Khamis, 17 Oktober 2013

TIBAI KAW-KAW.....PERGH!!!!

ALLAH MAHA BESAR..
Like · · · 23 hours ago near Kampong Saleng, Johor ·

Pelarasan cukai harus seiring pelarasan subsidi

http://yasirtamizi.blogspot.com/, 17 Okt 2013
Sama ada kita masih mahu hidup dalam penafian ataupun tidak, dalam realiti pengurusan kewangan Malaysia hari ini, pelarasan subsidi tidak dapat tidak, akan terus berjalan untuk jangka masa 4 atau 5 tahun lagi.
Rasionalisasi subsidi ataupun pelarasan subsidi ini, dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan Negara dan meyakinkan pelabur dalam tekad Kerajaan memperbaiki angka defisit dan hutang. Merujuk Bajet 2013, Kerajaan telah memperuntukkan RM37 bilion untuk subsidi.
Jika pelarasan subsidi ini berjalan dengan baik, Kerajaan akan dapat mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM37 bilion, lantas hasil lebihan pendapatan ini dapat disalurkan kepada projek-projek pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
Namun, dengan pelarasan subsidi sebegini, semestinya ini bukan dasar populis kerana rakyat akan menanggung beban daripada kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga bahan api, gula, tepung dan barangan harian, ditambah pula dengan tanggungjawab cukai yang perlu dibayar secara langsung mahupun tidak langsung.
Cukai yang ditanggung rakyat Malaysia ada lima jenis iaitu, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai import, duti eksais dan cukai pendapatan. Kadar bagi setiap cukai berbeza di mana cukai jualan adalah 10%, cukai perkhidmatan 6%, cukai import untuk kereta contohnya 30%, duit eksais untuk kereta serendah 60% manakala cukai pendapatan setinggi 26%. Merujuk Bajet 2013 yang lalu, jumlah hasil kutipan cukai adalah RM149 bilion.
Dengan lebihan pendapatan yang diperoleh hasil daripada pelarasan subsidi, seharusnya cukai juga diselaraskan supaya keseimbangan ini dapat membantu rakyat Malaysia mendepani bebanan kos sara hidup yang meningkat.
Jika pelarasan subsidi berjaya menambah pendapatan Negara sebanyak RM37 bilion, seharusnya pelarasan cukai juga perlu dilaksanakan agar beban cukai rakyat dikurangkan sebanyak RM37 bilion juga, ini bermakna hasil kutipan cukai haruslah dikurangkan daripada RM149 bilion kepada RM112 bilion.
Soal cukai mana yang harus dikurangkan terlebih dahulu bagi mencapai pengurangan kutipan cukai sebanyak RM37 bilion, kita mencadangkan pengurangan kadar pada cukai import, duti eksais, cukai tak langsung dan sebahagian cukai pendapatan dengan penghapusan Potongan Cukai Berjadual, harus didahulukan agar beban kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan secara langsung dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.
Hasil daripada pelarasan cukai ini, jika diterima dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan penghujung Oktober, akan meningkatkan keupayaan berbelanja rakyat sekaligus merancakkan lagi kegiatan ekonomi Negara untuk tahun fiskal 2014.
Malaysia menerimapakai hujah pasaran bebas dalam pelarasan subsidi, mengapa tidak kita menerima pakai hujah pasaran bebas dalam pelarasan cukai? Jika Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan hasil tanaman dan galian yang bernilai ratus bilion ringgit, mempunyai butang reset dalam pengurusan ekonomi di mana cukai boleh dilupuskan seluruhnya, mahukah kita dicukai lagi?
Pas Bagan Parit Sulong shared Kebangkitan Rakyat's photo.
Digunakan untuk BR1M 1 dan 2, serupa kita ambik duit kita sendiri.. dan awal tahun ini juga had umur untuk pengeluaran keseluruhan ditambah dari 55 tahun ke 60 tahun kenapa.? mungkin kerajaan tak bayar balik apa yang dia pinjam..????

BERITA YANG BUAT UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 NAIK BERANG .... KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR LULUSKAN SETIAP ADUN DI NEGERI SELANGOR DI BERI PERUNTUKAN RM10,000 SETIAP BULAN UNTUK PERBELANJAAN PUSAT KHIDMAT!!!!



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan jumlah RM10,000 untuk diberikan kepada setiap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai wang perbelanjaan untuk berkhidmat kepada rakyat. 
 
"Perkara ini sudah diputuskan, dan Exco-exco sudah bersetuju untuk memperuntukkan RM10,000 untuk setiap ahli ADUN untuk mendapat dana sokongan untuk menggerakkan pusat khidmat masing-masing," katanya. 
 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Majlis Menandatangani MoU di antara i-City dan Best Western International di sini hari ini. 
 
Sebelum ini, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh mengusulkan agar setiap ADUN di negeri ini mendapat peruntukan untuk kerja-kerja perkhidmatan kepada rakyat. 
 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan memohon peruntukan sebanyak RM10,000 setiap bulan untuk diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).  
 
Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik), Xavier Jeyakumar (PKR-Seri Andalas), Tiew Way Keng (DAP-Teratai), Hasnul Baharuddin (PAS-Morib), Ir Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat) dan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih).

BILA DISEBUT SETIAP ADUN MEMBAWA MAKNA TERMASUK ADUN PEMBANGKANG UMNO/BN ... BERMAKNA SEBELUM INI TIDAK PERNAH TERJADI SEMASA UMNO/BN MEMERINTAH SELANGOR ADUN PEMBANGKANG MENDAPAT PERUNTUKAN DANA DARI KERAJAAN NEGERI.

MOHON JUGA DANA DAN PERUNTUKAN UNTUK SETIAP AHLI MAJLIS JUGA DI NAIKKAN MEMANDANGKAN KOS URUS TADBIR PUSAT KHIDMAT JUGA SUDAH MENINGKAT.

YANG PASTI SEMUA MEDIA ARUS PERDANA AKAN SOROKKAN BERITA INI DARI PENGETAHUAN RAKYAT .. MANA TIDAKNYA .. MALULAH MUKA PARA PEMIMPIN UMNO/BN YANG TERKENAL SEBAGAI PEMIMPIN KUAT SUNGGUH MELAKUKAN DISKRIMINASI KEATAS PIHAK LAWAN .. ANTARA YANG TERKUAT DALAM DUNIA.

Like · · · 14 hours ago ·
Jihad masakini.
Like · · · 9 hours ago ·
Makan tak bayar - TGNA
Jom Like FB Harakahdaily
Like · · · 10 hours ago ·
D'Din Din shared Resepi Bonda's photo.
Mempunyai masalah nyamuk? cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih . Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk ... Pastikan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda! Cuba Jangan Tak Cuba — with Arieynn Nazrynie Aiman.

APA LAGI PERKASA NAK BUAT ... ISU KALIMAH ALLAH!!! ... TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI CAKAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SEMALAM HANYA TERPAKAI DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA TIDAK KEPADA PENERBITAN BIBLE DALAM BAHASA MELAYU!!!!



Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.

Katanya, isu ini masih belum selesai dan beliau percaya kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Wan Junaidi berkata keputusan oleh Mahkamah Persekutuan kelak akan mengakhiri segala perkara berbangkit.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan nanti akan dipolitikkan oleh pihak tertentu.

"Keputusan yang diputuskan mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan tidak menerima tekanan daripada sesiapa.

"Bermakna polis atau agensi lain tidak mempengaruhi keputusan mereka," katanya ketika ditemui dalam satu acara penyembelihan korban di Tabuan Hilir, Sarawak.

Namun, Wan Junaidi berkata kerajaan berpandukan undang-undang boleh menggunakan kuasanya untuk menarik balik keputusan mahkamah melalui pindaan undang-undang di Parlimen.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau memberi amaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UPKO berkata penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tidak mendatangkan apa-apa masalah di sana.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah itu sejak 100 tahun lalu dengan aman dan harmoni.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing turut senada dengan Madius.

"Datuk Zulkifli Noordin tinggalkan keputusan itu di Semenanjung dan jangan bawanya ke Sabah dan Sarawak untuk merosakkan keharmonian di sini."

Masing-masing turut menyuarakan kebimbangan sekiranya keputusan itu terpakai kepada Al-Kitab akan memungkiri janji Datuk Seri Najib Razak di Sibu pada 2010.

"Sekiranya perkara itu benar berlaku akan merosakkan kredibiliti Barisan Nasional (BN) dan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya.

APAKAH AKAN ADA SUARA-SUARA YANG MENYURUH TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI INI BERHIJRAH??????

PERGH!!!! PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SUDAH DI IKTIRAF SEBAGAI FATWA YANG BOLEH MENJADI MURTAD DAN KAFIR!!!!



Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

PERGH!!!!  ISU INI SUDAH MENJADI ISU KAFIR MENGKAFIRLAH PULAKKKK.....


Di kalangan masyarakat kita dan masyarakat antarabangsa mengenai isu kafir-mengkafir sesama Islam sering kali dicetuskan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran dalam masyarakat.

Penyelidik berpendapat ia berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW yang kemudian terbawa-bawa sehingga beberapa zaman akibat daripada krisis mengenai perebutan kuasa khalifah dan imamah.

Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya “Fathul Bari” menyebutkan, “Adapun pada pengetahuan manusia, iman hanya ikrar (pengakuan) sahaja, sesiapa yang mengaku Muslim dan mengucap dua kalimah syahadah, maka ia diakui sebagai Muslim dan hendaklah dilakukan ke atasnya hukum-hukum sebagai mana yang sewajarnya dilakukan terhadap orang Muslim, ia tidak lagi dihukum kafir, melainkan setelah ternyata padanya amalan-amalan yang menunjukkan sebaliknya seperti menyembah berhala dan sebagainya.”

Menurut jumhur ulama Islam, dua kalimah syahadah, merupakan pintu masuk agama Islam, orang kafir dikira termasuk dalam golongan umat Islam, sebaik-baik sahaja mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dengan sedar dan rela hati, sekali pun pada ketika itu ia belum lagi menunaikan kewajipan sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lainnya.

 Pengucapan dua kalimah syahadah juga melindungi darah dan harta benda seseorang daripada pencerobohan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar Ibnu Khattab r.a. menyatakan : “Apabila mereka menyebut dua kalimah syahadah, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada gangguan, melainkan dengan hak kalimah itu juga, sedang hisab terhadap mereka seterusnya terpulang kepada ALLAH.”

 Tuduhan kafir-mengkafir ini, yang peliknya ia ditujukan kepada sesama umat Islam, walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah, ada di antaranya disebabkan berlainan ideologi politik, perbezaan organisasi dakwah, metodologi akidah dan penguasaan ilmu dan sebagainya.

 Tuduhan ini kerana terpengaruh dengan buku-buku agama yang disalah tafsir atau dibaca tanpa guru yang mursyid, sehingga boleh memecah-belahkan persatuan umat Islam sejagat dan mereka seolah-olah kehilangan jati diri dan tidak lagi menghormati persaudaraan yang dituntut oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Mereka telah melampau batas-batas koridor keimanan dan boleh mengelirukan diri sendiri di tengah-tengah ummah.

Golongan ini berpendapat, walaupun mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, namun tidak memahami tuntutan dan tidak beramal dengan syariat ALLAH, maka mereka menuduh kafir walaupun mereka mengerjakan sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengakui dirinya Muslim.

Abu al-’Ala al-Maududi dalam bukunya Al-Mustalihat al-Arba’ah fil al-Quran menyatakan, “Umat Islam kini telah menyimpang jauh dalam memahami istilah yang dimaksudkan al-Quran sehingga akidah mereka tidak sahih lagi.”

Kemudian pemikiran beliau disokong oleh Sayyid Qutub dalam bukunya Mua’alam fil Tariq dan Fi Zilal al-Quran yang antara lain berkata, “Di dalam pengucapan syahadah itu diketahui masyarakat Arab bahawa ia suatu cara hidup yang meruntuh segala asas jahiliah yang mereka tegakkan, segala kepentingan dan kedudukan mereka.

Mereka sedar bahawa sifat agama Islam, tidak menerima tampalan dan tidak sesuai dengan unsur-unsur peraturan bumi yang tidak lahir dari sumber peraturan yang diturun dari langit.”

Persoalan sama ada seseorang itu mukmin atau kafir, sah atau tidak syahadahnya, haruslah berlandaskan kepada dalil-dalil kukuh dari al-Quran dan as-sunnah. Baginda SAW tidak pernah menghukum seseorang Muslim itu kafir, semata-mata kerana ia tidak beramal dengan hukum-hukum syarak.

Hadis Riwayat Muslim daripada Ubadah bin Somit r.a. yang bermaksud : “Kami berbaiah dengan Rasulullah untuk tidak melakukan syirik, tidak mencuri, tidak melakukan zina dan tidak membunuh anak-anak kami.

Sesiapa yang melakukannya, kemudian dikenakan hukuman, maka hukuman itu sebagai kaffarah (pencuci) dosanya, sesiapa yang ditutupi kesalahan itu, maka terpulang kepada ALLAH, sama ada menyeksa atau mengampuni dosanya.”

Daripada hadis ini fuqaha Islam termasuk Ibnu Hazam menarik kesimpulan bahawa iman terbukti dengan mengucap dua kalimah syahadah, ada pun pelaksanaan amalan hanya bertindak sebagai pelengkap.

ISU KALIMAH ALLAH ... PERTIKAI KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BOLEH JADI MURTAD DAN KAFIR ..... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH MANTAN MUFTI JOHOR!!!!!


Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

GEMPAR PANAS!!!!!!....ISU MUFTI SOKONG DAN UNDI BN.... MANTAN MUFTI PERLIS TIBAI KAW-KAW MUFTI PERLIS!!!!!


Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang dikatakan turut berkempen untu calon Barisan Nasional bersama-sama dengan TSMY di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa.

Kata Dr MAZA undi adalah rahsi maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.

Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya.

Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik.

Bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang rasa hormatnya dan akan pandang serong dan sinis.

Jangan gunakan kapisiti sebagai Mufti untuk kepentingan diri.. Jadi tidak menjadi kehairanan jika apa jua gelagat dan tingkah laku yang dilakukan oleh pemerintah BN, tidak berani ditegur kerana sokongan yang kita beri secara terbuka.

Pssttt...Calon BN di Bandar Tun Razak itu orang Islam ke atau dia lawan calon PR beragama Islam.

MAHKAMAH RAYUAN MEMBEBASKAN AZILAH DAN SIRUL DARIPADA TUDUHAN MEMBUNUH ALTANTUYA!!!!!


Mahkamah bebas Azilah, Sirul daripada tuduhan bunuh Altantuya

Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel  tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan