Sinar Harian / 4 Oktober 2013
Setiausaha Dewan Ulamak Tidak Perlu Kasar Sangat
Posted on Saturday, October 05 @ 00:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Saya
rasa sikap Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin Azman Razali dalam
memberi pandangan tidak menunjukkan sifat seorang ilmuan yang berhemat
atau pun kurang diplomasi politik apabila beliau merujuk terus
pandangannya dalam soal memilih timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
Sebagai
sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out
spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain.
Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang
lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri.
Memang
menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa
ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan
dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar
itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata
sahaja.
Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada
Mat Sabu dengan berkata; Timbalan Presiden Pas sekarang seorang
pemimpin Pas yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih
(mendalami) soal agama."
Justeru katanya; "Kita mencadangkan
saja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi
kami." Kenapa sampai sebut namanya begitu sekali. Soal fakih atau tidak
saya kira subjektif sebab ilmu Islam itu sangat luas dan tidak terbatas
kepada ilmu-ilmu kalam dan syahadah semata-mata.
Lebih
mengejutkan lagi beliau juga dipetik sebagai berkata di dalam majlis
syura hari ini semuanya ulamak dan fakih agama. Kalau benar pun tidak
perlu mengaku kerana ia takabul dan riak. Apakah kedudukan atau makam
itu menjamin kepada kemenangan perjuangan? Atau apakah sudah dipastikan
bahawa ulamak di dalam dewan itu terjamin kebersihan dan kescuian dan
tidak bersubahat dengan elemen-elemen mazmumah dan madiyyah? Mungkin
secara kumpulan (namanya) iya tetapi tidak kepada peribadi.
Ingin
saya jelaskan kepada Khairudin, Pas adalah parti politik yang ikut sama
bermain 'politik' menggunakan matlamat menghalalkan cara. Machivelisme
turut diamalkan dalam Pas, tidak boleh tidak. Jadi, dalam kontes ini
ulamak yang fakih agama tidak mencukupi untuk meraih kemenangan. Sebuah
kenderaan yang cantik belum tahu ketahanan kuasa enjin jika tidak diuji.
Dalam
politik atau apa-apa gerakan ia memerlukan seorang ahli yang
profesional yang arif mengenai seluk belut politik, tahu mengatur tektik
dan strategi untuk berdepan dengan musuh. Politik dan kausa tidak akan
menang dengan hanya membaca ayat-ayat Quran dan hadith atau doa. Apa
lagi apabila berdepan dengan orang kufur dan munafik, kecanggihan
strategi dan kekuatan fizikal diperlukan.
Selalu saya melihat
perjuang Islam gemar beretorik dengan sejarah masa lampau. Dengan
kejayaan hebat masa lampau terutamanya yang dipimpin oleh para mujahid
seperti Ahmad al Fateh, atau di zaman Rasulullah, Ummar Khattab, Walid
al Walid dan lain-lain. Selalu menjadikan para wali sebagai penyala
sumbu perjuangan. Tetapi lupa mengkaji di sebalilk kejayaaan itu
bagaimana perancangan dan stretagi yang dilakukan kerana musuh tidak
akan berundur dengan doa tanpa melibatkan fizikal. Manakala kehebatan
para wali pula bukan sesuatu yang bersifat nyata melainkan ia hanya
spritual saja. Pas tidak boleh mengambil 'sunnah' itu.
Maaf saya,
orang yang mengaku ulamak di dalam Pas snagat naif strategi politiknya.
Kejayaan yang mereka dicapai pada eranya banyak dibantu oleh golongan
profesional. Hakikat ini kena sedar dan insaf. Kalau tidak percaya boleh
dibuat testimoni, cuba sekali Pas menghadapi pilihan raya hanya dengan
berdoa, bermunajak dan bersolat hajat sahaja. Jangan ada strategi dan
tektikal. Cubalah.
Berbalik kepada nasihat dan signal kepada Mat
Sabu agar tidak terasa hati, tidak baik berbuat begitu. Kalaupun Mat
Sabu tidak ulamak dan fakih agama, bukan cara bercakap langsung begitu.
Ia menunjukkan kita kurang berhemat dan berdiplomasi atau sengaja
meremehkan orang lain. Bukankah perbuatan itu sangat keji? Khairuddin
harus cermat dalam mengeluarkan kata-kata di masa akan datang.
Justeru
Khairuddin kena memohon maaf atau menarik balik kata-kata langsungnya
kepada Mohamad Sabu itu. Sebelum orang lain juga menjadi tajam kepada
kita, sampai terlanjur menyebut hal-hal tidak elok mengenai kita, elok
ahli parlimen Hulu Nerus berbuat apa yang saya sebutkan ini. Saya sangat
yakin Khairuddin juga mempunyai banyak hal yang tidak manis untuk
disebut.
Walaupun Mat Sabu bukan ulamak dan fakih agama dia
dipilih oleh perwakilan Pas. Dia seperti Khairuddin kata, dia adalah
timbalan yang sah. Mat Sabu mungkin benar tidak fakih tentang agama
tetapi siapa boleh persoal pengorbanan dan jasanya kepada Pas. Keimannya
kental dia sudah keluar masuk penjara beberapa kali kerana berjuang.
Setidak-tidaknya Mat Sabu telah diuji beberapa kali, berbanding dengan
golongan mengaku ulamak apa lagi Khairuddin tidak pernah usahkan digari
melihat gari pun belum.
Sebuah firman dalam surah Al Ankabur: ayat 2: Allah menyebut; jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji. [wm.kl.9:12 am 04/10/13]-mso
Mat Sabu Tak Kecil Hati, Yang Kecil Hati Kami Ahli Akar Umbi...
Posted on Saturday, October 05 @ 00:42:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog manjongmari

Aku ka tak faham atau ada orang lain yang masih tak faham dan tak reti....
Cakap
jangan kecil hati,, tetapi sedarkah apa yang tertulis tu Mat Sabu
mungkin tak kisah pun dan tak ada rasa kecil hati,,, tapi aku sendiri
yang baca pun kecil hati...

Baca sepenuhnya Klik Sini
Yang
sokong dan pangkah Pas untuk PRU bukan orang melayu dan berugama Islam
sahaja,,, orang India, Cina kafir pun nak sokong Pas,,, mereka lebih
mudah berinteraksi dan mengenali Profesional untuk berinteraksi,,,
manjongmari.blogspot.com
Timb. Presiden: Mat Sabu Jangan Kecil Hati, Kata Ulama Pas
Posted on Saturday, October 05 @ 00:34:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Dewan
Ulama PAS mempertahankan cadangan mereka supaya presiden dan timbalan
presiden PAS dipilih di kalangan ulama yang faqih (berilmu), namun ia
hanya keutamaan sahaja bukannya wajib.
Sehubungan itu, Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak
perlu terasa hati dengan cadangan itu.
Setiausaha Dewan Ulama
PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali (gambar), berkata Dewan Ulama
berpendapat, yang aulanya (keutamaan) untuk jawatan ini, seorang yang
fakih hukum dan realiti serta politik semasa dipilih ke jawatan itu.
"Kalau
ahli mahu setakat sah kepimpinanannya daripada sudut syarak sahaja,
terpulanglah kepada ahli PAS. Ulama hanya membuat cadangan saja,"
katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider.
Multaqa
Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar
sebelum ini mencadangkan presiden dan timbalan presiden PAS dipilih di
kalangan ulama.
Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin PAS seolah-olah ulama mahu mengawal semua jawatan dalam parti Islam itu.
Ada
yang berpendapat, jika presiden dan timbalan presiden PAS adalah ulama,
di mana pula peranan Majlis Syura Ulama, seolah-olah peranan mereka
bertindan sahaja.
Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam
PAS selepas Muktamar tahunan. Semua anggotanya terdiri daripada ulama
atau mereka yang mendapat pendidikan agama secara formal.
Mat Sabu dikira bukan seorang ulama.
Khairudin
berkata, apa yang cuba dicadangkan oleh Dewan Ulama adalah, sewajarnya
kedua-dua jawatan itu di kalangan (faqih) yang mampu membuat rujukan
terus kepada al-Quran dan hadis, dua rujukan utama Islam.
"Timbalan
presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat.
Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama.
"Namun
jika dia dicalonkan dan diterima oleh ahli, Dewan Ulama akan
menerimanya, kerana pemilihannya adalah sah," kata Khairuddin.
Katanya,
apa yang Dewan Ulama buat ialah mencadangkan syarat kepimpinan terbaik
dari apa yang ada, namun terpulang kepada ahli muktamar.
"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya.
Bagi
Dewan Ulama, kata Khairudin, presiden dan timbalan presiden PAS adalah
calon ketua negara jika PAS diberikan mandat untuk mentadbir negara ini.
Untuk itu, katanya, ciri-ciri seorang ketua negara perlu ada kepada presiden dan timbalan presiden PAS.
Khairudin
berkata, adalah lebih baik jika presiden dan timbalan presiden dengan
majlis syura ulama yang semuanya ulama dan fakih.
"Sekarang semua
ahli majlis syura ulama adalah fakih. Jika presiden dan timbalan
presiden fakih juga, lagilah bagus, lagilah aula.
"Kita sudah pakai jubah, tetapi kalau kita pakai serban, itu lagi bagus," katanya.
Atas dasar itu, kata Khairuddin, beliau tidak bersetuju dengan pandangan cukuplah kita ada ulama dalam Majlis Syura sahaja.
"Cukuplah
itu berpada dengan hukum Islam yang cukup, kenapa tidak pergi lebih
jauh sikit lagi. Dicadangkan presiden dan timbalan serta sebahagian naib
presiden pun di kalangan orang yang fakih," katanya.
Khairudin
berkata, ulama yang dirujuk untuk memegang jawatan ini tidak semestinya
daripada Dewan Ulama tetapi istilah yang digunakan adalah fakih.
"Fakih
ini bukan semestinya dari Dewan Ulama. Semua orang boleh jadi fakih
dengan syarat pergi belajar," katanya. – 4 Oktober, 2013.-TMI
MUKTAMAR KE 59 :Malaikat jaga peti undi kita?
Posted on Friday, October 04 @ 23:54:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"
Pemilihan UMNO sudah ada baling kerusi dan blackout. Kini, PDRM pula digunakan untuk mengawal peti undi.
Ini
menunjukkan betapa UMNO mengamalkan budaya samseng,gengstar dalam
penjanaannya. Ini tidak menghairankan kerana mereka di kuasai golongan
sekular dan duniawi.
Mereka tiada Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulamak bahkan ulama mereka seperti Fathul Bari sekadar "terompah kayu" untuk digunakan jika masuk "tandas".
Semoga Pemilihan PAS tidak digunakan Unit Amal untuk jaga peti undi dan Markaz PAS digunakan tempat simpan peti undi.
Atau adakah PAS bercita-cita mahu menggunakan khidmat FRU untuk mengawal perjalanan pemilihan pemimpin dalam Muktamar nanti?
Malaikat jaga peti undi kita?"
Alahamdulillah Big Bos UAI dah Sampai Madinah
Posted on Friday, October 04 @ 23:50:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: abuluqman
"
Alhamdulillah uai dah sampai madinah... semoga diberi kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah haji...insya allah...
Beliau di hadapan masjid Madinah dan sebelam makam Nabi Muhammmad.S.A.W

Klilk SINI KALAU NAK LIHAT BERITA SEMPOI

Alhamdulillah, kawan satu gym ngan abang k pun ade, malek nor. Patut aku gym dia tutup semetara kut.

Salam Jumaat dari Bigboh Sedap ler, dpt g tanah haram. abg K. JKKK
Klilk SINI KALAU NAK LIHAT BERITA SEMPOI
Nota Editor: Pastikan artikel yang dikirim tidak mengunakan bahasa sms "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan