Sabtu, 21 September 2013

SEMUA AKAN DICABUT OLEH MALAIKAT MAUT...USAH NAK LARILAH...USAH BERLAGAK SOMBONGLAH...MATI TETAP MATI

Malaikat maut tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa

http://detikislam.blogspot.com, 21 Sep 2013
Allah swt. bertanya kepada malaikat maut: "Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?"

Maka Malaikat pun menjawab: "Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget."

"Apa yang membuatmu tertawa?"

"Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut, 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun',".

"Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya."


Allah swt. lalu bertanya: "Apa yang membuatmu menangis?"

Maka malaikat menjawab: "Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. "

"Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget?"

Malaikat menjawab: "Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya, setiap kali aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. "

Allah swt bertanya lagi: "Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?

"Tidak tahu, ya Allah."

"Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya."

*Sumber dari islampos.com [Dedih mulyadi / islampos / kitab Tadzkirah karangan imam Qurthubi]

Siasat dakwaan salah guna wang Baitulmal Sarawak

Harakahdaily, 21 Sep 2013
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak berwajib menyiasat isu dakwaan penyalahgunaan wang zakat TBS seperti yang dilaporkan dalan Sarawak Report secara telus dan adil tanpa berselindung.

“Pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf,” ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee.

Menurutnya, isu penggunaan wang zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Muslim yang ikhlas untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil.

Pada Jun lalu, katanya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.

“Apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?” tanya beliau dipetik blog PAS Kawasan Miri.

Dakwat kekal tak capai spesifikasi standard - Pakar

Harakahdaily, 21 Sep 2013

SUBANG JAYA: Seorang pakar kimia yang menjadi saksi dalam prosiding Tribunal Rakyat semalam mendedahkan dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak memenuhi spesifikasi standard.

Menurutnya, ia kerana dakwat yang digunakan hanya mengandungi satu peratus argentum nitrat (silver nitrate) sedangkan pada spesifikasi standar ia sepatutnya pada kadar antara 10 hingga 18 peratus.

Pada kadar standard itu katanya, dakwat akan meninggalkan tanda kehitaman, tidak mudah tanggal dan mampu bertahan sehingga beberapa hari.

“Pelbagai isu ditimbulkan orang ramai berhubung penggunaan dakwat kekal termasuk dakwaan mengatakan ia kekal dan ada tidak kekal.

“Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengesahkan dakwat itu bersifat tidak kekal,” katanya dipetik Selangorku.

Beliauketika memberi keterangan juga menyifatkan dakwaan Kementerian Kesihatan kononnya argentum nitrat menyebabkan kanser sebagai tidak sahih.

Jelasnya lagi, dakwat kekal yang dipalit di jari pada amalan kebiasaannya mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 saat untuk benar-benar kering.

“SPR dakwa ia kering di jari pengundi dalam kurang dua saat sedangkan dakwat kekal perlu sekurang-kurangnya lebih 30 saat untuk lekat pada jari,” katanya.

Sementara itu, panel Tribunal Rakyat PRU-13, Profesor Ramlan Surbakti mencadangkan SPR mempelajari pengalaman Indonesia dalam penggunaan dakwat kekal.

Ini kerana, Indonesia antara negara yang telah menggunakan kaedah ini lebih dahulu dalam pilihan raya mereka.

“Saya sudah dua kali mengunjungi Malaysia untuk berkongsi pengalaman bersama SPR tentang kemahiran Indonesia menggunakan dakwat kekal.

“Saya tertanya-tanya mengapa SPR tidak mahu bertanya kepada negara lain cara penggunaan sebenar dakwat kekal,” katanya.

Seorang terbunuh himpunan di Alexandria

Harakahdaily, 21 Sep 2013

KAHERAH: Himpunan aman, membantah rampasan kuasa di Mesir terus dicemari dengan keganasan dan provokasi dari samseng upahan dan pihak tentera.

Dalam himpunan Jumaat di Alexandria semalam, sumber perubatan memaklumkan sekurang-kurangnya seorang penyokong Presiden Dr Mohammad Morsi terbunuh.

Terdahulu , saksi memberitahu, sekurang-kurangnya empat orang telah cedera dalam keganasan di daerah Seyouf timur Alexandria.

Menurutnya, samseng melemparkan batu dan melepaskan tembakan senapang patah ke arah peserta himpunan.

Sementara itu, di daerah Sidi Beshr, sekurang-kurangnya tujuh cedera dan dibawa dengan perkhidmatan ambulan tempatan.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 12 penyokong Morsi ditahan oleh pihak berkuasa.

Untuk rekod, semalam adalah hari ke 85 bantahan diadakan selepas tentera menggulingkan Morsi secara rampasan kuasa pada 3 Julai lalu.

Berapa nilai Melayu dalam DAP, soalan bodoh

Harakahdaily, 21 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) secara nyatanya adalah parti yang buta warna. Itu maksudnya ia tidak peduli anda kaum apa. Borang keahlian parti juga tidak bertanya anda kaum apa.

“Untuk mempersoalkan nilai individu dalam sebuah parti buta warna dengan berasaskan penilaian kaum adalah kerja yang bukan sahaja bodoh, malah jahat,” tulis Izmil Amri di dalam Roketkini.com.

Baginya, persoalan sedemikian adalah strategi politik nakal untuk menimbulkan anasir politik perkauman dalam sebuah parti yang tidak peduli kaum.

“Biarlah apa pun yang dipropagandakan kepada anda melalui media tradisional; kita semua tahu bahawa DAP bukan parti satu kaum, dan ia tidak memandang soal kaum,” ujarnya.

Menurutnya, DAP menilai pemimpin dan anggotanya berdasarkan apa kerja yang dilakukan untuk parti, seperti juga mana-mana parti politik lain.

Apa yang kita patut belajar dari isu abu mayat Chin Peng?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 21 Sep 2013

Dalam riuh rendah pemimpin-pemimpin dan juga rakyat membicarakan tentang abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng yang hendak dibawa pulang ke Malaysia ini.. ada sesuatu yang kita patut belajar..

Baca lagi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Hukum upacara akad nikah di masjid

e-fatwa.gov.my, 21 Sep 2013
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan