Ahad, 29 September 2013

ULAMAK PATUT MAHIR KEDUA2NYA...IAITU ILMU HUKUM@ISLAM...JUGA ILMU GERAKKAN

Mat Sabu Lancar Jelajah OKZ
Posted on Sunday, September 29 @ 00:40:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

KUALA KANGSAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) 23 September lalu.

Pelancaran tersebut diadakan di perkarangan Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan tidak jauh daripada lokasi kejadian tangkapan terhadap 13 aktivis PAS yang ditahan dalam himpunan Ops Bubar ketika krisis politik Persk 6 September 2009 lalu.

Jelajah tersebut adalah bertujuan untuk mencari dana bagi bersama-sama membantu membiayai kos yang ditanggung oleh kesemua 13 tahanan.

Ianya akan merentasi beberapa lokasi di seluruh Perak dan akan berakhir di Kuizm, Taman Melewar, Kuala Lumpur pada 4 Oktober nanti.

Turut berucap ialah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.



Hadir sama ialah beberapa mangsa OKZ dan pimpinan PAS kawasan serta negeri.



Pada 13 September lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada mereka kerana terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009.

Mereka dilepaskan dengan ikat jamin apabila Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan untuk ditangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat.-perakitedaily


 SOSMA: Portal berita diberi amaran, hentikan laporan pertahan Chin Peng
Posted on Sunday, September 29 @ 00:17:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Polis dilaporkan memberi amaran kepada portal-portal berita online yang masih menyiarkan kenyataan serta laporan yang dilihat mempertahankan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis tidak akan teragak-agak menahan pihak berkenaan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya meneruskan perbuatan tersebut yang boleh mengancam demokrasi berparlimen negara ini.

"Saya mengingatkan mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, apa juga tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen itu dan siasatan juga boleh dibuat di bawah SOSMA.. Jangan bagi salah nasihat kepada orang ramai kerana ini perkara serius.

"Saya ambil berat perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan nasihat portal berita online tersebut kerana mereka adalah daripada kalangan orang yang kurang cerdik memberi nasihat," katanya. dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini

Laporan itu tidak menamakan portal berita terbabit, tetapi melaporkan bahawa Khalid mengulas laporan yang mempertikaikan halangan membawa masuk abu mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok pada 16 September lalu ke negara ini.

Menurut Khalid, membawa masuk abu atau mayat tanpa permit telah termaktub dalam Akta Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma Atau Bahan Patogenik) 2006.

"Sesiapa yang nak membawa apa juga remains atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit," katanya.-marhaen/mkini


 Akaun Bank Saidina Uthman Wujud Hingga Kini
Posted on Saturday, September 28 @ 23:18:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: blalang

"

RUPANYA SAHABAT NABI KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN RADHIYALLAHU ANHU ADA AKAUN DI BANK SEHINGGA SEKARANG!

Wakaf ini berupa bangunan hotel yang disewakan.

Khalifah Uthman bin Affan, salah seorang sahabat nabi yg peniaga dan kaya raya, tapi murah hati dan dermawan..sekarang masih memiliki akaun di salah satu bank di Arab Saudi??? Malah akaun dan bil elektriknya juga masih atas nama beliau…

Bagaimana cerita sehingga beliau memiliki hotel atas namanya di Masjid Nabawi..??

Di riwayatkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW, kota Madinah pernah mengalami zaman kemarau sehingga kesukaran mendapatkan air bersih. Oleh kerana mereka (kaum muhajirin) sudah biasa minum air zamzam di Mekah. Satu-satunya sumber air yang tinggal ialah sebuah perigi milik seorang Yahudi,yang bernama perigi RAUMAH. Rasanya pun serupa dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah dengan terpaksa membeli air bersih dari Yahudi tersebut.

Prihatin atas keadaan umatnya, Rasulullah SAW kemudian bersabda : “Wahai Sahabatku, siapa sahaja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat SyurgaNya Allah Ta’ala” (HR. Muslim).

Khalifah Uthman Bin Affan R.A yang kemudian segera bergerak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Khalifah Uthman RA segera berjumpa dengan orang Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi.

Namun begitu, Walaupun sudah ditawarkan dengan harga yang tertinggi sekalipun orang Yahudi pemilik perigi tetap menolak dan tidak mahu menjualnya, “Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak memiliki pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari” demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya.

Uthman Bin Affan R.A yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta’ala, tidak kehilangan cara mengatasi penolakan Yahudi ini.

“Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigimu” Khalifah Uthman RA, melancarkan jurus perundingannya.

“Maksudmu?” tanya orang Yahudi kehairanan.

“Begini, jika engkau setuju maka kita akan memiliki perigi ini bergilir-gilir. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu-satu hari. Bagaimana?” jelas Khalifah Uthman RA.

Yahudi itupun berfikir dengan pantas”… saya mendapatkan wang besar dari Uthman tanpa kehilangan perigi milikku”. Akhirnya si Yahudi setuju menerima tawaran Khalifah Uthman RA tadi dan disepakati pula pada hari tersebut perigi Raumah adalah milik Uthman Bin Affan R.A.

Uthman RA pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, silahkan mengambil air untuk keperluan mereka PERCUMA kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Beliau juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari, kerana esok hari perigi itu bukan lagi milik Khalifah Uthman RA.

Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi, kerana penduduk Madinah masih memiliki persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Khalifah Uthman RA dan berkata “Wahai Khalifah Uthman RA belilah setengah lagi perigiku ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya kemarin”. Khalifah Uthman RA setuju, lalu dibelinya seharga 20,000 dirham, maka perigi Raumahpun menjadi milik Khalifah Uthman RA secara penuh.

Kemudian Uthman Bin Affan R.A mewakafkan perigi Raumah, sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh siapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin… dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pokok kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Khalifah Uthman RAiyah memeliharanya hingga semakin berkembang, lalu diikuti juga dipelihara oleh Pemerintah Arab Saudi, hingga berjumlah 1550 batang pokok.

Selanjutnya pemerintah, dalam hal ini Departmen Pertanian Arab Saudi menjual hasil kebun kurma ini ke pasar-pasar.. setengah dari keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.. Manakala separuhnya pula disimpan dan disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah satu bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan, di bawah pengawasan Departman Pertanian..

Begitulah seterusnya, sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membangun hotel yg cukup besar di salah satu tempat yang strategik dekat Masjid Nabawi.

Bangunan hotel itu sudah pada tahap penyelesaian dan akan disewakan sebagai hotel bintang 5. Dianggarkan keuntungannya sekitar RM20 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Khalifah Uthman RA bin Affan Radhiyallahu anhu..

Subhanallah,… Jelaslah berniagadengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi…

Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariah, yang pahalanya terus mengalir, walaupun orangnya sudah lama meninggal..

Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya”. [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]

Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah RA, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda.

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mush-haf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia”.

Wallahualam

Sumber: isuhangat.net"


 Harga petrol tak naik dalam masa terdekat
Posted on Saturday, September 28 @ 17:27:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Kerajaan baru saja laksana pelarasan subsidi bahan api

Kuala Lumpur: Rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru saja dibuat, kata pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.

“Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api),” kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ketika ditanya mengenai lebih banyak pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat.



Beliau juga berkata, Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.


Spekulasi tersebar

“Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu,” katanya.

Spekulasi mengenai kenaikan harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutama bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web BERNAMA ‘seolah-olah’ ada pengumuman kenaikan harga itu yang disebarkan menerusi media sosial semalam.
Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 September lalu yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 September).


RM24.8b subsidi bahan api

Malah, rakaman skrin itu telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam menafikan terdapat kenaikan harga petrol RON95 malam tadi.

“Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen malam ini,” kata Ahmad Maslan dalam tweetnya.

Oleh itu, harga RON95 bersubsidi masih RM2.10 seliter.


BERNAMA
28 Sept 2013 

 Fadzil, Azizan banyak persamaan
Posted on Saturday, September 28 @ 17:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



ALOR SETAR - Allahyarham bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak mempunyai banyak persamaan walaupun pendekatan mereka berbeza.

Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail berkata, selain menerajui Pas Kedah pada era masing-masing, kedua-dua pemimpin itu banyak menyumbang kepada pembangunan parti.



“Mereka adalah golongan ulama dalam parti, selain mempunyai latar belakang dalam dunia pendidikan. Mereka adalah pendidik di mana Allahyarham Fadzil bekas pensyarah di UTM, manakala Azizan di UKM,” katanya.

Abd Isa yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Pasu berkata, kedua-duanya juga melanjutkan pengajian di Mesir namun hanya Azizan menyambung pengajian di United Kingdom selepas itu.

“Mereka bagaikan abang dan adik yang juga merupakan tokoh agamawan. Mereka ibarat saling memerlukan dan mempunyai impian yang sama, untuk membangunkan ummah dan parti,” katanya.

Malah, kehidupan seharian pemimpin ulung ini amat sederhana umpama rakyat biasa, tanpa diulit kemewahan dan status.

Abd Isa berkata, yang membezakan mereka hanya pendekatan yang dibawa dalam memimpin parti dan negeri.

“Perwatakan dan pendekatan Azizan lebih tegas berbanding Fadzil yang bersikap lemah lembut. Ketegasan Azizan juga menyebabkan beliau serius dalam kerja manakala Fadzil lebih suka mendengar pandangan dan tidak beri komen secara terbuka,” katanya.

Namun, katanya, resipi yang digunakan mereka itu berjaya mencapai matlamat dalam perjuangan Pas Kedah yang dilihat bangkit tahun demi tahun.

Pada PRU 1995, hanya dua kerusi dimenangi Pas Kedah iaitu Dun Bukit Raya (Tokai) dan Dun Sala (Sungai Limau), seterusnya menyaksikan hanya dua wakil rakyat Pas dalam Sidang Dun Kedah, berdepan dengan 34 Adun BN.

Azizan menang di Sala manakala Fadzil di Bukit Raya.

Hanya dua pemimpin Pas bergelar Yang Berhormat ketika itu.

Kelmarin, kedua-dua pemimpin tersohor ini disemadikan berhampiran, di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum, yang cukup sinonim dengan mereka.

Abd Isa turut menyifatkan lautan manusia ketika majlis pengebumian Azizan seolah-olah nostalgia mengingati semula pemergian Fadzil pada 2002, iaitu hampir sedekad lamanya.

“Suasana hampir sama kerana ribuan manusia datang menziarahi sama ada kawan mahupun lawan. Saya akui. selepas Fadzil, baru kali inilah senario itu berulang,” katanya.

Azizan dikatakan menjadi tunjang utama Pas Kedah selepas pemergian Fadzil.

Azizan mula menyertai Pas pada 1978 di England.

Pada 1986 beliau bergiat aktif dengan Pas di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik Naib Presiden Pas (2003-2005), Ketua Penerangan Pas Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama Pas (1991 hingga kini), Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (1993 hingga kini) serta Pesuruhjaya Pas Kedah (2000 hingga 2013).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan