Ahad, 24 November 2013

ADAKAH DENGAN SISTEM PAKEJ BERTARAF2/MENGIKUT STATUS IA JADI SUKAR UNTUK MENUNAIKAN HAJI...MUNGKIN AMBIL PAKEJ MAHAL IA DAPAT PERGI AWAL...AKHIRAT JAWAB

PAS sudah sedia mengambil alih tempat UMNO
Posted on Sunday, November 24 @ 14:18:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan UMNO. Inilah yang sangat digeruni oleh UMNO dan sekutu2 media nya. berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar STAR?

Utusan Malaysia apatah lagi- berkempen seolah olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila UMNO yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS. Senanglah puak UMNO mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. UMNO dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak geri UMNO.

Saya mengucapkan tahniah kepada jemaah pimpinan PAS yang semua nya disatukan oleh agenda politik PAS. Tidak ada belahan dalam misi perjuangan. Tidak ada ulama dan bukan ulama dan tidak syiah, sunni atau sebagainya.

Akhbar2 arus perdana milik BN semua nya menggambarkan pertandingan didalam PAS sekarang sebagai seolah2 pertandingan dan pertembungan antara golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam.

Sepanjang masa penulis dari Star, Bernama, Utusan Malaysia. bahkan mereka yang sudah keluar dari Jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulamak tapi menyokong golongan ulamak semata mata mahu membalas dendam keatas golongan bukan ulamak dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.
Pada muktamar yang baru2 ini, saya ada di stadium melawati shah alam. Ini muktamar yang bersederhana- tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung UMNO. Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah dari yang selalu disediakan untuk pelajar tapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tapi ahli pas yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh 2-3 ribu. PAS ada lebih penyokong dari UMNO. Tenaga yang terpancar dari kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.

Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS?

Jika saya ada kesangsian, ianya dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS. Bahkan saya merasakan kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga dari ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam. Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ianya bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulamak dam bukan ulamak. Ia nya satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam.
Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai untuk menghancurkan agenda politik Islam.

Ramai dari pimpinan yang dahulu dikekalkan. Ramai antara nya dari golongan professional dan bukan ulamak. Saya kenal mereka dari dekat dan saya tidak ada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam.

Saya juga kenal beberapa tokoh ulamak yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Ustaz Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulamak yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS. Ustaz Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokok2 ulamak yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS. Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.
Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementera semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.

Apa maknanya pemlihan PAS ini kepada UMNO? Ianya menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan UMNO. Menjelang PRU14, 75% dari pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan. Jeneasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. kita telah lihat anak2 muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala UMNO. Mereka tidak mahu penghinaan keatas intelijens mereka. Jika PAS berkerja sama dengan parti PR yang lain, PRU14 ialah kita yang punya.

........
SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com


 PKR Selangor cadang Anwar ambil alih jawatan Presiden
Posted on Sunday, November 24 @ 14:08:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.
Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.

Beliau yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas 2013 berkata cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.
“Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.

“Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu yang merupakan salah seorang daripada 16 pembahas yang berucap di kongres itu.
Kini, isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan presiden PKR.
Sementara itu, pembahas dari Perak Sandrea Ng menyifatkan pemimpin PKR yang datang dan pergi dapat diatasi dengan meningkatkan disiplin pemimpin parti.
“PKR perlu mengutamakan pemimpin yang berkualiti berbanding kuantiti dalam parti. Kepada pemimpin yang telah meninggalkan parti disebabkan telah kehilangan kepercayaan, pinggan tak retak, nasi tak dingin; engkau tak hendak, aku pun tak ingin,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir.
Setakat jam 10 pagi, 805 perwakilan telah hadir ke kongres ini bagi mengundi pindaan perlembagaan parti di mana PKR hanya memerlukan sokongan 608 perwakilan bagi membolehkan sesuatu pindaan dilakukan.
Jawatan Ketua Umum bukanlah satu jawatan rasmi yang berada dalam perlembagaan parti itu.
Jawatan tersebut diadakan kerana selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, beliau berhadapan dengan halangan undang-undang untuk memegang jawatan politik selama lima tahun.
Kini Anwar sudah bebas daripada halangan undang-undang tersebut.

HASBULLAH AWANG CHIK
MalaysianInsidet

.............
http://www.themalaysianinsider.com


 Tiada jawatan tak halang saya bantu parti - Mahfuz
Posted on Sunday, November 24 @ 14:02:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Datuk Mahfuz Omar tidak melihat kegagalan mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 sebagai halangan untuk beliau terus berjuang dalam parti.

Bercakap kepada lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati, ketika sesi penggulungan ucapan dasar pagi ini, beliau berkata, ruangan baginya untuk berjuang membantu PAS luas terhidang walaupun bergelar ahli biasa selepas ini.

"Jawatan ini sekadar ranking susunan dalam parti.

"Ini bukan soal jawatan, tetapi kemahuan untuk terus berjuang untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini," katanya yang memberi ucapan sejurus pengumuman keputusan jawatan Naib Presiden PAS dibuat pihak Jawatankuasa Pemilihan pagi ini.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan keputusan bagi tiga Naib Presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (penyandang) dengan memperoleh 917 undi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (bekas Ketua Penerangan) dengan 849 undi dan Datuk Husam Musa (penyandang) dengan 520 undi.

Mahfuz dan Datuk Abu Bakar Chik bagaimanapun masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dengan jumlah undi sebanyak 504 dan 364.

............
http://bm.harakahdaily.net


  Liqa' Fikri dan Usrah, Kesatuan Tarbiyah PAS
Posted on Sunday, November 24 @ 13:46:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





SHAH ALAM, 24 Nov - Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Ustaz Idris Ahmad menyeru perwakilan setiap kawasan mengikuti Liqa' Fikri anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan.


Jelas beliau, Liqa' Fikri yang dianjurkan Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan adalah satu program yang penting bagi pendokong serta ahli-ahli PAS.
"Liqa' Fikri sebagai wasilah tarbiyah membentuk jati diri sebagai ahli gerakan Islam. Kesatuan fikiran dan amal dapat dicapai melalui pertemuan dengan sesama ahli," tambahnya.
Malah katanya, program usrah juga perlu sentiasa diteruskan supaya masalah dalaman parti seperti salah faham di antara sesama ahli dapat dielakkan.
Namun, beliau mengingatkan bahawa tarbiyah yang paling penting adalah Tarbiyah Fardi iaitu tarbiyah diri sendiri.
"Tarbiyah Fardi bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah melalui amalan solat, puasa, dan membaca al-quran," jelas beliau.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan tentang program Lajnah Tarbiyah, beliau menyatakan bahawa pada tahun pertama dan kedua selepas PRU, Lajnah Tarbiyah akan menumpukan perhatian kepada program-program tarbiyah dan pada tahun ketiga empat dan lima lajnah akan menumpukan kepada kerja-kerja teknikal membuat persiapan menghadapi PRU.
Selain itu, beliau berharap setiap kawasan menghantar seorang wakil untuk mengikuti program di ILHAm bagi melahirkan naqib yang mampu menjadi membawa usrah di kawasan masing-masing.
ILHAM merupakan program pendidikan formal di bawah kendalian Lajnah Tarbiyah yang memberi pendidikan formal dalam bidang agama kepada ahli.

.............
http://muktamar59.pas.org.my

 Dua individu hina titah Sultan Johor cuti Jumaat & Sabtu
Posted on Sunday, November 24 @ 13:44:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"
Hina_Cuti_Jumaat_Sabtu


Berikut adalah dua individu yang menghina titah sultan Johor tentang pertukaran cuti kepada hari Jumaat dan Sabtu. Satu keputusan bodoh dan tidak mencerminkan demokrasi, tulis mereka. Sultan Johor menitahkan cuti di negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu sempena hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan semalam.
Individu tersebut telah memadam kenyataan mereka sebelum ini.
Hina_Cuti_Jumaat_Sabtu

Baca juga :Gambar ngeri dan identiti anak Tan Sri bakar di

 Tunggu 50 tahun tunai haji, kenapa jadi macam ini?
Posted on Sunday, November 24 @ 13:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Kalau umur 40 tahun baru nak daftar pergi haji, kalau umur panjang, umur 90 tahun baru dapat pergi haji. Logik ke? Kenapa jadi sampai begini? Di mana silapnya, Tabung Haji atau kita umat Islam di Malaysia yang tidak merancang, tidak mempunyai ikatan ukhuwwah yang kukuh, terutamanya di kalangan adik beradik, saudara mara.



Saya sebelum ini nak daftar anak-anak untuk tunai haji, tapi isteri tak galakkan, katanya kesian mereka yang dah berumur untuk pergi haji.

Tabung Haji perlu kaji semula proses daftar haji, supaya umat Islam tidak daftar haji atas spekulasi, tapi daftar haji semata-mata mengharapkan keredhaan dan keampunan ALLAH semata-mata.
Antara cadangan yang perlu dikaji oleh pihak Tabung Haji ialah :
1. Mereka yang telah pergi haji, tidak dibenarkan lagi untuk daftar tunai haji, walaupun mereka sanggup bayar beratus ribu ringgit dengan pakej haji yang paling mahal.
2. Pemimpin yang telah pergi haji pun, tidak boleh pergi haji buat kali kedua. Sedangkan Sultan Salahuddin Ayubi yang membebaskan Palestin dari tentera salib tidak berkesempatan menunaikan haji kerana memikirkan, merancang bagaimana untuk menawan semula kota Baitul Maqdis pada waktu itu.
3. Anak-anak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan untuk daftar haji, walaupun emak ayah mereka kaya raya, ada simpanan dalam tabung haji berjuta-juta ringgit.
4. Hadkan umur mereka yang nak pergi haji ke 35 tahun sahaja. Mereka yang berumur lebih 35 tahun akan terlalu uzur untuk pergi haji pada usia lebih 85 tahun.
5. Kaji semula mereka yang dapat pergi haji secara percuma melalui pakej kerajaan dan 1MDB untuk imam-imam, ketua-ketua kampung, JKKK dan sebagainya kerana mereka ini pada asalnya ada yang tidak termasuk dalam kuota haji, malahan mungkin ada yang belum pun berdaftar untuk tunai haji.
TUNGGU SEPARUH ABAD TUNAI HAJI
24 Nov 2013
KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Sunday, November 24 @ 13:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Johor sudah kembali ke pangkal jalan....Perlis bila lagi?
Posted on Sunday, November 24 @ 13:40:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



" Johor telah kembali ke pangkal jalan setelah "disesatkan" begitu lama oleh Muhyiddin dan Dr Mahathir.

Kembalinya Johor untuk "membesarkan" Penghulu Segala Hari Jumaat di sambut dengan linangan air mata oleh rakyat Johor yang cintakan Islam.

Bila lagi Perlis akan ikut jejak Johor ? Moga-moga Raja Perlis berani sepertimana Sultan Johor. Lebih-lebih lagi dengan Menteri Besarnya yang baru. MBnya dikenal sebagai seorang yang berugama dan cintakan Islam.

Johor sudah kembali ke pangkal jalan....Perlis bila lagi?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Sunday, November 24 @ 13:40:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Pemilihan Pemuda PAS: Undi mengikut kumpulan, tetapi populariti masih pilihan
Posted on Sunday, November 24 @ 13:39:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Kemenangan Suhaizan Kaiat dalam persaingan jawatan ketua Pemuda PAS dalam pemilihan baru-baru ini memperlihatkan pemilihan merentasi kumpulan oleh para perwakilan bagi jawatan tertinggi dewan itu..

Walaupun ramai menjangkakan Kamaruzaman Mohamad akan menang bersama dengan gandingan Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin, Suhaizan Kaiat - yang diletakkan bersama Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - berjaya mendapat undi mengatasi pesaingnya.

Kemenangan Suhaizan yang tipis, pada masa sama Muhammad Khalil dan Khairil Nizam mendapat undi yang tinggi, memperlihatkan campuran antara kedua-dua gandingan, dan menunjukkan perwakilan tidak memilih berdasarkan kumpulan semata-mata, tetapi turut dipengaruhi penilaian lain dalam mempertimbangkan Suhaizan.

Suhaizan mendapat 320 undi, 13 undi mengatasi pesaing utama Kamaruzaman yang memperolehi 307 undi. Dalam persaingan timbalan ketua, Muhammad Khalil mendapat 355 undi, jauh mengatasi Raja Ahmad yang dipilih oleh 282 perwakilan, perbezaan sebanyak 73 undi. Bagi jawatan naib ketua, Khairil Nizam pula memperolehi 411 undi, juga jauh mengatasi pesaingnya sebanyak 185 undi, Ahmad Zamri yang mendapat 226 undi.

Secara umumnya, Suhaizan, Raja Ahmad, dan Ahmad Zamri mewakili satu kumpulan dan bersaing dengan Kamaruzaman, Muhammad Khalil dan Khairil Nizam yang dilihat mewakili kumpulan agamawan dan mendukung gagasan kepimpinan ulama, yang ditafsirkan sebagai ketetapan tokoh menjawat jawatan-jawatan tertinggi timbalan dan presiden perlu daripada kalangan pemimpin yang berkelayakan ulama.

Kemenangan Suhaizan memberi petunjuk bahawa rekod dan kehadiran nasional beliau menjadi faktor dipilih oleh perwakilan, dan menunjukkan selera Pemuda PAS yang mahukan aktivis yang agresif seperti beliau mengetuai Pemuda.

Suhaizan sejak beberapa tahun lalu dirasai kehadirannya di peringkat nasional, walaupun kegiatan lajnah agak terhad disebabkan pembahagian kegiatan dengan negeri Johor, yang beliau mengetuai Pemudanya penggal lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan ketua dalam pemilihan kepimpinan Pemuda penggal lalu tetapi tewas kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Selepas itu, beliau mengekalkan kehadiran dalam Pemuda di peringkat pusat, satu faktor yang mungkin menyumbang kepada kejayaan beliau mengekalkan populariti hingga pada pemilihan kali ini.

Hal ini juga menunjukkan kejayaan kempen yang digerakkan oleh Suhaizan, terutama melalui program-program wacana yang diadakan di seluruh negara oleh sekumpulan penyokong kuat dan penggerak kempennya semasa musim kempen.

Suhaizan aktif menyertai wacana-wacana yang diadakan menjelang pemilihan, yang tidak disertai oleh Kamaruzaman.

Mood semasa sejumlah besar perwakilan menyokong usul mempertahankan kepimpinan ulama memperlihatkan satu petunjuk keputusan pemilihan Pemuda kali ini, yang diatasi oleh Suhaizan melalui kemenangannya.

Menjelang muktamar, mood Pemuda menunjukkan penguasaan kecenderungan menegaskan kepimpinan ulama apabila beberapa negeri termasuk Selangor dalam pemilihan peringkat negeri menyaksikan dominasi aliran agamawan.

Persaingan ide juga berlangsung dengan hangat di dunia siber, dengan kedua-dua aliran mengemukakan gagasan masing-masing dengan agresif melalui blog-blog dan laman-laman sosial.

Perkembangan itu dinilai sebagai satu petunjuk besar yang aliran menyokong kepimpinan ulama bakal mencorakkan pemilihan kepimpinan baharu Pemuda.

Kemenangan Suhaizan bakal menjadikan kepimpinan baharu Pemuda penggal terkini dibentuk oleh gabungan kedua-dua aliran dalam Pemuda, yang kedua-duanya memperlihatkan penegasan sikap dan kempen yang agresif.

Suhaizan menduduki posisi tertinggi sebagai ketua Pemuda, tetapi barisan kepimpinan Pemuda dibarisi pemimpin-pemimpin aliran menyokong kepimpinan ulama, daripada timbalan kepada naib hingga kepada barisan ahli jawatankuasa.

Aliran mendukung kepimpinan ulama merupakan majoriti dalam barisan ahli jawatankuasa seramai 12 orang yang dipilih, termasuk ahli Majlis Syura Ulama, Zaharuddin Muhammad, yang sering berdepan kritikan keras daripada kem lawan disebabkan pendiriannya mendukung kuat gagasan kepimpinan ulama.

Ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendapat undi sebanyak 433 undi, Syed Abdul Kadir Syed Hussin al-Joofre, juga mendapat 433 undi, Ahmad Fadhli Shaari (417), Mohd Syahir Sulaiman (415), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (404), Zaharuddin Muhammad (379), Ahmad Yahya (377), Wan Mohd Faizul Salleh (371), Dr Mohd Fadli Ghani (359), Nurul Islam Mohamed Yusoff (355), dan Mohd Sany Hamzan (340).

Hal ini berpotensi untuk memaksa kompromi dan kerjasama lebih harmonis melibatkan kedua-dua aliran, yang diwakili Suhaizan dan kelompok pendukung kepimpinan ulama.

Suhaizan walau bagaimanapun, dalam ucapan sulungnya sejurus menang jawatan ketua Pemuda cuba mendamaikan dan menunjukkan usaha kembali merapatkan saf, dan menunjukkan keghairahan untuk meningkatkan tarikan Pemuda PAS, dengan mengajak Pemuda menjadi lebih inklusif.

Keputusan pemilihan kali ini, yang menyaksikan persaingan sengit dan hasil kemenangan pemimpin-pemimpin gabungan dua aliran yang bersaing akan menjadikan kepimpinan penggal kali ini sangat menarik untuk diperhatikan.

HARIS ZALKAPLI
Siasahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan