Ahad, 29 September 2013

BERUNTUNG KERANA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH

Kempen pilihan raya Austria tidak ghairah

Lan Jusoh, 27 Sep 2013
VIENNA: Tidak sebagaimana negeri-negeri di Asia, pilihanraya parlimen Austria langsung tidak memperlihatkan perang poster yang ketara.

Apa yang kelihatan hanya sekadar poster ringkas yang dipasang di tepi-tepi jalan pada sekeping papan. Pilihan raya parlimen akan diadakan pada 30 September ini.

Dewan Perundangan Austria mempunyai dua dewan, di mana Majlis Kebangsaan (Nationalrat) dianggotai 183 ahli yang dipilih secara langsung lima

tahun sekali.

Manakala Majlis Persekutuan (Bundesrat) pula mempunyai 62 ahli dipilih  badan perundangan wilayah. Terdapat sembilan wilayah di Austria.

Setiap negeri memilih sekurang-kurangnya tiga wakil ke Bundestrat.

Pilihan raya parlimen lepas diadakan pada 28 September 2008 menyaksikan lima parti merebut peluang di Majlis Kebangsaan.

Pada pilihan raya itu Parti Demokratik Sosial Austria (SPO) memenangi 57 kerusi, Parti Rakyat Austria (51 kerusi), Parti Kebebasan Austria (34), Perikatan Untuk Masa Depan Austria (21) dan Parti Hijau (Die Grünen) pula menang 20 kerusi.

Sebanyak 29 peratus wakil-wakil rakyat yang menang ialah wanita. Ekoran kemenangan SPO, pemimpin utamanya Werner Faymann mengangkat sumpah sebagai Canselor Austria.

Pelantikan Canselor dibuat Presiden Austria, Heinz Fischer.

Presiden pula dipilih undi majoriti mutlak melalui sistem dua pusingan, berkhidmat untuk tempoh enam tahun. Pilihan raya presiden dijangka diadakan pada April 2016.

Berdasar kepada bancian pada Julai 2013, bilangan penduduk Austria lebih  8.2 juta orang.

Sistem pilihan raya di Austria menggunakan kaedah perwakilan bernisbah di mana parti perlu menang sekurang-kurangnya satu kerusi melayakkan diri ke kerusi di peringkat negeri dan kebangsaan.

Selain itu, mana-mana calon yang menerima sekurang-kurangnya satu per enam undi parti itu secara automatik diberikan tempat duduk di parlimen.

Biar pun pilihan raya akan berlangsung Ahad ini namun kehangatan kempen tidak kelihatan kecuali poster ala kadar yang dipasang di tepi-tepi jalan.

Kelainan kempen juga dapat dilihat apabila juru kempen parti-parti yang bertanding kini sibuk menyebarkan risalah kempen masing-masing.

Petugas terbabit berpakaian warna parti masing-masing menemui orang ramai di tempat-tempat awam bagi menyebarkan risalah dan manifesto parti.

“Jauh berbeza dengan cara kempen di negara kita apabila poster memenuhi segenap ruang. Di sini tidak memperlihatkan suasana kempen secara agresif,” kata bekas pegawai kanan kerajaan yang kebetulan berkunjung ke sini.

Mengapa Mukhriz tidak pilih ketua pemuda?

Subky Latif, 27 Sep 2013
Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Nnaib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergeerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?

Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.

Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.

Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?

Bagi kedua anak beranak tersohor itu, Mukhriz dan bapanya, orang yang paling dicemburuinya adalah Khairy sejak dia belum menjadi Ketua Pemuda lagi. Famili itulah yang mencipta jolokan budak di tingkat empat yang ditujukan kepada Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah dulu lagi. Malah tidak suka itu mungkin melebihi pada bapa mertua Khairy sendiri.

Jika boleh mereka mahu ketepikan Khairy dulu dari bapa mertuanya, sebab mereka percaya Khairy lebih sudu dari senduk dalam perang dingin antara bapa Mukhriz dengan mertua Khairy.

Maka dengan tidak mencabar Khairy kali ini, Mukhriz dan bapanya membiarkan Khairy terus berada dalam salur galur hiraki pimpinan Umno. Pandangan jauh mereka Khairy boleh menghalang peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Jika Khairy tidak dipinggirkan, maka itu adalah satu percaturan politik yang silap.

Menyekat Khairy dalam mood semua tidak senangkan bapa mertuanya adalah lebih senang sebelum dia bertapak dalam kuasa Umno.

Usaha menyekat Khairy itu gagal. Mukhriz tidak dapat menggantikan jawatan anak seorang bekas Perdana Menteri lagi apabila jawatan itu dikosongkannya. Khairy yang mengisinya.

Khairy sudah dikira bertapak kuat dalam Pemuda Umno sekalipun dia dipeti sejukkan sekitar empat tahun oleh pentadbiran pro Mahathir. Dengan dia jadi menteri belia dan sukan empat bulan lalu, dia dilihak lebih berwibawa dari  menteri yang digantikannya.

Maka dengan keadaan yang terbaru itu adalah payah bagi Mukhriz untuk mengambil alih tempat Khairy itu. Kira Mukhriz hendak menebus kekalahan dulu, eloklah dilupakan. Gerenti Mukhriz akan dikalahkan.

Dengan menyedari peluang itu tipis dan jawatan itu pula rendah dibandingkan dengan Naib Presiden, maka risiko memilih jawatan Naib Presiden itu tidaklah setinggi mencabar Khairy. Mukhriz nescaya lingkup jika berdepan dengan Khairy.

Bukan semua penyandang Naib itu boleh dikecundangkan. Mungkin ada ruang bagi Mukhriz mencelah. Jika sentimen kelab Menteri Besar seperti yang pernah berperanan sejak 40 tahun dihidupkan lagi, peluang itu ada buat Mukhriz.

Sejak zaman Dato Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor awal 70-an dan dilanjutkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, kelab Menteri Besar itu mahu ada di kalangan Naib Presiden itu dari Menteri Besar, tidak kira Menteri Besar mana negeri, maka kesempatan menjadi Menteri Besar Kedah adalah menjadi peluang baik buat Mukriz.

Dan kalau percubaan Mukhriz itu gagal, ia tidak terasa sangat, kerana yang kalah bukan dia saja. Ada dua lagi yang kalah bersamanya. Tapi kalau kalah di tangan Khiary, terasa sangat.

Lebuh raya rakyat, bukti PAS parti pilihan

Mohammad Faizal Che Yusof, 27 Sep 2013
Sehingga kini projek pembinaan lebuh raya rakyat Kelantan terus menjadi sendaan kepada kebanyakan penyokong dan pendokong Umno. Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai yang diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk diusahakan sendiri oleh kerajaan Kelantan bukanlah suatu mimpi. Bahkan ia suatu projek yang “viable” dan telah melalui kajian “ficibility”.

Sebagaimana yang difahamkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Haji Husam Musa, ilham Tuan Guru tersebut dicetuskan kepada beliau sebanyak tiga kali setelah Tuan Guru meyakini bahawa Umno yang menerajui kerajaan pusat terus bersikap mendiskriminasikan Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi bila mana kepimpinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob terus dengan pendirian membina lebuh raya rakyat.

Berdasarkan penerangan Datuk Haji Husam Musa, boleh kita fahami bahawa prinsip asas kepada pembinaan lebuh raya rakyat ialah satu amalan perkongsian pintar antara pihak swasta dan kerajaan negeri. Dalam projek tersebut, kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK bertindak sebagai pemudahcara.

Sebuah syarikat pembinaan lebuh raya yang berpengkalan di Korea telah bersetuju membina lebuh raya rakyat dengan kos RM1.8 bilion. Sebagai balasan kepada kesediaan syarikat gergasi ketiga korea tersebut, menurut perancangan awal kerajaan Kelantan hanya menyediakan suatu kawasan yang bernilai RM2.5 bilion yang mana diberi hak untuk diusahakan kepada syarikat Korea yang terlibat.

Uniknya pembinaan lebuh raya rakyat, tiada keperluan untuk kerajaan Kelantan membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat pelaksana sebagaimana amalan yang menjadi kebiasaan. Di sinilah keterampilan ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam memastikan setiap sen harta rakyat yang diamanahkan ditadbir dan diuruskan sehabis baik.

Antara propaganda yang terus dimainkan oleh media-media anti PAS termasuklah betapa projek tersebut tidak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan tidak diketahui parti. Dalam program penerangan di Kota Bharu yang diadakan semalam, khamis 26 September, YB Datuk Paduka Haji Husam Musa memperincikan bahawa seawal Julai 2011, projek pembinaan lebuh raya rakyat telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan turut dibincangkan dalam Lajnah Politik serta Dewan Harian PAS.

Justeru, sebagai penyokong dan pendokong PAS, setiap dari kita bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sehabis tepat kepada rakyat yang sentiasa dimomokkan dengan pelbagai fakta yang mengelirukan oleh media-media yang dikuasai Umno. Harus kita insaf, masih ramai dalam kalangan orang Melayu yang terus meletakkan sikap terlebih waspada kepada keupayaan PAS meneraju kerajaan apabila diberi hak memerintah Putrajaya.

Jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri ditadbir PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai contoh yang sentiasa boleh dirujuk untuk rakyat memahami situasi sebenar. Usaha untuk memenangi hati rakyat bukan hanya pada musim pilihan raya.

Sebagai umat yang dipandu wahyu dan sunnah Rasul Allah SAW, setiap saat kita diberi pilihan untuk sama ada berbuat kebajikan dan beramal soleh atau membiarkan sahaja masa berlalu dengan kerugian. Ayuh, terus berjihad dengan setiap keupayaan demi memenangkan Islam di bumi bertuah ini. – 21 Zulkaedah 1434H.

Kenalkah engkau perempuan ini?

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 27 Sep 2013
Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah SWT mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah – surah ini mengandungi 22 ayat : "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."-  Surah al-Mujadalah : ayat 1)

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal.

Senyum. Salam Jumaat.

Wahai Jabatan Perikanan & APMM...

SM Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyiasat kegiatan bot ikan bilis dan bot pukat tunda yang mengancam sumber perikanan di perairan Langkawi ketika ini.

Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menyebabkan berbagai jenis hidupan laut terutama ikan dan udang semakin berkurangan malah lebih 2,000 nelayan pantai di sekitar pulau berkenaan turut terjejas hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.

Setiap hari bot ikan bilis yang berpengkalan di Bukit Malut dan bot pukat tunda yang berpengkalan di Kuala Kedah menjalankan aktiviti mereka dan menceroboh kawasan tangakapan nelayan pantai (Zon A) antara 1 batu nautika hingga 2 batu nautika dari pantai. Akibat dari kegiatan itu berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar ditangkap oleh nelayan bot ikan bilis dan bot pukat tunda menyebabkan sebahagian besar hasil laut dikaut secara rakus oleh bot-bot berkenaan.

Nelayan bot ikan bilis tidak lagi menangkap ikan bilis sebaliknya menangkap berbagai jenis ikan bersaiz kecil dan besar dengan menggunakan alat pengesan ikan (Sonar) ketika beroperasi.

Tindakan itu bukan saja bercanggah dengan permit yang diberikan oleh Jabatan Perikanan tetapi juga membunuh benih-benih ikan di perairan Pulau Langkawi di sini. Hasil tangkapan oleh nelayan bot ikan bilis dijual di laut bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

CAP meminta Jabatan Perikanan menarik balik permit yang dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha bot ikan bilis yang terlibat agar aktiviti ini tidak berterusan dan sumber perikanan tidak terancam pada masa akan datang. CAP kesal walau pun masalah yang sama pernah berlaku di perairan Kuala Sanglang sebelum ini tetapi  hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.

Mengenai pencerobohan bot pukat tunda Kuala Kedah di Zon A di sini, CAP menggesa APMM melakukan pemantauan yang lebih kerap di samping menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dengan tegas supaya aktiviti ini dapat dikawal dengan berkesan dan masalah kemerosotan hasil pendapatan nelayan pantai Pulau Langkawi dapat dipulihkan.

Ustaz Azizan, perjuanganmu kami teruskan

Hambali Akram,
Berita kepergian Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi diterima dengan penuh redha. Takziah kepada keluarga beliau dan semoga tabah menghadapi ketentuan ilahi ini.

Sebagai penyokong dan ahli PAS tentunya berita ini menyedihkan, apatah lagi mengenangkan sumbangan bakti allahyarham yang begitu banyak kepada agama dan parti. Namun, perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan oleh pejuang-pejuang yang lain. Pemimpin datang dan pergi – tentunya gerak kerja yang telah dimulakan oleh Tan Sri Azizan akan kami teruskan dan mantapkan lagi.

Walaun tidak berjaya mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan Umno-BN dalam PRU13 yang lalu, tidak bermakna beliau gagal. Hal ini kerana, kegagalan dan kejayaan dalam perjuangan Islam dan PAS bukanlah semata-mata menyertai dan menang pilihan raya, malah lebih dari itu yakni dakwah. Hakikatnya, jika hendak disenaraikan segala jasa bakti beliau sepanjang berjuang dalam PAS, tentu terlalu panjang untuk dititipkan.

Oleh hal yang demikian, saya percaya bahawa ahli-ahli PAS yang lain juga menjadikan kepergian Tan Sri Azizan ini sebagai pemangkin semangat untuk kembali dengan lebih cemerlang dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. Semoga semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin.

Ini sebabnya duta besar Paraguay masuk Islam

Amri Amrullah, 27 Sep 2013


(Duta besar Paraguay untuk lima negara Asia, Cecar Estebon Grillon (bersongkok hitam kanan) membaca doa usai membaca dua kalimat syahadat didampingi Menteri Agama RI, Suryadharma Ali saat memutuskan untuk menjadi muallaf di masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat 27/9)
Hidayah adalah rahasia Allah, tidak ada yang mampu menghalanginya. Setidaknya itulah yang diyakini setiap umat Islam.

Hidayah inilah yang dirasakan Duta Besar Republik Paraguay untuk lima negara ASEAN, Cecar Estebon Grillion setelah rasmi menjadi muallaf ketika mengucapkan dua kalimat syahadat usai Sholat Jumat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat, 27 September 2013.

Beliau mengungkapkan bahawa, Islam itu ternyata agama yang indah, mengatur segala sendi kehidupan dan jauh dari seperti yang digambarkan oleh kelompok tertentu.

Ketertarikannya terhadap Islam muncul begitu saja dan tidak pernah disangka-sangka. Awalnya Cecar hanya berpendapat, kalau memang Tuhan itu ada, bagaimana mungkin nama-nama Tuhan itu berbeza-beza.

Cecar pun mulai mempelajari dan membaca bahawa sebenarnya ada kesamaan nama-nama Tuhan dari agama yang diturunkan dari keluarga Nabi Ibrahim AS.

Sejak awal dia berpendapat bahwa Tuhan itu maha kuasa dan esa. Ini sesuai dengan konsep asli agama-agama keturunan Ibrahim. Dan itu terlihat bagaimana nama-nama Tuhan dalam agama Ibrahim.

"Dalam Yahudi Tuhan disebut Elohim, dalam Kristien disebut Alah dan di Islam disebut Allah," ujarnya yang di dampingi calon istrinya Yulie Setyohadi, sebagai penterjemah.

Belakangan ini Cecar benar-benar memahami hanya Islam yang secara tegas mendeklarasikan bahwa Allah itu satu dan tidak ada tandingan atau keturunan yang dapat menandinginya.

"Dari sinilah ketertarikannya terhadap Islam," ujar Yulie kepada Republika. Setelah menyampaikan ketertarikannya tersebut, Cecar pun memutuskan untuk mempelajari Islam lebih mendalam.

Yulie memastikan keinginan calon suaminya mencari hidayah itu bukan kerana paksaan dari dirinya atau hanya kerana alasan pernikahan.

Keseriusan Cecar mendalami Islam ini terlihat ketika dia memutuskan mengenal Islam dari tokoh besar Islam Indonesia, Profesor KH Quraisy Shihab dan dibimbing juga oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, KH Ali Mustafa Yaqub.

Imam Besar Masjid Istiqlal, KH. Ali Mustafa Yaqub mengatakan, sejak awal sudah terlihat keseriusan Cesar untuk memperdalam Islam. Keseriusannya ini pun ditunjukkan dengan menghafal bacaan dua kalimat syahadat. "Dia sebenarnya sudah bersyahadat, dengan berusaha menghafal berkali kalimat syahadat itu," katanya.

Ini terlihat ketika pengucapan syahadat di Istiqlal, Cecar tidak menghadapi masalah dalam pengucapan. Menurut Ali, inilah hidayah Allah yang diberikan kepada Cecar, Duta Besar Republik Paraguay untuk Indonesia dan lima negara ASEAN lain. "Hidayah ini tidak mampu ditolak dan dihalangi, kerana ini keajaiban yang diberikan Allah," tegasnya.

http://www.republika.co.id

Q&A: Wanita dalam eddah; haruskah mengerjakan haji?

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 27 Sep 2013
Soalan:
Adakah wanita yang berada dalam eddah kematian suami diharuskan keluar bermusafir untuk mengerjakan haji?

Jawapan;

Apabila seorang wanita kematian suami, Syarak telah mewajibkan ke atasnya tiga perkara;
1. Bereddah; iaitu tidak berkahwin dengan lelaki lain sehingga tempoh waktu yang ditetapkan Syarak iaitu 4 bulan 10 hari jika ia tidak hamil dan jika ia hamil, eddahnya ialah hingga melahirkan anak.
2. Hidad; iaitu tidak berhias dengan sebarang bentuk perhiasan yang dapat dilihat oleh orang lain selama tempoh eddah di atas.
3. Luzum al-Bait; iaitu sentiasa berada di dalam rumahnya – iaitu rumah yang didiaminya bersama suaminya, yakni ia tidak keluar darinya sepanjang eddah tersebut termasuk untuk bersembahyang di masjid atau bermusafir bagi menunaikan haji, umrah dan sebagainya. Telah diriwayatkan bahawa Saidina Umar RA telah menegah wanita yang kematian suaminya dari mengerjakan haji semasa ia berada di dalam eddahnya. Menurut ulama; haji tidak luput masanya kerana tempohnya tidak tetap (iaitu seumur hidup), adapun eddah akan luput masanya kerana tempohnya adalah tetap. Dikecualikan dari larangan keluar rumah itu jika ada keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti untuk mendapatkan rawatan, untuk membeli barang-barang keperluan jika tidak ada orang yang dapat membantu membelinya, keluar berkerja bagi wanita yang berkerja dan sebagainya. Namun hendaklah ia keluar tanpa berhias, mengelak dari banyak bercakap dengan orang lelaki dan tidak bermalam di luar rumahnya.

http://ilmudanulamak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan