Isnin, 19 Ogos 2013

UTAMAKAN ISLAM BUKAN MELAYU...TAK KAN TAK PANDAI2 LAGI

Luangkan 5 minit untuk berfikir...
Harga Kereta (ini pon nak di politik kan)

Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun. Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.

Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan di Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi? Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.

Rakan kami berkata lagi, beza antara negara membangun dengan negara maju mungkin begitu. Negara maju mahu membantu dan meringankan beban rakyat. Negara membangun pula menindih rakyat untuk menjadikan negara sebuah negara maju.

Tahu kenapa harga kereta melambung macam tu sekali? Adakah kerana kewujudan ll di Malaysia? Iyalah, siapa mahu beli Proton Persona kalau dah boleh dapat Camry sebiji dengan harga yang sama kan? Mohon pencerahan.

Apa kata anda sebagai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kita bincang... kita bincang...

Pssst! Buka mata, buka hati. Ini bukan soal politik, tapi ini soal kehidupan dan masa depan anak cucu kita nanti. Tidak kiralah siapa pun yang memerintah Malaysia, berikanlah masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang. Ini belum cerita soal harga tanah lagi. Fuh! Berfikirlah panjang lagi dengan lebih terbuka. Jangan sempitkan otak sikit-sikit politik, sikit-sikit politik. Heh!

Banyak yang nak diungkap dan dihuraikan jika nak beri pemahaman kepada mereka yang tidak mengerti. Kenapa harga kereta kita(Malaysia) lebih mahal dari negara jiran? Tak perlu kita bandingkan dengan negara jiran, jauh nun disana Amerika Syarikat yang mana kita ketahui negara yang maju sangat pesat pembangunannya tapi harga kereta lebih murah dari harga kereta di Malaysia??? Mengapa?

Beli kereta baru, kita ambil loan dari pihak bank, maksimum ansuran sehingga 9 tahun. Apakah ini semua? belum sempat kita bayar habis pinjaman bank kereta kita dah meragam. Itulah namanya penjanaan ekonomi namanya. Bijakkan kerajaan kita yang membantu rakyat.

Cukai? Cukai kereta yang dikenakan bukan sahaja tinggi tetapi sangatlah tinggi dan amatlah tinggi. 80% cukai yang dikenakan kepada kereta Nasional contohnya proton. Kereta luar import berapa % pula kerajaan Malaysia kenakan kepada rakyat?

Riba? Berapa harga kereta yang dipamerkan? Dan berapa yang anda bayar selepas ansuran selama 5/7/9 tahun. Pernah anda kira berapa riba yang bank ambil? Mungkin tanak ambil tahu kot, janji dapat pakai kereta. Takpe lah siapa yang tanak ambil tahu tu. Mungkin mereka lebih INGIN ambil tahu untuk mengajar kita bersyukur dengan kerajaan Malaysia sekarang yang "membantu" rakyatnya. LOL.

Kalau ada yang masih tidak sedar, saya sangat berduka cita.

rakyat malaysia majoritinya kaya.
sebab dlm media hanya rakyat kelantan aje puluhan tahun miskin.
oleh itu rakyat negeri lain kaya.

bila ramai kaya.permintaan tinggi.harga naik.
jadi bab harga keta tinggi kerana majoriti rakyat kaya adalah sesuatu yang normal.
harap saya silap.

Bukan nak dipolitikan tapi parti politik tu harus la perjuangkan hak rakyat,
itulah asal penubuhan parti politik,
bukan nak senangkan anak beranak, saudara mara & kroni...

aku sangat2 setuju kalau harga proton diturunkan secara drastik..at least bagi sama harga dan specs dengan apa yg dijual di uk,arab dan lain2 negara..memang gila betul jual barangan tempatan dengan harga mahal kat tempat sendiri,tp jual lagi murah kat luar negara..sebab tu aku x beli proton....

takda solution pun. kalau taknak rasa rugi. undi la kerajaan sekarang. supaya anda tak rasa rugi. supaya org lain pun kena beli kereta mahal, dapat jual kereta yg market value tak jatuh sgt. :)):))

Anda mampu mengubahnya.
Bayangkan anda sudah menggunakan kereta selama 55 Tahun. Kereta tu sudah berbagai ragam dan masalah, keluar kereta baru yang menawarkan harga yang berpatutan, sangat elegan, tidak membebankan, pasti anda ingin buang kereta lama dan beli kereta baru kan? Jadi kesimpulannya buang yang lama, kita cuba yang baru.

Anda semua rakyat Malaysia mampu mengubahnya. Percayalah. Sudah tiba masanya.

najib kata negara sudah maju...tapi semaju maju jepon...rege kete murah la pulak...pelik?

yg menjadi PERSOALANNYE sekarang ni...KEMANA PERGI DUIT YG DAH DIKUMPUL SELAMA 27 TAHUN BERNIAGA PROTON???

tu baru PROTON...persoalannye yg kedua...KEMANA PERGINYA DUIT CUKAI YG TINGGI DAH DIKUMPULKAN SELAMA 27 TAHUN HASIL PENJUALAN KERETA2 IMPORT???

2 2 PENDAPATAN UNTUNG SAMPAI KIAMAT ni dah KEMANA HILANGNYE???

Ke AIR FREE...x jugak
Ke PENDIDIKAN PERCUMA...x jugak
Ke PENGANGKUTAN AWAM EFFISYEN...x jugak

Yg aku manpak sgt berubah...PEMIMPIN2 UMNO jee...kereta berubah ubah...rumah bertingkat tingkat...pakaian berjuta juta...

Rakyat hanya dapat BISKUT KERING 1 mesia je ada laa...kahkahkah


Kalau kita dapat tahu figure pendapatan negara dari cukai penjualan kereta ni bagus jugak. Baru boleh menilai dengan lebih tepat jumlah yg diselewengkan.

Bagi aku la. Setelah bertahun tahun mekanisme cukai ni, patutnya negara kita dapat pergi jauh lebih maju dr sekarang.

Tunjuk je lah berapa hasil pendapatan cukai dr kereta ni.

SSM yg kutip duit tak lebih rm100 utk pendaftaran perniagaan pun boleh kaya beli bangunan kat mid valley. Itu pun kerajaan persekutuan dah ambil lebih 50% drpd hasil yg dikutip.

Susah aku nak yakin dengan ketelusan kerajaan sekaran. Hadoii yaiiiiiiiii!!!!

p/s : bg aku mmg harga keta kt malaysia ni terlampau tggi,tp dlm tggi2 pun ramai gak yg kuar keta baru..cth musim raya ni,klu dulu org beli sofa,tkr langsir sbb nk raya..tp skang org beli keta baru sbb nk smbt raya..mampu x mampu blkg kira,sape x teringin nk pakai keta baru ye x??mcm aku mmg nk sgt amik keta baru tp pikir interest dan harga yg melampau trs mati niat tu..aku petik kata2 Ustaz Zaharuddin,"klu kita amik loan keta 9thn dgn interest/riba,selama 9thn itulah hidup kita hari2 dibelenggu dgn riba/interest"...yg amik Islamic Loan tu selamat la.. ("pakai tiara jer la sampai reput" )

Nasihat Mahathir, sokong membawa rebahnya Melayu

Harakahdaily, 19 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda.

Demikian tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.

Ini ekoran apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengkritik Umno tetapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama parti itu kerana masa depan orang Melayu berada dengan Umno.

“Bila Mahathir menyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.

“Masa depan bangsa Melayu berada dengan Umno?” soal Mohd Ariff Sabri.

Baca di sini

Ku Li hampir pasti tanding Presiden Umno

Harakahdaily, 19 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya.

Menurut penulis Shahbudin Husin, meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Tulisan beliau di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com semalam sebagaimana di bawah.

Menjelang pemilihan UMNO pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara-suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik yang dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam UMNO.

Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai 133 kerusi Parlimen saja, sementara kebanyakan pemimpin UMNO dilihat tidak mempunyai perubahan sikap yang ketara dengan sebahagiannya masih bersikap sombong, angkuh serta bangga diri, ramai ahli-ahli peringkat bawahan yang bimbang tentang nasib parti itu dalam pilihan raya ke 14 nanti.

Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua UMNO bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu.

Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa-fasa kritikal lima tahun akan datang ini.

Dalam konteks inilah yang menyebabkan suara-suara ke arah perubahan itu terlihat ketara. Memberi kemenangan percuma dilihat hanya akan membuatkan Najib terus selesa dengan sikapnya yang ada sekarang.

Golongan bawahan dan akar umbi juga menolak pertandingan kali ini boleh memberi membawa perpecahan kerana sebelum pilihanraya umum 2018 nanti, ada satu lagi pemilihan UMNO yang harus dihadapi iaitu pada 2016. Jika mahu mengekalkan perpaduan dan memantapkan kesatuan, pertandingan 2016 itulah yang harus dielakkan manakala pertandingan tahun seharusnya dibenarkan bagi memilih pemimpin sebenar dan mengukur tahap demokrasi yang sering dipertikaikan selama sejak sistem kouta diperkenalkan.

Meskipun Muhyiddin belum mengumumkan pendirian sebenar mengenai jawatan yang bakal ditandinginya, namun ramai yang percaya beliau lebih selesa untuk kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.

Di sinilah yang membuatkan nama Tengku Razaleigh muncul sebagai tokoh yang sesuai untuk mencabar Najib. Walaupun beliau dilihat agak berusia berbanding Najib, rekod cemelang dan imej bersihnya semasa berada di dalam kerajaan dulu, termasuk jasanya menubuhkan Petronas dan Bank Bumiputra, sentiasa menjadi rujukan dan sering dietakkan sebagai neraca perbandingan.

Dalam menghadapi cabaran yang seterusnya pula, Tengku Razaleigh yang popular dengan Ku Li juga dilihat mempunyai jiwa Melayu dan Islam yang lebih kukuh tetapi dalam masa yang sama dipercayai mampu juga menarik sokongan bukan Melayu untuk berada bersama-sama dengannya jika diberi peluang memimpin UMNO.

Sehingga ini, desakan daripada seluruh seluruh negara yang mahukan beliau bertanding ternampak memberangsangkan. Pelbagai pihak dan kelompok dalam UMNO yang mempunyai undi tidak putus-putus menemuinya menyatakan keperluan untuk beliau bertanding menentang Najib dan memikirkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.

Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mehukannya khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu.

Namun kesediaan Ku Li bertanding itu bukanlah semata-mata kerana jawatan tetapi lebih kepada menyahut seruan perubahan yang dikehendaki oleh peringkat akar UMNO yang tidak putus-putus menemuinya sejak kebelakangan ini.

Dengan sistem baru pemilihan UMNO yang tidak lagi memerlukan kouta pencalonan dan perwakilan pula diperluaskan kepada hampir 150,000 orang, walaupun Pengerusi Perhungan UMNO negeri-negeri dan ketua bahagian lebih cenderung menyatakan sokongan terbuka kepada Najib tetapi arus perubahan yang sedang menggelegak di peringkat bawahan UMNO berikutan keputusan pilihanraya lalu dan sikap Najib sendiri yang tidak banyak berubah dalam beberapa isu, bahkan kekal dengan sikap tidak tegasnya, ianya mungkin memberi ruang kepada Tengku Razaleigh.

Sebelum tarikh pendaftaran pada 28 September depan, adalah dipercayai Ku Li akan membuat pengumuman mengenai jawatan yang bakal ditandinginya dan berdasarkan permintaan yang kian meningkat terhadap khidmatnya, kemungkinan beliau akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO kali ini, sangat hampir menjadi kenyataan.

PBB, OIC perlu bertindak henti jenayah perang di Mesir

Salmiyah Harun, 18 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera terhadap jenayah perang yang tidak berperikemanusiaan di Mesir mutakhir ini.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keadaan di Mesir amat kritikal jenayah perang yang tidak mengenal sesiapa termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua turut menjadi mangsa.

Tegasnya, ianya berlaku terhadap orang awam dan yang paling dahsyat adalah umat Islam itu sendiri.

"Apa yang berlaku di Mesir, menyaksikan umat Islam yang tiba-tiba bangkit menentang ketidakadilan tanpa sebarang senjata sebaliknya mereka ditembak tanpa perikemanusiaan. Yang turut menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Munajat Membantah Kudeta Mesir di Padang Merbok, malam tadi.

Katanya, secara terang-terangan umat Islam di Mesir digempur dengan peluru hidup kerana mereka  menentang rampasan kuasa hanya kerana menyatakan bantahan terhadap penggulingan kerajaan yang mereka pilih.

Malangnya, soal beliau di mana suara-suara badan antara bangsa yang sebelum ini sentiasa melaungkan keadilan dan keamanan ketika umat Islam Mesir ditembak hidup-hidup.

"Kita mahu satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk mengambil tindakan segera terhadap jenayah besar yang dilakukan terhadap rakyat awam Mesir ketika ini, " katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru Zailah mendesak tindakan wajar diambil terhadap mereka yang melakukan keganasan dan menggesa dihentikan segera apa jua kezaliman apa jua bentuk yang telah dilakukan kepada umat Islam hari ini.

"Ini merupakan maruah umat Islam yang wajib kita pertahankan, kita diseru menyatukan usahakan dan doa kita serta munajat terhadap kezaliman ini," katanya.
Puluhan tahanan dibunuh, dakwa Ikhwan
11:40AM Ogos 19 2013  
Dalam perjuangan memastikan kelangsungan politik mereka, Ikhwanul Muslimin mendakwa tentera membunuh puluhan tahanan Islamis, sekali gus menambah tekanan dalam krisis yang menggegarkan Mesir, negara umat Islam teramai di rantau Arab.

Sekurang-kurangnya 850 terkorban sejak Rabu lalu dalam pertembungan antara penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dengan kerajaan yang disokong tentera.

Pertumpahan darah itu yang terburuk dalam sejarah moden Mesir.

Ketika kebimbangan Barat meningkat, ketua tentera Mesir sebaliknya berikrar bertindak tegas bagi menghadapi keganasan pada Ahad, dengan menggesa Ikhwan tunduk kepada kehendak rakyat dan menerima penggulingan 3 Julai selepas protes jalanan besar-besaran.

Kumpulan diplomat kanan Kesatuan Eropah akan bermesyuarat di Brussels pada Isnin untuk menyemak semula cara untuk memanfaatkan bantuan 5 bilion Euro - dalam bentuk pinjaman dan geran yang dijanjikan - bagi menambah tekanan terhadap Kaherah ke arah rundingan kompromi.

Sejak jatuhnya autokrat Hosni Mubarak lebih dua tahun lalu, Mesir terus berdepan krisis demi krisis, sekali gus memberikan amaran berjaga-jaga kepada sekutunya di Barat dan negara jiran Israel - yang terikat dengan perjanjian damai 1979 dengannya.

Kaherah, Iskandariah sasaran demo Ahad
Arab Saudi bagaimanapun pada Ahad memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Eropah supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan tindakan keras terhadap Ikhwan, yang sentiasa disangsikannya.

Menteri dalam negeri Mesir berkata, seramai 36 orang anggota Ikwan meninggal dalam cubaan lari dari penjara dekat ibu kota pada Ahad, akibat lemas gas pemedih mata.

Bagaimanapun, menurut versi yang jauh berbeza, sumber peguam memberita Reuters, seramai 38 orang meninggal dunia akibat lemas dalam van polis yang sesak.

Ikhwan, yang berhabis-habisan untuk mengembalikan pentadbiran Mursi, meletakkan tanggungjawab itu di atas bahu pihak berkuasa.

Dalam beberapa hari terakhir ini, ratusan pentoyong Ikhwan ditahan di pelbagai tempat di Mesir dalam usaha meredakan bantahan berterusan.

Kumpulan itu bagaimanapun berikrar terus menunjuk perasaan dan dalam masa terdekat akan berkumpul di Kaherah dan Iskandariah pada Ahad ini.

Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 70 pasukan tentera dalam tempoh lima hari ini dan perdana menteri Mesir mencadangkan pengharaman Ikhwan - kumpulan yang sudah bergerak selama 85 tahun.

- Reuters
 
 Nazri buat kementerian sesuka hati, tukar anak bila dikecam
Posted on Monday, August 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

SHAH ALAM 18 OGOS: Pemimpin Umno BN kerap berbuat perangai sesuka hati dalam pentadbiran dan hanya membuat pembetulan selepas dikecam rakyat, kata Tian Chua.

Naib Presiden PKR itu merujuk penukaran jawatan anak lelaki Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ke Parlimen Padang Rengas.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, Nazri hanya membuat kenyataan mengelirukan dan menukar jawatan anaknya, Nedim untuk menutup isu berkenaan dari kritikan rakyat.

“Dia kata anak dia sudah kaya dan tidak perlu dibayar. Itu perkara yang agak pelik. Kita tak tahu sama ada dia kerja percuma atau hanya datang bantu.

“Nazri buat kementerian sebagai hak peribadi. Dia nak letak anak, dia nak letak siapa-siapa sesuka hati. Itu nampaknya perangai menteri Umno BN,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Nedim adalah pegawai khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas, selepas pelantikan itu menjadi perdebatan ramai.

Perubahan kepada jawatan Nedim dipercayai dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan seseorang menteri tidak boleh mengambil ahli keluarganya bertugas di kementerian.

Nazri adalah menteri di kementerian berkenaan dan Ahli Parlimen Padang Rengas.

Mengulas lanjut, Tian Chua berkata, kes seumpama itu bukan pertama kali berlaku, sebaliknya menjadi kelaziman di kalangan pemimpin Umno BN.

“Perdana Menteri boleh letak isteri, (mungkin) beri bajet pada isteri, itu dah macam satu kelaziman politik Umno-BN,” katanya.-selangorku
 
 
 Kenali Ayam Serama
Posted on Monday, August 19 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

AYAM SERAMA merupakan sejenis ayam jenis katek yang sangat cantik dan diminati oleh ramai peminat yang gemar memelihara ayam.

Ayam Serama bukan dari sejenis spesis asli ayam tetapi hasil kacukan ayam katik. Saya dapati Ayam Serama (juga dikenali sebagai Ayam Serama Malaysia) adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari Malaysia semenjak 50 tahun lepas. Ayam Serama Malaysia juga merupakan sejenis baka yang agak baru.

Sejarah dan asal usul ayam serama juga kurang jelas. Terdapat juga kisah atau lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang tidak sengaja di antara burung merpati dengan ayam. Cerita lain juga ada mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu.

Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadanThailand di pantai timur). Ayam serama juga banyak didapati di negeri tersebut dan selatan Thailand dengan mempunyai pelbagai warna, saiz, keunikan dan juga harga yang banyak varian. Walau pun saya kurang kenal akan aayam serama tetapi apabila ada pemeran berkaitan ayam serama, saya amat suka menelitinya sebagai satu keunikan semulajadi yang harus kita nikmati. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ayam serama berdasarkan pemerhatian dan membaca beberapa bahan rujukkan.

Terdapat laporan menyatakan baka moden Ayam Serama dipopularkan oleh seorang penternak ayam dari Kelantan yang telah memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990.

Laporan tidak rasmi menyatakan pada tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan atau mati. Walau bagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia kerana ramai kalangan peminat ayam serama sehingga banyak kelab atau persatuan ayam serama bergiat aktif. Saya dapati tidak terdapat penulisan piawaian bagi baka di Malaysia, mahu pun sebarang tradisi persatuan ayam.

Kebanyakan maklumat yamg kini difahami oleh penternak akan disebarkan secara lisan. Ramai juga penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang) dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot).

Terdapat banyak kepelbagaian mengenai gelaran jenis ayam serama di Malaysia. Kesemua stail atau cara berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan pengadilan akan dihakimi oleh para hakim tempatan dan foto pemenang akan dijadikan bukti dengan hadiah yang lumayan.


Ayam Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih terus berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail ayam serama oleh peminatnya.

Sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan perkembangan didalam pembiakan baka ayam serama. Ada dikalangan penternak ayam Serama yang berpengaruh telah pun menyamakannya perkembangan ayam serama dengan perkembangan model kereta dimana katanya 'Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama.

Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam'. Ramai peminat fanatik juga menubuhkan persatuan sendiri yang juga ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan ROS untun memajukan perkembangan industri Ayam Serama di negara kita.

Ayam Serama juga merupakan ayam paling ringan di dunia. Biasanya bawah dari 500g seekor tetapi ayam serama yang lebih kecil bawah 250g selalunya telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dengan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah (Lihat foto sebelah). Di Malaysia jika ayam ini berdiri, ia dapat digambarkan sebagai pahlawan berani atau juga digelar dengan 'ayam malaikat', kerana penampilan mereka berdiri menyerupai manusia.

Secara keseluruhan ayam Serama adalah ayam yang agak mudah untuk membiak. Selepas bertelur ia mengambil masa lebih kurang 19 - 21 hari untuk anak ayam terbentuk dan menetas. Anak ayam lebih lemah pada suhu sejuk berbanding baka lain kerana bandingan saiz badannya yang kecil. Selepas menetas ia mengambil masa 16 - 18 minggu untuk ayam matang dan mencapai titik di mana ia sendiri sudah boleh mula bertelur.

Telur Serama bukanlah baka yang mudah untuk menetas dari telur dan ada beberapa hipotesis mengenai hal ini dimana pembiakbakaan dalam sesama sendiri mungkin salah satu sebabnya. Hipotesis yang lain dikatakan iaitu kemungkinan saiz telur agak kecil (mungkin menghampiri had terendah yang mungkin bagi menghasilkan telor yang mampu menetas). Kebersihan reban dan telur yang baik dengan kaedah cara pengeraman dan penternakan stok induk adalah kritikal bagi kejayaan.

Saya dapati saiz biasa telur tidak terlalu besar dimana saiz telur biasanya antara 2 - 3 biji telur puyuh biasa berbanding dengan sebanyak 4 - 6 biji bagi telur Ayam Serama yang menyerupai saiz dan ketumpatan dengan sebiji saiz telur ayam piwaian. Ayam Serama yang lebih kecil ada kemungkinannya menghasilkan telur yang lebih kecil dimana kadar penetasannya juga agak rumit.

Seperti umum tahu, ayam serama adalah hasil kacukan (hybrid) atau proses penyilangan dari beberapa jenis baka ayam. Penyilangan (kacukan) ini mungkin diantara ayam katik (Japanese Bantam), Ayam Kapan, Ayam Sutera (Silkie Bantam) dan juga dengan juga Ayam Hutan.

Ada juga bergurau iaitu banyak kali kita dengar orang berkata "hendak beli serama tetapi dapat Kapan" yang maksudnya mendapat ayam serama jenis Ayam Kapan. Terdapat pertandingan serama kategori Ayam Kapan semenjak dulu dijalankan tetapi ia adalah juga seiring dengan perubahan masa dan citarasa manusia.

Kini ayam serama juga mengalami perubahan yang ketara dari segi pemeliharaan dan pertandingan. Ayam serama jenis 'Ayam Katik' yang kecil dan berdada besar seperti 'cutting Epel' meniru gaya Syarifah Aini telah pun jadi rebutan, Hari ini ramai peminat serama sudah melihat bentuk tubuh serama yang berbeza. "Cutting" slim tinggi lonjak dan selam menjadi pilihan dengan gaya untuk pilihan dalam pertandingan "lawan meja" yang mecetuskan kegilaan baru di dalam setiap pertandingan kecantikan ayam serama. Evolusi ayam serama akan terus bergerak seperti dunia fesyen yang kerap berlaku pengulangan trend dan adakah serama juga boleh berlaku begitu?. Sama-sama kita lihat perkembangan ini. Wasallam!

Makanan Khas ayam serama.

AYAM TERINGAN... AYAM SERAMA...
HARGA MAHAL.... ISI TIDAK SEBERAPA...
BULU CANTIK... .PANDAI BERGAYA...
RAMAI PEMINAT... AHLI KELAB TERUJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Duyong, Air Molek,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1434H)

Untuk Pelbagai infotani yang menarik sila lawati animhosnan.blogspot.com
 
  MESIR, KAMI BERSAMAMU: Maksud Simbol Empat Jari Yang Jadi Fenomena Facebook
Posted on Monday, August 19 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Info @ Maklumat Oleh Omak Kau!!!

R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?

Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam.

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10), Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.



Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan.

Sumber: omakkau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan