Jumaat, 20 September 2013

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Rela dikasari asal suami tidak digari

Mohammad Faizal Che Yusof, 17 Sep 2013


Empat kelompok utama masyarakat telah dikenalpasti sebagai antara kumpulan yang terdedah kepada pelbagai diskriminasi dan pelbagai risiko persekitaran. Kelompok yang disebut sebagai “vulnerable group” tersebut termasuklah kaum wanita, warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Tanpa mengira kelompok kaum, latar belakang tempat, dan fahaman politik, kelompok masyarakat ini memerlukan suatu pendekatan khusus yang lebih fokus dalam perancangan dan perlaksanaan pembangunan. Mahu tidak mahu, setiap mereka yang terlibat langsung dengan pembuatan dasar atau perundangan, kefahaman kepada kelompok masyarakat ini mestilah dimiliki pada tahap yang paling asas agar setiap dasar atau perundangan tersebut sejajar dengan fitrah keadaan mereka.

Kebetulan kebelakangan ini, saya terlibat langsung dengan pelbagai dialog dan program yang berkait langsung dengan salah satu kelompok masyarakat tersebut iaitu kaum wanita. Perbincangan pada kali ini akan saya tumpukan kepada isu keganasan rumah tangga.

Dilema keganasan rumah tangga bukan isu di sini sahaja. Bahkan ia merupakan antara isu feminin di mana-mana. Ia tambah kompleks bilamana kaum wanita yang antara mangsa utama dalam keganasan rumah tangga tidak dapat berfungsi secara aktif dalam pembuatan dasar dan peraturan.

Mendepani isu inilah Islam sebenarnya telah punyai resolusi yang cukup sempurna sebagamana kandungan al-Quran dan Sunnah. Secara umumnya, perbincangan berkaitan keganasan rumah tangga lebih tertumpu kepada tindakan atau respon setelah kejadian keganasan berlaku.

Antaranya bagaimana seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga akibat tindakan suaminya keberatan untuk tampil menuntut keadilan. Selain malu seolah-olah mendedahkan pekung di dada, bimbangkan tindakan terhadap suami yang menderanya adalah antara permasalahan utama bagi mengekang kes-kes keganasan rumah tangga.

Bermacam andaian bermain dalam fikiran mangsa keganasan rumah tangga sebelum nekad menuntut keadilan bagi dirinya. Kadangkala sukar diterima akal biasa apabila mangsa bagaikan rela dirinya dikasari asal sipelaku atau suami tidak diapa-apakan apabila tindakan perundangan diambil.

Tidak cukup dilema dalaman, mangsa juga berhadapan dengan pelbagai situasi yang dirasai tidak menyebelahi mereka bila aduan dibuat untuk menuntut hak. Sama ada aduan kepada pihak berkuasa seperti polis atau bahagian aduan berkaitan rumah tangga, masih banyak prosedur yang sebenarnya bersifat menghalang untuk mangsa tampil secara sukarela.

Dalam hal inilah apa yang ditegaskan Islam iaitu pembentukan keluarga yang berasaskan kepada kasih sayang dan rahmat suatu kaedah penyelesaian yang lebih menyeluruh. Pembinaan keluarga yang berasaskan mawaddah dan rahmah adalah suatu pendekatan yang mencakupi aspek kerohanian dan jasmani.

Yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan dengan melancarkan Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan DKMK pada 16 Disember 2009 adalah usaha paling asas yang boleh dilakukan pemerintah bagi mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

Terbaru Seminar Dasar Keluarga Mawaddah yang dianjur khusus untuk kaum bapa telah berjaya menarik 700 orang penyertaan. Program yang diadakan 12 September lepas adalah amat perlu sebagai langkah mendidik kea arah mewujudkan rumah tangga harmoni sekaligus mengekang gejala keganasan rumah tangga dari berleluasa. (Gambar atas)

Tentulah lebih baik kita mencegah kes-kes keganasan rumah tangga daripada hanya menumpukan tindakan sebagai respon balas setelah keganasan berlaku. harus sentiasa diingat, keluarga adalah unit paling asas membentuk persekitaran masyarakat yang sejahtera.

Moga Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, YB Hajah Mumtaz Md Nawi terus mampu mengenengahkan Islam dalam pembentukan masyarakat sejahtera dan dapat menjadi ikutan terbaik. Dunia hari ini mencari-cari kaedah terbaik dalam membangunkan kelompok yang disebut vulnerable group untuk mampu berada di tengah-tengah masyarakat. – 11 Zulkaedah 1434H.

Helikopter tentera rejim Assad ditembak

http://ini-kalilah.blogspot.com, 19 Sep 2013
[GAMBAR] Helikopter Tentera Rejim Assad Ditembak [SAKSIKAN...]
Saluran berita Turki melaporkan bahawa:
Tentera Turki telah menembak jatuh sebuah helikopter yang telah memasuki sempadan Turki.
Helikopter berkenaan telah meletup dan terhempas di dalam sempadan Syria/Turki. Dua juruterbang telah sempat lari keluar daripada helikopter berkenaan.
Seorang daripada juruterbang berkenaan telah dibunuh oleh mujahideen FSA dan seorang lagi telah ditangkap. Menurut sumber laporan ini lagi, helikopter ini telah menyerang kawasan Latakia dengan menggunakan peluru berpandu yang telah menyebabkan 36 orang terbunuh, 7 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sementara itu telah berlaku banyak pertempuran di antara Mujahideen FSA dan Rejim Assad di pinggiran bandar Kota Damsyik termasuklah Qaboun, Joubar, Barzeh dan Daria.

Di Homs, rejim Assad telah berterusan menyerang Homs sejak 458 hari yang lepas.- Al Jazeera

Al-Hujurat: Manhaj pembentukan umat berakhlak (2)

Ustaz Mohd Azmir bin Maideen, 19 Sep 2013
Ayat 9: Memilih ‘Jalan Islah’ Ketika Berlaku Perselisihan

“Dan jika dua puak daripada kalangan kaum beriman berperang, maka perbaikkanlah di antara mereka; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Hujurat : ayat 9)

Dalam ayat ini Allah masih menghukum kedua-dua kelompok bertikai sebagai orang-orang yang beriman, sedangkan dalam penilaian akal manusia yang sering hanyut dengan sentimen perasaan dan selirat kebencian pasti akan berlaku tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, kafir-mengkafir, ejek-mengejek dan sebagainya.

Di dalam ayat kesembilan ini disebut hal berkaitan “bughah”, iaitu suatu hukum mengenai pemberontakan yang dilakukan terhadap pemerintahan yang adil dan sah. Menurut jumhur ulama, hanya penderhakaan yang menggunakan kekuatan fizikal sahaja boleh dianggap sebagai jenayah “bughah”. Manakala Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam “Fiqh Jihad”, ada tiga perkara utama yang layak dilabelkan dalam kategori jenayah “bughah”, iaitu :

1.Menentang pemerintah (yang meletak Allah dan Rasul-Nya sebagai sumber rujukan tertinggi).
2.Penentangan secara kekerasan atau bersenjata.
3.Berniat melakukan jenayah.

Perlulah diingatkan bahawa golongan pemberontak itu tidak boleh diserang kecuali mereka menyerang atau bersiap sedia dengan kelengkapan untuk menyerang. Di dalam Perang Siffin, Ali bin Abi Talib RA telah mengambil tindakan memerangi Muawiyah bin Abi Sufyan RA dan pasukan tenteranya. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
“Malangnya anak Sumayyah (Ammar bin Yasir), engkau dibunuh oleh kumpulan pemberontak.”
(Riwayat Muslim)

Ammar bin Yasir dibunuh ketika beliau bersama-sama tentera Ali bin Abi Talib RA. Pembunuh Ammar bin Yasir merupakan salah seorang daripada tentera yang menyertai pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan RA iaitu Abu al-Ghadiyah al-Juhani. Kedua-dua sahabat RasuliLlah SAW yang mulia ini (Ali dan Muawiyah) berperang disebabkan perselisihan ijtihad dan masing-masing mendakwa kebenaran bersama-sama mereka.

Ternyata berdasarkan hadis tadi Ali benar dalam ijtihadnya dan Muawiyah tersalah dalam ijtihadnya. Walau bagaimanapun, perselisihan ini tidaklah menyebabkan salah seorang daripada mereka menjadi kafir atau fasik. Peristiwa ini menyebabkan lahirnya mazhab-mazhab dalam kalangan umat Islam sebagaimana yang telah ditentukan Allah ekoran pembunuhan sahabat yang dikasihi Rasulullah SAW, iaitu Uthman ibn Affan RA.

Dalam konteks politik kontemporari pula, kehadiran pembangkang dalam sistem pemerintahan tidaklah termasuk dalam kategori hukum “bughah”. Hal ini kerana pembangkang dalam institusi politik memberikan maksud wujudnya pertalian kumpulan manusia yang bertindak bersama untuk menggerakkan keupayaan negara secara kolektif.

Allah memerintahkan agar kita bersikap adil dalam menyelesaikan masalah kerukunan masyarakat dengan mengutamakan jalan perdamaian sesama saudara. Jika terdapat khabar yang meragukan, carilah kebenaran dengan bertanya kedua-dua belah pihak. Jangan kerana kebencian kita terhadap satu kelompok itu, menyebabkan kelompok tersebut teraniaya.

Ayat 10: Orang Beriman Saling Bersaudara
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-Hujurat : ayat 10)

Jika dua kelompok orang beriman berperang (sama ada secara fizikal atau mental yakni dengan cara memaki hamun) akibat bercanggah fahaman dan ijtihad, berselisih aliran dan pemikiran, sedangkan daripada sisi faktor lain mereka bersatu secara faktualnya, iaitu masing-masing percaya bahawa Allah Maha Esa, percaya akan Rasul-Nya, percaya kebenaran Kitab-Nya dan kerukunan iman yang lain, maka potensi penyatuan (taqrib) hendaklah diusahakan.

Persaudaraan yang ampuh dan kukuh pernah memberikan impak kemenangan umat Islam pada tahun 1973 Masihi – peperangan antara Mesir dan Israel. Dr Toha Rayyan, Prof. Syariah Islamiyah di Universiti al Azhar menceritakan bahawa faktor utama kemenangan Mesir pada waktu itu ialah perpaduan umat Islam. Hal ini termasuk tindakan seluruh negara Arab (bukan sahaja Mesir) memboikot negara-negara Barat, menghentikan segala hubungan perdagangan dengan Barat termasuk industri petroleum.

Tetapi, itu semua sudah menjadi debu tebal sejarah. Hakikatnya, umat Islam pada waktu ini amat lemah sekali kerana perpecahan dalaman mahupun luaran sedangkan jumlah umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah sedikit. Menurut laporan kajian populasi masyarakat dunia, penduduk Islam dijangka akan bertambah dua kali ganda lebih pantas berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Dari sudut ekonomi pula, negara Islam merupakan negara pengeluar minyak terbesar. Negara-negara teluk, termasuk Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Iran dan Iraq mempunyai rizab minyak ratusan ribu bilion tong daripada keseluruhan rizab minyak dunia. Namun, mengapa sumber ini tidak menjadi senjata strategik untuk menundukkan kebiadaban rejim Zionis Antarabangsa?

Jawapannya disebabkan Islam yang menyatukan ummah tidak menjadi ideologi pemimpin Muslim di negara-negara yang berkenaan. Kekayaan tidak menjadi pemacu pembangunan kemandirian masyarakat Islam, sebaliknya menjadi punca tubuh umat Islam diratah rejim musuh dan proksi-proksi mereka. Mazhab dan aliran-aliran pemikiran pula tidak menjadi suatu manhaj yang menyatukan perjuangan dakwah Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi dogma pencelaan dan perlekehan antara satu sama lain.

“Iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.”
(Surah ar-Ruum : ayat 32)

Ayat 11 : Larangan Mempersenda, Mencela dan Memanggil Panggilan Yang Buruk
“Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; janganlah pula panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat : ayat 11)

Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah ‘lisan’ untuk berbicara dalam pelbagai bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang bermata dua, ia boleh mencegah kemungkaran di tengah komuniti masyarakat dan ia juga boleh memecah-belahkan kaum Muslimin menurut kehendak syaitan.

Di dalam ayat ke-11 surah al-Hujurat menyenaraikan beberapa bentuk kejahatan lisan, antaranya perbuatan merendah-rendahkan sesama saudara yang terbit atas dasar kesombongan dan keangkuhan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.”
(Riwayat Muslim)

Ibnu Asyur menafsirkan bahawa penghinaan dan perlecehan itu terangkum dalam perbuatan sama ada ia dilakukan dengan isyarat bibir, tangan atau kata-kata yang difahami sebagai ejekan atau ancaman. Sabda Rasulullah SAW:
“Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu merendah diri sehingga tiada yang besikap bongkak, seorang ke atas kamu dan tiada yang bersikap angkuh, seorang ke atas kamu.”
(Riwayat Ibnu Majah)

Ayat 12: Larangan Berburuk Sangka, Mengumpat dan Mengintip Kesalahan Orang Lain.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Surah al-Hujurat : ayat 12)

Ayat ini masih merupakan lanjutan kepada ayat yang lalu. Ibnu al-Munzir meriwayatkan daripada Ibnu Juraij bahawa, “Ayat ini diturunkan berkenaan peristiwa yang menimpa Salman al-Farisi. Suatu ketika Salman tidur lalu berdengkur, lantaran itu seseorang yang mengetahui perihal Salman itu menceritakan keadaan makan dan minumnya di khalayak orang ramai.” (As-Suyuti, “Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul”)

Buruknya dosa mengumpat sehingga ia digambarkan seolah-olah memakan daging saudara kita sendiri. Namun, ulama fekah membahaskan bahawa hukum mengumpat menjadi harus sekiranya terjadi alasan-alasan sedemikian;

1.Meminta fatwa, yakni seseorang bertanya tentang hukum dengan menyebut perihal seseorang. Sebagai contoh Hindun bertanya kepada Nabi SAW mengenai sikap Abu Sufyan yang kedekut. Lalu bolehkah isteri mengambil wang tanpa pengetahuan suaminya.
2.Menyebut keburukan seseorang yang memang tidak malu memperlihatkan keburukannya di depan khalayak. Seperti menyebut si fulan adalah pemabuk, kerana memang dia memang kaki botol di hadapan umum masyarakat.
3.Menyampaikan khabar keburukan seseorang terhadap pihak yang berkuasa dengan tujuan mencegah terjadinya kemungkaran.
4.Menyampaikan informasi mengenai seseorang kepada pihak yang berhak mengetahui perihal si fulan tersebut, seperti dalam konteks menerima lamaran.
5.Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali kecuali dengan menyebut aib atau kekurangannya. Contohnya, “Si fulan yang berkerusi roda itu.”

Manakala dalam masalah “tajassus” (mengintip), kebenaran yang formal dicari oleh kita tidak sewajarnya sampai ke tahap melampaui batas, para salaf melarang kita menyebarkan informasi dengan hanya cara hipotesis, menduga dan menyangka. Tidak sepatutnya kita mencari-cari kejelekan orang lain untuk dijadikan bahan penghinaan dengan cara menyelongkar perbuatan individu yang telah ditutup oleh Allah daripada pengetahuan kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya;
“Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia) ataupun mengorek perut mereka.”
(Riwayat Bukhari)

Ayat 13 : Nilai Takwa
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah al-Hujurat : ayat 13)

Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, taksub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan. Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai.

Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah menggambarkannya dalam sebuah ayat, maksud:

“Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.”
(Surah al-Mu`minun : ayat 101)

Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya;

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”
(Surah az-Zukhruf : ayat 67)

Sayyid Qutb menyatakan dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran”, Takwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua larangan-larangan Allah di dalam kehidupan.

Ayat 14 – 18 : Hakikat Keimanan
“Orang-orang Arab Badwi berkata; ‘Kami telah beriman’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kamu belum beriman’, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja; ‘Kami telah Islam’. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Hujurat : ayat 14)

Berkata Ibnu Abbas RA, ayat ini diturunkan berkenaan perbuatan Arab Badwi dari kabilah Bani Asad. Di peringkat awal mereka masuk Islam, mereka berkata, “Kami telah beriman.”

Mereka juga berkata kepada Rasulullah SAW, “Orang-orang Arab memerangimu (wahai Muhammad), sedangkan kami tidak memerangimu.” (Mukhtasar Ibnu Kathir)

Mereka berkata demikian kerana mengira bahawa keIslaman mereka merupakan jasa dan bakti yang besar di sisi Rasulullah s.a.w, dan seharusnya baginda terhutang budi terhadap perbuatan mereka. Lalu Allah menurunkan ayat ini bagi meluruskan hakikat sebenar martabat keimanan di sisi-Nya.

Firman Allah Taala maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
(Surah al-Hujurat : ayat 15)

Dalam ayat ke-15 di atas, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatu at-Tafasir” menyatakan bahawa ada tiga ciri utama umat beriman, iaitu;
1.Membenarkan Allah dan Rasul-Nya.
2.Tidak syak dan ragu.
3.Berjihad dengan harta dan diri.

Sementara itu Sayyid Qutb menerangkan hakikat iman melalui tafsiran ayat ini bahawa sebenarnya kitalah yang perlu bersyukur atas nikmat-nikmat iman yang dikurniakan oleh Allah, kerana Dia-lah yang melimpahkan hidayah kepada kita dengan menunjukkan jalan keimanan.

Firman Allah Taala maksudnya;
“Katakanlah (kepada orang-orang Arab Badwi itu wahai Muhammad); ‘Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata; ‘kami telah beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Hujurat : ayat 16)

“Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka); ‘Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
(Surah al-Hujurat : ayat 17)

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hujurat : ayat 18)

Surah ini ditutup dengan pernyataan bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang ghaib di langit dan di bumi, bererti Dia (Allah) mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati dan mengetahui hakikat perasaan. Pengetahuan Allah terhadap manusia tidak bersumber kata-kata yang dilontarkan oleh lidah mereka. Tetapi, dari perasaan yang terbit halus dalam kalbu mereka. Ini merupakan peringatan yang cukup jelas agar kaum Muslimin tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya sebagaimana pesanan pertama surah ini.

http://www.tarbawi.my/ 
 
Senjata paling canggih di dunia dimiliki oleh orang Islam
Posted on Friday, September 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .


Suatu ketika, sekumpulan mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira 200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.
 

Melihat keadaan yang sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah. Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi pasukan musuh.

Mungkin bagi kebanyakan orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang kalah. 

Tanpa disangka, dengan lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.

Akhirnya, kemenangan berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.

Inilah kekuatan doa, di mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah senjata yang amat canggih. Di tengah pesatnya perkembangan teknologi ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang beriman. Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik melalui doa.

Sejarah telah membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul. Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun. Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran. Semua itu boleh berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.

Buku: Adzakarul Jihad wad Du'a ' alal Kuffar ash Shahihah , karya Wa'il bin Ali as Saduqi

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com
 
 

Golongan Yang Dimakbulkan Doa Mereka

By |
  berdoa kepada allah,berdoalah kepada allah,berdoa dalam sujud,berdoalah kepadaku,berdoa ketika haid,berdoalah,berdoa untuk orang lain,berdoa ketika sujud,berdoa di jabal rahmah
1) Orang yang berada dalam kesusahan:-
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)
2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:-
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)
3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:-
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)
4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:-
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)
5) Orang dizalimi:-
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)
6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:-
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.

Top 4 Carian Keyword Pengguna :

  • hadis doa orang teraniaya
  • hadis doa orang teraniaya makbul
  • doa orang teraniaya hadis
  • hadith doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkan
 

Antara Hikmah & Pengajaran – 10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan Allah

February 13, 2013 — Penulis:

Sahabat yang dikasihi Allah S.W.T,
Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya dari langit.” (Hadis riwayat Hakim)
Seorang hamba yang merendahkan dirinya dan bersifat tawaduk akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.

Orang yang sombong dan merasakan dirinya serba cukup tidak mahu berdoa kepada Allah SWT dan dia hanya bergantung kepada hartanya, ilmunya, pangkatnya dan kekuasaannya yang dia miliki. Manusia seperti ini satu hari akan kecewa dan mengalami kegagalan kerana pergantungannya adalah suatu yang rapuh kerana menjauhkan dirinya daripada Allah SWT.
Terdapat 8 Kelebihan Berdoa kepada Allah SWT untuk dijadikan sebagai panduan kita semua. Antara 8 kelebihan tersebut ialah:
1) Doa merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.
2) Allah SWT amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.
3) Dengan berdoa ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin akan meningkat.
4) Dengan berdoa jiwa kita akan berasa tenteram, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih.
Firman Allah,
‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.’ (Surah ar-Ra’du ayat 28)
5) Dengan berdoa, Allah SWT akan menimbulkan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Doa itu adalah anak kunci kepada pintu Rahmat.” (Hadis riwaya Ad-Dailami)
6) Doa merupakan penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh ini amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
7) Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.
8) Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah.” (Hadis riwayat Muslim)
Namun begitu, walaupun doa mempunyai banyak kelebihan, apakah sebabnya doa-doa kita masih tidak dimakbulkan oleh Allah SWT dan apakah yang perlu kita perbaiki agar doa-doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT?

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan!

Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal, Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah doa-doa mereka langsung tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
doa dimakbulkan Allah
Beliau menjawab,
“Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah:
  • Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya)
  • Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.
  • Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.
  • Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.
  • Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.
  • Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.
  • Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.
  • Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT,beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.
Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.”
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita beramal dengan 10 amalan yang dinyatakan oleh Ahli Sufi Ibrahim Adham kerana kesemua perkara tersebut adalah ajaran Islam yang sepatutnya kita beramal dan melaksanakannya dalam kehidupan kita.
Jika kita istiqamah dengan Islam, melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan mematuhi sunah Rasulullah SAW dan menjaga hubungan kita sesama manusia maka yakinlah insya Allah doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Kredit gambar : (studio9_adkise sade)

5 Adab supaya doa dimakbulkan Allah

Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:
Pertama: Suci daripada hadas besar dan kecil;
Kedua: Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW;
Ketiga: Berdoa dengan ikhlas, suara perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat;
Keempat: Berdoa terus menerus sama ada ketika senang atau susah tanpa putus asa;
Kelima: Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
 
 
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.
Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Dalam hal ini ingin saya mengingatkan umat Islam bahawa terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi)


Tujuh Golongan Manusia Doa Mereka Mustajab di Sisi Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat 186)

Rasulullah SAW  menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT. Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Ketiga : Doa orang yang dianiaya.
Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.
Keenam : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Huraiannya :

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Kedua : Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

Keempat : Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
 Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Kelima : Doa seorang pemimpin yang adil.

Seorang pemimpin yang adil, mesra rakyat dan tidak membelakangkan kehendak dan suara rakyat adalah makbul di sisi Allah SWT. Pemimpin seperti ini akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat doa kesejahteraan daripada rakyat kerana keadilannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keenam : Doa seorang sahabat kepada sahabatnya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap reda Allah SWT. semata.
 Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Seorang anak yang soleh adalah anak yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kedua ibu bapanya semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Apabila kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dia sentiasa bersedekah, membuat amal kebajikan dan mendoakan untuk mereka. Doa anak yang soleh mustajab disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita terus berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga doa-doa kita ditunaikan dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekiranya kita termasuk salah satu daripada tujuh golongan yang dimakbulkan doa-doanya maka janganlah kita lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT.

Seorang mukimin yang banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT tidaklah sama dengan mukmin yang kurang berdoa. Kerana setiap doa yang kita panjatkan kehadrat Ilahi insya Allah akan ditunaikan-Nya samaada cepat atau lambat dan berdoa itu sendiri adalah ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Teruskan berdoa jangan mudah berputus asa.

AGAR DOA DIMAKBULKAN

Salam teman-teman,
Apa sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh ALlah. Cuba teliti artikel di bawah.
Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya." Rasulullah menjawab, "Hai Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang itu." (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu Kathin dalam tafsirnya).
Sudah lelah rasanya berdoa dan memunajat, namun mengapa Allah tidak pula memperkenankan. Permohonan dan permintaan tidak pula Dia kabulkan. Kadang kecewa dan putus asa bila demikian adanya. Bahkan timbul penilaian, Allah telah ingkar janji dengan perkataan-Nya sendiri. Padahal Dia telah menyatakan, "Ud'uunii astajiblakum", berdoalah kepada-Ku, niscaya Ku-kabulkan. Tapi mana buktinya!
Inilah ucapan orang-orang yang tidak pernah mempelajari Al-Qur'an dan Al Hadits. Mereka tidak mengerti bahwa berdoa itu tidak dikerjakan secara sembrono dan sembarangan, tetapi perlu adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Mereka menganggap berdoa itu pekerjaan yang sepele dan gampang. Sehingga mereka sering meremehkan dan akibatnya doa tak pernah terkabulkan. Kemudian timbul persangkaan buruk kepada Allah.
Jadi, apa yang menyebabkan doa tidak dikabulkan? banyak hal yang menyebabkan permohonan dan permintaan tidak dikabulkan? Banyak hal yang menyebabkan permohonan dan permintaan tidak diperkenankan Allah. Sudahkan kita menghindari perut kita dari makanan dan minuman yang diharamkan Allah? Bila masih tatap saja perut kita terisi dengan hal-hal yang haram, tentulah doa yang kita panjatkan tak pernah Allah kabulkan.
Sesuap makanan saja, akan mengakibatkan doa kita selama 40 hari tidak terkabul, apabila bila makanan haram yang masuk ke perut kita lebih dari sesuap bahkan berkali-kali sehingga tak terhitung lagi, sudah tentu sampai matipun kita berdoa, Allah tak akan mengabulkannya.
Untuk itu agar doa dikabulkan Allah, perlu pengetahuan dalam tata cara berdoa yang diberitakan Rasulullah. Bagaimana sunnahnya agar permohonan dan permintaan diperkenankan.
Langkah pertama, hindari perut dari kemasukan barang-barang haram. Jangan sampai sesuap pun makanan haram yang kita telan. Jangan setegukpun minuman haram yang kita minum. Selektiflah dalam memilih makanan, yang meragukan sebaiknya ditinggalkan. Pilih saja makanan atau minuman yang benar-benar halal dan baik. Allah berfirman, "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan, karena sesungguhnya syetan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (QS. al-Baqarah : 168)
Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kita kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Bila kita selalu taat kepada Allah dan dalam mengarungi kehidupan ini senantiasa berada dalam kebenaran, tentulah segala apa yang kita mohon, kita panjatkan, dan kita minta pastilah Allah akan mengabulkannya.
"Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepadaku maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka berikan kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS. al-Baqarah :186)
Langkah kedua, Karena doa ini pekerjaan yang agung dan sangat utama, sebagai inti ibadah, maka dalam pelaksanaannya harus khusyu'dan serius tidak dengan main-main. Usahakan dalam berdoa ini dengan penuh keyakinan, penuh harap dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, dengan keimanan, dan tahu akan hakikat yang diminta. Allah telah menyatakan,
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (QS. al-A'raf : 55)
Langkah ketiga, mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan. Walaupun berdoa ini bisa dilakukan sembarang waktu, namun ada waktu-waktu yang memang disunnahkan. Insya Allah pada waktu-waktu ini segala doa akan diperkenankan dan dikabulkan.
Ditengah malam yang sunyi dimana orang-orang terlelap dengan tidurnya, ditemani mimpi-mimpi, kita terjaga, berdiri, ruku', sujud, dan memunajat kepada-Nya dengan penuh kekhusyukan dan penuh harap, tentulah Allah akan mendengar dan memperkenankan ratapan, permintaan, dan permohonan kita.
Di akhir-akhir shalat fardhu, di waktu tahiyyat akhir (sebelum), adalah waktu-waktu yang sangat tepat untuk berdoa. Doa apa saja, yang mengarah pada kebaikan, tentu Allah akan mengabulkannya. Rasulullah SAW ditanya, "Pada waktu apa doa manusia lebih didengar Allah?" Lalu Rasulullah menjawab, "Pada tengah malam, pada akhir tiap shalat fardhu." (Mashabih Assunah).
Selain tengah malam dan akhir shalat fardhu, ada juga waktu-waktu yang dimakbulkan doanya sudah tidak diragukan lagi, dan ini pun merupakan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seperti di sepertiga malam sampai fajar, diantara adzan dan iqamat, di waktu sujud, di bulan Ramadhan, dan di malam lailatul qadar.
Langkah keempat, orang-orang tertentu yang dikabulkan doanya. Walaupun setiap orang yang berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh dan memenuhi persyaratan-persyaratannya akan dikabulkan, namun ada orang yang doanya dijamin diperkenankan Allah. Setiap ratapan doanya didengar dan dikabulkan. Segala permintaan dan permohonannya mesti diberikan tanpa terkecuali. Allah ridha kepada mereka dan begitu menaruh perhatian yang sangat. Allah istimewakan mereka, karena pengorbanan dan pengabdiannya yang tiada tara, akhlak yang mulia dan juga ketabahannya dalam menapaki kebenaran.
Allah istimewakan kedua orang tua yang mengasuh, mendidik, dan menafkahi anaknya dengan penuh kasih sayang. Mereka bimbing anaknya menuju jalan yang diridhai Allah, sampai usia anak dewasa. Orang tua seperti inilah yang segala permintaan dan permohonannya dikabulkan.
Musafir yang bepergian untuk maksud baik dan tujuan mulia, orang yang menolong orang lain yang dalam kesempitan, seorang muslim yang mendoakan teman-temannya yang tidak hadir, dan orang shalih, doanya akan diperkenankan dan dikabulkan Allah SWT. Seperti halnya orang tua yang mangasuh anaknya tadi.
Di samping orang-orang yang telah disebut di atas yang dikabulkan doanya, ada juga doa orang-orang yang diangkat Allah ke atas awan, dibukakan pintu langit, dan Allah tidak menolak doanya, yaitu orang yang berpuasa sampai dia berbuka, penguasa yang adil dan orang yang teraniaya.
"Ada tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: orang yang berpuasa sampai dia berbuka, seorang penguasa yang adil, dan doa orang yang teraniaya. Doa mereka diangkat Allah ke atas awan dan dibukakan baginya pintu langit dan Allah bertitah, 'Demi keperkasaan-Ku, Aku akan memenangkanmu (menolongmu) meskipun tidak segera." (HR. Attirmidzi)
Dari rangkaian ulasan tentang doa di atas, nyatalah bahwa berdoa itu tidak sembarangan dan main-main, tapi memerlukan syarat-syarat yang harus dipenuhi, sehingga janji-janji Allah yang akan mengabulkan doa-doa hamba-Nya akan menjadi kenyataan. namun harus diingat bahwa Allah dalam mengabulkan doa seseorang hamba, ada yang langsung terkabul di dunia, ada yang ditabung sampai di akhirat, dan ada pula diganti dengan mencegahnya dari bencana.
"Tiada seorang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal, yaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa." (HR. Atthabrani).
Sumber : Nota dalam laptop.
BAGAIMANA HUKUM BERCAMPUR GAUL DAN DEDAH AURAT
 
 Vikingdom meningkatkan mutu filem negara?
Posted on Friday, September 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



ADA peningkatan. Itu adalah reaksi awal saya selepas menonton Vikingdom. Filem terbitan KRU Studios itu memperlihatkan banyak peningkatan antaranya daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) berbanding filem terbitan mereka sebelum ini seperti Hikayat Merong Mahawangsa.

Sebagai tunjang utama Vikingdom, Yusry Abdul Halim selaku pengarahnya boleh dikatakan berjaya dalam menerajui penggunaan CGI dalam filem itu dengan kesan-kesan penghasilannya yang lebih kemas serta mampu menyakinkan penghayatan para penonton.
Tidak seperti dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang dikatakan kurang kemas penghasilan CGInya, malah ada di antara adegan yang dipaparkan juga seperti dalam permainan video sahaja. Namun, itu cerita beberapa tahun yang lalu dan kini KRU Studio telah banyak belajar daripada kekurangan tersebut.
Vikingdom yang dihasilkan dengan kos mencecah RM20 juta itu contohnya, berjaya memaparkan visual ribuan tentera di medan pertempuran, selain adegan-adegan pertarungan yang membabitkan imej-imej besar seperti binatang buas yang 'dihidupkan' dengan menggunakan teknik-teknik tersebut.
Begitu juga dengan paparan suasana latar tempat bersalji, bergunung-ganang dan latar prob yang mewarnai era tahun 793 Masihi berjaya dicerna dengan baik bagi menggambarkan jalan cerita filem ini. Dengan Dana CGI RM2 daripada kerajaan, KRU Studio berjaya memanfaatkan teknologi itu dalam Vikingdom.
Tanpa bantuan CGI agak sukar untuk menghasilkan adegan-adegan seperti itu, malah jika boleh pun kosnya memang sangat mahal. Tidak mustahil Yusry mampu melakukan pendekatan yang sama tetapi jauh lebih baik jika diberi peluang dan juga dengan bajet yang mencukupi pada masa depan.
Selain teknik-teknik kesan khas yang mewarnai visual Vikingdom, filem ini turut dihidupkan lagi dengan audio yang melatari bunyi adegan-adegan di sepanjang perjalanan filem itu. Edry Abdul Halim selaku tonggak utama dalam hal-ehwal muzik latar serta penggubah lagu termasuklah untuk skor filem ini juga harus diberi pujian.
Pada tahap ini, sentuhan Edry boleh dilabelkan sebagai bertaraf antarabangsa. Dengan gaya muzik yang dihasilkannya ia bukan sahaja secocok dengan semua adegan yang dipaparkan. Malah, sentuhan untuk halwa telinga filem ini yang berteraskan muzik moden yang kental dengan kesan-kesan khas berjaya menaikkan penghayatan para penonton.
Banyak adegan pertarungan yang kemudiannya diperlahankan pergerakkannya dalam konsep komik bergrafik lalu dipadankan dengan alunan muzik yang segar, keras dan penuh semangat pop kental di sebaliknya. Lantaran itu, Edry berjaya mencetuskan suatu rasa penghayatan yang menjurus ke arah adegan-adegan seperti itu.
Tidak mustahil, lagu-lagu latar yang dipersembahkan dalam filem ini boleh diperpanjangkan dan mampu berdiri atas kapasitinya sendiri di luar filem tersebut.
Kekuatan melodi dan rasa penghayatan yang kuat banyak melingkari lagu-lagu dalam Vikingdom. Tahniah buah KRU Studio kerana filem ini tetap membanggakan dan menarik untuk ditonton oleh segenap lapisan usia.
Apatah lagi, Vikingdom menjadi filem cereka tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam di Amerika Syarikat (AS) mulai 4 Oktober ini dan diedarkan juga di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark serta Brazil.
Namun, di sebalik keberkesanan semua bahan-bahan kosmetik luaran filem itu, pengupasan daripada segi intipati dalam filem ini pula jangan dipandang enteng. Pengisian daripada segi dialog-dialog yang sepatutnya mampu menerbitkan benih-benih yang tersirat di sebalik jalan cerita filem ini pula dilihat agak lemah.
Cuma yang jelasnya Vikingdom secara terus mengangkat mitos bercampur sedikit sejarah bangsa Viking yang berevolusi di daerah Scandinavia khususnya di Sweden sebelum era pemodenan ribuan tahun yang lalu.
Pada masa sama, watak mitos seperti Thor yang juga sudah banyak kali dikisahkan dalam komik dan filem sekali lagi diangkat dalam karya ini.
Apa pun Yusry cuba menterjemahkan watak Thor atau lebih dikenali sebagai dewa petir menurut kepercayaan orang Viking dalam ideologinya yang tersendiri. Kalau sebelum ini Thor digambarkan sebagai hero, sebaliknya menerusi Vikingdom Thor digambarkan sebagai watak yang antagonis.
Ditambah dengan kesemua pelakon luar negara terutama dari Barat yang membintangi Vikingdom, filem ini bukan sahaja mengangkat karya asing, tetapi pasarannya juga menjurus ke arah pasaran yang lebih global.
Sebagai filem yang sedikit sebanyak mendapat bantuan dana daripada kerajaan, KRU Studio pada masa depan seharusnya lebih peka dan mengutamakan naskhah-naskhah yang boleh mengaitkan dengan 'rasa kebanggaan' rakyat negara ini terhadap karya-karya yang mereka hasilkan.
Misalnya, banyak cerita-cerita tempatan atau watak-watak adisatria Melayu seperti Badang yang menjadi gagah perkasa kerana memakan muntah hantu air boleh diperkenalkan di peringkat antarabangsa menerusi filem.
Sayangnya, Presiden Bersekutu KRU Studio, Norman Abdul Halim mempunyai pendekatannya sendiri apabila saya menyuara cadangan tentang isu itu.
"Jangan risau, suatu masa nanti kami akan cuba ketengahkan watak-watak superhero Melayu seperti Badang yang anda cadangkan itu dalam filem kami. Cuma untuk filem ini selepas penelitian dibuat daripada para pengedar filem di luar negara, ramai yang tertarik dan mahu filem seperti Vikingdom," komennya.
Sebenarnya di sinilah cabaran sebenar tiga beradik itu yang menjadi tulang belakang KRU Studio. Ironinya untuk mengetengahkan seseuatu karya yang sudah dikenali ramai seperti cerita-cerita bangsa Viking atau karekter Thor ia suatu kerja yang boleh dikatakan agak mudah.
Namun, untuk mempopularkan sesuatu yang belum dikenali dunia seperti watak Badang, maka itulah cabaran mereka yang sebenarnya.

ABD. AZIZ ITARSumber: link
 Menjerat Kedah dalam isu air
Posted on Friday, September 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

SEWAKTU di bawah Pakatan Rakyat, kerajaan Negeri Kedah berusaha keras menyelamatkan hak-hak negeri berhubung air, dari menjadi mangsa 'penjajahan' oleh kerajaan Persekutuan. Kini apabila Kedah bertukar teraju kepimpinan kerajaan negeri, dengan mudah pula hak tersebut diserahkan kepada Pusat di samping negeri terpaksa menanggung beban tanggungan tertentu.

Akibat yang tidak dapat dielakkan dan hampir pasti akan berlaku ialah kenaikan tarif air untuk rakyat!

Sepanjang 50 tahun BN mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air.

Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan Pakatan mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

Hal ini berlaku kerana pihak kerajaan negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka.

Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

hutang tidak berbayar

Pusat sedar akan kelemahan negeri-negeri untuk menjelaskan hutang berhubung pinjaman berkaitan air lantas menggunakan taktik 'penjajahan' melalui pindaan akta Persekutuan. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai entiti pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh negara.

Melaluinya juga diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAAB) sebagai sebuah entiti milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan aset  bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dan lain-lain). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

Semasa Ustaz Azizan memimpin kerajaan, beliau cuba mempastikan supaya status pinjaman terhadap semua yang berkaitan dengan perkhidmatan air dikaji semula. Projek perkhidmatan air untuk kawasan luar bandar, sepatutnya berstatus geran Pusat bukan pinjaman. Misalnya pembinaan loji pembersih di Padang Sanai (RM155 juta), Lubuk Buntar (RM65 juta), Empangan Ahning (RM48 juta) sepatutnya mendapat peruntukan geran. Semua perkhidmatan luarbandar di Kedah bernilai RM1.3 bilion.

'Cerdiknya' kerajaan BN Kedah selepas mengambilalih pentadbiran adalah menghentikan perbincangan dan mengiktiraf kesemuanya sebagai pinjaman. Apakah negeri mampu membayar balik pinjaman yang besar itu?

Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bila mana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya.

migrasi aset air

Pinjaman kerajaan Pusat yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini akan dipindahkan kepada PAAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber tersebut. Semua aset yang dibina/diambil alih oleh dana PAAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

Kini kerajaan negeri dalam proses untuk menandatangai migrasi aset air negeri kepada PAAB. PAAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Negeri akan jadi 'hamba hutang' PAAB.

Dilaporkan selepas ini kerajaan negeri, melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membayar kepada PAAB sebanyak RM65 juta setahun, di samping bayaran pajakan RM5 juta setahun; menjadikan jumlah RM70 juta selama 45 tahun!

Kerajaan BN negeri bukan ada kekuatan untuk membayar hutang. Untuk membayar hutang kampus induk KUIN pun mereka terkial-kial mencari helah (bukan mencari sumber), sehingga terpaksa memburukkan kerajaan lalu. Pilihan terbaik untuk Mukhriz dan kerajaan BN Kedah adalah menaikkan tarif air.

Percayalah, kenaikan tersebut tak dapat dielakkan lagi!

Zulkifli Yahaya,
HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan