Selasa, 19 November 2013

BERUNTUNG JIKA KITA BERJAYA@BAHGIA DIDUNIA DAN BERJAYA@BERBAHGIA JUGA DIAKHIRAT

Cerita kehilangan 23 remaja di villa Nabila tak benar (bersama video polis)
Posted on Monday, November 18 @ 16:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
“Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan,” katanya.


Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.
Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.



Gambar Villa Nabila JB



 Sindiket Derma Rumah Ke Rumah atas nama Madrasah?
Posted on Monday, November 18 @ 15:31:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Hari ini saya dikunjungi oleh pemungut derma sebuah madrasah di Kedah seorang perempuan. Sebelum ini saya jumpa pemungut derma sebuah madrasah lain seorang perempuan juga di stesyen pam.

Saya agak pelik bagaimana Madrasah berkenaan boleh bagi pemungut derma perempuan tanpa mahram berjalan seorang diri untuk punggut derma dan mengaibkan madrasah berkenaan.

Perempuan ini menunjukkan maklumat detail berkenaan Madrasah yang diwakil dengan maklumat yang berchap logo dan kebenaran.



Perempuan ini kata dia wakil Sekolah Rendah Islam Raudahtul Muslimin Sungai Kembai, Kuala Ketil Kedah.

Dia bagi gambar guru terkini.



Bagi saya, mungkin saya silap perkara ini seperti tidak benar kerana:-

1. Jarang (mungkin tidak) madrasah membuat pengutan rumah ke rumah pada jauh pula tu.

2. Pemungut derma wanita muda berseorang diri tanpa mahram

3. Pakaian pun tidak banyak mencirikan madrasah.



Sesiapa ada maklumat sila berikan maklumat kepada pengendali laman ini tranungkite (pihak tko telah bersetuju untuk mengambil tindakan lanjut) untuk tindakan lanjut demi kebaikan madrasah sedia ada. 

JIKA PEMUNGUT INI ADALAH BENAR DATANG DARIPADA PIHAK MADRASAH, Diharap pihak Madrasah tolong perbetulkan keadaan supaya tidak timbul perasaan tidak baik kepada banyak Madrasah lain.

Mangsa
Dungun


 Mengapa Kram, Kejang Otot Malam Hari dan Cara Mencegahnya
Posted on Monday, November 18 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Kram ata kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.
Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).


Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram.
Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.


Walaupun menyakitkan, kram malam tidak berbahaya seperti kram lengan, leher atau bahu yang biasanya karena postur tidur yang salah.
Cara yang paling efektif untuk mengatasi kram malam adalah dengan mencegahnya terjadi.

Sebelum tidur lakukanlah peregangan otot betis. Mandi hangat sebelum peregangan juga merupakan ide yang baik keran ini membantu meningkatkan aliran darah ke otot-otot dan menghentikan peregangan yang memicu kram.
Minum 'tonic water' sebelum tidur juga dianjurkan. Untuk membantu meredakan rasa sakit ketika kram, sangga kaki dengan bantal dan berbaringlah. Beri urutan ringan selama beberapa minit.
Kram bisa terjadi kerana ketidakseimbangan elektrolit - magnesium, kalsium dan kalium - dalam tubuh atau kerana kekurangan vitamin E.
Berikut pengambilan makanan harian yang disarankan:
1. Untuk meningkatkan kadar magnesium, cuba tambahkan dalam makanan harian anda tahu, kacang-kacangan, kentang dan oatmeal.
2. Kurangnya kalsium juga memperburuk kram malam. Sukatan yang disarankan untuk orang dewasa adalah 700mg per hari.
Ini kira-kira 200 ml susu, satu botol kecil yoghurt atau sepotong kecil keju. Sumber kalsium nondairy termasuk sayuran berdaun hijau, ikan bertulang kecil seperti sardin, jus limau atau oren, sereal dankekacang.
3. Untuk meningkatkan tahap kalium anda, makan pisang, kacang-kacangan, bawang putih dan bawang merah, dan buah-buahan serta sayuran. Pastikan diet anda kaya akan vitamin E termasuk minyak sayuran, kacang, biji-bijian, alpukat dan ubi jalar.
Selain itu, senaman ringan teratur, seperti berjalan kaki juga akan membantu memperpanjang otot. Sempatkanlah "bergerak" saat waktu luang anda.

ORANG MUO
Sumber : LINK
 Hasil didikan UMNO: Melayu paling ramai rempit
Posted on Monday, November 18 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



BANDA HILIR - Kajian menunjukkan lumba motosikal jalanan haram yang sering mencetuskan ketidaksenangan orang ramai terutama pengguna jalan raya terdiri dalam kalangan remaja lelaki Melayu berusia 15 hingga 25 tahun.Ketua Program Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaaan Malaysia, Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata, pelumba tersebut kebiasaannya datang dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi rendah dan tinggal di kawasan miskin atau kos rendah sama ada di bandar atau pinggir bandar.


“Malah golongan yang lebih dikenali sebagai Mat Rempit ini ketinggalan pelajaran, kebanyakannya belajar sehingga usia 16 tahun dan bekerja sebagai antaranya ‘office boys’, penghantar surat, operator pengeluaran, mekanik, penjual burger dan pembantu jualan.

"Mereka terlibat gejala rempit termasuk bagi memenuhi masa lapang, berhibur, mencari aktiviti mencabar, menunjukkan aksi akrobatik untuk menjadi hero, melepaskan tekanan dan kemarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam seminar Keselamatan Jalan Raya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-54 di sini, semalam.

Rozmi berkata, kajian itu dilakukan terhadap empat kumpulan peserta berasingan melalui pemerhatian, tinjauan dan temu ramah dari Mei 2010 hingga Jun 2012.

Beliau antara enam pembentang kertas kerja selain Penasihat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Suret Singh di hadapan kira-kira 300 peserta seminar berkenaan.

Wakil dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Sirim, Jabatan Pengangkutan Jalan, Petronas StreetSmart dan Jabatan Peserta turut membentangkan kertas kerja antaranya mengenai pengurusan keselamatan jalan raya dan perlaksanaan kurikulum pendidikan pemandu baharu berteraskan hasil pembelajaran.

SINAR HARIAN
Bangladesh Bentang Karpet Merah Untuk Najib
Posted on Monday, November 18 @ 13:06:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan karpet merah ketika tiba di ibu negara Bangladesh sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau, bermula semalam.

Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 8.05 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dari Colombo, Sri Lanka disambut rakan sejawatannya, Sheikh Hasina serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman dan menteri kanan Bangladesh.

Kehadiran Najib, atas jemputan Sheikh Hasina, amat bermakna kepada negara ini kerana Malaysia adalah antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh dan negara Islam pertama yang berbuat demikian pada 1971.

Sepanjang berada di Dhaka, Perdana Menteri dijadual melawat tugu peringatan tentera yang terkorban semasa perang kemerdekaan Bangladesh di Savar sebelum merasmikan Hospital Pakar Peringatan dan Kolej Kejururawatan Sheikh Fazilatunnesa di Gazipur.

Beliau akan turut melawat Muzium Peringatan Bangabandhu sebelum mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Sheikh Hasina, yang turut dihadiri Anifah serta Duta Khas Malaysia di Asia Selatan Datuk Seri S.Samy Vellu.

Najib juga dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Bangladesh Md Abdul Hamid serta menghadiri makan malam yang dihoskan Sheikh Hasina.

Sebelum ke Bangladesh, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di Colombo.

Beliau dijadual pulang ke tanah air pagi Selasa.-mkini

- Bernama 
 Ustaz Azam Angkat Sumpah Adun Sungai Limau
Posted on Monday, November 18 @ 13:04:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk Paduka Md Rozai Shafian sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Seusai majlis angkat sumpah, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membentang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Sidang bajet negeri Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 November hadapan.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau 4 November lalu, Ustaz Mohd Azam yang mewakili PAS mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan menjoriti 1,080 undi. Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala calon BN, 10,985 undi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan setelah penyandangnya Tan Sri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia.-hd
 Kenapa perniagaan beras tidak diliberalkan?
Posted on Monday, November 18 @ 13:03:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Siapa dikalangan rakyat malaysia yang membaca blog ini yang dah sebulan tak makan nasi?, kalau ada yang jawab ya!, saya yakin anda tentu ada masalah kencing manis yang serius dan dinasihatkan doktor agar tidak makan nasi.

Nasi atau beras adalah makanan ruji penduduk negara kita.

Walaupun banyak kajian mengatakan beras atau karbohidrat lain merupakan punca kepada banyak penyakit yang melanda kita, kita tetap tak boleh elakkan diri dari menggunakan beras.

Bagi mereka yang pernah ke luar negara tentu terasa kehilangan besar kemudahan mendapatkan beras atau makanan berupa nasi bila berada lama di sana.

Bila dah dua atau tiga hari tak rasa nasi, kita akan tersenyum lebar dan gembira teramat sangat sebaik sahaja berjumpa nasi walaupun masakannya tak sedap seperti masakan Restoran Mahbub di Bangsar.

Ringkasnya beras sampai bilapun tak akan malap pasarannya di negara kita. Itu juga bermakna perniagaan beras merupakan satu perniagaan yang melibatkan perut rakyat Malaysia samada kita suka atau tidak suka.

Perniagaan beras dikuasai oleh satu orang sahaja

Kalau saya tanya pada sesiapa sahaja, " mahukah anda satu produk yang pasti semua orang akan beli dan pasarannya dah ada berjumlah ratusan billion ringgit dan harganya pula jauh lebih mahal daripada pasaran luar yang membawa keuntungan besar pada peniaganya...?

Tentu orang gila sahaja yang akan menolak perniagaan sebegitu...itu perniagaan monopoli, pasti untung, dapat perlindungan kerajaan pula dan orang lain tak ada hak import atau berurusan keluar masuk barangan tersebut melainkan peniaga yang dilantik....wah!!! itu macam cerita yang tak masuk akal!!!...

Takkan masih ada lagi kerajaan...rakyat bodoh yang sanggup membiarkan perkara sebegitu terjadi. Takkan laungan demokrasi, laungan liberalisasi, laungan hak sama rata, laungan perniagaan bebas dan sebagainya yang kuat bergema tak nampak kesemua itu?

Tolong be positive, lihat kebaikannya OK!

Kenapa agaknya terpaksa kita izinkan satu syarikat yang monopoli makanan asas negara kita. Tentu ada kebaikannya bukan? takkan nak menyusahkan rakyat!.

Baik kita senaraikan sahaja kebaikannya untuk seberapa ramai yang mungkin:

#1. Harga beras di luar Malaysia terutamanya di negara jiran jauh lebih murah. Kalau tak disekat kuasa import, sesiapa saja boleh bawa masuk beras yang jauh lebih murah daripada beras para petani kita. Siapa akan beli beras keluaran negara kita?


#2. Supaya petani kita ada kerja tanam padi dan tak jual tanah.
Bayangkan jika beras tempatan tak laku, agaknya ada ke sesiapa yang nak usahakan lagi sawah bendang? jadi lebih baik jual sahaja pada taukeh kilang atau developper untuk dibangunkan.

#3. Supaya dapat dilahirkan taukeh besar bumiputera yang cukup berkuasa.
Kelebihan mengenakan sekatan perniagaan seperti ini boleh meaahirkan jutawan atau usahawan yang jaguh tak boleh ditandingi. Bukankah dia berbangsa Bumiputera? kenapa nak cemburu?

#4. Supaya jabatan pertanian tak perlu bersusah payah buat kerja.
Jika dibiarkan bebas, jabatan pertanian perlu bertungkus lumus meningkatkan hasil pada negara, mencari teknik murahkan kos pengeluaran pada dan beras, tinggikan mutu dan sebagainya. Bila ada syarikat yang kawal semua itu termasuklah harga, jadi tak perlu fikirkan nak tingkat produktiviti atau kurang kos pengeluaran.

Oleh
Mohd Shubhi Abdul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan