Isnin, 19 Ogos 2013

PEERRGGG....GOK NYA...MENYOKONG KERAJAAN YANG MENGULING KERAJAAN SAH...PENDAPAT@MENYOKONGNYA MEMANG TAK BETUL...KURANG CERDIK TAHAP GABAN....ORANG BODOH PUN TAHU

Mesir berdarah: NGO desak campur tangan PBB
  • Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
1 / 1
ALOR SETAR - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera campur tangan bagi menghentikan pergolakan yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan berlaku pertumpahan darah sesama Islam.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, desakan perlu dibuat terhadap PBB agar Setiausaha Agungnya, Ban Ki Moon memanggil Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

“PBB wajar ambil tindakan serta merta untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai selain untuk memulihkan semula demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurutnya, piagam itu mengizinkan PBB untuk mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan sanksi dan tindakan ketenteraan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin berkata, desakan wajar dikenakan terhadap Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengutuk dan menggantung keahlian Mesir daripada OIC dan Liga Arab, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.

“Kami juga menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia supaya mengecam pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak berdosa oleh tentera Mesir dan mengambil inisiatif supaya PBB dan OIC menghentikan pembunuhan segera,” katanya.

Pengerusi Citizens International (CI), SM Mohamed Idris menyifatkan tindakan barbarik dan tidak berperikemanusian itu tidak boleh diterima sama sekali oleh komuniti antarabangsa.

“Kami mengecam media milik negara Mesir dan kumpulan anti Ikhwan Muslimin yang berterusan selama ini menghasut rakyat serta menganjurkan keganasan terhadap gerakan itu termasuk mereka yang menentang rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.

Kordinator Universal Justice Network (UJN), Mohideen Abdul Kader mengutuk pembunuhan kejam terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan Kaherah.

“Penunjuk perasaan itu hanya mahu menuntut pemulihan demokrasi dan mereka hanya berhimpun secara aman selama lebih lima minggu. Kegananasan tentera tidak mungkin berlaku tanpa restu Amerika Syarikat,” katanya.

NGO terbabit menyeru rakyat Mesir bangkit dan menentang regim diktator tentera Mesir dan menolak keganasan yang dimulakan oleh tentera.

Mereka turut mengajak seluruh NGO dan masyarakat sivil mengadakan demonstrasi besar-besaran di kedutaan Mesir untuk mendesak agar pembunuhan dihentikan dan hak demokrasi rakyat Mesir dipulihkan semula.
Disisih keluarga kerana khalwat
  • Disisih keluarga kerana khalwat Nadia insaf dengan dosa yang dilakukannya sebelum ini dan ingin menjalin ikatan suci dengan teman lelakinya.
1 / 1
SABAK BERNAM – “Saya tak akan makan rendang, melainkan jika hidangan itu dimasak ibu sendiri,” kata seorang penghuni di rumah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, di sini.

Nadia (bukan nama sebenar) berkata, kedatangan lebaran kali ini memberi pengertian amat mendalam kepada dirinya kerana terpaksa beraya bersama penghuni wanita lain tanpa keluarga tersayang.

Menurutnya, jauh di sudut hati, dia tetap merindukan keluarganya, namun peristiwa dia ditangkap khalwat pada Oktober tahun lalu menyebabkan dia berasa tawar hati dengan sikap abang dan kakaknya yang lain.

“Aidilfitri yang disambut tahun ini, sudah tiada ertinya lagi kerana saya seolah-olah tersisih daripada keluarga apabila abang dan kakak seperti tidak dapat memaafkan dosa saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Nadia berkata, dia kini insaf dengan perbuatan dan dosa dilakukannya bersama kekasih hati yang dikenalinya di sebuah pasar raya di Selangor.

“Saya ingin menjalin ikatan suci dengannya dan tidak mahu mengulangi kisah lampau dengan melakukan dosa besar, sebaliknya mahu mencari keberkatan Aidilfitri ini untuk muhasabah dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa,” katanya.

Menurutnya, dia bergelumang dengan dosa zina apabila mengenali lelaki dari Sarawak itu sewaktu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang dan mereka sering melakukan hubungan terlarang di hotel.

“Pada mulanya, kami hanya berkenalan memandangkan dia ada teman wanita. Lelaki itu juga selalu membawa saya tengok wayang, berjalan-jalan hingga kami terjerumus dalam hubungan terlarang.

“Dia juga selalu beri saya wang, hinggalah kami terlanjur lebih tiga bulan sejak Julai tahun lalu, sebelum saya ditahan pihak penguat kuasa jabatan agama kerana bersekedudukan,” katanya.

Menurutnya, selepas dia dicekup di sebuah hotel bajet, di Selangor, abangnya pernah memalukannya di asrama dengan kata-kata menyakitkan hati hingga rahsia dia ditangkap khalwat diketahui rakan-rakan lain.

“Lebih menyakitkan hati, saya digelar pelacur seolah-olah saya tidak ada perasaan dan saya harap Aidilfitri ini dapat menjernihkan hubungan kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, dia kini menemui bahagian di rumah Baitul Ehsan yang memberi sinar baru dalam hidupnya dan berharap dapat menjalani kehidupan lebih baik dan meninggalkan dosa besar tersebut.

“Biarlah saya mencari kedamaian di sini, mungkin ada hikmahnya saya ditempatkan di rumah ini bagi menebus kesalahan masa lampau,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Hal Ehwal Penghuni dan Kaunseling Rumah Baitul Ehsan, Nur Afniza Kahpi berkata, seramai 29 penghuni rumah itu tidak pulang beraya disebabkan perintah mahkamah dan ada di antaranya yang sukarela tidak mahu pulang ke kampung.

Katanya, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengeluarkan peruntukan baju raya kepada semua penghuni rumah itu dan kebanyakannya dijahit sendiri penghuni untuk kegunaan lebaran.

“Mereka juga akan dihidangkan dengan menu raya pada pagi Syawal dan akan mengadakan program baraan raya ke rumah guru-guru pembimbing,” katanya.
Iktiraf kerajaan Mesir tak semesti sokong tindakan
  • Fathul Bari Fathul Bari
1 / 1
SHAH ALAM – Dalam kemaraan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza.

Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya.

“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut mengambil contoh kerjasama yang dilakukan Pas dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.

Katanya, kerjasama itu bukan bermakna Pas menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Pluralisme.

“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf  PKR dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pelbagai pihak terus mengecam kekejaman kerajaan Mesir termasuk negara berkuasa besar.

Sehubungan itu, ada juga pihak yang menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menyelesaikan konflik di negara tersebut.



Non-Governmental Organization (NGO) · 42,441 likes
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 18 Ogos 2013 | 04.21 petang

Pihak keselamatan Mesir mengepung Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah bagi menghalang penyokong Dr Muhammad Mursi berkumpul di sekitar masjid tersebut, manakala Gabungan Kerjasama Kebangsaan mengumumkan pembatalan perarakan pada hari ini.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"



  • Like Page
    Jika Allah menghendaki semua boleh jadi... seburuk-buruk hari ini mungkin semulia-mulia suatu hari kelak...

    Deso Dogg salah seorang rapper yang terkenal di german . Beliau kini memeluk islam , nama islam beliau ialah Abou Maleeq juga dikenali sebagai Abu Talha Al Almany , Beliau sanggup meninggalkan kemewahan beliau di german dan menyertai jihad di syria . Takbirrr ! Allahuakbar !!!
    Like · · · 6 hours ago ·
    Tengoklah sendiri betapa zalimnya tentera Al Sisi, Mesir. Semuga diturunkan bala keatas mereka ini secepat mungkin. Amin.

    Magazine · 178,828 likes
    YA ALLAH HELP THE MUSLIM OF SYRIA AND EGYPT
    Say & COMMENT: AMEEN

    19 Ogos, 2013


    "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga” - Ahli Keluarga As-Sisi


    Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.


    Siapakah beliau?Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. “Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.


    Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

    “Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

    Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

    “Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini,” demikian Hazin. 
     

    Islam Bangkit shared Islam Agama Ku's photo.

    Book · 261,412 likes
    Bila dengar muslimah berjubah...Alhamdulillah.
    Bila tengok sendiri pakaian jubah muslimah...Nauzubillah.

    Wahai kaum Hawa...
    andai engkau lihat jubah yang engkau pakai itu melekat...
    dan bila engkau sarungkan ke tubuh terasa sendat...
    kenapa engkau teruskan memakai tanpa ingat syariat?
    Ditanmbah pula dengan tudung singkat...
    Allahurabbi....

    Gambar ini hanya sebagai CONTOH.
    Pernah kalian lihat muslimah berjubah begini?
    Cukuplah lihat jualan jubah secara online di FB ni.
    Jubah sendat disarungkan pada patung pun dah terasa hina...
    inikan pula modelnya manusia...!

    Semoga para muslimah belajar menjadi seorang muslimah.
    Insya'Allah.

    - Sha Ramson Abdullah -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan