Khamis, 15 Ogos 2013

TUNGGU MUSUH2 ISLAM NI AKAN DIBAKAR DALAM NERAKA...PANAS APINYA ALLAH SAJA YANG TAHU...ISLAM MELARANG MEMBUNUH DENGAN CARA MEMBAKAR...KERANA MENYERUPAI SIKSAAN ALLAH KEPADA MANUSIA DIDALAM API NERAKA

Pesan buat pemuda. Jangan hangat-hangat tahi ayam!

http://akubukansuparmen.wordpress.com, 15 Ogs 2013
Misr
Jujur !
Air mata mana yang tidak tumpah !
Darah pemuda mana yang tidak bergelora !
Saat melihat, satu demi satu gambar rakyat Mesir yang syahid.
Dengan otak yang terburai, dengan darah merata-rata, dengan badan yang hangus terbakar !
Arghhh !!!! Rasa diri ini harus juga pergi ke Mesir saat ini dan berjihad !
Angkat senjata dan ? ? ? ?
Dan apa ?
Dan … syahid, terkorban ?
Lalu kita berazam dengan sepenuh hati sambil melaungkan kata-kata ini
” Aku mesti pergi berjuang dan mati syahid ! “
Takbir ! ! !
Dua tiga hari kemudian..
“Woii… kata nak main DOTA.. Cepatlah, aku tunggu ni … “
Ha ? Mana pergi semangat kita yang berkobar-kobar dulu.
Ini namanya semangat hangat-hangat tahi ayam
Realiti
Seringkali, semangat kita sebagai orang muda ini selalunya hanya hangat-hangat tahi ayam. Maaf kata. Tetapi itulah realitinya. Usah ditunding jari lebih jauh, lihatlah sendiri ke dalam diri kita. Sebagai seorang anak muda , saya akui, pernah sampai tidak tidur malam hanya untuk menghabiskan dokumentari tentang nasib rakyat Syria yang dibunuh oleh rejim Basyar Al Assad. Habis basah lecture note saya buat lap air mata.
Tapi, tak sampai dua tiga hari lepas tu, semangat saya mulai mereda. Pelik bukan ? Itu belum lagi masuk isu Palestin, rata-ratanya akan berakhir dengan tragedi yang sama. Semangat hangat-hangat tahi ayam ! Sekejap semangat sekejap tidak. Terasa sangat kecewa di situ.
Lalu, apakah solusi yang sebenar-sebenarnya kepada permasalahan ini ?
10 Nasihat Dr Raghib Sirjani (Ahli Ikhwan di dalam bukunya Pemuda peka zaman)
10 Nasihat ini, saya kira paling sentap buat renungan kita bersama. InsyaAllah ianya adalah solusi terbaik buat kita yang menghidap penyakit hangat-hangat tahi ayam ;
1)  Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat sekarang juga !
Wahai anakku, (kata Dr Raghib Sirjani)
Orang yang melakukan maksiat tidak akan mampu untuk memberikan komitmen dalam perjuangan di jalan Allah ini.
Seperti mana pesan Saidina Umar Al Khattab kepada angkatan tentera Islam, ketika mana mereka mahu berangkat ke medan perang.
“Jangan sesekali kalian berbuat maksiat, sedangkan kalian berjuang di jalan Allah”
Juga kisah yang diceritakan oleh Dr Amr Khaled di dalam bukunya mengenai  seorang pemuda yang datang kepada Saidina Ali lalu berkata ;
“Aku khuatir bencana yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosaku, sebab aku mengetahui betul dosa-dosaku “
Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat dan lenyap kerana taubat (Saidina Ali r.a).
2) Kenalilah Agamamu
Wahai anakku, (Pesan Dr Raghib) bagaimana mungkin anda ingin menunjukkan komitmen terhadap Islam sedangkan anda sendiri tidak mengenalinya ? Bagaimana  anda akan berpegang teguh kepada sunnah, ajaran dan manhaj hidup Islam sedangkan anda tidak mengetahui asal usulnya ?
Justeru, jangan pernah berhenti belajar agama !
Analogi mudah,
Belajar agama ini macam ambil nutrisi untuk hidup.
Cukupkah sekadar makan nestum dari kecil sampai besar ? Cukupkah zat untuk terus hidup ?
Begitu juga dengan belajar agama. Agak-agaknya, cukup ke ilmu agama yang kita belajar setakat kafa 1-6 itu buat bekalan kita sampai akhir hayat ?
Dengan cabaran yang semakin dasyat. Ianya pasti tidak akan cukup.
Sama-sama renungkan.
3)Tambatkanlah hatimu dengan masjid
Wahai anakku, sesungguhnya orang yang hatinya terpaut dan cinta akan masjid, sebenarnya ia telah berhasil membina stamina keimanannya kepada Allah.
Seperti firman Allah swt di dalam Surah At Taubah ayat 18 :
“Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian “
4) Jadilah pemuda yang berprestasi
Dr Amr Khaled pernah berkata ;
‘Musibah terbesar umat ini, adalah bilamana pemuda hanya menganggap agama hanya ada di masjid”
Mereka sebenarnya lupa, bahawa, keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai contoh adalah kayu ukur untuk menilai betapa tingginya darjat sesuatu ummat itu ? Selain kepakaran di dalam beberapa bidang yang lain.
Katanya lagi ;
Sanggupkah engkau melihat, prestasi akademik mahasiswa nasrani (bukan Islam), mahasiswa yang menganut fahaman sekularisme, plurasime, liberalisme lebih baik daripada dirimu ?
Allah.. Ampunkan dosaku ini..
5) Sambungkan tali silaturahim
Wahai anakku, eratkanlah kembali hubungannmu dengan ibu bapa, kaum keluarga, serta sanak saudara. Perpaduan ummat pada masa kini tidak dapat dicapai melainkan dengan bermula daripada yang asas. Iaitu institusi keluarga.
6) Berhati-hatilah dalam memilih teman
Wahai anakku, meskipun stamina keimananmu terasa sudah mantap, tetapi jika engkau bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, hal tersebut akan mengembalikan kondisimu ke titik permulaan atau atau bisa terjerumus ke titik yang paling rendah.
Jangan sesekali engkau berkata ;
“Saya akan menjaga diri dan saya tidak akan terpengaruh dengan mereka “
Sesekali jangan engkau katakan begitu. Kerana, sesungguhnya akhlak, agama dan tabiat seseorang serupa/ diukur dengan akhlak, agama dan tabiat temannya.
Adapun ada satu pesan daripada Syed Qutb, jika kita still mahu bergaul dengan mereka (dengan tujuan untuk berdakwah), kita haruslah beruzlah.
Istilah ini dinamakan sebagai  “uzlah Syu’uriyah” -
Pengertian uzlah yg dimaksudkan ialah, pengasingan jiwa dpd turut dikotori atau dijangkiti noda-noda masyarakat jahiliyah dengan ;
a) Menjadi seorang yang punya qudwah.
b) Menunjukkan akhlak yg baik
c) Terus merasai ketinggian iman
Uzlah yg dimaksudkan juga adalah perbezaan.
a)Perbezaan antara golongan yg beriman dan kufur.
b)Perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan
c)Perbezaan dari sudut akhlak dan perlakuan.
7) Peduli terhadap realiti yang menimpa umat Islam
Wahai anakku, amatlah mustahil untuk anda mengubah nasib ummat ini, melainkan anda mengetahui dengan sebenar-benarnya masalah yang berlaku terhadap umat ini.
Maka, disiplinkan dirimu pada setiap hari untuk ;
-Membaca berita-berita dunia. (Subscribe, Al Jazeera, Preess tv, CNN, BBC, di phone atau gadget canggih masing-masing)
-Membaca situasi politik, terutamanya di negara timur tengah dan negara umat Islam keseluruhannya (melazimi untuk membaca majalah times, atau melayari web-web seperti Al Jazeera dan membaca journal-journal antarabangsa)
-Mengambil tahu perkembangan ekonomi dunia.
Ingatlah, tarbiyah kita adalah tarbiyah pejuang ! Bukan tarbiyah manja-manja ! Apatah lagi, tarbiyah buih sabun ! Justeru, hanya dengan mengetahui dengan benar kondisi sebenar umat Islam, barulah kepribadian muslim yang sempurna akan terbentuk agar umat ini dapat berdiri dengan kukuh dan kuat !
8) Jadilah seorang Olahragawan
Wahai anakku, badanmu harus sihat, cergas dan kuat !
Pukulan keras yang dilakukan oleh Muadz Bin Amr r.a kepada Abu Jahal hanya mampu dilakukan oleh olahragawan sejati !
Maka, pilihlah aktiviti sukan yang bermanfaat. Yang benar-benar memberi manfaat buat dirimu dan ummat mu ! Seperti (Karate, silat, taekwando,  dan sebagainya). Sukan yang menguji kekuatan seperti angkat berat dan menunggang kuda. Sukan yang menguji stamina seperti futsal dan bola sepak. Badminton serta sebagainya.
Tetapi ingat ! jangan sampai dirimu leka dan lalai dengannya, sehingga mengahabiskan waktumu untuk ummat !
9) Ajaklah orang lain !
“Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Fushilat :33)
Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah !
Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air, berukhuwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat kita aplikasikan dalam dunia sebenar !
Dunia realiti ! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita sahaja.Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya kita berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh, perhalusi setiap isu lebih dalam ! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga.
Jangan jadi orang yang syiok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut, isu umat Islam ?ha … terlopong .. isu Rohingya ? kaum gasar apa tu bro ? Isu kristianisasi ? kau biar betul ? Sekularisme ? Liberalisme ? Ha ? Lagi aku tak tau ?
Usrah macam ni, namanya usrah di bawah tempurung !
10) Uruskanlah waktumu dengan baik !
Akhir sekali, renungi dua pesan Imam Ghazali ini yang ditujukan khas buat pemuda
“Kehidupan ini cuma tiga detik ; sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi, sesaat yang sedang dilalui ini manfaatkan sebaiknya dan sesaat yang akan tiba pasti kita temui”
dan
Wahai pemuda,
Gunakanlah waktu lapangmu dengan sebaiknya kerana,
Pengangguran adalah penyakit dan kesibukan itulah ubatnya. Seperti air yang diam menghanyutkan, menenggelamkan, mematikan, menjadi sarang nyamuk, membusuk, memburuk dan menimbulkan penyakit.
Siapa pun orangnya, selama dia menganggur di rumahnya, dia tidak akan pernah terlepas dari kemungkaran.
Kesimpulan
Inilah serba sedikit nasihat yang saya dapat kutip mengenai pemuda melalui pembacaan yang sedikit ini. Semoga kita dijauhkan daripada menjadi golongan pemuda yang leka dan lalai dalam hidup. Seperti mana yang disebutkan oleh Imam Hassan Al Banna di dalam risalah pemuda ;
”Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa. “
Tetapi menjadi golongan pemuda yang membesar di tengah-tengah umat yang berjuang dan dirinya turut berjuang. Berjuang bersama untuk mengembalikan kedaulatan Islam agar kembali kepada posisinya yang sebenar. Posisi yang lebih agung dan mulia.
Maka sahabat sekalian, mulai saat ini, ayuh kita berubah ! Jangan kita menunda-nunda lagi ! Jangan kita bertangguh-tangguh lagi ! Jangan kita bermalas-malasan lagi !
Kerana kita tidak tahu apa yang bakal menunggu kita dihadapan nanti ! Boleh jadi cabaran yang lebih besar bakal menghalang kita untuk berubah.
Dengan lafaz Bismillah..
Mulailah dari sekarang !
Mari kita sama-sama berubah !
Henshin !
p/s :
Rujukan ;
Pemuda Peka Zaman – Dr Raghib Sirjani
Buku Pintar Akhlak – Dr Amr Khaled
Risalah Pemuda –  Imam Hassan Al Banna
Syed Qutb

Mesyuarat agung dewan-dewan kawasan lancar

Anis Nazri, 15 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan dalam fasa ini sedang mengadakan mesyuarat agung dewan masing-masing sebagai persediaan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59.

Menurut Penolong Setiausaha Panitia Muktamar Tahunan PAS, Khairul Anuar, sejurus dewan-dewan di peringkat kawasan selesai bermesyuarat, PAS kawasan pula akan mengadakan mesyuarat mereka.

"Kita telah menetapkan bulan September untuk kawasan-kawasan bermesyuarat. Jadi, ketika ini dewan-dewan di peringkat kawasan yang sedang bermesyuarat," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Setakat ini, tambah beliau, pihaknya mendapati semua mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sebelum ini, bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei sehingga 15 Julai lalu.

Manakala, bagi peringkat PAS kawasan, tarikh yang ditetapkan adalah 12 Ogos hingga 30 September.

Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

Muktamar Tahunan PAS tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Lokasi himpunan bantah kekejaman kudeta Mesir

Harakahdaily, 15 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi membantah tindakan tentera Mesir yang bertindak membunuh rakyat mereka beramai-ramai secara kejam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya Nasrudin Hasan memaklumkan, himpunan tersebut akan bermula malam ini, esok dan lusa, di tempat yang telah ditetapkan termasuk beberapa masjid di seluruh negara.

Berikut adalah senarai lokasi yang ditetapkan penganjur.

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi :
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri 09
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi :
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Kenyataan Najib mengenai tragedi berdarah di Mesir...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 15 Ogs 2013

Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam.

Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja.

Baca lagi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Video demonstran pro Mursi di Nadhlah dibakar hidup-hidup

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 15 Ogs 2013

Benar-benar biadab! Militer Mesir seperti telah kehilangan jiwa kemanusiaannya. Selain membantai ratusan orang di Rabiah Adawiyah, ternyata di hari yang sama militer pimpinan Jenderal Abdel Fattah As Sisi juga menyerbu demonstrasi di Medan Nahdlah. Berbeda dengan Rabiah Adawiyah yang masih bisa bertahan, Medan Nahdlah kini telah dibubarkan dengan paksa.

Sebuah video yang dilansir ElWatanNews menunjukkan, dalam upaya membubarkan demonstrasi, tentara membakar hidup-hidup sejumlah demonstran di Medan Nahdlah. Video ini segera menuai ratusan komentar mengecam militer Mesir.
Lihat video

Tingkat keselamatan rakyat kita di Mesir

Harakahdaily, 15 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa agar Wisma Putra mengambil langkah keselamatan yang tinggi terhadap nasib pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang sedang berada di bumi Mesir.

Nasib dan kehidupan mereka sehingga kini di sana bergantung kepada situasi semasa dan kerajaan perlu memantau keadaan mereka sentiasa agar berada dalam keadaan selamat.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, konflik yang berlaku di Mesir telah meresahkan ribuan keluarga dan sanak saudara pelajar Malaysia di negara ini.

“Setiap hari mereka menanti berita diri mereka dalam keadaan cemas dan gelisah,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, kata beliau kepekaan Wisma Putra dalam mengemaskini situasi dan keadaan pelajar di sana sentiasa amat diharapkan.

Sehubungan itu, katanya DPPM menggesa Wisma Putra mengetatkan kawalan keselamatan terhadap warga Malaysia di Mesir dengan mengarahkan mereka agar tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Katanya, kemungkinan ada penempatan sementara yang disediakan dilengkapi dengan kawalan keselamatan sekiranya kediaman sedia ada tidak selamat untuk diduduki.

Untuk pelajar perempuan pula, tambahnya DPPM menggesa agar dipertingkatkan keselamatan mereka termasuk berada dalam kumpulan yang ramai dalam kediaman mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau menambah, DPPM turut menggesa agar kerajaan negeri bersama-sama memantau pelajar tajaan mereka melalui wakil mereka.

“Sekiranya keadaan semakin mendesak dan meruncing, DPPM mengesyorkan agar kesemua pelajar Malaysia dibawa pulang ke Malaysia dengan segera,” ujarnya lagi.

Dalam keadaan apa pun, kata beliau keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah keutamaannya dan mereka perlu dilindungi dari sebarang kecelakaan.

Akhirnya, ujar beliau DPPM meminta agar keluarga dan sanak saudara pelajar Malaysia agar sabar, tabah dan tenang menghadapi situasi ini.

“Kita semua perlu sentiasa mendoakan agar keselamatan kesemua pelajar Malaysia di Mesir sentiasa terjamin dan berada dalam lindungan Allah SWT di samping mendoakan kesejahteraan umat Islam di sana,” katanya.

Tentera Mesir bakar kanak-kanak sedang tidur

http://wasukalu.blogspot.com, 15 Ogs 2013
Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.

Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik  dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.

Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.

Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan  jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1,000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.

Ikhwanonline memetik kenyataan  hospital Rab’ah melaporkan bahwa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2,200 syahid dan puluhan ribu luka luka.

Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.

Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.

Jenayah: Isunya pengawasan bukan akta drakonian

Harakahdaily, 15 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Menyandarkan kepada alasan tiada Ordinan Darurat sebagai penyebab jenayah berleluasa adalah tidak wajar sebaliknya yang perlu dikaji semula adalah keberkesanan pengawasan keselamatan oleh pihak berkuasa.

Pandangan tersebut dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan hari ini, sekaligus menempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat lebih mengutamakan untuk mengembalikan akta drakonian tersebut berbanding memperkemas keberkesanan sistem pengawasan pihak polis.

Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Naib Presiden PKR.

Dinihari, kejadian jenayah dilaporkan tanpa henti. Terbaru merupakan kejadian yang berlaku pada hari Jumaat, 9 Ogos lalu kira-kira jam 6 petang, melibatkan seorang penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang terselamat daripada cubaan menculik ketika dalam perjalanan ke arah persimpangan Jalan Maarof berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar Baru (The Star, 14 Ogos 2013).

Yang dijadikan keutamaan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah keperluan mengembalikan undang-undang drakonian, khususnya Ordinan Darurat yang baru dimansuhkan, menjadikan kerajaan dan PDRM nampak seolah-olah tidak berdaya melawan karenah penjenayah yang memang sudah dikenal-pasti dari simpanan rekod sedia ada amat mencurigakan.

Pun begitu, hakikat yang tidak diberikan perhatian adalah kenyataan mangsa pada cubaan penculikan Jumaat lepas:

“When I asked the police to check for CCTV footage of the car, I was informed the CCTV was under the jurisdiction of the Kuala Lumpur City Hall and that it wasn’t working,” she said, adding that her case was now being followed up by a CID officer.

[“Apabila saya meminta pihak polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kereta penjenayah itu, saya diberitahu bahawa kemudahan CCTV itu di bawah bidang tanggungjawab DBKL, dan ianya tidak berfungsi,” kata beliau, sambil menambah kes itu akan disusulkan oleh seorang pegawai penyiasat.]

Masalah CCTV - elemen utama pemantauan dan pengawasan keselamatan - yang tidak berfungsi ini bukan masalah baru. Menurut laporan Astro Awani 7 Ogos lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengakui sebanyak 60 peratus daripada 419 kamera litar tertutup yang dipasang oleh DBKL tidak berfungsi.

Tambahan, sejumlah hampir RM4 juta juga telah diperuntukkan sejak tahun lepas menerusi Tabung Keselamatan 1Wilayah bagi membiayai usaha membenteras jenayah di peringkat kawasan perumahan dan tempat awam, termasuklah dengan pemasangan rangkaian CCTV. Yang tidak dapat kita kenal pasti adalah berapa daripada CCTV yang diumum ini sudah dipasang, dan lebih penting lagi, berfungsi?

Perdana Menteri juga telah berikrar akan memberikan apa jua yang diperlukan oleh pihak Polis untuk menangani masalah jenayah-jenayah ganas ini. (The Malay Mail, 30 Julai 2013)

Malangnya, kerajaan tidak komited menyelesaikan masalah yang berkait pengawasan, pemantauan dan pencegahan jenayah yang lemah akibat kegagalan dalaman sendiri.

Negara kita memerlukan kelengkapan peralatan termasuk kamera litar tertutup (CCTV)  bagi maksud pengawasan yang berfungsi. Rakyat memerlukan lebih ramai anggota polis di dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Statistik yang telah dikumpul dari sumber kerajaan dan Parlimen menyatakan kira-kira 30 peratus sumber tenaga kerja PDRM diletakkan di bawah fungsi pentadbiran, pengurusan dan logistik. Sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam menangani masalah jenayah berat ini, tenaga kerja polis perlu diagih semula dengan meletakkan sebahagian besar daripada kakitangan polis dalam bahagian pencegahan jenayah.

Nisbah polis kepada penduduk Malaysia pada ketika ini ialah kira-kira 1:275 iaitu amat hampir dengan piawaian antarabangsa. Jelas apa yang kita perlukan ialah lebih ramai pegawai polis ditugaskan untuk mencegah jenayah, bukannya untuk duduk di pejabat atau untuk mengintip lawan BN.

Sebenarnya perkara asas yang mesti segera dilaksanakan untuk perangi jenayah termasuk peralatan mencukupi yang berfungsi dengan baik dan pengagihan tenaga kerja polis kepada urusan jenayah. Justeru, menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat pada ketika ini dalam isu kenaikan statistik jenayah berat ternyata tidak relevan bila kerajaan sendiri gagal mengawal selia peralatan yang digunapakai dalam pencegahan jenayah.

Malah, kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 260,000 penjenayah berat sedang berleluasa adalah kenyataan atas angin dalam usaha memusatkan kuasa di tangan Menteri di kala kerajaan sendiri gagal menyediakan khidmat terbaik buat rakyat.

Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk mencegah jenayah; kekurangan adalah dari segi penguatkuasaan undang-undang tersebut dan penyediaan peralatan yang berfungsi secara baik dari CCTV, kereta peronda, sehinggalah kepada anggota polis yang dilatih dengan baik.

Akhir sekali, kesemua permasalahan dan gandingan penyelesaian mampu dirungkai menerusi sebuah Jawatankuasa Tetap Parlimen Keselamatan Dalam Negeri dan pewujudan IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission)  seperti yang disaran laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dipengerusi oleh Bekas Ketua Hakim Tun Mohamed Dzaiddin bin Haji Abdullah (2004).

'Awakening' Pak Lah: Adakah Mahathir takut jawab?

Muhammad Faizal, 15 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang sehingga kini mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan berhubung apa yang disiarkan di dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Beliau yang dihubungi memberitahu ada beberapa persoalan yang perlu dijelaskan oleh Tun M terutamanya soal negara yang akan bankrap jika bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ditadbir mengikut cara Tun M.

"Pak Lah dalam buku tersebut tidak menafikan bahawa negara ini akan bankrap jika beliau mengikut cara pentadbiran Tun M yang suka berbelanja sedangkan defisit negara kian meningkat.

"Perkara ini perlu dijelaskan oleh Tun M, rakyat ingin mengetahui kebenaran dan kalau sebelum ini Tun M selalu bersuara dalam segenap isu kenapa dakwaan dalam buku tersebut beliau berdiam diri," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, isu krisis ekonomi di negara ini adalah berpunca dari zaman pentadbiran Tun M lagi, tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat berhubung dengan janji memansuhkan bayaran tol ataupun mengurangkan harga minyak menyebabkan negara bankrap adalah tidak benar.

"Rakyat ingin mengetahui siapa yang menyebabkan negara ini akan bankrap, pendedahan telah dilakukan dan sekarang Tun M kena bersuara bukannya berdiam diri.

"Kenapa beliau perlu takut kalau beliau berani mengkritik kerajaan ataupun Pakatan Rakyat, beliau juga perlu berani menjawab tohmahan tersebut," jelasnya lagi.

Pak Lah yang tampil di dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia telah menimbulkan kontroversi sehinggakan terdapat pelbagai pihak tidak senang dengan sikap beliau terutama dalam soal mengaitkan Tun M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan