Selasa, 17 September 2013

KERETA OH KERETA 3

Tip Tanggal dan Pasang Sticker Road Tax Kereta

Soalan yang diajukan pada kami:
Betta sp said...cara nie boleh tanggalkan bekas sticker roadtax x? huduh la cermin keta coz xdpt buang bekas roadtax lama
en_me said...camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu..camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu
lalink7 said..kite nak tnye soklan jugak boleh..
kalau nak buang gam2 hasil tempekan road tax yang melekat pada cermin kete tue pakai ini jugak ke?
Jawapan Kami:Terima kasih kerana bertanya semua..Tak tahulah siapa yang mencadangkan dan mencipta roadtax yang kita guna pakai sekarang nih. Nak lekatkan satu hal, kena hati-hati jangan senget. Silap cara, mahu terkoyak roadtax tuh. Selepas setahun, azab pula nak tanggalkan. Bukan lah nak simpan roadtax lama tuh, buat macam mana sekalipun mesti terkoyak juga. Masalahnya, roadtax tuh biasanya merosakkan cermin kereta. Tak tahulah gam jenis apa yang digunakan. Kadang-kadang tuh, roadtax dah tanggal, gam pula melekat pada cermin. Jadi satu hal pula nak hilangkan kesan gam tuh. Yang menjadi masalah sekarang nih,ramai yang merungut pasal terdapat saki-baki roadtax beberapa tahun lepas masih ada lagi pada cermin kereta mereka.
Itulah masalah yang owner kereta hadapi semasa nak tampal roadtax baru. Susahnya nak tanggal yang lama, Kalau tidak, rosaklah ‘tinted film’ tuh. apasal laa dorang buat roadtax camnih.. yg dulunye lagi senang.. silap-silap rosak laa segala tinted ko yg mahal-mahal tu....atau masalah yang ketara ialah mesti koyak rabak road tax korang kalau tak pandai nak tampal atau masa nak pindahkan roadtax ..
Tip2 Tanggal dan Pasang Road Taxaku nak bagi sket tips kat korang yg nak macam mana nak tanggalkan Road tax dan beberapa tip macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang

Tip-tip mudah masa nak tanggalkan Road Tax
Cara pertama:
Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:
Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya
Tip-Tip nak hilangkan sisa gam Road Tax lama
Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.
Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.


Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)

klu cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)
klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo ... pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer.. Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..

Tip-Tip nak Pasang Road Tax Baru
Satu tip mudah yang selalu orang gunakan macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang tu..time korang nak tampal road tax kat cermin tu, jangan la tampal roadtax tu cemtu je.. tapi amik plastik lutsinar tipis & cover dulu permukaan road tax tu ngan plastik
1. dapatkan plastik jernih yang sangat nipis (macam plastik tinted kereta tu)
2. potong cun2 dengan saiz roadtax.
3. lekatkan roadtax tu atas plastik tadi
4. kemudian lekatkan plastik yang dah ada rodtax tu kat cermin kereta.
tinggalkan sket je bahagian gam kat tepi r/tax tu utk lekatkan kat cermin kete...pastu tampal la cam biasa.. so gam yg lekat kat cermin kete tu sket je, so time korang nak tanggalkan nnti pun senang & kompom xde kesan
Tampal Road Tax Guna Holder Plastik
Cantik lah sikit kalau guna holder plastik adelah nampak design sikit.. ade besepah jual kat mana-mana.. pilih ajer lah yg mana cantik
Tanggalkan Road tax sticker dari kertas. dapatkan plastik holder road tax Sticker.lekatkan roadtax tu atas plastik holder tadi. pindah tampal rodtax tu kat cermin keret.bagusnya guna holderplastik ni ialah ianya tidak mencomotkan cermin kenderaan anda.
Cara lain Tampal Road Tax..
Ade kete aku tengok.. tampal skali ngan kertas road tax tuh terus tampal sekeping road tax masuk dalam plastik holder... tuh pun idea yang bagus tak yah susah susah nak ceraikankan road tax sticker dari kertas
Tip Tampal Road Tax klu malas...
Cara orang pemalas jenis ala kadar atau asal boleh.. Diorang gam atau double tape kat setiap penjuru bucu road tax tersebut..

Cara paling Sengal ?
Masuk Road Tax dlm Frame Gambar..

Yang ni cara terlampau cerdik agaknyer siap masuk frame gambar pasal tak mau tampal dan comotkan cermin kereta agaknyerr... Bila kena tahan ngan polis dia akan keluarkan frame road tax tunjuk kat polis... wehhhh road tax wajib tampal dan pamirkan kat sisi cermin kereta bukan masuk dalam frame gambar... adooiiii... sengalnya.. kalau roadblock tau lahh nasib ko...Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, minta tanda tangan .... uhhhh pedih kan...
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu nak tanggalkan dan pasang sticker Road tax dengan lebih senang lagi tak.... boleh lah korang kongsi ye....

 

TIPS MEMBASUH KERETA SENDIRI

Apa khabar semua rakan2 pembaca.. 

Mat Kriss mengharapkan kalian berada sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah SWT. Maaf jika ada para pembaca yang menunggu post terbaru dari mat sebelum ni.. Kekangan waktu ditambah urusan kerja bengkel yang tak putus-putus memaksa mat kriss jarang berada di hadapan internet untuk kita sama-sama kongsi ilmu dan wacana tentnag auto kita.


Di kesempatan pagi ini jom kita berbicara tentang cuci kereta. Mat kriss percaya hampir 30% pembaca blog ini pastinya gemar mencuci kereta sendiri kan....Mari lihat apa yang perlu kita ketahui  dan petua bagi menjaga bergetahnya kereta kita walau dah beli dekat 10 tahun pun..hihihi..


Ramai di kalangan pengguna yang agak ‘manja’ apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat. Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik.
Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum. Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna.
Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu :-
1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)
i. Cucian Luar
ii Cucian Enjin
iii Cucian Dalam
iv Cucian Tayar
v Membuang kesan tar
2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat
ii Rawatan cermin dan wiper
iii Rawatan rim
3. Mengilat dan manjaan (spa)
i Mengilatkan cat
ii Mengilatkan cermin
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
iv Mengilatkan bahagian kulit
v Mengilatkan rim dan tayar
Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.
1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)
i. Cucian Luar
a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.
b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat
c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.
d. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.
e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.
f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.
g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.
e. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.
ii Cucian Enjin
a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.
b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.
iii Cucian Dalam
a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)
b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.
c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.
iv Cucian Tayar
a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.
b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.
c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.
v. Membuang kesan tar
a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan ‘tar remover’ dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.
2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat (bagi kereta lama)
a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.
b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan ‘polishing’ dan ‘waxing’. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan ’2K’. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat ‘untuk cat lama’.
c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.
d. Biarkan seketika di bawah teduhan
e. Proses seterusnya adalah ‘waxing’ iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.
f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant
ii Rawatan cermin dan wiper
a. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.
b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.
c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.
iii Rawatan rim
a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.
3. Mengilat dan manjaan (spa)
i Mengilatkan cat
a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.
b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.
c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)
ii Mengilatkan cermin
a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman.
Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat ‘dashboard’ dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara apabila penyaman udara dipasang..
iv Mengilatkan bahagian kulit
a. Bahan kulit atau separuh kulit biasanya digunakan untuk kerusi kereta anda. Bahan kulit ini walaupun harganya mahal namun ia perlu dijaga kerana bahan kulit yang tidak dijaga akan hilang lembapan, menjadi kering, keras dan merekah. Ia tidak seperti kerusi kulit di rumah kerana ia terdedah dengan suhu yang panas dan kering.
b. Kilatkan menggunakan pengilat kulit selang dua minggu sekali.
v Mengilatkan rim dan tayar
Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.

Oklah..berjumpa lagi di lain arena post..terima kasih kerana sudi membaca. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan