Sabtu, 17 Ogos 2013

LANTAKLAH...DAH BERI KUASA....KITA YANG UNDI DAN LANTIK...AMBIK KAU

Kerajaan Perpaduan - Siapa Bohong?
Posted on Saturday, August 17 @ 21:19:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Isu kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR yang telah timbul sejak hampir seminggu lalu sehingga menyebabkan ada yang deman sejuk, demam panas, migrain dan sebagainya, akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri yang menafikan wujud sebarang usaha ke arah itu

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, andaian bahawa wujudanya usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu hanyalah rekaan dan imaginasi penulis beberapa portal berita tertentu sahaja.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sedang mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PKR dengan menawarkan kepada Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lima jawatan menteri kabinet. Dilaporkan bahawa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla menjadi orang tengah kepada usaha itu.

Kemudiannya, Anwar mengesahkannya kepada Asia Sentinel bahawa beliau dihubungi oleh Najib melalui perantara untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu tetapi telah menolaknya sebelum sempat ia menjadi kenyataan atas alasan isu-isu perkauman yang berterusan dimainkan oleh UMNO menjadi antara penghalangnya.

Terbaru The Edge Review pula mendetailkan lagi mengenai usaha pembentukan itu dengan menyebut nama Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai orang kanan daripada UMNO dan PKR yang sedangkan merundingkan beberapa aspek teknikal bagi memungkinkan idea kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

Najib dikatakan memilih PKR untuk berbaik-baik dan menguatkan lagi kerajaannya bukan saja kerana PKR sebuah parti berbilang kaum yang boleh menampung kelompongan wakil Cina dan India dalam kerajaan tetapi juga dikatakan sebagai langkah membuka gelanggang baru untuk keluar dari pengaruh dan bayang-bayang Mahathir yang sehingga kini masih mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun isu kerajaan perpaduan ini menimbulkan rasa kurang senang di kedua-dua belah pihak. Di dalam PKR sendiri ramai yang tidak setuju atas alasan penentangan terhadap UMNO selama ini ialah berkaitan isu pokok seperti rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya yang tidak boleh dikompromi sama-sekali.

Dalam masa yang sama, Anwar juga mula dikecam secara diam-diam kerana bersetuju berunding dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan itu kerana ia dianggap mengkhianati Pas dan DAP yang selama ini begitu setia dengan Anwar sejak beliau dipecat daripada UMNO dN kerajaan.

Di dalam UMNO pula, ramai yang turut tidak setuju dengan kerajaan perpaduan ini kerana merasakan Anwar bukanlah musuh politik yang boleh ditukar menjadi kawan. Ramai yang kecewa dan sakit hati jika Anwar yang dimusuhi dan diserang selama bertahun-tahun ini tiba-tiba bertukar menjadi rakan kepada Najib serta sebahagian daripada anggota kerajaan.

Secara diam-diam, sudah ada kedengaran suara-suara yang mengecam dan memaki-hamun Najib jika benar beliau mahu berbaik-baik dengan Anwar. Malah, ada yang mencadangkan agar Najib ditentang bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan bagi menghalang usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu daripada menjadi kenyataan.

Walaupun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu hari ini, persoalan yang masih bermain-main di fikiran ramai orang ialah kenapa penafian ini begitu lewat dikeluarkan? Kenapa setelah hampir seminggu berita megenainya berlegar-legar di ruang atmosfera politik negara, baru ia mahu dinafikan oleh Najib?

Dalam dunia langit terbuka dan semuanya serba pantas sekarang serta mengetahui berita tidak perlu lagi menunggu terbitnya akhbar pada keesokan harinya, tindakan Pejabat Perdana Menteri yang terlalu lewat menafikan perkara ini tetap menyundang persoalan yang sukar dirungkaikan.

Sepatutnya jika benar usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini tidak benar dan laporan Asia Sentinel serta The Edge Review adalah palsu, tidak perlulah Pejabat Najib menunggu sehingga hampir seminggu untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya. Lagi pula, Najib juga mempunyai laman Facebook dan Twitter, yang kononnya antara paling aktif di kalangan pemimpin dunia, bukankah bila-bila masa beliau boleh menaip sendiri melalui telefon pintar yang dimilikinya?

Atau mungkinkah usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini sebenarnya memang wujud dan ia hanya terhalang kerana respon ahli dan pemimpin UMNO yang tidak begitu memberangsangkan terhadap idea itu?

Apakah Najib sebenarnya ingin meninjau-ninjau sambutan ahli dan pemimpin UMNO terlebih dahulu, jika sambutannya okey, ia bolehlah diteruskan tetapi jika tidak, barulah dikeluarkan penafian dan menolaknya.

Timbul juga persoalan bila penjelasan Najib menyebut rundingan ke arah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku sehingga Anwar dan PR menerima keputusan pilihanraya lalu serta tidak lagi mempertikaikannya. Adakah ini bermakna, ia hanya tidak mungkin berlaku sekarang tetapi boleh berlaku selepas ini jika Anwar sudah akur dengan keputusan pilihanraya lalu?

Hakikatnya, penjelasan Najib turut menimbulkan beberapa persoalan dan keresahan yang berterusan.

Oleh kerana Anwar yang mula-mula membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan ini dan Najib pula hanya menafikannya setelah hampir seminggu ia muncul, adalah penting untuk Anwar sekali lagi menjelaskan kedudukan sebenarnya. Beliau perlu menyatakan sama ada ia pernah dibincangkan atau tidak, secara langsung atau melalui wakil atau turut menafikan sebagaimana yang dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri itu.

Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasuition yang disebut sebagai dua pemimpin kanan UMNO dan PKR yang sedang menjayakan usaha itu juga perlu tampil menjelaskannya kepada umum.

Hanya setelah semua itu diterangkan dengan seterang-terangnya, barulah kita tahu siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar dalam isu ini. (SH 16/06/2013)


Shahbudin Husin
http://shahbudindotcom.blogspot.com/


 Ribuan himpun di T'ganu bantah kekejaman tentera Mesir
Posted on Saturday, August 17 @ 20:50:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA TERENGGANU: Kira-kira hampir 3,000 umat Islam di Kuala Terengganu bersolidariti tanda simpati dan kebersamaan dengan rakan seagama dan seaqidah di Mesir.

Himpunan Aman Solidariti anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) tersebut diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, bagi mengecam tindakan tentera dan polis Mesir melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyatnya.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, persaudaraan Islam atas nama satu aqidah tidak ada sempadan antara rakyat Mesir dengan umat Islam di Malaysia.

Ini kerana, katanya setiap penderitaan yang sedang dialami oleh rakan Ikhwanul Muslimin di Mesir sekarang turut dirasai ‘kesakitannya’ itu oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Biar pun bumi Mesir berada beribu batu jauhnya, namun atas nama aqidah, atas nama persaudaraan Islam tidak ada sempadan antara mereka dengan kita.

“Walau pun mereka yang sekarang ini merasai sakit dan menderita kerana dizalimi dan dibunuh. Kita juga yang berada di bumi Malaysia ini turut sama merasai ‘kesakitan’ itu," tegasnya ketika berucap pada perhimpinan amat tersebut.

“Kita (PAS) juga telah memberi arahan supaya tidak henti-henti mengadakan munajat dan membekalkan doa yang berterusan kepada mereka , supaya Allah SWT menghantar pertolonganNya kepada umat Islam khasnya dan seluruh rakyat di bumi Mesir yang sedang dizalimi,”  tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sebelum perhimpunan tersebut turut diadakan solat hajat khas kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Mesir, Syria dan lain-lain oleh lebih 2,000 ahli jemaah masjid berkenaan.

Antara pimpinan PAS yang turut serta bersolidariti Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Malaysia, Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman dan Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Pelbagai slogan dan gambar Presiden Mesir yang digulingkan tentera, Dr Muhammad Morsi dibawa peserta perhimpunan seperti “Mana Pendirian Malaysia”, “Tentera Sisi Laknatullah”, “Amerika & Israel Dalang Huru-Hara”, “Ya Allah, Laknatilah Mereka Yang Zalim Itu” dan banyak lagi.

Khairul Azlam Mohamad
Harakahdaily


 Panjangkan Nota Bantahan Kepada Kerajaan Arab Saudi
Posted on Saturday, August 17 @ 20:45:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan Malaysia agar menghantar nota bantahan terhadap terhadap kerajaan Arab Saudi kerana menyokong tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh rejim kerajaan tersebut. Kenyataan Raja Abdullah, pemimpin Arab Saudi yang menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang ‘usaha menjejaskan kestabilan Mesir'.

Beliau menegaskan bahawa Arab Saudi berdiri bersama kerajaan Mesir dalam menentang keganasan. Kenyataan beliau jelas ditujukan kepada tindakan ketenteraan Mesir sehingga mengorbankan lebih 2,000 nyawa rakyat tersebut manakala beribu lainnya cedera.

DPPM menganggap Raja Arab Saudi keliru dengan situasi yang berlaku. Permusuhan beliau yang berpanjangan dengan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin disamping hubungan rapat beliau bekas Presiden Hosni Mubarak membutakan mata beliau dari melihat kebenaran. Bagi beliau, tindakan kerajaan kudeta Mesir yang merampas kuasa dan membunuh ribuan rakyat sebagai betul, adil dan munasabah manakala majoriti rakyat yang menuntut hak mereka dalam sebuah negara demokrasi sebagai tidak wajar, pengganas dan memporak perandakan negara tersebut.

DPPM kesal kerana Arab Saudi bersikap talam dua muka dalam menghadapi konflik berdarah ini. Dalam keadaan umat Islam di bunuh di Syria, beliau menyelebelahi rakyat Syria menentang kezaliman Bashar Al Assad sebaliknya dalam konflik di Mesir beliau menyebelahi pemimpin kudeta Abdul Fattah Al Sisi. Apa bezanya tindakan Fattah dan Bashar yang membunuh ribuan rakyat dan enggan tunduk dengan kehendak rakyat?
Arab Saudi sepatutnya menjadi pelindung kepada golongan mustadhafin di negara-negara serantaunya. Bumi tanah haram Mekah dan Madinah yang suci dan menjadi tumpuan seluruh umat Islam seluruh dunia, seharusnya membantu rakyat di negara-negara berdekatan yang dizalimi, ditindas, dibunuh dan dipenjarakan. Beliau tidak wajar mengikut telunjuk kuasa Barat Amerika Syarikat dan Israel yang berada di belakangnya. Arab Saudi sepatutnya memimpin negara-negara Arab mengambil tindakan keras dan tegas terhadap kerajaan zalim Mesir, Syria serta menghukum Israel yang menyerang bumi Gaza.
Justeru, DPPM menyeru negara-negara Arab agar bangkit menolak kenyataan Raja Arab Saudi tersebut. Umat Islam yang diikat dengan ukhwah dan kasih sayang perlu merasa sedih, simpati di atas kejadian yang berlaku di Mesir serta campurtangan bagi menghentikan konflik di negara-negara yang bergolak seperti Mesir dan Syria. Ingatlah, pemimpin Arab adalah golongan pertama dihukum dihadapan Allah SWT kerana membiarkan saudara seagamanya dibunuh dan disembelih setiap hari di hadapan mata mereka.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia


 Obor-obor Yang Mampu Menenggelamkan Kapal Nelayan
Posted on Saturday, August 17 @ 20:41:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Obor-obor adalah obor-obor Jepun yang sangat besar. Obor-obor ini dalam kelas saiz yang sama seperti obor-obor surai singa, cnidarian terbesar di dunia. Diameter obor-obor ini sedikit lebih besar dari ketinggian rata-rata lelaki dewasa.

Ia tumbuh 2 meter (6 kaki 7 inci) dengan diameter dan beratnya mencapai 220 kg (sekitar 450 pound), ubur-ubur Nomura tinggal terutama di perairan antara China dan Jepun, terutama di Laut Kuning dan Laut China Timur.

Obor-obor Nomura ditemui di laut Jepun dari 2005 sampai ke saat ini. Serangan yang dibawa oleh makhluk ini telah mengganggu industri penangkapan ikan di dan menggangu sistem rantaian ekosistem.


Sebuah bot nelayan seberat 10 tan telah tenggelam akibat obor-obor raksasa dari Jepun timur. Sumber mengatakan tiga orang nelayan cuba mengangkat pukat yang menangkap puluhan obor-obor itu. Namun anak-anak kapal penangkap ikan itu terhumban ke laut apabila kapal jatuh, tiga orang berjaya diselamatkan.

Berat setiap obor-obor berbisa ini mapu mencapai sehingga 200 kg, dan perairan sekitar Jepun, telah dibanjiri dengan obor-obor ini. Para saintis percaya, keadaan cuaca dan air untuk pertumbuhan pantai China itu sangat ideal untuk ubur-ubur dalam beberapa bulan terakhir.






Sumber 
 Ajaran meragukan-Seramai 25 lelaki ditahan
Posted on Saturday, August 17 @ 19:53:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



DAMANSARA - Sebuah surau di sini dijadikan tempat penginapan bagi sekumpulan yang dipercayai terlibat dalam ajaran meragukan dengan mengubahsuainya menjadi ‘bilik tidur’ sejak setahun lalu.


Serbuan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam ke atas surau berkenaan mendapati bahagian sisi dan belakang surau itu kelihatan berselerak dan dijadikan umpama bilik kecil untuk mereka tidur juga terdapat beberapa almari menyimpan pakaian.

Jais bertindak melakukan risikan hampir setahun atas laporan orang ramai yang pelik dengan keadaan itu.

Serbuan dilakukan ketika kumpulan berkenaan sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan seorang yang dipercayai ketua mereka selepas solat Jumaat.

Bangun ambil wuduk
Ketika pegawai penguat kuasa Jais sedang melakukan penyiasatan dan meminta mereka memberi MyKad, beberapa ahli kumpulan itu bertindak bangun dan menyatakan hendak mengambil wuduk berikutan kehadiran wanita di dalam surau berkenaan.

Seramai 25 lelaki ditahan termasuk seorang warga asing didakwa terlibat ajaran meragukan dalam Operasi Khas Ajaran yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof.

Seorang warga asing berusia 32 tahun yang ditahan mendakwa, dia datang ke situ untuk solat dan tidak tahu menahu mengenai ajaran kumpulan itu bagaimanapun turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Kumpulan belum difatwakan

Sharom berkata, ajaran kumpulan berkenaan masih belum difatwakan dan serbuan mendapati sebahagian kawasan surau dijadikan kediaman mereka.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 119 atas dakwaan mengajar tanpa tauliah (Enakmen Pentadbiran Negeri Selangor 2003) dan Seksyen 7 Doktrin Palsu Enakmen Jenayah 1995.

“Ajaran kumpulan itu wujud unsur meragukan atau salah guna surau dan operasi bertujuan membanteras mereka.

“Kita juga dapati mereka ini menggunakan surau ini sebagai tempat kediaman mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Dipercayai katanya, antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan kumpulan itu mengandungi pengajian; zikir malam; tidak melaksanakan solat Jumaat atas alasan musafir dan tenaga pengajar tidak bertauliah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas kitab yang dipercayai menjadi rujukan kumpulan berkenaan dan semua yang ditahan kemudian dibebas dengan ikat jamin,” katanya.

Tambahnya, ajaran ini dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Akidah dan mencapai persetujuan ia dipanjangkan kepada jawatankuasa fatwa.

Jelasnya, seramai 40 anggota Jais terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selepas solat Jumaat, semalam.


SHAHRIZAL ABRAHIM
http://mynetdotcom.blogspot.com
 Anwar dan Mahathir : kedua-duanya sama, sebab itu tidak sehayun dan selenggang (bhg akhir)
Posted on Saturday, August 17 @ 16:45:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Dalam politik, hari ini berkawan hari esok bermusuhan. Begitulah juga disebaliknya. Perselisihan diantara Mahathir dengan Anwar merupakan insiden yang tidak mengejutkan kerana diantara mereka tidak ada kesetiaan walaupun bekerjasma dalam satu jemaah yang mentadbir kerajaan. Masing-masing bekerjasama kerana kepentingan politik yang sangat besar nikmatnya dan masing-masing meninjau kesempatan di setiap masa untuk mendapatkan kepentingan dan keuntungan untuk diri masing-masing.


Dr Mahathir memilih Anwar sebagai rakan kongsinya dalam kerajaan setelah beliau ‘bercerai’ dengan rakan-rakan kongsi beliau sebelum itu, iaitu Musa dan Ghaffar. Anwar juga berusaha untuk menunjukkan sokongan terhadap Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu dalam kerugian seperti yang dialami oleh timbalan-timbalan Dr Mahathir sebelumnya.

Anwar tidak berjaya menyorokkan keghairahan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan tindakan beliau yang jelas-jelasnya banyak membuatkan Dr Mahathir merasa tersinggung seolah-olah sebagai tindakan ‘insubordination’ dari Anwar bagi menjatuhkan imej dan keyakinan ramai terhadap beliau (Dr Mahathir). Dr Mahathir bukannya jenis pemimpin yang mampu bertahan untuk terus ‘co-exist’ dengan sesiapa yang beliau syaki sebagai cuba mempengaruhi kuasa dan pengaruh politik negara.

Sesiapa pun tidak boleh menyalahkan Dr Mahathir mempunyai sifat seperti ini kerana Mahathir mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan dengan latar belakang keluarga Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya. Semua PM sebelumnya adalah berlatar belakangkan pemimpin dari keluarga ‘aristocrat’ yang ‘magnanimous’ sifat mereka.

Tunku, Razak dan Hussein merupakan pemimpin yang mempunyai ‘finesse’ yang begitu tinggi dan mereka boleh ‘co-exist’ dengan sesiapa yang berada disekeliling mereka. Mereka lebih ‘refined’ dalam perhubungan sesama pemimpin dan manusia dan perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat ‘natural’.

Kalau dikaji dengan rapi Tunku tahu dan merasakan yang pimpinan beliau di pengaruhi oleh Tun Razak tetapi Tunku tidak pula melatah dan membawa Tun Razak kepada tahap bergaduh. Perselisihan diantara mereka tidak pun diketahui umum kerana mereka kedua-duanya adalah dari keluarga dan latar belakang yang sama. Contohnya Tunku tahu Tun Razak mewujudkan KEMAS dibawah Kementerian yang beliau pegang sedangkan Jabatan Penerangan Khas sudah wujud sejak merdeka lagi.

Jika Tunku hendak mengambil hati ia merupakan isu yang mudah untuk membuatkan kedua-dua mereka berselisih faham dan tidak sebulu. Semasa itu ramai yang tahu mewujudkan KEMAS dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar oleh Tun Razak itu semata-mata untuk mengimbangi pengaruh Jabatan Penerangan Khas yang sudah tersedia ada sejak medeka lagi. Walau apa pun perbezaan diantara mereka, perbezaan itu tidak diketahui umum dan kerana itu tidak ada perbahasan tentang perbezaan pendapat dan pandangan diantara kedua-dua pimpin nombor satu dan nombor dua itu.

Tetapi Dr Mahathir tidak begitu kerana beliau adalah Perdana Menteri yang pertama yang datang dari keluarga orang biasa dan jika ada perbezaan beliau dengan pemimpin sebelum itu, ia merupakan satu isu yang sangat ‘normal’. Dr Mahathir tidak boleh tahan bersama dengan sesiapa yang tidak mengikut kehendak beliau kerana Dr Mahathir mempunyai ‘inferiority complex’ yang wujud secara ‘natural’ bagi orang seperti Dr Mahathir itu.

Orang seperti Dr Mahathir akan membinasakan apa-apa atau sesiapa yang beliau rasakan menjadi penghalang kepada kehendak beliau. Apabila mempunyai seorang Timbalan seperti Anwar yang juga dari keluarga yang biasa sahaja maka pertembungan itu tentulah lebih menonjol lagi. Apabila kedua-duanya datang dari satu keluarga yang mempunyai ‘attribute’ yang sama maka ia mudah menjadi isu yang membawa pergaduhan secara terbuka.

Itulah sebabnya kita mendengar ramai yang melakukan ‘name calling’ terhadap Dr Mahathir oleh pihak yang menentangnya. Kita telah terlalu biasa mendengar panggilan yang tidak beretika terhadap Dr Mahathir seperti panggilan mamak dan sebagainya. Saya bersimpati terhadap Dr Mahathir dalam isu ini. Kenapa dilekatkan panggilan ‘mamak’ terhadap Mahathir dan tidak pada Anwar misalnya sedangkan Anwar juga datang dari keluarga dan darah yang sama dengan Dr Mahathir. Ramai yang tidak sedar perkara ini kerana terlalu tertumpu kepada menghentam Dr Mahathir.

Itu sebabnya saya selalu mengingatkan kepada pengomen-pengomen dalam blog ini suapaya tidak mangamalkan ‘name calling’ itu kerana ia melambangkan kelemahan dan keburukan kepada mereka yang melakukannya. Kita tidak perlu menyebut isu keturunan orang lain kerana orang lain juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap diri kita.

Pertembungan Dr Mahathir dengan Anwar seperti yang saya sebutkan ialah kerana isu politik peribadi semata-mata dan hanya sedikit sahaja isu untuk rakyat dan negara. Pergaduhan diantara kedua-dua pemimpin ini juga adalah di sebabkan pengipas-pengipas dan pengampu-pengampu dikalangan penyokong masing-masing. Pengampu serta penasihat masing-masing mahukan pemimpin masing-masing berjaya dan itu selalunya wujud dari pemimpin-pemimpin yang datang dari latar belakang yang biasa kerana mereka tidak mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi di dalam diri mereka.

Itu sebabnya Dr Mahathir menggunakan isu kenakalan peribadi Anwar untuk menjatuhkan dan memecat timbalannya yang ‘overly ambitious’ itu..

Sehingga sekarang ramai yang bertanya kepada diri mereka sendiri, kenapa Mahathir menggunakan isu kenakalan Anwar itu untuk menjatuhkan timbalannya itu? Dr M berkata tuduhan beliau itu adalah berasas kerana Ketua Polis Negara Tun Haniff telah memberikan lapuran kepadanya tentang kenakalan Anwar itu pada tahun 1992 lagi.

Tidak salah jika dikatakan yang Dr Mahathir tidak peduli dengan isu yang dilapurkan oleh Ketua Polis Negara semasa itu kerana beliau (Dr Mahathir) adalah manusia yang liberal. Beliau hanya mendiamkan sahaja isu itu dan beliau simpan semua lapuran dari KPN itu.

Tetapi apabila Mahathir yakin yang Anwar sedang dalam persediaan untuk mengenepikan beliau Dr Mahathir terus sahaja menggunakan isu yang beliau simpan dan sembunyikan itu secara ‘expedient’ untuk menjatuhkan Anwar pada awal September 1998 dahulu.

Pendeknya, seseorang yang berada disekeliling Dr Mahathir itu tidak perlu gusar untuk berada dalam zon yang selamat dibawah Dr Mahathir. Seseorang itu akan hanya menghadapi bahaya jika mula menunjukkan atau memberikan perasaan syak wasangka beliau (Mahathir) terhadap kesetiaan seseorang itu terhadap dirinya.

Dr Mahathir mahukan hanya kesetiaan. Siapa dan apa nilai seseorang itu tidak mengapa baginya. Itu sebabnya UMNO tidak ada kepimpinan pelapis yang ‘viable’ sehingga ke hari ini. Justeru UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat serius dan Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui bagaimana hendak mencari penyelesaiannya.


ASPAN ALIAShttp://aspanaliasnet.blogspot.com
  Nazri lantik anak, KJ lantik Regina Lee
Posted on Saturday, August 17 @ 16:42:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Menteri Pelancongan Nazri Aziz melantik anaknya sebagai Pegawai Khas di pejabat Kementeriannya.
Zamkata:

“Hal ini hanyalah menambahkan masalah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang popularitinya semakin menurun setelah pihanraya ke-13 sekalipun beliau boleh menjadi pilihan popular parti.


Tetapi kemenangan pilihanraya umum tidak bergantung kepada hanya ahli parti sebaliknya dari kalangan rakyat biasa yang tidak berkepentingan.
.
Nazri nampaknya tidak concern dari segi persepsi ramai sedangkan kemerosatan Umno dan juga BN adalah lebih dari segi persepsi dan bukan dari fakta yang sebenar. Persepi telah bangun menjadi opinion.
.
Nazri bercakap dengan sombong dan bongkak yang memberikan gambaran seolah-olah tidak ada siapapun yang berhak untuk menggugurkannya dari jawatan menteri. Tidakkah dengan caranya itu orangramai memikirkan ‘oh dia kebal, dia orang Najib’.”

Sedutan daripada blog Tan Sri Zainuddin Mydin
KJ juga kebal agaknyaJadi tak mengapalah jikalau Khairy Jamaluddin pun menambahkan masalah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Menteri Belia dan Sukan itu telah melantik Regina Lee – sebilah Scissorati pro-DAP sakan – untuk menjadi setiausaha akhbarnya walaupun dibantah banyak kerat orang Umno.
“KJ is ‘my’ Minister,” dibayangkan Regina (lihat tweetnya di bawah).
Jawatan bagi si evangelista Regina Lee untuk syok sendiri konon berkuasa dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Twit @vangeyzel yang berbalas tweet dengan Regina ialah seorang Loyar Burok.
reginalah vangeyzel No politico staffer
reginalah Wah A menteri (not mine) wants
Berkaitan:
Khairy’s outstation tripSK Seri Pristana: Is this Youth Minister Khairy’s position?Bintang bogel The Star dan bendera BN


Helen Ang
http://helenang.wordpress.com

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan