Rabu, 30 Oktober 2013

KAHWIN ITU SUNNAH...MENGELAKKAN ZINA DAN AGAR DAPAT ZURIAT YANG SAH...KAHWINLAH LELAKI/WANITA YANG LENGKAP PAKEJNYA ...IAITU KUAT PEGANG AGAMA....SOLEH/SOLEHA ....TAK SUSAH NAK DIDIK LAGI...JANGAN MASA BERNIKAH TUTUP AURAT LEPAS TU TERBURAI DAN TERDEDAH...JANGAN CARI PASANGAN YANG JAHIL...PERKARA HARAM YANG MUDAH PUN TAK TAHU

Maya tak serik pilih ‘mat saleh’!
  • Maya Karin Maya Karin
1 / 1
Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.

Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya,  bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus  menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui  sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.


Bakal ke Sepanyol

Walaupun kini sedang sibuk dengan pengacaraan dan bisnes korporat, namun Maya, mengakui masih boleh membahagikan masa bersama kekasih serta keluarganya.

Malah aktres yang pernah popular menerusi filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini berkata, dia cuba memenuhi hobi lapangnya dengan bercuti bersama keluarga di luar negara. Dan yang terbaru, dia mungkin akan melancong di Sepanyol.

Katanya, walaupun sudah berpunya, namun ia tidak membataskan kemesraan dengan keluarga memandangkan dia sangat menjaga hubungan tersebut dan mementingkan ruang bersama keluarga.

“Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap membahagikan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan kekasih. Tapi belum pernah lagi saya keluar melancong bersama kekasih,” katanya yang berharap hubungannya dengan jejaka Inggeris itu akan ke arah lebih baik memandangkan dia sudah beberapa kali dikecewakan sebelum ini.


Lepas gian selepas 12 tahun

Mengulas mengenai kerjaya seninya, pelakon ini berkata, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal ‘Supermokh’ arahan Hans Isacc yang diterimanya. Menerusi teater itu, Maya melakonkan watak Tengku Zarina, isteri kepada legenda bola sepak terkenal negara, iaitu, Allahyarham, Datuk Mokhtar Dahari

Maya berkata, ia adalah satu lagi karakter mencabar selepas membintangi teater terakhir sejak 12 tahun lalu.

“Saya harus menjiwai watak Tengku Zarina. Selepas bertemu sendiri dengannya saya mengkaji karakter Tengku Zarina. Dia adalah wanita yang cukup kuat dan juga romantik.

“Memandangkan ini bukan filem atau dokumentari, maka saya kena bekerja lebih keras untuk memastikan saya benar-benar berjaya membawa watak itu.

“Namun berlakon dan menyanyi dalam satu masa, bukanlah asing untuk saya. Dengan membintangi muzikal ini, sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan 'gian' untuk berlakon di pentas teater," katanya yang ditemui selepas melancarkan kempen
Ekstravaganza Petronas bersama selebriti.


Masih bergelar penyanyi

Bercerita mengenai perkembangan single terbarunya, Maya berkata, walaupun ‘single’ itu masih belum popular, namun ia dapat menjangka selepas selesai pembikinan muzik video dan promosi yang dirancang oleh Warner Music ‘single’ berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal diterima peminat.

Menurutnya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Maya berkata, dia kini sibuk belajar mendalami dan menambah ideanya dalam bidang perniagaan.

“Saya ada perancangan untuk terlibat dalam bidang perniagaan, namun saya masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang menjamin saya sebagai pelaburan di masa hadapan.

“Saya masih masih belajar untuk ceburi dunia perniagaan,” kata pelakon yang  pernah memenangi anugerah aktres terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
Aeril, Wawa sudah berkahwin?
  • Wawa Zainal rancak atur karier Wawa Zainal
1 / 2

KONTROVERSI mengenai  dua pelakon popular Wawa Zainal dan aktor  drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung  tentang pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya.

Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut.

Menerusi laman Twitter, Aeril berkata, jika mahu mendapat kepastian mengenai perkara tersebut perlu menghubungi penulis artikel berkenaan kontroversi perkahwinan itu.

“Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan rajamawar@bh.com.my. Terima Kasih kak Raja. Sayang akak.

“Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu. Hasbunallah Wani'malwaqil,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pennjelasan daripada empunya badan melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut.

Sebelum ini, pasangan tersebut  pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan “kami hanya berkawan sejak 2011”.

Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.
'Kami dah nikah dua kali'
  • Aeril Zafrel Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerangkan status mereka berdua pada sidang media. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
1 / 1
SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.

Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.

Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.

"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.

Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.
Jue Aziz kahwin rahsia?
  • Jue Aziz Jue Aziz
1 / 2
KEMUNCULAN’ seorang bayi lelaki di laman Instagram milik pelakon Jue Aziz menarik perhatian ramai untuk mengetahui siapakah gerangan bayi tersebut kepada Jue.

Apatah lagi, ‘kehilangan’ Jue dari persada seni sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi liar bahawa Jue sudah berkahwin dan bayi lelaki tersebut adalah anaknya.

“Sudah hampir setahun saya menjaganya, nama dia Darwisy Naufal, 26 September ini genaplah setahun usianya. Dia adalah anak kenalan saya, ibu bapanya orang susah, jadi saya ambil dia sebagai anak angkat saya," jelas aktres berusia 30 tahun ini.

Mengulas mengenai dakwaan dia merahsiakan perkahwinan dengan seorang pelakon baru di Turki tahun lalu, Jue bagaimanapun pantas menafikan perkara itu.

“Saya masih belum berkahwin sehingga kini. Memang saya ada ke Turki tetapi ketika itu saya terlibat dengan penggambaran bersama produksi Erma Fatima. Tunjukkan bukti jika benar saya sudah berkahwin.

“Malah, jika benar Darwisy itu anak saya, tidak tergamak untuk saya menidakkan kehadirannya dalam hidup saya. Saya bukan sekejam itu,” ujarnya kesal.

Menurut Jue, dia memahami kenapa isu sebegini ditimbulkan apatah lagi, dia sudah lama tidak muncul dalam ruangan gosip atau hadir dengan kisah kontroversi.

“Biarpun saya sudah lama tidak muncul di dada akhbar, tidak bermakna saya tidak lagi aktif dengan karier lakonan. Karier saya berjalan seperti biasa, cuma saya tidak gemar dengan publisiti, cukup-cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini.

“Sekarang orang cuba timbulkan kontroversi dengan kata Darwisy adalah anak saya dan saya faham kenapa mereka bertindak sebegitu. Saya sudah jangka pasti akan ada pihak yang akan cuba mencipta isu sebegini,” katanya.


Impian terlaksana

Berkongsi pengalaman menjaga bayi, Jue berkata, dia sememangnya tidak mempunyai masalah menjaga anak kecil kerana pernah menjaga anak buahnya sebelum ini.

Namun, pengalaman menjaga Darwisy memberikan kenangan yang cukup bermakna buatnya apatah lagi banyak masa dihabiskan melayan kerenah anak kecil ini.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mendapat anak. Sejak enam, tujuh tahun lalu lagi dan Alhamdulillah, ALLAH makbulkan permintaan saya.

“Dulu pergi mana-mana saya seorang, kini ke mana-mana saya pergi, saya akan bawa dia. Apatah lagi saya lebih gemar duduk di rumah dan dialah yang akan menemani saya.

“Jika saya terlibat dengan penggambaran, kakak saya akan membantu menjaga Darwisy,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz. Jue berkata, dia sanggup mengambil pil bagi memastikan dapat menyusukan Darwisy dalam tempoh beberapa bulan.

“Alhamdulillah, saya dapat menyusukan dia sehingga kenyang untuk beberapa kali bagi memenuhi syarak. Selain itu saya turut berurut bagi memastikan saya ada susu badan yang cukup.

“Namun kini saya sudah berhenti memberikan susu badan dan Darwisy kini hanya meminum susu formula sahaja,” jelasnya.
Gelaran suami tidak jejas karier Izzue Islam
  • Izzue Islam Izzue Islam
1 / 2
SIAPA sangka, di usia seawal 23 tahun, pelakon kacak, Izzue Islam sudah pun menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan suami orang.

Lebih sebulan melayari kehidupan sebagai suami kepada Nurinafilah Waharudin atau Awin Nurin, 31, Izzue mengakui kehidupannya kini semakin bahagia.

Walaupun memilih untuk mendirikan rumah tangga lebih awal, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, tidak pernah terdetik rasa menyesal.

Meskipun ramai beranggapan populariti bakal merudum jika berkahwin lebih awal, namun bagi Izzue, rezeki tetap ada di mana-mana.

"Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan saya juga percaya pada rezeki ALLAH SWT.

"Lagipun, peminat sekarang lebih bijak. Mereka menilai hasil kerja kita asalkan kita tidak mencampuradukkan soal peribadi.

"Bagi salah, tak salah kahwin awal kerana selagi kita dapat mengimbangi antara karier dan rumah tangga, kita tidak akan mengalami masalah," katanya yang bakal muncul dalam filem Hantu Tok Mudim dan Aku Bukan Ustaz serta drama terbitan Suhan Movies, Sahabat.

Kehidupan berubah

Apa yang pasti, kehidupan berkeluarga sememangnya berbeza dengan kehidupan bujang. Bukan sahaja dari segi masa, malah pengurusan diri juga turut berbeza.

Akui Izzue, kehidupan suami isteri banyak berbeza dengan kehidupan sebelum ini yang lebih kompleks.

"Daripada seorang, sekarang sudah berdua. Dan mungkin tak lama lagi bertiga. Saya sangat bahagia melalui fasa-fasa kehidupan ini.

"Memang sebelum ini, Awin sering bersama saya kerana dia juga pengurus saya. Namun, pengurus dengan isteri banyak bezanya.

"Sekarang hampir hari-hari saya akan makan di rumah bersama isteri. Namun, jika ada hari-hari yang padat dan terpaksa berada di lokasi sampai lewat malam, saya makan di set sahaja.

"Pun begitu, isteri saya akan bertanya setiap hari adakah saya mahu makan di rumah ataupun di luar. Selain makan pakai, pengurusan hidup juga lebih tersusun dengan adanya isteri," katanya yang bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sangat memahami kerjayanya.

Jaga batas

Dalam meniti hari-hari mendatang, bukan senang menggalas tugas sebagai selebriti berstatus suami orang.

Malahan, ketampanan dimiliki Izzue mungkin boleh menggoncangkan iman wanita di luar sana untuk mendekati pelakon kelahiran Che Siti Wan Kembang ini.

Bukan sahaja perlu berjaga-jaga agar segala tindakan tidak disalah ertikan, malah pergaulan bersama pelakon wanita juga perlu dikurangkan.

Menurut Izzue, walaupun isterinya sangat memahami tugasnya sebagai selebriti, namun tidak bermakna dia boleh melakukan perkara bukan-bukan.

"Awin pernah beritahu saya yang dia tiada masalah jika saya digandingkan dengan pelakon wanita dalam sesebuah watak romantik.

"Namun, sebagai suami, saya akan menolak sekiranya watak itu berlebihan dan melampaui batas untuk menjaga hati isteri dan keluarga.

"Begitu juga dengan pergaulan sesama artis, saya perlu tahu di mana saya berada dan siapa saya. Kalau boleh, saya tidak mahu ada kontroversi yang melibatkan nama saya sehingga mencalarkan imej," katanya yang tidak menolak sekiranya diberi cahaya mata dalam masa terdekat.
Misha kahwin Februari depan
  • Misha Omar Misha Omar dan tunangnya
1 / 1
PENYANYI, Misha Omar akhirnya mengumumkan pernikahannya dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, bakal berlangsung Februari tahun depan selepas dua kali menangguhkan majlis tersebut sebelum ini.

Misha menulis di laman sosial Instagram miliknya, hari ini yang memaklumkan tentang perancangannya itu dan meminta peminat mendoakan semoga perancangannya itu dipermudahkan.

“Hanya Tuhan tahu betapa saya teruja mahu berkongsi berita ini bersama kalian. Kita dah nak kahwin awak!! Bulan Februari tahun depan.

“Awak doakan kita ya. Semoga semua perancangan dipermudahkan olehNya, amin,” tulisnya.

Pasangan ini bertunang pada Februari tahun lalu di Kelantan.
Zahid kahwin 8 Jun ini
  • Zahid Zahid
1 / 1
NAMPAKNYA penyampai radio Era, Zahid atau Zahid Baharuddin, 32, akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang dikenalinya sejak setahun lalu, pada Jun ini.

Menerusi laman portal, Zahid menceritakan bahawa tidak menyangka jodohnya bersama Sarah Julifa, 25, kekal apatah lagi mereka hanya berkenalan melalui Twitter.

Menurutnya, majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Teluk Intan, Perak pada 8 Jun.

"Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 15 Jun," kata Zahid.

Katanya, antara faktor Julia berjaya menawan hatinya adalah seorang yang memahami dan bijak menyesuaikan diri.
Nelydia belum sedia kahwin muda
  • Nelydia Senrose Nelydia bakal muncul dalam filem pertamanya, Cinderella arahan Ahmad Idham. - Foto: Zulfadhli Zaki
1 / 1
PELAKON cantik, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen kini semakin mendapat tempat di hati peminat selepas kemunculannya sebagai Ersalina dalam drama adaptasi novel, Setia Hujung Nyawa.

Dalam drama itu, Nelydia terpaksa berkahwin pada usia muda dengan pelakon, Amar Asyraf.

Namun, dalam dunia realitinya, pelakon berusia 18 tahun ini akui masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Nely pun tak boleh nak cakap sedia atau tidak. Kalau Nely cakap Nely sudah bersedia, rupanya tak sedia lagi. Kalau cakap tak sedia, sekali tengok Nely kahwin tahun depan. Jadi, sedia tak sedia itu sesuatu yang susah nak cakap.

“Kadang-kadang bila kita cakap tak sedia itu, itulah masa yang kita paling sedia. Kahwin awal itu, kalau tanya sekarang ini, Nely belum seratus peratus bersedia. Sebab banyak lagi benda yang Nely kena belajar. Ada ke orang nak kahwin dengan perempuan yang tak tahu apa-apa dalam hidup?,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi pandangan sendiri, Nelydia berpendapat, kahwin muda dapat menjadikan diri seseorang itu dewasa.

“Kahwin muda ini salah satu kebaikannya adalah mengelakkan maksiat. Dapat melarikan diri kita daripada...tahu sajalah pada usia muda ini darah tengah panas.

“Dapat kenal pasangan pada usia kita yang tengah ‘hyper’.  Jadi, ia ajar kita untuk menjadi dewasa. Cuma, kalau kena kahwin muda itu, kita kena terima dia dengan ikhlaslah walaupun kahwin paksa. Pasti hujungnya akan ada hikmah,” katanya.

Ketika ditanya tentang kisah cintanya dengan Qi Razali, Nelydia menegaskan tidak pernah memberitahu bahawa dirinya sedang bercinta.

“Nely tak pernah ‘declare’ Nely mempunyai teman lelaki. Pada Nely, cinta itu suatu benda yang belum seratus peratus pasti. Belum hak kita.

“Nely lagi suka nak ‘declare’ ke apa ke, benda yang Nely dah pasti. Kalau macam ini takut bukan apa...bukanlah kita menidakkan cuma kita nak jaga banyak pihak. Akan datang , jadi atau tidak sekurang-kurangnya kita tak perlu tergopoh gapah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, “Biar Allah yang tentukan jalan untuk kita. Berkawan itu berkawanlah. Tapi untuk mengheboh-hebohkan kepada orang lain, tak lah.”
Zahid, Sarah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
  • Zahid, Sarah Pasangan pengantin baru Zahid, Sarah. - Foto Ihsan Era FM
1 / 1
PENYANYI dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25 hanya dengan sekali lafaz, hari ini.
Zahid dan Sarah selamat dinikahkan oleh jurunikah Jaafar Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang, hari ini dengan mas kahwin berjumlah RM 101.

Lebih menarik, pasangan mempelai sempat ditunangkan beberapa minit sebelum dinikahkan.

Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Zahid dalam kenyataan yang dipetik daripada mStar Online berkata, walaupun baru setahun mengenali Sarah, keputusan ini diambil kerana pasangan ini tidak mahu bercinta terlalu lama.

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya.

Zahid juga mengakui tertarik hati dengan isterinya kerana ketegasan wanita itu dalam mendisiplinkan dirinya.

"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara.

Namun, kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya.
Beego, Linda Hashim kini suami isteri
  • Beego, Linda Hashim Beego selamat diijab kabulkan dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
1 / 1
[Dikemaskini]PELAKON, Beego atau nama sebenarnya,  Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 31 selamat diijabkabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim, 29 atau lebih dikenali sebagai Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam, hari ini.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna 'peach' ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.

Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu ini telah dijalankan di Masjid Usamah Bin Zaid.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300  dan wang hantaran RM35,000.

Pihak perempuan  menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, coklat Hershey's Rocher, buah-buahan dan sirih junjung.

Persalinan pengantin pada malam ini telah ditaja oleh Butik Erins & Erina Sequins.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan