Presiden PAS: Agama Bukan Barang Dagangan
Posted on Friday, November 22 @ 12:27:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM:
PAS menegaskan bahawa isu-isu agama tidak wajar menjadi barang dagangan
yang dijaja ke sana sini apatah lagi dijadikan senjata politik oleh
Umno dan kerajaan BN untuh meraih sokongan rakyat yang semakin menipis.
Serentak
dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
menasihati ahli-ahli parti agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan
media fasik yang tidak mengira soal dosa dan pahala, dan memahami
peringatan Allah SWT tentang berita yang disampaikan oleh orang fasik
melalui surah al-Hujurat, ayat 9.
Ketika menyampaikan ucapan
dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini,
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan rentetan serangan
membabitkan isu-isu berkaitan Islam oleh sesetengah pihak disamping
suasana tidak harmoni yang cuba dicetuskan oleh mereka yang ingin
mengambil kesempatan.
"Rakyat awam di jalanan pula diajak untuk
memberikan ulasan, pandangan malah kritikan, walaupun kadangkala
melangkaui sempadan hukum Islam yang jelas sumber rujukannya.
"Maka
timbullah isu 'kalimah Allah', isu mazhab, hudud dan sebagainya yang
diulas di tepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahlinya. Perkara ini
sebenarnya pernah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu," jelas beliau.
Sehubungan
itu, Ustaz Abdul Hadi menyarankan Lajnah Penerangan dan Dakwah dengan
dibantu Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat digerakkan sepenuhnya untuk
membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan bagi
menjelaskan kekeliruan yang timbul.
Usaha ini, ujarnya perlu bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama menurut sumber yang sahih.
"Semua
Dewan dalam organisasi PAS adalah sama penting dan saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain dalam menggerakkan usaha dakwah –
tarbiyah dan siyasah ke dalam masyarakat kita.
"Oleh yang
demikian, semua Dewan ini mestilah digerakkan aktivitinya dengan
mewujudkan budaya kerja inter-Dewan, supaya objektif yang ingin dicapai
akan lebih mendalam kesannya," jelas beliau.-hd
Muktamar PAS Pusat Kali ke-59 Bermula
Posted on Friday, November 22 @ 12:13:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM,
22 Nov - Majlis perasmian bagi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59
bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal tepat jam 8.45 pagi,
di pentas utama Ekspo Muktamar, Stadium Malawati, Shah Alam.
Pemeriksaan
perbarisan itu disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang
yang juga merupakan perasmi muktamar dengan diiringi Setiausaha Agong
PAS, Dato' Mustafa Ali dan Pengarah Panatia Muktamar PAS Pusat kali
ke-59, Dato' Takiyuddin Hassan.
Sejurus kemudian, Presiden PAS
diiringi masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat. Para pemimpin PAS
Pusat, pemerhati, dan perwakilan bersama-sama berselawat serta
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS. Buat pertama kalinya lagu
rasmi PAS yang disusun semula dengan rentak yang lebih bersemangat
dinyanyikan secara langsung oleh sekumpulan Pumuda.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap dan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan Ustaz Tarmizi Ali.
Turut
hadir pada perasmian muktamar pagi ini adalah Mursyidul AM PAS, Dato'
Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Datuk
Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa, ahli-ahli jawatankuasa
PAS Pusat, dan Ketua-ketua Dewan.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana sesi perbicaraan di mahkamah.
Selain
pemimpin PAS, antara rakan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Presiden
Parti Keadilan rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; DAP National
Deputy Chairman, Tan Kok Wai; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim; Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim; dan
Presiden TERAS, Azmi Abdul Hamid, serta tetamu jemputan dari dalam dan
luar negara. Sasterawan Negara, A. Samad Said lengkap berbaju putih
turut dilihat sana.-muktamar59
Muslimat Lulus Usul Keselamatan Negara
Posted on Friday, November 22 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM.
21 Nov - Menyedari hakikat senario peningkatan kadar jenayah dan
pembunuhan dengan menggunakan senjata api semakin meruncing dan amat
membimbangkan rakyat mutakhir ini, Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini
membahaskan Usul Keselamatan Negera.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Termerloh dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Mara.
"Menyedari
hakikat bahawa kebimbangan terhadap kes pembunuhan dari arah dekat
dengan menggunakan senjata api seolah-olah lesen untuk memiliki senjata
api boleh diperolehi begitu mudah tanpa tapisan kawalan keselamatan yang
bersistematik,
"Angka 74,127 kes dari bulan Januari hingga Jun
2013 walaupun dikatakan menurun indeks jenayahnya, bukanlah suatu angka
yang sedikit," ujar wakil Temerloh ketika membentangkan usul berkenaan.
Usul
itu mencadangkan Dewan Muslimat PAS Pusat perlu mendesak Kementerian
Dalam Negeri (KDN) agar mengkaji semula modul penguatkuasaan
undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas - asas agama, nilai
murni dan moral kearah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.-muktamar59
AWAS DAN HATI2 PERANGKAP IBLIS...ZAMAN RASULLULLAH SAW GEMILANG DAN MAJU WALAUPUN MENGHADKAN AKTIVITI WANITA....RUANG YANG KITA BERI PADA WANITA DIAMBIL KEEMPATAN OLEH IBLIS
Muslimat Semakin Matang Bersuara
Posted on Friday, November 22 @ 11:46:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM,
21 Nov - Buat pertama kalinya tiga cadangan yang berbeza telah
dilontarkan oleh para perwakilan Muslimat PAS dalam agenda memilih 20
orang perwakilan ke Muktamar Agong PAS kali ke-59 yang bermula esok.
Keadaan
'hangat' itu dilihat kerana kematangan dan sikap Muslimat Negeri yang
mahu suara didengari di Muktamar PAS Pusat. Sehingga membuatkan para
perwakilan menyuarakan beberapa cadangan bagi pemilihan perwakilan
tersebut.
Dewan itu akhirnya sebulat suara memilih cadangan
ketiga dengan majoriti 297 undian iaitu menyerahkan pimpinan dewan yang
bakal dilantik untuk menentukan siapa yang bakal dipilih ke muktamar PAS
Pusat nanti.
Kira-kira 800 perwakilan dari seluruh negara mula
memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah seawal jam 7.30 pagi
lagi untuk mengikuti muktamar kali ini.
Anuar Tahir dan Zulkifli Omar antara pemerhati jawatankuasa pimpinan PAS Pusat yang hadir hari ini.-muktamar59
MUKTAMAR PAS ke 59: Suatu renungan..
Posted on Friday, November 22 @ 11:43:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
" Menjelang Muktamar PAS ke 59,banyak
perkara pelik timbul. Bermula Multaqa Ulamak di Kedah hinggalah yang
terakhir sidang media PAS Pulau Pinang mengugut untuk keluar PR.
Apabila
Multaqa Ulamak PAS menetapkan(cadangan?) untuk kerusi Timbalan Presiden
hanya untuk ulamak, maka menguatkan lagi pertembungan antara
Ulamak-Professional yang selama ini hanya "berkrisis di bawah karpet".
Timbul kembali istilah Erdogan dan Anwarinas. Itu belum lagi istilah "mengIKRAMkan" PAS.
Mari kita lihat kronologinya:
a) Multaqa Ulamak menetapkan Timbalan Presiden dari kalangan ulamak.
b) Golongan yang dilabelkan Professional "memprotes"nya.
c)
Calon Timbalan Presiden Mat Sabu dikaitkan lagi dengan Syiahnya.Mat
Sabu menyatakan inilah kempen terburuk PAS sejak 10 tahun.
d) Golongan ulamak "menghantar" Ustaz Amar sebagai calon. Manakala professional "mempertaruhkan" Mat Sabu sebagai calon Timbalan.
e) Utusan Malaysia memainkan peranan "batu api dan menyimbah minyak" ke atas isu ini.
f) DAP dibabitkan dengan kenyataan Karpal Singh.
g) Sidang media PAS Pulau Pinang mengugut untuk keluar PR.
h) Sang Sosialis Hishamudin Rais tumpang semangkuk hayun menghina ulamak dalam blog
Tukar Tiub dengan "melagakan" Ulamak dengan Professional.
i) Media seperti Utusan,Malaysiakini,The Star semuanya "membakar dan mengapikan" semangat golongan Ulamak dan Professional.
Akhirnya Presiden PAS TG Abdul Hadi mengisytiharkan HARAM mengikut paluan gendang musuh(UMNO).
Sebenarnya tugas TG Haji Hadi,TG Nik Aziz dan Ustaz Tuan Ibrahim "amat berat" selepas Muktamar ini. Walaupun kita lihat kenyataan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Tugas mereka adalah :
i) memuhasabah kembali semua pimpinan PAS yang bertanding .
ii) menyatukan balik apa yang berpecah.
iii) menjernihkan kembali apa yang keruh.
iv) mentarbiyah kembali semua calon yang bertanding.
v) men"NEUTRAL" kembali golongan ulamak dan professional.
Sehebat mana kempen mereka yang bertanding,berat lagi hati ,mata dan bahu untuk "memulihkan" kembali.
MUKTAMAR PAS ke 59: Suatu renungan.."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Posted on Friday, November 22 @ 11:43:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hadith Nabi diamalkan di Jerman tidak di negara Islam
Posted on Friday, November 22 @ 11:40:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kuliah
subuh minggu sudah di Masjid Bandar Baru Senawang oleh Ustaz Abdul
Rahim Yusof, beliau menceritakan satu kisah dimana beliau diberitahu
seorang warga Arab Saudi, bahawa orang Arab tadi terkejut apabila dia
melawat negara Jerman. Warga Arab tadi kata dia melihat hadith Nabi saw
diamalkan di Jerman tetapi tidak di negaranya.
Ustaz Rahim
bandingkan antara sikap orang Jerman dan orang Arab dari sudut
kebersihan contohnya kebersihan tandas awam. Bandingkan sikap orang
Jerman dan sikap orang Arab ketika memandu di jalanraya.
Pada saya bukan orang Arab saja, malahan orang Malaysia. Jauh beza cara kerja orang Jerman dan orang Malaysia.
Tidak hairanlah orang Jerman begitu hebat dalam kejuruteraan.
Bila
Ustaz Rahim cakap macam tu, baru saya sedar, saya sendiri yang sejak
sekian lama bekerja dengan firma Jerman memang begitu jauh sekali
bezanya bila saya bandingkan dengan isteri saya yang bekerja di sektor
kerajaan dan sahabat-sahabat lain yang bekerja dengan syarikat swasta.
Memang
orang Jerman amat teliti dalam kerja mereka. Mereka tidak kedekut ilmu.
Mereka mengamalkan sikap hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih
baik dari hari ini.
Bila ada masalah di tempat kerja, mereka
tidak marah-marah, mereka bincang sama-sama dari pengarah, dari boss
hinggalah ke pekerja biasa, kuli dan sebagainya.
Pada mereka pandangan orang bawah ini adalah amat penting, kerana yang melakukan tugasan harian ialah orang bawah.
Cuba kita bandingkan budaya kerja orang Jerman dengan orang Malaysia, di pejabat, di sekolah.
Agak-agak boss kita, boleh tak ikut sikap orang Jerman. Sebelum buat perubahan atau transformasi tanya dulu orang bawah?
Lagi
satu saya tengok boss-boss Jerman ini , tidak pernah saya tengok mereka
ini berfoya-foya, tidak pernah ada kayu golf dalam kereta mereka. Malah
pengarah terbesar dari Jerman bila datang Malaysia , tidak pernah
bincang pasal golf.
Saya baru selesai di audit dan mengikuti
kursus yang dibimbing oleh orang Jerman yang begitu pakar dalam
kejuruteraan. Sepanjang 3 hari tersebut orang Jerman ini tidak pernah
marah bila ada pekerja yang buat silap, dia senyum dan minta pekerja
fikirkan sendiri macamana nak cari penyelesaian.
Betullah apa
yang dikatakan Ustaz Abdul Rahim Yusof, boleh juga diertikan hadith Nabi
dilihat diamalkan orang orang Jerman di tempat kerja mereka, tetapi
susah nak lihat hadith Nabi diamalkan di syarikat tempatan.
Antara
prinsip yang paling tegas orang Jerman ialah mereka begitu pantang
dengan rasuah dan memandang jijik akan rasuah, hinggakan mereka sanggup
tidak melabur di sebuah negara apabila agensi kerajaan di negara
berkenaan mengamalkan rasuah untuk meluluskan pelaburan mereka. Mereka
kata biarlah mereka tunggu bertahun-tahun untuk diluluskan pelaburan
mereka daripada membayar rasuah untuk segera diluluskan."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Friday, November 22 @ 11:40:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Siti Zailah & Dr Siti Mariah dipilih semula Muslimat PAS Pusat
Posted on Friday, November 22 @ 06:58:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
SHAH ALAM:
Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi
lalu dipilih semula untuk menerajui kepimpinan dewan itu bagi sesi
2013-2015.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) mendapat 468 undi; timbalan, Dr Siti Mariah Mahmod mendapat 429 undi dan naib, Mumtaz Md Nawi mendapat 457 undi.
12
orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih iaitu Dr Halimah Ali 476 undi;
Aiman Athirah Al-Jundi (457), Khairiah Mohamad (454), Normala Sudirman
(446), Dr Asiah Ali (449), Aida Yusof Rawa (409), Wan Ubaidah Wan Omar
(393), Mastura Mohamad (392), Datuk Asiah Ghazali (372), Ustazah Azizah
Khatib Mat (360), Wan Hasrina Wan Hassan (331) dan Kartini Ahmad (306).
Pengerusi Tetap, Norhasimah Deraman mendapat 387 undi manakala Timbalan Pengerusi Tetap Norazlin Samsudin.
Pemeriksa kira-kira ialah Basmatul Uyun dan Siti Norfatiya Daud.
Seramai 681 orang perwakilan layak mengundi tetapi hanya 665 orang sahaja yang mengundi.
Bagi jawatan Ketua DMPP lapan undi rosak, timbalan (tujuh) dan naib (tujuh), manakala 49 undi rosak untuk jawatan AJK DMPP.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi telah mengumumkan keputusan itu
Saidah Hairan
HARAKAHDAILY
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan