Rabu, 23 Oktober 2013

TAWADUK SATU TUNTUTAN

Allahyarham Ust Azizan Telah Menyelamatkan Tanah Rakyat Di DUN Sg Limau
Posted on Monday, October 21 @ 12:06:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya




Oleh PRK N20 Sungai Limau
SULIHH adalah singkatan Sungai Limau Hydrocarbon Hub..ia merupakan ubah suai daripada projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY)yang dicadang semasa era BN sebelum PRU-12, ianya diumumkan sebaik sahaja kerajaan negeri berubah pentadbiran pada Mac 2008 dengan menyelamatkan tujuh buah kampung iaitu Sungai Dedap, Kuala Sungai Daun, Kuala Sungai Limau, Sungai Limau Dalam, Sungai Tongkang, Sungai Kering dan Sungai Sedaka.    Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ketika itu tidak menggunakan tanah bendang yang banyak kerana ianya melibatkan tebus guna laut seluas 1,700 ekar dan 200 ekar bendang. Oleh itu, ianya dapat menyelamatkan pengambilan tanah bendang secara besar-besaran dan 800 buah rumah penduduk.     Sepatutnya upacara pecah tanah projek ini adalah pada September 2013... Kita tunggu jawapan Mukhriz dalam PRK nie...nak transformasi kat mana pulak??SULIHH adalah singkatan Sungai Limau Hydrocarbon Hub..ia merupakan ubah suai daripada projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY)yang dicadang semasa era BN sebelum PRU-12, ianya diumumkan sebaik sahaja kerajaan negeri berubah pentadbiran pada Mac 2008 dengan menyelamatkan tujuh buah kampung iaitu Sungai Dedap, Kuala Sungai Daun, Kuala Sungai Limau, Sungai Limau Dalam, Sungai Tongkang, Sungai Kering dan Sungai Sedaka.


Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ketika itu tidak menggunakan tanah bendang yang banyak kerana ianya melibatkan tebus guna laut seluas 1,700 ekar dan 200 ekar bendang. Oleh itu, ianya dapat menyelamatkan pengambilan tanah bendang secara besar-besaran dan 800 buah rumah penduduk.

Sepatutnya upacara pecah tanah projek ini adalah pada September 2013...
Kita tunggu jawapan Mukhriz dalam PRK nie...nak transformasi kat mana pulak??





Tiada lagi Skim Kafalah di Kedah
Posted on Monday, October 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Blog Wartautara.com
POKOK SENA: Tiada lagi bantuan ke bajikan Skim Kafalah, sebaliknya apabila berlakunya kematian, Umno- BN akan menyeru agar segera “kafanlah” jenazah tersebut, demikian sindiran Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya . “Kita tanya soal status Skim Kafalah ini dalam Sidang Dewan (Dun).Mereka kata kalau hendak sambung ba lik pun, akan beri nama lain.

Tetapi yang ada pada Umno m ereka akan ja wab, ‘Kafanlah’.

Mereka tahu bila ada kematian cuma mandi, kafan, sem bahyang, kebumi,” ujar beliau ketika berceramah sempena Karnival Pendidikan anjuran Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) Kedah, di Muassasah Darul Ulum, di sini baru-baru ini. Ujarnya, sejak Umno- BN kembali memerintah kerajaan negeri Kedah, mereka bukan sahaja gagal meneruskan agenda kebajikan sebagaimana dilaksanakan Pakatan Rakyat, malah merosakkan banyak usaha penting yang pernah dibuat.
Katanya, dalam perancangan Umno-BN memerintah hanya sibuk menumpu kepada membina bangunan- bangunan tetapi mengabaikan pembangunan manusia.
Menurut Ustaz Ahmad, jika sebelum ini setiap kali cuti sekolah bergantungan hebahan mengenai kem-kem cuti sekolah pembangunan insan, fenomena se karang berubah apabila dapat dilihat negeri ini mulai dipenuhi iklan programprogram dan sambutan yang menyajikan artis.

 Muslim Myanmar kembali menghadapi pembantaian teroris Rakhine di Thandwe
Posted on Sunday, October 20 @ 21:34:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"

THANDWE (Arrahmah.com) – Teroris Buddha Rakhine dengan didukung oleh Pasukan Keamanan (Hlun Htein) dan Militer Myanmar terus menyerang Kaum Muslimin Kaman dan properti mereka di wilayah Thandwe sejak pukul 11:00 pagi hingga pukul 09:30 malam pada Selasa (1/10/2013), lansir RVision.


Pasukan keamanan Myanmar menembaki Kaum Muslimin dan menyita pisau dan pedang yang mereka miliki untuk pertahanan mereka. Bukan hanya itu, pasukan keamanan juga membiarkan teroris biadab Rakhine membantai Kaum Muslimin di sana.

Saat ini, situasi di perkampungan Muslim tersebut dilaporkan sudah sedikit lebih tenang dan warga Muslim tidak diperbolehkan untuk bepergian. Akan tetapi ketakutan masih terus menyelimuti mereka. Tidak sedikit pula yang berusaha menyelamatkan diri dengan mengungsi ke hutan-hutan, di mana tidak ada makanan dan tempat berteduh.
Pemerintah Myanmar telah menyiapkan sejumlah pasukan militer untuk mengendalikan situasi di sana. Namun, pasukan keamanan tersebut malah baru diturunkan setelah membiarkan teroris brutal Rakhine melakukan kebiadaban yang mereka inginkan.
Serangan yang dilakukan teroris Buddha Rakhine membuat komunitas Muslim Kaman di Thandwe menjadi sangat menderita. Banyak yang telah kehilangan keluarga dan properti mereka. Berikut ini merupakan beberapa kebiadaban teroris Rakhine dan penderitaan yang dihadapi oleh Umat Islam Kaman pada Selasa (1/10).
1 ) Di desa Thabbru Chaing, 42 rumah warga Muslim dibakar, satu masjid yang telah berdiri selama 150 tahun bersama dengan Madrasahnya dihancurkan. Selain itu, enam orang ditemukan terbunuh (lima laki-laki dan satu perempuan), sementara 19 orang lainnya hilang. Mereka yang hilang juga diyakini telah terbunuh dan jenazah mereka telah hancur. Sementara jenazah-jenazah Muslim yang sudah jelas terbunuh ditemukan dalam keadaan penuh luka akibat pedang dan peluru.
Sementara itu, menurut Myanmar Muslim Media (MMM), keenam Muslim yang dibunuh tersebut adalah:
1) Daw Khin Kyi (wanita berusia 96 tahun)
2) U Abdu Meah (pria berusia 60 tahun)
3) U Abdu Samad (pria berusia 86 tahun)
4) Ko Khin Zaw (pria berusia 50 tahun)
5) Ko Myin Lwin (pria 45 tahun), dan
6) U Yusuf (pria)
Para teroris Rakhine yang memulai serangan terhadap Kaum Muslimin di desa Thabbru Chaing itu berasal dari desa tetangga, Sing Gaung. Selain itu, warga Buddhis lokal Rakhine juga ikut bergabung dengan para teroris biadab dari Sing Gaung tersebut. Sebagian besar warga Buddhis Rakhine di desa Sing Gaung berasal dari Bangladesh dan telah menetap di wilayah itu sejak dua-tiga dekade lalu.
2) Di desa Mae Chun wilayah Aung Mingalar Gun, para teroris Rakhine membakar 10 rumah milik Kaum Muslimin Kaman.
Para pemilik rumah tersebut adalah:
1) Daw wazi (wanita),
2) Daw Khin Htin (wanita),
3) U Myint Wai (pria , administrator desa), 
4) U Khin Aung (pria),
5) U Nga Ni Ye (pria),
6) U Ibrahim (pria), 
7) U Aung San Min (pria),
9) U Win Tun (pria), dan
10) U Thein Lwin (pria).
Selain itu, MMM juga melaporkan bahwa seorang Muslim yang dikenal sebagai U Maagy juga dibunuh oleh teroris Rakhine di desa itu. Pihak berwenang bahkan tidak mengizinkan anggota keluarganya untuk mengambil jenazahnya untuk dimakamkan. Jenazahnya dibiarkan tergeletak di tempat di mana dia dibunuh.
Di desa Pauktaw, teroris Rakhine membakar 32 rumah dan menghancurkan sejumlah toko milik warga Muslim. Seorang pria dan seorang wanita dilaporkan terbunuh. Selain itu, teroris biadab Rakhine juga menjarah banyak rumah Muslim di desa tersebut.
Sementara itu, sekitar 4-6 rumah di desa Shwe Hlay dan Hlin Thi juga dibakar atau dihancurkan.
Sebelumnya, pada Senin (30/9), teroris Rakhine juga membakar sejumlah properti warga Muslim berikut:
1) Sekitar pukul 7 malam, rumah U Htun Htin (seorang Muslim Kaman) Bawdi Gun Si barat.
2) Sekitar pukul 7 malam, sebuah peternakan ayam milik U Khin Maung Tun (seorang Muslim Kaman) di Ka-Gyi di Dwara Waddy Kuat Thit wilayah Ann-Taw.
3) Sekitar pukul 8:30 malam, toko bahan bakar (bensin, solar, dll) di ‘ Dwara Waddy Kuat Thit milik U Ko Gyi Maung (seorang Muslim Kaman).
4) Sekitar pukul 9 malam, rumah Ko Abdullah (seorang Muslim Kaman) di quarter 5.
Berikut adalah beberapa gambar Kaum Muslimin dari Thabbru Chaing yang dibunuh secara brutal oleh teroris Rakhine:
Daw Khin Kyi (96)
U Abdu Meah (60)
U Abdu Samad (86)
Ko Myin Lwin (45)
Ko Khin Zaw (50)
Inna lillahi wa inna ilahi raji’un.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kamal_hasan
Posted on Sunday, October 20 @ 21:34:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Mari Ketawakan Anak Kepada Bekas Presiden Umno Yang Mengaku Memberi Rasuah
Posted on Sunday, October 20 @ 21:35:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"
Slogan memang Cantik beb iaitu BERANI BERUBAH tetapi beliau lupa bahawa BAPAK beliau adalah PEMBERI RASUAH yang Paling Banyak setiap kali ada nya Pemilihan dalam Parti Syaitan Yang Dikenali iaitu Umno...


ini bukan nya gua FITNAH tetapi adalah PENGAKUAN SENDIRI dari MULUT LONGKANG beliau... kalau beliau nak SAMAN suruh beliau atau ANAK BAPAK tu SAMAN dulu Malaysia Insider (MI)... kalau lah apa yang di sampaikan oleh MI adalah FITNAH beb... kah kah kah !.

Macam mana nak BERANI BERUBAH beb kalau yang ramai menjadi Ahli Umno adalah jenis seperti "SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO"... kalau ada pun yang Pandai seperti jenis-jenis Ahmad Maslan yang Pointer 3.85 atau pun jenis Menteri Kepenggunaan yang suruh Rakyat jangan Makan Ayam kalau Harga Ayam Mahal... tapi tak ada pulak beliau suruh jangan guna Minyak kalau Harga Minyak Mahal dan gantikan dengan AIR KENCING... kah kah kah !.

Bukan nya mudah untuk Menghilangkan BUDAYA POLITIK WANG yang telah mnjadi DARAH DAGING beb... ditambah lagi kalau untuk menghilangkan Budaya tersebut hanya KEPURA-PURAAN atau dalam kata lain TIDAK IKHLAS... gua rasa lah kalau mahu menghilangkan Budaya Politik Wang dalam Umno ianya memerlukan sekurang-kurang nya Tiga Keturunan baru boleh Hilang... kalau setakat Bapak masih Hidup dan Anak adalah hasil dari Budaya Politik Wang baik lupakan aje lah untuk berubah... kah kah kah !.

Buat ANAK BAPAK kepada Bekas Presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir jawapnya CELIK lah Biji Mata Bapak lu untuk melihat lu jadi Perdana Menteri beb... kira lu dapat jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kedah pun sudah kira bagus... ini kalau tidak kerana Orang Melayu Negeri Kedah dapat DITIPU oleh Pemimpin Umno serta beberapa Perkara BODOH BIN BAHLUL yang dilakukan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) rasanya usahkan jadi MB Negeri Kedah untuk mempertahankan Kerusi ADUN pun belum tentu lagi gua cakap sama lu beb... kah kah kah !.

Gua rasa ada baik nya lu NASIHATKAN BAPAK lu tu untuk DUDUK DIAM-DIAM aje beb... kata kan kepada beliau KALAU DAH BERSARA TU BERSARA AJE LE... banyak-banyakan ISTIFAR dan minta KEMAAFAN kepada Ahli Umno terutama nya kerana telah MENYUBURKAN POLITIK WANG serta antara WATAK UTAMA dalam membuat UMNO MAMPOS pada Tahun 1987... itu belum lagi Meminta Maaf kepada Rakyat Malaysia kerana menjadi Perdana Menteri disebabkan MEMBERI RASUAH WANG... kah kah kah !. Mat Indera Sipejuang
hemmmmm..... yang seronok nya lepas ini ialah lu orang boleh tengok bagaimana tun mahathir akan menyerang kepimpinan umno yang baru dipilih... jawap nya terkincit-kincit lah haji najib dikerjakan oleh mahathir kali ni... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Sunday, October 20 @ 21:35:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 ALI : Balik kampung tanam kacang!
Posted on Monday, October 21 @ 20:11:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"

Apabila
mantan KM Melaka Ali Rustam tewas dalam PRU 13 Parlimen Bukit Katil,beliau menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya.


Katanya,orang Cina tidak kenang jasa dan budinya sebagai KM Melaka.Bahkan dalam kempen Pemilihan UMNO untuk jawatan Naib Presiden,Ali Rustam ungkit lagi perkara tersebut bagi meraih undi ahli UMNO.

Ali ingin menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia berdarah " Melayu dan PERKASA sejati."

Malangnya,beliau tewas teruk. Senasib dengan Isa Samad. Sekadar hanya 7 undi berbanding pemenang Zahid Hamidi 188 undi,Shafie Afdal 177 undi dan Hishamudin Husien 101 undi.

Lebih malang lagi 5 daripada 6 bahagian UMNO Melaka tidak mengundi beliau.

Jika dalam PRU 13,orang Cina menolak Ali atas dasar perkauman UMNO dan Ali mendakwa sebagai tsunami Cina. Kini apa pula dakwaan Ali terhadap bangsanya sendiri?

Adakah kewangan Ali tidak cukup ampuh untuk memancing undi? Ya lah, beliau bukan lagi KM.Sekadar senator dan Pengerusi PNB ?

Barangkali,pengundi UMNO melihat Ali sebagai seorang veteran,pencen dan miskin!

Miskin di sini bermakna tidak miliki RM12 juta untuk ditaburkan kepada setiap negeri.

Warna politik Ali Rustam semakin kelabu akibat dilanda tsunami Cina dan kini tsunami Melayu UMNO sendiri.

ALI : Balik kampung tanam kacang!
oleh Tok Pepijat "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Monday, October 21 @ 20:11:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Hanya dua hari Mat Maslan boleh putar alam!!
Posted on Monday, October 21 @ 20:07:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"ahmad-maslanTimbalan Menteri Kewangan, Mat Maslan boleh putar alam dalam masa dua hari. Sebelum ini melalui berita Bernama, Mat Maslan berkata bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.

Namun begitu berita hari ini Mat Maslan juga melalui berita Bernama, berkata kadar dan tarikh pelaksanaan GST mungkin diumumkan oleh PM, Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini. Lihat dua berita berikut;

Tiada GST dalam Bajet 2014 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) membayangkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.
Ahmad berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.
“Bila hendak dibuat, berapa peratus kita tidak tahu, tapi sudah nyatakan dalam jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal ‘Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia’ di Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama, 18 Oktober, 2013
Kadar Cukai GST Mungkin Lebih Rendah MELAKA – Kadar peratusan cukai yang dikenakan menerusi sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin lebih rendah daripada 16 peratus iaitu jumlah cukai dikenakan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak melihat kemungkinan kadar GST itu menjangkau belasan peratus, dan yakin sistem cukai baharu menggantikan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus itu, tidak akan sama sekali membebankan rakyat.
“Kalau kita lihat negara lain yang telah laksanakan GST di seluruh dunia tentulah kurang (daripada 16 peratus),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad sebelum itu merasmikan Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi tinggi di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru yang disertai lebih 100 anggota kastam dari seluruh negara.
Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zainul Abidin Taib.
Kerajaan katanya sudah mula mengkaji GST sejak 2005 dan merancang untuk melaksanakannya pada 2007, namun tertangguh atas beberapa sebab antaranya bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang.
Ahmad berkata kadar dan tarikh pelaksanaan GST mungkin diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini.
Dua hari lepas, Ahmad membayangkan GST mungkin tidak dilaksanakan dalam Belanjawan 2014.
Beliau berkata jika GST dilaksanakan, SST akan dimansuhkan.
Sementara itu, Ahmad berkata Jabatan Kastam berjaya mengutip hasil sebanyak RM25.8 bilion sehingga Khamis lepas dan beliau yakin sasaran kutipan hasil sebanyak RM34.4 bilion dapat dicapai akhir tahun ini. – Bernama, 20 Oktober, 2013
Kenapa taraf seorang timbalan menteri kewangan boleh bercakap berbelit-belit. Agaknya bimbang rakyat marah nak memberitahu perkara sebenar!!
Hadiah BN selepas menaikkan harga minyak 20 sen yang bakal diperolehi rakyat. Penyokong 47 persen bolehlah bersukaria dengan hadiah tersebut!! Lagi
Baca juga :Kain rentang yang buat Perkasa Penang sawan!!
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Monday, October 21 @ 20:07:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tawaduk Rasulullah s.a.w.

May 1, 2013 at 8:03pm


Luangkanlah masa anda hanya 10 minit untuk membacanya. Banyak amalan yang bertentangan dengan sifat tawaduk yang diajarkan oleh Rasulullah diamalkan di sekeliling kita. Hal ini selalu berlaku dalam kalangan individu yang merasakan dirinya mempunya pangkat dan keistimewaan dan dalam meraikan perasmian sesuatu majilis.

Dipetik daripada kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.

KISAH TAULADAN YANG PERTAMA

Sifat tawaduk baginda adalah ketika baginda menyuruh sahabat-sahabatnya memasak kambing, seorang daripada mereka manawarkan diri sebagai penyembelih. Yang lain menyiat kulit dan ada yang akan memasaknya. Rasulullah s.a.w. berkata "Saya yang bertugas mengumpulkan kayu bakar"

Mendengar perkataan baginda ini, para sahabat terkejut dan berkata, "Cukup kami yang mengerjakan semuanya, wahai Rasulullah"

Namun baginda menjawab, "Saya tahu kamu mampu menyelesaikan pekerjaan ini, tetapi saya tidak suka diistimewakan. Sesungguhnya Allah tidak suka melihat salah seorang hambaNya diistimewakan daripada kawan-kawannya" (Rujukan Ihya Ulumuddin, 3/306)


KISAH TAULADAN YANG KEDUA

Abu Hurairah berkata "Suatu hari saya pergi ke pasar bersama Rasulullah s.a.w. Baginda membeli kain dan meminta orang itu mengukurnya. Melihat yang dihadapannya adalah baginda, orang itu langsung meraih tangan baginda dan menciumnya

Namun baginda menarik tangannya daripada genggaman orang itu sambil berkata "Ini adalah kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang ajam terhadap raja-raja mereka. Saya bukanlah raja, saya hanyalah manusia seperti kamu semua"

Kemudian baginda mengambil kain tersebut dan saya memintanya dengan membawa maksud membantu membawakan kain itu, namun baginda menolaknya dengan berkata, "Jangan. Pemilik barang lebih berhak membawanya" (Rujukan Nurul-Yaqin)


KISAH TAULADAN YANG KETIGA

Rasulullah s.a.w. tidak suka sahabatnya berdiri menyambut kedatangannya. Baginda pernah berkata kepada para sahabat "Apabila kalian melihatku, janganlah kalian berdiri seperti perbuatan orang asing terhadap raja-raja mereka." Baginda juga pernah bersabda, "Sesiapa yang suka disambut oleh orang-orang dengan berdiri, hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya daripada api neraka."

Anas r.a berkata, "Tidak ada orang yang lebih kami cintai melebihi Rasulullah s.a.w. dan apabila kami melihantnya, kami tidak mahu berdiri kerana kami tahu baginda tidak suka akan hal itu." (Rujukan As-Sirah an-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam, 20/264)

Rasulullah hamba Allah yang paling mulia. Namun peribadinya sama seperti para sahabatnya yang lain.

Akhlak Orang Tawaduk (Rendah Diri)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan para sahabat baginda.

Dalam meniti usia yang semakin meningkat kita diajar dengan pelbagai ilmu melalui pengalaman dan ujian dari ALLAH swt. Tanpa disedari kita memperolehi pengajaran dan peringatan yang sama cuma caranya yang berbeza. Kerana apa? kerana setiap ujian yang diberi ALLAH adalah untuk mengingatkan kita bahwa kita ini sebenarnya hamba ALLAH, kehendak kita sama, tujuan kita sama maka itu niat kita juga seharusnya satu iaitu kerana ALLAH.

Sebagai seorang muslim mukmin, seharusnya kita senantiasa menilai diri. Adakah diri kita selari dengan tuntutan agama? Antara akhlak yang patut ada dalam diri kita adalah merendah diri atau juga dikenali dengan tawaduk. Sikap merendah diri sangat terpuji di sisi ALLAH SWT. Ini kerana Allah itu sifatnya Maha Besar dan Angkuh (Maha Gedebe), maka sesuailah sifat kita sebagai hamba ini tawaduk. Tunduk dan patuh kepadaNya.

Jika dilihat atau diamati makna merendah diri itu sendiri bukanlah membawa maksud kita ini merasa merendah diri sehingga menjadikan diri kita terhina dan dipinggirkan di tengah-tengah masyarakat.

Maksud Tawadduk di sini adalah mengambil jalan tengah ya'ni sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara terlalu melebih-lebihkan dirinya yang mengakibatkan sombong dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan dan kehinaan diri.

Tawaduk juga boleh diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada orang yang sememangnya berhak menerimanya.

Sebagai contoh, adalah dianggap kurang patut jika seorang alim memberikan penghormatan kepada tukang jahit kasut secara berlebihan dengan cara menyusunkan kasut atau membawakannya pada suatu majlis. Hal ini jelas tidak pada tempatnya dan sebagai akibatnya perbuatan itu akan menjatuhkan wibawa orang alim.

Sebaliknya cara terbaik untuk menghormatinya adalah dengan mempersilakan ia duduk ditempat yang sama ataupun mempelawanya makan bersama-sama.

Sebaliknya jika didapati seorang lelaki penjual sayur dengan bongkaknya ia enggan menghormati kepada orang yang berilmu atau orang yang lebih tua daripadanya atau kepada sesamanya dengan anggapan bahawa dia dan mereka adalah sama-sama manusia, sesungguhnya orang tersebut telah lupa bahawa ALLAH SWT menciptakan manusia dengan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lelaki tersebut bererti telah melebihkan dirinya yang terdedah kepada takabur.

Contoh yang tepat dari sikap merendah diri adalah menghormati kepada sesama teman yang satu darjat seperti sama-sama alim atau sebaya umurnya atau bahkan tua darinya, dengan sentiasa mempersilakannya untuk berjalan dihadapan ketika mereka berjalan bersama-sama, atau lebih mendahulukannya ketika makan bersama-sama, atau mempersilakan ia menjadi iman ketika solat berjamaah.

wallahua'lam

dipetik dari ; "penawar hati dan penenang jiwa 2", oleh Abu Mazaaya Al-hafiz, terbitan AL-HIDAYAH

p/s: Perenggan ketiga telah diubahsuai oleh aku mengikut kesesuaian. Wallahua'lam.


Muslim Tawaduk Dikurnia Hikmah Kebijaksanaan

Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

Meja rundingan ditolak, gelanggang debat dibuka serlah dendam politik tak berkesudahan

GAMAT dan gawat! Parti politik yang mewakili umat Islam saling tuduh-menuduh, menghina dan mengeji sesama sendiri, mengata tanpa batasan kerana berasa diri serta kumpulan mereka paling ikhlas berjuang untuk Islam, sedangkan parti lain munafik, fasik, bahkan difatwakan kafir.

Padahal, mereka semuanya muslimin, mengucapkan syahadatain, mendirikan sembahyang dan fardu lain dalam rukun Islam. Apakah bacaan syahadat mereka itu sebatas kerongkong saja? Sembahyang mereka satu upacara amal semata? Apakah puasa mereka tidak berjaya melumpuhkan sifat keji dan amarah yang merasuk jiwa?

Lidah pejuang politik umat Islam seakan-akan bercabang dua, satu lidah untuk solatnya dan satu lagi lidah untuk mencaci maki saudara seagamanya. Hatinya juga umpama dua talam, hati yang kadang-kadang beristighfar dan hati yang tiba-tiba berubah bak singa kelaparan.

Sesama Muslim bercakaran, satu kumpulan mengaku Islam progresif, lawannya mengisytiharkan parti mereka paling Islamik. Perpecahan sebegini tidak hanya dialami parti politik Islam, bahkan dalam arena organisasi dakwah yang pelbagai timbul masalah perselisihan mengenai manhaj dakwah siapakah yang paling benar.

Jika memang benar semua mengaku bekerja untuk kemaslahatan Islam, maka kenapa timbul pelbagai kerosakan, kemudaratan bahkan mungkin akan menjurus kepada pertumpahan darah. Tidak mustahil apabila pengikut yang tidak dapat mengawal emosi akibat terlalu taksub kepada pemimpin dan parti politik akan memberontak sehingga menimbulkan kemudaratan lebih besar kepada umat Islam keseluruhannya.

Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan: "Pelbagai parti dalam politik sama kedudukannya dengan mazhab dalam aliran fekah. Ulama yang mewakili mazhab fekahnya seperti pemimpin politik yang sama-sama mengaku mewakili Islam. Masing-masing berijtihad mengikut pandangannya yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Katanya lagi: "Apa yang kita tolak dalam medan politik sama dengan apa yang kita tolak dalam bidang fiqh iaitu ketaatan yang melulu dan taksub buta serta memberikan kesucian kepada sesetengah pemimpin seolah-olah mereka adalah nabi. Inilah punca kerosakan dan perpecahan."

Menyatakan bahawa ulama mazhab fekah itu suci dan tak berbuat kesilapan pun dilarang, maka apatah lagi menyatakan pemimpin politik yang dikasihi itu maksum tidak tersilap. Tidak ada manusia yang tidak bermaksiat melainkan nabi yang maksum.

Al-Qaradawi berkata lagi: "Saya ingin menyatakan kepada mereka, bahawa daulah Islamiyah bukanlah sebuah negara agama (Teokrasi) seperti yang dikenali umat lain. Saya bermaksud bahawa ia adalah daulah madaniyah yang diperintah oleh syariat Islam.

Pemerintahnya bukanlah seorang imam yang maksum, anggotanya bukanlah rahib yang suci, bahkan mereka adalah manusia yang kadang-kadang betul dan silap, kadang-kadang berbuat baik dan jahat, adil dan zalim, taat dan bermaksiat.

Rakyat hendaklah membantu mereka apabila mereka berbuat baik dan adil, membetulkan mereka apabila mereka silap dan menolak perintah mereka apabila mereka diperintahkan berbuat maksiat."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dengar dan taat adalah menjadi kewajipan ke atas seorang Muslim sama ada dia suka ataupun tidak selagi mana tidak diperintah melakukan maksiat, sekiranya diperintah melakukan maksiat maka tidak perlu lagi dengar dan taat." � (Hadis Muttafaq Alaih)

Apabila pemimpin menyeru kepada semangat asabiyah kepuakan, taksub parti sehingga membutakan mata dalam memandang sesuatu isu tanpa usul periksa, memecah belah persatuan umat sehingga melemahkannya hingga ke tahap boleh tunduk dan taat kepada kuasa bukan Islam lagi kafir, maka ia tidak lagi wajib ditaati bahkan mereka wajib menasihati pemimpin yang melakukan kesilapan itu sebagai usaha menegakkan amar makruf nahi mungkar.

Al-Qaradawi juga mengulas isu perselisihan umat dalam kitabnya bertajuk Al-Shahwah Al-Islamiyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa Tafarruq al-Mazmum: "Walau bagaimanapun bukan semua perselisihan adalah keburukan, ia terbahagi kepada dua jenis.

Perselisihan yang membawa kepelbagaian dan keluasan berfikir dan yang kedua ialah perselisihan yang (hanya bermatlamatkan) saling berlawanan satu sama lain. Yang pertama adalah dipuji dan yang kedua adalah dikeji."

Kesatuan adalah saudara kembar kepada iman dan perpecahan pula adalah saudara kepada kekufuran dan jahiliah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai." �(Surah Ali Imran, ayat 103)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang bercerai-berai (Yahudi dan Nasrani) dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang pedih." � (Surah Ali Imran, ayat 105)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu bertelingkah kerana umat sebelum kamu pernah bertelingkah lalu mereka dibinasakan." � (Hadis Muttafaq Alaih)

Berbilang parti politik yang mewakili Islam diharap dapat membuka keluasan berfikir dan kebijaksanaan menguruskan hal ehwal umat, bukan sebagai medan bertumbuk, berbalah jiwa dan perasaan yang mengundang dendam politik tidak berkesudahan.

Jelas sekali hal sebegini bukanlah suatu rahmat, bahkan ia suatu azab kepada umat Islam. Jika meja perundingan ditolak dan gelanggang perdebatan dibuka, bukankah ia menunjukkan dendam politik yang bertujuan mahu menjatuhkan satu sama lain?

Natijah yang pasti adalah akan saling mendedahkan aib sesama sendiri yang sudah ditutup oleh Allah dan ia sudah pasti merugikan umat seluruhnya.

Apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan dengan majlis saling berbantah-bantahan dalam forum terbuka dan disaksikan ramai orang, sedangkan kaedah menasihat sesama Muslim berbeza dengan cara menasihat penjenayah yang zalim lagi suka menumpahkan darah seperti Fir'aun.

Sedangkan Allah menyuruh Musa dan Harun AS menasihati Fir'aun dengan cara berlemah-lembut sebagaimana termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, Sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut." � (Surah Taha, ayat 43-44)

Sewajarnya semua ahli politik Muslim meletakkan maslahat Islam atas segala kepentingan. Dengan itu mereka akan bersikap matang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar tanpa melepaskan ikatan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan moral.

Bukankah al-Quran sudah menjelaskan tahap menyeru manusia ke jalan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk." � (Surah An-Nahl, ayat 125)

Dalam hati orang yang menasihati saudara muslimnya hendaklah sentiasa hadir rasa tawaduk, amat sangat inginkan saudaranya dapat menerima nasihat kerana Allah, jauh sekali mahu menunjukkan kehebatan, bahkan dia berkata-kata seolah-olah dia menasihati dirinya sendiri.

Renungilah ungkapan bijaksana ulama Salaf yang agung, al-Imam al-Fudail bin 'Iyad dalam kitab Al-Faqih wal Mutafaqih: "Sesungguhnya Allah mencintai orang alim yang tawaduk dan Allah membenci orang alim yang sombong lagi takbur. Sesiapa yang tawaduk kerana Allah, maka Allah akan mengurniakan hikmah kebijaksanaan kepadanya. Oleh itu dia hendaklah membiasakan lidahnya bercakap dengan lembut dan bersikap halus dalam bersoal jawab. Ini semua hendaklah dilakukan terhadap semua orang, sama ada kepada yang Muslim ataupun kepada ahli zimmah."

Penulis ialah Mufti Perlis

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1968 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.

Qana'ah dan Tawaduk


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin~Nya dapat kita bersua lagi di ruang tanpa sempadan ini. Selawat dan salam kita tujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda serta para tabiin yang mengikuti Baginda sehinggalah hari kiamat.
Sifat takabur dan besar diri (ghurur) adalah sifat kesyaitanan. Mereka yang bersifat demikian dibenci oleh Allah SWT. Untuk mendampingi Allah SWT seseorang itu perlu membuang sifat takabur dan besar diri. Firman Allah yang bermaksud, “Dan rendahkanlah sayap kamu (khuduk dan tawaduklah) kepada orang-orang mukmin”. [QS al-Hajr: 88]
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah.”. [Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih]
Temanku sekalian, ambillah pesan Al-Iman Al-Harits Al-Muhasibi seperti mana yang telah beliau tinggalkan dalam salah satu kitab karangannya. Saudaraku! Jika kalian ingin mencari pintu yang dapat menutup dirimu daripada bahaya dunia dan dapat membukakanmu menuju kebahagiaan akhirat, maka pintu itu adalah al-qanaah (menerima apa adanya kurnia yang diberikan) dan al-tawadhuk (rendah hati).
Keduanya adalah lawan kepada sikap bermegah-megahan dan sombong. Apabila seseorang bersikap tawaduk di dunia ini, bermakna dia telah menepis sifat sombong di dalam hatinya. Apabila seseorang tidak berkeinginan untuk mencari pangkat dan jawatan, maka dia telah selamat dari bahaya dunia.
Dengan ketawadukannya, seseorang itu akan menjauhkan dirinya daripada dunia. Hidupnya akan selalu terarah demi mencari keredhaan Allah semata-mata. Begitu pula seseorang yang bersikap qana'ah. Dia rela dengan kurnia yang diterima. Dalam mencari dunia, dia tidak berusaha memperbanyak harta yang ada, kerana jika dia melakukan sedemikian, dia tak ubah seperti anjing yang selalu sibuk mencari bangkai binatang untuk santapannya. Dia redha dengan harta seadanya sehingga sedikit sekali dosa yang dilakukannya. Kerana dia redha denga rezekinya yang sedikit, Allah pun redha kepadanya dengan amal kebajikan yang sedikit. Oleh itu, kamu harus segera memiliki sifat qana'ah itu. Dengan memilikinya, kamu akan senang di dunia dan bahagia di akhirat.
Saudaraku, takutlah kepada Allah SWT. Terimalah segala pemberiaan~Nya. Hindarilah corak kehidupan yang berlebih-lebihan. Dengan itu, kamu tidak akan jatuh miskin. Diriwayatkan, harta yang dikumpulkan secara berlebihan adalah najis. Pada hari kiamat nanti, harta itu akan dihisab. "Pisahkanlah harta yang diperolehi kerana Allah dan buanglah sisa-sisa harta lainnya ke dalam neraka," demikian perintah Allah.
Dikatakan dalam sebuah hadis, "Dunia itu makhluk yang dilaknat. Hanya dunia yang digunakan untuk berzikir kepada Allah yang selamat dari laknat." [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmidzi, hadis ini hasan sahih] Sabda Rasulullah s.a.w. "Dunia itu diperuntukkan bagi ahlinya. Siapa yang mengambil dunia lebih dari batas kecukupan, maka tanpa sedar, dia telah merenggut ajal kematiannya. [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar melalui jalur Anas - Lihat Ihya' Ulum al-Din 3/227]
Seorang sahabat pernah berkata, "Seburuk-buruk manusia adalah orang yang mengambil dunia lebih daripada batas kecukupan."
Saudaraku, siapa yang tidak puas dengan harta yang diperolehi, bererti dia harus berhati-hati dengan kandungan hadis berikut. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika manusia telah memiliki dua lembah emas, tentu ia akan mencari lembah yang ketiga. Mulutnya tidak akan penuh sebelum dipenuhi tanah. Allah akan menerima siapa saja yang bertaubat kepada~Nya." [Hadis ini diriwayatkan Muslim dalam kitab Sahihnya, hadis no. 117; al-Bukhari dalam kitab Sahihnya,bab ke-10 dan 49 dari kitab al-riqaq; al-Tirmidzi dalam kitab Sunannya bab ke-27 dari kitab al-zuhd; al-Qudha'i meriwayatkan dalam al-Syihab melalui Anas dan Ibn 'Abbas]
Kalian harus ingat, siapa yang tidak merasa puas dengan kurnia yang ada, bagaimana mungkin dia terselamat daripada ancaman hadis di atas. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! [QS al-Takatsur : 1-4]
Salah seorang sahabat berkata, "Celaka, setiap orang yang tamak, mulutnya selalu terbuka bagaikan orang gila. Ia selalu tertarik kepada milik orang lain, sementara miliknya sendiri tidak pernah dipandangnya. Orang seperti itu akan celaka dan mendapat siksa dalam waktu yang lama, sepertimana malam tidak dapat mendahului siang. Begitu juga dia. Tidak mungkin dirinya dapat diselamatkan."
Demi Allah, keuntungan yang sebenarnya adalah sikap redha kita dalam menerima penghasilan yang ada, bukan terletak pada sifat bermegah-megah. Keuntungan itu milik orang yang rendah hati, bukan milik orang sombong dan bongkak. Moga Allah kasih kita semua dengan kurniaan~Nya dalam hati kita sifat qanaah dan tawaduk. Amin..
Wallahu'alam..


Ada Apa Dengan TAWADUK?

   



Jika kita membicarakan perihal TAWADUK, sudah pastinya setiap seorang dari kita akan mengetahui bahawa tawaduk itu sebenarnya adalah merupakan sifat merendah diri. Ya, sememangnya benar sifat tawaduk ialah merendah diri. Namun, apakah kita mengenali tanda-tanda seseorang itu tawaduk(merendah diri) di hadapan Allah S.W.T.?

Di antara tanda tawaduk seseorang itu ialah bersedia menerima kebenaran meskipun daripada orang yang lebih muda. Ia tidak membawa kehinaan, malah mengundang penghormatan dan rasa kagum daripada orang di sekelilingnya.

Jika ia seorang ibu atau bapa yang merendah diri dengan menerima segala kebenaran atau hikmah yang diucapkan oleh anaknya, maka ia akan mengeratkan hubungan silaturahim antara anak dengan ibu bapanya serta anaknya juga akan merasakan ketenteraman apabila berada bersama ibu bapanya. Jika ia seorang pemimpin, semua pimpinannya akan turut melahirkan rasa hormat dan kagum terhadap pemimpin mereka sekiranya beliau menerima segala nasihat dan kebenaran dari anak buahnya. Jika ia seorang ulama, maka sifat ini menambahkan lagi ilmu dan wibawanya.

Imam ahli hadis dan fiqah di Kufah, Waki' bin al-Jarrah, pernah berkata: "Tidak akan sempurna seorang ulama' sebelum ia belajar daripada orang yang lebih tua daripadanya, yang lebih muda daripadanya dan daripada yang seusia dengannya."

Sikap menolak kebenaran juga diumpakan sebagai suatu kesombongan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Di sini, saya akan menceritakan sebuah kisah berkenaan Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari, ahli hadis yang sangat terkenal dengan kitab karangannya al-Jami'ah al-Sahih (Sahih al-Bukhari).
     Ketika masih kecil, Imam al-Bukhari sering mendatangi majlis seorang ulama hadis bernana al-Dakhili untuk menulis hadis daripadanya. Dalam suatu majlis awam, di hadapan orang ramai, al-Dakhili keliru membaca sanad hadis: "Sufyan daripada Abu al-Zubair daripada Ibrahim..."
     Al-Bukhari yang ketika itu baru berusia 11 tahun segera menegur gurunya. Beliau berkata: "Sanad ini keliru. Abu al-Zubair tidak pernah meriwayatkan hadis daripada Ibrahim."
     Mendengar teguran ini, al-Dakhili membentaknya, namun al-Bukhari tetap yakin dengan pendapatnya. Beliau berkata: "Cubalah tuan periksa kembali buku catatan tuan."
     Al-Dakhili segera masuk ke dalam rumahnya untuk merujuk buku catatannya. Tidak lama kemudian, beliau keluar sambil berkata: "Bagaimanakah sanad yang sebenarnya, wahai budak?"
     Al-Bukhari berkata: "Sanad sebenarnya adalah daripada al-Zubair bin 'Adi (bukan Abu al-Zubair) daripada Ibrahim..."
    Al-Dakhili segera mengambil pensel, lalu membuat pembetulan dalam kitabnya sambil berkata: "Kamu benar."

Maka jelaslah kisah ini menceritakan perihal seorang guru yang sedia menerima kebenaran walaupun dari seorang budak.Wallahu'alam...^_^

Apakah maksud tawaduk ?

Maksud perkataan tawaduk adalah / The meaning of tawaduk is : of commendable character i.e. humble; not arrogant; pious.
Perkataan berkaitan: / Related Words

  1. dina despised , miserable , poor , humble...
  2. sujud to prostrate in prayer; to humble oneself...
  3. merendahkan merendahkan diri = to be modest; humble; unassuming....
  4. soleh piety; pious...
  5. salih virtuous; devout; pious...
  6. alim pious , learned in Islam , religious...
  7. bongkak arrogant...
  8. penyombong snob; one who is arrogant....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan