Jumaat, 20 September 2013

DARI BLOG KELAB GREENBOC

[VIDEO] Mike Tyson Peluk Islam Sewaktu Berada Di Penjara

Pada tahun 80-an, tidak ada yang tidak mengenal siapa Mike Tyson. Beliau merupakan juara dunia tinju kelas Heavyweight. Ia sanggup melumpuhkan lawannya di dalam gelanggang tinju hanya dengan satu kali pukulan dalam satu pusingan saja.

Beliau menerima julukan sebagai "Iron Mike, "Baddest Man On Earth" dan “Leher Beton” (merujuk pada lingkaran leher Tyson pada masa jayanya yang lebih besar dari ukuran normal, dan tampak begitu kokoh). Beliau kini seorang Muslim dengan nama Malik Abdul Aziz.

Tyson menjadi juara dunia tinju kelas Heavyweight termuda di usia 20 pada 1986 dengan mengalahkan Trevor Berbick di perebutan gelaran juara dunia kelas Heavyweight WBC. Setahun kemudian, merebut gelaran juara dunia kelas yang sama WBA dan IBF. Pada 1992, kerjaya Tyson mulai terpengaruh kehidupannya di luar gelanggang tinju. Ketika itu Tyson terpaksa hidup di sebalik jeriji besi selama tiga tahun kerana tuduhan pemerkosaan. Setelah dikalahkan Evander Holyfield pada November 1996, kehebatan Tyson di gelanggang tinju tinggal sejarah.

Setelah itu Tyson terpaksa melalui masa sulit termasuk jatuh bangkrap dan hanya beberapa kali melakukan pertarungan sekadar untuk mencari nafkah. Tyson mengungkapkan mengapa kerjaya tinjunya jatuh merudum.

“Ketika itu saya seorang yang berperangai buruk, dan seorang yang menghadapi masalah mental. Saya fikir saya juara dunia. Tidak akan ada petinju yang menelan obat-obatan lebih banyak daripada saya. Bahkan saya tidak menyangka boleh hidup lebih dari 30 tahun. Saya beruntung masih hidup. Tinju telah membuat saya gila,” jelasnya kepada sebuah media Jerman, Speigel.

Tyson memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara rasmi, tahun 1995, selepas dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan hijrah memeluk agama Islam yang telah dipelajarinya selama di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz

Tyson kini tinggal di Las Vegas dengan isteri ketiganya, Lakiha, dan dua putera-puteri, Morocco serta Milan. Tyson mengaku senang dengan kehidupan yang dijalaninya ketika ini.

“Saya hanya ingin menjadi ayah yang baik. Saya ingin anak-anak memandang saya seorang ayah yang baik. Saya tidak minum alkohol, tidak merokok, tidak minum obat-obatan. Saya juga seorang vegetarian, tidak makan daging dan telur.”

Pengalaman Spiritual di Kota Nabi

Inilah pengalaman spiritual mantan juara dunia tinju kelas Heavyweight Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumaat, 2 Juli 2010.

Selama di Madinah, ia bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam, yang menjelaskan kepadanya tentang kemudahan apa saja yang diberikan universiti kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.

Kunjungannya ke Arab Saudi diatur oleh Asosiasi Da’wah Kanada (CDA),CDA merupakan lembaga da’wah yang banyak membiayai selebriti Muslim baru untuk berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan rukun islam.

Perjalanan Tyson tersebut diatur oleh Canadian Dawa Association (CDA), iaitu Pertubuhan Da’wah di Kanada yang biasa mengatur perjalanan para muallaf selebriti mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi. Shazad Muhammad, Presiden CDA, ikut serta menyambut kedatangan Tyson di Bandar Antarabangsa Raja Muhammad, Madinah.

Tyson mengaku memperolehi pengalaman spiritual luar biasa selama menjalani ibadah Umrah di Arab Saudi. “Saya senang punya peminat yang mencintai saya di Arab Saudi. Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya tidak mampu menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahwa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson tatkala mengunjungi Masjid Nabawi.

Dari Madinah, Tyson melanjutkan perjalanan ke Mekkah melaksanakan umrah. Selesai melakukan umrah di Mekkah, mantan juara tinju dunia ini mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.

 






[WASPADA] Aplikasi Novel Lucah Versi BM Berleluasa Di Telefon Pintar


.Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.

Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.

Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya. -SH 

Zahid Perlu Jelaskan Kenapa 13 Peserta ‘Ops Bubar’ Dipakaikan T-Shirt Merah?

[Gambar kanan - Haji Sa'ari paling kanan bersama keluarga Faiz Arshad, disebelah kiri Haji Sa'ari adalah Mariyam, isteri Faiz yag sedang menunggu kelahiran cahayamata mereka]

Ahli keluarga 13 orang peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu, memohon seluruh rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa, agar rayuan yang dikemukakan di mahkamah Taiping diperkenankan Allah.

Menurut Bendahari Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Teluk Pasu, Haji Sa’ari bin Mohd Amin, pihak peguam akan mengemukakan rayuan pada hari Khamis 19 September, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping.

“Mahkamah menetapkan (hari) Khamis ini 19/9/13 jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mendengar rayuan, saya mohon sahabat-sahabat seperjuagan dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi agar dapat mengadaka solat hajat dan berdoa,

“agar rayuan tertuduh 13 orang itu diterima dan InsyaAllah (mereka) di bebaskan,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau dan ahli keluarganya yang menziarahi menantunya, Faiz Arshad di penjara Tapah kelmarin berkata, semua 13 orang yang ditahan dipejara itu dalam keadaan sihat .

Namun begitu, beliau mempersoalkan, mengapa 13 peserta ‘Ops Bubar’ itu diberikan pakaian baju T berwarna merah, sedangkan kesalahan mereka bukan jenayah berat.

“lima orang ahli keluarga (bagi seorang tahanan) dibenarkan masuk melihat dan berkomunikasi………….saya dan lima orang termasuk isteri Faiz, Mariyam masuk ke lokap,

“mengapa T-Shirt yang dipakaikan kepada 13 orang termasuk Faiz adalah warna merah……… warna merah menandakan pesalah jenayah paling berat dan hanya boleh melawat sebulan sekali sahaja,” ujarnya.

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan perkara tersebut kerana katanya, bagi kesalahan orang yang membunuh pun, kaum keluarga mereka boleh melawat dua kali sebulan.


“persoalannya adakah rakyat mengadakan demontrasi itu lebih berat kesalahan mereka daripada membunuh orang? Itulah penjara didunia ini hanya untuk rakyat menegak keadilan dan,

“syurga di Malaysia ini (adalah) untuk membebaskan pemimpin yang zalim dan rasuah yang bermaharaja menindas golongan rakyat yang lemah,” tegas Haji Sa’ari. -BO

Mana Lesap RM52 bilion Saham Bumiputera?


Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.

“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.

“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,”
kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.

Antara lain, Najib mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta, serta memperkenal Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb).

“Sudah tentu mengangkat martabat Bumiputera cabaran besar buat Malaysia, namun PM dan Timbalannya perlu menjawab mengapa Bumiputera kekal lemah di bawah Umno yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu,” tegas Nik Nazmi.

“Najib juga harus menjelaskan mengapa jurang sosioekonomi masyarakat semakin melebar,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau mendesak Najib tidak menyalahkan Bumiputera ekoran kegagalan golongan itu mencapai ekuiti 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB).

Katanya, ini kerana Umno seringkali mendakwa hanya parti itu layak memerintah Malaysia, manakala bagi yang menolak dianggap pengkhianat.

“Hakikatnya, Umno bertanggungjawab atas kelemahan Bumiputera. Rakyat sering menjadi mangsa kegagalan dasar Umno BN kerana parti itu mementingkan retorik.

“Pendekatan mereka hanya membelanjakan wang untuk semua masalah dengan harapan masalah itu kononnya selesai,” katanya.

Menurutnya, pengumuman Najib pada 14 September lalu sekadar menunjukkan kelemahan Bumiputera yang dimanipulasi Presiden Umno itu sebagai kempen menjelang pemilihan Umno Oktober ini. -KD


[VIDEO] 'PRU Kotor, Takkan Salah Anwar?' - Sallehuddin Ayub


Tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Datuk Seri Anwar semata-mata dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana "mensabotaj" usaha Bersih 2.0 ke arah itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam dalam laman blognya mendakwa Anwar telah mengagalkan usaha Bersih 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini.

RPK juga menyebut Bersih 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga menyifatkan dakwaan RPK itu sebagai tidak berasas kerana usaha menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak mungkin berhasil tanpa campur tangan parti politik.

"Mana mungkin perjuangan untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih ini tanpa pengaruh dan penglibatan parti politik.

"Sukar bagi saya wujud sempadan itu (Bersih 2.0 bebas pengaruh politik).

"...yang penting kita mempunyai objektif dan matlamat sama iaitu kita mahu SPR sediakan padang permainan sama rata termasuk pilihan raya yang adil dan bersih," katanya. -SH






Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13


Ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat kiraan undi awal sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13, kata saksi ketiga Tribunal Rakyat PRU-13.

Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka berkata, ia berlaku 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang.

Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina.

Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap.

“IPD itu memang menjadi tempat simpanan peti undi. Semua kotak undi dikumpulkan dalam lokap.

“Semasa tiba di lokap, saya lihat tujuh atau lapan orang memakai baju SPR mengelilingi timbunan kertas undi itu, menunjukkan mereka sedang buat kiraan.

“Hanya nampak kertas undi tetapi kotak peti tiada. Saya percaya ia dari Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di IPD Masjid Tanah.

Beliau ada memohon kepada polis untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

“Polis tidak boleh beri jawapan tepat. Mereka cuma kata segala keputusan terhadap salah laku itu diserahkan kepada atasan,” katanya.

Tribunal antara 18 hingga 22 September di Hotel Empire di sini ditubuhkan berikutan desakan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan penipuan PRU 13.

Ia mengkaji, menyiasat dan menilai rungutan mengenai insiden menjelang PRU 13 atau di sekitar pilihan raya termasuk proses pengundian.

Lima individu ternama yang berkelayakan dipilih untuk menyertai tribunal termasuk dua daripadanya dari luar negara.

Mereka ialah bekas wakil khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Ghai dan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Prof Ramlan Surbakti.

Wakil Malaysia ialah Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi, Datuk Azzat Kamaludin; bekas Profesor Madya Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev Dr Hermen Shastri.
-selangorku

Perbalahan Ulama-Profesional Hanya Rekaan Hasan Ali

PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.

Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti.

Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.

“Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan.

“Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya.

Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu.

“Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS,” katanya.

Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan.

Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu sama sekali ditolak.

“Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno,” tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama.

Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini.

Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam. -FMT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan