Jumaat, 16 Ogos 2013

KITA JANGAN KOMEN YANG NEGATIF...MEREKA BERANI MATI...KITA MASIH TAKUT MATI...DAN MASIH CINTA KEPADA DUNIA...BERDOA DAN SEMPATI TU DAH BAGUS SANGAT...NI KONDEM LAGI

Ahmad Mazlan and 3 other friends shared Mesir Kini's photo.
[Amaran 18+]

Video klip saat -saat terangkat roh syahid Rabiatul Adawiyah setelah otak dan matanya hancur ditembak.
Peluru apa yang digunakan sehingga menyebabkan kecederaan sebegini rupa?!

Hasbunallahu wani'mal wakeel !

Link video : http://bit.ly/16NVINX

Sumber : Masr25channel
#mesirkini






Osman Aziz shared Pembantah Kezaliman's photo.
Sifat Celaka Polis Mesir Pro Presiden Rampasan ...
Wanita dipukul berkali-kali di kepala dan tubuh dengan cotal logam. Seakan tak puas dengan pukulan berkenaan, seorang tentara menginjak kepalanya berulang kali.
Perempuan itu dengan lemah mencoba untuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun, dia kemudian tak sadarkan diri dalam serangan yang memalukan itu, dan dia dibiarkan tak bergerak dengan aib aurat terdedah.Perempuan yang tak disebutkan namanya itu, tidak mahu tampil karena merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya. Rekaman video dan fotonya ketika dipukuli, ditendang, dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kairo, itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia.- Maaf saya tak mahu letak video berkenaan kerana terlalu aib!!



ISU NAK ROBOHKAN SURAU KERANA DIJADIKAN TOKONG.... MANTAN MUFTI PERLIS TEGUR PEMIKIRAN MANTAN MUFTI JOHOR !!!!



Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini telah menegur cara pemikiran mantan Mufti Johor Dato' Noh Gadut dalam isu surau mau dirobohkan di Kuala Sedili, Kota Tinggi kerana dijadikan tokong.

Dato' Noh Gadut kata, ''Surau itu akan dirobohkan kerana tidak mengadap kiblat.''

Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata :...."dalam sejarah Islam sejak zaman sahabat Nabi s.a.w banyak gereja yang ditukar menjadi masjid..di Eropah terdapat gereja-gereja yang dijual kepada umat Islam lalu dijadikan masjid..di Malaysia, hanya kerana satu upacara ibadah agama lain, surau nak dirobohkan kononnya dah tidak boleh digunakan..mentaliti cara faham agama kita perlu dikemaskinikan.."

Jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dan rumah nak dibakar hanguskan.. berakhlak dan berhemah dalam menangani isu berkaitan hal ehwal agama.. Jangan nanti agama Islam dilihat sebagai Agama ganas dan keras.

Azman Abdullah shared Harakah Siswa (Page)'s photo.

Community Organization · 4,835 likes
Anda kenal mereka?

Kedua-dua mereka telah menemui Allah swt.

1) Asmaa Mohamed El Beltaji (Mesir)
2) Ummu Nidhal (Palestin)

Aspirasi buat kaum Hawa diluar sana!

Asmaa Mohamed El Beltaji berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan Muslimin iaitu Mohammed El Beltaji.

Ummu Nidhal pula atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Mereka 'hidup' dihati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.

Osman Aziz shared Zaleha Md Said's photo.
Anda tidak perlu menjadi Rakyat Mesir untuk bersimpati...Anda hanya perlu jadi Manusia -Erdogan..


Azman Abdullah shared scientific miracles of islam's photo.

Organization · 108,145 likes
Here is the new Pharaoh,

Here is the criminal who did a military coup against Egyptian people and massacred those who protested against him .

He killed kids and women , he killed men and he burned masjid and hospital with no mercy just to please "israel" in the name of "democracy"

May Allah burn those who burned muslims bodies ...



Jadikanlah hati kami redha jika suami2 kami memilih syahid...
"Wahai suamiku, tiada lagi kesakitan dan tiada lagi penderitaan, bidadari Allah sedang menunggumu di sana, kamu pergi dulu, membawa darah ini sebagai bukti kesyahidanmu dihadapan Allah rabuljalil itu".. antara luahan kata seorang isteri tatakala melihat wajah suaminya di masjid sebelum di kebumikan tadi..

KAHERAH, 15 Ogos – Anak perempuan pemimpin Ikhwan, Asmaa Hisham Saqr telah menemui syahid setelah ditembak di kepala oleh penembak tepat ketika sedang berada di tingkat 4 Hospital Medan, sebelah Masjid Rabiatul Adawiyah semalam.

Asmaa’ merupakan antara ratusan yang menjadi mangsa kekejaman pihak pasukan keselamatan Mesir yang menyerang rakyat atas alasan mahu menyuraikan perhimpunan pro Morsi.

Turut terkorban wartawan yang sedang membuat liputan, wanita dan kanak-kanak.

Berikut adalah kenyataan Dr Hisham Saqr yang terkini berkenaan kesyahidan anak sulungnya itu.

“Dia membenarkan janjinya dengan tuhannya… maka tuhannya membenarkan janjiNya dengannya.

Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt.

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah terpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yang ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada Yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa’ selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata “Aku mahu pergi menuju tuhanku”.

Asmaa’ pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam (Menteri Hamas di Gaza), beliau berkata kepada Asmaa’ “Mari bersamaku”, lalu Asmaa’ mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa’ “Bukan sekarang Asmaa’, lain kali.”

Asmaa’ sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa’ berkata “inilah waktunya!”

Asmaa’ menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke Medan Raba’ah pada malam hari. Aku berkata padanya “Berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau”.

Asmaa’ lantas membalas “Adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!”

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa’ sangat mahukan syahadah. Essam berkata “Apabila aku terkena tembakan di kaki, aku turut membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa’ sangat rindukan syahadah. Sampai di tingkat 4 hospital Raba’ah, ketika aku dan Asmaa’ terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa’ terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta”.

Aku menyangka Asmaa’ berada berdekatan dengan tingkap, yang memudahkannya terkena peluru yang ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa’ terdapat 3 orang wanita yang sama-sama juga menunggu.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu. Yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa’.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari Qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa’ dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas.”

Dr. Hisham Sakr
Pimpinan Ikhwan
 ·

Senyuman semasa matinya sama seperti senyuman semasa hidupnya. Allahu akbar.

Asma' Hisham Saqar.. mahasiswi mujahahidah yg dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya. Kemudian menemui syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorg sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.

Copy paste
Osman Aziz shared Mohd Ezli Mashut's photo.
Tentera Mesir telah membunuh lebih 5000 orang Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk lebih daripada 3000 dibunuh dan terbakar kebanyakan bahagian badan-badan mereka semasa "beberapa jam" di Medan Rabaah.

Tentera Mesir dalam satu bulan sahaja lebih banyak membunuh rakyat Mesir daripada bilangan orang-orang Yahudi sejak 25 tahun.!

Siapa musuh sebenar ?..kita doakan akan ada pemimpin hebat akan muncul dalam masa terdekat yang akan merintis pembebasan dunia Islam...AMIN
 
Semoga Allah mengurniakan syahid untuk beliau..
Pegawai ttinggi tentera mesir yg telah dibunuh kerana enggan utk melancarkan serangan di medan raba'ah dn nahdah smlm...
Nisa Pulau Pinang shared Tyha Fatyhah's photo.
Sungguh aku tidak sekuat mereka.. ketika peluru di bedil, senjata mereka adalah al-quran...

Ya Allah bantulah saudara seislamku ya Allah..

Ayuh sahabat berdoa utk mesir, doa, doa n teru berdoa, kerana doa itu senjata mukmin..
Ahmad Mazlan shared Ahmad Fazri Mohd Zain's photo.
Jadikan Hari Ini(Jumaat) Hari Kemarahan Umat Islam Kepada Tentera Mesir.

Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, menyampaikan pernyataan rasminya berkaitan serangan ke atas dan pembunuhan Umat Islam di Mesir oleh pihak tentera pro Israel.

Berikut ringkasan pernyataan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang disiarkan lansung TV Al Jazeera, Rabu (14/8/2013).

1. Menjadikan hari ini - Jumaat (16/8/2013) sebagai Hari Kemarahan Umat Islam Dunia kepada tentera Mesir pimpinan As-Sisi.

2. Seluruh Umat Islam di negara-negara Muslim supaya turun ke jalan beserta anak dan keluarga mereka melakukan demontrasi aman.

3. Turun ke jalan melakukan demonstrasi aman ini hukumnya Fardhu ‘Ain bagi setiap muslim yang tidak mempunyai uzur syar’i.

4. Keselamatan para demonstran Al-Haq ini berada di tangan Allah, tidak akan terjadi apapun kepada mereka kecuali yang sudah Allah kehendaki.

Sebarkan teman!
Peluru Hidup - Kekejaman Polis Mafia As-Sisi dirakam juruvideo amatur

Public Figure · 6,437 likes
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Salam Ukhuwah..~



Khairul Hilmi Che Ali shared Abu Rijal's photo.
Tanda Akhir Zaman: Perang Di Mana-Mana.

Dari Abu Hurairah Ra., katanya Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Hari
qiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda
melimpah ruah dan timbul banyak fitnah (ujian,
kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan,
mushibah) serta sering terjadi “al-Harj”. Sahabat
bertanya, “Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?”.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab:
“Peperangan, peperangan, peperangan. Beliau
mengucapkannya tiga kali,” (HR. Ibnu Majah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan