara-negara Islam (OIC), negara–negara ASEAN dan sebagainya untuk menghentikan konflik dan keganasan yang terjadi.

Sumber SINI
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
atriza
Posted on Friday, November 29 @ 09:42:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Ramai wanita tak sedar dirogol jin??
Posted on Friday, November 29 @ 09:34:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halis tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.



Sumber Link


  M'sia mungkin naikkan tarif elektrik tahun depan
Posted on Thursday, November 28 @ 12:42:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
   
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
   
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita semalam.
   
Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.
   
Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna  201-300 kWh (1.1 juta pengguna).
   
Ongkili berkata kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.
   
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
   
Ongkili berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.
   
Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.
   
"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.
   
Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, November 28 @ 12:42:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Penulis: Saya bangga novel diharamkan
9:59AM Nov 29 2013
Pengarang terkenal, Faisal Tehrani berkata, beliau berbangga sekiranya benar laporan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengharamkan novelnya 'Perempuan Nan Bercinta' yang dilancarkan perdana menteri tahun lalu.

NONEFaisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa bagaimanapun
berkata, beliau masih tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan masih melihat novelnya itu dijual di rak buku sehingga minggu lalu.

"Sekiranya khabar ini benar, saya gembira kerana telah mencipta dua kali sejarah yang tidak dilakukan oleh mana-mana pengarang hatta sasterawan negara sekalipun.

“Hanya novel Pak Sako (dilarang British) dan buku ilmiah Pendita Za'ba pernah diharamkan pihak berkuasa agama Perak satu masa dahulu. Kedua-duanya adalah ikon saya," jelas beliau kepada Malaysiakini.

Perempuan Nan Bercinta merupakan novel kedua Faisal yang diharamkan selepas Novel Sebongkah Batu di Kuala Berang pada 2011, yang dipercayai novel tempatan pertama diharamkan selepas merdeka di negara ini.

Bagaimanapun langkah itu tidak membuatkan Faisal patah semangat.

Katanya, beliau akan menghubungi Front Line Defenders (FLD), sebuah badan hak asasi manusia berpengaruh yang berdaftar dengan 'Special Rapporteur on the situation of human rights defenders', Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk mendapat nasihat lanjut.

Beliau juga tidak akan berhenti dari mengeluarkan nukilan ilmiah atau novel pada masa hadapan.

"Saya baru sahaja selesai menulis sebuah makalah ilmiah yang panjang berjudul 'The Malaysian Shi‘a: A Preliminary Study of Their History, Oppression, and Denied Rights'. Ia bakal diterbitkan di sebuah jurnal antarabangsa," kata beliau.

Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan MyMetro kelmarin sebagai berkata, berlaku penyusupan idea ajaran Syiah melalui novel Perempuan Nan Bercinta.

"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim,” beliau dipetik sebagai berkata.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.
1. Novel dilancar PM diharamkan Jakim
Bekalan ubat murah dorong kegiatan 'mak nyah'
8:40AM Nov 29 2013
Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati.
  
Bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin berkata pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payudara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.
  
"Selain pil hormon, suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B boleh didapati dengan harga serendah RM20 dan lebih cepat kesannya... kalau kita pelanggan tetap boleh pula dapat harga istimewa," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di kampus Universiti Sains Malaysia, di George Town semalam.
  
Beliau menyarankan pengeluaran produk sedemikian dikawal, selain penjualannya dihadkan kepada golongan tertentu sahaja bagi mengelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan tidak bermoral.
  
Mohd Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.
  
Guru sebuah sekolah di Klang, Selangor itu, akhirnya bertekad kembali ke pangkal jalan selepas jauh menyimpang dalam kehidupan songsang yang penuh kepura-puraan dan keseronokan palsu.
  
Mengimbas perjalanan hitam dalam hidupnya, Mohd Khariri berkata beliau menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.
  
Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit 'bercinta' dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.
  
"Saya pernah terkena ilmu hitam, dibelasah teman lelaki dan duit gaji saya setiap bulan habis dikaut oleh lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tidak ikhlas menyayangi saya," katanya.
  
Beliau juga mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.
  
"Azabnya hanya Tuhan saja yang tahu, semasa pembedahan itu saya dapat rasa doktor toreh kulit dan koyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang sebelum kikis kolagen yang sudah menjadi lemak. Saya ibaratkan itulah hukuman yang perlu diterima kerana cuba mengubah ciptaan-Nya," katanya.
  
Beliau kini aktif menyampaikan mesej kesedaran kepada pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi mengenai bahaya transgender dan giat membantu golongan itu kembali ke pangkal jalan.
  
- Bernama

Sejauhmana Corak Berbelanja Kita Selaras Dengan Anjuran Agama Islam?

Ditulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Berita Harian
Kita perlu berbelanja untuk memenuhi keperluan harian. Ini adalah satu hakikat yang perlu kita akui bersama kerana manusia secara bersendirian memang tidak mampu untuk menyediakan semua perkara yang diperlukannya. Memang kita perlu berbelanja. Akan tetapi sejauh manakah corak kita berbelanja ke atas barang-barang dan perkhidmatan selaras dengan ajaran agama Islam? Dalam suasana musim perayaan sepertimana yang dirasai sekarang, salah satu dorongan yang membuat kita begitu teruja untuk berbelanja ialah kerana wujudnya tawaran-tawaran jualan murah (yang belum tentu murah) yang dibuat oleh para peniaga.
Jika kita berfikir secara waras, dengan adanya tawaran jualan murah sepatutnya ia dapat membuatkan kita berjimat. Akan tetapi kenapa semasa ada jualan murah, lebih banyak wang yang kita belanjakan daripada yang sepatutnya? Kenapa semasa adanya jualan murah, lebih banyak pembelian dibuat daripada biasa?
Keadaan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh daya ketahanan diri seseorang melawan hawa nafsunya. Sesetengah daripada kita tidak dapat menahan diri daripada berbelanja lebih atas alasan untuk mendapatkan kepuasan. Kepuasan yang diperolehi akan meningkat sekiranya dia dapat membeli barang-barang yang sebelum ini kurang mampu dibelinya (kerana tiada potongan harga) dengan jumlah yang banyak.
Untuk memburukkan lagi suasana, para pengeluar dan peniaga mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan meletakkan pelbagai iklan yang mempunyai cogan kata (slogan) yang seolah-olah memberi satu isyarat kepada pengguna bahawa dengan memiliki barangan itu, dia akan dipandang tinggi atau mendapat perhatian ramai.
Selain daripada berbelanja kerana adanya tawaran murah, ramai juga di antara kita yang berbuat demikian kerana ingin meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh orang lain. Jim Pooler dalam bukunya yang bertajuk "Why We Shop" menamakan gelagat sebegini sebagai "bandwagon effect" . Ia yang merupakan satu keadaan di mana manusia tertarik dengan dengan apa yang dilakukan oleh khalayak ramai dan dia cuba mengikut atau meniru apa yang dibuat oleh khalayak tadi.
Walaupun "bandwagon effect" ini mudah "menjangkiti" golongan remaja kerana mereka mudah terpengaruh dengan arus perubahan gaya berpakaian, namun begitu golongan dewasa juga tidak terkecuali daripada menerima kesannya terutamanya di kalangan golongan yang mementingkan penampilan diri dan mengamalkan prinsip "biar papa asalkan bergaya".
Bagi golongan peniaga, "bandwagon effect" merupakan satu pendekatan yang paling baik sekali untuk melariskan barangan atau perkhidmatan mereka kepada masyarakat pengguna. Ini kerana daripada satu pertunjukkan fesyen yang dianjurkan oleh sesebuah pengeluar, ia sebenarnya memulakan satu arah aliran (trend) yang akan diikuti ramai. Bermula daripada satu kumpulan yang memulakannya, ia akan ditiru oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Daripada aliran setempat, ia akan menular ke peringkat serantau malah boleh menjangkau ke seluruh dunia.

Walaupun kebanyakan pengguna memburu jualan murah kerana kononnya dapat berjimat , namun ada segelintir daripada mereka yang berbelanja lebih kerana mendapat kepuasan dengan memiliki barangan yang berharga mahal. Ini adalah satu keadaan yang berlawanan dengan hukum ekonomi di mana semakin mahal harga sesuatu benda, semakin tinggi pula permintaannya. Jim Pooler menggelarkan fenomena ini sebagai "the beamer effect".
Antara punca utama kenapa sesetengah barangan yang berharga mahal dapat menarik perhatian sebilangan besar pengguna ialah kerana ia memiliki satu pesona yang dapat memberi perasaan gah kepada si pemiliknya. Contoh mudah, satu kemeja berjenama yang berharga RM200 lebih mendapat tempat di hati pengguna berbanding satu kemeja yang berharga RM20.00 yang dijual di tepi-tepi jalan walaupun kedua-duanya mungkin mempunyai mutu yang lebih kurang sama sahaja.
Selain tabiat buruk berbelanja kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur "bandwagon effect" dan "beamer effect", ada juga di kalangan kita yang berbelanja kerana ini bersaing dengan rakan-rakan mahupun jiran tetangga. Tak kurang juga yang menjadikan amalan membeli belah dan berbelanja sebagai satu hobi.
Semua unsur-unsur yang dinyatakan di atas sebenarnya merupakan unsur-unsur yang sama sekali bertentangan dengan panduan yang digariskan oleh agama Islam. Sebagai umat Islam kita sebenar tidak dilarang oleh agama daripada berbelanja. Malah kita dituntut supaya menafkahkan pendapatan kita untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungan.
Cumanya dalam soal berbelanja ini, kita perlu ada satu garis pemisah di antara keperluan dan kemahuan. Kalau ikutkan kemahuan, memang kita inginkan semua benda. Akan tetapi ini bukanlah yang dianjurkan oleh agama Islam.
Agama Islam mengajar kita supaya bersederhana dalam urusan berbelanja. Ini dapat diperhatikan menerusi firman Allah dalam surah al-Furqan, ayat ke-25 di mana hamba-hamba Allah yang mendapat kemuliaan-Nya digambarkan sebagai mereka yang apabila berbelanja, mereka tidak berlebihan dan tidak pula terlalu kedekut, bahkan corak perbelanjaannya adalah secara sederhana.
Selain berbelanja secara bersederhana, orang Islam juga perlu mengamalkan perbelanjaan berdasarkan kepada keutamaan di mana mereka perlu mengutamakan keperluan asas berbanding keperluan-keperluan lain yang kurang mendesak.
Dalam hal ini, pendekatan yang diutarakan oleh Iman al-Shatibi menerusi matlamat perundangan syariah (maqasid al-Shariah) boleh kita jadikan panduan dalam urusan berbelanja dan mengurus kewangan harian.
Menurut Imam al-Shatibi di dalam bukunya al-Muafaqat, matlamat perundangan Shariah ialah untuk menzahirkan kebaikan-kebaikan (masalih) dalam kehidupan manusia baik yang berbentuk duniawi mahupun ukhrawi.
Menurut beliau lagi, masalih terbahagi kepada tiga; iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat dan ketiga-ketiganya boleh dihasilkan melalui dua kaedah iaitu melalui galakan melakukan kebaikan dan menolak kemudaratan.
Masalih daruriyyat merupakan kebaikan yang amat diperlukan oleh manusia di mana jika kebaikan ini gagal dilaksanakan maka sudah pasti akan berlaku kerosakan dan kemudaratan kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Dengan kata lain, ia merupakan sesuatu yang mesti ada di dalam kehidupan manusia. Masalih daruriyyat ini ada kaitan dengan usaha kita menjaga akidah, nafsu, akal fikiran, keturunan dan harta.
Masalih hajiyyat pula merupakan unsur-unsur yang diperlukan manusia untuk memudahkan kehidupan mereka. Manakala masalih tahsinat lebih merupakan kepada unsur-unsur yang menyempurnakan kehidupan manusia
Perbelanjaan untuk menzahirkan masalih daruriyyat boleh dirujuk kepada perbelanjaan ke atas benda-benda mesti dalam bentuk yang asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan tempat tinggal.
Manakala perbelanjaan untuk menzahirkan masalih hajiyyat lebih kepada perbelanjaan ke atas barang-barang keperluan asas yang bermutu; dan perbelanjaan untuk menzahirkan masalih tahsinat lebih menjurus kepada perkara-perkara yang dapat memberi gambaran serta keterampilan yang baik kepada seseorang.
Dengan menggunakan kaedah keutamaan sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Shatibi menerusi pendekatan masalih ini, kita akan dapati bahawasanya agama Islam sebenarnya tidak menghalang kita daripada membelanjakan harta yang ada untuk barang keperluan hatta barangan mewah sekalipun. Cumanya apa yang ditekankan di sini ialah kita perlu tahu untuk memilih keutamaan dalam perbelanjaan dan seharusnya ia berpadanan dengan kuasa beli yang ada pada diri seseorang dalam lingkungan ia tidak menjurus kepada pembaziran.
Kesimpulannya, Kenaikan Gaji Dan Elaun Ahli DUN Selangor, ADMIN Sokong Setelah Pertimbangan Berikut Diambil Kira. Antaranya, Biar Gaji Mereka Tinggi Asalkan Mereka Tak Ambil Rasuah. Selama 5 Tahun, Kepimpinan Mereka Bersih Dan Tiada Dakwaan Terhadap Mereka Dalam Salahlaku Rasuah. Lagipun, ADUN BN Turut Sama Mendapatnya Membuktikan Tiada Pilih Kasih Diamalkan Oleh Kerajaaan PR. Seterusnya, Banyak Manfaat Yang Diterima Oleh Rakyat Selangor Sebelum Ini Dimana Kekayaan Negeri Diterima Baik Penyokong BN Mahupun PR. Terbaru, Elaun Guru KAFA Naik Menjadikannya RM1500, Paling Tinggi Dari Negeri Lain... Sapa Tahu Lepas Nie Kakitangan Kerajaan Selangor Pula Naik gaji, Bukan? Apapun Mereka Telah Buktikan Mereka JUJUR Dan AMANAH Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Mereka... ::.kikiki.::
Like · · · 4061232 · 35 minutes ago · Edited ·

Anwar: Kenaikan gaji ADUN Selangor agak tinggi

VIDEO l 2:28 minit
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

NONEMenurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.
Anwar turut menolak alasan Khalid yang mengusulkan kenaikan itu berasaskan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak.

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk 56 ADUN berkuatkuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco kerajaan negeri.

Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan