Jumaat, 25 Oktober 2013

BUDAYA NI...KENA TAHU BUKA AURAT ITU HARAM...BERGAUL BEBAS ITU HARAM....MENINGGALKAN SOLAT ITU HARAM...KENA TAHU BATAS2 ISLAM YANG TELAH DIGARISKAN....JANGAN MAIN LANGGAR AJE

Sungai Limau; Bukan sekadar pertarungan maruah

Hambali Akram,
Selesai sudah proses pencalonan DUN Sungai Limau, Kedah. Pertembungan dua musuh tradisi dalam politik Malaysia iaitu PAS dan Umno berterusan. Ada kalanya PAS menang dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya sudah diketahui kawasan ini telah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1995 iaitu dalam Pilihan Raya Umum ke-9 dengan majoriti yang kecil iaitu 196 sahaja. Namun sejak itu PAS terus mengukuhkan cengkamannya hingga kini.

Keputusan pilihan raya kecil kali ini tidak membawa apa-apa perubahan kedudukan dalam kerajaan Kedah, tidak seperti yang berlaku di Besut tidak lama dulu. Sesiapa pun yang menang, Umno-BN tetap memerintah Kedah.

Umno-BN tentunya mahukan kemenangan. Hal ini kerana bagi Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, kemenangan di Sungai Limau setidak-tidaknya meredakan sedikit kekecewaannya kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden Umno. 

Suka saya mengingatkan orang Melayu khususnya di Sungai Limau, pertarungan ini bukan sekadar mempertahan maruah, malah lebih dari itu. Memberi kemenangan kepada Umno-BN bermakna setuju dengan segala salah laku, rasuah, budaya hendonisme, budaya samseng, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.

Setidak-tidaknya, jika PAS mengekalkan kerusi ini, suatu isyarat jelas dapat dihantar bahawa prestasi dan segala tindakan Umno-BN sentiasa dinilai oleh rakyat. Mereka tidak boleh buat sesuka hati kerana rakyat semakin bermaklumat dan tahu hak-hak mereka sebagai pembayar cukai.

Oleh yang demikian, saya menyeru agar pengundi di Sungai Limau mengekalkan kerusi tersebut kepada PAS – demi masa depan generasi Malaysia.

Malaysia: Negara kaya, rakyat papa

Anas Alam Faizli, 24 Okt 2013
Struktur semasa sosio ekonomi Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan, “Negara Kaya, Rakyat Miskin.” Malaysia dirahmati dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar, Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah yang telah berlaku?

DEB: Niat Yang Mulia, Awalnya

DEB ialah dasar gah yang digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah British.

Buku teks mencatatkan yang DEB mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat.  Tetapi budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak dengan mengaitkan DEB dengan agenda Bumiputera yang sangat mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia.

Tetapi “perkongsian ekonomi” di sini rupa-rupanya mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk Bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang lebih tinggi dalam ekonomi.  Dan kita memulakan perjalanan yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan afirmatif.

Seiring dengan masa dan pelbagai rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku. Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibubapa mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh daripada 49.1% kepada 1.7% seperti yang dilaporkan dalam Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Bencana “Trickle-Down”


Malangnya, pada tahun 1990 sasaran ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk dan  Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan “trickledown” yang tidak di rancang dengan sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengkayakan dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset dan percaya kesan penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti Bumiputera. Ketika itu dipercayai,  falsafah untuk kesan “trickledown”  tidak akan dapat dielakkan.

Kesan “trickledown” tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dalam temu bual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC. Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin dalam strata rakyat Malaysia.  Ia telah menjadi sesuatu yang kita berpaut kepadanya sekuat  mungkin dan masih mempercayainya sebagai kebenaran.

Belum lagi berjaya dengan matlamat lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah “Impian Malaysia” yang baru. Sudah tentu, secara semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada. Soalnya, adakah ini benar berlaku?

Satu Lagi Sasaran Tidak Tercapai?


Impian baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi.  Ini akan menjadi kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah bernilai USD$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada tahap USD$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.

Abaikan sahaja yang kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan sahaja yang isi rumah Bumiputera masih berada dalam kelompok 40 peratus terbawah dalam strata isi rumah di Malaysia. Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakkan pendapatan negara ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada 100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran USD$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat susah!

Indikator yang digunakan untuk mengukur konsep Negara Berpendapatan Tinggi sangat bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan Dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila Ringgit lebih kukuh daripada Dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang diukur dalam terma Dollar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai.

Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran matawang ini ditepi, di sini izinkan saya buktikan mengapa sasaran USD$15,000 per kapita tidak boleh menjadi “impian”  bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.

Di bawah ialah di antara sebab-musababnya:

Negara Kaya Raya, Rakyat Papa Kedana

Pertamanya, majoriti isi rumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90 peratus pendapatan mereka hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang dimiliki.

Perlu diingatkan bahawa KDNK Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28 peratus upah dan gaji, 67 peratus keuntungan perniagaan (termasuklah pendapatan bersama) dan 5 peratus cukai dan subsidi. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada keseluruhan KDNK, hanya 28 peratus terhasil daripada sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini adalah sangat rendah!

Sepanjang 15 tahun yang lepas, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia berolak-alik di antara 26 hingga 32 peratus dan satu-satunya sebab ia mencapai 32 peratus ialah kerana kegawatan ekonomi 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura, angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah setinggi 42 peratus pada tahun 1997.

Di negara-negara maju seperti Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji masing-masing ialah sebanyak 46 peratus, 51 peratus, 55 peratus dan 52 peratus. Rakyat Malaysia tidak memperolehi pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan jatuh sehingga 21 peratus pada tahun 2020! Apa yang kita cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang sebenarnya?

Malah, sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang.  Sehingga tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45 peratus melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya dalam kadar 45 peratus. Semua ini menunjukkan yang GNI per kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat umum.

Keduanya, lebih daripada 90% tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang banyak. Hanya 11.0 peratus daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu  dan hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai. KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya memperolehi RM 3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah Negara Berpendapatan Tinggi yang kita ingin capai dalam masa beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan majoriti rakyatnya berpendapatan rendah?

Ketiganya, satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat.  Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini.  Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.

Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5 peratus tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM 350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya.  Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.

Keempat ialah isu jurang kaya dan miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk menentang sasaran Negara Berpendapatan Tinggi USD $15,000. Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil dan rakyat  melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni mengakui perkara ini.

Pertumbuhan pendapatan diukur daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20 peratus kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang mewakili sebanyak 40 peratus dan 40 peratus selebihnya tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar. Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara 0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di Malaysia.

Memperolehi RM10,000 sebulan dalam sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4 peratus teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73 peratus isi rumah memperolehi kurang daripada RM 5,000, dengan purata dua orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud.  Keadaan ini, walaupun membolehkan sasaran USD $15,000 Negara Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi keadilannya.

Bagaimana ketidaksamarataan yang tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah kegagalan “kesan trickledown”. Pengayaan berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.

Hanya kerana keuntungan, sektor perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan orang tempatan.  Kita memuaskan komunti peniaga dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia, walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik matahari, kerana ganjarannya besar.

Jadi Apakah Sebenarnya Impian Rakyat Malaysia?


Kita tidak ada satupun! Tetapi jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama, kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang, kelompok yang membentuk lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia. Kita memerlukan impian yang  merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih.

Ketidaksamarataan pendapatan ialah ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah negara maju.  Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi, secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran USD$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status pendapatan tinggi.

Selagi mana kita tidak bersatu, bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60 peratus terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai progresif dan cukai laba modal.

Tetapi hujahan perkara-perkara itu, ialah untuk hari yang lain.

"Perlu ada dalam warga bukannya kemiskinan melata tidak juga kekayaan menggunung, kerana keduanya adalah usaha keras kejahatan." (Plato)

*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli

 

Budayawan dan kuasawan berpisah tiada

Ilhami Hisham | ibh6666@gmail.com, 23 Okt 2013



MALAM 20 Oktober 2013 berlangsung satu lagi Majlis Dialog Budayawan dan Pimpinan anjuran Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat di Shah Alam.

Kehadiran ramai pimpinan tertinggi parti, penggiat budaya dan seni membawa harapan cerah kepada kebangunan budaya rakyat dalam negara ini.

Sebenarnya program seumpama ini telah acapkali diadakan di berbagai peringkat. Namun seperti juga majlis lain, ia perlukan kepada program susulan agar dapat menghimpunkan pandangan baru dan menilai perkembangan terkini.

Pimpinan kelihatan mencatat dan akhirnya menyimpulkan keperluan bagaimana bentuk, kandungan dan hala tuju kebudayaan yang sifatnya senantiasa berlegar di seputar kehidupan seharian kita.

Kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden, Haji Salahudin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Ketua Muslimat, Ustazah Zailah Mohd Yusuf serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lain menghantar isyarat jelas kepada budayawan bahawa kolaborasi kedua-dua pihak amat penting dan perlu diperkemaskan.

Kenyataan Dr Muhaimin Sulam yang mengetuai Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS ketika berucap malam itu menyentuh rangsangan paling dalam dan penuh makna.

“Di dada kiri ini, ada seni dan budaya. Di dada kanan ini, ada inspirasi politik,” persis pujangga muda yang penampilannya mirip A Samad Said.

Malah kesanggupan Exco-exco Selangor daripada PAS mendengar semua rintihan budayawan, mengambil dan menjelaskan sebahagiannya dikira memberangsangkan.

Ramai penggiat seni budaya hadir dengan harapan besar berdasarkan luahan rasa mereka yang berucap. Meskipun perkara yang dibangkitkan seakan klise sahaja sifatnya, kewajarannya adalah ia belum dapat dilakukan dengan baik oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Majlis bertambah meriah dan berseri dengan penyertaan Sasterawan Negara, Datuk  A Samad Said, CEO Kumpulan Perangsang, Raja Idris Kamarudin, tokoh budayawan, Raja Aminullah Ahmad, Ir Kassim Muhammad yang juga Setiausaha Paksi, pelakon Abu Bakar Juah dan Abu Bakar Omar, Penulis Lirik dan Pelakon, Bob Lokman, Penyanyi Aisyah Wan Ariffin dan Abby Abadi serta ramai lagi dalam kalangan artis.

Setiap mereka bebas menyuarakan pandangan malah ada yang merintih dan merayu, khalayak dapat menilai kesungguhan mereka mengalirkan harapan setingginya dalam majlis itu.

Antara yang ikhlas menyuarakan pandangan adalah Presiden Paksi Seniman Rakyat (Paksi),  Dinsman, Zunar, Ronasina, Pak Bakar, Ustaz Shazli, Nasir dari Paksi, wakil Frinjan dan Nasyeed.com serta Aisyah.

Namun bagi pihak budayawan pula seperti ucapan Pak Dinsman, mereka mengharapkan lebih daripada itu.

"Paksi mempunyai bank program yang boleh diketengahkan pada bila-bila masa sahaja.

"Cuma pihak kerajaan negeri perlulah mengeluarkan sedikit belanja untuk menjayakannya,” tegas Dinsman.

Jawapan daripada Dr Halimah Ali yang banyak membantu usaha-usaha mengetengahkan program budaya sebelum ini seperti Jelajah Budaya Selangor dalam kerangka kaitan dengan bidang kuasa portfolionya amat menyentuh.

“Kehadiran kami Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam majlis ini hanya sebagai tetamu dan bukan untuk ‘menjawab’ semua rintihan yang dinyatakan.”

Menjawab semua komen dan rintihan kalangan budayawan yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana acapkali diperlakukan itu ini begitu begini, Haji Mohamad Sabu mencelah cantik.

“Sistem budaya dalam negara kita ini sangat rendah. Jika pergi ke Iran, Paris atau London, lihatlah bagaimana rakyat berbaris untuk melihat teater Shakespeare, sebagai contoh.

“Tapi di Malaysia, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said boleh ditembak dengan gas pemedih mata. Seorang koperal polis boleh menahan Sasterawan Negara,” tegasnya.

Dalam ucapan gulungnya, Tuan Guru Abdul Hadi antara lain berkata; “Semua pejuang PAS sejak mula berjuang dalam keadaan tiada wang dan hidup dalam kemiskinan.

“Beruntunglah tuan puan yang berjuang sekarang dalam keadaan sudah ada Kerajaan Negeri Selangor namun memohon sumber kewangan juga perlu ada kaedahnya.”

Jelaslah majlis dialog yang cuba membahaskan gagasan besar Malaysia sebagai Kuasa Budaya Dunia idea Mahfuz tidak dapat diketengahkan pada malam itu kerana limitasi acara dan untuk melaksanakannya pula pasti menghadapi kekangan kewangan.

Program berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit. Majlis dialog yang tiada siapa boleh berikan kata putus. Kerana semuanya melibatkan kewangan yang perlu ada kelulusan penjaga gudang laba itu. Apatah lagi dalam keadaan tiada exco khusus untuk tangani isu budaya. Semua pihak boleh terus dalam keadaan bijaksana bermain tarik tali. Nasib baiklah tali masih kukuh dan mantap!

Berlalulah biduk, entah bila kiambang akan bertaut semula.

Golongan Budayawan terpaksa menunggu untuk entah berapa lama lagi…
'M'sia lebih teruk dari era perang mafia Amerika'

Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk.

Malah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, samseng Melaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.

penang shooting gopi funeral gengster oriental daily 210813 bigAntaranya, kata Wan Junaidi, ada kumpulan yang tampil berarak jika ada kematian melibatkan anggota kumpulannya.

"Kalau ahli kumpulan (gangster) mati, kawan-kawan dia akan berarak secara terbuka.

"Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu, (mereka) menyorok-menyorok."

Perang mafia AS pada masa itu itu dirakam insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.

Ia melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone

Peristiwa ini dibandingkan oleh Wan Junaidi dengan kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.
Azmin: MB sedia timbang tambah peruntukan

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah peruntukan pembangunan dalam Bajet Selangor 2014, seperti yang dikemukakan dalam memorandum Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Katanya, menteri besar menetapkan satu tarikh pada awal November depan untuk bertemu dengan BBC bagi memaklumkan sama ada cadangan mereka – yang disifatkan Khalid sebagai "cukup mengagumkan" – akan disertakan dalam bajet negeri itu

NONE"Tan Sri Khalid pada kelazimannya membaca mana-mana memorandum daripada pelbagai pihak satu atau dia kali, tetapi daripada BBC, beliau baca tiga kali, kerana beliau berpendapat cadangan BBC cukup impresif.

"(Oleh itu) Beliau telah menetapkan satu tarikh untuk kembali kepada BBC untuk memaklumkan cadangan kami. Ini menunjukkan ada satu kerja yang positif bahawa kerajaan menerima pandangan kita," kata Azmin ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu menjangkakan pertemuan itu akan berlangsung minggu pertama awal November sebelum mesyuarat pra-bajet yang dijadual berlangsung 8 November depan.

Dalam pertemuan lebih tiga jam itu bermula 3 petang ini, Azmin berkata Khalid pada dasarnya bersetuju dengan pendirian BBC bahawa wang rezab negeri mesti dibelanjakan untuk pembangunan demi kebaikan rakyat negeri itu.

"Beliau juga akan meneliti cadangan BBC dalam bidang strategik untuk diberi peruntukan pembangunan," kata Azmin sambil menambah pertemuan itu yang dihadiri kira-kira dua pertiga daripada 44 ADUN Pakatan Rakyat.

NONEBBC antara lainnya mencadangkan tambahan peruntukan untuk perumahan rakyat, isu tebatan banjir, isu pendidikan dan belia dan sukan termasuk meminta kerajaan negeri memantau prestasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

Beliau berkata cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta dalam bajet tersebut dimaklumkan kepada mereka dalam satu taklimat oleh menteri besar 3 Oktober lalu.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Khalid dalam pertemuan hari ini menyatakan kesediaan untuk meneliti semula rancangan tersebut.

Menteri besar mengambil kira pandangan BBC bahawa “tidak wajar untuk mengurangkan belanja pembangunan dalam suasana kemungkinan berdepan kegawatan ekonomi," katanya.

Azmin berkata, BBC menyambut baik kesediaan Khalid dan pegawai kerajaan negeri untuk memberi ruang untuk berbincang mengenai cadangan mereka selepas menerima keluhan daripada akar umbi.

"Saya akui ada (cadangan) yang penting, ada dan ada yang boleh ditangguhkan. Tetapi mesti ada tradisi perbincangan dengan BBC kerana kita mengetahui rakyat di bawah," katanya lagi.

Azmin berkata pertemuan itu berlangsung dengan keadaan baik, yang turut dihadiri exco kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan speaker DUN Selangor.
Isa Samad: Felda Investment Corp yang beli hotel

VIDEO l 1:31 minit
Pengerusi Felda Global Venture Holdings (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahankan pembelian hotel di London oleh Felda yang menurutnya tidak bertentangan dengan perniagaan teras syarikat perladangan itu.
Katanya, Felda membeli hartanah Grand Plaza Service Apartments bernilai £115 juta (RM586.5juta) itu melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation, yang telah melabur dalam lapan buah hotel sebelum ini.

isa samad interview 150509"Hotel ini bukan satu perkara luar biasa, pembangkang tak berapa faham, sebelum ini kita dah beli lapan hotel.

"Pembangkang dah buat silap dakwaan mengatakan Felda Global Venture yang beli, berlawanan dengan bisnes kita yang disebut dalam Parlimen.

"Tetapi, sebenarnya yang beli bukan Felda Global Venture, yang beli Lembaga Felda menerusi Felda Investment Corporation," jelasnya pada sidang media selepas majlis pemberian bantuan Yayasan Felda kepada pengundi di Sungai Limau pagi tadi.

Mengulas mengenai perbezaan harga hartanah berkenaan, seperti yang dibangkitkan DAP, Isa berkata harga £98 juta yang dibayar adalah harga pasaran.

Harga £80 juta (RM408.5 juta) yang disebut oleh DAP itu adalah harga hartanah tersebut pada enam bulan lalu, katanya.

"Harganya harga pasaran yang telah kita beli sepanjang ini pun..ada (hotel) harga murah ada harga mahal," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga MP Bagan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata jurunilai hartanah London menganggarkankan hotel tersebut hanya berharga £80 juta enam tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan