Selasa, 22 Oktober 2013

BELANJAWAN

Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir

Analisa|Harakahdaily, 21 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.

Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.

Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.

Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.

Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.

Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.

"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.

Muhyiddin turut sama-sama menyatakan bahawa menafikan keputusan pemilihan di Bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno.

Perlu nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika Mahathir 'meletup' dan bertekad untuk membalas malu yang terpalit pada anaknya, Najib dan Muhyiddin akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun Abdullah Badawi dulu.

Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi.

Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah.

Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Mukhriz nak duduk di mana?

Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah.

Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno.

Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas.

Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang.

Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT.

Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka.

Di PRK Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan Mukhriz di sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg Limau akan memalapkan kareer politiknya.

Era baru Umno bermula dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan datang jika Umno tak tumbang di medan pilihan raya.

Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk ‘mengubah’ Umno?

Walaupun ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan.

Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan.

Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Pakatan cadang RM3 bilion untuk Caruman Wanita

Hazayani Zakaria, 21 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 memperuntukan sejumlah RM1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah.

"Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya.

Selain itu, sebagai mengiktiraf peglibatan wanita dalam pembuat dasar, Pakatan akan mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2017.

"Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama," katanya.

Amal Malaysia diminta bantu program air bersih

Sazali Mohd Nor, 21 Okt 2013


JUBA, Selatan Sudan: Gabenor wilayah Equatoria Tengah (Central Equatoria ) Republik Selatan Sudan menyokong penuh usaha khidmat sosial dan kemanusiaan yang dilaksanakan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) dan meminta badan bukan kerajaan (NGO) terbabit  membantu program air bersih untuk rakyat di wilayah tersebut.

"Kami bagi pihak Gabenor dan rakyat wilayah Equatorial Tengah menyokong penuh usaha Yayasan Amal Malaysia bersama Majlis Umat Islam (Islamic Council) mengadakan program menyembelih lembu korban untuk Aidiladha.

"Kami juga mendengar Yayasan Amal berjaya menggali perigi tiub untuk bekalan air bersih di Kassala (Sudan). Oleh itu kami sangat-sangat memerlukan projek bekalan air bersih untuk rakyat di sini," ujar Timbalan Gabenor Equatoria Tengah, Malase Rimoulue.

Menurut Malase, pemerintah Equatoria Tengah bukan sahaja memberikan sepenuh kerjasama dalam soal kebajikan dan kemanusiaan bahkan menawarkan bidang-bidang perusahaan dan pengeluaran serta pembinaan infrastruktur.

Katanya, Sudan Selatan adalah negara baru yang belum mempuyai kemudahan awam seperti jalan raya dan jambatan serta tidak ada kilang-kilang pegeluaran barangan dan makanan.

Republik Selatan Sudan mendapat kemerdekaan daripada Sudan ekoran referendum yang dilaksanakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa tahun lalu.

"Bukan sahaja bidang kemanusiaan dan khidmat sosial seperti khidmat kesihatan yang diberikan Amal Malaysia di Hospital Kanak-kanak al-Sabah, saudara-saudara yang hadir sudah mendengar ucapan dari menteri-menteri saya.

"Kami memerlukan rakan kongsi untuk membangunkan wilayah ini dan mengalu-alukan pihak saudara dan rakan-rakan lain dari Malaysia yang sekiranya mahu mengusahakan projek-projek dan cadangan untuk pengeluaran dan pemindahan teknologi," jelasnya.

Malase berkata demikian ketika menutup ucapannya dalam kunjungan hormat delegasi Amal Malaysia atas jemputan pejabat Gabenor di Kompleks Pejabat Gabenor, dekat sini, 17 Oktober lalu.

Sebelum itu ketika berucap, Presiden Amal Malaysia, Hussin Ismail berkata, selain menyembelih haiwan korban sempena Aidiladha di wilayah Equatorial Tengah dan Barat, Yayasan Amal turut memberikan khidmat kesihatan dan ubatan percuma.

Pasukan perubatan Amal Malaysia turut mengadakan program perubatan di kawasan kejiranan Malakia di tengah bandar Juba.

Hussin ketika ditemui berjanji akan cuba mendapatkan sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu umat Islam di Selatan Sudan khususnya bagi membina masjid-masjid baru dan menjalinkan usahasama mendapatkan bantuan pembiayaan bagi para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung Majlis Umat Islam, Salah Rajab Bunduki dan seluruh ahli-ahlinya serta koordinator Misi Amal Malaysia di Sudan Selatan, Alison Barabas Yacub yang memberikan kerjasama bagi menjayakan misi khidmat sosial dan kemanusiaan di negara itu.
Misi Yayasan Amal bersama 18 sukarelawan pelbagai bidang ke Republik Selatan Sudan bermula pada 13 Oktober lalu dan berakhir 20 Oktober lalu.

Pemuda PAS Wilayah sokong usaha kementerian

Harakahdaily , 21 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk melatih 10,000 remaja menerusi Program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020 wajar disokong, saran Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam kenyataan medianya.

Menurut beliau, Pemuda PAS Wilayah menganggap langkah ini baik bagi melahirkan insan hebat dan bermutu tinggi dalam sukan bolasepak negara seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

“Bagi Pemuda PAS Wilayah, langkah ini elok dimulakan sekarang memandangkan mutu permainan bola sepak negara masih berada di takuk lama dengan ranking bola sepak dunia tidak naik mendadak, malah berada dalam keadaan statik berbanding negara-negara Asia lainnya,” ulas Suhaimi.

Dalam pada itu Pemuda PAS Wilayah berpandangan bahawa usaha meletakkan matlamat dan sasaran pasukan remaja negara layak menyertai Piala Dunia Remaja 2019 adalah langkah positif namun perlu tindakan yang agresif.

“Sekiranya benar KBS mahu melahirkan pemain bolasepak yang hebat, usaha mencari bakat juga perlu menyeluruh dari bandar ke kampung-kampung serta mengetengahkan pelbagai kejohanan bagi mencungkil bakat terpendam.

"Selain itu, KBS perlu memberi ruang kepada remaja terutama golongan yang tidak berkemampuan untuk dibantu supaya bakat mereka tidak terhenti ekoran kemiskinan dan kesusahan yang ditanggung keluarga mereka," ujarnya lagi.

Pemuda PAS Wilayah juga menyarankan agar para remaja dipupuk meminati pelbagai bidang sukan lain seperti badminton, skuasy, hoki, sepak takraw dan lain-lain.

Negara jimat RM30 bilion jika pembaziran dibanteras

Hazayani Zakaria, 21 Okt 2013



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan sekurang-kurangnya RM20  bilion (RM20,000,000,000) hingga RM30 bilion (RM30,000,000,000) boleh dijimatkan sekiranya  semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan Ketua  Audit Negara dihentikan.

Justeru tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR mencadangkan tindakan tegas  diambil terhadap semua kementerian yang terlibat dengan sebarang  salah laku dan pembaziran seperti dilaporkan dalam Laporan  Tahunan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Anwar berkata demikian ketika mengumumkan cadangan Belanjawan Pakatan  Rakyat 2014 di bangunan Parlimen hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara antara lain mendapati sejumlah RM2.051 billion dibelanjakan dari  2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 billion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah dan institusi pengajian.

Walaupun berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan telah mengajkibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan anak-anak di sekolah.

Pembaziran dianggarkan sebanyak RM1.6 billion.

Selain itu, Kementerian Kerja Raya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 billion atau 50 peratus daripada nilai asal akibat kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.

Dari tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 83 projek mansuh dianggarkan berjumlah RM2.2 billion.

Manakala Kementerian Pengangkutan pula membelanjakan hampir RM1.42 billion dari jumlah peruntukan RM1.47 billion untuk menambah baik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Walaupun lebih 96 peratus peruntukan telah diguna, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap.

Balai ketibaan dan bilik-bilik air didapati tida memuaskan, dan 559 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum dibaiki sejak 2010.

Anggaran kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sekitar RM120 juta dan kemungkinan besar projek ini akan menelan belanja yang lebih besar untuk disiapkan.

Pakatan cadang program 'rasionalisasi kos'

Hazayani Zakaria, 21 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan melancarkan program  'rasionalisasi kos' untuk setiap kementerian dan jabatan  kerajaan bagi mencapai pengurangan perbelanjaan operasi  sebanyak 10 peratus bertujuan menjamin perbelanjaan kerajaan  yang lebih efisyen dan teratur.

Perkara tersebut terkandung dalam Belanjawan Pakatan  Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri  Anwar Ibrahim (gambar) di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, program rasionalisasi kos ini dapat  dicapai melalui penangguhan sementara kenaikan elaun  menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Selain itu, polisi perbelanjaan kerajaan akan dikaji  semula terutama sekali dalam pemberian kontrak dan  prokumen peralatan.

"Pakatan akan memperkemaskan mekanisme subsidi sasaran dan  juga pengawalan barangan subsidi seperti diesel, petrol,  gula dan tepung bagi mengelakkan salahguna subsidi," kata  beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar turut berkata, Pakatan akan mengkaji semula  keutamaan perbelanjaan dengan mengurangkan atau  menghapuskan perbelanjaan program-program yang tidak  berkesan dan kurang berkepentingan.

Memberi contoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),  beliau berkata program ini gagal mencapai objektif memupuk  kesatuan kaum dan jati diri dalam kalangan pelatih-pelatih  walaupun menelan belanja tahunan RM800 juta yang lebih  besar daripada perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan  (RM700 juta).

"Program ini juga menyebabkan sebanyak 22 kematian sejak  penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin  sewaktu dalam program, disebabkan perancangan dan  perlaksanaan program yang tidak baik.

"Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian  menyeluruh dibuat melalui Jawatankuasa Pilihan Khas  Parlimen," tegas Ketua Umum PKR itu.

Tiga teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat

Hazayani Zakaria, 21 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi fokus kepada tiga teras utama.

Tiga teras tersebut adalah pengukuhan kedudukan fiskal negara dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Menurut Anwar, belanjawan alternatif PR adalah satu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit belanjawan pada kadar 3 peratus GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan belanjawan selewatnya pada 2018.

"Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM20 billion setahun," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Selain itu katanya, reformasi fiskal ini akan menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu.

"Reformasi fiskal juga membolehkan Malaysia beralih daripada pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, sejak Pakatan menyediakan belanjawan alternatif, anggaran defisit Pakatan adalah selalunya lebih rendah daripada BN.

"Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi daripada 3.2 peratus (dianggarkan 3.8 peratus hingga 4 peratus) disebabkan kegagalan mereka manangani rsuah dan ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar (Tumpat), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah) dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Bagan).




Kesian Ali Rustam, Umno Melaka pun tak sokong

Harakahdaily, 21 Okt 2013


KUALA LUMPUR: Nasib malang yang menimpa Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berterusan. Beliau bukan sahaja gagal dalam usaha menjadi Naib Presiden Umno, malah jumlah undi yang diterimanya menggambarkan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Umno. Mohd Ali kalah dalam PRU13 kepada Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin di kawasan Parlimen Bukit Katil.

Itulah yang dititipkan oleh Shahbudin Husin dalam blognya. Bukan itu sahaja, Ali hanya mendapat 1 undi sahaja dari Melaka, negeri yang pernah di terajuinya selama 13 tahun.

“Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini,” tulis Shahbudin.

Malah Shahbudin menyifatkan nasib Ali hampir sama dengan Tun Mahathir selepas melepaskan jawatan perdana menteri suatu ketika dahulu.

Baca lagi

Berita lanjut menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan