Selasa, 24 September 2013

KITA BOLEH HAPUS ATAU BUBAR APA SAJA KITA MAHU...TAPI TAK BOLEH BUBAR DAN HAPUSKAN ISLAM...JUGA KUASA ALLAH YANG MUTLAK...SEMUA AKAN MATI KECUALI ALLAH SWT

Shahidan bincang tidak rasmi dengan PR
Posted on Monday, September 23 @ 22:02:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim akui sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan PR melalui Penasihat DAP, Lim Kit Siang, hari ini.

Menurutnya, perbincangan tersebut menyentuh soal Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

"Perbincangan tak rasmi saya sedang buat dengan pihak pembangkang. Tadi saya bincang banyak dengan Yang Berhormat Lim Kit Siang.

"Kami berbincang berhubung dengan Jawatankuasa di Parlimen," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, Kit Siang ada mengemukakan cadangan dan ia akan dibincangkan esok.

"Beliau telah memberi cadangan dan ia akan dibincangkan oleh jawatankuasa pemilih yang kita akan buat esok. Kita akan putuskan esok," katanya.

Mengulas soal kesediaan PR untuk berdialog dengan BN, beliau sekali lagi mengulang pendirian agar PR membawa isu yang mahu dibincangkan ke Parlimen.

"Perbincangan ada rasmi dan tak rasmi. Parlimen adalah lebih baik.

Perbincangan rasmi ini kita bawa ke Parlimen. Kita boleh buat usul. Selepas Parlimen ditangguhkan, masing-masing boleh buat usul.

"Saya rasa inilah masa terbaik untuk pembangkang membawanya di Parlimen.

"Kita boleh bincang secara terbuka dan rakyat boleh saksikan," katanya.

Sebelum ini, PR sekali lagi mengulang kesediaan untuk berdialog untuk membincangkan hal berkaitan ekonomi, perkauman, agama, ekonomi, tata kelola menangani rasuah dan jenayah.

SINAR HARIAN 


 Menjelang himpunan 'menyambut' Barack Obama – Bah. 1
Posted on Monday, September 23 @ 21:53:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Ketelusan Transaksi Program Pembelian Pesawat Tempur F/A 18 ATM.

1. Kehadiran Presiden AS ke Malaysia pada 11hb. Oktober kelak bukanlah untuk berlibur. Memetik kenyataan sumber Rumah Putih, kehadiran Obama adalah untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara ke-dua-dua buah negara, sekaligus memberi petanda wujudnya beberapa inisiatif besar yang telah sekian lama dirancang dan mungkin akan dimuktamadkan.  Tekad Obama adalah untuk meningkatkan nilai eksport AS sebanyak 2 kali ganda pada akhir terma pentadbirannya. Kekuatan industri pertahanan AS dan program penjualan senjata adalah di antara strategi utama beliau.



2. Mengambilkira perkembangan mutakhir serta lawatan kerja 3-hari Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel bermula 24hb Ogos tempoh hari, Dewan Pemuda PAS menjangkakan pembelian pesawat tempur Boeing F/A 18 untuk TUDM akan dimasukkan ke dalam agenda lawatan beliau.

3. Pada harga tersenarai, sebuah Super Hornet dianggarkan berjumlah USD 52 juta. Malaysia dijangka akan membeli sehingga 18 pesawat tempur walaupun mungkin tidak kesemuanya dari Boeing.

4. Pembelian pesawat tempur F/A18 ini jika dimuktamadkan akan berlangsung ketika wujudnya keraguan mengenai ketelusan proses pembelian senjata yang diuruskan kerajaan pula  disifatkan oleh sebuah NGO sebagai berisiko rasuah.

5. AS yang mempunyai mempunyai kod amalan perdagangan telus yang ketat dan urusniaga senjata dipantau pula oleh jawatankuasa Senat  seharusnya peka dengan perkembangan ini dan menilai semula program penjualan senjatanya kepada Malaysia.

6. Di dalam hal ini, AS mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan integriti transaksi AS – Malaysia bersandarkan kepada piawaian nilai yang telah mereka tetapkan sendiri. Ini termasuklah pematuhan kepada Foreign Corrupt Practices Act (FCPA).

7. Dari perspektif kepentingan nasional pula, kita juga mempersoalkan kewajaran pemilihan F/A 18 yang programnya besar kemungkinan akan ditamatkan pada tahun 2015 jika tidak kerana kontrak dari Malaysia ini.

8. Apakah kerajaan telah membuat keputusan terbaik mengambilkira perbandingan kos dan kelangsungan teknologi bagi memenuhi keperluan multi-role combat aircraft (MRCA) negara?

9. Berdasarkan kepada pengalaman terdahulu; dari pembelian kapal selam, pesawat MIG29  sehinggalah kontrak kapal frigat, kesemuanya merekodkan permasalahan bajet dan teknikal.

10. Maka di dalam kes pesawat tempur F/A 18 ini, rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan lanjut mengenai program pembeliannya  agar ianya tidak sekadar menjadi bahan perhubungan awam yang gah ketika kunjungan singkat Presiden AS tetapi akhirnya mendatangkan kerugian kepada negara bertahun lamanya.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
merangkap Ahli Parlimen Temerloh


 PAS dan dinamika politik
Posted on Monday, September 23 @ 21:49:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Politik ialah mengenai kuasa dan tidak ada siapapun yang berjuang di pentas parti politik yang tidak bermatlamatkan untuk mendapatkan kuasa iaitu bagi yang belum berkuasa dan mempertahankan kuasa bagi yang telah berkuasa.

Tetapi politik itu sangat dinamik sifatnya, iaitu cepat berubah dan memerlukan perubahan. Dinamik atau Dinamisme, berasal dari bahasa Latin dan sering digunakan oleh ahli falsafah Virginia Postrel untuk menjelaskan filosofi sosialnya yang melibatkan perubahan budaya, pilihan individual, kebebasan, demokrasi dan masyarakat terbuka.

Di negara ini, parti politik yang bernuansa Islam seperti PAS yang berinteraksi dengan masyarakat moden Malaysia maka ia tidak boleh lari dari apa yang dinamakan dinamik atau dinamisme, dengan huraiannya yang lebih tepat ia mestilah bersifat dinamik – memahami dan menerima realiti yang ada yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa, walaupun sudah pastilah ia mesti kekal dalam orbit Islam.

Berbanding dengan negara lain, suasana politik dan sosial di Malaysia sangat jauh berbeza, iaitu dengan masyarakat majmuknya yang luar biasa di mana pegangan agama, nilai budaya dan tradisi antara kaumnya bersifat pelbagai.

Oleh itu demografi politik di Malaysia sangat berwarna warni kerana ia
berada di tengah masyarakat majmuk yang pelbagai ragam. Di sinilah PAS, sebagai sebuah parti politik bernuansa Islam, hadir untuk berpartisipasi di tengah kancah politik demokrasi di negara ini.

Walau apapun bentuk dan wajah demokrasi di negara ini, namun  PAS terus  berpartisipasi dalam PRU tiap lima tahun sekali. Ertinya, PAS hadir di tengah dinamik (perubahan) politik di Malaysia sejak 13 kali pilihan raya umum.

Tetapi persoalannya di sini bagaimana pula kedudukan dinamika politik PAS terutama dalam melakarkan masa depannya untuk berperanan sebagai parti politik yang dominan dalam Pakatan Rakyat dan menjadi parti arus perdana di pentas politik Malaysia.

Jenama sebagai parti Islam saja belum cukup untuk menjadi sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat dan parti arus perdana di Malaysia. Kesyumulan Islam yang didukung oleh PAS memang sangat hebat, tetapi bagaimana pengisian kepada kesyumulan Islam itu yang digerakkan oleh PAS jika ia mahu dilihat sebagai parti dominan dalam Pakatan. Ini bergantung kepada kemampuan pemimpin dan pendukungnya.

Masyarakat majmuk mahu melihat dinamika PAS dalam mengatur strategi supaya dilihat dominan dalam Pakatan, boleh memimpin masyarakat majmuk, menyusun strategi ekonomi, pendidikan, sosial dan mengukuhkan toleransi antara kaum dan agama. Untuk itu ia mesti menangani peluang yang ada (bukan merebut kekayaan dan jawatan), berfikir dan bertindak bukan di sekitar kampung halamannya saja. Ia mesti meneroka daerah baru, berinteraksi dengan masyarakat di luar lingkungannya, menyerlahkan kepimpinannya yang dinamik dan berintegriti.

Sebagai contoh, bagaimana PAS menjadikan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ yang dilancarkannya lama sebelum PRU ke-13 sebagai gagasan yang boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. Malangnya gagasan tersebut tidak lagi didengar khabar beritanya. Mengapa terjadi demikian, sedangkan ‘Negara Berkebajikan’ itu sangat dinamik dan praktikal untuk dilaksanakan - jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai dasar ekonomi dan pendidikan yang dicipta oleh Barisan Nasional.

Demikian juga manifesto Pakatan – Buku Jingga – yang sewajarnya PAS berada di depan dalam melaksanakan program buku tersebut bersama PKR dan DAP. Justetu dengan Buku Jingga itu, ramai pengundi menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat agar manifesto itu dapat ditunaikan walaupun secara bertahap.

Oleh itu, sekali lagi dinamika politik PAS perlu diperlihatkan. Bahawa ‘Negara Berkebajikan’ dan ‘Buku Jingga’ itu bukan retorik atau janji kosong yang tidak boleh ditunaikan, tetapi sesuatu yang amat praktikal. Dengan demikian, jika PAS dapat lebih dulu mengenengahkan program ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain, saya kira PAS sudah memperlihatkan dinamika politiknya, bahawa ia mampu memimpin perubahan. Maknanya ia bukan lagi hanya mampu mendominasi bidang agama, tetapi juga pelbagai bidang yang lain.

Saya yakin kerana demikian ramai pimpinan PAS baik peringkat Pusat mahupun negeri dan kawasan, malah cawangan yang mampu melaksanakan program tersebut untuk memperlihatkan kehadiran PAS mendominasi Pakatan Rakyat. Inilah caranya PAS berperanan menambahbaikkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, kita berharap Muktamar PAS November nanti akan mendengar perbahasan yang dinamik, menyerlahkan luasanya pemikiran muktamirin PAS, keterbukaannya, memandang jauh ke depan dengan penuh harapan. Bukan lagi melayani emosi dan sentimen kelompok yang bukan saja mencerminkan politik yang tidak matang, bahkan menghantar isyarat yang salah kepada komponan lain dalam Pakatan malah menjadi isu yang menghairankan.

Saya yakin pemimpin yang akan dipilih oleh perwakilan di muktamar nanti adalah dari kalangan yang paling terbaik dari yang baik, dinilai dari ilmunya, termasuk ilmu agamanya, prestasinya, penguasaannya dalam dinamika politik, keterbukaannya, keterampilan dan kebijaksanaannya menghadapi musuh serta menyelesaikan masalah.

Inilah sebenarnya merit yang diperlukan bagi calon yang menawarkan dirinya untuk bertanding dalam pemilihan nanti walau dari golongan manapun ia datang. Justeru jenama golongan ‘Ulama’ dan ‘Profesional’ tidak menjadi perhitungan penting dalam pemilihan saf pimpinan. Meritnya yang sebenar ialah ilmu dan kemampuannya.

Hal ini kerana pimpinan yang dipilih akan memikul amanah menjadikan PAS sebagai parti politik Islam arus perdana yang dinamik, amanah dan berintegriti.

Perlu diingat bahawa harapan rakyat terlalu tinggi kepada PAS sebagai parti yang berintegriti.

Pada akhirnya, Muktamar akan datang ini perlulah memancarkan dinamika politiknya.


Abd Shukur Harun
HARAKAHDAILY



Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban
Posted on Monday, September 23 @ 21:44:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tazkirah

"

Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.




Sumber : Blog Tazkirah


 Cetusan Untuk PAS yang ku Sayangi..
Posted on Monday, September 23 @ 21:43:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: BukitKeplu

"Terus Terang sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya agak kurang berminat menulis ,Namun bila terdengar bunyi suara kontra mengenai resolusi ulamak PAS di Kedah terdetik rasa ingin mencetuskan komentar yang dirasakan bermafaat untuk perjuangan Islam.Jom fahami satu persatu resolusi dibawah :

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dgn lebih berkesan sebagai pemimpin politik yg menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.



2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerakerja, antaranya ;

i- mengukuhkan gerakerja tarbiyah

ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yg menjadi tunjang utama kepada PAS.

iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yg merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi pru 13 untuk lonjakan pru 14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

8. Multaqa Ulamak Se Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

Bila difahami terung-terang saya katakan bahawa resolusi ini di usulkan atas kefahaman dan rasa tangungjawab keatas perjuangan Islam.Namun demikian dari konteks politik tanahair ianya mempunyai banyak kelompongan yang boleh dipertikaikan samada pemimpin maupun penyokong.

Soalnya mengapa jadi begini ? Jawabnya Kebiasannya kita banyak bercakap tapi kurang amalnya.20 tahun lalu PAS tidak ramai penyokong namun Tarbiyyahnya mantap.Kini penyokong ramai tapi adakah mereka sokong atas kefahaman ?

Adalah satu yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya sebuah jemaah Islam takut kehilangan sokongan dari mencari mardhatillah ? Jemaah Islam kuat kerena kekuatan iman dikalangan pendokongnya melalui  gerakerja Dakhwah seperti di tunjukki Nabi SAW.Namun sebuah parti politik kuat bila berjaya meyakinkan kemampuan sesebuah parti memenuhi kehendak pengundi.

Kesimpulannya resolusi & ceramah-ceramah semata tidak mampu mengubah sesuatu kefahaman ummah.Namun perlu kepada gerakkerja dakhwah.Usaha ziarah dan pembinaan para pendakwah yang melakukan gerakkerja tanpa menghirau upah merupakan kekuatan perjuangan Islam.Hari ini biasa kita dengar suara tentang kalangan pendakhwah yang meletakkan bayaran tertentu untuk ilmu diberi dan betapa usaha ziarah hanya dilakukan jemaah tertentu sahaja.Bahkan lebih teruk ada menyatakan orang PAS hanya melakukan ziarah untuk MUSIM PANCING UNDI sahaja.Kita mungkin sudah terlalu jauh dengan Rasulullah SAW namun di kurun ini  kita dapat melihat bagaimana Imam Hassan Al Banna dan pendokongnya  dapat membina kekuatan Ikhwan Muslimin melaui usaha ZIARAH .Bak kata Orang tua-tua.Cakap banyak tak guna.Jom Bersama kita bina kekuatan Dakhwah melalui cara yang ditunjukki Rasulullah SAW dan para sahabat rhum."


 Perlawanan Kedah, Lions XII diatur?
Posted on Monday, September 23 @ 14:34:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KEBETULAN atau realiti, perkara tersebut yang kini menjadi persoalan mengenai keputusan saingan Kumpulan D Piala Malaysia membabitkan Kedah yang tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Darul Aman (SDA), Sabtu lalu.
(Gambar :  Sebahagian besar ramalan yang dibuat di laman Facebook Singapore Football tepat dengan keputusan perlawanan nyata membuatkan penyokong Kedah tertanya-tanya)


Puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning masih lagi meratapi kegagalan pasukan mereka melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik, malah turut dikejutkan dengan beberapa ‘bukti’ kini tersiar di maya didakwa perlawanan tersebut diatur.

Antara bukti-bukti tersebut ialah tersiarnya resit sport betting yang menunjukkan ketepatan keputusan perlawanan berkenaan selain kenyataan keputusan sama dikeluarkan peminat di Singapura di laman Facebook Singapore Football iaitu ramalan awal sebelum sepak mula.

Biarpun pertaruhan keputusan perlawanan dibenarkan di negara seberang itu, perkara tersebut jelas kini menjadi pertanyaan kepada sebahagian besar penyokong Kedah.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah menggesa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melakukan siasatan dalaman secepat mungkin sama ada ‘bukti-bukti’ yang kini tersiar di maya mempunyai kaitan dengan keputusan perlawanan tersebut ataupun disebabkan faktor-faktor lain.

Sambil melahirkan rasa kekecewaan, beliau berkata, aksi serba tidak menjadi dan semangat melawan beberapa pemain turut diragui sepanjang perlawanan berlangsung.

“Memang adat perlawanan bola sepak ada kalah dan ada menang, namun dengan tersiar ‘bukti-bukti’ seperti resit ‘sport betting’ membuatkan semua penyokong tertanya-tanya. Saya fikir perkara ini KFA perlu ambil serius dengan melakukan siasatan secepat mungkin.

“Sebelum ini, aksi beberapa pemain-pemain kita semasa mengikat Lions XII 2-2 dan menang ke atas Perak 1-0 boleh dipuji tapi entah di mana silapnya pada perlawanan tersebut hanya sebahagian sahaja yang berusaha membantu memburu gol namun segelintir pula menampilkan aksi sebaliknya,” katanya


WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
Sinar Hariam
23 Sept 2013 

 Komplot kudeta mahu bubar Ikhwan Muslimin hari ini
Posted on Monday, September 23 @ 14:17:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



MESIR: Mahkamah Mesir akan membuat keputusan berhubung status pertubuhan gerakan Ikhwan Muslimin hari ini.

Sebelum ini, seorang peguam telah memfailkan saman menuntut pertubuhan Islam itu dibubarkan atas alasan bahawa ia telah "melanggar undang-undang".



Beliau juga menuntut penyitaan dana dan ibu pejabat gerakan Islam itu.

Ikhwan Muslimin telah didaftarkan sebagai sebuah NGO pada bulan Mac 2012, dengan bekas Mursyidul Am Dr Mohammad Mahdi Akif sebagai presidennya.

Akif kini dalam penjara atas tuduhan "menghasut keganasan."

Presiden sah Mesir, Dr Mohammad Morsi yang juga dari kelompok Ikhwan Muslimin, diguling juga atas alasan sama iaitu cuba menghasut keganasan.

Sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu, kudeta Mesir sedaya upaya cuba mengaitkan Ikhwan Muslimin dengan keganasan yang tercetus.

Mereka menuduh Ikhwan sebagai dalang menghasut rakyat membantah kudeta melalui himpunan di jalanan sehingga tercetus beberapa insiden yang mengorbankan penyokong Morsi.

Pemimpin dan ahli Ikhwan dibunuh, ditangkap dan sedang diburu oleh pihak tentera.

Ikhwan bagaimanapun sedari awal menyatakan pendirian bahawa menentang sebarang keganasan dan akan mengadakan bantahan aman tanpa senjata.

Terbaru, kudeta dalam usaha untuk membatalkan pendaftaran Ikhwan Muslimin sebagai pertubuhan sah sekaligus mahu membubarkan pertubuhan tersebut.


Harakahdaily
23 Sept 2013 


Saiden Zakaria shared Mohd Amiruddin's photo.
Terkini Mesir : Mahkamah Mesir Putuskan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin Diharamkan!

Mahkamah Mesir sebentar tadi telah membuat keputusan mengharamkan gerakan Ikhwanul Muslimin serta segala aktivitinya di Mesir. Pengharaman itu juga adalah termasuk pembekuan harta boleh alih dan tidak boleh alih serta harta yang dimiliki oleh ahli kumpulan IM.

SEJARAH RINGKAS IKHWAN MUSLIMIN :

1928 - Ikhwan ditubuhkan oleh Imam Hasan Al Banna.
1949 - As-Syahid Imam Hasan Al Banna dibunuh.
1954 - Jamal Abdul Nasir menangkap dan menggantung mati ramai pimpinan IM.
1984 - Ikhwan mula masuk pilihanraya dan menang banyak kerusi.
2011 - Parti Freedom and Justice FJP ditubuhkan.
2012 - Ikhwan Muslimin mendapat mandat perintah Mesir.
2013 - Ikhwan mendapat lesen rasmi tubuh جمعية الاخوان المسلمون.
2013 - Ramai pemimpin utama IM ditangkap/dipenjarakan.
2013 - Ikhwan dibubarkan/diharamkan kembali.

Sumber : Prihatin Mesir, Mesir Kini, Al Jazeera Channel - قناة الجزيرة الفضائية.


 Petani Tulis “Al Sisi” Pada Keldainya Ditangkap
Posted on Monday, September 23 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

image

Polis Mesir telah menangkap seorang petani di muhafazah(negeri) Qina atas tuduhan memburukkan nama baik pimpinan tentera dan menghina tentera serta pakaian seragam tentera Mesir Jumaat lepas

Ketua polis Qina Jen Mohd Kamal mendapat arahan untuk menangkap pertani muda berumur 31 tahun Omar Abu Majdi Ali Assorighr.

Beliau memakaikan topi dan pakaian tentera mesir serta menulis perkataan AL SISI di belakang Keldai.

Keldai bagi orang mesir merujuk kepada BODOH.
Wahai keldai ertinya wahai si bodoh.

As syabu net.

 Apa Lagi Najib Mahu?
Posted on Monday, September 23 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Narinder Singh

Inilah persoalan yang bermain di dalam fikiran orang ramai, apatah lagi kaum kerabat pembangkang. Sejak pilihanraya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan agak lesu dan tidak bermaya dalam menangani isu-isu yang kian menghangat di dalam negara.

Malahan Najib telah secara teori dicela, dibelasah, dilenyek, ditumis, dipijak, dihina dan diperlekeh bukan sahaja oleh musuh-musuh ketatnya di arena politik, tetapi tidak juga ketinggalan orang awam yang kian merasa rimas dengan kebisuannya.

Lihat sahaja media sosial seperti “Facebook” dan blog-blog peribadi pengkritik-pengkritik di dalam dan luar negeri. Mereka seolah-olah berpesta mengumpat Perdana Menteri kita saban hari.

Ada sahaja komen-komen yang menyilukan hati para penyokong Najib tetapi apatah daya mereka kerana Najib sendiri tidak kelihatan tergerak untuk membidas kririk-kritiknya.

Apa lagi Najib mahu?

Dari skandal seks dan kapal selam Altantuya, isu jenayah yang semakin memuncak, protes jalanan, hala-tuju pelan pendidikan yang huru-hara, ekonomi yang merundum dan keretakkan yang mendalam dalam silaturahim antara kaum kian menghebat di mulut orang ramai tetapi Najib masih enggan mengulas secara terbuka.

Najib kian hari dilihat seolah-olah berada pada ambang percutian setiap masa. Walupun ada sedikit bisikan dari pejabat perdana menteri, tetapi amat ketara ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada orang awam.

Najib sudah boleh diklasifikasikan sebagai sekadar pemerhati dan tidak lagi mempunyai motivasi untuk bergerak ke hadapan.

Impian 1Malaysia beliau yang hangat diperlaungkan sejak 2009 tidak terpakai pada 5 May 2013.

Agak menyilukan dan pada masa yang sama menyakitkan hati bahawa walaupun jutaan ringgit telah dibelanja oleh kerajaan Najib, namun konsep 1Malaysia masih lagi kabur di mata orang Malaysia.

Kemungkinan besar Najib telah dinasihati oleh pembantu-pembantu yang tidak berkaliber langsung dalam isu-isu perpaduan. Najib boleh dikatakan telah diperlekehkan oleh mereka-mereka yang besar kebarangkalian juga dibayar gaji lumayan.

Apa lagi Najib mahu?

Polisi tidak berhala-tujuan

Walau cara mana pun laporan ekonomi diputar belit oleh “pakar-pakar ekonomis”, pada hakikatnya rakyat Malaysia secara pukal dan purata tidak dapat apa-apa manfaat yang boleh dikatakan berfaedah untuk jangkamasa panjang.

Insentif-insentif seperti BR1M, bonus dan duit raya hanya dapat bertahan setakat beberapa hari atau paling lama seminggu sahaja.

Kos sara hidup perseorangan kian meningkat setiap tahun dan kes-kes muflis terutama di kalangan generasi muda sudah sampai tahap agak kritikal.

Adakah ini salah satu hasil dari polisi-polisi kerajaan Najib yang tidak berhala-tujuan?

Sudah tentu Najib membaca berita atau adakah setakat hanya mendengar kata-kata orang di sekelilingnya? Apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan Najib yang boleh menggerakkan nalurinya untuk bertindak?

Sudah tidak masuk akal kenapa dia masih lagi enggan bertindak drastik dan mengguna kuasa eksekutifnya yang seakan-akan telah duduk lama terbenam di bawah lapisan habuk tebal.

Apa lagi Najib mahu?

Ada spekulasi, Scorpene tidak boleh terapung lagi; tapi Najib masih tidak mahu mengulas walaupun pernah menjadi menteri pertahanan.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kerugian dalam lingkungan jutaan ratus tapi Najib membidas mengatakan bahawa kerugian semakin berkurangan.

Apakah logik ekonomi yang digunapakai oleh Najib untuk mempertahan sesuatu entiti perniagaan yang “berdarah lagi kritikal”. MAS boleh dianugerahkan sebagai satu-satunya lambang kebanggaan negara yang berlandaskan kepada prinsip “stabil secara kritikal”; sama seperti seorang pesakit kanser pada tahap 4.

Pihak pembangkang dan segelintir pertubuhan bukan kerajaan terpinga-pinga memikirkan bagaimana lagi mereka harus mengggubah modus operandi untuk memotivasi Najib supaya bertindak.

Dalam ketidak-sukaan mereka terhadap Najib, namun mereka tiada pilihan alternatif selain dari menghentam Najib secara bertubi-tubi. Adakah Najib begitu kebal dari jolokan pembangkang? Rakyat semakin perit dengan peredaran masa.

Apa lagi Najib mahu?

Kesenyapan berpanjangan

Hampir seratus peratus agensi kerajaan Najib dicemuh orang sebagai tidak telus dan dibelenggu rasuah dari semua aspek.

Polis, kastam, imigresen, dan lain-lain agensi penguatkuasa dipercayai mengamalkan budaya rasuah dengan agak diskrit tetapi Najib seolah-olah masih lagi tidak celik, walaupun satu mata!

Tohmahan kronisma dan nepotisma dilontar pada Najib seperti batu rejam semenjak beliau menjadi perdana mentri terutama sekali dalam isu-isu kontrak prasarana dan yang melibatkan syarikat-syarikat berkenaan kerajaan (GLC).

Najib masih utuh dan seinci pun tidak berganjak dari pendiriannya untuk tidak bersuara; memprojekkan satu anggapan yang segala cemuhan ini hanyalah satu fantasi buatan syaitan-syaitan yang tidak berjiwa.

Malahan pelbagai lemparan terhadap Rosmah Mansor turut ditempias dengan selamba oleh Najib sedangkan isteri tersayangnya terasa teraniaya dan didiskriminasi tanpa sebab.

Program Permata dan isu permata Rosmah tidak terlepas dari radar canggih pembangkang, namun Najib tetap degil berdiam.

Apa lagi Najib mahu?

Adakah Najib sudah jatuh ditimpa tangga? Pemilihan Umno kian mendekat dan ada ura-ura mengatakan bahawa beliau akan dicabar puak-puak tertentu.

Sudah tentu tekanan kian meningkat di bahu Najib tetapi kesenyapan berpanjangan tidak akan membuahkan apa-apa hasil padanya.

Najib kehilangan pedoman agaknya. Soalnya – Apa lagi Najib mahu?-FMT

Narinder Singh adalah ahli pasukan FMT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan