Sabtu, 19 Oktober 2013

ADAKAH KITA MASIH TIDAK BIMBANG



Pasangan leka berahi dalam semak

makiJIKA sebelum ini ada beberapa video ‘bodoh’ yang dimuatnaik di internet melibatkan remaja kita menjadi viral kerana merayu cinta dan bercium pipi, ini jauh lebih dahsyat lagi.
Boleh sakit jantung mak bapak dibuatnya kalau tengok. Mana tidaknya, dalam semak berduri penuh pokok mengkuang pun ada pasangan dipercayai masih remaja tergamak buat projek.
Nasib tak baik mungkin aktiviti tak bermoral ini dah lama diketahui si polan yang merakam video ini maka intipan dan rakaman pun dilakukan.
Jika didengar pada audio di akhir video masa pasangan ini kucar kacir lari, macam dialek pantai timur tapi kami tak beranilah nak sahihkan. Apa kata anda tonton sendiri dan nilaikan, menurut sumber Mynewshub.
Apa-apa pun, sebelum tonton sila pandang kiri kanan dulu dan pastikan tak ada budak bawah umur berada berdekatan anda.

Orang yang tak faham tentang Islam...berlakon bukan mengatasi hukum, faham!
"jika ada tawaran lakonan menuntut saya buka tudung, saya akan buka.." so aku teringin nak tanya wawa, "jika ada tawaran lakonan menuntut ko bukak baju semua skali, adakah ko akan buka?" jika jawapannya "gila apa! mana boleh bukak baju! haram la!" maka jawapannya "sama je hukumnya kalau ko bukak tudung dgn bukak baju". semoga wawa diberikan kekuatan utk istiqamah menutup aurat. sayang - wajah yg cantik sebegini TIDAK SEWAJARNYA dikapelkan dgn akal yg singkat.
Like · · · 19 hours ago ·

Kemaluan sakit bongkar rahsia

perkosaKuala Lumpur – Polis sedang memburu seorang lelaki berusia lewat 30-an kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Lelaki yang juga seorang pemandu van itu dilapor mencabul kanak-kanak terbabit ketika dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumahnya di Pandan Indah, di sini, Selasa lalu.
Kejadian itu hanya terbongkar jam 8.30 malam apabila mangsa mengadu sakit di kemaluan kepada ibunya berusia 40 tahun.
Menurut sumber, selepas menerima aduan berkenaan, wanita terbabit segera membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta rumahnya, menurut sumber Pilihan anda.
“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluannya,” katanya.

SPRM DAN NST DI ARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI KL BAYAR RM150,000 DAN RM 30,000 SEBAGAI KOS SETIAP PIHAK KERANA DI DAPATI MEMFITNAH SEORANG PEGUAM DALAM KES "COPGATE".



The New Straits Times
(NST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap satu pihak diarah membayar RM150,000 kepada peguam Rosli Dahlan kerana memfitnahnya dalam isu dikenali sebagai skandal "Copgate".

Ini berlaku selepas NST dan SPRM disaman atas dakwaan merosakkan reputasi Rosli dengan mengaitkannya dengan skandal RM27 juta Copgate yang menyaksikan bekas Jabatan Jenayah Komersil Ramli Yusuff disiasat dan kemudian dibebaskan.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid mendapati NST dan SPRM bersalah memfitnah dan memerintahkan mereka berdua membayar kos RM30,000 setiap seorang.

Rosli sebelum itu mengambil tindakan undang-undang sama terhadap The Star dan Utusan Malaysia tetapi dua akhbar itu telah memohon maaf kerana memfitnah pada 2007.

KALAU DAH SPRM PUN DI DIDAPAT MEMFITNAH OLEH MAHKAMAH TINGGI .. APA INTEGRITI YANG ADA PADA SPRM LAGI?????

KENYATAAN MEDIA YANG TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH RTM!!!!!


KENYATAAN MEDIA INI KALAU DI SIARKAN OLEH RTM AKAN MENJEJASKAN PELUANG BOSNYA UNTUK MEMENANGI SALAH SATU JAWATAN DALAM AHLI MAJLIS TERTINGG (MKT) UMNO ESOK 19HB OKTOBER 2013.
Pagi ini sebuah NGO mesra Pakatan rakyat, Jingga 13 telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk membuat suatu laporan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 kisah siapa membiayai sebenar kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang dibawa masuk sempenan Himpunan Belia di Putrajaya tahun lepas dimana Menteri yang bertanggung ketika itu sebagai Menteri Belia dan Sukan ialah Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Jingga 13 melalui Ketua Penyelarasnya, Sdr Fariz Musa merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan penyataan Ketua Audit Negara dengan kenyataan Ahmad Shabery Cheek.

Ketua Audit Negara dengan tegas dan jelas menyatakan pembiayaan membawa masuk kumpulan K-Pop adalah dari dana rakyat ( wang kerajaan) dan di akui sendiri Menteri Belia dan Sukan kini YB Khairy Jamaluddin,sedangkan Ahmad Shabery Cheek berkeras memberitahu satu dunia bahawa dana itu datangnya dari penajaan sebuah syarikat swasta.

Demi mencari dan merungkai kebenaran, maka pagi tadi Jingga 13 telah membuat laporan rasmi kepada SPRM agar suatu siasatan terperinci, telus dan adil dapat di laksana dan dijalankan.

Lagi pun Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri menyatakan akan adanya siasatan apabila suatu laporan rasmi di buat.


Paderi malu tak boleh jawab soalan ahmed deedat Lihat bagaimana Pastor Sjoberg dimalukan apabila tidak dapat menjawab soalan Ahmed Deedat.Debate antara pastor sjoberg vs Ahmed Deedat (permata Islam) Ahmed Deedat menerangkan maksud sebenar ayat John 1.1 In the beginning was the Word, and the Word was with God, and the Word was God. Ada unsur penipuan telah dibongkarkan oleh Ahmed Deedat dalam menterjemahkan ayat John 1.1 Diambil dari petikan debate AHMED DEEDAT VS PASTOR S


Penerbit filem hina Rasulullah tunai haji selepas masuk Islam

Penerbit-filem-hina-Rasulullah-tunai-haji-selepas-masuk-Islam/ RIYADH, (Bernama) - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. 
Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. 
Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.
"Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. 
"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.
Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci. Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu. 
"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. 
"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. 
“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.
"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.
"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja. 
"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya. 
Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.
Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.

GAMBAR-PUAS BERZINA, PELAJAR LUAH STATUS LUCAH DI FACEBOOK

Tanpa segan silu, seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naik gambar dia dengan kekasihnya  dengan status kontrovesi
YES AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA
Semakin hari semakin rosak akhlak remaja sekarang. Adakah disebabkan sistem yang diamalkan di negara kita??jadi tak hairanlah jika statistik anak luar nikah menjadi bukti keruntuhan moral remaja negara kita.
Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

GEMPAR BERAPI : PELAJAR TINGKATAN 2 DI TANGKAP BERZINA



Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kulim, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin. 




Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya. 





Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama kekasihnya. 





Pasangan kekasih itu bagaimanapun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis. 





Remaja itu dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. 





Siasatan mendapati, gadis berkenaan mengenali suspek dua bulan lalu dan pernah melakukan hubungan seks lebih dari sekali.

Pada mulanya, dia dikatakan a mengajak suspek pergi berkelah bagaimanapun suspek membawanya ke ladang kelapa sawit untuk melakukan hubungan seks. 




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 





Beliau turut menasihatkan mana-mana remaja lelaki supaya tidak menjalinkan hubungan intim dan melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan bawah umur. 





“Sekiranya mereka melakukan hubungan seks terhadap pelajar perempuan bawah umur, ia merupakan satu kesalahan serius kerana perbuatan itu diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya. 





“Suspek yang melakukan jenayah rogol, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan,” katanya

“Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”


Menarik kisah seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”


Kisah izinkan saya berzina dengan anak pakcik

Kisah ni di ambil dari facebook sharing. Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!



_ _ _ _ _ _



Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… 



Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap



Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.



Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.



Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.



Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh..



Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.



Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??



Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.



Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?



Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.



Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.



Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.



Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.



Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.



Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.



Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.



Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..



Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”

“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

Sumber fitri hadi

dipetik dari halimrahman.com

Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad


KUALA LUMPUR, — Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.
“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?
“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.
Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.
Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.
“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.
“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim... Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.
Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.

“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.
“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.
“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.
“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.
Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.
“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?
“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.
“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.
Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.
Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.
Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.
“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.
Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.
-themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan