Khamis, 17 Oktober 2013

HATI2 BILA MENJAMU SELERA SERTA MEMBELI BAHAN MAKANAN

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!

Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.
Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.
KERATAN AKHBAR METRO BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!

Lihat keterangan lanjut di bawah
Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.
Alamat premis sebenar yang beroperasi iaitu sebelah kandang ternakan babi :
Lot 1123
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300 Pulau Pinang
Ke alamat baru
No 2736,
Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,
13300 T.Glugor,
Seberang Prai Utara, Malaysia
KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan babi.
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “????” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ??????? dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo HALAL sah dari JAKIM
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
Logo HALAL sah dari JAIN/ MAIN
Logo HALAL keluaran Kilang Bihun Beras Indah
Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan. Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA, CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.
Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI
Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang pemprosesan bihun. Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir. Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari babi.
Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.
Saluran parit yang tidak terurus
Bayangkanlah situasi ngeri ini. Alangkah lebih baiknya KBBI hanya menghasilkan produk berjenama CAP BABI di bungkusan produk mereka. Bukan apa, ianya menyatakan dengan telus supaya tidak mengaburi pandangan masyarakat muslim amnya.
Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.
Alamat Setia Jaya Murni Enterprise
Alamat PERNIAGAAN YC ENG
Alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
Alamat SERBA WANGI SDN BHD
Alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor
PERNIAGAAN YC ENG di Skudai, Johor Bahru, Johor. (unit tengah)
Alamat PERNIAGAAN YC ENG yang dicetak pada bungkusan bihun ekonomi Cap Nyonya ini terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor . Ia merupakan RUMAH KEDAI 2 TINGKAT dan bukan tempat pemprosesan bihun dan permis tersebut masih kosong. Bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai.
Setelah diselidik, rupanya mereka hanya menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!
Tarikh luput pada tahun 2015 iaitu 7 tahun akan datang
Siapakah yang sebenarnya berkuasa dalam menghalang kegiatan licik ini berlaku? Menurut sumber yang dipercayai, Kilang Bihun Beras Indah mempunyai sejarah yang buruk berkenaan kegiatan mereka. Kilang tersebut telah diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang. Pada kali terakhir mereka diserbu adalah pada tahun 2007 dan dipaksa tutup oleh pihak yang berkuasa.
Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.
Gambar JENAMA BARU keluaran KBBI serta KESALAHAN pada bungkusan
CAP MASJID
CAP SYAIRIAH

Jenama ini diedar oleh
Setia Jaya Murni Enterprise
167, Jalan Machang, Kampung Kubang Gali,
17500 Tanah Merah, Kelantan
Cap Masjid yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Setia Jaya Murni Enterprise yang terletak di Tanah Merah, Kelantan walhal bihun ini dibuat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tiada tanda HALAL dan tarikh luput bihun adalah pada 31/12/2015 iaitu tarikh pada 7 tahun akan datang.
Selain itu, mereka tanpa segan silunya meletakkan nama cap Masjid serta lambang surau, bulan dan bintang yang tentunya merupakan lambang-lambang agama Islam pada bungkusan bihun agar menipu mata para pengguna lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini terang-terangan telah mempersendakan agama Islam dan penganutnya.
BIHUN EKONOMI CAP NYONYA
Jenama ini diedar oleh
Perniagaan YC ENG
22, Jalan Emas Putih 2,
Taman Sri Skudai,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor BIHUN EKONOMI CAP NYONYA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Perniagaan YC ENG yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor walhal bihun ini di buat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tanda HALAL yang tidak sah dan tarikh luput bihun adalah pada 31/03/2013 iaitu tarikh pada 5 tahun akan datang.
BIHUN EKONOMI CAP KRIS

Jenama ini diedar oleh
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lot Plo 11,
Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang,
6.5km, Jalan Mersing,
86007 Kluang, Johor
BIHUN EKONOMI CAP KRIS yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan seperti mengemukakan alamat palsu serta tarikh luput yang tidak menepati syarat.
CAP LAKSA SILAT

CAP LAKSA KAMPUNG
BIHUN CAP SERAMA
Jenama ini diedar oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
BIHUN CAP LAKSA SILAT , CAP LAKSA KAMPUNG DAN CAP SERAMA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD yang terletak di Alor Setar, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
CAP KAPAL LAYAR
Jenama ini diedar oleh
SERBA WANGI SDN BHD
Lot 2171,
Jalan Bukit Raya,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman. Dikilangkan oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
BIHUN CAP KAPAL LAYAR yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat SERBA WANGI SDN BHD yang terletak di Pendang, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
BIHUN JATI
Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd.
Pandangan hadapan Kilang Bihun Beras Indah

Kilang Bihun Beras Indah yang tidak indah dan kotor lagi menjijikkan.
Papan tanda GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang bersebelahan kilang

Pandangan sisi 3D GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lagi PENIPUAN…Gambar diatas merupakan GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor. Kawasan yang penuh dengan barang-barang ini bukanlah merupakan kilang pemprosesan Bihun.
 
 

DNA Babi dalam bahan buat kek dan roti secret recipe

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’
Rujuk di sini

 

DNA babi di kopi Kluang Rail Coffee Station.

Rujuk Lapuran dari jabatan kimia
Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.
“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.


Info -panduan menanam longan.

Buah longan atau nama botaninya dimocarpus longan digemari kerana rasanya yang manis dan sedap di makan begitu sahaja.jika tidak disebabkan imigran dari china yang membawanya ke negara ini mungkin kita tidak dapat menikmati keenakan buah ini.
Buah longan dikatakan adik kepada buah laici kerana ia lebih kecil saiznya. Dalam masyarakat china buah longan jarang di makan begitu sahaja biasanya mereka menggunakan buah ini dalam perubatan. Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah longan. Antaranya zat besi ,magnesium, fosforus, potassium, dan sejumlah besar vitamin A dan C. buah longan juga dikatakan mempunyai sebatian fenolik di dalam buahnya seperti asid gallik, corilagin dan asid ellagik. Ini menunjukkan buah longan meempunyai bahan antioksidan pelindung hati.
Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri. Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin . akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah .daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik(agen yang merangsang aktiviti rembesan dig aster dan digunakan sebagi tonik untuk meningkatkan selera makan ), febrifuge (rawatan atau ubat yang megurangkan atau mencegah demam ), dan vermifuj( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakn untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakn sebagai tonik dari rawatan imsonia . buah lonagn juga boleh meningktkan stamina kerana mempunyai sukrosa, protein,lemak, glukosa, dan asid tartaric, bagi ibu hamil yang lemah atau slps bersalin dikatakn baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doctor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.
Slps ini kita bolehla menikmati keenakan buah longan ini dengan mendapat khasiatnya sekali.namun harus diingat jangan berlebihan keran dikhuatiri member kemudharatan lain pula.

PANDUAN MENANAM LONGAN


PENGENALAN

Ia dikatakan berasal dari negeri China.
Nama saintifik
Nama lain
Keluarga
:
:
:
Dimocarpus longan Lour
Mata Naga
Sapindaceae
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Bagi pengeluaran komersil di Malaysia, beberapa kultivar disyorkan:-
  • Edaw
    Banyak terdapat di Thailand.  Pucuk barunya berwarna kehijauan.  Sentiasa mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti.  Buahnya besar, isi tebal dan biji kecil.  Isinya ranggup, manis dan rasanya sedap.  Buah dipetik agak awal kerana bijinya mudah bercambah walaupun semasa di pokok.
  • Chompoo
    Buahnya lebih besar dan bijinya kecil.  Pucuk daun mudanya berwarna merah jambu dan kemudiannya bertukar kehijauan.  Warna isinya sedikit kemerahan (Chompoo bermaksud merah jambu dalam bahasa Thai).  Buahnya sangat diminati
  • Biew Khiew
    Daunnya seperti Edaw tetapi berwarna hijau tua dan pucuknya berwarna merah.  Buahnya besar dan berkualiti tinggi daripada Edaw serta boleh bertahan lama di pokok.
  • Diamond / Berlian
    Hasil daripada penyelidikan bioteknologi dan pembangunan longan di Thailand.  Ia sesuai ditanam dan berbuah secara semulajadi di kawasan tropika termasuk di Malaysia.  Buahnya besar dan manis tetapi sedikit berair.
KEADAAN TANAH DAN IKLIM
Terdapat banyak ditanam secara komersil di kawasan beriklim sub-tropika pada altitud diantara 300-600 meter dari paras laut.  Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah.  Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik.  Curahan hujan tahunan yang paling baik ialah diantara 1200-1400 mm.  Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang.
Keadaan tanah yang mempunyai profil yang dalam (melebihi 100 pH 5.5 – 6.0 dalam kemasinan yang rendah adalah sesuai untuk tanaman longan.  Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air  seperti Siri Tok Yong, Cempaka, Lundang, Kerayong, Tebok, Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat adalah sangat sesuai untuk tanaman longan.
Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg. Pusu.  Elakkan menanam di kawasan yang mudah bertakung air dan aras air bawah tanah yang tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang sangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik, Binjai dan Lubok Sendong.  Bagi tanah sedentari (bukit), profil tanah yang dalam (melebihi 100 cm), bertekstur halus dan topografi kurang dari 20o adalah sesuai untuk tanaman longan seperti Siri Bungor, Rengam, Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan.
AMALAN KULTUR
Penyediaan kawasan
Kawasan perlu dibersihkan.  Bagi kawasan rendah dan mendatar, parit perlu dibuat.  Tanaman penutup bumi adalah digalakkan.
Menyedia benih
Benih tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergaris pusat 1.5 – 2.5 cm dan setinggi antara 45 – 60 cm.
Penaman di ladang
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok dengan kepadatan 166 pokok/ha.  Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9 penanaman.  Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm.  GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5.  Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan.  Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.
Pembajaan
  • Pembajaan peringkat belum matang
    Gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan.  Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10 kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan baja bukan organik seperti 15:15:15 dengan kadar 1-4 kg/tahun.
Umur Baja kimia
(kg/pkk/thn)
Kekerapan
(kali/thn)
Baja Organan
(kg/pkk/thn)
Kekerapan
(kali/thn)
GML
(kg/pkk/thn)
Kekerapan
(kali/tahun)
1
2
3
4
1.0
2.0
3.0
4.0
4
4
4
4
5
10
10
10
3
3
3
3
0.5
0.5
1
2
1
1
1
!
  • Pembajaan peringkat matang
    Kadar pemberian baja seperti berikut:-
Masa Jenis Baja Kadar Kegunaan
2-4 minggu lepas berputik NPK 15:15:15 1 kg/pokok Pembentukan buah.
1 bulan sebelum tuai NPK 13:13:21 1 kg/pokok Kemanisan buah.
Sepanjang peringkat berbuah Baja cecair koktail + racun
kulat + racun serangga
Mengikut syor seperti di label Pembesaran buah dan
hasil  yang bermutu.
2 minggu lepas pungut hasil NPK 15:15:15 atau
20:10:10 Baja organan kalsium nitrat
(sebagai baja tambahan
jika perlu, bila pokok lemah)
GML
2-3 kg/pokok 20 kg/pokok
1 kg/pokok
2 kg/pokok
Menggalakkan pertumbuhan
pucuk baru dan meningkatkan kesuburan pokok.
2 bulan lepas kutipan hasil NPK – 12:12:17:2 + TE 1-2 kg/pokok Kesuburan pokok.
1 bulan sebelum aruhan
bunga dibuat
NPK 1 – 12:12:17:2 + TE 2 kg/pokok Persediaan berbuah musim
selanjutnya.
PEMANGKASAN
  • Pemangkasan Pembentukan
    Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal dan pangkasan dibuat pada ketinggian 60 cm.  Selepas itu dibiarkan tiga cabang utama tumbuh.  Batang ini dipangkas pula pada 30-45 cm dan biarkan 3 batang tumbuh tiap satu.  Kemudiannya setiap dahan akan mengeluarkan 3-4 dahan.  Ini akan menjadikan kanopi longan terdiri daripada 27-36 dahan.  Pada keseluruhannya, ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas kanopinya adalah 4-5 meter.  Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pokok.  Pada peringkat awal, pertumbuhan pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia diaruhkan pada tahun ke 4 dan ke atas.
  • Pemangkasan Penjagaan
    Pokok longan dipangkas untuk mendapatkan bentuk ‘open center’ yang akan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi.  Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.
  • Pemangkasan Bunga dan Buah
    Pada keadaan tertentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah.  Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing.  Jika buah terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya.  Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah.  Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu), iaitu bila jambak bunga berukuran 10-12 cm panjang (anggaran 40-50% bunga dipangkas) dan bila berputik (anggaran 10% putik dipangkas).
PENGURUSAN AIR
Air merupakan keperluan asas untuk membangunkan kebun longan.  Jika kawasan mudah dibanjiri air (air mudah bertakung), sistem saliran perlu diadakan.  Pengairan sangat diperlukan pada peringkat awal penanaman, semasa aberbunga dan juga semasa pembesaran buah.
PENGURUSAN PEROSAK
Memandangkan tanaman longan masih belum ditanam secara meluas di Malaysia, serangan serius serangga perosak dan penyakit masih belum lagi dilaporkan.  Namun begitu beberapa perosak dan penyakit utama telah ditemui di negara-negara pengeluar longan secara komersil seperti Thailand, Taiwan, China dan Florida.
Kawalan serangga perosak adalah seperti berikut:-
  • Pengorek buah - Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah.  Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Thrips - Pada daun dan buah.  Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Mile - Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah menjadi tompok kuning.  Serangan pada kebiasaannya berlaku pada musim kemarau.  Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Lalat Buah - Serang pada buah.  Kawalan kultura iaitu sanitasi ladang.  Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Kesing - Merosakkan jambak bunga, daun muda dan pucuk.  pucuk menjadi rosak dan terbantut.  Guna racun serangga yang sesuai  mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Webworm – Memakan pucuk dan tunas baru.  Guna racunj serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Gagak - Buah dimakan oleh gagak, keluang dan kelawar.  Memasang jaring/pukat pada bahagian atas pokok longan.  Tembak menggunakan senapang.
KAWALAN PENYAKIT TANAMAN LONGAN
Penyakit yang biasa menyerang longan ialah kelapuk hitam, antraknos dan beberapa penyakit yang ditemui di negara-negara pengeluar longan.
  • Kulapuk hitam – Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah.  Kawal koya dengan minyak putih pada kadar 1:50.
  • Penyakit Reput - Tangkai buah kering dan buah gugur.  Memangkas dahan untuk memperbaiki pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.
  • Antraknos – Serangan pada buah dan daun.  Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
  • Mati Rosot – Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran yang kurang baik.  Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.

TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL

Kawalan menggunakan racun perosak boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar dan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.  Semburan hendaklah dilakukan secara berhemah.  Ikuti aturan menggunakan seperti yang disyorkan serta patuhi arahan yang dinyatakan.
KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL
  • Aruhan Pembungaan
    Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultivar yang memerlukan suhu yang rendah dan kering (2 bulan) untuk berbunga.  Pada kebiasaan biasa, ia tidak berbunga di Malaysia.  Menurut kajian, longan Edaw boleh berbunga dengan menggunakan rawatan kalium klorat.
Sebelum rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru.  Larutkan kalium klorat bersama air pada kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi).  Bersihkan kawasan kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah dibawah kanopi di sekeliling pokok.  Kadar kalium klorat yang diperlukan untuk mengaruh pembungaan dan jumlah air yang diperlukan untuk melarutkan kalium klorat mengikut kadar keluasan kanopi adalah seperti berikut:-


Jejari (kaki) Jejari (m) Keluasan
Kanopi
m2
Kadar KaliumKlorat
(8gm/m2)
(gm)
Kadar Air Digunakan
(Liter)
1 0.30 0.29 2.32 0.46
2 0.61 1.16 9.29 1.86
3 0.91 2.61 20.91 4.18
4 1.22 4.65 371.7 7.43
5 1.52 7.26 58.07 11.61
6 1.82 10.45 83.63 16.73
7 2.13 14.23 113.83 22.77
8 2.43 18.58 148.67 29.73
9 2.74 23.52 188.16 37.63






1
2
3
4
5
6
7
8
-
-
-
-
-
-
-
-
Daun matang (hijau tua) keseluruhannya.
Bersihkan bawah kanopi dari rumpai
Kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1)
Timbang kalium klorat mengikut jadual di atas (kolum 4)
Sediakan air bersih mengikut jadual di atas (kolum 5)
Larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut kesemuanya.
Curahkan rata-rata pada larutan kalium klorat itu di bawah kanopi.
Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu.

Penentuan masa aruhan ini dibuat kerana terdapat hujan yang mencukupi bagi pengeluaran putik dan pembentukan buah.  Suhu sebelah malam yang sejuk adalah baik untuk pembentukan buah.
  • Kematangan Buah
    Longan mengambil masa 5-7 bulan (bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang.  Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda.  Bagi longan kultivar Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.
  • Pungutan Hasil
    Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul.  Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.
PENGENDALIAN PASCA TUAI
Pemilihan buah dibuat di pusat pembungkusan.  Buah yang baik disimpan dalam bakul dan dijual dalam keadaan bertangkai manakala yang rosak dan berlainan warna dibuang.  Untuk pasaran eksport, rawatan buah secara rendaman racun kulat atau fumigasi sulfan dioksida digunakan sebelum dieksport.
MASALAH DALAM PENANAMAN LONGAN
Biennial bearing - masalah paling serius didalam penanaman longan secara komersial.  Pengeluaran buah menaik pada satu tahun tetapi kemudiannya menurun pada tahun berikutnya.  Pangkasan bunga dan buah perlu dibuat.
Saiz buah kecil - masih terdapat di Taiwan, Amerika Syarikat dan juga di tempat-tempat lain.  Permintaan adalah kepada longan bersaiz besar.
Penyakit virus witches broom - banyak terdapat di negara pengeluar longan di Asia.  Belum dikesan di Terengganu.
Kelawat dan keluang - musuh terbesar kepada longan.  Pukat/jaring perangkap burung digunakan untuk memerangkap keluang dan kelawar,  2-3 rawan pukat mencukupi untuk 1 hektar.
Dahannya mudah merekah dan mudah tumbang -  dahan longan mudah merekah dan mudah patah bila ditiup angin kencang.  Kanopinya yang besar dan lebat dengan daun dan buah menyebabkan ia mudah tumbang bila ditiup angin.  Oleh itu ia memerlukan tiang sokongan yang diikat pada dahannya.
Perlukan aruhan untuk longan berbunga - longan komersial yang berasal dari Thailand tidak berbunga semulajadi pada iklim Malaysia .  Ia perlu diaruhkan dengan kalium klorat untuk berbunga dan berbuah.  Pengusaha longan memerlukan satu program pembajaan yang intensif untuk mendapatkan buah longan yang berkualiti tinggi.


Zikir Menajamkan Fikiran.


Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti – aktiviti bio- elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugasan tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia didalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isayrat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik ini dikenali sebagai elektro-ensefalogarm(EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat allah, seperti subhanallah,beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini meyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan –kawasan saraf otak tersebut.apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik .
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untk turut sama aktif secara keseluruhan .oatk mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir oatk tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang di lakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di Universiti Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda .mereka dikehendaki membaca setiap perkaaan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan .apabila sukarelawan melakukan tugas mereka , beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks .
Menariknya, apabial sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang –ulang kali, aktiviti saraf oatk merebak ke kawasan –kawasan saraf lain.apabila senarai perkataan baru diberiakn kepada mereka, aktiviti saraf kembali menigkat di kawasan pertama.ini seklaligus membukikan secra saintifik bahawa perkataan yang di ulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan oatak dan menambahkan kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku seislam, ketika sainstis barat baru menemui mukjizat ini , kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentinagn berzikit dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi……..jom zikir….
 
 

Info tanaman – Panduan Menanam Manggis.


Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.
Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.
Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.
Panduan menanam Manggis.
Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae.  Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20oC dan 30oC  Ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik.  Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir.
Pengurusan Air:
Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang.  Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar.  Bagi mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim hujan.  Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.
Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah.  Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut.  Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk.  Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan.  Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.
>Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan.  Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air.  Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak  Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60 psi.
Kawalan Serangga Bagi Tanaman Manggis
Jenis Serangga Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1.  Pelombong Daun
(Phyllocnictis citrella)
Larva memakan inti daun melalui saluran atau liang-liang yang dibuat.  Daun yang diserang menjadi berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan pudar dan bergulung.  Larva membesar di dalam daun dan menjadi kepompong dalam lipatan daun. Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif.
2.  Pengorek Buah
(Curculio sp.)
Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah.  Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah.  Apabila buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di dalam tanah.  (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul sebagai kumbang dewasa). Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.
Kawalan Penyakit Bagi Tanaman Manggis
Jenis Penyakit Bahagian diserang/simptom Syor Kawalan
1.  Cerana Zignoela
(Zignoela garcianneae)
Menyerang dahan dan batang.  Tempat diserang akan bengkak dan bercerana.  Daun akan layu dan luruh.  Pokok akan mati. Musnah pokok yang diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk mengawal penyakit dari merebak.
2.  Cendawan Angin
(Corticum salmonicolor)
Menyerang batang dan dahan pokok.  Bahagian yang diserang akan menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang.  Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu dan terus mati. Dikawal dengan memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok.  Cantas dahan yang terlalu rapat.  Jika perlu sembur bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum.
Kerosakan Lain:
1.      Gamosis
Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang boleh merosakkan dahan dan buah.  Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit.  Kerosakan ini berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal.  Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah matang.  Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah.  Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya tidak rosak.  Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak dibiarkan jatuh ke tanah.  Kawalan gamosis secara terperinci masih belum diperolehi.
2.      Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air.  Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri daripada lalang atau rumput kering.  Sekiranya perlu, rumpai di keliling pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput.  Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah serta meningkatkan kesuburan tanah.  Bagi pokok manggis yang matang rumpai dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha).
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH):
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Ini berpandukan kepada TDMH yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak.  Sebagai panduan TDMH bagi racun perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:-
Racun Perosak TDMH (bilangan hari)
1.  Racun berasaskan kuprum
2.  Dimethoate
tiada
23

Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis
Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya meningkat mengikut umur pokok.  Manggis biasanya berbuah setahun sekali.
Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk matang.  Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit buah.  Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang.  Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya kehitaman apabila buah cukup masak.  Terdapat berbagai-bagai peringkat kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan.  Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya mengambil masa satu hari pada suhu 25oC – 30oC.
Indeks 1: Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah.
Indeks 2 : Hijau kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan.  Kulit buah apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya masih melekat kuat pada kulit.  Mutu buah yang dipetik pada peringkat ini tidak dapat diterima.
Indeks 3 : Merah kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah.  Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit.  Buah yang dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4 hari diperam pada keadaan ambien.  Indeks warna ini adalah peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah.
Indeks 4 : Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok merah yang jelas.  Lateks masih terdapat dalam kulit manakala isi boleh diasingkan daripada kulit.  Buah yang dipetik pada peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks 5 : Coklat kemerahan pada seluruh permukaan kulit.  Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang tebal masih mengandungi lateks.  Untuk eksport, buah mestilah dipetik tidak melampaui peringkat ini.
Indeks 6 : kemerahan pada seluruh permukaan buah.  Buah yang dipetik pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan citarasanya adalah memuaskan.  Isi dan kulit mudah diasingkan manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi.
Indeks 7 : Ungu Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit.  Buah pada peringkat  ini adalah terlalu masak.
Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan berlaku berperingkat-peringkat.  Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja.  Buah perlu dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi gamosis.  Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan bagi pokok yang tinggi.  Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring dihujung juga sesuai untuk digunakan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
1.      Pengendalian di ladang
Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal seperti hentakan, himpitan dan gegaran.  Bakul-bakul yang berisi buah perlu dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan penurunan mutu.
2.      Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di rumah pembungkusan, buah dipilih.  Buah yang buruk, terlalu muda, terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya.  Bagi penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini.  Buah dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya.  Span atau kain boleh digunakan semasa membasuh.  Air perlu diganti dengan yang bersih dari semasa ke semasa.  Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit.  Kipas boleh juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.
3.      Penggredan
Buah digred mengikut saiz.  Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan berasaskan penentuan gred.
- berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg.
- kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh serangga.
- kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras.
- tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai.
- ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan.
4.      Pembungkusan
Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak.  Lapisan pengalas digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan kotak.  Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan.
5.      Penyimpanan
Bagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5oC dan kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis.  Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu.
6.      Pengangkutan
Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa penyimpanan buah dan kos yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan