Khamis, 31 Oktober 2013

JALAN KITA KALAH DARI GODAAN SERTA HASUTAN IBLIS@SYAITAN

Ijtihad politik dan PAS

Zolkharnain Abidin, 30 Okt 2013
Kebelakangan ini, istilah ijtihad politik meniti di bibir penggiat politik terutama ketika berseminar, berdiskusi atau berborak mengenai politik. Istilah ini menjadi popular akibat pengaruh persekitaran politik negara yang melalui fasa-fasa baru politik yang dicorakkan oleh badan politik dan bukan politik sesuai dengan perkembangan dan realiti semasa.
Bagi sebahagian orang, istilah ini terasa seperti baru walaupun hakikatnya istilah ijtihad dan politik adalah istilah yang diguna pakai melebihi seribu tahun, khususnya dalam sumber-sumber rujukan Islam. Muaz bin Jabal menggunapakai istilah ijtihad semasa menjawab pertanyaan Rasulullah SAW mengenai kaedah beliau akan menjatuhkan hukuman jika berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak ada petunjuknya daripada al-Quran dan sunnah [rujuk Sunan Abi Daud: 3119]. Sementara istilah siyasah [politik] disabdakan oleh baginda ketika menjelaskan mengenai Bani Israel yang dipimpin oleh para nabi [rujuk Sahih al-Bukhari: 3196 dan lain-lain].

Cuma, mungkin istilah ijtihad politik sebagai suatu bentuk disiplin pemikiran politik secara khusus masih terasa segar walaupun dari sudut praktiknya ijtihad politik ditunjukkan modelnya oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kedudukan mereka selaku pemimpin negara dan umat pada era masing-masing. Para ulama menyifatkan kaedah perlantikan Abu Bakar selaku pengganti Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda, tindakan Abu Bakar memerangi golongan yang enggan membayar zakat, cadangan Umar kepada Abu Bakar supaya mengumpulkan al-Quran dalam satu mashaf pada era Abu Bakar dan penulisan semula al-Quran pada era Uthman; adalah ijtihad politik para sahabat.

Ijtihad politik boleh didefinisikan dengan pengerahan segenap keupayaan pemikiran berdasarkan data, maklumat dan fakta bertujuan memastikan kemaslahatan hamba. Ini bersesuaian dengan kedudukan politik itu sendiri yang merupakan suatu usaha menegakkan sesuatu yang mendatangkan maslahah kepada manusia. Sementara ijtihad pula adalah pengerahan segenap keupayaan dengan kewujudan persediaan yang mencukupi iaitu orang yang layak berijithad yang dikenali dengan mujtahid, persoalan yang dijtihad adalah zanni [terbuka kepada perbahasan] dan ijtihad itu sendiri adalah untuk mengeluarkan hukum.

Harus disedari, ijtihad adalah ruang yang bersifat ekslusif. Justeru, ijtihad politik tidak boleh dilakukan kecuali oleh mujtahid. Seseorang tidak boleh memasuki ruang ijtihad politik kecuali dia memiliki kelayakan untuk berijtihad kerana, jika ruang itu boleh disertai atau dimasuki oleh sesiapa sahaja, tentu akan berlaku bilangan mujtahid akan mengatasi bilangan orang biasa. Hal ini mengakibatkan tujuan ijtihad politik iaitu untuk kemaslahatan hamba akan terabai bahkan ternafi.

Kedudukan ijtihad politik adalah selari dengan ijtihad dalam hukum syarak yang lain. Ibnu Qaiyim dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah menegaskan, ijtihad politik hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memahami syariah, memahami realiti [waqi’] dan berupaya memadankan atau menyerasikan syariah dan realiti antara satu sama lain. Namun begitu, tulisan ini tidak berhasrat untuk mengupas satu persatu syarat-syarat kelayakan untuk berijtihad tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang luas, sementelahan pula persoalan ini boleh dirujuk dengan mudah dalam kitab usul.

Ijtihad politik menjadi suatu keperluan mendesak khususnya dalam situasi politik semasa umat Islam kerana nas-nas dalam urusan politik adalah bersifat umum yang memerlukan ijtihad dalam konteks pelaksanaannya. Misalnya, perintah menunaikan amanah kepada ahlinya dan menjatuhkan hukuman dengan adil [an-Nisa’: 58], persoalan meminta jawatan [Yusof: 55 dan hadis al-Bukhari: 714], adalah nas yang bersifat umum yang berhajat kepada ijtihad dalam konteks pelaksanaannya dalam sistem politik moden hari ini.

Begitu juga, perkembangan baru dalam bidang politik seperti amalan demokrasi, hubungan politik antara kaum, kedudukan non muslim sebagai warganegara, penglibatan wanita dalam politik, perlantikan non muslim sebagai menteri, isu-isu berkaitan zimmi dan harbi, urusan pungutan jizyah, pelaksanaan syura dalam konteks demokrasi, kebebasan bersuara dan banyak lagi memerlukan para mujtahid tangkas menanganinya demi kemaslahatan manusia.

Itulah konsep ijtihad politik dalam konteks politik secara umum. Sementara PAS, dalam kedudukannya sebagai sebuah parti Islam dalam konteks setempat, ijtihad politik tetap berperanan besar. Keterlibatan PAS dalam sistem dan proses demokrasi yang melibatkan rakyat dalam pelbagai latar agama dan budaya memerlukan PAS melakukan ijtihad politik untuk memastikan PAS boleh hidup dengan segar bersama realiti tanpa mengorbankan dasar dan prinsipnya. Jika PAS gagal atau keliru dalam memahami dan menangani realiti dan tidak berupaya melakukan ijtihad politik untuk memadankan dan menyerasikan dasar dan prinsip PAS dengan realiti itu, kemaslahatan rakyat akan terabai.

Dasar Islam yang menunjangi PAS bukan bersifat retorik. Islam yang sentiasa menyerap perkembangan semasa kehidupan manusia pasti akan meletakkan PAS sentiasa relevan dengan semua situasi. Islam bukan agama yang beku dan tidak mengiktiraf kemampuan berfikir manusia. Islam tegak dengan hujah dan fakta. Al-Quran sendiri mengiktiraf kemampuan daya saing manusia dan realiti kehidupan mereka, bukan membenamkannya, bahkan mengaitkan kebiasaan itu dengan pengabdian diri kepada Allah, Tuhan Kaabah. Sila rujuk surah Quraisy yang mengiktiraf kebiasaan dan realiti kehidupan orang Quraisy berdagang pada musim panas ke Syam dan musim dingin ke Yaman.

Justeru, jika PAS tidak berupaya bergerak selari dengan realiti dan tuntutannya, atau terasa janggal untuk meletakkan dirinya relevan dengan realiti, itu bukan kesilapan dasar. Ia bertolak daripada kealpaan atau kegagalan PAS untuk melakukan ijtihad politik berpunca daripada kegagalannya memahami realiti, kemudian memadankan realiti itu dengan dasarnya. PAS tidak ada masalah dengan dasar, tetapi PAS mesti sentiasa pintar dan terkehadapan dengan pengurusan dasar atau aplikasi dasar. Pengurusan dan aplikasi dasar itulah medan ijtihad politik.

Keterlibatan PAS dalam sistem demokrasi adalah wasilah. Sementara hukum asal kepada wasilah adalah harus. Sesuatu wasilah diakui sah oleh syarak apabila ia tidak bertembung dengan nas syarak. Dasar Islam yang menunjangi PAS tidak membuka ruang keizinan untuk PAS mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Matlamat yang baik tidak boleh dicapai kecuali dengan wasilah yang baik. Sultan Ulama’, Izzuddin bin Abdus Salam menegaskan, kejahatan bukanlah jalan mendekatkan diri kepada Allah dan kejahatan juga bukan wasilah kerana tidak ada pendekatan diri kepada Allah kecuali dengan maslahah dan kebaikan. Tidak ada pendekatan diri kepada Allah dengan kerosakan dan kejahatan.

Wasilah demokrasi mendambakan ijtihad politik terkini. Pertembungan dengan seteru politik secara muwajahah salmiyyah, memperkenalkan sektor khidmat masyarakat, tahaluf siyasi, pewujudan Dewan Penyokong PAS, kebenaran calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS, kebenaran wanita menjadi calon, tawaran negara berkebajikan adalah sebahagian ijtihad politik PAS yang membuahkan hasil yang yang positif dalam meletakkan PAS terus relevan dengan realiti demokrasi.

Pintu ijtihad politik terus terbuka. Isu-isu gender, pelaksanaan syariah secara menyeluruh dalam pemerintahan, isu-isu berkaitan hiburan dan sukan, kebebasan beragama, keterlibatan non muslim dalam penggubalan dasar negara, isu-isu hak asasi manusia dan banyak lagi, dari sudut aplikasinya membuka ruang ijtihad politik kepada PAS. Sama ada PAS bersedia atau tidak, mampu atau tidak, semua persoalan itu perlu ditangani berasaskan Islam. Kealpaan PAS dalam menangani persoalan ini bukan sekadar menatijahkan PAS terpinggir dari arus keperluan rakyat, dibimbangi menatijahkan fitnah kepada Islam dan umat Islam.

Timbul persoalan, siapakah yang layak melakukan ijtihad politik dalam PAS? Seperti yang ditegaskan sebelum ini, medan ijtihad bersifat ekslusif dan hanya boleh dijejaki oleh mujtahid. Timbul persoalan lagi, adakah wujud mujtahid dalam PAS jika dipadankan dengan kriteria mujtahid yang ditetapkan oleh para ulama usul dalam perbahasan mereka mengenai ijtihad?

Diyakini, tidak ada seorang ulama dalam PAS yang bersedia mengaku mereka layak dikenali dengan mujtahid, apatah lagi secara individu. Namun begitu, PAS memiliki Majlis Syura Ulama yang berupaya melakukan ijtihad politik secara jamaei. Bilangan mereka yang munasabah memustahilkan mereka untuk berpakat membuat keputusan yang bercanggah dengan dasar PAS. Justeru, Majlis Syura Ulama boleh berperanan dengan berkesan dan aktif untuk melakukan ijtihad politik untuk memastikan PAS sentiasa relevan demi kemaslahatan umat.

Soalannya, adakah Majlis Syura Ulama sudah bersedia?

Laksana Hudud cita-cita kami - DPPNK

Rizal Tahir, 30 Okt 2013



KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  (DPPNK) menyokong komitmen kerajaan Kelantan untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 20 tahun tahun lalu.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, berkata hasrat tersebut selaras dengan kehendak rakyat yang inginkan enakmen itu dilaksanakan.

“Pada masa yang sama perjuangan PAS itu sendiri telah meletakkan syariat Islam yang teratas,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan  Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian selepas merasmikan Konvensyen Amar Makruf Nahi Munkar sempena sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) baru-baru ini

“Mewakili DPPNK, saya menyokong penuh usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar dalam isu ini.

“Inilah cita-cita setiap pendokong perjuangan PAS di Kelantan bahkan di seluruh negara. Saya yakin, sokongan ini turut dikongsi bersama oleh semua pihak yang meletakkan kepercayaan dan harapan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk menggerakkan usaha yang lebih serius ke arah pelaksanaan enakmen ini,”ujarnya.

Katanya lagi, jika dahulu, Kelantan telah terhalang untuk melaksanakan enakmen ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuskan surat kepada bekas Menteri Besar ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan pada masa itu.
Bagaimanapun, jelasnya semenjak kebelakangan ini  pandangan beberapa tokoh perundangan dan pakar perlembagaan menyebut  Kelantan boleh melaksanakan undang-undang ini di dalam ruang lingkup perlembagaan yang sedia ada.

Tegasnya, ia telah memberikan Kelantan nafas baru untuk melangkah ke hadapan demi menguatkuasakan undang-undang ini.

Sehubungan itu beliau berharap, Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud) yang telah ditubuhkan dua tahun yang lepas dapat bersidang dan mengeluarkan kesimpulan secepat mungkin agar undang-undang ini menjadi kenyataan.

Tambahnya, jika perlu ia wajar dibawa satu kes sahaja ke mahkamah untuk menjadi percubaan atau 'precedent case'.

Tetapkan harga lantai padi - Mahfuz

Muhammad Faizal, 30 Okt 2013


JERAI: PAS meminta agar kerajaan menetapkan harga lantai kepada pengilang-pengilang yang membeli padi dari pesawah bagi tujuan membela nasib mereka.

Dalam satu program di Kampung Kabu Sepuluh, Sungai limau, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar, berkata bahawa pelaksanaan harga lantai itu memberi keuntungan kepada golongan pesawah dalam menambah pendapatan mereka.

"Kita hari ini meminta agar kerajaan mendengar keluhan hati golongan pesawah padi yang sejak sekian lama tertekan dengan harga padi yang tidak memberi kesenangan pada mereka.

"Kita harap kerajaan menetapkan satu harga lantai kepada pengilang-pengilang yang membeli padi dari pesawah agar kehidupan mereka lebih terjamin serta memberi keuntungan," ucapnya dalam program Tok Guru Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi pagi ini.

Katanya lagi, kerajaan perlu menetapkan harga dari RM750 satu tan kepada RM1150 satu tan.

"Harga sekarang tidak membela nasib mereka, malah ia juga tidak seimbang di seluruh negara dan jika harga lantai ditetapkan maka akan ada keseimbang harga.

"Kerajaan perlu menetapkan harga dari RM750 kepada RM1150 untuk satu tan, jika ini ditetapkan maka pengilang akan berlumba-lumba untuk membeli padi dari pesawah dan yang mendapat keuntungan adalah pesawah," jelasnya lagi.

Naib Presiden PAS itu juga turut kesal apabila golongan tersebut tidak pernah mendapat pembelaan sejak tahun 1990 selepas perubahan harga dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

"Perubahan harga dilakukan oleh Anwar 23 tahun lalu dan sehingga sekarang belum ada apa-apa kenaikkan.

"Jelas nasib golongan pesawah ini tidak pernah mendapat pembelaan dari kerajaan selepas itu, jadi kalau kerajaan mengatakan mereka peka terhadap rakyat maka desakan ini perlu mereka tunaikan," sambung beliau.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar harga subsidi padi dinaikkan dari RM248 kepada RM372 untuk satu tan bersamaan RM3.72 sekilo.

Katanya dari jumlah tersebut hanya membabitkan inflasi kewangan negara sebanyak RM260.4 juta setahun bagi dua musim dan memberi kelegaan kepada kepada pesawah serta 750 ribu ekar sawah di seluruh negara.

"Kita nak kerajaan faham dan peka tentang masalah ini, jika mereka tidak faham ini menunjukkan mereka Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang lemah," jelas beliau pada sidang media sejurus program tersebut.

Kasihanilah kami yang guna diesel

Hazayani Zakaria, 30 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Dakwaaan kerajaan bahawa kenaikan harga minyak dan diesel September lalu tidak menjejaskan golongan miskin menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap bebanan golongan ini.

Menurut Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang), masih ramai penduduk kaum Iban dan kaum-kaum lain di pedalaman menggunakan diesel untuk menjana elektrik kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

"Kerajaan kata kenaikan harga minyak tidak menjejaskan golongan miskin. Adakah kerajaan sedar bahawa banyak lagi orang Iban dan penduduk di luar bandar masih menggunakan generator kerana mereka belum mendapat bekalan elektrik. Generator tersebut mengguna diesel.

"Jadi apakah yang telah dirancang oleh kerajaan untuk membantu golongan tersebut memandangkan mereka berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan berat," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, penurunan subsidi gula dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan kerajaan dalam belanjawan 2014 menambahkan lagi beban golongan miskin.

"Tambahan pula subsidi gula telah dimansuhkan dan GST akan dilaksanakan. Walaupun BR1M akan diberikan RM650 tetapi duit sebanyak RM1.78 sehari adalah tidak mencukupi untuk membeli 1 liter petrol," katanya.

Beliau dalam soalan asal meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan akan mengurangkan subsidi bagi petrol dalam tahun ini dan juga pada tahun 2014 dan rancangan kerajaan untuk meringankan beban rakyat memandangkan subsidi turun dan  mengakibatkan barang atau caj pengangkutan naik secara mendadak.

Presiden namakan benih padi sempena calon PAS

Harakahdaily, 30 Okt 2013





JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menamakan benih padi yang ditabur untuk musim depan dengan nama Azam.
Menurutnya, pemilihan nama itu sebagai mengambil nama calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

"Calon PAS yang bertanding Ustaz Mohd Azam, jadi benih ini saya namakan benih Azam sesuai dengan calon.

"Ia juga sebagai azam kita kepada Allah supaya benih ini subur dan memberi hasil yang banyak musim depan," katanya ketika berucap di majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Kampung Kabu Sepuluh di sini hari ini.

Pemberian nama itu adalah permintaan daripada tuan tanah di mana Tuan Guru diminta menabur benih tersebut dalam petak sawah miliknya.

Sebagai gimik pelancaran, Tuan Guru mengenakan pakaian turun ke bendang, iaitu baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang dan turun menabur biji benih padi di petak sawah kira-kira 700 meter dari tempat peigram.

Turut serta dalam acara itu termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dan Salahudin Ayub, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Iskandar Al-Hiss.

Terdahulu dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan masyarakat agar sentiasa berdoa kepada Allah di samping usaha dan ikhtiar yang dibuat supaya padi yang ditanam menjadi dengan baik.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela nasib petani khususnya penanam padi.

Ia termasuk dalam isu pemberian subsidi bagi meringankan beban pesawah padi dan harga padi yang masih rendah sekitar RM248 satu tan.

"Subsidi bukan keseluruhannya beban kepada kerajaan. Kerajaan kena fikir panjang untuk bekalan makanan negara.

"Seperti negara barat, mereka galakkan pertanian untuk sumber makanan mereka. Apabila berlaku bencana mereka punyai bekalan makanan yang cukup," katanya lagi.

Di samping itu beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu kerajaan menggunakan kepakaran termasuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan penghasilan padi.

Beliau juga menggesa kerajaan memanfaatkan sebaiknya tanah-tanah yang masih banyak dalam negara untuk pertanian sebagai memperbanyakkan stok bekalan makanan negara.

"Kerajaan jangan duk fikir nak bagi RM50, RM100 waktu kempen pilihan raya ini sahaja.

"Pesawah di sini mahu pendapatan mereka, hasil padi mereka meningkat. Kerajaan kena bantu dari sudut itu," tegasnya.

Majlis hari ini dibuat mengikut tradisi orang dahulu, dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat, dan kemudian menjamu pulut kelapa parut serta ikan masin, sebelum turun ke bendang.

Erti kekalahan Mukhriz

Subky Latif, 30 Okt 2013
Dalam kempennya ketika merebut jawatan Naib Presiden Umno dulu, Datuk Mukhriz Mahathir menyebut akan peri perlunya dia bertanding dan memenangi jawatan itu, demi memudahkan Umno/BN menghadapi PRU 14 nanti.

Umno jangan melihat mudah PRU itu memandangkan prestasinya yang hambar dalam dua Pilihan Raya Umum sebelum itu. Demi demikianlah beliau perlu menembusi pimpinan tertinggi parti itu.

Yang Mukhriz sebut itu dapat diertikan sebagai kebimbangannya atau tidak yakinnya keupayaan Umno bagi memastikan Umno dapat kembali cemerlang, malah belum tentu dapat mempertahankan prestasi yang hambar sekarang.

Maka baginya dia mesti menang dan kalau mahu Umno tidak kecundang, maka pemilihan Umno itu mesti menerimanya sebagai salah seorng dari tiga Naib Presiden itu.

Dia tidak berjaya sekalipun pencapaian percubaan pertamanya itu dikira cemerlang, tetapi dia kalah. Dengan kekalahannya itu maka kebimbangannya terhadap kemampun Umno menghadapi PRU 14 tidak hapus.

Ertinya, percubaan awalnya bagi menjamin kejayaan PRU14 itu gagal. Gagal jadi Naib Presiden tidak mengapa kerana dia boleh mencuba lagi, tetapi payah bagi memenangi PRU14 adalah suatu yang bukan mainan.

Pelan A Mukhriz bagi menawan PRU14 sudah rosak. Sekarang dia terpaksa memikirkan Pelan B bagi menghadapi suatu yang logik masa depan yang gelap.

Itu perspektif politik nasionalnya. Perspektif dalaman partinya dan politik peribadinya, kagagalan itu dia dapat memintas politik Khairy Jamaludin dalam perlubaan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri masa depan.

Jika dia memangi pemilihan itu dulu, dia sudah berada selangkah di hadapan Khairy. Dalam apa keadaan pun dia akan dilihat dulu dari  Khairy.

Menyerti pertandingan Naib Presiden itu dulu pun adalah  jalan pintasnya bagi menyekat Khairy. Bapanya pun juga dipercayai berfikiran bebgitu.

Tiada orang yang tidak disukai oleh bapanya selain dari Anwar Ibrahim ialah Khairy. Itu andaian semasa bapa mertua Khairy Perdana Menteri dulu. Mungkin sekarang sudah berubah.

Mengapa Mukhriz hendak merebut jawatan Naib Presiden yang sedia ada penyandangnya tetapi tidak sedia merebut jawatan  Ketua Pemuda Umno yang juga ada penyandangnya?

Harapan untuk menewaskan Khairy adalah kosong. Khairy bukan lembik seperti Ketua Pemuda sebelumnya. Jika Khairy selembik itu, maka Mukhriz mudah masuk. Ketua Pemuda dulu tidak nampak sangat lembiknya kerana ada Khairy.

Prestasi Khairy setakat ini pada Pemuda Umno adalah kelas. Tambahan pula dia sudah  jadi menteri. Bukan Mukhriz saja susah menghadapi Khairy, Presiden FAM pun susah.

Tiada harapan Khairy boleh digantikan masa ini. Maka akan membuang masa bagi Mukhriz mencubanya.

Peluang meninggalkannya ialah dengan mencuba satu dari kerusi Naib. Jika tunggu sekali lagi baru hendak mencuba, maka ia pasti meninggalkan Mukhriz jauh ke belakang.

Setakat ini, perlumbaan ke puncak itu antara Khairy dan Mukhriz saja sama seperti persaingan antara Musa Hitam  dan Tengku Razleigh pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein bagi tempat pertama dalam politik  dan akan sama pula kedudukan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir setelah Tun itu menjadi Perdana Menteri. Ku Li sentiasa di belakang.

Kini Mukhriz masih di belakang. Bagaimana dia hendak ke depan? Caranya hanya satu iaitu Najib atau Mahyuddin melakukan apa yang Tun Hussein lakukan terhadap Mahathir apabila dia mengambil orang di belakang Ghafar Baba dan Ku Li untuk jadi TPM. 

PANAS : SEKS DALAM TANDAS SEKOLAH



Astagfirullahal azim..apa nak jadi pelajar sekolah hari ini..?Allah jelaskan,perempuan yg berzina Dan lelaki yg berzina hendaklah kamu sebat tiap tiap seorang dari keduanya 100 Kali sebat,dan janganlh kamu di pengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankn hukum Allah,jika benar kamu beriman kpd Allah Dan hari akhirat,Dan hendaklh di saksikan hukuman seksa yg dikenakn kpd mereka itu oleh sekumpulan dari org beriman..bila lgi kerajaan Malaysia nk laksanakan hukum hudud.. Berjunub DalamTandas Sekolah ? | Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro.Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.

GEMPAR BERAPI : BUD@K SK0LAH D@SY@T TERL@MP@U



Nila perangai budak-budak sekarang...dah tak de adab..dh tak de harga diri..Body boleh tayang sesuka hati....Boleh bagi pada sapa yang nk tengok pegang n raba2...Klu la ada penguatkuasaan tayang body kan bagus..biar jadi pengajaran pada yang lain...Klu ada penguatkuasaan tak kuatkuasa tak leh jalan jugak..

SUMBER : MELAYUKUHEBAT.COM

GODAAN SYAITAN KETIKA BAYI LAHIR

  • Ada sebuah hadits, dari Abu Hurairah ra yang meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

    "Tidak ada seorang bayi pun dari anak Adam yang terlahir, kecuali ia pasti mendapat tusukan dari syaitan sehingga bayi itu menangis dan menjerit karenanya, kecuali Maryam dan putranya (Nabi Isa as)." (HR. Bukhari dan Muslim)

    Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabda, "Jeritan bayi ketika lahir adalah karena mendapat tusukan syaitan." (HR. Muslim)

    Dari hadits di atas dijelaskan bahwa semua manusia, entah itu orang tuanya muslim atau tidak, ketika bayi lahir maka akan didatangi syaitan dan diganggu pada saat dilahirkan. Datangnya syaitan pada saat itu adalah untuk menancapkan tusukan ujung jarinya pada kedua mata anak Adam.

    Syaitan Mencari Pengikut

    Tujuan syaitan menusukkan jarinya tersebut adalah syaitan berharap kelak di kemudian hari, anak Adam tersebut menjadi pengikut setianya. Matanya tidak bisa "MELIHAT" dengan benar antara yang baik dan yang jahat.

    Kebaikan akan tampak menjadi bayang-bayang yang samar sehingga ia akan enggan menuju ke arah kebaikan tersebut. Kejahatan akan tampak seperti kilauan cahaya yang snagat meggiurkan sehingga ia akan berlari untuk menyongsongnya.

    Oleh karena itu, Rasululah SAW memberi tuntunan kepada umatnya agar terhindar dari gangguan syaitan pada saat bayi dilahirkan.

    Pertama

    Dengan diazani pada telinga kanannya dan diiqamatkan pada telinga kirinya.

    Ibnu Abbas ra menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Ajarkanlah kalimat 'Laa ilaaha Illallahu' kepada anak-anakmu sebagai kalimat pertama yang mereka dengar." (HR. Al-Hakim)

    Rasulullah SAW juga bersabda, "Barang siapa yang mendapati seorang bayi yang dilahirkan, kemudian diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, maka ia tidak akan diganggu oleh Ummu Shibyan (syaitan yang selalu mengganggu anak kecil)." (HR. Ibn Sunny dari Hasan ibn Aki ra)

    Menurut Rasululah SAW, syaitan akan ketakutan dan berlari sejauh-jauhnya apabila mendengar suara azan.

    Kedua

    Hal kedua yang bisa dilakukan pada bayi yang baru lahir adalah dengan dibacakan surat Al-Ikhlas pada kedua telinganya. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya dalam kitabnya Al-Adzkar Al-Nawawiyyah menjelaskan bahwa Rasullah SAW membacakan surat Al-Ikhlas pada telinga anak yang baru dilahirkan.

    Ketiga

    Dengan mendoakan bayi yang baru dilahirkan. Untuk meghindari bisikan syaitan pada bayi adalah dengan membacakan surat Ali-Imran ayat 36 dengan maksud untuk memohonkan perlindungan Allah SWT untuk anak yang baru dilahirkan agar terhindar dari godaan syaitan yang terkutuk.

    فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

    Artinya:

    Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

    Doa keselamatan dan perlindungan untuk anak.
    "Ya Allah, kumohon perlindungan kepada-Mu untuk anak ini dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan dan kesusahan, dan dari pandangan mata yang menyakitkan." (HR. Bukhari)
    sumber: Kitab Suci Al-Quran

Iman Sempurna vs Godaan Syaitan
Elias Hj Idris
Di dalam al Quran, banyak Allah ceritakan tentang tanda-tanda dan sifat orang (lelaki dan wanita) yang memiliki iman sempurna atau disebut iman A’yan di antaranya;

i)   akan redha apabila menerima nasib buruk dan malang. Ia disebabkan kita yakin bahawa Allah yang mentaqdirkannya dan Allah cukup adil dan segala taqdirNya itu akan membawa kebaikan dan bukan untuk menganiaya kita. Lagi pun nasib buruk itu bukannya selalu datang menimpa kita, sedangkan nikmat Allah yang lain terlalu banyak dan tidak terhitung kita gunakan saban masa. Contohnya, udara yang kita hirup.

Dia dan rakan-rakannya dihukum mati (tembak) kerana
perjuangan jihad mereka dalam mencari keredhaan Ilahi

ii)   apabila datang ujian, kita akan bersabar. Allah datangkan ujian itupun dengan dua sebab;
  -  untuk menghapuskan dosa.
  -  untuk meninggikan darjat kita di akhirat nanti.

iii)   apabila datang nikmat Allah sama ada lahir atau batin, kita akan bersyukur. Kita rasakan bahawa kesemua nikmat yang ada pada kita itu adalah pemberian Allah s.w.t.

iv)   setiap kali setelah selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkan urusan kita kepada Allah untuk menentukannya. Kita akan pasrah terhadap ketentuanNya. Jika ada baiknya untuk kita dan diizinkan oleh Allah, maka jadilah pekerjaan itu. Jika Allah tidak menghendaki jadinya perkara tersebut, kita akan terima dengan senang hati.

v)   setiap kali terbuat dosa, hati kita akan terasa takut dan cemas dengan ancaman dan azab Allah. Dengan itu kita akan cepat-cepat bertaubat kepada Allah.

vi)   kita akan sentiasa beradab dan rasa malu dengan Allah. Kita akan melaksanakan ibadah dan perintah Allah dengan sebaik mungkin, cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah. Rasa malu ini dapat diterjemahkan sehingga tidak sanggup mandi bertelanjang, walaupun secara berseorangan dalam bilik mandi.

vi)   kita juga akan merenung dan menyesali diri, adakah kita ini berada di dalam keredhaanNya atau kemurkaanNya?

Kita akan berasa lemah apabila berhadapan dengan Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Kepada siapakah lagi kita akan mengharapkan bantuan dan pertolongan? Kita akan merasa lemah, tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah. Nyawa dan tenaga yang ada pada kita pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita di dalam kita derhaka kepada Allah, lagilah teruk nasib kita. Oleh kerana itu, kalaulah tidak ada usaha untuk kita memperbaiki diri, takut-takut dalam sesaat dua ini Allah ambil nyawa
kita, mati dalam keadaan derhaka kepadaNya.

Namun bagi mereka yang berusaha memperbaiki dirinya, hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada. Rasulullah s.a.w bersabda; 

“Kamu tidak akan merasai kemanisan iman sehingga kamu menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah. Dan benci kembali kepada kekufuran seperti benci dibaling ke neraka.”


Hizri Takashi Sauti

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda;

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt. berfirman;

 "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu?. Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"  -  hadis riwayat at-Termizi

Keterangan
Perjuangan dalam melawan nafsu....

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang ­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia yang sedikit. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­ alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw; "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq"  -  hadis riwayat Ibnu Ady

Keterangan

Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-­orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana apabila mengaji dia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga si alim itu meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana orang yang rajin beribadat itu adalah dari kalangan orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat itu pula adalah terdiri daripada orang-orang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan.

Orang yang berilmu dan gigih dengan amalannya...
walaupun sekadar di atas tangga mesjid

Kenali dan Atasi Godaan Syaitan


 Syaitan adalah musuh kita yang nyata sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang merupakan ingatan Allah SWT.
Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.
Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s: 129.):
  1. Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
  2. Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.
  3. Berzikir dengan lisan dan hati.
قال رسول صلى الله عليه وسلم
إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم
”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.
Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia
Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah: “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: “Ah…Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)
Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah )kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: “Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)
Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut: “Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: “Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.” (Hadis Riwayat Malik)
Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda (memberitahu): Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).
Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)
Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud).
Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)
Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah: “Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (Sutroh) (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)
Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: “Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangannya(Nabi).” (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)
Syaitan kentut: “Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).
Syaitan menyelit disaf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: “Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri )pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)
Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). “Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: “Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah).” (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: “Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)”. (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Syaitan membuat mimpi buruk: Nabi Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklah ia meludah ke sebelah kiri tIga kali dan hendaklah membaca:
A’uzubillah hi minasyaitan nir rajim
maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).
Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.
Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.
Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.
Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.
Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.
Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.
Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut, Malaikat Izrail atas arahan Allah. Pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah(Wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia.(Surah An-Nas:ayat 1-6)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan