Sabtu, 16 November 2013

DISEBAKAN KECUAIAN/SIKAP PEMANDU....LANGGAR UNDANG2...GOPOH....BERLAGAK...YANG BANYAK KEMALANGAN KERETA BARU SEBAB BOLEH DIPANDU LAJU

Miros: Kereta lebih 12 tahun tidak selamat
  • miros
1 / 1
MELAKA - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap
pemandu dan kenderaan itu.

Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.
Sebagai contoh, Dr Wong berkata, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian,"
katanya.

Beliau berkata, kenderaan baharu dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung ciri keselamatan kereta dan rating bintang bagi model kenderaan yang diuji di bawah Asean NCAP dalam laman sesawang www.aseancap.org bagi membantu mereka membeli kereta yang mempunyai ciri keselamatan tinggi. - Bernama
Jemaah hampa pemandu degil
  • Jemaah hampa pemandu degil Keadaan asal jalan berhampiran Masjid Ubudiah Mukim Belimbing, Tanah Merah, sebelum garisan kuning disediakan di laluan berkenaan.
1 / 2
TANAH MERAH - Penduduk terutama jemaah Masjid Ubudiah Mukim Belimbing, di sini, hampa apabila garisan kuning yang baharu dibina di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran masjid itu masih gagal mengurangkan kelajuan kenderaan.

Seorang jemaah, Mohamad Abdullah, 67, berkata, dia gembira apabila garisan kuning itu dibina akhir Oktober lalu, susulan permintaan penduduk yang disiarkan akhbar ini beberapa hari sebelumnya.

Dari awal, katanya, penduduk amat berharap garisan kuning itu dapat menyedarkan pemandu supaya mengurangkan kelajuan apabila menghampiri kawasan masjid.

“Dahulu kami minta garisan kuning supaya keselamatan penduduk lebih terjamin dan mengurangkan risiko kerana sebelum ini kerap berlaku kemalangan jalan raya.

“Walaupun garisan kuning sudah ada, nampaknya kenderaan yang melalui jalan utama ini masih dipandu laju, malah ada yang memotong kenderaan lain di kawasan masjid,” katanya di sini, semalam.

Permintaan penduduk supaya pihak terbabit menyediakan garisan kuning di laluan utama berhampiran masjid bagi mengurangkan kelajuan kenderaan di kawasan itu, disiarkan akhbar ini, 21 Oktober lalu.

Ia susulan kerapnya berlaku kemalangan jalan raya di kawasan itu memandangkan kedudukan jalan berkenaan sebagai laluan utama antara Tanah Merah dan Pasir Mas selain jalan alternatif ke Kota Bharu dan Rantau Panjang.

Penduduk berpendapat, garisan kuning penting kerana keadaan jalan lurus di kawasan itu menyebabkan segelintir pemandu memecut laju dan boleh membahayakan keselamatan orang keluar masuk masjid.

Sementara itu, Mohamad berkata, penduduk berharap agensi terbabit dapat menambah lebih banyak lampu jalan di sepanjang jalan di kawasan berkenaan.

“Risiko kemalangan di kawasan ini tinggi pada waktu malam kerana laluan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan berat seperti lori,” katanya.
Murid cemerlang UPSR parah dirempuh kereta
KUALA TERENGGANU - Seorang murid Sekolah Kampung Nyoir, Dungun tidak menyangka terbabit dalam kemalangan sehari sebelum dia memperoleh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 pagi pada Rabu ketika Nur Iffah Qharina Amri, 12, hendak melintas jalan ke kedai milik ibunya tetapi dirempuh sebuah kereta.

Akibat itu, dia patah kaki dan tangan dn terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Menurut ibunya Zalina Ghani, 41, ketika itu anak ketiganya itu singgah di gerainya yang terletak berdekatan rumah mereka untuk bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

Beliau berkata, anaknya yang lengkap berpakaian sekolah begitu teruja untuk ke sekolah sebelum mengetahui keputusan peperiksaannya pada hari esok.

"Dia memang teruja kerana dia begitu yakin akan memperoleh 5A," katanya ketika ditemui di HSNZ hari ini.

Beliau berkata, selepas anaknya itu sedar kira-kira pukul 4 pagi tadi, Nur Iffah Qharina memberitahu dia hendak balik ke Dungun untuk mengambil keputusan peperiksaan bersama kawan-kawannya.

"Semalam ibu saudaranya yang mengambil keputusannya. Selepas dia sedar tadi, saya memaklumkan dia mendapat 5A.

"Dia sangat gembira namun sedih kerana tidak dapat berkongsi detik indah itu bersama rakan-rakan yang lain," katanya.

Sementara itu Nur Iffah Qharina berkata, dia berhasrat untuk belajar di Sekolah Menengah Agama Rantau Abang bersama rakannya yang lain. - Bernama
Peneroka warga emas maut, Kancil bertembung Wira
KUANTAN - Seorang peneroka warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Km115.2 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Rompin, malam tadi.

Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian pada 12.05 tengah malam itu, mangsa Elias Ali, 68, bersama tiga penumpang lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Keratong 1.

"Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh menuruni bukit dan kawasan gelap kerana tiada lampu jalan.

"Mangsa yang dipercayai memandu laju cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung dengan Proton Wira dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiga penumpang dan pemandu kereta Proton Wira itu hanya cedera ringan. - Bernama
Pemandu lori maut bergesel kontena

  • Pemandu lori maut bergesel kontena Lori dipandu mangsa dipercayai bergesel dengan kontena dari arah bertentangan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan.
1 / 1
MARAN - Seorang pemandu lori maut dalam satu kemalangan di Kilometer 72.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Kampung Luit, kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden, Sulaiman A Hamid berkata, mangsa yang memandu lori muatan makanan ringan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan kaki kanan.

Menurutnya, mangsa, V Jegathanesan, 30, berasal dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Pekan ditemani seorang abangnya, V Thana, 31.

“Lori dipandu mangsa dipercayai bergesel selepas melanggar sisi sebelah sebuah lori kontena dari arah bertentangan ketika menuruni laluan berselekoh di lokasi kejadian.

“Perlanggaran menyebabkan lori muatan tiga tan itu terus melanggar bahagian belakang kontena sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

“Lori berkenaan terhumban ke kawasan paya dekat bahu jalan dan menyebabkan mangsa tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan bomba dan penyelamat,” katanya.
Sulaiman berkata, mayat dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Menurutnya, abang mangsa dan pemandu lori kontena terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian yang berselekoh terutama pada waktu malam kerana terdapat kerja membaiki kerosakan tebing jalan sedang dilakukan.
OKU maut dirempuh kereta
  • OKU maut dirempuh kereta Beginilah keadaan kereta Proton Satria Neo yang rosak selepas merempuh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan Flat Polis Padang Hiliran, di sini, kelmarin.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki OKU maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda ketika melintas jalan, dalam satu kemalangan di hadapan Flat Polis Padang Hiliran, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Mohd Zamzuri Mohd Arifin, 42, beralamat di Kampung Dusun Melintang, di sini, yang parah di kepala dan patah kaki kanan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya dan melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Satria Neo dipandu pemuda berusia 20-an.

Semasa kejadian, pemandu itu dikatakan dalam perjalanan menghala dari arah Kampung Durian Burung di sini, ke pusat bandar dan tidak sempat membrek kenderaannya kerana jarak yang terlalu dekat, sebelum merempuh mangsa yang dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba.

Menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari lokasi sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bahu jalan.

“Ketika terpandang ke arah itu, saya nampak mangsa sudah dirempuh. Ketika itu, keadaannya agak lemah dan dipenuhi darah sebelum dia dikejarkan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Peserta konvoi maut terbabas
  • Peserta konvoi maut terbabas Pegawai penyiasat, Inspektor Johnnya James Bujang (kiri) sedang memeriksa motosikal mangsa yang remuk teruk akibat kejadian kemalangan itu.
1 / 1
KUALA LIPIS  - Hasrat seorang warga Singapura mahu menghabiskan percutian bersama tujuh rakan berakhir tragedi apabiladia terbunuh setelah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha FJR yang ditungganginya terbabas dan terjatuh ke dalam semak di Kilometer 8, Jalan Sungai Koyan-Tersang, Kuala Lipis, kelmarin.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Ooi Hong Kim, 61, maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan ketinggalan jauh di belakang daripada rakan-rakannya sebelum mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Sampai di tempat kejadian motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam kawasan kebun kelapa sawit,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, perkara itu disedari seorang rakannya Lee Liang Shin Melvin, 34, apabila dia menyedari mangsa belum lagi muncul bersama mereka.

“Berikutan itu rakan-rakannya berpatah semula untuk mencari mangsa sebelum mereka terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung yang sedang membantu mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Katanya, mangsa dan rakan-rakannya dilaporkan dalam perjalanan menghala ke Ipoh dari Singapura melalui Sungai Koyan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang ada melihat kejadian berkenaan di minta tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan," katanya.
69 penumpang bas ekspres nyaris maut
  • 69 penumpang bas ekspres nyaris maut Sebahagian penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
1 / 1
BENTONG – Seramai 69 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10.4 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Dalam kejadian itu bas dua tingkat dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah hilux dari arah bertentangan.

Pemandu bas berusia 45 tahun patah kaki kanan manakala pemandu Hilux berusia 26 tahun pula berada dalam keadaan kritikal kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua pemandu tersepit

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 4.46 pagi memaklumkan kejadian itu.

Katanya, lapan anggota dan dua jentera bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di tempat kejadian terdapat dua mangsa sedang tersepit di dalam kenderaan masing-masing. iaitu pemandu Hilux dan pemandu bas.

“Pemandu Hilux tersepit di bahagian badan dan kaki mengambil masa 20 minit untuk dikeluarkan dari kenderaan,” katanya.

Zainal Abidin berkata, pemandu bas pula tersepit di bahagian kaki hingga ke paras peha menyebabkan beberapa bahagian hadapan bas termasuk stereng terpaksa dipotong bagi mengeluarkannya.

Katanya, pihaknya mengambil masa selama 25 minit untuk mengeluarkan pemandu bas memandangkan keadaan bas terperosok ke tepi bukit.

“Kebanyakan penumpang bas keluar dari bas itu menggunakan pintu kecemasan di bahagian tengah untuk menyelamatkan diri.

“Berdasarkan maklumat diterima bas dua tingkat itu dinaiki seramai 69 orang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur,” katanya.

Zainal Abidin berkata, operasi menyelamat selesai kira-kira jam 6.20 pagi.

Bas 'makan jalan'

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian berlaku, bas dua tingkat itu dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian bas yang dipandu pemandu berusia 45 tahun beralamat di Pasir Puteh, Kelantan  dipercayai ‘makan jalan’ laluan bertentangan dan kemudiannya hilang kawalan seterusnya melanggar Hilux.

“Hilux yang dipandu Mohd Azwan Md Yahya, 27, beralamat di Felda Mempaga Satu, Bentong kemudiannya cuba mengelak bas terbabit ke sebelah kiri namun gagal,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, dalam kemalangan itu, Mohd Azwan menerima rawatan di Hospital Bentong sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan susulan.

Katanya, pemandu lori pula hanya patah kaki dan kini dirawat di Hospital Bentong.

“Semua penumpang terselamat dalam kejadian itu. Semasa kejadian berlaku cuaca gelap dan jalan basah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tendang pintu kecemasan

Seorang penumpang, Mohd Zain Jaafar, 46, berkata, semasa kejadian berlaku dia sedang tidur tetapi terjaga apabila terdengar dentuman kuat disusuli asap di bahagian hadapan.

Katanya, pada masa itu terdengar jeritan dan suasana mula bertukar menjadi kelam-kabut kerana penumpang cuba menyelamatkan diri untuk keluar dari bas.

“Suasana agak kelam kabut memandangkan enjin bas sudah mati menyebabkan pintu kecemasan tidak boleh dibuka.

“Saya dan beberapa penumpang terpaksa menendang pintu kecemasan di bahagian belakang tepi kanan hampir 10 minit sebelum ia berjaya dibuka,” katanya.

Mohd Zain berkata, ada penumpang bertindak terjun menggunakan pintu kecemasan di bahagian belakang dan sebahagian besar menggunakan pintu kecemasan bahagian tengah tingkat bawah untuk keluar.

Lega terselamat

Sementara itu, Sarihah Safie, 44, hanya mampu mengucapkan kata-kata syukur atas insiden yang berlaku kerana dia dan anak perempuannya berusia dua tahun terselamat.

Katanya, ketika kejadian dia duduk di kerusi nombor dua di tingkat atas.

“Sebelum kejadian itu, saya ada mendengar bunyi yang cukup kuat dan dalam masa sama saya nampak Hilux sudah berada di hadapan bas.

“Pada masa itu saya hanya memikirkan soal kematian kerana terlalu takut namun sempat mendukung anak untuk keluar dari bas menggunakan pintu kecemasan,” katanya.

Bimbang bas masuk gaung

Seorang lagi penumpang, Huzaifah Nasir, 27, berkata, kebanyakan penumpang bersyukur kerana bas tidak masuk ke dalam gaung yang berada di sebelah kiri jalan.

Katanya, pada awalnya mereka semua tidak mengetahui struktur jalan di kawasan itu namun mengetahui sebelah kiri jalan adalah gaung selepas turun menyelamatkan diri dari bas.

Manakala warga emas, Minah Yusoff, 62, berkata, ketika kejadian dia duduk di bahagian belakang pemandu.

Katanya, selepas kejadian kemalangan itu berlaku, dia melihat sendiri pemandu bas terkulai sambil mengerang kesakitan.

“Saya dengar pemandu bas mengerang kesakitan kerana kakinya tersepit.

“Semasa berada di dalam bas saya membayangkan bas melanggar tembok tetapi selepas turun dari bas baru dapat lihat situasi sebenar,” katanya.
Penumpang pacuan empat roda maut nahas
  •  Penumpang pacuan empat roda maut nahas Keadaan hadapan lori yang terlibat dalam kemalangan itu.
1 / 1
KUANTAN - Seorang penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda maut manakala dua rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 10, Jalan Triang-Temerloh dekat Temerloh, pagi kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa, Azli Ismail, 33, berasal dari Felda Sungai Retang, Jerantut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan badan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata,  kenderaan yang dinaiki tiga lelaki itu dalam perjalanan dari arah Triang menghala ke Temerloh.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan termasuk ke laluan kenderaan dinaiki mangsa sebelum bertembung.

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan,” katanya di sini, semalam.
Maut lepas ambil jemaah haji
  • Maut lepas ambil jemaah haji Proton Persona dinaiki Abdullah, remuk teruk pada bahagian hadapan selepas merempuh lori kontrak di Delong, petang kelmarin.
1 / 2
DUNGUN – Seorang bilal masjid yang baru pulang dari lapangan terbang setelah menjemput seorang jemaah haji, tidak sempat tiba di rumah apabila dia menemui ajal dalam perjalanan selepas terbabit kemalangan, di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Abdullah Muhammad, 64, bersama tiga penumpang, Halimah Embong, 55 dan Senik Hussin, 55, termasuk jemaah haji, Mat Saman Hassan, 74, menaiki sebuah kereta Proton Persona dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk pulang ke rumah di Tebing Tembah, Paka.

Sampai di Kilometer 14.5 Jalan Dungun-Bukit Besi berdekatan simpang Klinik Kesihatan Delong, Proton Persona dipandu Abdullah dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun, dipercayai hilang kawalan lalu melanggar papan tanda amaran dan merempuh sebuah lori syarikat kontrak penyelenggaraan kabel diletakkan di laluan sama.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan Abdullah yang juga bilal Masjid Tebing Tembah, tersepit di tempat duduk pemandu, manakala tiga lagi rakannya cedera.

Mangsa yang beralamat di Kampung Baru Jalan Santong, bagaimanapun gagal diselamatkan akibat mengalami kecederaan  parah di bahagian kepala dan patah kaki kanan seterusnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga lagi rakannya yang cedera, dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Rakan arwah, Zaki Salleh, 50, berkata, Abdullah ketika hayatnya banyak berbakti kepada masyarakat terutama dalam menguruskan jenazah.

Menurutnya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan.

"Saya tahu dia pergi jemput rakannya, Mat Saman yang baru pulang dari Makkah. Tak sangka pula mereka tak sempat sampai rumah. Mat Saman selamat, dia pula yang meninggal,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Difahamkan, Mat Saman patah bahu kanan; isterinya, Halimah patah tangan kanan, manakala rakan mereka, Senik patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika Proton Persona dipandu Abdullah merempuh papan tanda dan lori tersebut, sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel Telekom, bagaimanapun mereka tidak cedera.

“Jenazah arwah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian. Kita masih menjalankan siasatan berkaitan kemalangan tersebut,” katanya.
Lelaki maut dalam nahas dua lori
KUANTAN - Seorang pemandu lori biskut maut selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah lori kontena di Km72.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran pagi tadi.

Menurut Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam nahas jam 7 pagi itu pemandu lori terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pekan.

"Mangsa, V. Jegathesan, 30, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

"Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori kontena muatan plastik yang berusia lingkungan 30an tidak cedera," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata dipercayai lori mangsa telah bergesel pada bahagian kanan kontena terbabit yang datang dari arah Kuantan.

Ekoran itu kenderaan mangsa terbabas ke kiri lalu merempuh besi penghadang jalan. - Bernama
Murid cemerlang UPSR terima hadiah kereta
  • Murid cemerlang UPSR terima hadiah kereta Siti Nur Fatini Zulaika di hadapan kereta Mini Cooper yang dihadiahkan bapanya.
1 / 1
KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.

“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.


TUNAIKAN IQRAR KITA SEBELUM LAHIR KE DUNIA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH, JIKA TIDAK KITA DIKENAL SEBAGAI PENGKHIANAT KEPADA ALLAH
Kita pakat sokong & bersama Ulamak melaksanakannya.... ALLAHUAKBAR...!!!
Hudud: DAP tutup mulut, biar Kelantan laksana
  • Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa
1 / 1
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.

“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan