Selasa, 27 Ogos 2013

SOLAT JENAZAH MERUPAKAN DOA...MAKA SELEPAS ITU TIADA LAGI DOA...SEPATUTNYA

Umat Islam Myanmar Diserang Lagi
Posted on Monday, August 26 @ 23:22:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Ketika tumpuan umat Islam terarah kepada pergolakan di Mesir & perang di Syria, pembantaian umat Islam di Myanmar berulang lagi...

Yangon: Pelampau Buddha melancarkan keganasan baru dengan membakar puluhan rumah dan kedai penduduk Islam di barat laut Myanmar. Setakat ini tidak ada berita mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan.

Keganasan berpunca daripada khabar angin kononnya seorang lelaki Islam menyerang seorang wanita Buddha.

Wirathu, sami yang terkenal kerana kejahatannya terhadap umat Islam berkata dalam laman Facebooknya, ratusan pelampau Buddha mengambil bahagian dalam keganasan itu di pinggir bandar Kantbalu.

Mereka mengepung balai polis di kawasan itu, menuntut suspek diserahkan kepada mereka, kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan. Apabila polis menolak, mereka mula membakar bangunan.

Menurut anggota polis itu, kira-kira 35 kediaman dan 12 kedai milik penduduk Islam musnah sebelum keganasan berakhir.

Lebih 250 orang, kebanyakannya penduduk Islam terbunuh sementara 140,000 lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di tempat lebih selamat sejak keganasan terhadap mereka bermula tahun lalu.

Ia bermula di Rakhine, negeri di barat Myanmar, tempat pelampau Buddha menuduh masyarakat Islam Rohingya memasuki negara itu secara haram dan merampas tanah mereka. - AFP

** Foto pembakaran masjid di Myanmar semasa krisis sebelum ini.

Facebook Ibnu Sabil



Osman Aziz shared Muhd Affandi's photo.
Pembunuh Nombor Satu Umat Islam Terus Bersandiwara.
==============================
====

Obama terus bersandiwara dan bermanis mulut dengan cuba menonjolkan kebaikannya yang penuh penipuan melalui ucapan salam Aidilfitrinya kepada umat Islam di seluruh dunia.

Bagi umat Islam yang mempunyai kesedaran politik yang baik, mereka sudah pasti dapat membaca dan memahami sandiwara yang dilakukan oleh pembunuh nombor satu umat Islam ini.

Ketika mulutnya mengucapkan salam Aidilfitri, pada masa yang sama tangannya masih terus berlumuran dengan darah umat Islam yang menjadi mangsa kepada keganasan yang dilakukan oleh Amerika sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Seluruh dunia dengan jelas mengetahui dan dapat menyaksikan sendiri apakah polisi Amerika terhadap dunia Islam secara khususnya dan dunia amnya. Apa yang berlaku di Mesir saat ini menjadi bukti yang cukup jelas wajah sebenar Amerika.

Justeru, tidak sewajarnya umat Islam tertipu dengan sebarang sandiwara yang dilakukan oleh musuh Islam ini. Terkini, diberitakan bahawa Obama dijangka akan datang ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 (GES) 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini.

Jika berita ini menjadi kenyataan, sudah sewajibnya umat Islam di Malaysia bersatu untuk menolak kedatangan pengganas utama umat Islam ini. Apabila Obama menjejakkan kaki ke Malaysia kelak, maka kita akan dapat melihat dengan terang lagi nyata siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang benar-benar munafik.

Wahai umat Islam, tolak kedatangan Obama ke Malaysia!

 Waytha: Maka, kita tembak semua gengster?
Posted on Monday, August 26 @ 21:22:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.

“Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

“Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?m” soalanya.

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme.

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya.

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India,” katanya.-mKini


 Cara ringkas untuk SOLAT JENAZAH
Posted on Monday, August 26 @ 20:09:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 

Belajarlah wahai lelaki. Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahajalah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita...

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..
konsi kepada rakan2 kita..............

Facebook PAS Selangor


 Paksaan Kekufuran!
Posted on Monday, August 26 @ 17:16:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Doakan kelaknatan atas Basyar!

Hari itu, aku tengok rakaman video seorang muslim syria telah ditanam dan ditimbus sehingga ke paras leher. Hanya kepalanya yang kehilangan. Disekelilingnya ialah beberapa tentera zalim regim Basyar Assad yang sudah tentu bertanggungjawab melakukan kezaliman itu.

Lelaki yang ditimbus itu kemudiannya dipaksa mengatakan atau mengucapkan ayat kufur iaitu “tiada tuhan melainkan Basyar…!” tetapi lelaki itu enggan. Dia terus mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah!”

Setelah enggan menungkap kata kufur walaupun dipaksa beberapa kali, akhirnya kepala lelaki muslim Syria itu dicurah dan ditimbuskan tanah dengan penyodok sehingga kepalanya tidak kelihatan lagi. Tertimbus sepenuhnya. Matilah dia. Persoalannya, (1) Tahap apa kezaliman ini? (2) tahap apa kesesatan syiah ini? Jawapannya jelas pada kita. Mereka penzalim itu berada dalam kesesatan dan tiada had batasan kreativiti kekejaman mereka.

Apa yang hebat itu dan bangga untuk kita bicarakan ialah persoalan yang ketiga (3) iaitu tahap apa kehebatan muslim Syria itu yang mempertahankan akidah hingga ke pernafasan yang akhir? Tidak dia melafazkan kata kufur hingga nyawa bercerai dari badan, walaupun di dalam paksaan dan penyeksaan sebegitu kejam, ada kelonggaran agama berikan, asalkan akidah suci dalam hati masih dikekalkan.

Seksaan seumpama ini dan paksaan agar kembali sesat atau paksaan kekufuran ini pernah berlaku dalam sejarah awal kedatangan Islam, ketika keluarga Yasir iaitu Yasir Bin Amir, isterinya Sumaiyyah bintu Khubath dan anak mereka dipaksa kembali kufur yang jika tidak riwayat mereka akan ditamatkan secara yang zalim dan sadis. Yasir Bin Amir dan Sumaiyyah memilih kematian lalu meraih title syuhada, antara yang terawal.

KISAH SYAHIDAH PERTAMA

Sumayyah adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.

Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya.

Keangkuhan Abu Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)

Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.

Rasulullah saw juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana Rasulullah saw pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)

hisham-ahmad.blogspot.com


 "Majalah The Week dedah siapa Al-Sisi
Posted on Monday, August 26 @ 20:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

MESIR: Amerika Syarikat akhirnya secara tidak langsung membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka terlibat secara langsung dalam rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi.

Pengakuan itu dapat dilihat apabila majalah The Week yang berpengkalan di negara itu meletakkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi di muka hadapan dengan tajuk "Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?".

Sebelum ini, campur tangan Amerika dalam isu rampasan kuasa Mesir dilihat secara jelas melalui kenyataan-kenyataan yang cenderung menyokong tindakan tentera, biarpun tidak mengiktiraf penggulingan Morsi secara rasmi.

Biarpun cuba berselindung disebalik kenyataan yang mendesak Morsi dibebaskan, namun ianya tidak sama sekali memdamkan fakta bahawa kuasa barat itu sememangnya dalang kepada apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Dalam kenyataan terbaru kelmarin, Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata mereka juga menghormati keputusan kerajaan membebaskan Hosni Mubarak.

Umum sudah maklum bahawsa, Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.

Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi.

idhamlim.com



Mustafa Ahmad shared Suara Rakyat's photo.
Kemuncak Akhiruzzaman.

Entri ini adalah kesinambungan kepada topik timeline akhiruzzaman kajian Sheikh Imran yang saya pernah buat disini : http://goo.gl/D8JiXA
Melihat kepada pendapat Sheikh mengenai Jihad yang sudah pun berlaku seperti yang disebut dalam video ini : http://goo.gl/nJhySo, mungkin ada yang melihat ianya kontra dengan apa yang syeikh katakan mengenai Arab Uprising, Spring sebagai cetusan tangan-tangan Zionist yang sudah dirancang lama oleh mereka.

Apa yang sheikh maksudkan dengan jihad yang benar yang sudah pun berjalan ialah jihad mujahidin yang benar dari mereka yang ikhlas berjuang atas nama Islam dalam membebaskan kawasan/wilayah mereka dari penakluk dan penindas seperti yang berlaku di Iraq dan Afganistan dimana mujahidin ini masih memberikan rintangan dan tentangan.

Sheikh berpendapat Jihadis atau mujahidin yang masuk dan perjuang menjatuhkan regim taliban, saddam, gaddafi sebagai "yankees jihad", iaitu mujahideen yang sudah dibeli oleh Amerika(CIA) dan sekutunya.
Walaupun ada diantara mereka ini kumpulan mujahid ikhlas namun pada pendapat Sheikh Jihad yang Tulen tidak seharusnya berjuang bersama Jihad yang telah 'terjual'.
Sheikh berpegang kepada Al-Quran surah Al-Maidah ayat 51 yang sheikh faham ayat itu ditujukan kepada Zionist(European Judeo Christian Alliance). Bilamana kita berjuang dan berpakat dengan mereka maka secara tak langsung kita akan tergolong bersama mereka(zionist).

Proxy zionist iaitu Amerika melalui CIA telah pun masuk campur dalam kebangkitan arab. Mereka bukan sahaja membekalkan senjata, tetapi turut membiayaai pejuang ini dengan dana, dan juga kepakaran. Bantuan ini juga datang dari rakan Amerika di timur tengah seperti Kerajaan Wahabi Saud, dari Qatar, dan juga rakan Nato mereka iaitu Turki.

Tidak dinafikan regim-regim sekular yang telah dan sedang dijatuhkan ini ada sebahagiannya menindas, sudah sememangnya bila pemerintah tidak mengamalkan model pemerintahan dan pentadbiran sunnah Madinah zaman Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya dikenali sebagai Khilafah akan cenderung menjadi negara yang pincang lagi menindas dalam masa yang singkat. Maka bila sampai masa rakyat bangkit, Zionist melalui proxynya akan masuk jarum bagi memandu kebangkitan ini mengikut acuan mereka.

Pendek kata kebangkitan/revolusi yang berlaku di tanah arab ketika ini belum lagi kebangkitan yang haq kerana kebangkitan yang dipicu dan dipandu oleh Zionist ini cuma salah satu daripada rancangan mereka dalam menghasilkan negara-negara Islam arab yang dapat menerima sistem mereka(demokrasi) tapi dalam masa yang sama boleh bertindak aggresif bila dihadirkan provokasi.

Mereka tidak risau jatuh bangunnya sesebuah kerajaan ditanah arab yang penting penggantinya itu nanti akan mengikut acuan mereka supaya kestabilan dapat dibina agar mereka boleh progressif dalam membuat persediaan kepada rancangan utama mereka.

Bila semuanya persiapan sudah lengkap barulah mereka akan melancarkan provokasi@falseflag nekad yang cukup besar untuk negara-negara Islam terutamanya di tanah arab bersatu bangkit menentang mereka. Pada masa ini Israel Zionist akan berpura-pura menjadi mangsa kepada kebangkitan Islam atau yang mereka label sebagai 'terrorism' dan meminta tolong dari Amerika dan dunia(sekutu mereka) yang akan menzahirkan sisi-siri peperangan.

Siri peperangan inilah yang akan mencetuskan Al-Malhamah atau perang dunia yang kemuncaknya adalah Ad-Dukhan jika benar terjadinya perang Nukier.

Peperangan ini akan menyaksikan blok Amerika menghampiri kekalahan sehinggalah Israel zionist hadir memapamirkan senjata dan kekuatan tentera mereka yang sebenar yang secara tak langsung memenagi peperangan tersebut.
Situasi ini menjadi titik tolak peralihan kuasa dunia daripada Washinton ke pusat pentadbiran Israel di Jurusalem.

Israel Raya akan dibentuk, dan Solomon temple akan didirikan, Israel Zionist akan mengetuai World Order Baru dalam memulihkan order dunia. Matawang emas perak diperkenalkan semula kerana syarat kepada kembalinya "Golden age greater Israel" adalah penggunaan matawang emas perak di temple mereka.

Bila persiapan Negara Israel Raya ini sudah lengkap barulah mereka akan hadirkan pemerintahnya, Raja kepada segala raja yang ditunggu-tunggu. Dialah Raja Al-Masih kepada Western European Judeo-Kristian alliance.
Hadirnya Raja ini adalah sebagai pelengkap kepada impian yahudi kepada kembalinya golden age mereka yang dipimpin oleh Al Masih mereka. Juga kepada Kristian barat Raja ini adalah Jesus yang mereka tunggu-tunggu dan sudah tentunya Raja ini punya status sebagai tuhan(trinity).

Apa yang mereka tidak tahu ialah mereka sudah terpedaya. Sesungguhnya semua orang mukmin pada masa itu dapat mengenal Raja inilah Dajjal Besar yang disebut didalam hadis Rasulullah s.a.w.

Masih adakah kristian dan yahudi yang sedar akan perkara ini tidak terpedaya? Sudah semestinya, ada pun masih ada ahli kitab kristian dan yahudi yang masih percaya kepada tuhan yang Esa. Mereka ini juga akan sedar pada waktu itu yang Raja di Jurusalem itu adalah Dajjal Al-Masih.
Pada mereka yang nampak akan kebenaran yang haq tentunya mereka akan memilih untuk berjuang bersama Islam yang benar. Malah Turunnya Nabi Isa a.s. sebagai Al-Masih yang sebenar nanti adalah peluang(taubat) terakhir buat mereka untuk berjuang bersama-sama dengan umat Nabi Muhammad s.a.w. dalam menentang Dajjal Al masih.

Baiah Imam Mahdi.
Apabila Al-Malhamah tercetus barulah majoriti Muslim nanti akan sedar dan bangkit dari tidur. Mereka yang bangkit dari TIMUR akan bergerak kearah Khurasan (Afganistan-Pakistan-sebahagian Timur Iran) dan membebaskannya. Pasukan yang membawa Panji Hitam ini akan terus mara menuju Jurusalem. Pada masa yang sama Umat Islam dari Afrika/Mesir, Turki dan sekitarnya, mereka yang berada disaudi dan sebelah selatan saudi turut bangkit.

Al-Malhamah ini akan menyaksikan korban mujahid yang begitu besar ditanah arab. Syeikh mengenali korban arab yang besar ini sebagai 'The Arab Slaughter" merujuk kepada mimpi dan visi Nabi Ibrahim menerima mimpi dari Allah s.w.t. korban anaknya Nabi Ismail a.s. dan golongan arab inilah keturunan Nabi Ismail tersebut. Ini juga merupakan visi yang sama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermimpi melihat korban yang besar menimpa umatnya.

Bila Israel mengistiharkan kemenangannya dan membentuk Israel Raya, Tentera Muhajidin yang tinggal(Al-Abdal) menukar haluan ke Syam sebelum menuju ke Turki bagi bergabung dengan mujahid disana dalam membebaskan Kota Konstantinopel seterusnya membentuk satu pakatan strategik dengan Rum.

Sedang dunia di kuasai oleh Blok Israel Raya, muhahidin(Al abdal) ini akan terus memberikan penentangan ditanah arab. Sehinggalah Dajjal itu keluar dan hadir di Jurusalem. Sehingga bila Raja Saud yang memerintah ketika itu mati, dan seorang pemuda datang ke Mekah dari arah Madinah mengihstiharkan diri sebagai Imam. Mendengar perkhabaran ini Mujahidin Panji Hitam Al-Abdal terus datang dari Syam ke Mekah bagi berbaiah dengan Imam tersebut. Namun tidak semua umat Islam ketika itu akan mengikut dengan Imam Mahdi, malah akan ada umat Islam sendiri yang akan melabelnya sebagai terrrorist. Ini bermaknya sebelum Baiah Imam Mahdi watak ini sudah pun dikenali dikalangan orang Islam terutamanya para Mujahidin, tinggal orang ramai tidak mengetahui dialah Imam dan Imam itu sendiri juga tidak tahu dia Imam Mahdi sehinggalah Allah s.w.t. membuka rahsia tersebut dengan memberi alamat dan amanat kepadanya untuk keluar dan mengihstiharkannya di hadapan Kaabah.

Mengetahui perkara ini tentera sekutu dajjal terus menghantarkan tenteranya untuk menyerang Mekah, sedang mereka datang di satu kawasan diantara Mekah dan Madinah mereka telah ditelan bumi(gempa ditanah arab - salah satu 10 tanda kiamat). Lalu sahih la Imam tersebut sebagai Imam Mahdi.

Imam Mahdi terus membebaskan Mekah dari Saud dan melaksanakan Khilafah sebelum mengatur serangan ke atas Jurusalem. Penentangan Imam Mahdi membawa ke Sham(syria) . Ketika Imam Mahdi dikepung oleh Dajjal dan tenteranya didalam Masjid di Damsyik, pada masa itu turunnya Nabi Isa a.s. didalam Masjid dan Imam Mahdi yang akan mula mengenali(dari mata hati) bahawasanya dialah Nabi Isa a.s. yang sahih. Cerita seterusnya adalah sama seperti cerita yang biasa kita dengar. Wallahualam.

Gambaran besar timeline@jalan cerita ini dibuat berdasarkan kajian Sheikh Imran. Ianya tidaklah muktamad kerana perkara yang akan datang ini adalah dibawah kuasa Allah s.w.t. Syeikh cuma membuat huraian berdasarkan kefahamannya terhadap ilmu akhir zaman(Islamic Eschatology) berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Contoh dalam bab Baiah Imam Mahdi ini beliau menegaskan Imam akan hadir hampir sebelum keluarnya Dajjal ataupun sejurus selepas Dajjal Keluar. Jarak Masa antara keluarnya Dajjal, Baiah Imam Mahdi dan Turunnya Isa a.s. adalah sangat dekat. Memang ada hadis yang menyatakan Imam Mahdi keluar dahulu sebelumnya Dajjal, mungkin sebab hadis itu hadis maudu' beliau tidak mahu dilihat merujuk kepada hadis tersebut. Beliau kerap kali menegaskan beliau terbuka untuk sebarang teguran dan juga perkongsian ilmiah.
Like · · · about an hour ago via mobile · 


Osman Aziz shared AlA ~ toMey-TomeY's photo.
KEJAM!!!!! : VIDEO RIBUAN TERKORBAN AKIBAT SENJATA KIMIA TENTERA BASYAR LAKNATULLAH!

Kekalutan Syria tidak reda malah hari ini, berlaku satu tragedi paling dahsyat apabila junta tentera Basyar melepaskan senjata kimia, hingga membunuh ribuan nyawa di Damascus, Syria.

VIDEO >> http://goo.gl/1PJIXx




Prihatin Mesir | MURSI

Tahukah anda, Mursi pernah mendapat anugerah Ahli Parlimen terbaik dunia tahun 2000-2005.

Muhammad Mursi pernah menjadi Ahli Parlimen pada sesi 2000-2005 Dewan Rakyat Mesir. Beliau terkenal seorang yang lantang berbahas di Parlimen bersandarkan hujah dan fakta yang konkrit.


Regim Mubarak menjadi gerun dengan kehebatan ahli-ahli Parlimen dari Ikhwan Muslimin berbahas, terutama yang yang bernama Muhammad Mursi. Keberanian dan kelantangan beliau mendedahkan skandal dan penipuan pemerintah sangat dikagumi.

Semasa Revolusi 2011 beliau ditahan pihak polis dan dilepaskan selepas kejatuhan Mubarak.

Muhammad Mursi menjadi wira semasa muda dan tua, tidak pernah mengenal erti takut dan gentar.


#prihatinmesir
Like · · · 8 hours ago ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan