Khamis, 17 Oktober 2013

ISU KALIMAH ALLAH.....BERHATI2 JERAT2 SYAITAN...PERLU MENGAJI SEMUA BAB DAN JANGAN LUPA SEJARAH MANUSIA DARIPADA NABI ADAM A.S.

'Kafir, murtad jika pertikai keputusan kes kalimah Allah'
11:17AM Okt 16 2013
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.
NONENooh Gadut (kanan) juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.
“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Pensyarah: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja'
8:56AM Okt 17 2013
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik.

Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.

“Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut,” kata Maszlee.

Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.

Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Maszlee berkata, keputusan mahkamah hanya mengenai larangan menggunakan nama Allah dalam mingguan Katolik The Herald.

Menurutnya lagi, ini berkaitan permohonan yang bersifat “admistrative in nature” dan bukan kepada subjek hukum.

Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyuarakan kebimbangan yang hampir sama.

Menurutnya pandangan Nooh itu mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama terkemuka, seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr  Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.
|
Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

NONE"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?
Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 01(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?
VIDEO BERKAITAN / 3:32 MINIT
DAP: Wan Junaidi 'mengarut' isu larangan pada Herald
1:53PM Okt 16 2013
MP DAP Tony Pua berkata timbalan menteri dalam negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat kenyataan mengarut dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' apabila menyebut bahawa pengharamannya hanya dikenakan ke atas majalah mingguan Katolik The Herald.

NONE“Timbalan menteri dalam negeri membuat kenyataan yang sangat mengarut, dengan memberikan alasan paling tidak logik bagi mempertahankan kerajaan dalam usagha untuk menyelamatkan undi Sarawaknya,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Wan Junaidi semalam yang menyebut bahawa kabinet membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.

Pua (kanan) berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari Isnin lalu tidak menyatakan secara khusus bahawa kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam The Herald.

Sebaliknya, penghakiman itu menegaskan pengharaman ke atas penggunaan kalimah tersebut oleh kesemua agama lain.

Malah, katanya, pengerusi panel hakim berkenaan Datuk Seri Mohamad Apandi Ali menyatakan dengan jelas bahawa ancaman ke atas Islam dalam konteks negara ini ialah pengembangan agama lain ke atas pengikut Islam.

NONETambahnya, para hakim berkenaan turut memutuskan bahawa kalimah 'Allah' tidak melengkapkan fahaman dan ajaran Kristian, khususnya dari aliran Gereja Roman Katolik.

Oleh yang demikian, kata Pua, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kalimah tersebut tidak dibenarkan daripada digunakan dalam Bible dalam apa juga bahasa.

Menurut Pua, larangan itu akan menjejaskan berjuta-juta pengikut Kristian di Sabah dan Sarawak yang menggunakan Al-Kitab.

Katanya, Wan Junaidi dalam kenyataan kepada portal berita The Malaysian Insider tersebut juga menyebut bahawa keputusan mahkamah hanyalah undang-undang kes yang tidak dapat dikuatkuasa walaupun ia menjadi sebahagian dari undang-undang di negara ini.

“Sekali lagi, Wan Junai membuat putar belit tidak logik dalam hujahnya bahawa keputusan mahkamah 'biasanya tidak boleh dikuatkuasa'. Jika begitu, kenapa perlu pergi ke mahkamah untuk mendapat pengadilan?

“Adakah ia bermakna jika The Herald tidak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan maka tiada agensi yang boleh 'menguatkuasakannya' ke atas mereka?,” soalnya.

Dalam Perkara Nie, Kita Harus Rujuk Kepada "Majlis Fatwa Kebangsaan"... Takut Nanti Jadi Macam Isu "Poco-Poco"... Ada Negeri Haramkan Tarian Tue, Tapi Tidak Kepada Negeri2 Lain... Yang "Memeningkan" Kelak Adalah Rakyat... Bukankah Kerajaan Pernah Mengatakan Bahawa Tidak Boleh Mengeluarkan Fatwa Sesuka Hati (Apabila Merujuk Amanat Hadi), Apatah Lagi Isu Menuduh Orang lain "Murtad"...
Like · · · 35 minutes ago · Edited ·
Harun Taib seru 'bersatu pertahan kalimah Allah'
11:48AM Okt 16 2013
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'.

“Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

“Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi.

Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain daripada Islam.

“Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi.

Laporan berkenaan turut menampilkan pandangan serupa, antaranya dari Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, serta Menteri Penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.





Jangan tafsir al-Quran ikut suka
  • Jangan tafsir al-Quran ikut suka Twitter milik Jui Meng.
1 / 1
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas memberi amaran kepada sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan tafsir ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada golongan ulama dan ilmuwan agama terlebih dahulu.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh berkata demikian merujuk kepada status Twitter Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

“Penggunaan ayat atau tafsir Al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam atau pun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir Al-Quran sekiranya tidak arif bahagian  itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguan edisi bahasa Melayu, The Herald.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Justeru itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan supaya Jui Meng bertindak matang dengan menghormati keputusan mahkamah demi keamanan dan kesejahteraan antara agama.

“Umat Islam mesti sepakat pertahankan kalimah ALLAH kerana ia perkara dasar dalam Islam, jadi yang bukan Islam rasanya tidak perlu berlebihan bercakap isu ini.

“Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk bertindak atau memberi nasihat kepada beliau supaya lebih menghormati keputusan mahkamah berkenaan perkara ini,” kata beliau.
Isu kalimah ALLAH bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah yang dicetak sejak 1994. Berikutan itu, pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.



Post by Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate ).


Nasir Sahlan posted 2 updates.

Nasir Sahlan shared Chandra Lawan Tetap Lawan's photo.
Like · · 4 minutes ago ·
 

Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). (39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan